Ahad, 6 Mac 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Apa punya bangang Khairy, kata Mahfuz

Posted: 06 Mar 2016 06:22 AM PST

MALAYSIAKINI




Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Khairy Jamaludiddin bahawa penukaran perdana menteri perlu dibuat mengikut saluran pilihan raya sebagai melucukan.

Menyifatkan kenyataan ketua pemuda Umno itu sebagai 'bangang', Mahfuz berkata untuk menukar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu menunggu pilihan raya.

"Apa punya bangang buat kenyataan macam orang tak tahu apa. Tukar perdana menteri bukan perlu tunggu dan melalui pilihan raya.

"Cukup kalau sama ada perdana menteri letak jawatan, hilang sokongan majoriti anggota parlimen atau pun perdana menteri mati.

"Maka, berlakulah pertukaran perdana menteri. Tun (Dr) Mahathir (Mohamad), Tun Abdullah (Ahmad Badawi) dan Najib menjadi perdana menteri bukan tunggu dan melalui pilihan raya, tetapi apabila perdana menteri letak jawatan," kata ahli parlimen Pokok Sena itu dalam kenyataan, hari ini.

Mahfuz yang juga bekas ketua penerangan PAS turut memberikan contoh lain semasa krisis Menteri Besar Perak pada tahun 2009, yang mana pertukarannya juga bukan melalui pilihan raya.

"Menteri Besar Kedah baharu sebulan bertukar bukan melalui pilihan raya. Tetapi melalui undi tidak percaya wakil rakyat Umno kepada (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir) melalui pernyataan di hadapan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

"Begitu juga hendak ganti Najib dengan orang lain sebagai perdana menteri, sama ada Najib letak jawatan atau anggota parlimen Umno pakat tandatangan akuan bersumpah tarik balik sokongan sebagai tanda undi tidak percaya kepada Najib sebagai perdana menteri," katanya.

Jumaat lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai kumpulan lebih 50 orang - termasuk pemimpin pembangkang, Lim Kit Siang dan Datuk Mohamed Azmin Ali bagi memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.

Deklarasi itu turut ditandatangani bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.


Mini perpustakaan manfaatkan 500 Orang Asal Pulau Carey

Posted: 06 Mar 2016 06:14 AM PST


ketua kampung-web7 

Oleh: ERMIZI MUHAMAD


KUALA LANGAT : Penambahbaikan perpustakaan mini di Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey mampu memberi manfaat kepada lebih 500 masyarakat Orang Asal di sini.

Ketua Kampung, Sidin Anak Bujang, berkata aspek pendidikan terus menjadi teras utama kepada anak Orang Asal ke arah jaminan masa depan lebih baik.

"Dengan projek ini, diharapkan pendidikan anak Orang Asal tidak terabai supaya kehidupan kami lebih bertambah baik pada masa depan.

"Walaupun tinggal di kampung (luar bandar), pendidikan masih lagi menjadi keutamaan dan diharap anak Orang Asal boleh menggunakan perpustakaan ini sebaiknya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pada Majlis Penyerahan Perpustakaan Mini Kampung Sungai Bumbun oleh Pengarah Programme on Graduate Employability Enchancement (PROGRESS), Azman Ibrahim.

Perpustakaan terletak berdekatan Sekolah Kebangsaan Sungai Bumbun (SK Sg Bumbun) ditambah baik daripada sudut infrastruktur dan penambahan buku pendidikan pelbagai peringkat umur.

asli mini 2


Ia adalah projek tajaan Kerajaan Negeri dengan kolaborasi Irshsad HR Consulting, syarikat yang memberi tumpuan kepada program berteraskan Smart Selangor.

Sementara itu, masyarakat yang ingin menderma pelbagai jenis buku dialu-alukan untuk menghubungi Atiqah Jafri di talian, 0132254675 dan Elmi Farhana 01118623632.

LEBIH SETUJU DENGAN AZMIN BERBANDING MUKHRIZ

Posted: 06 Mar 2016 06:03 AM PST

 shahbudindotcom

 

 
 
Berikutan wujud tafsiran yang mungkin berbeza, rasanya penting untuk diulang sekali lagi empat tujuan asas Deklarasi Rakyat yang ditandatangani beberapa tokoh ternama pada Jumaat lalu:-

1 - penyingkiran Najib Razak sebagai Perdana Menteri menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan, 

2 - penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya,

3 - pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang jelas melanggar hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih, dan

4 - pemulihan intergriti institusi yang dilemahkan seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC.

Dalam hal ini, walaupun Mukhriz Mahathir mengatakan deklarasi itu hanya  bertujuan untuk menukar Najib sebagai Perdana Menteri dengan pemimpin lain daripada BN, ia sebenarnya tidaklah menepati keseluruhan matlamat yang ingin dicapai.

Berikutan amalan "cash is king" yang berleluasa dan kawalan penuh Najib terhadap institusi awam sekarang, siapakah pemimpin UMNO yang sanggup menawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri semata-mata untuk menyelamatkan parti?

Jika Muhyiddin Yassin, Shafid Apdal dan Mukhriz sendiri dipecat selepas ini berikutan turut menandatangani deklarasi itu, tidakkah yang tinggal dalam UMNO hanya penyokong setia Najib belaka?

Lalu, bagaimana caranya untuk menukar Najib dengan pemimpin UMNO atau BN yang lain?

Dalam pada itu, tidakkah juga selain Najib, rakan-rakan persekongkolan dengannya juga patut disingkirkan sama?

Bagaimana mahu menukar Najib dan rakan-rakan persekongkolannya jika bukan melalui pilihanraya?

Berdasarkan matlamat ketiga dan keempat dalam deklarasi itu pula, bukankah ia memerlukan kekuatan yang lebih menyeluruh dan tidak sekadar penyingkiran Najib semata-mata?

Bolehkah undang-undang dan perjanjian baru serta pemulihan institusi dalam kerajaan dilakukan jika hanya Najib yang disingkirkan?
 
 
 
 
Lantaran itu, pendirian dan tafsiran Azmin Ali  yang menyebut deklarasi itu bukan semata-mata untuk menyingkirkan Najib, tetapi juga bertujuan melihat reformasi menyeluruh dalam sistem negara, rasanya lebih menepati dan menjiwai keseluruhan maksud yang ingin dicapai berbanding pendirian Mukhriz.

Dalam jangka pendek, penyingkiran Najib adalah matlamatnya, tetapi kerana ia sukar dicapai, ia mesti disekalikan dengan matlamat jangka panjang iaitu merubah dan memulihkan sistem yang akhirnya akan membawa banyak kebaikan kepada rakyat dan negara.

Tun Mahathir yang mengepalai deklarasi itu setelah mengambil keputusan keluar UMNO, tentunya sudah mendalami sehalus-halusnya keempat-empat matlamat tersebut ketika merangkanya sebelum membentangkannya sendiri kepada rakyat bagi mendapatkan sokongan mereka mengenainya.

Ia bukan bermakna Tun Mahathir membenci UMNO sepenuhnya, tetapi kerana beliau lebih sayangkan negara melebihi segala-galanya. 

Lagi pula dengan terus menyokong UMNO yang bermakna mempertahankan Najib, turut bererti bersekongkol membawa kemusnahan kepada negara.


Jawatankuasa Ditubuh Siasat Kemalangan Di Terowong Menora

Posted: 06 Mar 2016 05:57 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
Empat mayat ditemui rentung dalam sebuah kereta yang dipercayai dihempap sebuah treler di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah ke selatan selepas Terowong Menora, Jumaat lalu.
 
 
KAMPAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak menubuhkan satu jawatankuasa siasatan dalaman bagi menyiasat penemuan empat mayat rentung dalam sebuah kereta di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah ke selatan selepas Terowong Menora, Jumaat lalu.

Pengarah JBPM Perak Datuk Yahaya Madis berkata jawatankuasa peringkat jabatan itu akan menyiasat operasi pada hari kejadian yang tidak mengesan kenderaan lain di bawah sebuah treler yang terbakar semasa kerja-kerja memadam kebakaran.

Katanya, jawatankuasa itu juga penting untuk pihaknya memperkemas Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika melakukan operasi memadam kebakaran terutama  melibatkan kenderaan.

"Kita kesal memandangkan tidak tahu ada mangsa di bawah treler kerana pemandu dan kelindan juga memberitahu mereka tidak melanggar kenderaan lain semasa terbabas sebelum terbakar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Peringkat Negeri Perak 2016 di sini Ahad.

Keempat-empat mayat ditemui lebih 24 jam selepas ia dihempap sebuah treler dalam satu kemalangan pada awal pagi Khamis. - BERNAMA

Sekolah, PPD Selesaikan Kes Guru Cekik, Pijak Pelajar - Mahdzir

Posted: 06 Mar 2016 05:53 AM PST

Mahdzir Khalid

MSTAR ONLINE   


KUALA NERANG: Kementerian Pendidikan meminta pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Muda menyelesaikan kes guru mencekik dan memijak seorang pelajar sebuah sekolah di Tikam Batu, Sungai Petani, secara harmoni.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kementerian mahu pihak sekolah menyelesaikan dan membuat keputusan mengenai perkara itu dan laporannya perlu diserahkan kepada kementerian untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata kementerian tidak mengabaikan kes tersebut sebaliknya mahu perkara itu diselesaikan di peringkat sekolah dan PPD memandangkan kementerian mempunyai pelbagai tugas yang lebih besar dan mencabar untuk dilakukan.

"Kita mahu guru besar sekolah itu menjadi perantara bagi guru terbabit dan ibu bapa pelajar mencari jalan penyelesaian kes tersebut secara harmoni. Itu yang terbaik," katanya pada Majlis Penyerahan Telaga Tiub di Sekolah Menengah Agama (SMA) As-Sidiqiah, Padang Kerasak, di sini, Ahad.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi Rabu lepas, seorang pelajar lelaki tahun enam sebuah sekolah di Tikam Batu mendakwa dicekik, dipijak kaki dan ditampar oleh seorang guru selepas menegur pelajar itu yang dikatakan telah mengubahsuai pemegang basikal.

Sementara itu, Mahdzir yang juga anggota Parlimen Padang Terap berkata telaga tiub yang boleh mengeluarkan air bawah tanah sebanyak 2,000 gelen bagi setiap jam dapat digunakan kira-kira 600 pelajar SMA As-Sidiqiah.

Beliau berkata telaga tiub yang diuruskan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) bernilai RM85,000 itu dapat membantu mengatasi masalah tekanan air rendah di sesetengah kawasan pedalaman.

Katanya beliau meminta agar JMG membina tiga lagi telaga tiub dalam Parlimen Padang Terap iaitu di Kampung Pong Selatan, Kampung Sungai Long dan Bukit Tembaga yang menghadapi masalah air sebelum ini.

"Kajian JMG mendapati air bawah tanah di kawasan ini merupakan yang terbanyak di negara ini dan boleh menghasilkan 264,000 gelen dalam tempoh satu hari," katanya.

Mahdzir berkata pihaknya meminta pihak JMG mencari tapak yang sesuai sebelum proses pembinaan telaga tiub dapat dilakukan dalam tempoh terdekat.

Mengenai proses baik pulih bangunan SMA As-Sidiqiah yang terbakar 14 Feb lepas, Mahdzir berkata pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah berbincang dengan pihak sekolah dari segi reka bentuk mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

"Dalam masa terdekat kerja-kerja pembinaan bagunan yang menempatkan asrama dan surau sekolah itu akan dilaksanakan," katanya.-- Bernama

Deklarasi Rakyat tidak cabuli Perlembagaan, tidak seperti krisis Perak

Posted: 06 Mar 2016 05:44 AM PST

mugshot wong kah woh

Oleh Syazana Hasanudin


IPOH: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak ada hak menyatakan Deklarasi Rakyat yang menuntut penyingkiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak demokratik kerana UMNO BN merupakan dalang utama dalam krisis Perlembagaan negeri Perak pada 2009 yang menyaksikan sistem demokrasi dicabuli.

Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY) Kebangsaan, Wong Kah Woh berkata, Zahid perlu mengimbas rekod lama Najib dan mengambil tindakan terhadap beliau yang tidak menghormati semangat Perlembagaan ketika krisis Perak sebelum ini.

"Zahid menyatakan segala usaha menyingkir Najib tanpa mengikut cara demokrasi adalah tidak sah di sisi undang-undang. Namun, Deklarasi Rakyat yang memperoleh sokongan 58 pemimpin adalah menerusi saluran aman dan mengikut undang-undang.

"Adakah Zahid gagal memahami perkara itu?" katanya dalam satu kenyataan media.

Kah Woh mengulas kenyataan Zahid bahawa Deklarasi Rakyat ditandatangani pemimpin dari latar belakang dan parti politik berbeza menuntut penyingkiran Perdana Menteri sebagai "penukaran kerajaan secara tidak demokratik".

Menurut Adun Canning itu, Najib bukan sahaja mencemarkan sistem pilihanraya di Perak, tetapi mengancam sistem undang-undang apabila mahkamah membuat keputusan memihak kepada kerajaan UMNO BN pasca krisis negeri itu.

"Kuasa Speaker dalam mengendalikan urusan Dewan Perundangan yang sepatutnya tidak boleh dicabar, diancam dengan pengisytiharan mahkamah bahawa penggantungan Exco UMNO oleh Speaker ketika itu (V. Sivakumar) tidak sah.

"Ia merupakan suatu keadaan tidak diingini dalam semangat pendemokrasian negara, malah mencederakan sistem pengasingan kuasa antara eksekutif, kehakiman dan perundangan," katanya.

Menyifatkan skandal 1MDB dan RM2.6 bilion sebagai amat serius, Kah Woh berkata, Zahid hanya menimbulkan kemarahan rakyat jika terus melindungi Najib. – Roketkini.com


Pecat Muhyiddin, Mukhriz ikut cara DAP – Nazri

Posted: 06 Mar 2016 05:37 AM PST

 
Nazri Aziz akan mengusulkan pemecatan mana-mana ahli UMNO yang terbabit dalam Deklarasi Rakyat.


muhyiddin.nazri.mukhriz


PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz akan mengusulkan pemecatan ahli UMNO yang terbabit dalam Deklarasi Rakyat.

Nazri berkata, Timbalan Presiden UMNO yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir bertindak melampaui batas kerana menjadi sebahagian daripada komplot menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak.

Laporan The Star Online memetik Nazri sebagai berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO akan datang.

Katanya, UMNO boleh mencontohi tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyingkirkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR daripada agensi kerajaan kerana gagal menyokong kepemimpinan negeri, baru-baru ini.

"Pandangan peribadi saya ialah pecat mereka daripada parti, sama macam Guan Eng pecat dua ADUN PKR dalam agensi kerajaan negeri kerana tidak undi menentang usul yang dibawa wakil rakyat UMNO.
"Kita akan ikut cara mereka (DAP)," katanya.

Mengulas lanjut, ketika mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO lalu, beliau menentang pemecatan keahlian UMNO Muhyiddin, sebaliknya hanya bersetuju untuk menggantung jawatan.

"Sebelum ini beliau hanya mengkritik, namun sekarang beliau sudah melampaui batas dengan duduk bersama pembangkang," katanya.

Muhyiddin digantung selaku Timbalan Presiden oleh Majlis Tertinggi parti berkenaan dua minggu lalu, manakala Mukhriz hilang jawatan Menteri Besar Kedah selepas tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Muhyiddin dan Mukhriz adalah antara 58 individu yang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menandatangani Deklarasi Rakyat.

Antara individu yang menandatanganinya ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, veteran DAP, Lim Kit Siang dan Anggota Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

S’gor ungguli kes denggi – Hilmi

Posted: 06 Mar 2016 05:35 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY


Peningkatan kes denggi terutama di Selangor terus membimbangkan Kementerian Kesihatan, kata timbalan menterinya.


hilmi-yahaya_denggi_600


BALIK PULAU: Kes denggi kembali menunjukkan peningkatan dengan sekurang-kurang 100 kes dicatatkan setiap minggu di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata pihaknya kini giat melaksanakan aktiviti membasmi nyamuk Aedes bagi memastikan bilangan kes demam denggi dikurangkan.

Katanya, sebanyak 2,885 kes denggi dicatatkan pada minggu lalu, iaitu peningkatan sebanyak 100 kes berbanding minggu sebelumnya iaitu 2,785 kes.

"Angka ini amat membimbangkan kita… Selangor masih mengungguli carta teratas sebagai negeri terbanyak mencatatkan kes demam denggi," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 789 penerima dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Kumbar 2, di sini, hari ini.

Dr Hilmi berkata, faktor yang menyumbang kepada kedudukan Selangor itu, kemungkinan disebabkan faktor kepadatan penduduk di negeri berkenaan lebih tinggi berbanding negeri lain, sekali gus menyebabkan usaha pembasmian nyamuk Aedes kurang berkesan.

"Di kawasan padat penduduk, memang sukar kawal sistem perparitan, sampah sarap, malah kebersihan kawasan persekitaran," katanya.

Justeru, Dr Hilmi menyeru orang ramai agar menjaga kebersihan rumah masing-masing selain perlu mengadakan gotong-royong pada setiap minggu untuk membasmi tempat pembiakan Aedes.

"Penduduk setempat juga perlu lebih rajin membersihkan kawasan persekitaran mereka dan jangan hanya tunggu petugas daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) mengadakan gotong-royong," katanya
– BERNAMA

Lim harap Agong panggil RCI isu 1MDB, RM2.6 bilion

Posted: 05 Mar 2016 11:06 PM PST

MALAYSIAKINI




Walaupun penggantungan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang daripada Parlimen masih berterusan, beliau berharap titah Yang di-Pertuan Agong esok akan memanggil sebuah suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk melihat isu 1MDB dan skandal RM2.6 bilion.

"Saya hanya mempunyai satu hasrat terhadap titah diraja pada pembukaan rasmi parlimen pada hari Isnin: bahawa Agong akan mengumumkan penubuhan RCI terhadap skandal mega Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Abdul Razak," kata Lim dalam ucapan pada majlis kutipan sumbangan DAP Sarawak malam semalam.

Esok, Agong seperti kebiasaan akan menyampaikan titah pada pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-13

Lim berkata RCI adalah perlu untuk menyelesaikan isu skandal derma RM2.6 bilion dan RM42 juta yang disalurkan daripada SRC International - yang dimasukkan ke akaun bank peribadi Najib - dan juga dakwaan salah urus 1MDB.

Ini kerana katanya, laporan akhir Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengenai 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Lim menegaskan bahawa PAC adalah jawatankuasa parlimen, dan keputusan ini adalah satu penghinaan kepada PAC, Parlimen, dan kesemua 222 ahli parlimen di dewan yang berada di bawah naungan Agong.

Dalam perkembangan lain, Lim mengeluh bahawa masih tiada tanda-tanda bahawa PAC akan memanggil personaliti utama untuk siasatan ke dalam 1MDB - seperti Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, pengarah operasi khas SPRM Datuk Bahri Mohamed Zin, bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador, Najib sendiri dan jutawan kelahiran Pulau Pinang Taek Jho Low.

Tindakan ke atas ahli Umno terlibat belum dibincang

Posted: 05 Mar 2016 11:01 PM PST

SINAR HARIAN


Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi


IPOH - "Tindakan ke atas ahli Umno yang menandatangani deklarasi rakyat menyokong penyingkiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri belum dibincangkan," kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno berkata, Majlis Tertinggi Umno juga belum berbincang sama ada wujud keperluan untuk mengadakan mesyuarat tergempar berhubung perkara itu.

"Kami tidak pernah berbincang mengenainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan serentak Umno cawangan dan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri negeri Perak di sini, hari ini.

Pada Jumaat lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir adalah antara 50 orang yang menandatangani deklarasi rakyat menyokong penyingkiran Najib, diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

[ARTIKEL BERKAITAN: Deklarasi Rakyat tuntut Najib undur]

Penandatanganan lain termasuk Lim Kit Siang daripada DAP, Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali dan bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik. - Bernama


Jazlan: Hanya dokumen jabatan audit iringi laporan PAC bawah OSA

Posted: 05 Mar 2016 10:58 PM PST

BERNAMA




Hanya dokumen sokongan daripada Jabatan Audit Negara mengiringi rumusan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1MDB, diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Sebaliknya, rumusan laporan PAC masih boleh dibentang di Parlimen, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri I Datuk Nur Jazlan Mohamed.

"Laporan (yang diklasifikasikan di bawah) OSA itu laporan Ketua Audit Negara, jangan salah faham,
laporan yang diminta sendiri oleh Ketua Audit Negara untuk diklasifikasikan sebagai OSA," kata beliau kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 Jabatan Penjara Malaysia Zon Selatan di Intan Kampus Wilayah Selatan (IKHWAS) di Kluang hari ini.

Apa yang penting, laporan PAC perlu mencapai konsensus kesemua ahlinya bagi memastikan laporan jawatankuasa itu bernilai tinggi, kata Nur Jazlan.

"Laporan PAC disertakan dokumen sokongan. Memandangkan laporan PAC adalah dibuat berasaskan laporan Ketua Audit Negara, ia merupakan dokumen sokongan kepada laporan PAC yang akan dibentang," kata bekas Pengerusi PAC itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab kekeliruan mengenai laporan PAC berhubung Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1MDB di bawah OSA.

Semalam, Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata PAC akan meneliti laporan akhir berkenaan berserta dengan 10 prosiding terdahulu bagi melengkapkan laporan jawatankuasa sebelum ia dibentangkan di Dewan Rakyat.

Pada Jumaat (4 Mac), PAC mendengar pembentangan Laporan Akhir Terhadap Pengauditan 1MDB oleh Ketua Audit Negara di bangunan Parlimen yang dijadualkan semula pada semalam dan Isnin (7 Mac) selepas ditangguhkan pada 24 dan 25 Februari lepas.

Hasan juga berkata PAC akur serta memahami keperluan dan tindakan Jabatan Audit Negara bagi mengklasifikasikan laporan akhir itu sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Menurut Hasan, Ketua Audit Negara mempunyai kuasa perundangan untuk berbuat demikian bagi menjaga kredibiliti dan integriti jabatan itu.

Keputusan Jabatan Audit Negara itu dilakukan berikutan ada maklumat dalam Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1MDB yang dibentangkan kepada PAC pada Julai lalu, dibocorkan sehingga menjejaskan kredibiliti Jabatan Audit Negara dan PAC sendiri.- Bernama


Projek landasan berkembar Gemas - Johor diteruskan

Posted: 05 Mar 2016 10:55 PM PST

BERNAMA




Kerajaan pusat akan meneruskan Projek landasan berkembar Gemas-Johor Bahru, kata Perdana Menteri hari ini.

"Sukacita saya mengesahkan kerajaan pusat akan meneruskan projek ini sebagaimana yang telah dibentangkan dalam Bajet 2016 baru-baru ini," kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada perasmian pembangunan hartanah Forest City di Iskandar Puteri.

Projek pembangunan hartanah itu dilancarkan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Tahun lepas, kerajaan mengumumkan Malaysia meluluskan projek landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Baru (EDTP) itu kepada China Railway.

Landasan itu akan melengkapkan rangkaian landasan berkembar elektrik sehingga ke Padang Besar (Perlis).

Pada masa ini rangkaian kereta api di Malaysia sepanjang 1,641.4 kilometer, dengan 46 peratus membabitkan trek berkembar elektrik.

Penyiapan EDTP Gemas-JB pada 2020 akan meningkatkan rangkaian kereta api elektrik kepada 58 peratus, katanya.-Bernama


Layakkah Mahathir ketuai 'reformasi'?

Posted: 05 Mar 2016 10:51 PM PST

Rusnizam Mahat

 


ULASAN Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi membuka lembaran baru dalam sejarah politik negara apabila mengambil keputusan bersama barisan pembangkang dalam usahanya 'menggulingkan' perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Langkah yang diambil Mahathir mengejutkan sesetengah orang, sama ada di kalangan pendukungnya atau pembencinya sendiri. Namun bagi mereka yang memahami realiti dan sepak terajang politik, kemunculan Mahathir untuk duduk semeja dengan pemimpin pembangkang bukanlah suatu perkara aneh.

Seperti ungkapan Inggeris, in politics, there is no permanent friends or enemy. Only permanent interests. Tidak ada musuh yang kekal di dalam politik, yang kekal hanya kepentingan bersama. Hari ini boleh menjadi kawan, esok boleh menjadi lawan dan begitulah sebaliknya.

Lama dahulu, Mahathir juga pernah melakukan perkara sama apabila berada sepentas dengan PAS dalam menggasak perdana menteri pertama ketika itu, Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatannya.

Mahathir sekali lagi dilihat 'bersetuju' dengan pembangkang ketika mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur bagi membolehkan Datuk Seri Najib Razak dinaikkan.

Maka tindakannya keluar Umno baru-baru ini bukan perkara baru bagi tokoh yang mempunyai pengalaman politik dan pernah menerajui negara selama lebih dua dekad itu.

Tetapi tidak seperti Abdullah, Najib nampaknya terlalu liat untuk dikalahkan Mahathir. Asakan demi asakan Mahathir terhadap skandal menyelubungi Najib - daripada isu 1MDB sehingga kepada derma politik RM2.6 bilion seakan-akan tidak lut kepada batang tubuh Najib.

Tindakan Najib terhadap pengkritiknya dilihat keras dan drastik, bahkan ada yang berpendapat meniru gaya pemerintahan Mahathir sendiri.

Dengan penukaran Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara, tekanan terhadap penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Gabenor Bank Negara, Najib dianggap terlalu kebal daripada tindakan.

Tiada cara lain bagi Mahathir

Maka Mahathir tidak mempunyai cara lain untuk 'menggulingkan' Najib melainkan bersama-sama gerakan pembangkang, bermula dengan mengisytiharkan dirinya keluar Umno. Ramai melihat ini kemuncak kemarahan Mahathir selepas anaknya Mukhriz dipaksa berundur sebagai menteri besar Kedah.

Manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang 'sekapal' dengan Mahathir juga menerima nasib yang sama apabila digantung jawatannya sebagai orang nombor dua dalam Umno.

Kejutan-kejutan politik terus berlaku kemudiannya.

Seruan Mahathir untuk 'Selamatkan Malaysia' disambut pula oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara Sungai Buloh. Bagi sesetengah orang, ia mungkin ironi bagi Anwar untuk memberikan sokongan kepada individu yang pernah menyebabkan dia didakwa dan dipenjarakan.

Namun, Anwar mungkin mempunyai sebab tersendiri berbuat demikian. Dalam kenyataan dari penjara, Anwar menegaskan sokongannya kepada parti politik, masyarakat sivil dan Mahathir yang menuntut peletakan jawatan perdana menteri.

Beliau menggariskan penolakan terhadap Najib perlu disertakan dengan reformasi total terhadap institusi negara yang disifatkan sudah retak dan parah.
Lantaran itu termeterailah deklarasi rakyat yang ditandatangani Jumaat lalu.

Berbeza pula bagi pemimpin Umno, tindakan Mahathir 'bersekongkol' dengan pemimpin pembangkang khususnya DAP dan PKR dilihat sebagai suatu pengkhianatan terhadap 'Umno, bangsa dan negara'.

Apa kaedahnya?

Deklarasi yang ditandatangani 58 individu itu menyenaraikan beban kesilapan Najib dalam mengendalikan negara, khususnya skandal kewangan besar yang terpalit dengannya.

Bagaimanapun ia tidak menjelaskan secara holistik tentang kaedah dan bagaimanakah Najib akan diundurkan. Apakah strategi dan mekanisme yang digunapakai. Siapakah pula yang akan menggantikan Najib. Dan adakah ia akan sekali lagi melalui proses demokrasi selepas cubaan undi tidak percaya gagal di parlimen.

Justeru itu deklarasi itu dilihat tidak lebih sekadar menggembeleng kekuatan dan sokongan pembangkang terhadap Mahathir semata-mata, sekurang-kurangnya buat masa ini, dengan apa yang dinamakan sebagai agenda bersama 'demi menyelamatkann Malaysia'.

Umum masih tidak dapat melihat dengan jelas bagaimanakah Najib boleh disingkirkan menerusi deklarasi itu. Cengkaman Najib terhadap kabinet dan Umno (termasuk MT dan ketua-ketua bahagian) dilihat terlalu kuat dan bukan mudah untuk dipatahkan.

Pada masa ini peluang Mahathir (dan pembangkang) untuk menyingkirkan Najib hanyalah melalui beberapa cara, iaitu dengan mendesak perdana menteri mencadangan kepada Yang di-Pertuan Agong membubarkan parlimen atau membuktikan perdana menteri hilang majoriti dalam Dewan Rakyat melalui usul undi tidak percaya.

Yang di-Pertuan Agong sendiri tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memecat Najib.

Mampukah dosa Mahathir dipadamkan?

Bagi kalangan pengkritik deklarasi ini, mereka menuntut Mahathir mengakui kesilapan lalu dengan melakukan reformasi menyeluruh terhadap sistem yang telah dirosakkan, bukan semata-mata memenuhi keinginan dan dendam peribadi terhadap Najib.

Mereka mengungkit dosa-dosa lalu Mahathir seperti campur tangan terhadap badan kehakiman, penggunaan akta drakonian untuk menangkap pengkritiknya, juga amalan kronisme yang didakwa diamalkan sepanjang memegang jawatan itu.

Di kalangan pengkritik Mahathir, 'dosa-dosanya' meruntuhkan institusi utama negara inilah yang diteruskan legasi Najib pada masa ini.

Justeru apabila menyebut 'reformasi total' ia berbalik semula kepada deklarasi bersama yang dibacakan Mahathir sendiri, Jumaat lalu.

Antara lain, deklarasi itu menyebut pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Selain itu ia juga merumuskan untuk pemansuhkan semua undang-undang baru yang didakwa melanggar perlembagaan di bawah pentadbiran Najib.

Justeru pandangan kini sudah pasti tertumpu kepada Mahathir, parti pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil bagi merealisikan deklarasi berkenaan.

Ujian terbesar Mahathir pastinya bagi meyakinkan rakyat dan ahli Umno, apakah beliau benar-benar jujur untuk melakukan perubahan, atau sekadar mahu menjatuhkan kepimpinan perdana menteri.

Ujian bagi pembangkang pula adalah meyakinkan penyokongnya, bahawa pemilihan Mahathir mengetuai perubahan itu adalah tepat pada waktunya sebelum meminta mereka melupakan segala kesalahannya yang lampau.

Apapun, rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa umumnya sudah pasti ternanti-nanti lanjutan daripada episod politik yang sedang ditayangkan kepada mereka.


Taja umrah: Dari mana Khairy dapat RM1.4 juta?

Posted: 05 Mar 2016 10:42 PM PST

Alyaa Alhadjri  




Seorang pemimpin akar umbi Pemuda Umno menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sumber dana yang digunakan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk menaja 191 ketua Pemuda Umno Bahagian untuk melaksanakan umrah di Mekah.

Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka Syed Rosli Jamalullail memberitahu Malaysiakini bahawa dia boleh membuat laporan mengenai perkara itu di ibu pejabat SPRM di Putrajaya esok.

"Saya hanya membaca tentang perjalanan itu di Suara.tv semalam.

"Saya tidak boleh hanya menuduh tetapi apabila saya membaca bahawa exco Pemuda Umno telah mengesahkan perjalanan ditaja oleh YB KJ, saya berasa lebih yakin untuk mengeluarkan kenyataan," kata Syed Rosli.

Portal yang dikaitkan dengan Umno itu Jumaat lalu memetik Exco Pemuda Umno Nazir Hussin Akhtar Hussin sebagai mengesahkan bahawa Khairy telah menaja perjalanan bagi semua ketua bahagian dan exconya.

Dalam artikel yang berasingan, Suara.tv juga sebelum ini memetik sumber Pemuda Umno yang mendakwa perjalanan itu dirancang bertepatan dengan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Timur Tengah.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Syed Rosli menegaskan bahawa ia boleh menyebabkan kos mencecah RM1.4 juta untuk tajaan keseluruhan rombongan.

"Dari manakah Khairy Jamaluddin mendapatkan wang sebanyak itu?

"Berapa gaji seorang ahli parlimen dan menteri. Ini boleh menimbulkan banyak keraguan di kalangan rakyat, ahli-ahli Umno dan pembangkang, " katanya yang mendakwa bahawa ia akan mewujudkan persepsi rasuah.

"Saya tidak menuduh (Khairy) tetapi SPRM perlu menyiasat di manakah dia mendapat sejumlah wang yang besar (untuk menaja rombongan itu)," kata Syed Rosli yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menyokong legalisasi ganja.

Malaysiakini sedang berusaha menghubungi Khairy, yang juga ahli parlimen Rembau untuk mendapatkan respon.


Harap Datuk Seri Vida pertimbang semula bina hotel

Posted: 05 Mar 2016 10:34 PM PST

Abdul Fattah Mahmood
Abdul Fattah Mahmood


KOTA BHARU – Kerajaan negeri berharap Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Dr Hazmiza Othman atau Datuk Seri Vida menimbang semula cadangan untuk membina hotel di kawasan pembangunan stadium  di Bukit Merbau, dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, banyak faktor perlu diteliti berkaitan lokasi asal cadangan pembinaan hotel di pekarangan Stadium Sultan Muhamad IV di sini, yang dikemukakan oleh ahli perniagaan terkenal itu.

Menurutnya, cadangan tersebut perlu dibawa ke dalam mesyuarat jawatankuasa Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob terlebih dahulu dan ia perlu menitik beratkan beberapa faktor termasuk kesesakan lalu lintas dan sebagainya.

"Cuma kita harap dia (Datuk Seri Vida) menimbang tawaran saya untuk membangunkan tanah kerajaan seluas 109.3 hektar di Bukit Merbau. Saya juga sedang berbincang dengan dua syarikat lain untuk membangunkan stadium serta kawasan sekitarnya.

"Tanah yang diperlukan untuk pembinaan stadium adalah seluas 20.2 hingga 28.3 hektar sahaja dan baki 80.9 hektar boleh digunakan untuk pembangunan sekitar," katanya ketika ditemui di JKR 10, di sini, semalam.

Tambahnya, kerajaan negeri berbesar hati andainya pengasas syarikat Vida Beauty Sdn Bhd itu bersetuju membangunkan kawasan berkenaan terutamanya membina kilang kosmetik dan pakaian sukan.

"Ini masa yang sangat sesuai kerana dua syarikat terbabit juga tertarik untuk membangunkan kawasan berkenaan. Kita mahu bangunkan Bukit Merbau sebagai bandar sukan.

"Sebagaimana yang saya sebut dalam sidang Dun baru-baru ini, pembangunan lebuh raya sedang berjalan dan dalam masa tiga tahun, perjalanan ke Bukit Merbau dari Kota Bharu akan jadi dekat," katanya.


Deklarasi anti najib bukan rampasan kuasa

Posted: 05 Mar 2016 09:33 PM PST

Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir


SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir‎ berkata, matlamat Deklarasi Rakyat ialah mahukan Datuk Seri Najib berundur sebagai perdana menteri.

Oleh itu, tegasnya adalah silap jika mengatakan bahawa Deklarasi Rakyat tujuannya untuk merampas kuasa bagi menjatuhkan penguasaan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Perlu difahami bahawa matlamat  yang dipelopori oleh Tun Mahathir dan semua yang menandatangani Deklarasi Rakyat ialah agar Datuk Seri  Najib berundur sebagai PM.

"Tiada langsung niat untuk menjatuhkan Kerajaan BN yang memerintah ketika ini,"katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, adalah tidak masuk akal sama sekali dakwaan bahawa tindakan Dr Mahathir  ini akan menguntungkan Pembangkang termasuk DAP.

"Adakah BN akan tumbang jika Najib undur? BN tetap mempunyai majoriti kerusi Dewan Rakyat.

"Yang hanya perlu dilakukan ialah pelantikan PM yang baru - dari kalangan Ahli-ahli  Parlimen BN, bukan daripada Pembangkang," katanya.

‎Katanya, bagi  mempertahankan kedudukan BN sebagai Kerajaan, Najib perlu diganti pemimpin BN lain sebagai perdana menteri sebelum PRU14.

"Jika Najib masih memimpin BN hingga PRU14, BN akan menerima padahnya.

"Amarah Rakyat sudah tidak boleh dibendung lagi. "Tunggulah PRU nanti. Kami tahulah apa nak buat". Itu yang  kedengaran rata-rata dikalangan Rakyat sekarang,"katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir, yang mengambil keputusan keluar daripada Umno pada 1 Mac lalu,Jumaat lalu bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang dan bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno menandatangani Deklarasi Rakyat mahukan Najib meletakkan‎ jawatan perdana menteri.

Antara yang turut hadir menandatangani deklarasi itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Lim Kit Siang dan Datuk Mustafa Ali.

Nenek, cucu maut, kereta bertembung

Posted: 05 Mar 2016 09:31 PM PST

Nenek, cucu maut, kereta bertembung
Pasukan penyelamat membawa mangsa ke hospital.


RANTAU PANJANG – Nenek dan cucunya yang berusia enam tahun maut dalam kemalangan di Simpang Tiga Batu Karang Rantau Panjang, jam 11.45 pagi kelmarin.

Che Hasnah Che Isa, 64 meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pasir Mas, pada jam 7.50 malam kelmarin manakala cucunya, Ros Alya Adriana Mohd Fauzi meninggal ketika dalam perjalanan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian jam 10 malam hari yang sama.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad berkata, kereta yang dipandu Rosnawati Daud, 42, dari Simpang Batu Karang, bertembung dengan kereta Ford Kuga dari arah Rantau Panjang ke Pasir Mas.

Menurutnya, pertembungan ini menyebabkan dua maut, seorang parah manakala empat yang lain cedera ringan.

"Saksi yang melihat kejadian diminta tampil atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Pasir Mas untuk membantu siasatan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Jenazah Che Hasnah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakat, jam 11 pagi tadi manakala Ros Alya Adriana dijangka dikebumikan jam 2 petang ini.

Najib: Islam penyelesai segala masalah

Posted: 05 Mar 2016 09:28 PM PST

Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sidang media bersama wartawan Malaysia berkaitan Sidang Kemuncak Pemimpin AS-Asean yang berakhir Selasa. - Foto Bernama


SHAH ALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menzahirkan rasa sedih mengenai nasib yang menimpa umat Islam kini.

Ujarnya, gejala keganasan yang berlaku dalam dunia Islam sekarang telah banyak menjadikan umat Islam mangsa.

"Setiap hari, banyak keganasan yang berlaku dalam dunia Islam dan amat menyedihkan apabila melihat begitu ramai umat Islam yang mati di tangan umat Islam sendiri.

"Ditambah pula dengan kebangkitan fahaman ekstremis, kesemua ini telah menimbulkan persepsi negatif terhadap Islam dan satu fenomena Islamofobia,"katanya dalam satu kenyataan.

Menggulas lanjut, Najib berkata semasa zaman Nabi Muhammad SAW, Islam wujud bersama dengan agama-agama lain tanpa sebarang sengketa.

"Ini boleh digunakan sebagai asas untuk menggalakkan nilai-nilai teras biasa dalam kalangan penganut agama yang berbeza.

"Saya percaya bahawa penyelesaian kepada semua masalah yang dihadapi boleh didapati dalam Islam sendiri kerana Islam adalah agama yang mengajar kesederhanaan," katanya.

Malaysia: Dagangan Januari 2016 catat peningkatan

Posted: 05 Mar 2016 09:26 PM PST

Astro Awani
 
Malaysia: Dagangan Januari 2016 catat peningkatan
MITI berkata prestasi eksport pada Januari 2016 terjejas akibat penurunan eksport barangan perlombongan disebabkan eksport gas asli cecair dan petroleum mentah yang lebih rendah-Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR: Jumlah dagangan Malaysia meningkat kepada RM118.31 bilion pada Januari 2016 berbanding RM118.25 bilion yang direkodkan pada bulan yang sama tahun lepas, disokong oleh eksport barangan perkilangan.

Menurut Bernama, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan berkata angka dagangan yang lebih tinggi itu membuktikan daya tahan Malaysia walaupun persekitaran ekonomi dunia yang mencabar.

Eksport barangan perkilangan bagi Januari 2016 meningkat sebanyak RM1.95 bilion kepada RM50.59 bilion, yang menyumbang sebanyak 81.8 peratus daripada jumlah eksport negara.

Peningkatan itu disokong sebahagian besarnya oleh eksport mesin, peralatan dan alat ganti yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM588.7 juta, produk elektrik dan elektronik (meningkat RM566 juta), perkilangan logam (meningkat RM496 juta) selain perkakasan optikal dan saintifik (meningkat RM407.1 juta).

Dagangan yang lebih tinggi direkodkan dengan ASEAN, dengan pertumbuhan RM1.6 bilion, China (meningkat RM827.2 juta), Amerika Syarikat (meningkat RM727 juta), India (meningkat RM600 juta), Jerman (meningkat RM353.1 juta), Switzerland (meningkat RM350.8 juta) dan Turki (meningkat RM317.9 juta).

Lembaran imbangan dagangan yang positif sebanyak RM5.39 bilion dicatatkan pada Januari 2016 walaupun eksport secara keseluuhannya merosot 2.8 peratus kepada RM61.85 bilion manakala import meningkat 3.3 peratus kepada RM56.46 bilion.

Ini merupakan lebihan dagangan buat bulan ke-219 berturut-turut sejak November 1997.

Mengikut sektor, MITI berkata prestasi eksport pada Januari 2016 terjejas akibat penurunan eksport barangan perlombongan yang menyusut 40.9 peratus disebabkan eksport gas asli cecair dan petroleum mentah yang lebih rendah.
Namun ia ditambung oleh eksport yang lebih tinggi dalam barangan perkilangan dan pertanian, yang masing-masing meningkat 4.0 peratus dan 5.7 peratus.

Barangan pertanian menyumbang 8.5 peratus daripada jumlah eksport Malaysia pada Januari 2016 manakala barangan perlombongan menyumbang 9.1 peratus. 
 
 

Umno tak tolak Tun M pilih cara 'Arab Spring' jatuhkan Najib

Posted: 05 Mar 2016 08:59 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad tidak menolak kemungkinan Tun Dr Mahathir Mohamed memilih cara ala 'Arab Spring' untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas tidak berjaya menggunakan saluran parti. 
 
Jelasnya, usaha demonstrasi jalanan menjadi pilihanakan mendatangkan risiko kepada negara kerana apa yang berlaku seperti di Mesir tidak menampakkan kebaikkan kepada negara-negara yang terlibat.
 
"Mesir umpamanya, sampai sekarang masih bergolak dan tidak membawa apa-apa perubahan.
 
"Kalau usaha yang dilakukan oleh pembangkang itu menggunakan cara demonstrasi jalanan, itu akan ada risikonya kepada negara dan tidak sepatutnya diikut," katanya yang dipetik di akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
 
Sebaliknya menurut Shahrir, pilihan raya adalah jalan yang terbaik daripada mengadakan demonstrasi jalanan jika ingin mengubah tampuk kepimpinan negara.
 
"Apa pun perubahan yang hendak dilakukan di negara ini, tunggulah pilihan raya.
 
"Pernah dahulu semasa reformasi, cara itu (demonstrasi jalanan) juga digunakan, tetapi yang mustahak adalah pilihan raya.
 
"Pasal Pilihan Raya Umum 1999 pun, isu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebagainya menjadi fakta dan ia terbawa daripada gerakkan reformasi pada 1997-1998 jadi pilihan raya jalan yang terbaik," ujarnya.
 
Sebelum ini, Dr Mahathir, anaknya Datuk Seri Mukhriz dan Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasmi menyertai pemimpin pembangkang dan aktivis untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak, apabila menandatangani Deklarasi Rakyat yang mendesak pengunduran pemimpin berkenaan.
 
Dokumen ditandatangani mereka bersama 55 pemimpin lain yang terdiri daripada pembangkang, aktivis dan bekas wartawan banyak mengitar semula tuduhan-tuduhan Mahathir terhadap Najib mengenai hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sumbangan RM2.6 bilion.
 
Dalam ucapannya Mahathir yang membakar jambatannya dengan Umno untuk kali kedua, akur beliau berkongsi pentas dengan pembangkang dan aktivis yang berlainan perjuangan.
 
"Namun kita semua di sini sebagai rakyat Malaysia. Kita tidak mewakili mana-mana parti atau NGO," kata Mahathir.
 
Antara pemimpin pembangkang kelihatan di majlis yang berjudul "Selamatkan Malaysia" setakat ini adalah Lim Kit Siang (DAP), Datuk Seri Azmin Ali (PKR), Datuk Mustafa Ali, Mahfuz Omar (PAS), Datuk Kamaruddin Jaafar (PKR), Tian Chua (PKR), Mohamad Sabu dan  Sallehudin Ayob (Parti Amanah Negara).
 
Selain pembangkang, beberapa aktivis seperti Datuk S. Ambiga dan Maria Chin Abdullah turut hadir pada majlis itu.
 
Kesemua mereka sebelum ini adalah pengkritik paling lantang Mahathir sepanjang 22 tahun beliau menerajui negara dan Umno

Tindakan bijak kucing jalanan sedarkan kuali terbakar punca Azizah jatuh cinta

Posted: 05 Mar 2016 08:53 PM PST

BERNAMA


Tindakan bijak kucing jalanan sedarkan kuali terbakar punca Azizah jatuh cinta
Seorang pengunjung Muhamad Hafizi Yahaya, 29 membawa anaknya Muhammad Aqil Qaizer, 1 melihat pelbagai spesis kucing pada Pameran Kucing Antarabangsa di Kompleks Kraf. - Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR: Sayang Azizah Ibrahim terhadap kucing jalanan tiada batasnya.

Sehingga ini terdapat 60 ekor kucing dalam peliharaan - dua ekor daripadanya cacat.

Seekor diberi nama 'Sam' cacat penglihatan; seekor lagi mengalami masalah saraf selepas koma selama dua minggu akibat kepalanya dipukul oleh seseorang tiga bulan lalu.

Menurut Azizah, 40, Sam diperolehi menerusi laman sosial facebook apabila seorang pelajar memuatnaik gambarnya yang cedera dan tidak mampu menampung kos rawatan kucing berkenaan.

"Selepas diberi rawatan, doktor tidak dapat menyelamatkan kedua-dua mata Sam. Sehingga kini masih dalam rawatan," katanya ketika ditemui pada program 'Craft Pets Day' sempena Hari Kraf Kebangsaan (HKK) di Laman Wau Kompleks Kraf, di sini hari ini.

Katanya, meskipun kucing itu buta tetapi ia seekor kucing yang cerdik namun sifatnya yang kasar menyebabkan ia kurang digemari oleh kucing-kucingnya yang lain.

Azizah berkata minatnya memelihara kucing bermula sejak 2012 apabila tindakan seekor kucing peliharaannya menyebabkan rumahnya terselamat daripada terbakar.

"Kucing saya pada waktu itu cuba untuk memberitahu dengan menarik kain saya bahawa kuali di dapur sudah hangus terbakar.

"Nasib baik saya cepat sedar dan berjaya memadamkan api itu," katanya.

Azizah berkata penyertaannya dalam pameran dan pertandingan kucing itu adalah untuk menggalakkan orang ramai supaya lebih mendekati dan menyayangi haiwan itu di samping dapat menjual barangan keperluan serta makanan haiwan berkenaan.

Mereka yang berminat dengan kucing-kucingnya itu boleh mengambilnya tanpa bayaran tetapi amat dialu-alukan sekiranya mereka ingin memberi sumbangan.

Ini untuk keperluan kucing yang dipeliharanya bagi meringankan kos perbelanjaan sebanyak kira-kira RM2,000 sebulan.

Pertandingan itu merupakan antara acara sempena sambutan HKK kali ke-14 yang bermula pada 24 Feb lalu hingga 6 Mac dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Pertandingan itu turut disertai beberapa kucing import mengikut kategori masing-masing seperti kucing jenis Maine Coon, Parsi dan Siam.

Sementara itu, Presiden Kelab Kucing Malaysia (KKM) Khalid Rashid berkata kira-kira 100 ekor kucing jalanan yang telah diselamatkan, dijaga dan divaksin menyertai pertandingan itu yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Beliau berkata kucing yang berjaya dalam pertandingan itu akan menerima beberapa hadiah termasuk hadiah yang ditempah khas dari luar negeri, piala, dan makanan khas untuk kucing.

"Walaupun pemilik kucing yang menjaga dan memelihara kucing jalanan itu tidak diberikan insentif tetapi mereka boleh menyertai setiap pertandingan dalam usaha menarik orang ramai supaya menyayangi kucing jalanan," katanya. 
 
 

Piala FA: Undian selesa buat JDT dan Kedah

Posted: 05 Mar 2016 08:51 PM PST

Astro Arena 
 
Piala FA: Undian selesa buat JDT dan Kedah
Empat pasukan dari Liga Super dan empat lagi dari Liga Perdana melengkapkan kuota suku akhir persaingan Piala FA 2016. - Gambar fail
 
 
UNDIAN peringkat suku akhir Piala FA pada Ahad menyaksikan Johor Darul Takzim (JDT) dan Kedah diramalkan bertembung di babak separuh akhir nanti.

Empat pasukan dari Liga Super dan empat lagi dari Liga Perdana melengkapkan kuota suku akhir persaingan Piala FA 2016, diketuai JDT, Kedah, PDRM dan Perak.

Namun Sabah, Kuala Lumpur, Sime Darby dan PKNS FC turut mempunyai keistimewaan tersendiri dalam persaingan yang penuh kejutan ini.

Kedah perlu melepasi ranjau Sabah terlebih dahulu, sementara PDRM pula menanti kunjungan JDT dalam aksi pertama mereka.

Manakala pasukan Sime Darby akan membuat perhitungan dengan PKNS dan Perak berdepan pasukan yang sedang meningkat naik, Kuala Lumpur. 
Suku akhir pertama akan dilangsungkan pada 7 dan 8 April, sementara aksi timbal balik pada 21 dan 22 April.  
 
 

Shahrir minta UMNO tumpu PRU14, bukan Tun Mahathir

Posted: 05 Mar 2016 08:49 PM PST

Nizam Bakeri, Astro Awani
 
Shahrir minta UMNO tumpu PRU14, bukan Tun Mahathir
Tan Sri Shahrir Samad turut mengingatkan golongan pengundi muda agar berhati-hati dalam mendengar dan menapis isu di laman sosial - Gambar fail
 
 
KUALA LUMPUR: Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad menegaskan UMNO kini perlu memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan bukannya mengalihkan tumpuan kepada isu-isu sampingan.

Ini termasuk isu yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahupun usaha pembangkang menjatuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya rasa yang menjadi tanggungjawab (Datuk Seri) Najib sekarang untuk bergerak ke arah persiapan pilihan raya dan ia tidak lama lagi iaitu dua tahun lebih sahaja," ujarnya dalam temubual bersama Mingguan Malaysia yang disiarkan hari ini.

Shahrir turut menjelaskan UMNO Johor khususnya telah pun memulakan gerakan persiapan sejak pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berakhir dan Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin diharap tidak menjejaskan persediaan tersebut.

"Kalau kita dalam parti, kita kena terima itu tanggungjawab kita," tambah Shahrir sambil mengingatkan Muhyiddin masih lagi ahli UMNO.

Antara Muhyiddin dan Musa Hitam

Shahrir turut membandingkan tindakan Muhyiddin dengan seorang lagi mantan Timbalan Presiden UMNO iaitu Tun Musa Hitam yang kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO walaupun meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan hanya menyuarakan kritikan ketika pemilihan UMNO berlangsung.

"Dia (Muhyiddin) kata akan terus bersuara. Jadi, benda itu akan terus berjalan begitu sahajalah. Soalnya, adakah isu itu boleh bertahan dalam suasana seluruh parti sedang bersedia untuk pilihan raya?"

BACA: Muhyiddin perlu dikenakan tindakan tegas, Dr M semakin tak rasional

BACA: Muhyiddin, nilailah semula sementara peluang masih ada - Annuar Musa

VIDEO: Tiada guna kekal jika musnahkan parti dari dalam

Mahathir tiada pilihan

Tindak-tanduk Dr Mahathir dan pembangkang kebelakangan ini dilihat oleh Shahrir sebagai kehabisan cara untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Dua cara yang sah dalam sistem politik negara, menurut Shahrir, hanyalah menerusi pemilihan parti atau usul tidak percaya yang dikemukakan dalam Parlimen.

Cubaan menolak bacaan bajet dan usul Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) oleh beberapa ahli Parlimen yang gagal baru-baru ini dianggap Shahrir sebagai isyarat bahawa usul tidak percaya ke atas Najib di Parlimen tidak akan berjaya.

Beberapa pemimpin utama UMNO pula telah tampil dan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri selepas Deklarasi Rakyat diumumkan.

BACA: PM Malaysia dipilih melalui perundangan dan demokrasi - Ahmad Zahid

BACA: Tun Mahathir berkawan semula dengan pihak yang gelarkannya 'Firaun' - Hishammuddin

BACA: Tun Mahathir 'desperate' mahu kacau pentadbiran negara - Mas Ermieyati
BACA: Pengkhianatan Tun M tidak boleh dimaafkan - Reezal Merican

BACA: Siapa Tun M desak Najib letak jawatan? - Azwan Bro

VIDEO: Tun M diperdaya, ada 'tangan gelap' cuba jatuhkan Najib

"Kecuali dia hendak guna cara Arab Spring iaitu demonstrasi jalanan. Itu ada risiko kepada negara kerana apa yang berlaku pada Arab Spring tidak menampakkan kebaikan kepada negara-negara yang terlibat."

Jumaat lalu, Dr Mahathir menandatangani Deklarasi Rakyat dengan bekas pemimpin kanan negara, pemimpin pembangkang, aktivis politik dan ketua badan bukan kerajaan (NGO).

Deklarasi tersebut antara lain menuntut penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri dan Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian yang dibuat baru-baru ini yang melanggar hak-hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. 
 

Sah Umno parti feudal

Posted: 05 Mar 2016 04:30 PM PST



Oleh Subky Latif


TERLALU banyak simpton yang menunjukkan Umno adalah sebuah pertubuhan politik yang amat feudal sama dengan institusi istana yang belum mengenal demokrasi. Kesaksian terbaru itu adalah badan feudal ialah keterangan yang dibuat oleh menteri Datuk Nazri Aziz terhadap penampilan politik Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Umno yang dilihat tergantung.
     
Nazri yang jarang membuat kenyataan politik menyarankan supaya Muhyiddin melepaskan jawatan Timbalan Presiden sekiranya tidak menyokong Presiden parti dan tidak mahu membantunya.
   
Kata Nazri, mereka menyokongnya dulu kerana dia dilihat menyokongnya untuk jadi Presiden. Apabila dia  tidak menyokongnya lagi, maka pilihannya ialah melepaskan jawatannya.
  
Yang menyokong Najib menjadi Presiden dulu bukanlah orang sependirian dengan Nazri dulu dan sekarang saja. Muhyidin dan penyokongnya juga adalah antara orang yang menyokongnya.
  
Jika Muhyiddin kini hilang keyakinan dan kepercayaan kepada Presiden Umno belumlah boleh dikira Muhyiddin telah melanggar peraturan dan disiplin partinya. Dia belum dihadapkan ke badan disiplin parti. Selagi Umno belum mengesahkannya melanggar disiplin parti, maka dia belum diliha bersalah.
  
Jika dia menegur Presiden, ia adalah dikira langkah yan sihat dalam politik demokrasi. Setiap seorang Umno kepada ketuanya tidaklah mutlak seperti setia kepada Allah dan rasul-Nya. Setia kepada ketua itu tertakluk kepada setianya kepada partinya, kepada bangsanya dan kepada agamanya.
   
Najib bukan maksum dan kini yang mempertikainya lebih ramai daripada yang membodeknya.
   
Kedua, Umno bukan badan feudal yang ketuanya tidak boleh dikritik dan dibetulkan.
   
Ketiga, Umno bukan sebuah parti seperti parti komunis yang ketuanya tidak boleh ditegur baik secara terang mahupun secara tersembunyi.
  
Atas faktor-faktor itu maka tidaklah menjadi kesalahan jika orang Umno menegur Umno terutama pemimpin yang tidak popular yang dipertikai oleh semua.
  
Muhyiddin sekarang bukan menegur Najib kerana isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion saja, tetapi ia menegur Umno kerana merampas hanya sebagai Timbalan Presiden Umno. Sebagai Timbalan Presiden dia ada hak untuk bercakap sebagai Timbalan Presiden baik dalam Perhimpunan Agung atau mana-mana perjumpaan yang dianjurkan oleh parti dan penyokongnya.
  
Mana ada peraturan dalam Umno dan mana-mana badan politik jua, Timbalan Presiden tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam Perhimpunan Agungnya? Di bawah peraturan mana Umno menafikan hanya dalam perhimpunan yang lalu.
  
Tidakkah menghalangnya itu Presiden dan Majlis Tertinggi parti itu telah mencabul perlembagaan partinya dengan sekaligus melanggar peradaban parti itu.
   
Latar belakang inilah yang menyebabkan Muhyiddin selepas tidak jadi Timbalan Perdana Menteri membuat beberapa teguran kepada pimpinan Umno.
   
Jika Umno mahu menekan Muhyiddin kita kata Umno jadi parti feudal, maka orang tanya apakah tidak senang pimpinan PAS terhadap kenyataan Husam Musa terhadap PAS, maka PAS juga sudah jadi feudal?
   
Muhyiddin ada jawatan dalam parti tetapi Umno rampas hak berperanan dalam partinya. Husam tidak pegang apa-apa jawatan dalam parti sekarang, tetapi tidak dihalang Husam untuk membantu PAS dari dalam dan dari luar.

Sebelum Husam ada kedudukan dalam parti dia beri banyak khidmat parti. Apbila dia tidak ada jawatan, dia tidak dihalang buat seperti dulu.
   
Dia tak datang itu adalah masalah dia. Muhyiddin mahu datang kepada partinya tetapi dia tidak dikehendaki.
   
Maka tidak sama menyamakan keduanya. Dengan demikian Umno sudah sah feudal tetapi PAS belum boleh disamakan dengan feudalisma Umno itu.

“Tunggulah PRU14, BN akan kalah” – Mukhriz Mahathir

Posted: 05 Mar 2016 04:24 PM PST

 
Mengikut logik, pembangkang akan menang PRU14 kerana rakyat menolak kepimpinan Najib Razak sekaligus menolak BN/UMNO.


mukriz


PETALING JAYA : Barisan Nasional (BN) akan menerima kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) akan datang jika Datuk Seri Najib Tun Razak masih kekal sebagai Perdana Menteri.

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, penolakan rakyat kepada kepimpinan Najib secara langsung menyebabkan BN/UMNO ditolak secara total.

Katanya, hanya satu jalan bagi menyelamatkan BN iaitu pengunduran Najib dan diganti dengan pemimpin BN lain, seperti yang dituntut menerusi Deklarasi Rakyat.

"Jika Najib masih memimpin BN hingga PRU-14, BN akan menerima padahnya. Amarah rakyat sudah tidak boleh dibendung lagi. "Tunggulah PRU nanti. Kami tahulah apa nak buat". Itu yang kedengaran rata-rata di kalangan rakyat sekarang," katanya menerusi kenyataan.

Mukhriz berkata, kenyataan beberapa pemimpin UMNO bahawa rakyat perlu menunggu PRU-14 untuk menukar Perdana Menteri amat membahayakan kepada kepentingan BN.

"Adakah maksudnya Perdana Menteri baru itu akan datang dalam kalangan pembangkang setelah BN tumpas di PRU tersebut? Itu sama sekali bukan matlamat Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Untuk selamatkan negara, malah untuk pertahankan kedudukan BN sebagai kerajaan, Najib perlu diganti pemimpin BN lain sebagai Perdana Menteri sebelum PRU-14," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam berkata, jika mengikut logik, pihak pembangkang akan dapat memenangi PRU14 dengan mudah kerana penolakan rakyat terhadap Najib yang turut menyebabkan BN ditolak.

"Tapi sebaliknya, pembangkang mahu Najib diganti dengan pemimpin BN yang lain sebelum PRU14.
Kenapa? Kerana mereka mahu negara diselamatkan dari kemusnahan akibat pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa, iaitu Najib Razak.

"Pendirian ini turut diperkukuhkan apabila pembangkang faham dan terima hakikat bahawa amalan demokrasi negara tidak mengizinkan mereka merampas kuasa dari BN tanpa melalui PRU," katanya.

Mukhriz turut menolak tuduhan tindakan bapanya, Dr Mahathir, bekerjasama dengan pembangkang bertujuan menjatuhkan kerajaan BN.

"Tidak masuk akal sama sekali dakwaan bahawa tindakan Tun Mahathir ini akan menguntungkan pembangkang termasuk DAP. Adakah BN akan tumbang jika Najib undur?

"BN tetap mempunyai majoriti kerusi Dewan Rakyat. Yang hanya perlu dilakukan ialah pelantikan Perdana Menteri yang baru dalam kalangan ahli-ahli parlimen BN, bukan dari pembangkang," tegasnya.