Selasa, 8 Mac 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


"Orang Melayu kita ramai makan di gereja", adu gelandangan Kuala Lumpur

Posted: 08 Mar 2016 02:02 AM PST

ARIF ATAN


Dakwa Junaidah pihak Baitulmal dilihat berkira mengagihkan wang kutipan zakat kepada asnaf.Dakwa Junaidah pihak Baitulmal dilihat berkira mengagihkan wang kutipan zakat kepada asnaf.

Lebih 80 peratus daripada kira-kira 100 orang gelandangan atau warga miskin kota yang menerima bantuan makanan di sesebuah gereja pada satu-satu masa terdiri daripada Melayu beragama Islam.

Pendedahan tersebut diakui seorang ibu tunggal ketika kebetulan ditemui Malaysia Dateline di Surau Balai Islam berdekatan Bulatan Pahang, Kuala Lumpur semalam.

Hanya mahu dikenali sebagai Junaidah (bukan nama sebenar), 50, beliau yang menjaga seorang anak lelaki menghidap penyakit ulser tulang memberitahu ramai gelandangan Melayu terpaksa mengharap bantuan daripada pihak gereja dan NGO berlatarbelakangkan Kristian.

Ujarnya, sebuah gereja berhampiran Dataran Merdeka menyediakan sarapan mulai jam 8 pagi setiap hari manakala satu gereja lagi di Bukit Nanas menjamu makanan tengah hari kepada warga miskin kota juga setiap hari.

"Bagusnya lagi, pihak gereja menghormati gelandangan beragama Islam. Kami akan makan terlebih dahulu selepas wakil daripada kami diminta membacakan doa makan. Kemudian, baru doa untuk penganut mereka pula dibaca.

"Selain makanan, gereja dekat Dataran Merdeka itu siap beri sabun, benarkan gelandangan cuci baju dan sediakan ampaian untuk menjemur pakaian," ujarnya yang kali terakhir menerima bantuan makanan di gereja terbabit selepas Aidilfitri tahun lalu.

Beliau yang tiba di surau itu bertanyakan pada Malaysia Dateline tentang imam untuk memohon bantuan wang ihsan selepas kira-kira sejam berlalunya solat Asar berjemaah.

"Minta bantuan pada Baitulmal setakat RM250 hingga RM300 sebulan. Sewa bilik di KL pun sudah RM300.

"Saya dengan anak berusia 25 tahun mulai tahun 2016 tidur di sekitar Masjid Negara kerana tak mampu menyewa bilik," ujarnya yang berasal dari Rembau.

Bercerita lanjut tentang perbandingan dengan layanan institusi ibadat Islam, Junaidah berkata, pihak masjid sekitar ibu negara tidak pula berbuat demikian.

"Masjid Negara pun tidak ada. Hanya NGO dan mahasiswa saja yang ada berikan kami sumbangan makanan.

"Kalau dekat kawasan Kolej Segi berhampiran Anjung Singgah, ada seorang Datin bagi sumbangan duit setiap bulan. Itu usaha orang perseorangan. Kalau Baitulmal lagilah, bagi (bantuan kewangan) buat syarat saja.

"Kelmarin, saya minta bantuan wang ihsan untuk ambil dua anak yang dijaga bekas suami di Jengka.
Baitulmal tak bagi wang sebab katanya duit bulanan sudah bagi," ceritanya di perkarangan surau sambil merenung jauh kenderaan yang mulai sesak di Bulatan Pahang itu.

Berkongsikan pengalamannya yang pernah memohon bantuan bulanan pada Baitulmal di Terengganu tahun lalu bagi pihak anaknya, Junaidah berkata institusi itu menolak permohonan mereka dengan alasan bukan pemastautin.

"Saya merayu mereka buat tak tahu walaupun kad pengenalan anak saya terbukti lahir di Terengganu. Katanya, datanglah esok lusa jumpa pegawai mereka padahal saya tidak boleh tunggu. Penyakit anak saya kena cepat diberi ubat.

"Kata pegawai itu ramai orang begitu. Pada kad pengenalan saja lahir di Terengganu, tinggal di negeri lain," cerita Junaidah kembali sehingga beliau pada hari tersebut terpaksa memohon jasa baik pihak Jabatan Mufti yang pejabatnya tidak jauh dari Baitulmal itu.

Beliau berkata, pihak Baitulmal memberi bantuan hanya selepas Jabatan Mufti itu menghubungi Baitulmal memaklumkan permohonan mereka harus diberi perhatian.

"Itupun Baitulmal beri bantuan kecemasan RM100 bukan bantuan bulanan dengan alasan sama - bukan pemastautin.

 Junaidah  juga memberitahu seorang jawatankuasa masjid dekat UTC Sentul menolak permohonannya dengan alasan bukan anak kariah. Junaidah juga memberitahu seorang jawatankuasa masjid dekat UTC Sentul menolak permohonannya dengan alasan bukan anak kariah.
"Lepas tu pegawai itu pula persoal saya kenapa mengadu pada Jabatan Mufti sedangkan saya terdesak perlukan wang ihsan untuk belanja perubatan anak saya yang kaki kirinya sakit teruk akibat sisa karat selepas berlaku kemalangan di bengkel kereta tahun 2014 lepas," jelasnya.

Bukan kariah

Memohon bantuan ihsan dari pihak masjid juga amat mengecewakan walaupun pada papan kenyataan masjid terpampang ribuan ringgit kutipan setiap minggu Solat Jumaat.

Beliau berkata, Ahad lalu seorang jawatankuasa Masjid Amru Ibni Al'As di Bandar Baru Sentul menolak rayuannya yang memohon sedikit wang dengan alasan bukan kariah masjid.

"Dia kata dia berpegang pada prinsip. Dia hanya bantu anak kariah masjid saja. Saya sedih sebab setahu saya orang yang bersembahyang di mana-mana masjid termasuk ketika solat Jumaat juga datangnya dari luar kariah," keluhnya lagi.

Mat Sabu Dilantik Ketuai Himpunan Mansuh GST & Selamatkan Malaysia

Posted: 08 Mar 2016 01:47 AM PST

KELAB GREENBOC


Pakatan Harapan anjur perhimpunan mansuh GST 2 April ini

Pakatan Harapan percaya isu-isu ekonomi yang mendesak dan menekan rakyat tidak boleh ditenggelamkan oleh beberapa perkembangan politik mutakhir ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya, isu-isu seperti penghapusan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pembiayaan pendidikan yang munasabah, menghentikan kenaikan cukai, levi dan yuran yang dikenakan kerajaan dan kenaikan tarif perlu terus diperjuangkan.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua rakyat supaya menyertai Perhimpunan Mansuh GST yang akan diadakan di ibu negara pada 2 April nanti.

"Saudara Mohamad Sabu (Presiden Amanah) telah diberi amanah untuk mengetuai jawatankuasa penganjur Perhimpunan Mansuh GST pada 2 April 2016 dan perhimpunan-perhimpunan Muafakat Selamat Malaysia," ujarnya dalam sidang media hari ini di Parlimen.

Ditanya pemberita berkenaan tanggapan pihak pembangkang bergantung pada Mahathir seperti ketika pemeteraian deklarasi anti-Najib lalu, beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu yang memerlukan sokongan Pakatan Harapan.

"Kami juga tidak memalukan imej negara," tegas Azizah lagi menjawab satu soalan pihak media.

Beliau yang juga Presiden PKR berkata, Deklarasi Rakyat yang ditandatangani oleh tokoh-tokoh merentasi batasan politik termasuk Tun Mahathir dan pemimpin Umno-BN adalah pengakuan pemimpin parti pemerintah itu bahawa pentadbiran mereka merosakkan banyak institusi kerajaan.

"Pengakuan oleh Tun Mahathir ini tidak mengubah hala tuju Pakatan Harapan terutamanya berhubung pendirian mengenai bentuk-bentuk reformasi undang-undang, politik, media, ekonomi, kewangan, pendidikan dan sosial yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Harapan.

"Malah, pengakuan Tun Mahathir itu adalah satu penerimaan secara tidak langsung bahawa institusi kerajaan yang tidak bebas telah memangsakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan kerana menjadi ancaman politik paling utama kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak," jelasnya lagi. Kenyataan media Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini turut disepakati Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. -Malaysia Dateline 
 
 

Eksport Malaysia Jatuh Negatif 2.8 Peratus. Jauh Dari Jangkaan. Punca?

Posted: 08 Mar 2016 01:46 AM PST

BERITA SEMASA
 
 
Eksport Malaysia Jatuh Negatif 2.8 Peratus. Jauh Dari Jangkaan. Punca?


eksport malaysia


Untuk makluman anda semua eksport utama di Malaysia adalah terdiri daripada kayu kayan, minyak mentah, gas, minyak sawit, elektrik dan elektronik, getah, dan produk petroleum.
Walaubagaimanapuan melihatkan data statistik yang dikeluarkan baru-baru ini oleh Jabatan Statistik Negara berkenaan dengan prestasi eksport Malaysia pada Januari 2016 tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Disasarkan eksport Malaysia berada pada paras 2.5 peratus termasuk dari Reuters. Tetapi merosot kepada negatif 2.8 peratus. Mengejutkan penganalisis ekonomi yang mana LNG mencatatkan prestasi eksport terburuk pada Januari 2016 sekaligus kejatuhan buat pertama kalinya dalam tempoh 8 bulan terakhir.

Punca Kejatuhan Eksport Malaysia?

 

KLIK SINI: Pakar Ekonomi Kata Kejatuhan Ringgit Malaysia Tidak Bantu Export Malaysia!
  1. Kelembapan dan pertumbuhan ekonomi China
  2. harga global untuk penghantaran komoditi yang masih lemah dan tidak menentu
  3. permintaan global yang juga masih lemah
  4. Kejatuhan nilai ringgit Malaysia sedikit sebanyak memberikan kesan langsung
Walaubagaimanapun pada ketika ada sedikit berita yang agak mengembirakan, semoga ianya berpanjangan apabila disemak prestasi ringgit terus mengukuh untuk beberapa hari terakhir ini selepas harga minyak dunia menunjukkan prestasi memberangsangkan termasuklah minyak jenis Brent yang mencatatkan paras $40 dollar setong untuk sekian lama.

P/S : Berita Semasa berharap agar eksport Malaysia dapat naik semula untuk eksport Malaysia bagi siri data bulan Februari 2016 ini pula. Insyaallah.

PP/S : Anda boleh rujuk data dan statistik terkini yang dikeluarkan seperti pada gambar-gambar di bawah ini….


pertumbuhan ekonomi ekonomi malaysia perkembangan ekonomi import malaysia barangan eksport utama malaysia ekonomi malaysia

TERBARU DARIPADA MUHYIDDIN - KALAU NAJIB BOLEH SEPENTAS DENGAN HADI AWANG, KENAPA SAYA TAK BOLEH?

Posted: 08 Mar 2016 01:38 AM PST



Ini adalah kenyataan media terbaru oleh Muhyiddin Yassin yang dipetik daripada laman Facebooknya berhubung kehadirannya menandatangani Deklarasi Rakyat bersama Tun Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin pembangkang pada Jumaat lalu.

Penyertaan saya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa bekas pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dalam sidang akhbar upacara menandatangani Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengundang kritikan daripada segelintir pemimpin UMNO. Mereka nampaknya tidak senang dengan kejayaan Tun Dr Mahathir menghimpunkan tokoh-tokoh BN, Pakatan Harapan, PAS dan masyarakat sivil untuk duduk bersama mendesak Datuk Seri Najib supaya berundur. 

Agak malang apabila mereka menggunakan kehadiran Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam upacara tersebut untuk menggambarkan seolah-olah Deklarasi Rakyat adalah agenda DAP untuk menghancurkan UMNO dan seterusnya melabel Tun Mahathir sebagai pengkhianat perjuangan UMNO.

Tuduhan ini sama sekali tidak benar. Deklarasi Rakyat bukan agenda mana-mana parti politik. Ia terbit daripada kesedaran individu daripada pelbagai latar belakang sosial dan politik yang sedar bahawa kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri sudah tidak wajar lagi memandangkan beliau terpalit dengan pelbagai skandal kewangan yang menjejaskan keyakinan rakyat kepada beliau untuk memimpin Malaysia. Malah imej negara kita juga terjejas teruk di peringkat antarabangsa. Hakikatnya, Deklarasi Rakyat adalah perjuangan rakyat yang merentasi ideologi politik, kaum dan agama untuk menentang kemungkaran, menyelamatkan Malaysia dan menebus kembali maruah negara.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah tokoh-tokoh seperti Tun Ling Liong Sik, Tan Sri Sanusi Junid, Tan Sri Aziz Yassin, Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Mustafa Ali, Dato' Dr Khairuddin Al-Takiri, Datuk Kadir Jasin, Hj Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan ramai lagi. Jika Najib boleh duduk sepentas dengan Presiden PAS Datuk Seri Hj Hadi Awang atas nama kerjasama politik, mengapa pula Tun Mahathir, saya dan Mukhriz tidak boleh duduk semeja dengan tokoh-tokoh di atas untuk menyelamatkan Malaysia? Mengapa perlu digunakan standard yang berbeza untuk kami berbanding Najib? 

Pada hemat saya orang-orang di sekeliling Najib sebenarnya bimbang akan kesan inisiatif Tun Mahathir terhadap kedudukan ketua mereka sebagai Perdana Menteri. Deklarasi Ini bukan sahaja mendapat sokongan tokoh daripada pelbagai latarbelakang politik, malah turut disokong oleh pelbagai lapisan rakyat yang mula menandatangani dokumen ini secara atas talian. Saya percaya lebih ramai rakyat akan tampil menyatakan sokongan mereka terhadap Deklarasi Rakyat dalam masa terdekat. Sudah pasti perkembangan ini amat membimbangkan Najib dan orang-orang sekelilingnya.

Sebaliknya, yang tidak demokratik adalah mereka. Terbaharu, maklumat berkaitan 1MDB tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi. Kita tahu bahawa skandal 1MDB telah menjadi isu besar yang menarik perhatian rakyat dan masyarakat antarabangsa. Malah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara juga sepatutnya membentangkan hasil siasatan mereka ke atas 1MDB di Dewan Rakyat, iaitu institusi demokrasi tertinggi negara, untuk pengetahuan umum. Adakah kerajaan pimpinan Najib ingin menyorok lebih banyak penyelewengan berhubung skandal 1MDB daripada pengetahuan rakyat? Adakah ini satu tindakan yang demokratik?

Mereka juga berkata seorang Perdana Menteri tidak boleh dijatuhkan kecuali menerusi pilihanraya. Di sinilah letaknya kesilapan besar mereka. Jika sebahagian besar rakyat menolak kepimpinan Najib, maka sewajarnyalah Najib berundur sekarang. Jangan tunggu sampai pilihanraya. Jika rakyat menolak Najib dalam pilihanraya bermakna mereka akan menolak BN secara total. Ini akan menyebabkan BN kalah dalam pilihanraya. 

Tujuan Deklarasi Rakyat ialah untuk mendesak Najib supaya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Peletakan jawatan Najib tidak akan menyebabkan kerajaan BN digulingkan. Sebaliknya, ia akan memberi laluan kepada proses tindakan undang-undang diambil terhadapnya dan beliau diadili dengan seadilnya di mahkamah. Seterusnya, reformasi institusi secara total perlu dilaksanakan untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, telus dan amanah.

Justeru, mereka menggunakan pelbagai alasan yang pelik untuk mencemuh deklarasi ini. Ada yang mengatakan kononnya deklarasi ini tidak demokratik. Saya ingin beritahu mereka bahawa dalam sebuah negara yang demokratik, hak rakyat untuk menyuarakan pandangan adalah dijamin oleh Perlembagaan. Ini termasuk untuk menyatakan sikap terhadap kerajaan dan kepimpinan negara. Meminta seorang Perdana Menteri berundur oleh kerana pembabitannya dalam skandal kewangan adalah sebahagian daripada hak rakyat dalam sebuah negara demokrasi. 

Desakan supaya Perdana Menteri berundur tanpa menunggu pilihanraya dengan tidak mengubah kerajaan sedia ada bukan perkara baharu sebagaimana yang pernah berlaku di zaman pimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dan terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berundur untuk memberi laluan kepada Najib. Dalam semua keadaan kerajaan BN pada waktu itu tidak terjejas.

Cuma yang berbeza ialah latar belakang tuntutan berundur adalah atas sebab politik bukan atas isu skandal yang berkait dengan persoalan moral dan integriti sebagaimana yang berlaku terhadap pimpinan Najib sekarang. Ia bukan lagi isu kepimpinan UMNO, tetapi sudah melimpah menjadi isu negara. Justeru pemimpin dari pelbagai latar belakang politik sanggup mengenepikan perbezaan dan bersatu azam semata-mata untuk menyelamatkan negara. Dengan langkah berani ini, amat tidak wajar kami dianggap menjual maruah dan harga diri, bangsa dan agama.

Jika pemimpin UMNO dan BN masih terperangkap dalam sindrom penafian dan terus menerus mempertahankan seorang individu yang tidak dapat dipertahankan dari segi neraca undang-undang, moral dan agama, maka rakyat akan menolak UMNO dan BN secara total. Penolakan rakyat bukanlah disebabkan oleh Deklarasi Rakyat, tetapi kerana kegagalan pemimpin UMNO untuk mengemudi bahtera UMNO sehaluan dengan nilai-nilai yang dipegang oleh rakyat, iaitu kejujuran, kebertanggungjawaban, ketelusan dan keadilan dalam memikul amanah kepimpinan.

Ada pihak yang sengaja menggunakan sentimen kaum dan agama untuk menutup kelemahan mereka. Kononnya saya dan rakan-rakan yang lain telah menggadai perjuangan untuk agama, bangsa dan negara setelah menandatangani Deklarasi Rakyat. 
 
Ini adalah satu tuduhan yang amat tidak berasas.

Selama 40 tahun saya di dalam politik, tidak pernah sedetikpun saya bertindak menggadai prinsip perjuangan saya. Tidak masuk akal tindakan saya menggesa Najib meletakkan jawatan kerana kemungkaran yang terpalit kepadanya, maka saya dikatakan menggadai perjuangan untuk agama, bangsa dan negara. Bukankah menentang kemungkaran itu satu kewajipan dalam Islam? Saya sebagai seorang Muslim, hanya menjalankan kewajipan saya di sisi agama. Saya yakin rakyat, terutamanya orang Melayu, cukup bijak untuk menilai mana yang hak dan mana yang batil.

Di sisi Islam, perjuangan menentang kemungkaran menentukan tahap keimanan seorang Muslim. Saya tidak mahu disoal diakhirat kelak apa yang saya buat untuk menentang kemungkaran ketika saya masih berupaya untuk melakukannya. Saya tahu bahawa ia bukan sesuatu yang mudah dan amat menguji kesabaran. Tetapi saya yakin bahawa Allah s.w.t akan  sentiasa bersama-sama orang yang sabar.

MUHYIDDIN YASSIN
8 Mac 2016
 
 
 

'Isteri saya perlu bantuan darah jenis O negatif'

Posted: 08 Mar 2016 12:47 AM PST

'Isteri saya perlu bantuan darah jenis O negatif'
Maya (kanan) bersama ibunya yang sedang menerima rawatan di HDS.
 
SEGAMAT – Seorang suami di Kampung Jawa, di sini, memerlukan bantuan orang ramai yang mempunyai darah jenis O negatif dan berantibodi untuk didermakan kepada isterinya yang kini mengidap penyakit kanser rahim tahap dua.

Hashim Sulaiman, 54, berkata, isterinya, Yonda Yani Dukut, 53, disahkan menghidap penyakit tersebut selepas menjalani pemeriksaan pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan) di Hospital Daerah Segamat (HDS), 1 Mac lalu.

"Kalau ikut perancangan, isteri saya perlu dibedah hari ini (semalam), namun doktor terpaksa tangguhkannya kerana pihak hospital tidak mempunyai bekalan darah yang sama dengan darah isteri saya.

"Bagaimanapun, isteri saya terpaksa ditahan di wad sementara waktu dan tidak dibenarkan pulang kerana doktor perlu memantaunya setiap masa kerana darah sentiasa keluar pada kemaluannya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut bapa kepada tiga anak itu, pada Julai tahun lalu, isterinya pernah mengadu bahawa darah haidnya berlarutan lebih daripada dua minggu dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk berhenti.

Umno Gopeng gesa lucut jawatan Tun M dalam GLC

Posted: 08 Mar 2016 12:44 AM PST


Umno Gopeng gesa lucut jawatan Tun M dalam GLC
Sidang media yang dihadiri ahli Umno Bahagian Gopeng, semalam.
 
IPOH - Umno Bahagian Gopeng menggesa kerajaan segera melucutkan kesemua jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Pengerusi Proton Holdings Bhd, Penasihat Petronas dan Pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana.

Ketuanya, Datuk Hamzah Mohd Kasim berkata, tindakan itu perlu diambil susulan tindakan bekas Perdana Menteri itu yang bersekongkol dengan pembangkang untuk kepentingan peribadi.

"Kami amat kecewa sekali dengan tindakan Mahathir,  (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin), (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir) dan bekas Ketua Wanita Umno Gopeng, Datuk Hamidah Osman yang menandatangani deklarasi itu," katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Menurutnya, beliau sebelum ini pernah menyuarakan cadangan supaya Mahathir dan Muhyiddin dipecat daripada Umno kerana secara terbuka menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pada Perhimpunan Umno lalu saya dah suarakan perkara ini tapi bila saya sentuh isu ini, saya pula disorak hanya kerana minta diambil tindakan terhadap individu terbabit," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata Umno Bahagian Gopeng mahu Majlis Tertinggi (MT) dan Jawatankuasa Disiplin mengambil tindakan ke atas pemimpin Umno yang menyertai pembangkang dalam Deklarasi Rakyat.

"Mereka jelas ini sesuka hati cuba melemahkan parti malah mereka dilihat tidak menghiraukan perlembagaan serta peraturan etika parti.

"Penyertaan mereka dalam deklarasi  menyingkirkan Perdana Menteri memang tak boleh dimaafkan, mereka sudah melampau," katanya.

Sementara itu, Umno Bahagian Larut menyifatkan ahli Umno yang menandatangani deklarasi itu sebagai 'duri dalam daging' dan mahu Majlis Tertinggi dan Jawatankuasa Disiplin Umno mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

Ketuanya, Faizul Arby Mohd Shohor berkata, ini kerana tindakan mereka itu bukan sahaja akan menjejaskan parti, malah kestabilan negara.

"Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku dan kita akan bekerja keras bagi memastikan parti Umno terus kukuh dan berkuasa di tanah air demi membela nasib bangsa, agama dan negara," katanya.

Faizul Arby berkata, Umno Bahagian Larut menyokong penuh Najib untuk terus memimpin negara tanpa rasa takut dan curiga.


Al-Quran dalam keadaan baik walau maahad tahfiz rentung

Posted: 08 Mar 2016 12:41 AM PST

Al-Quran dalam keadaan baik walau maahad tahfiz rentung
Sebahagian al-Quran yang ditemui dalam keadaan masih elok walaupun terdapat kesan kebakaran.
 


SABAK BERNAM - Guru dan pelajar di Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi, Batu 40, di sini, terkejut menemui kira-kira 15 al-Quran dan kitab hadis dalam keadaan baik meskipun bangunan maahad itu rentung terbakar pagi, semalam.

Pengetuanya, Mohd Sharif Musa berkata, kitab suci itu ditemui ketika pelajar dan guru mencari barang kelengkapan lain yang boleh diselamatkan, malangnya semuanya hangus dijilat api kecuali al-Quran dan hadis.

Menurutnya, sebahagian al-Quran dan kitab hadis yang ditemui itu masih dalam keadaan elok, bagaimanapun terdapat kesan kebakaran pada kulit depan dan belakang al-Quran tanpa menjejaskan isi kandungannya.

"Kebesaran yang ditunjuk ALLAH pada hari ini (semalam) apabila kami menemui kitab al-Quran dan hadis yang masih sempurna kandungannya walaupun kebanyakan barangan rentung terbakar," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Sharif berkata, al-Quran dan hadis itu ditemui di pejabat dan bilik koperasi selain beberapa helai jubah dan barangan kelengkapan solat juga turut ditemui masih dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya masih lagi dalam proses mencari dan mengesan sisa-sisa bahan kebakaran berbentuk tulisan termasuk al-Quran dan hadis yang terbakar untuk dikumpul bagi proses pelupusan.

"Bahan berbentuk tulisan ini akan kita serahkan kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Sharif berkata, pihaknya memerlukan jutaan ringgit bagi menampung kos pembinaan semula bangunan itu selepas pejabat, bili guru dan tiga bilik asrama terbakar dalam kejadian berkenaan.

"Bangunan yang dibina sejak tahun 80-an ini tak boleh digunakan dan terpaksa dirobohkan semula atas faktor keselamatan. Kita memerlukan dana besar bagi kos bina semula dan baikpulih beberapa prasarana lain," katanya.

Beliau berkata, pada masa ini, pelajar akan ditempatkan sementara di dewan serbaguna dan surau maahad itu, manakala selebihnya akan dipindahkan ke bilik asrama yang masih selamat dalam kejadian itu.

"Keadaan ini mungkin kurang selesa kepada pelajar tetapi kita harap mereka sabar dengan ujian ini. Kita harap dengan adanya sumbangan orang ramai dapat bantu mempercepatkan pembinaan bangunan baru maahad ini," katanya.

Jelas beliau, maahad yang mempunyai seramai 103 pelajar dan lapan tenaga pengajar itu memerlukan sumbangan daripada mana-mana pihak bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung pihak pengurusan sekolah terbabit.

Sehubungan itu, katanya, mana-mana pihak yang ingin menghulur bantuan boleh menyalurkan sumbangan mereka ke nombor akaun Maybank Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi Batu 40 (562094050271).


Mengapa perlu sekat maklumat?

Posted: 08 Mar 2016 12:37 AM PST



Oleh SYAHREDZAN JOHAN


SEBELUM ada internet, kerajaan menguasai maklumat. Kerajaan boleh menentukan maklumat apa yang disalurkan kepada rakyat dan juga apa yang diketahui oleh rakyat. Kerajaan mempunyai monopoli ke atas maklumat.

Ini semua bertukar dengan kewujudan internet. Apatah lagi dengan perkembangan teknologi, mula-mula dengan adanya blog dan kemudian laman media sosial seperti Facebook dan Twitter. Telefon bimbit pintar juga semakin murah, dan ini bermakna semakin ramai orang yang boleh mempunyai akses internet.

Maka kerajaan tidak lagi mempunyai monopoli ke atas maklumat. Maklumat boleh datang dari pelbagai sumber; media alternatif, media asing, parti politik, badan bukan kerajaan dan lebih penting lagi, orang awam. Kerajaan hanyalah salah satu daripada begitu banyak 'saudagar' maklumat dalam pasar maklumat yang luas. 
 
Ungkapan yang sering diulangi, bahawa maklumat kini berada di hujung jari, adalah benar walaupun klise.
Tetapi kerajaan bagaikan tidak tahu bagaimana mereka wajar bertindak dalam satu keadaan di mana maklumat bukan lagi dalam kawalan mereka.

Mereka tidak dapat menangani keadaan apabila kunci untuk mengawal aliran maklumat tidak lagi dalam tangan mereka. Mereka takut, apabila rakyat sudah mula menggunakan maklumat untuk mempertikaikan mereka.

Oleh itu, suatu cara yang mereka tahu; cuba menghalang maklumat yang disampaikan. Inilah sebabnya kita melihat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat akses kepada beberapa laman sesawang atas alasan bahawa laman sesawang tersebut telah melanggar undang-undang.

Walhal sebenarnya SKMM tidak punyai kuasa secara khusus untuk menyekat laman sesawang tersebut atas alasan yang diberikan. Malahan apa yang telah mereka lakukan adalah bertentangan dengan jaminan kerajaan melalui Koridor Raya Multimedia, atau MSC, iaitu tidak akan ada tapisan (censorship) internet.

Sekiranya mereka tidak punya kuasa untuk berbuat demikian, maka tindakan mereka dalam menyekat akses ke laman sesawang tersebut bertentangan dengan perlembagaan dan boleh dicabar.

Alasan yang diberikan oleh kerajaan untuk menyekat laman sesawang yang berkenaan juga tidak masuk akal dan menghina rakyat. Dikatakan bahawa laman sesawang tersebut 'mengelirukan', 'memberi maklumat salah' dan macam-macam lagi.

Alasan-alasan seperti ini menganggap bahawa rakyat adalah bodoh dan tidak dapat membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Kalaupun benar bahawa apa yang dilaporkan itu salah atau tidak betul, bukanlah bidang kuasa kerajaan untuk 'melindungi' rakyat dengan sekatan.

Biar rakyat yang tentukan dengan sendiri.

Tindakan menyekat laman sesawang adalah tindakan yang juga dibuat oleh kerajaan-kerajaan yang mempunyai rekod hak asasi yang buruk seperti negara komunis China.

Lebih penting lagi, tindakan SKMM menyekat laman sesawang sebenarnya tidak mendatangkan hasil dan tidak efektif. Ini kerana, terdapat pelbagai cara yang pengguna boleh gunakan untuk mendapat akses kepada laman sesawang tersebut.

Contohnya, pengguna boleh membaca kandungan laman sesawang tersebut melalui Facebook. Ataupun pengguna juga boleh menggunakan server DNS untuk mendapat akses. Pengguna juga boleh menggunakan aplikasi yang boleh dimuat turun bagi tujuan yang sama.

Laman sesawang luar negara tidak pula disekat aksesnya, walaupun dakwaan-dakwaan yang dikeluarkan jauh lebih berat daripada laman sesawang tempatan. Adakah kerajaan takut untuk menyekat laman sesawang antarabangsa, seperti laman berita yang tersohor, kerana mereka tahu tindakan tersebut akan menjadi berita muka depan akhbar-akhbar di seluruh dunia?

Sebab itu mereka lebih selesa 'membuli' laman sesawang tempatan?

Kerajaan tidak patut takut dengan maklumat. Mereka harus sedar bahawa dalam dunia moden tanpa sempadan ini, semua kerajaan harus berhadapan dengan rakyat bermaklumat. Kita adalah sebuah negara demokrasi. Daripada menyekat maklumat, lebih baik maklumat dilawan dengan maklumat.~sinarharian.com.my

* Penulis seorang peguam di sebuah firma di Kuala Lumpur


Speaker DUN tolak usul tak percaya ke atas MB T'ganu

Posted: 08 Mar 2016 12:29 AM PST



DETIK DAILY


Speaker DUN Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong sebentar tadi menolak usul undi tidak percaya bekas menteri besar Terengganu Datuk Ahmad Said ke atas penggantinya, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Usul itu dikemukakan tengah hari tadi sebelum sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berhenti berehat sementara.

Razif memulakan tugas pada Mei 2014 sebagai menteri besar menggantikan Ahmad yang dipaksa meletakkan jawatan setelah kemelut pertukaran kepimpinan tertinggi negeri itu.

Razif memulakan tugas pada Mei 2014 sebagai menteri besar menggantikan Ahmad yang berundur setelah kemelut pertukaran kepimpinan tertinggi negeri itu.

Ahmad (gambar) ketika itu dilapor membantah pertukaran itu, antaranya kerana ia timbul menjelang majlis perkahwinan anaknya.

Beliau malah mengambil keputusan drastik dengan keluar Umno, tetapi menyertai kembali parti itu tidak berapa lama selepas itu.

Beliau kemudian dilihat bersama dalam beberapa acara dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahatir Mohamad yang lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terutamanya dalam isu 1MDB.

1MDB pada mulanya ditubuhkan dengan nama Terengganu Investment Authority (TIA) ketika era kepimpinan Ahmad.~mkini

Loji jana kuasa sudah jadi cenderahati?

Posted: 08 Mar 2016 12:26 AM PST



Oleh Piarapakaran S   

 
Peningkatan permintaan tenaga elektrik telah menurun selepas Tahun kewangan 2012 yang bermaksud tidak wujud keperluan untuk mempercepatkan mana-mana projek pada masa ini.

Berdasarkan laporan media, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah menganugerahkan projek USS 200 MW melalui rundingan terus untuk mempercepatkan pelaksanaan projek tersebut.

Adakah kita sangat memerlukannya? Peningkatan permintaan tenaga elektrik telah menjunam sejak beberapa tahun yang lalu dan "mempercepatkan" projek 200MW USS tidak memberi apa-apa pulangan dari segi kejuruteraan dan ekonomi.

Beberapa loji janakuasa bahan api fosil telah dianugerahkan secara rundingan terus dengan memutar-belit fakta kejuruteraan untuk mempercepatkan projek.

Semua rundingan terus ini mesti dihentikan dan kesemua USS 1000 MW hendaklah dianugerahkan melalui proses pembidaan kompetitif yang adil dan telus oleh Suruhanjaya Tenaga.

Alasan "mempercepatkan (Fast Track)" menjadikan Malaysia kelihatan seperti mempunyai keupayaan kejuruteraan dan perancangan yang sifar.

Sebarang kelewatan dalam mencapai campuran Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) yang lebih tinggi dalam campuran penjanaan (generation mix) tenaga elektrik adalah silap KeTTHA sendiri.

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah berulang kali memberi amaran kepada KeTTHA mengenai kemungkinan kegagalan dalam Tarif Galakan (Feed-in-Tariff-FiT) serta pembentukan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) yang mempunyai fungsi yang bertindih (redundant) sejak 2011.

Menganugerahkan projek melalui rundingan terus bagi memenuhi kegagalan SEDA dan FiT bukan cara yang betul. Malah, KeTTHA dan pegawai-pegawainya (semasa dan bekas) yang mengesyorkan penubuhan SEDA dan FiT sebagai penyelesaian untuk meningkatkan campuran RE dengan segera harus dipertanggungjawabkan dan dikenakan hukuman berat.

Loji-loji janakuasa lama

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga pada 9 Oktober 2012, tarif purata (levelised tariff) loji-loji janakuasa lama yang dilanjutkan PPA (Genting Sanyen Power, Segari Energy Ventures dan TNB Pasir Gudang) telah diumumkan.


Loji-loji janakuasa lama mempunyai kecekapan penjanaan yang lebih rendah dan akan menyalurkan kos bahan api yang lebih tinggi kepada tarif elektrik.

Tahun lepas, ia telah dilaporkan secara meluas bahawa Suruhanjaya Tenaga akan menjalankan pembidaan kompetitif bagi pelanjutan beberapa loji-loji janakuasa lama.

Apabila pelanjutan telah diberikan, tidak ada pengumuman levelised tariff yang telah diluluskan untuk pelanjutan ini.

Mengapakah Suruhanjaya Tenaga gagal untuk menerbitkan levelised tariff ini seperti apa yang dilakukan olehnya pada tahun 2012?

Apakah yang Suruhanjaya Tenaga sedang cuba sembunyikan? Berapakah pembida terlibat dan apakah harga bidaan? Mengapakah tidak ada ketelusan dalam perkara ini?

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin menegaskan sekali lagi bahawa pelanjutan loji-loji janakuasa lama ini adalah disebabkan oleh kegagalan Suruhanjaya Tenaga untuk mengelakkan kelewatan dalam projek-projek baru loji janakuasa untuk memuktamadkan sumber kewangan (financial close).

Risiko ini sudah diutarakan kepada Suruhanjaya Tenaga dan KeTTHA sejak beberapa tahun yang lalu. Kegagalan mereka untuk mengambil tindakan yang sewajarnya kini menyebabkan penyaluran kos bahan api yang lebih tinggi kepada tarif elektrik.

Nasib Track 4A

Track 4A ialah loji janakuasa turbin gas kitaran bersepadu (combined cycle gas turbine-CCGT) berkapasiti 1000 - 1400 MW yang mengambil masa kira-kira 32 - 36 bulan untuk dibinakan.

Projek ini telah dianugerahkan kepada satu konsotium yang terdiri daripada SIPP-YTL-TNB. Walau bagaimanapun, kedua-dua YTL dan TNB telah menarik diri daripada projek ini.

Projek ini juga telah gagal memenuhi keperluan untuk memuktamadkan sumber kewangan (financial close) beberapa kali. Suruhanjaya Tenaga mesti membatalkan penganugerahan Track 4A kepada SIPP dan melaksanakan proses bidaan kompetitif yang telus dengan segera.

Kelewatan dalam melaksanakan bidaan kompetitif akan menghabiskan tempoh masa yang selesa untuk melaksanakan bidaan kompetitif. Mengapakah Suruhanjaya Tenaga menghalang bidaan kompetitif?

Kegagalan untuk melaksanakan bidaan kompetitif akan menghalang kos yang adil dan berpatutan disalurkan kepada tarif elektrik.

Had pegangan ekuiti asing

Tiada pemansuhan had pemilikan ekuiti asing apabila bidaan penjualan aset-aset tenaga IMBD ditutup pada 16 Oktober 2015. Malaysia mempunyai had pemilikan ekuiti asing sebanyak 49 peratus bagi sektor penjanaan elektrik kerana aset-aset tenaga adalah aset-aset strategik negara.

Ia adalah sebahagian daripada Jaminan Keselamatan Negara (National Security). Maka, mana-mana entiti yang menyertai bidaan di Malaysia mesti mematuhi dasar ini dan kerajaan tidak perlu melayan sebarang permintaan untuk menukar dasar bagi mengelakkan menetapkan dahuluan (precedence) yang tidak baik dalam industri.

Pada 29 Februari 2016, Suruhanjaya Tenaga memuatnaikkan notis untuk pra-kelayakan bakal pembida dan had pemilikan ekuiti asing 49% adalah sah dan digunakan dalam notis ini.

Adakah terdapat dasar flip-flop? Terdapat juga beberapa alasan yang telah diberikan di mana Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement - PPA) akan melindungi hak pengguna dan negara.

PPA hanyalah satu perjanjian komersil dan hak memasuki premis (step in right) boleh dielakkan jika pemilik memberi justifikasi bahawa mereka sedang melakukan "sesuatu" untuk menangani masalah loji janakuasa. Suruhanjaya Tenaga dan KeTTHA sepatutnya mengetahui perkara ini dengan jelas. Jangan cuba untuk memperdaya!

Penganugerahan loji-loji janakuasa adalah beserta syarat-syarat yang ketat termasuk larangan menjual hak pembangunan. Track 4B yang merupakan turbin gas kitaran bersepadu (CCGT) 2000 MW di Melaka dan 10 x 50MW loji janakuasa solar skala utiliti (USS) yang telah dianugerahkan melalui rundingan terus kepada 1MDB telah termasuk dalam penjualan aset-aset tenaga 1MDB.

Loji-loji janakuasa ini masih belum dibina. Mengapakah Suruhanjaya Tenaga membenarkan penjualan hak pembangunan projek?

JPPPET, adakah kita masih perlukannya?

Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tariff (JPPPET) adalah satu jawatankuasa yang penting untuk perancangan masa depan bekalan tenaga elektrik.

Semua keputusan-keputusan yang dibuat oleh JPPPET memberikan impak terus kepada tarif elektrik dan keputusan-keputusan ini mestilah diterbitkan untuk pengetahuan umum. Misteri-misteri yang dokumen-dokumen JPPPET perlu dedahkan adalah:

(i) Alasan-asalan Track 4A diberikan secara rundingan terus;

(ii) Adakah USS 10 x 50 MW yang dianugerakan kepada 1MDB adalah sebahagian daripada keputusan JPPPET;

(iii) Alasan-alasan bagi USS 200MW USS diberikan secara rundingan terus; dan

(iv) Adakah jawatankuasa ini tahu bagaimana untuk merancang bekalan tenaga elektrik negara?

Ketua audit negara mesti siasat

Suruhanjaya Tenaga adalah bertanggungjawab untuk mengikuti fungsi dan kuasa yang digariskan dalam Akta Bekalan Elektrik dan Akta Suruhanjaya Tenaga.

Oleh itu, kegagalan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang dinyatakan di dalam kedua-dua akta ini adalah satu pengkhianatan kepada negara dan mesti diambil tindakan setegas-tegasnya.

Pembinaan loji janakuasa dan kosnya memberikan impak yang tinggi kepada tarif elektrik, daya saing, kemampuan membeli produk dan perkhidmatan, keyakinan para pelabur dan bina negara. Kami menyeru Ketua Audit Nagara untuk mengaudit isu-isu berikut:

(i) Audit semua proses kelulusan dan surat anugerah bagi loji janakuasa di KeTTHA, Suruhanjaya Tenaga dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) mulai 2012;

(ii) Audit semua keputusan, minit mesyuarat, dokumen dan persembahan(presentation) JPPPET mulai 2012;

(iii) Pengendalian proses bidaan kompetitif bagi loji janakuasa baru dan dokumentasi termasuk bagaimana nodal point dan keperluan tanah (green field dan brown field) ditetapkan;

(iv) Proses pelanjutan bagi loji janakuasa lama dan proses pembidaannya; dan

(v) Kegagalan SEDA dan FiT untuk memenuhi sasaran campuran RE serta misteri proses penubuhan SEDA dan mekanisme FiT.

Semua penemuan mesti dibentangkan di Parlimen dan diterbitkan untuk pengetahuan umum.
Pembidaan kompetitif adalah untuk memastikan masyarakat awam dan perniagaan mendapat manfaat melalui tarif yang adil dan berpatutan.

Banyak fakta kejuruteraan telah diputar-belit untuk mengelirukan orang ramai dan parlimen bagi membenarkan apa yang dikenali sebagai 'fast track' dan 'rundingan terus' serta pelanjutan loji janakuasa lama.

Semua keputusan ini akan memberikan kesan yang sangat serius dan negatif kepada Malaysia dalam jangka masa panjang. Selain daripada itu, mengapakah Kerajaan Persekutuan harus terus menggaji golongan tidak kompeten untuk menguruskan Suruhanjaya Tenaga?

Pelbagai pihak berkepentingan industri dan pelabur telah menyatakan kebimbangan mereka mengenai perkembangan terkini dalam sektor tenaga elektrik. Kami menggesa kerajaan mengambil tindakan segera kerana tidak ada gunanya apabila nasi telah menjadi bubur.


PIARAPAKARAN S adalah presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER).

Tragedi Highland Towers: Musa Imbau Kisah Kehilangan Anak & Menantunya

Posted: 08 Mar 2016 12:13 AM PST

MSTAR ONLINE


Gambar fail: Musa ketika berada di tapak runtuhan.
Gambar fail: Musa ketika berada di tapak runtuhan.
 
 
KETIKA tragedi petang Sabtu itu, dia sedang mandi manakala isterinya ada bersama dengan anak mereka. Tiba-tiba blok pangsapuri setinggi 12 tingkat itu bergegar.

Dia menyerahkan anak perempuan mereka kepada pembantu rumah dan menyuruhnya untuk menyelamatkan diri.

Pembantu rumah dan anak mereka nyaris gagal melepasi pintu keluar sebelum keseluruhan bangunan itu runtuh.

Bagi Pengerusi Yayasan Sime Darby, Tun Musa Hitam, tragedi itu sesuatu yang amat menyakitkan untuk diingati.

Anak lelakinya, Carlos Rashid dan menantunya, Rosina Abu Bakar, terkorban dalam tragedi Higland Towers yang runtuh pada 1993.

"Apabila saya terdengar berita itu, saya berada di Kota Tinggi (Johor) melawat penduduk kampung di sana. Saya bergegas balik. Salah seorang menantu lelaki saya dan pengawal peribadi ada bersama saya tetapi tiada siapa boleh menceritakan perkara sebenar.

"Saya memandu pulang yang mengambil masa hampir tiga jam. Saya dapat merasakan sesuatu yang serius telah berlaku," kata bekas Timbalan Perdana Menteri berusia 79 tahun itu.

"Apabila tiba di lokasi, saya hanya dapat melihat sisa runtuhan. Soalan pertama saya adalah: Di mana anak lelaki saya?

"Tiada siapa dapat memberitahu saya bahawa dia masih hidup. Apa yang mereka katakan, mereka masih lagi melakukan operasi mencari. Berita baik adalah cucu perempuan saya, Marisa, selamat.

Mayat Carlos dan Rosina berjaya ditemui beberapa hari selepas tragedi 11 Disember itu yang meragut 48 nyawa.

"Tiada kata-kata dapat menggambarkan perasaan saya. Saya masih ingat lagi bekas setiausaha saya berkata: "Saya tidak mahu anda melihat mayat mereka." Dan Musa tahu lebih baik untuk mendengar kata-katanya.

Di sebalik kesedihan itu, Musa kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

"Saya perlu mengaku bahawa apabila sesuatu tragedi berlaku, satu perkara yang saya tahu pasti - walaupun berasa marah - ia adalah disebabkan kecuaian orang yang tidak bertanggungjawab. Saya juga terfikir mengenai wujudnya unsur rasuah dan pengabaian.

"Perkara yang menyedihkan sepanjang 20 tahun adalah tiada apa yang berubah. Terdapat banyak tragedi serupa dan kita yakin semua pihak menyuarakan rasa kesal, marah dan berjanji perkara itu tidak berulang lagi.

"Semuanya hanya cakap-cakap kosong dan tiada apa dilakukan terutamanya dari segi perlaksanaan undang-undang, peraturan dan lebih penting, penguatkuasaan.

"Selepas insiden itu, kita duduk bersama-sama dan bercakap mengenai masa depan Marisa. Pada mulanya, saya dan isteri menganggap adalah lebih baik Marisa tinggal bersama kami.

"Namun selepas setahun dapat menerima situasi ini dan sentiasa sibuk, kami memutuskan adalah lebih baik jika Marisa dijadikan anak angkat dan dijaga oleh anak perempuan saya, Rosana, yang baru saja berkahwin pada ketika itu," kata Musa.

Rosana adalah anak perempuan bongsu Musa, hasil perkahwinan pertamanya.

"Rosana menjaga dan memberi pendidikan kepada Marisa seperti anaknya sendiri. Dia ada dua orang anak sendiri dan membesarkan mereka bertiga tanpa prejudis.

Marisa kini berusia 20 tahun dan merupakan pelajar tahun dua jurusan psikologi di Universiti Sheffield, Britain.

Bagaimanapun, dia hanya mengetahui perkara sebenar mengenai kedua-dua ibu bapanya beberapa tahun lalu.

"Pada hari pertama setiap Hari Raya, adalah menjadi amalan kami untuk menziarahi kubur di mana anak lelaki dan menantu saya dikebumikan. Apabila masa berlalu, kami mula menceritakan kepadanya bahawa itu adalah kubur ibu dan bapanya. Dia mendengar penjelasan kami dan dapat menerimanya.

"Kini dia sudah memahami situasi itu sepenuhnya," kata Musa yang juga Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia dan Pengerusi UmLand Bhd.

20 tahun berlalu, Musa masih sukar untuk melupakan tragedi hitam itu.

"Saya masih ingat dijemput oleh Carlos ke pangsapuri mereka untuk makan tengah hari seminggu sebelum insiden itu. Ia amat pelik, tetapi saya masih ingat, terlihat jentolak dari jarak jauh di atas bukit.

"Saya enggan terlalu memikirkannya tetapi ia masih meninggalkan kesan. Mengimbau kembali, ia boleh jadi simbolik: satu amaran sesuatu yang buruk akan berlaku," katanya.

Amat menyedihkan, saat itu adalah kali terakhir Musa bertemu anak lelakinya.

Beliau kesal kerana tidak dapat meluangkan banyak masa bersama dengan anak sulungnya itu kerana begitu aktif dalam politik pada ketika itu.

"Kini anak lelaki saya sudah tiada, dan saya ada seorang lagi anak lelaki dan seorang cucu perempuan.

Saya cuba meluangkan masa bersama mereka. Saya bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang kedua," katanya.

PAS Ragui Tun M

Posted: 08 Mar 2016 12:07 AM PST

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK


 

 
PETALING JAYA: Pemuda PAS meragui langkah Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai kepimpinan pembangkang dalam misi 'Selamatkan Malaysia' menerusi memorandum 'Deklarasi Rakyat' bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Naib Ketuanya, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, bekas perdana menteri itu perlu menyatakan dengan jelas sama ada beliau sanggup untuk menukar kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada parti lain sekiranya Najib digulingkan.

"Soalnya, apa selepas deklarasi rakyat? Adakah Dr Mahathir sanggup bersama pembangkang untuk menukar kerajaan kepada parti selain Umno-BN?

"Atau hanya ingin menukar Najib dan penyokongnya kepada orang-orang Dr Mahathir yang lain dalam Umno?" katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Jumaat lepas, Dr Mahathir bersama 50 yang lain termasuk pemimpin dan aktivis pembangkang menandatangani 'Deklarasi Rakyat' bagi menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri.


Turut sama ialah Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Deklrasi itu turut mendapat sokongan daripada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik serta Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Selain itu, mengulas mengenai strategi kumpulan berkenaan, Khairil Nizam berkata, tuntutan supaya Najib berundur tanpa melalui proses pilihan raya hanya akan merugikan pembangkang.

Katanya, langkah menjatuhkan Najib dan kemudiannya menaikkan pemimpin lain daripada parti yang sama tidak akan mengubah apa-apa dalam pentadbiran negara.

"PAS juga jelas bahawa menukar Najib kepada pemimpin lain sebelum pilihanraya diadakan akan memanjangkan usia Umno-BN sama seperti ketika Umno menukar presiden daripada Dr Mahathir kepada Pak Lah (Tun Dr Abdullah Ahmad Badawi) dan Pak Lah kepada Najib.

"Umno tetap memimpin BN membina kerajaan walaupun 51 peratus undi popular pada pilihanraya 2013 memihak kepada pembangkang.

"Strategi seperti ini sepatutnya sudah tidak boleh dipakai. Hanya dengan menewaskan Umno-BN secara total menerusi pilihanraya barulah akan dilihat perbezaan dalam corak kepimpinan negara," katanya.

Kuih Gerai Di Siputeh Terdedah Kepada Racun

Posted: 08 Mar 2016 12:02 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
Dr Mah bercakap sesuatu dengan pemilik gerai tersebut.
 
 
IPOH: Kuih yang dijual di sebuah gerai di Siputeh, Batu Gajah sehingga menyebabkan ramai mengalami keracunan makanan dikenal pasti terdedah kepada racun.

Mengesahkan demikian, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata sampel kuih itu telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengenalpasti jenis racun dan punca ia merebak pada makanan tersebut.

Katanya, selain kuih, sampel rumput, tong semburan dan racun yang terletak berhampiran gerai itu juga telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

"Kita juga mengambil barangan lain untuk dijadikan sampel antaranya pisau, darah, senduk, papan pemotong serta beberapa jenis makanan termasuk nasi lemak, kuih, sambal dan air," katanya dalam sidang media di sini Isnin.

Selain itu, Mah berkata setakat pukul 12 tengah hari tadi seramai 84 orang telah menjalani pemeriksaan dan rawatan di beberapa hospital.

Katanya daripada jumlah itu, enam dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini dengan tiga daripadanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi sejak Jumaat, 11 Mac.

Sementara itu, lima lagi ditahan di Hospital Batu Gajah, manakala seorang masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Ipoh, katanya. - BERNAMA

Kaki Kanak-Kanak 7 Tahun Tersepit Dalam Lubang Tandas

Posted: 07 Mar 2016 11:56 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
Gambar hiasan.
 
 
 
TAIPING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun terpaksa menahan sakit selama hampir dua jam selepas kaki kanannya tersepit di dalam lubang tandas rumahnya pada Isnin.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Ainol Shariman Harun berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian yang menimpa Afham Faiz Mohd Tahir itu pada 6.10 petang sebelum bergegas ke rumah mangsa. 

"Anggota menggunakan 'Paratex Rescue Tool' sejenis alat pemukul untuk memecahkan lubang tandas bagi mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit itu,"katanya ketika dihubungi di sini.

Operasi tamat pada 8.02 malam tadi dan kanak-kanak itu diserah kepada pihak ambulans untuk rawatan lanjut di Hospital Taiping. -Bernama

MH370: Tiada Istilah Berhenti Berharap Bagi Keluarga

Posted: 07 Mar 2016 11:54 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
Lai Chew Lai Foto:SAIFUL BAHRI/The Star
 
 
 
IPOH: Hari ini genap dua tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370, namun nasib pesawat itu dan seluruh penumpang serta anak kapal masih menjadi tanda tanya.

Walaupun begitu, bagi anggota keluarga tiada istilah berhenti berharap, apatah lagi berhenti menunggu insan tersayang daripada menjelma di depan mata.

Seperti ibu lain, Lai Chew Lai,84, tetap setia menanti dan berdoa pesawat MH370 yang membawa anaknya Tan Ah Meng, 46, akan mendarat bagi melepaskan rindu yang tidak tertahan. 

"Sehingga ke hari ini saya masih mempunyai harapan tinggi dapat melihat anaksaya walau dalam keadaan apa sekalipun," katanya ketika ditemui Bernama dikediamannya di Taman Kantan Baru, Chemor di sini baru-baru ini.

Malah, Lai berkata beliau sering bermimpi anaknya itu pulang ke rumah seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku.

Seorang anak Lai yang hanya ingin dikenali sebagai Tan berkata, beliau dan anggota keluarga yang lain sentiasa berusaha untuk memastikan untuk bahawa ibunya gembira dan turut berharap 'keajaiban' akan berlaku tidak lama lagi. 

Tan menaiki pesawat MH370 bersama isterinya Huang Hsiu Leng, 48, seorang rakyat Taiwan serta anak lelaki pasangan itu, Tan Wei Chen, 19.

Pesawat Boeing 777 Penerbangan MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal hilang pada awal pagi 8 Mac 2014, setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

LHDN Jamin Akaun Bank Dibekalkan Pembayar Cukai Selamat

Posted: 07 Mar 2016 11:52 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi jaminan bahawa maklumat akaun bank yang dibekalkan pembayar cukai, tidak akan didedahkan atau disalahgunakan.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan Korporat LHDN Marina A. Aziz berkata maklumat akaun itu hanya digunakan untuk proses pembayaran balik lebihan cukai.

Pada sidang media mengenai Kad Laporan Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan, beliau berkata LHDN yakin kira-kira 350,000‎ pembayar cukai individu yang tidak membekalkan maklumat akaun bank mereka akan berkurangan tahun ini menerusi pengenalan Baucar Bayaran Balik Cukai (BBBC).

BBBC diperkenalkan bagi menggantikan kaedah bayaran balik lebihan cukai menggunakan cek.-Bernama

Najib, Zahid, Hishammuddin Dalam Senarai Penculikan IS

Posted: 07 Mar 2016 11:49 PM PST

Oleh: HEMANANTHANI SIVANANDAM DAN LOSHANA K SHAGAR
 
 
Dr Ahmad Zahid Hamidi
 
 
KUALA LUMPUR: Militan Negara Islam (IS) meletakkan nama  Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri  dalam senarai penculikan tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, selain namanya, turut menjadi sasaran oleh kumpulan itu adalah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Hishammuddin Tun Hussien.

"Pada 30 Januari 2015, sejumlah 13 orang yang dikaitkan dengan Daesh (IS) telah merancang penculikan termasuk Perdana Menteri (Najib), Menteri Dalam Negeri (Zahid) dan Menteri Pertahanan (Hishammuddin )," jelas Zahid di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Abdul Manan Ismail (BN- Paya Besar) yang meminta Kementerian Dalam Negeri menyatakan kejayaan polis dalam mencegah rancangan serangan pengganas  IS di negara ini.

Zahid berkata, polis telah berjaya menghalang empat insiden serangan IS di Malaysia.

Pada September 2014, satu rancangan untuk menguji bahan letupan di Kedah oleh kumpulan itu.

Percubaan lain termasuk menyerang tempat-tempat ibadat, dan pusat-pusat hiburan di negara ini.

"Mereka juga mahu memusnahkan Free Mason Lodge di Bukit Jalil," jelas Zahid.

Ahmad Said Kemuka Usul Tidak Percaya Terhadap MB Terengganu

Posted: 07 Mar 2016 11:44 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Ahmad Said pada Selasa mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Usul berkenaan dikemukakan oleh bekas menteri besar Terengganu itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebentar tadi.

Sehubungan itu, Yang Dipertua DUN, Datuk Mohd Zuber Embong bertindak menangguhkan persidangan bagi mengkaji butiran usul itu sebelum membuat keputusan lanjut mengenainya.

Terdahulu, Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal mengemukakan usul undi tidak percaya itu ketika berucap membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

SKMM Sekat 52 Laman Web Sejak Januari Lalu

Posted: 07 Mar 2016 11:42 PM PST

MSTAR ONLINE


 
 
 
KUALA LUMPUR: Sebanyak 52 laman web dan media baharu telah disekat dan 14 kes penyalahgunaan media sosial disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sejak penubuhan Jawatankuasa Khas Membanteras Penyalahgunaan Media Sosial pada Januari lepas. 

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata penubuhan jawatankuasa khas itu adalah untuk memperkukuhkan mekanisme kawal selia terhadap penyalahgunaan internet dan media baharu.

"Jawatankuasa dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan dianggotai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), SKMM dan Jabatan Peguam Negara," katanya pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.

Katanya penubuhan jawatankuasa khas itu bertujuan memastikan tindakan tegasdikenakan terhadap pihak yang menggunakan media sosial untuk menyemai kebencian terhadap institusi kerajaan dan bagi mengelakkan media sosial menjadi punca pencetus kekacauan melalui penyebaran pembohongan, kebencian dan kumpulan ekstremis agama.

Jailani menjawab soalan Datuk Sapawi Ahmad Wasali (BN-Sipitang) tentang langkah diambil kementerian dalam membendung penyalahgunaan media sosial khususnya aplikasi WhatsApp, untuk mencetuskan suasana kegusaran dan kerisauan dalam kalangan orang ramai, terutamanya berkaitan aspek keselamatan. 

Beliau berkata secara keseluruhan, sehingga Februari 2016 sebanyak 22 kestelah disiasat oleh SKMM terhadap penyalahgunaan internet dan media baru, dan 399 laman telah disekat. 

Menurutnya laman web yang disekat terdiri daripada laman web perjudian, penipuan, pelacuran dan yang memaparkan kandungan lucah, jelik, palsu dan sebagainya.-Bernama

MH370: Laporan interim dikeluarkan esok

Posted: 07 Mar 2016 04:59 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY

 

Laporan akan terlebih dahulu diberikan kepada anggota keluarga terdekat penumpang dan anak kapal pesawat itu dan kemudiannya diumumkan pada 3 petang waktu Malaysia.


Liow-Tiong-Lai_mh370_600


KUALA LUMPUR: Laporan interim penyiasatan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 akan dikeluarkan pada 3 petang esok.

Bagi memperingati ulang tahun kedua kehilangan pesawat itu esok, Dewan Rakyat akan bertafakur seketika.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata laporan itu akan dikeluarkan oleh Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa Malaysia bagi MH370.

"Ketua penyiasat Datuk Kok Soo Chon akan mengeluarkan kenyataan itu menerusi siaran televisyen di RTM 1.

"Kenyataan itu akan dimuat naik ke dalam laman web rasmi MH370 www.mh370.gov.my dan ia akan terlebih dahulu diberikan kepada anggota keluarga terdekat penumpang dan anak kapal pesawat itu dan kemudiannya diumumkan pada 3 petang waktu Malaysia," katanya.

Liow dalam kenyataannya berkata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang akan mengetuai upacara bertafakur itu, akan menyampaikan ucapan takziah khas.

Berhubung penerusan misi mencari pesawat itu, Liow berkata hampir 90,000 km persegi daripada 120,000 km persegi kawasan pencarian di selatan Lautan Hindi telah diliputi setakat ini, dan berhasil menemukan lebih 500 objek.

"Selepas analisis terperinci oleh pakar-pakar, tiada daripada objek itu dapat memberikan sebarang petunjuk berkaitan pesawat yang hilang itu setakat ini," katanya.

Beliau berkata Malaysia sedang menunggu pengesahan berhubung dua lagi serpihan dipercayai daripada pesawat MH370 yang ditemukan baru-baru ini di Mozambique dan Reunion Island.

Pesawat MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal dilaporkan hilang pada awal pagi 8 Mac, 2014, sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.— BERNAMA

Adenan: Pembubaran DUN S'wak 'pada bila-bila masa sekarang'

Posted: 07 Mar 2016 04:51 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
  
 
KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata beliau amat berkeyakinan dan optimis dalam memimpin Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya negeri ke-11, yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja sekarang.
 
"Ini bukan kali pertama saya terlibat dalam pilihan raya negeri, sudah tentulah sebagai calon dan disebabkan pengalaman itu dan sebagai ketua menteri yang memimpin pilihan raya negeri akan datang, saya berasa amat berkeyakinan dan optimis," kata Adenan.
 
Ketua menteri bercakap kepada media selepas merasmikan seminar persediaan pilihan raya negeri ke-11 bagi kawasan DUN Sebuyau dan Beting Maro dihadiri lebih 300 anggota parti di Kuching, Ahad.
 
Ditanya tentang pembubaran DUN yang akan memberi laluan untuk diadakan pilihan raya negeri ke-11 sebelum Jun tahun ini, Adenan yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata: "Pada bila-bila masa saja sekarang."
 
Katanya jentera pilihan raya BN Sarawak kini bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya itu.
 
Dalam sidang akhbar itu juga, Adenan mengumumkan bahawa penyandang kerusi DUN Beting Maro Razali Gapor dan DUN Sebuyau Datuk Julaihi Narawi, akan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi masing-masing.
 
Terdahulu, ketika berucap, Adenan memberitahu anggota parti supaya bekerja lebih keras untuk menghadapi pilihan raya negeri bagi meraih kemenangan lebih besar.
 
Beliau turut menasihati pemimpin dan anggota parti supaya tidak bertelagah merebut jawatan yang akan mengakibatkan perpecahan dalam parti.
 
 

Wanita baling bayi dari tingkat 18 hadapi tuduhan membunuh

Posted: 07 Mar 2016 04:49 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang ibu yang masih berpantang didakwa di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan membunuh bayinya yang baru dilahirkan.
 
Norazwani Mohd Noh, 39, didakwa membunuh bayinya dengan membaling bayi itu dari tingkat 18, Block C, Flat Danau Kota, Jln 3/23D Off Jalan Genting Klang, Setapak pada 8.11 pagi, 29 Februari lepas.
 
Wanita bekerja sebagai ejen hartanah itu kelihatan murung didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
 
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang turut mempunyai seorang lagi anak berumur 5 tahun.
 
Majistret Siti Radziah Kamarudin menetapkan 9 Mei depan untuk sebutan semula kes wanita itu yang tidak diwakili peguam sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.
 
Selepas prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa memberitahu pemberita tertuduh kini ditahan di Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan kerana menghidap darah tinggi.
 
 

Deklarasi Rakyat akan wujudkan lebih banyak masalah, kata bekas KPN

Posted: 07 Mar 2016 04:48 PM PST

Oleh Shuhaniza Said

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Hubungan di antara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pembangkang yang membentuk satu gerakan untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Razak, tidak akan bertahan, malahan hanya akan memberikan kesan buruk kepada negara.
 
Menurut bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, rakyat perlu menilai tujuan kepada pembentukan hubungan di antara dua pihak yang sekian lama berseteru itu sebelum terpengaruh dengan gerakan yang dicetuskan pihak berkenaan.
 
"Apakah tujuannya untuk kebaikan atau sebaliknya. Kalau tujuannya hanya untuk menentukan bahawa perdana menteri turun kuasa, kalau itu tujuannya saja, saya fikir ia akan bawa keadaan yang buruk kepada negara.
 
"Hubungan yang sementara selalunya tidak akan kukuh dan akan menimbulkan lebih banyak masalah," katanya kepada Antarapos.
 
Musa menambah, hubungan di antara pihak-pihak yang terlibat dalam gerakan tersebut lebih mempunyai banyak percanggahan pendapat berbanding hanya satu persamaan yang mahu menyingkirkan Najib selaku perdana menteri.
 
Beliau dalam pada itu turut melahirkan rasa khuatir sekiranya gerakan tersebut melaksanakan cara ala Arab Spring seperti yang berlaku di negara Timur Tengah untuk menjatuhkan Najib.
 
"Kalau tindakan menjurus kepada perkara-perkara yang boleh menggugat keamanan dan keselamatan, maka ia akan menjadi seperti di negara lain untuk menuntut pemimpin tertentu menurunkan kuasanya.
 
"Jadi kita tak mahu sampai ke tahap itu," ujarnya.
 
Musa dalam itu turut menyelar pemimpin yang menyertai gerakan berkenaan kerana begitu terdesak mahu menukar perdana menteri menerusi cara yang tidak demokratik.
 
"Kita ada peraturan kita. Kalau mahu tukar kerajaan, ada caranya iaitu menerusi pilihan raya. Kalau nak memaksa seseorang pemimpin turun dengan cara di jalanan, itu tak betul. 
 
"Saya rasa mereka perlu bertanggungjawab juga melainkan kalau mereka mahu merosakkan negara. Kerana kebanyakan mereka ini ahli politik yang berpengalaman, jadi mereka sepatutnya faham (undang-undang). Mereka bukan orang baru, orang lama semuanya," ujarnya lagi.
 
Jumaat lalu, Dr Mahathir dengan pimpinan pembangkang, NGO, aktivis dan masyarakat sivil bekerjasama dalam pergerakan 'Selamatkan Malaysia' dan menandatangani Deklarasi Rakyat untuk mendesak pengunduran Najib.
 
Turut menandatangani deklarasi itu adalah seteru politiknya daripada DAP iaitu Lim Kit Siang. 
 
Antara pemimpin pembangkang lain yang turut berbuat demikian ialah Datuk Seri Azmin Ali (PKR), Datuk Mustafa Ali, Datuk Mahfuz Omar (PAS), Datuk Kamaruddin Jaafar (PKR), Tian Chua (PKR), Mohamad Sabu dan  Salehudin Ayub (Parti Amanah Negara).
 
Selain pembangkang, beberapa aktivis seperti Datuk S. Ambiga dan Maria Chin Abdullah turut hadir pada majlis itu.
 
Kesemua mereka sebelum ini adalah pengkritik paling lantang Mahathir sepanjang 22 tahun beliau menerajui negara dan Umno.
 
 

PAS bergantung kepada undi Umno bukan perkara baru - Sallehin

Posted: 07 Mar 2016 04:43 PM PST

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS bergantung pada undi Umno-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU), bukan perkara baru, tegas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Sallehin Mukhyi.
 
Ia mengukuhkan lagi hujah Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS tidak mampu menang dengan undi dalam pilihan raya daripada ahli-ahli parti semata-mata.
 
"Selama ini pun kita (PAS) akui kita menang di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk di tempat saya di DUN Sabak, bahawa kita tidak menang hanya dengan undi ahli-ahli PAS. 
 
"Ahli-ahli PAS berjumlah beberapa ribu sahaja. Dan kerana itu, kita menang sebahagian itu melalui undi ahli-ahli Umno sama ada marah dengan calon, pemimpin atau protes. 
 
"(Pada kali ini) kita mahu jumlah ahli-ahli Umno yang ramai lagi untuk mengundi PAS. Sebab itu Presiden PAS menyebut kita melawan prinsip dan sistem Umno, bukan dengan ahli-ahlinya," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Sallehin mengulas kenyataan Hadi yang dirakam menerusi video ketika pemimpin itu berucap pada Ijtima' Tarbawi 1.0 di Dewan Muhibbah, Taman Bolton, Batu Caves, 3 Mac lalu.
 
Hadi, yang menolak Deklarasi Rakyat yang ditandatangani Jumaat lalu mengingatkan ahli-ahli parti itu bahawa Umno bukanlah musuh PAS.
 
Sebaliknya yang ditentang PAS terhadap Umno selama ini adalah prinsip dan ideologi yang dibawa parti pemerintah tersebut, tegasnya.
 
Sallehin kemudiannya diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Marang itu yang mengakui PAS tidak akan menang berdasarkan undi dan sokongan ahli-ahli partinya semata-mata.
 
"Politik matang dan rahmat adalah untuk PAS mengajar ahli-ahli Umno bukan untuk mereka isi borang parti kita. 
 
"Cukup pada peringkat awal ini supaya mereka sedar keperluan untuk menukar sistem dalam negara yang lebih demokratik, adil, telus dan Islamik," ujarnya lagi.
 
Walaupun Hadi menolak Deklarasi Rakyat, beberapa pemimpin PAS yang lain turut hadir ke majlis tersebut selepas diberi 'keizinan' dan bergantung kepada hak sebagai rakyat.
 
Mereka adalah Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Khairudin Aman Razali, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan ADUN Salor, Datuk Husam Musa. 
 
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan ketika ditemui wartawan Antarapos di lobi Parlimen hari ini berkata, Khairuddin dan Mustafa hadir untuk memantau perjalanan majlis tandatangan itu. 


Petisyen ‘Deklarasi Rakyat’ catat lebih 32,000 tandatangan

Posted: 07 Mar 2016 04:08 PM PST

MALAYSIAKINI




Satu petisyen dalam talian untuk menyokong 'Deklarasi Rakyat' telah mencatatkan lebih 32,000 tandatangan selepas hanya dilancarkan pada Sabtu lalu.

Aktivis Azrul Mohd Khalib yang membuat petisyen itu berkata semakin hari semakin ramai rakyat yang menyokong deklarasi itu seperti yang terbukti melalui tandatangan mereka.

Katanya, petisyen bertajuk 'Rayuan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berundur' itu bertujuan untuk mendapatkan 100,000 tandatangan.

Sambil mengakui sesetengah pengkritik mendakwa bahawa mereka yang menuntut supaya perubahan dilakukan adalah semata-mata golongan 'minoriti', Azrul mempersoalkan berapa jumlah yang diperlukan sebelum pihak berkuasa akur untuk melaksanakan perubahan dan pembaharuan.

"Kami beritahu mereka, berikan kami nombor supaya kami boleh berusaha keras untuk mendapatkan jumlah tandatangan itu," katanya.

Sambil berhujah bahawa petisyen itu adalah satu bentuk ungkapan demokrasi, Azrul menggesa ahli Parlimen untuk menandatanganinya juga.

"(Ahli Parlimen perlu juga) bersuara di Parlimen menentang penyelewengan yang berterusan di negara ini, bagi pihak pengundi mereka.

"Kita tidak boleh, tidak seharusnya dan tidak akan berdiam diri," katanya.

Jumaat lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pelbagai pemimpin pembangkang dan masyarakat sivil menandatangani Deklarasi Rakyat yang menggesa peletakan jawatan Najib sebagai perdana menteri.

Tiada ulasan: