Ahad, 13 Mac 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Hanya Yang Sokong Najib Akan Berkata Deklarasi Rakyat Itu Sia-sia

Posted: 13 Mar 2016 12:32 AM PST

KOTA BHARU - Parti Amanah Rakyat (Amanah) bertegas, Deklarasi Rakyat yang disertai parti itu bersama Tun Dr Mahathir Mohamad bukan perkara sia-sia sebagaimana anggapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, gerakan dilakukan melibatkan negarawan, pelbagai NGO itu adalah sebagai isyarat jelas kepada pimpinan sekarang bahawa rakyat mahu melakukan perubahan, mengubah masa depan serta menyelamatkan negara.


"Itu pandangan dia. Bagi kami ia tidak sia-sia. Semua negara Asean telah berubah ke arah yang lebih baik dan mereka dulu ketinggalan jauh termasuk Korea dan Thailand, tetapi kini telah berubah. Kita pula masih berada di tahap yang lama.

"Rakyat masih ditakutkan untuk membuat perubahan, bila ada mereka yang ingin buat perubahan kita bersamalah," katanya.

Terdahulu, beliau menyertai Himpunan Perdana dan Ceramah Wacana Rakyat di Bandar Satelit Kubang Kerian yang turut dihadiri bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, Naib Presiden Amanah, Salahudin Ayub dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Baihaqi Atiqullah.

Mat Sabu berkata, BN diibaratkan seperti kanser yang berada di tahap empat dan baginya, sesiapa sahaja yang cuba untuk membaikinya tidak akan berjaya kerana ia sudah tidak berupaya lagi.

"Melainkan kena ada pertukaran pada pilihan raya nanti. Tidak lebih pada Najib (Perdana Menteri) berhenti dan kita akan terus berusaha supaya rakyat menukar kerajaan,
" katanya.

Menurutnya, program jelajah seluruh negara akan dilaksanakan dalam mencapai misi mengumpulkan tanda tangan rakyat dan hasilnya akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Sementara itu, mengulas mengenai pakatan baharu yang akan dibentuk oleh Pas untuk menghadapi PRU14, Mat Sabu melihat ia sebagai perkara yang memeriahkan lagi politik tanah air.

"Terlalu awal nak ulas, saya tidak tahu lagi parti mana yang akan bersama. Saya pun macam orang lain juga tunggu dan lihat, tidak ada masalah," katanya.

Dalam pada itu, Salahudin ketika diminta mengulas mengenai hala tuju dan matlamat Deklarasi Rakyat yang dianggap belum menampakkan keberkesanannya, beliau berkata, walau apa pun yang terjadi, pihaknya tidak akan menggunakan saluran salah dalam menjayakan matlamat deklarasi tersebut.

"Saya tidak nampak gerakan ini akan berhenti. Siapa yang nak jadi perdana menteri kita tidak bincang lagi, tunggu," katanya. -SH


AMANAH SEDIA BERSAMA SEMUA PIHAK DALAM MISI SELAMATKAN MALAYSIA

Suasana negara hari ini menuntut semua pihak bertangungjawab melakukan yang terbaik untuk memulihkan maruah negara setelah Perdana Menteri culas melaksanakan tanggungjawabnya. Kegagalan Institusi Pejabat Peguam Negara mempertahan kepentingan rakyat menangani secara tuntas dalam skandal 1MDB, derma RM2.6 bilion dan RM42 juta daripada SRC International, sangat mengaibkan negara. Krisis kepercayaan (trust deficit) terhadap kepimpinan dan kedaulatan negara sudah sampai kepada kemuncaknya.

2. Hari ini bekas Perdana Menteri seperti Tun Dr Mahathir Mohamed telah melahirkan rasa kesalnya ke atas apa yang berlaku dan menyeru kita semua meninggalkan kepentingan parti demi menyelamatkan negara daripada kepimpinan Perdana Menteri hari ini. Seruan Tun Mahathir selaku seorang tokoh perlu diambil serius oleh semua pihak walaupun gerakan massa menyelamatkan negara dari kepincangan kepimpinan negara sudahpun diaktifkan lebih awal oleh Gerakan Reformasi (1999-2008) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim (dipenjarakan 2 kali) yang kemudiannya disambung melalui wadah Pakatan Rakyat (2009-2014) dan terbaru Pakatan Harapan (2015 hingga kini).

3. Antara sebab utama DS Najib sukar untuk diganti adalah kerana UMNO masih mempertahankan kedudukan Perdana Menteri. Ketua-Ketua Bahagian UMNO terbelenggu daripada melihat kepentingan yang lebih besar kerana terperangkap dalam budaya politik wang dan hanya mementingkan tembolok sendiri.

4. AMANAH bersama dalam mana-mana gerakan yang menolak penyelewengan dan salah guna kuasa namun pada waktu yang sama AMANAH mendesak agar reformasi institusi negara secara menyeluruh dapat disegerakan dengan menukar kerajaan sedia ada secara demokratik.

5. Oleh itu, AMANAH dengan slogan HARAPAN BARU, bersedia melihat kepentingan gerakan SELAMATKAN MALAYSIA bagi membantu cita-cita perubahan dan reformasi yang telah digerakkan selama ini oleh PR dan PH serta masyarakat madani. Oleh itu, AMANAH akan bersama mana-mana gerakan rentas kepartian atas prinsip warganegara yang prihatin terhadap masa depan negara.

"Harapan Baru"

TN HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
1 MAC 2016


ULASAN GB

Deklarasi Rakyat bukan sesuatu yang sia-sia. Yang menyatakan ia sia-sia hanyalah kawan-kawan Naji9b dan mereka yang takut Najib dan UMNO jatuh.

Kita perlu tentang kezaliman. Kita perlu turunkan Najib terlebih dahulu sebelum dapat menurunkan UMNO BN.

Turunkan Najib adalah matlamat jangka pendek manakala turunkan UMNO BN adalah matlamat jangka pannnjang. Kita perlu realistik di dalam tindakan kita. Kita perlu ada strategi dan tidak emosi.

Ada pihak enggan untuk menerima TDM sebagai ketua di dalam usaha singkirkan Najib. Alasannya Mahathir sama zalim dengan Najib. Tetapi jangan lupa TDM sudah tinggalkan UMNO.

Tidak salah untuk bekerjasama dengan TDM di dalam usaha singkirkan Najib. Di dalam sejarah Islam sudah ada kisah "Hilful Fudhul" dimana Rasulullah sendiri pernah menandatangani perjanjian bersama kaum kafir Quraisy yang mana gerakan itu tidak diketuai oleh Rasulullah sendiri.

Timbalan Penasihat Uumum Parti Amanah Naga, Ustaz Abd Ghani Shamsuddin sewaktu GB temuinya, beliau menyatrakan di dalam Islam juga ada kaedah usul-fiqh iaitu: "jika tak dapat melakukan semua, jangan tinggalkan semua". Jika kita belum dapat menurunkan UMNO BN, jangan pula tinggalkan usaha untuk singkirkan Najib.

Ini kerana rakyat akan terus menderita selagi Najib menjadi PM.

Kita tidak boleh berkawan dengan si penzalim yang mana dengan berbuat demikian, maka kita juga melakukan kezaliman sepertimana si penzalim itu sendiri.

UMNO Bersorak Gembira PAS Tubuh Pakatan Baharu

Posted: 12 Mar 2016 06:25 PM PST

Pakatan baharu PAS matangkan politik negara, kata Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi secara peribadi menyambut baik keputusan PAS untuk menubuhkan pakatan baharu dengan sebuah parti pelbagai bangsa sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) akan datang.

Zahid yang juga naib presiden Umno, berkata langkah sedemikian akan lebih mewarnai arena politik tanah air sekali gus menjadikan rakyat lebih matang berpolitik.

"Ini juga mampu menjadikan politik tanah air lebih baik, lebih demokratik dan banyak pilihan," katanya ketika berucap pada majlis amanah khas Ketua Umno Bahagian kepada kepimpinan Umno Cawangan 4 Peringkat Bahagian Bagan Datoh di Hutan Melintang hari ini.


Zahid mengulas pengumuman Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pada Khamis mengenai keputusan parti itu untuk bergerak sebagai sebuah lagi parti politik selepas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun perkara itu hanya akan diumumkan pada Rabu ini.

Zahid menarik perhatian apabila berkata keputusan PAS itu jelas menunjukkan bahawa parti itu menjadi kuda tunggangan DAP selama ia berada dalam pakatan pembangkang.

"Harap rakyat sedar DAP tidak lebih daripada parasit dan anai-anai yang meruntuhkan sistem demokrasi negara.

"Saya tidak berhasrat untuk masuk campur, tapi perkembangan baharu ini memberikan kesedaran apa yang berlaku adalah hidayah daripada Allah," katanya.

Ketua Umno Bahagian Bagan Datoh itu berkata perpaduan yang jitu dalam kalangan ahli di peringkat akar umbi merupakan satu daripada "resepi" utama untuk memastikan parti keramat orang Melayu tersebut terus kukuh.

Ahli Umno di semua peringkat juga perlu sentiasa bekerja kuat tanpa mengharapkan sebarang ganjaran selain perlu mengatur strategi untuk memenangi hati serta pemikiran rakyat, katanya.

"Saya harap kita tidak hanya melihat kepada politik di luar, tetapi apa yang penting asas kita adalah politik dalaman," katanya. – Bernama,

ULASAN GB

Bergembiralah kamu wahai PAS yang mana langkah kamu untuk menubuhkan parti baharu telah mendapat pujian melambung dari pemimpin UMNO.

UMNO seperti memperolehi nafas baharu dengan langkah PAS itu. Kerana dengan tertubuhnya sebuah pakatan baharu akan memecah-belahkan pembangkang dan hasrat rakyat untuk menumbangkan UMNO BN.

Pemimpin kanan di dalam PAS seperti TITM dan Idris Ahmad tidak payahlah hendak menafikan kononnya UMNO masih tetap musuh PAS.

Teringat kata-kata Allahyarham Ustaz Fadzil Noor: "Musuh bila dia sokong kita...mesti ada yang tak kena..."

Sekarang semua agen UMNO menyokong PAS termasuklah media massa perdana bercetak dan eletronik. TAHNIAH PAS kerana sudah menjadi sahabat karib UMNO.

Selepas ini jalankan sahaja tugasmu sebagai penasihat. Tak payah susah-susah bertanding di dalam pilihanraya lagi.

Tiada ulasan: