Khamis, 10 Mac 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Tinjauan: 70% Sokong Deklarasi Rakyat Turunkan Najib

Posted: 10 Mar 2016 01:32 AM PST

Tinjauan M'kini: Lebih 70% sokong Deklarasi Rakyat

Satu tinjauan media sosial yang dilakukan Malaysiakini mendapati terdapat sokongan padu terhadap Deklarasi Rakyat dan peranan dimainkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam gerakan itu.

Daripada 5,852 responden di Facebook dan akaun Twitter Malaysiakini (Bahasa Inggeris), 76.2 peratus memihak perisytiharan itu yang bertujuan untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada jawatannya.


Bagaimanapun, 11.6 peratus memilih untuk menolak perisytiharan itu dan keputusan pembangkang bekerja dengan Mahathir, 8.8 peratus mengatakan ia tidak akan berjaya, 16 peratus berasa skeptikal dan 7 peratus lagi berkata mereka tidak peduli.

Deklarasi Rakyat untuk 'Menyelamatkan Malaysia' itu ditandatangai Jumaat lalu dan diketuai oleh Mahathir dalam usaha menyingkirkan Najib sebagai PM, serta melaksanakan pembaharuan terhadap institusi negara.

Antara mereka yang menandatangani deklarasi itu ialah timbalan presiden Umno yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ahli-ahli parlimen pembangkang Azmin Ali dan Lim Kit Siang, serta pemimpin masyarakat sivil, Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin Abdullah.

ULASAN GB

UMNO dan rakan-rakannya di dalam BN tentulah tidak bersetuju. Selain mereka ialah PAS. PAS sebelum ini telah membuat kenyataan yang memperkecilkan Deklarasi Rakyat.




Sikap yang ditunjukkan PAS tidaklah mengejutkan kerana sebelum ini pun PAS tidak seiring dengan pendirian rakan-rakan pembangkang yang lain khususnya di dalam isu Najib, malah dalam banyak ketika lebih banyak mempertahankan Najib.

Tetapi rakyat Malaysia umumnya telah bersuara, pimpinan Najib ditolak kerana ia meletakkan keadaan politik, ekonomi dan sosial negara semakin parah dan bakal hancur binasa.

"Azalina Belum Kahwin, Dia Tahu Apa Bab Talak?"

Posted: 09 Mar 2016 04:04 PM PST

"Azalina, jangan sentuh isu talak kalau belum kahwin"

PETALING JAYA: "Kalau belum berkahwin, jangan pandai-pandai sentuh isu talak," nasihat Datuk Seri Ahmad Said kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ahmad menjawab kecaman Azalina terhadapnya dan mendakwa bekas Menteri Besar Terengganu itu 'gila talak' kerana mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.


"Jangan cakap soal talak. Dia (Azalina) belum kahwin, dia tak tahu talak itu apa. Talak ini hak lelaki bukan perempuan," kata Ahmad kepada FMT. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu menegaskan, beliau mengemukakan usul itu demi kepentingan rakyat Terengganu, bukan untuk menjadi Menteri Besar.

"Saya berjuang demi negeri Terengganu dan kepentingan rakyat di Terengganu. Tidak ada kepentingan peribadi. Kalau saya nak jadi Menteri Besar (MB), dari dulu saya dah buat. PAS ajak saya bergabung nak lantik saya jadi MB, saya tak nak.

"Nasihat saya, kalau tidak tahu apa-apa mengenai politik Terengganu, jangan komen bodoh," katanya menjawab tuduhan Azalina bahawa Ahmad akan melakukan apa sahaja untuk menjadi Menteri Besar semula. -FMT


Ahmad Said 'gila talak', kata Azalina

KUALA LUMPUR - Tindakan Adun‎ Kijal, Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan 'usul' undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman disifatkan sebagai 'gila talak'.

Menyatakan demikian, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, bekas menteri besar itu akan melakukan apa sahaja untuk menyandang jawatan itu semula.

"Semua orang tahu Ahmad itu gila talak. Dia akan cuba sampai dia dapat. Tetapi itu hak dia sebagai Adun," katanya kepada Bernama ketika ditanya mengenai isu itu selepas menjadi tetamu program Dalam Radar terbitan Bernama Radio24 di sini, hari ini.

Persidangan Dun Terengganu hari ini dikejutkan dengan cadangan usul tidak percaya Ahmad terhadap Ahmad Razif, namun speaker Dun Datuk Mohd Zubir Embong menolak cadangan usul itu.

"Apabila speaker tolak, dia (Ahmad) akan kata speaker jahat dan sebagainya.

"Dulu jadi MB (menteri besar), memanglah dia gila talak, dia akan buat segala-galanya untuk jadi MB," kata Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Azalina berkata, Ahmad tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan speaker yang menolak usul cadangannya itu.

"Sekarang ini ia tidak majoriti, jadi bagaimana usul dia (Ahmad) nak berjaya, jadi bagi saya hak dia nak masukkan usul tu dia boleh masukkan 100 kali pun, tapi ia akan ditolak," katanya.
- Bernama


ULASAN GB

Ahmad Said ada point di situ.

Bab "talak" yang disentuh Azalina yang belum berkahwin memang tidak manis dan tidak wajar.

Betul kata Ahmad Said: "Jangan cakap soal talak. Dia (Azalina) belum kahwin, dia tak tahu talak itu apa. Talak ini hak lelaki bukan perempuan,"

Ada banyak cerita tentang Azalina ni. Tapi kita tak dedahkan disini kerana ia boleh mengaibkannya

Yang hairan beliau tiba-tiba dapat jadi menteri semula, selepas Muhyiddin disingkirkan.

Siapa yang lantik, tentulah PM.

Najib Oh Najib....

Berita ini ada kaitan agaknya: Ahmad Said Dakwa Simpan Rahsia Besar Najib

Tiada ulasan: