Khamis, 17 Mac 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Untuk Parti Lain Dia Jadi "Tukang Ramal", Untuk Partinya: "Hanya Tuhan Yang Tahu"

Posted: 17 Mar 2016 01:28 AM PDT

Hadi: Hanya tuhan saja tahu masa depan blok ketiga

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas kenyataan pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang yang memperlekehkan sekutu baru parti itu, Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dalam blok ketiga pembangkang, hari ini.

Mengulas kenyataan Lim bahawa "dalam politik, kosong campur kosong adalah tetap bersamaan dengan kosong", Hadi berkata hanya tuhan sahaja yang tahu masa depan mereka.

"Yang tahu masa depan (PAS dan IKATAN) hanya tuhan," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur.



PAS hari ini mengesahkan pembentukan blok baru pembangkang dengan mengadakan kerjasama dengan IKATAN.

Pada sidang akhbar itu, Hadi juga ditanya adakah blok baru pembangkang itu akan memecahbelahkan bangsa Melayu.

"Selama ini Melayu dah berpecah bukan sebab kita. Apa yang kita lakukan adalah untuk menyatukan Melayu dan semua kaum di Malaysia.

"Kalau PAS dapat majoriti besar sekalipun tidak boleh tinggalkan kaum lain," katanya.

PAS hari ini mengesahkan pembentukan blok baru pembangkang dengan mengadakan kerjasama dengan IKATAN.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan yang hadir sama berkata, pertemuan hari ini "membuka ruang ke arah pembinaan kumpulan persefahaman" yang lebih tersusun. -mk

ULASAN GB

Cukup aneh kenyataan-kenyataan Presiden PAS ini.

Sekarang beliau menyatakan: "Yang tahu masa depan (PAS dan IKATAN) hanya tuhan."

Sebelum ini Presiden PAS teresebut menjadi "tukang ramal" apabila menyatakan kepada mereka yang menyertai AMANAH sebagai "kamu akan tenggelam".



Mengapa begitu cepat "meramal" parti orang tetapi tidak pandai pula untuk melakukan hal yang sama untuk parti sendiri?

Kita lihat saja hukum kebenaran dan keadilan berjalan apa yang bakal berlaku di kedua-dua belah pihak. Siapa yang tenggelam dan siapa yang terus dengan matlamat perjuangan.

GB sudah ulas sebelum ini: Petikan:

Bukankah Haji Hadi sendiri pernah mengahalau ahli-ahli PAS, pernah memanggil ahli PAS sebagai BARUA dan pernah menTOLOLkan ahli-ahli PAS?

Kini apabil mereka yang dihalau, yang dipanggil BARUA dan yang ditololkan itu mahu membuka parti baru, diberi amaran pula bahawa mereka akan "tenggelam" seolah-olah menghalang mereka untuk tinggalkan PAS.

Bukankah kamu, Haji Hadi sebagai Presiden yang perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kini? Bukankah kamu, Haji Hadi yang telah menyebabkan berlakunya dan membiarkan perpecahan di dalam PAS? Bukankah kamu, Haji Hadi sebagai Presiden yang bertanggungjawab membiarkan PAS tergelincir dari landasan perjuangan dengan bertukar menjadi sebuah parti yang tidak lagi berakhlak Islam, penuh dengan cacian, makian seperti BARUA, TOLOL, JEBON. ANWARINAS, MUNAFIK HARAKI serta menggunakan pelbagai kaedah yang tidak Islamik untuk menaikkan para ulama dan menyingkirkan golongan profesyenal?

Memfitnah, mencaci-maki, melabel, menggunakan cai - kesemuanya "dihalalkan" oleh pimpinan PAS Pusat tanpa sebarang sekatan untuk memenangkan kumpulan ulama dan menyingkiirikan kumpulan profesional.

Sekalipun pimpinan PAS Pusat terutama Presiden menutup matanya, namun Allah itu tidak buta dan tidak lalai.

Terus-terang kami nyatakan kepada Tuan Presiden, kami rela tenggelam daripada hidup bersama-sama dengan ulama jahat (ussu') yang gila jawatan dan gila pangkat yang menggunakan segala kaedah termasuk kaedah yang tidak Islam semata-mata untuk memuaskan kebuasan nafsu mereka untuk menang dalam pemilihan PAS baru lalu.

Tetapi insyaAllah kami yakin, dengan tenaga profesyenal G-18 yang satu ketika pernah mengangkat martabat PAS sehingga ke aras yang ada pada hari ini, mereka tidak akan gagal dengan parti baharu yang bakal muncul tidak lama lagi.

Sewaktu itu kita tengoklah nanti SIAPAKAH SEBENARNYA YANG BAKAL TENGGELAM...

Lihat sketsa di bawah ini, yang menjerit "tenggelam itulah yang bakal tenggelam. InsyaAllah. Sekrang ia hampir menjadi kenyataan.



"PASIK" - Menjadi Bahan Lucu Oleh Netizen

Posted: 16 Mar 2016 09:17 PM PDT

PAS-IKATAN sepakat hudud tidak sesuai di Malaysia

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) percaya bahawa isu hudud tidak akan menjadi isu besar diantara gabungan PAS dan parti baharu dalam membentuk blok pembangkang ketiga.

Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, walaupun bergabung dengan PAS, mereka sependapat bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

"Saya tidak fikir, situasi di Malaysia sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata, hudud kita fikir kemudian, apa yang dibentangkan di Parlimen bukan untuk melaksanakan hudud.


"Tetapi, hanya untuk tingkatkan lagi kuasa mahkamah syariah. Kerana, kuasa mahkamah syariah lebih rendah dari mahkamah majistret," ujarnya dalam satu wawancara bersama FMT.

Jelas Abdul Kadir, isu hukum hudud itu merupakan isu dan provokasi yang hanya dimainkan oleh penyokong UMNO di Kelantan.

"Mereka (PAS) tidak membawa hudud, selama 20 tahun memerintah, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak pernah bawa. Dia (Nik Aziz) tahu bahawa rakyat tidak sokong.

"Tetapi ia mendapat provokasi dari ahli-ahli UMNO di kawasan kampung terutamanya, kenapa PAS sebagai sebuah kerajaan tidak membawa hudud," jelasnya.

Mengulas lanjut, Kadir juga memberitahu Islam bukanlah sebuah agama yang ketat, sebaliknya agama untuk semua pihak.

"Islam juga benarkan atas beberapa syarat, kita boleh menangguhkan pelaksanaan hukum hudud dan di Malaysia, saya lihat kita termasuk dalam syarat berkenaan kerana masyarakat berbilang bangsa," ujar beliau.

Pada masa sama, beliau turut memberitahu bahawa tanggungjawab PAS untuk memperketatkan undang-undang mahkamah syariah juga telah selesai dan kini terpulang pada rakyat untuk menghakimi.

"Mereka telah bawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, kemudian bentangkan di Parlimen. Tugas mereka sudah selesai, sebagai seorang muslim, mereka telah lakukan sebaik mungkin.

"Kini terpulang kepada rakyat, untuk memilih kerajaan, kerana kini ia di bawah kuasa UMNO," katanya lagi. -FMT


IKATAN, PAS bersekutu bentuk blok baru pembangkang


PAS hari ini mengesahkan pembentukan "blok baru pembangkang" dengan mengadakan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Perkara itu diumumkan di sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Bercakap kepada media, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pertemuan hari ini "membuka ruang ke arah pembinaan kumpulan persefahaman" yang lebih tersusun.

Katanya, PAS membawa model politik matang, terbuka, bertanggungjawab, bersih dan sejahtera bersama parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan yang ingin turut serta dengan idea berkenaan.

"Pendekatan ini juga menuntut kami supaya bergerak di atas teras penyelesaian dan politik membina, di samping menolak budaya politik oportunis, kasar dan perkauman sempit," katanya.

Di atas prinsip itulah, kata Takiyuddin, maka pada hari ini "bermulalah satu kerjasama politik di antara PAS dan IKATAN.

IKATAN adalah sebuah parti baru diketuai bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang ditubuhkan pada 2012 tetapi hanya didaftarkan pada 2015.

Sebelum itu Abdul Kadir yang pernah menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno mengheret Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke mahkamah.

Parti itu didakwa bertujuan untuk memperjuangkan idea perdana menteri pertama negara, Tunku Abdul Rahman Putra.

Terdahulu rancangan PAS mengadakan sidang media mengumumkan pakatan berkenaan tergendala apabila bekalan elektrik terputus kira-kira 10 minit.

Keadaan ruang sidang media yang tidak mencukupi berbanding jumlah wartawan juga memaksa sidang media berkenaan dipindahkan ke sebuah hotel berhampiran Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Sebelum ini Takiyuddin mengumumkan pembentukan "blok ketiga politik" yang diharap setanding dengan Pakatan Harapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

PAS bersama PKR dan DAP membentuk Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 lalu namun kerjasama politik berkenaan berkubur apabila hubungan antara parti mengalami masalah.

Antara lain ia berpunca daripada krisis dalaman PAS sendiri apabila kumpulan konservatif dilihat melakukan 'pembersihan' terhadap golongan progresif parti itu.

Bekas pemimpin PAS yang tersingkir kemudian membentuk Parti Amanah Negara dan mengadakan kerjasama dengan PKR dan DAP bagi menghasilkan Pakatan Harapan. -mk


ULASAN GB

Bagai hari malap bagi PAS apabila menubuhkan Pakatan Baharunya bersama parti IKATAN.

PAS kemaruk nak jadi ketua, kini dah dapat jadi ketua. Ketua untuk pakatan dua parti - PAS + IKATAN. Macam-macam nama ringkas (abbreviasi) ditemui di siber, PASIK, PASIKAT, PASIKTAN, PASKATAN.... Ia menjadi bahan lawak netizen....

Walau apa pun, yang lebih penting untuk dijelaskan oleh PAS, benarkah kenyataan bahawa PAS dan IKATAN bersetuju menyatakan hudud tidak sesuai di Malaysia?

Jika benar ia amat memalukan ahli-ahli dan pendokong PAS yang selama ini bermatian-matian menyatakan mereka keluar dari Pakatan Rakyat sebab DAP tolak hudud.

Malah bukan sahaja ahli PAS, pemimpinnya juga.

Kini segalanya-galanya terburai. Hukum kebenaran dan keadilan terdedah. PAS membuka pekungnya sendiri bahawa perjuangan hududnya sudah tidak sampai ke mana. Alih-alih buat kenyataan bersama IKATAN, hudud tak sesuai di Malaysia. Setiausaha Agung PAS pula menyatakan tugas kerajaan pusat untuk bentangkan hudud di parlimen.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS akan terus mengalami kekalahan demi kekalahan, keaiban demi keaiban sehingga terus pupus dari pentas politik negara ini. Kita sudah ada parti Islam yang amanah, progresif dan peduli menggantikan PAS - PARTI AMANAH NEGARA namanya!

Tiada ulasan: