Rabu, 16 Mac 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Blok Ketiga PAS Bakal Beri Kemenangan Kepada UMNO BN

Posted: 16 Mar 2016 12:10 AM PDT

Pakar: Laluan sukar untuk blok politik ketiga

SHAH ALAM – Tindakan Pas membentuk blok politik ketiga di negara ini untuk menyayingi Pakatan Harapan bakal berdepan laluan sukar kerana pengundi akan meneliti terlebih dahulu sama ada gabungan baharu itu mempunyai kekuatan dan pengikut tersendiri.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, keadaan berbeza dengan parti-parti yang sememangnya mempunyai penyokong tersendiri di dalam Pakatan Harapan.


"Saya lihat, apa jua gabungan oleh parti Islam itu perlu dinilai sama ada rakan kerjasama mereka mempunyai kekuatan tersendiri ataupun hanya mengharapkan kekuatan daripada Pas semata-mata.

"Jika mereka hanya mengharapkan kekuatan Pas, penubuhan blok politik ketiga ini sememangnya akan berdepan laluan sukar," katanya kepada Sinar Online.

Marthada menambah, penubuhan blok politik ketiga tersebut juga dibimbangi akan menyebabkan berlakunya pertembungan tiga penjuru dan memberi kesan kepada parti-parti politik lain yang bertanding.

Menurutnya, sekiranya perkara tersebut berlaku, ia pastinya akan menyebabkan berlakunya pecah undi serta memberi kelebihan buat Barisan Nasional (BN).


"BN mempunyai kekuatan tersendiri dan jika berlaku pertembungan tiga penjuru, ia akan memberi kesan kepada jumlah undi," katanya.

Pas akan mengumumkan pembentukan blok pembangkang baharu yang akan melibatkan sebuah parti pelbagai kaum dan NGO, hari ini. -SH

ULASAN GB

Awal-awal lagi UMNO BN telah bertepuk sorak dengan langkah PAS untuk menubuhkan Blok Ke 3. Apa eertinya? Ertinya UMNO BN menyedari usaha PAS itu akan menyebabkan undi pembangkang akan berpecah. Langkah PAS itu akan memberikan kemenangan besar untuk mereka. Ia merupakan talian hayat yang amat berguna untuk UMNO BN.

Memang benar kata-kata Mat Sabu bahawa UMNO BN yang sudah kehilangan tongkatnya semenjak kekalahan MCA dan MIC, kini UMNO BN mendapat tongkat baru dari PAS.

Sekalipun PAS berbelit-belit dengan beberapa kenyataan pemimpin-pemimpinnya yang saling bertelingkah, namun hakikatnya, PAS sedang memberikan talian hayat yang lebih panjang untuk UMNO BN khususnya di dalam penubuhan Blok Ke 3. Betul-betul blok minda dunia ketiga!

Dan rakyat Malaysia perlu membuka matanya terhadap tindak-tanduk PAS ini!

Pulau Pinang Yang Dikutuk Paling Rendah Hutangnya...Cuma RM69.3 Juta

Posted: 15 Mar 2016 08:35 PM PDT

Kerajaan negeri hutang Putrajaya RM16.8 bilion

Kerajaan-kerajaan negeri di seluruh negara memiliki hutang dengan kerajaan persekutuan berjumlah RM16.8 bilion setakat 31 Disember 2015, kata Kementerian Kewangan.

Dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh), negeri yang mempunyai jumlah hutang yang paling banyak ialah Pahang RM2.9 bilion, Sabah RM2.6 bilion, Sarawak RM2.5 bilion dan Kedah RM2.3 bilion.

Pulau Pinang pula mempunyai jumlah hutang paling sikit iaitu RM69.3 juta, diikuti Johor RM249 juta dan Perlis RM373.2 juta.


Menurut Kementerian Kewangan, pinjaman itu diberi bagi tujuan membiayai projek kemudahan asas antaranya projek bekalan air, industri, perumahan awam kos rendah dan lain-lain projek.

"Setakat 31 Disember 2015, hutang yang belum dijelaskan oleh semua kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan berjumlah RM16,824,607,187.41," kata kementerian itu.

Kementerian Kewangan menjawab soalan Teresa mengenai hutang kerajaan negeri terhadap kerajaan persekutuan yang masih belum dibayar sehingga Disember 2015.

Negeri-negeri lain ialah Johor RM249.1 juta, Negeri Sembilan RM942.76 juta, Melaka RM950.97 juta, Perak RM608.63, Selangor RM1.32 bilion dan Kelantan RM1.34 bilion.

Bagaimanapun, hutang bagi Wilayah Persekutuan tidak dinyatakan. -mk

ULASAN GB

UMNO dan PAS yang kutuk-kutuk kerajaan PH dan LGE di Pulau Pinang, rupa-rupanya Pulau Pinang paling sedikit berhutang dengan kerajaan pusat, cuma 69.3 juta, tak sampai RM100 juta pun.

Negeri dimana parlimen Perdana Menteri mewakilinya, Pahang mencatatkan hutang tertinggi sampai hampir mencecah RM3 bilion. Selangor dan Kelantan juga tinggi hutangnya, masing-masing RM1.32 bilion dan RM1.34 bilion.

Bukalah mata wahai rakyat Malaysia!

Tiada ulasan: