Jumaat, 18 Mac 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Hudud: Ternyata PAS Diperalatkan UMNO Untuk Hancurkan PR

Posted: 18 Mar 2016 01:07 AM PDT

Akhirnya Pas akui hudud boleh dikemudiankan, kata Pemuda Amanah

Pas akhirnya mengakui pelaksanaan hudud boleh dikemudiankan bagi melaksanakan agenda yang lebih besar terutama setelah mengadakan pakatan politik dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), 16 Mac lalu, kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah Perak Mohd Fitri Asmuni.



Menulis di laman facebook beliau, Mohd Fitri berkata, sumber-sumber daripada pemimpin Pas dan Ikatan sendiri mengakui bahawa perlaksanaan hudud boleh dikemudian, ditangguh atau dilaksanakan secara beransur-ansur mengikut lunas demokrasi dan kehendak rakyat.

Beliau memetik sumber Pengarah Media Baru Jabatan Penerangan Pas Pusat Syaiful Hizam, sidang media Presiden Pas dan Ikatan, penjelasan Ketua Dewan Ulamak Pas dan Ketua Penerangan Pas Pusat sebagai rujukan dalam membuat kesimpulan itu.

"Apabila ditanya oleh wartawan mengenai agenda utama Pas iaitu hudud selepas pembentukan blok ketiga semalam (kelmarin), Presiden Pas menegaskan bahawa Pas akan lebih menumpukan kepada agenda umum iaitu memperkasakan perlembagaan yang ada pada hari ini.

"Kalau inilah pendirian Pas, maka inilah juga sebenarnya pendirian bekas pimpinan Pas yang kini menubuhkan Amanah.

Mereka tidak pernah menolak hudud. Mereka hanya berpandangan agar Pas menumpukan kepada agenda umum yang dipersetujui bersama dalam Pakatan Rakyat seperti isu rasuah, salahguna kuasa, ekonomi dan kemiskinan,"
ujar Mohd Fitri.

Bagaimanapun jelas beliau, Pas kini terpaksa menerima pakai pendirian yang dipegang oleh pimpinan Amanah mengenai hudud kerana 'mungkin mereka baru tersedar dari tidur' bahawa banyak lagi keutamaan yang harus diperjuangkan di negara ini berbanding hudud.

Menurutnya, jika sebelum ini pemimpin Pas dilihat menafikan kuasa rakyat dan peranan perlembagaan apabila berkata apa gunanya kemenangan di Putrajaya kalau tidak mendapat redha Allah, tetapi kini Pas terpaksa akur apabila Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyerahkan isu perlaksanaan hudud kepada 'kehendak rakyat'.

Isu perlaksanaan hudud menjadi tumpuan utama media apabila Pas dan Ikatan membentuk perikatan politik.

Memberikan reaksi terhadap laporan media yang mempersoalkan pendirian Pas terhadap perlaksanaan hudud selepas membentuk blok ketiga, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, isu hudud telah dijadikan 'peluru' untuk menyerang dan merosakkan reputasi parti itu.

Bagaimanapun beliau yakin isu itu tidak akan memisahkan gandingan Pas dan Ikatan yang baru memulakan kerjasama politik.

"Pas memperingatkan semua pihak khasnya 'warlord' yang berada di belakang media tertentu agar tidak memecah belah dan melemparkan fitnah kepada Pas kononnya Pas kini meninggalkan prinsip perjuangan. Sebaliknya prinsip perjuangan Pas akan terus dijulang dan dihormati oleh semua rakan seperjuangan," katanya.

Naib Presiden Pas Idris Ahmad dalam entri terbarunya di laman sosial berkata, walaupun tidak boleh melaksanakan enakmen jenayah syariah (di Kelantan), Pas telah mengadakan siri penerangan dan 'hari hudud' sehingga masyarakat termasuk orang bukan Islam memahami hukum hudud dan tidak merasa takut.

"Musuh Pas cuba gambarkan kononnya Pas hanya perjuangkan hudud sahaja. Soalah-olah Pas hanya bercakap soal hudud sahaja, tidak bercakap isu kepentingan rakyat.

"Jikalau Pas hanya perjuangkan hudud sahaja sudah tentu Kerajaan Kelantan tidak perkenalkan skim Kifalah, program It'am, pinjaman tanpa faedah, cuti bersalin 90 hari, rumah tiga bilik, memindah wang kerajaan kepada Bank Islam, cuti dua hari, mengharamkan judi, haramkan arak untuk orang Islam, al-Rahnu, orang perempuan tidak boleh gunting rambut lelaki.

"Akhirnya kerajaan pusat mengikut apa yang dirintis oleh kerajaan Kelantan. Yakin Islam untuk semua. Pas sentiasa evergreen," ujar Idris. -Malaysia Dateline

ULASAN GB

Terlopong PAS. Berdegar-degar tentang hudud, kini baru mengakui bahawa hudud boleh ditangguhkan - satu pendirian yang telah diambil oleh AMANAH sebelum ini.

Apabila telah ditipu oleh UMNO BN yang sehingga sekarang hudud tak dapat dibentangkan di parlimen, malah pindaan Enakmen 355 Mahkamah Syariah itu pun belum dapat diperkasakan, PAS semakin hilang arah.

Kita sudah menasihatkan PAS dahulu agar menerima pandangan Ketua ULama Sedunia, Sheikh Yusof Al-Qardhawi yang menyatakan: [VIDEO] Al-Qardhawi: Tegakkan Kehidupan Islam Dahulu, Bukan Hudud

Tetapi PAS berdegil. Habis dimakinya dan difitnahkan semua orang yang menentangnya sebagai anti-hudud, anti-Islam.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Sekarang hudud entah ke mana, Pakatan Rakyat terungkai. Mujurlah ramai yang terang hatinya lalu tertubuh AMANAH dan terbentuknya Pakatan Harapan. PAS bakal menjadi melukut di tepi gantang.

PKR Pula Beri Tongkat Kepada PAS....

Posted: 17 Mar 2016 06:43 PM PDT

PKR teruskan kerjasama dengan PAS di Selangor - Azmin

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan tetap meneruskan kerjasama dengan PAS di Selangor walaupun parti itu telah mengumumkan penubuhan permuafakatan baharu bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) hari ini.

"Saya berpendapat bagi kami (PKR), kami telah menjelaskan, bahawa apabila kita membentuk Pakatan Harapan, ia adalah untuk mengekalkan kerjasama kita dengan PAS melalui tahaluf siyasi.

"Itulah pendirian yang diambil PKR," kata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di sini hari ini.

Di GEORGE TOWN, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau menolak pakatan baharu antara PAS dan IKATAN kerana ia tidak memberi manfaat kepada pembangkang.


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini dilaporkan berkata permuafakatan baharu dengan IKATAN adalah sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

IKATAN diterajui Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. -Bernama


Tak nampak sudut mana Ikatan bantu Pas

SHAH ALAM – Penganalisis politik akui tidak melihat dari sudut mana Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dapat membantu Pas melalui kerjasama politik yang dijalin dalam pembentukan blok politik ketiga, semalam.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian ketika diminta mengulas kerjasama politik itu banyak menimbulkan persoalan terhadap tindakan Pas itu.

"Apakah Ikatan mempunyai aspirasi yang sama dengan Pas? Pas merupakan salah satu parti yang besar seperti Umno, DAP yang memilih untuk bekerjasama dengan parti yang masih baharu, ahli dalam sekitar 5,000 orang. Jadi, apakah matlamat akhir Pas sebenarnya?

"Pada saya, Pas masih tercari-cari siapa yang boleh menjadi rakan sekutu mereka. Tapi dengan memilih Ikatan yang dikatakan sesuatu yang bersifat multi etnik, sejauh manakah mereka mampu untuk meyakinkan penyokong mereka sendiri?
," katanya kepada Sinar Online.

Semalam, Pas mengumumkan menjalin kerjasama dengan Ikatan yang membawa agenda untuk menjadi pembangkang yang bukan hanya membangkang.

Bukan tidak sesuai kerjasama Pas-Ikatan itu, namun menurut Sivamurugan, apabila nama Pas disebut, harapan ramai adalah untuk melihat parti tertua itu mempunyai hubungan dengan parti yang jauh lebih besar dan setanding dengan parti Islam itu.

"Memang mereka menunjukkan mahu meraih proses demokrasi tetapi sejauh manakah ia mampu mengukuhkan Pas? Sedangkan pada saya, kerjasama ini hanya akan memberikan kelebihan kepada BN memandangkan Pas pernah bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dan kini dengan blok baharu, seolah-olah pembangkang masih lagi belum mempunyai matlamat yang sama.

"Blok ketiga ini akan memecahkan undi dalam Pakatan Harapan dan mungkin akan memberikan impak untuk mempengaruhi sokongan yang bakal diterima oleh Pakatan Harapan. Perpecahan itu sebenarnya yang akan membolehkan BN mendapat kelebihan,"
katanya.

Namun katanya, mungkin Pas mempunyai formulanya yang akhirnya memutuskan untuk memilih Ikatan berbanding parti-parti politik dan NGO-NGO lain di negara ini dan sebarang jangkaan masih terlalu awal untuk dilakukan.

"Kalau kita perhatikan kedua-dua parti ini mempunyai latar belakang ahli yang berbeza. Ahli Pas lebih konvensional, tradisional dengan ikatan kepada nilai-nilai keagamaan. Walhal di sini pula, Presiden Ikatan mengatakan mereka ini merupakan golongan yang liberal dan berpendidikan Barat.

"Jadi, mungkin bertujuan untuk memenangi sokongan-sokongan yang percaya kepada latar belakang sedemikian rupa. Mungkin kelas pertengahan dan kelas atasan bagi Ikatan. Mungkin Pas merasakan latar belakang itu akan boleh mempengaruhi sokongan kepada Pas dan Ikatan," katnaya.

Pensyarah Fakulti Sains Sosial dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir turut membangkitkan persoalan sama kepada Pas.

"Kenapa Ikatan? Bukan parti lain? Harus diakui Ikatan tidak mempunyai pengaruh yang luas dan tidak dikenali ramai. Kerjasama ini akan menimbulkan keraguan dalam kalangan pemerhati politik dan rakyat kerana Pas seperti terdesak.

"Saya tidak fikir kerjasama ini akan memberi kesan yang besar kepada politik tanah air. Kenapa pilih Ikatan? Mengapa tidak pilih parti atau NGO yang lebih kuat lagi," tanyanya.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan agak berlebihan sekiranya kerjasama Pas-Ikatan itu dikatakan akan memberi kesan dalam pilihan raya akan datang.
-SH



PAS hanya bawa beban, tiada manfaat bersama IKATAN – MUBARAK

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) hanya akan memberi beban kepada PAS kerana ia merupakan sebuah parti baharu dengan jumlah keahlian yang sedikit.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman berasa hairan dengan tindakan PAS kerana IKATAN bukanlah sebuah parti yang mampu memberi impak kepada politik negara.

"IKATAN juga baru hendak bermula, jadi mungkin satu bebanan kepada PAS, kerana tidak ramai yang sertai parti baru itu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat MUBARAK, hari ini.

Jelasnya, tindakan PAS bekerjasama dengan parti yang diasaskan oleh Tan Sri Kadir Sheikh Kadir Fadzir hanya akan menipiskan peluang parti Islam itu untuk bekerjasama dengan parti atau badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.

Mengulas lanjut, orang lama UMNO itu juga menekankan bahawa kekuatan dan kemampuan IKATAN masih belum teruji memandangkan belum pernah bertanding dalam sebarang pilihan raya umum.

"Untuk kerjasama sosial itu okay, tetapi sebagai satu kerjasama politik, saya tidak nampak impak dia," kata beliau.
-FMT


ULASAN GB

Macam-macam kisah bab politik ini.

Setelah PAS dikatakan memberikan tongkat kepada UMNO yang mula rebah, kini PKR pula memperlihatkan tindakannya memberikan tongkat kepoada PAS. Kenyataan Azmin ALi, Timbalan presiden PKR yang juga MB Selangor membuktikan bahawa PKR kini menjalinkan kerjasama dengan PAS, sekalipun telah menandatangani permuafaakatan dengan rakan-rakan didalam Pakatan Harapan.

PKR nampaknya ingin berlaku curang kepada rakyat. Berlaku curang kepada rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan.

Jika demikian sikap dan tindakan PKR, GB berani menjangkakan rakyat akan menolak PKR sama seperti rakyat menolak PAS. GB sudah membuat ulasan sebelum ini. Petikan.

Pilihanraya lama lagi, tapi parti-parti PAS dan PKR sudah sibuk mengenainya. Masing-masing sudah tercium kekalahan jika berlaku pertandingan 3 penjuru. Nampaknya Azmin seperti mahu bertindak sebagai "abang besar" dalam Pakatan Harapan.

Azmin akur dengan "ugutan" PAS. Jangan ada pertandingan 3 penjuru. Sebab jika berlaku begitu, PAS dan PKR paling teruk akan mengalami kekalahan.

Mana tahu? Sebab PAS yang telah memulakan dulu. Pertandingan 3 penjuru sudah bermula semenjak kecurangan dan pengkhianatan PAS terhadap Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya umum 2013. Isu "watikah" yang telah menyebabkan kekalahan calon Pakatan di tujuh buah kerusi iaitu Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Putera, Labuan, Kota Damansara, Sungai Acheh dan Panti.

Sekarang PAS pula tak mahu pertandingan tiga penjuru. Lalu didesak Azmin supaya Pakatan Harapan tidak bertanding di kerusi-kerusi di mana PAS bertanding. Manyak lemak dan manyak cantik punya parti.... dia boleh buat, orang lain jangan..

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kecurangan dan pengkhianatan PAS ini akan terbalas di dalam pilihanraya umum ke 14 dimana apabila berlaku pertandingan 3 penjuru nanti PAS akan mengalami kekalahan paling dasyat malah ramai calonnya akan hilang deposit. Itu nampaknya hampor pasti. Keputusan Sg Acheh di dalam PRU13 di atas membuktikannya dan itu permulaaan kepada fenommena calon-calon PAS akan hilang deposit di dalam pilihanraya-pilihanraya akan datang.

BN akan menang jika berlau 3 penjuru? Dulu ya, tetapi tidak lagi sekarang kerana kini BN menghadapi masalah keyakinan rakyat terhadapnya akibat dari pelbagai skandal dan isu yang melanda negara. Rakyat akan memilih parti yang berpotensi untuk ke Putrajaya iaitu Pakatan Harapan. Perjuangan sebenar PRU nanti ialah diantara BN da PH. Itu jelas. Kita tidak faham mengapa PKR masih terhegeh-hegeh mengharapkan dan/atau masih takut dengan PAS.

Tiada ulasan: