Selasa, 29 Mac 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Mana peruntukan RM600,000?, tanya Khalid pada Azmin

Posted: 29 Mar 2016 07:17 AM PDT

 
Khalid mendakwa kerajaan Selangor tidak pernah menjawab soalan beliau ke mana peruntukan untuk setiap ADUN telah dibelanjakan.


khalid-ibrahimr_azmin-ali_600


PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mempersoalkan peruntukan yang sepatutnya diterima setiap ADUN di Selangor sebanyak RM600,000 namun sehingga kini ia masih belum disalurkan kepada beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu mendakwa, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali telah menggunakan wang peruntukan itu tetapi pada masa sama cuba bermain politik memburukkan dirinya melalui isu kebersihan dan keselamatan di Pelabuhan Klang.

"Di mana duit itu digunakan, kalau telah digunakan di mana duit itu digunakan? Adakah digunakan untuk membersihkan kawasan saya, sebab peruntukan tidak diberikan kepada saya?," katanya yang dipetik dari portal BNBBC.

Oleh kerana tiada peruntukan yang diterima, Khalid berkata, tugas membersihkan kawasannya perlu dilakukan oleh agensi bertanggungjawab seperti Majlis Perbandaran Klang (MPK).

"Tugas ini perlu dibuat oleh siapa? Oleh kerajaan tempatan dan agensi bertanggungjawab. Namun saya yakin perkara yang dibangkit Azmin ini adalah kerana saya telah meminta beliau menunjukkan kepada Dewan Negeri berhubung peruntukan kepada setiap DUN," katanya.

Bagaimanapun menurut Khalid kawasan yang dimaksudkan kotor oleh Azmin tidaklah seperti yang didakwa.

"Kalau dibandingkan dengan kawasan Bukit Antarabangsa pun ada juga kawasan yang kotor seperti di restoran dan gerai.

"Nak kata sentiasa bersih tidak juga, cumanya di Pelabuhan Klang mungkin disebabkan bahan terpakai di kawasan pembinaan di satu tempat itu menyebabkan ia nampak kotor dan tidak selamat," katanya.

Baru-baru ini, Azmin menegur Khalid yang didakwa gagal menjaga kawasan Pelabuhan Klang dan membiarkan kawasan itu kotor sejak tidak lagi menjadi Menteri Besar Selangor.

Sehubungan, Azmin berkata, kerajaan negeri terpaksa melantik Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Azmizan Zaman Huri dan membuka Pusat Penyelaras.

Bagaimanapun, Khalid mempertikaikan mengapa selepas dua tahun kerajaan negeri baru bertindak dan dalam tempoh itu kemana pergi peruntukan untuk DUN tersebut.

MALULAH WEH, "SESUATU DI LUAR JANGKAAN" DARI LELAKI 91 TAHUN PUN MASIH DITAKUTI...

Posted: 29 Mar 2016 06:57 AM PDT

shahbudindotcom


 
 
Tidak ada manusia yang normal yang tidak terkejut dan "garu kepala"  dengan kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed yang mengatakan bahawa kata-kata Tun Mahathir Mohamad ingin melakukan "sesuatu yang di luar jangkaan" untuk menjatuhkan Najib, boleh dianggap sebagai menghasut.

Malah jika bapanya, Allahyarham Mohamed Rahmat, bekas Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung UMNO masih hidup, pasti beliau juga turut terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh anak sulungnya itu.

Antara lain Nur Jazlan berkata, bekas Perdana Menteri itu boleh dianggap menghasut kerana mengeluarkan kenyataan mahu melakukan "sesuatu di luar jangkaan" untuk menjatuhkan Najib.

"Dia (Tun Mahathir)  bercakap perkara itu kepada umum. Tidakkah ia boleh dianggap sebagai menghasut? Khianat?

"Pihak polis sedang menyiasat. Lagi banyak Tun Mahathir bercakap, lagi banyak bahan untuk polis siasat.

"Jika siasatan menunjukkan beliau melanggar undang-undang, maka kita akan mengambil tindakan," kata beliau.

Kenapa Nur Jazlan begitu takut dan sensitif dengan kata-kata "sesuatu di luar jangkaan" itu, lebih-lebih lagi ia hanya diucapkan oleh seorang lelaki yang sudah mencecah usia 91 tahun?

Apa yang  "di luar jangkaan" yang mampu dilakukan oleh Tun Mahathir dengan usia sebegitu? 

Atau adakah kata-kata itu diungkapkan oleh seorang kepala pengganas yang sudah banyak kali terbukti bahayanya kepada umum?

Memang diketahui ramai bahawa Tun Mahathir ingin menjatuhkan Najib, tetapi pernahkah beliau mengatakan mahu melakukannya dengan kekerasan, di luar batas undang-undang atau langgar saja Perlembagaan negara?

Malah, tidakkah Nur Jazlan sedar, dalam program NothingToHide di PWTC tidak lama dulu misalnya, apabila diminta untuk menghentikan ucapannya, Tun Mahathir langsung tidak membantah dan sedia akur dengan kehendak pihak polis?

Bukankah itu sudah cukup untuk menunjukkan Tun Mahathir seorang yang patuh kepada undang-undang?

Jadi, kenapa begitu takut dengan sekadar kata-kata mahu melakukan "sesuatu di luar jangkaan?"

Dalam hal ini, sebagai pemimpin muda yang mudah-mudahan tidak sama dengan Ahmad Maslan, apakah Nur Jazlan tidak boleh memikir dengan logik akal dan pertimbangannya yang sihat bahawa "sesuatu di luar jangkaan" yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir itu bukan saja dalam bentuk tindakan politik yang aman, tetapi juga tetap tertakluk kepada undang-undang dan Perlembagaan?

Apakah "sesuatu di luar jangkaan" mesti berkaitan kekerasan atau mengganggu keselamatan saja? Bukankah ia juga mungkin sesuatu yang bersifat aman?

Kenapa dengan mudah, malah hampir semua perkara mahu digertak dengan penggunaan kuasa polis, siasatan dan tangkapan?

Mengapa tidak sudah-sudah mahu mengampu dan menggembirakan hati Najib?

Belum cukup lagikah dedak jawatan Timbalan Menteri yang dinikmati sekarang?

Apakah dengan "sikit-sikit polis, sikit-sikit menghasut"  ini menunjukkan pemimpin UMNO sudah kehilangan upaya untuk menjawab secara politik segala isu yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir mengenai Najib? 


Isu derma 2.6 Bilion: Jawab atau tidak?

Posted: 29 Mar 2016 05:16 AM PDT



 
Oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin


Segalanya bermula secara rasmi pada 16 Mac 2016. Soalan-soalan yang berkaitan dengan derma RM 2.6 billion tidak boleh lagi dijawab oleh kerajaan di dalam Dewan Rakyat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menyebut bahawa soalan-soalan itu tidak boleh lagi dijawab atas alasan perkara berkaitan telah difailkan di mahkamah.

 Badan Peguam Malaysia telah memfailkan satu permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Peguam Negara yang mengarahkan siasatan isu derma RM2.6 billion oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditutup sekaligus membersihkan dakwaan yang terpalit kepada Perdana Menteri, Najib Razak.

Beliau juga menyebut bahawa jika dijawab soalan-soalan itu akan berlakunya subjudis kepada proses mahkamah. Beliau merujuk kepada Perkara 23(1)(g) Aturan Mesyuarat, sesuatu soalan itu tidak boleh dikemukakan jika sudah di bawah pertimbangan mahkamah yang boleh merosakkan sesuatu pihak atau subjudis.

Kenyataan yang dibuat oleh Azalina telah menggoncangkan komuniti Dewan Rakyat khususnya barisan pembangkang. Kenyataan beliau dibahas dalam Parlimen oleh YB Gobind Singh Deo menyangkal kenyataan yang dibuat oleh Menteri Azalina dengan menegaskan permohonan semakan kehakiman belum lagi mendapat kebenaran daripada mahkamah. Maka beliau berhujah tidak timbul di sini isu subjudis kerana proses semakan kehakiman belum lagi berjalan.

Sebelum itu lagi, di awal sesi Parlimen kali ini, soalan saya berkenaan dengan isu RM 2.6 billion yang ditujukan kepada Najib Razak ditolak oleh urusetia Parlimen kononnya perlu ditujukan kepada menteriberkenaan. Soalan saya hanya ringkas sahaja. Bagaimana derma RM 2.6 Billion dipulangkan?

Apakah kaedah pemulangan termasuk kepada siapa dan bentuk pemulangan sama ada ia dibayar secara tunai. Bank mana yang digunakan Perdana Menteri dan apakah Bank Negara dimaklumkan berkaitan perkara itu. Bunyinya nampak senang dijawab dan hanya perlu satu jawapan yang jelas oleh Najib Razak.

Itupun soalan-soalan tersebut ditolak dan sehingga kini saya masih tidak dapat memahami mengapa soalan-soalan itu ditolak. Harus diingat tujuan soalan-soalan itu ditanya adalah untuk dijadikan rekod dalam Parlimen dan untuk dijadikan tatapan oleh rakyat jelata di luar sana.

Isunya sekarang ini adalah samaada menjawab soalan-soalan berkaitan derma RM2.6 billion adalah subjudis atau tidak?

Merujuk kepada Perkara 23(1)(g) Peraturan Mesyuarat Parlimen, telah disebutkan bahawa sesuatu soalan itu jika sudah di bawah pertimbangan mahkamah tidak boleh dibuat atau perkara yang subjudis kepada proses mahkamah. Namun, merujuk Perkara 36(2) aturan yang sama, hanya Tuan Yang Dipertua sahaja yang boleh menentukan sesuatu perkara itu adalah subjudis atau tidak.

Apakah terdapat pendirian Parlimen terdahulu yang membincangkan samaada perkara itu subjudis atau tidak? Jika subjudis, apakah Speaker pernah membuat satu ketetapan atau ruling membenarkan perkara itu dibincangkan dalam Dewan Rakyat.

Untuk menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan di atas, wajar kita merujuk dan membaca kembali Hansard Parlimen bertarikh 28 Oktober 1980 di mukasurat 4400-4403. Pada ketika itu, Ahli Parlimen Tanah Merah meminta Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada ketika itu, Allahyarham Tun Dr Syed Nasir Syed Ismail, untuk membuat satu ruling samaada perkara yang telah dibawa ke mahkamah adalah subjudis atau tidak.
Dalam memberikan ruling pada ketika itu, Tun Dr Syed Nasir telah menghuraikan dengan panjang lebar jika sesuatu perkara itu adalah subjudis. Pertama, beliau menjelaskan Perkara 36 (2) Peraturan Mesyuarat yang berbunyi:

"Tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah sekira-kira pada timbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan-kepentingan pihak yang berbicara itu."

Di bawah Peraturan Mesyuarat ini terbahagi kepada dua bahagian atau limb; iaitu satu berkenaan dengan subjudis dan satu lagi ialah perkara yang dikatakan "pada pertimbangan Pengerusi (baca Yang di-Pertua) harus merosakkan kepentingan-kepentingan pihak yang berbicara itu". Dalam menjelaskan maksud subjudice, beliau telah merujuk kepada kamus Dictionary of English Law oleh Jowitts, di mana kamus itu menjelaskan subjudice ialah di dalam perbicaraan atau "in the course of trial". Dalam kamus itu juga mengatakan, perbicaraan itu bermula dari masa sesuatu tuntutan itu difail atau dikemukakan di mahkamah.

Kemudian, beliau menjelaskan pula, bahagian kedua atau second limb yang menyatakan "sekira-kira pada timbangan Yang di-Pertua harus merosakkan kepentingan-kepentingan pihak yang berbicara itu". Dalam membuat pertimbangan beliau sebagai Pengerusi Mesyuarat, beliau telah membuat rujukan kepada beberapa buah buku berkaitan dengan perkara yang penerbitan yang ada kaitan dan hubungannya dengan masalah atau perkara yang dihadapan kita yang dipertanyakan tadi, iaitu saya rujukkan kepada '"The Law Reports 1974″ iaitu rayuan pembicaraan Peguam Negara Britain melawan The Times News Papers dalam tahun 1974, the Weekly Law Reports 1969 Volume I (rayuan pembicaraan Thomson melawan Times News Papers Ltd) dan satu yang lain, the Weekly Law Reports 1974 (rayuan pembicaraan Moir melawan Walfersteiner dan Iain-lain) dan juga Erskine May iaitu Edisi atau Cetakan Kesembilan belas.

Masalah yang dibincangkan pada ketika itu ialah pertikaian di bawah timbangan Mahkamah sekarang ini adalah tuduhan di atas amalan curang (malpractice) oleh Syarikat Esso mengenai pengeluaran minyak yang secara berlebihan. Dalam erti kata lain, satu saman telah difailkan oleh Esso Malaysia terhadap YB Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Petaling pada ketika itu, atas tuduhan Esso Malaysia menghasilkan minyak secara berlebihan pada kadar 25000 tong lebih berbanding 35000 tong satu hari sebagaimana termaktub dalam perjanjian yang dimeterai antara Esso Malaysia dan PETRONAS di pelantar minyak Tapis A, luar pesisiran pantai Terengganu. Akibat daripada pengeluaran hasil minyak secara berlebihan, Kit Siang berkata bahawa Malaysia akan menanggung rugi sebanyak RM806 juta setahun.

Pada hemat Tun Syed Nasir, minyak merupakan satu bahan penting yang telah meningkat menjadi hasil utama negara. Oleh yang demikian, perkara ini mempunyai kepentingan negara dan ekonomi negara. Beliau menambah kepentingan negara mengatasi segala kepentingan yang lain.

Justeru itu, ternyata perkara di atas telah menjadi pertimbangan di dalam mahkamah dan tidak syak lagi ia adalah subjudis. Namun, atas nama kepentingan negara dan ekonomi, Tun Syed Nasir telah membuat ruling membenarkan perkara di atas dibincangkan dalam Dewan Rakyat.

Jika dibandingkan perkara yang dibincangkan pada ketika itu dengan derma RM 2.6 billion, ibaratnya sama. Kedua-duanya mempunyai persamaan yang sama melibatkan kepentingan negara dan ekonomi.

Semestinya, isu derma RM 2.6 billion melibatkan kepentingan negara dan ekonomi. Imej dan integrity Perdana Menteri merupakan kepentingan negara kerana kedua-duanya adalah cerminan kepada kepimpinan dan keupayaan pentadbiran negara. Melihat daripada perspektif kepentingan ekonomi, kegagalan menyelesaikan masalah isu derma RM 2.6 billion akan menyebabkan pelbagai masalah kepada ekonomi. Buktinya sudah terjadi.

 Kejatuhan wang ringgit berbanding Dolar Amerika ke paras terendah dalam tempoh 18 tahun sejak 1997. Selain itu, jika tidak ditangani secara bijaksana, keyakinan pelabur akan terus terhakis. Tambahan pula, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pernah member amaran jika tidak dapat diselesaikan maka akan member masalah kepada ekonomi.

Sekali lagi dalam ucapannya di dalam Hansard Parlimen bertarikh 28 Oktober 1980, Tun Syed Nasir berkata demikian, "Bagi seorang rakyat biasa jika ada tuduhan amalan curang seumpama ini bolehlah rakyat itu mengadu kepada polis atau kepada pihak BSN (Biro Siasatan Negara) (kini SPRM) tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat ini adalah Ahli Parlimen dan Dewan yang mulia ini dianggotai oleh Ahli-ahli yang dipilih oleh rakyat di dalam pilihanraya yang sah, Pilihan Raya Umum.

Maka pada pendapat saya di sinilah forum yang sebaik-baiknya dan forum yang selayaknya untuk membincangkan dan memberi kenyataan dan keterangan di dalam sesuatu perkara yang penting seperti ini." Jelas di sini menunjukkan adalah menjadi tanggungjawab Dewan Rakyat membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan kepentingan negara dan ekonomi.

Kesimpulannya, berdasarkan penjelasan yang diberikan di atas, berlandaskan pendirian Parlimen terdahulu, maka adalah wajar soalan-soalan isu derma RM 2.6 billion dijawab dalam Dewan Rakyat.
Kegagalan menjawab soalan ini akan hanya menyebabkan usaha mereformasikan institusi Parlimen akan hanya tinggal slogan semata-mata. Ubat itu pahit tetapi penting untuk menyembuhkan penyakit.

* Shamsul Iskandar Mohd Akin merupakan Ahli Parlimen Bukit Katil dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat

Pemerintah Mesti Had Hantaran

Posted: 29 Mar 2016 05:08 AM PDT


 
Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Isu pergaduhan besar kerana wang hantaran tidak cukup, rasanya sudah sampai masanya mufti-mufti keluarkan fatwa khusus untuk hadkan jumlah hantaran. Hantaran bukan mahar. Justeru pemerintah boleh kenakan peraturan ke atas jumlah hantaran yang merepek.

2) Akibat mufti asyik bertekak hal-hal khilafiyyah, umat terbiar dengan amalan merapu tersebut. Bukan saja amalan hantaran tinggi itu merapu dan merepek, malah bangga pula dengan jumlah hantaran tinggi tersebut. Paling memalukan, terjadinya pergaduhan dan menjadi viral. Memalukan umat dan agama kita sendiri.

3) Semua orang sudah sedia maklum, wang hantaran yang tinggi tidak akan membahagiakan pasangan yang berkahwin. Malah mereka bakal berdepan dengan kesukaran untuk meneruskan perkahwinan mereka kelak. Maka ia perlu dihadkan, tak kiralah keluarga mereka kaya atau miskin. Kalau terlajak kaya sekali pun, guna duit itu untuk hal kemandirian rumah tangga, bukan merepek untuk berlagak di hari perkahwinan.

4) Sudah cukup teguran dan sindiran ustaz-ustaz dan penceramah dalam kuliyah-kuliyah mereka. Hari ini teguran-teguran itu mesti di undang-undangkan. Bukan untuk mengganggu hak umat, bukan untuk membuat bida'ah hasanah atau dholalah. Ia adalah bertujuan menjaga umat.

Sekian

p/s: kata orang, jika mahu hantaran tinggi, kahwinlah dengan pemain bola sepak, bukan pengawal keselamatan, bukan juga doktor perubatan.

Pegawai masjid kesal insiden pergaduhan pengantin

Posted: 29 Mar 2016 05:04 AM PDT

Shakira Buang  




Naqib Masjid Jamek Al Khadijiah di Pantai Dalam Kuala Lumpur kesal dengan insiden pergaduhan melibatkan dua keluarga pengantin yang menjadi viral di laman sosial baru baru ini.

Shahril Abd Samat selaku pentadbir masjid berkenaan berkata kejadian pergaduhan itu tidak sepatutnya berlaku di kawasan masjid yang seharusnya dipelihara kesuciannya.

"Tak ada orang nak marah kalau tak buat (akad nikah) di masjid. Tapi kalau tak jaga adab dan akhlak dekat rumah pun orang marah inikan pula dalam rumah Allah.

"Saya sebagai pentadbir masjid memang kita tak berkenanlah dengan perkara sebegini," katanya kepada Malaysiakini.

Menceritakan kejadian itu, Shahril yang kebetulan berada di pejabat masjid berkenaan berkata beliau terdengar kekecohan sebelum bergegas bagi melihat keadaan.

Bagaimanapun beliau tidak pasti apa punca sebenar pergaduhan melibatkan dua keluarga berkenaan.

"Susah nak cakap apa punca pergaduhan itu sebab saya tak terlibat secara langsung. Saya pun hanya bertanggungjawab meleraikan pergaduhan dan pergelutan waktu itu supaya mereka beredar sebab kita tak nak ada pergaduhan berlaku.

"Tak sepatutnya majlis yang baik jadi tak baik," kata Shahril.

Media sebelum ini melaporkan pengantin lelaki berkenaan yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan ditumbuk ahli keluarga wanita terbabit dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang.

Mangsa dilapor ditumbuk selepas mahu beredar kerana tidak dibenarkan meneruskan majlis akad nikah gara-gara tidak menyediakan wang hantaran mencukupi sebanyak RM15,000.

Memetik laporan Kosmo, ahli keluarga mangsa sebelum ini sudah bersetuju membayar jumlah hantaran RM15,000 dengan bayaran secara ansuran sebanyak RM10,000 sebelum majlis perkahwinan, manakala baki dibayar selepas itu.

Namun ekoran gagal menyediakan jumlah wang hantaran secukupnya, keadaan di perkarangan masjid bertukar kecoh dengan aksi memaki hamun dan pergelutan antara kedua-dua ahli keluarga berkenaan.

Jatuhkan imej Islam

Mengulas lanjut Sharil berkata pada kebiasaannya masjid akan dijadikan tempat majlis akad nikah manakala acara pertunangan dibuat di rumah.

Namun, berbeza dengan pasangan ini apabila mereka memilih untuk bertunang dan mahu terus melangsungkan akad nikah di masjid.

"Sebab bila dalam majlis pertunangan itu ada perbincangan dari sudut hantaran, perjanjian dan sebagainya.

"Tetapi pasangan ini lepas bertunang terus nak akad nikah. Itu yang berlaku (pergaduhan) bila keputusan dibuat di saat-saat akhir," ujarnya.

Kata Shahril lagi, tidak ada masalah bagi mana-mana pihak berbincang mengenai wang hantaran namun adalah penting untuk menjaga adab, apatah lagi berlaku di kawasan masjid.

"Kesan dia besar dan pandangan bukan Islam mungkin jatuhlah (imej Islam) sebab perkara ini berlaku di masjid.

"Kadang-kadang kita ini lebih utamakan adat tapi dalam meraikan adat, adab tidak dijaga. Jadi kesan dia besarlah," kata Shahril yang mengakui nama masjid itu semakin dikenali gara-gara kejadian itu.

Justeru Shahril yang mengakui pertama kali berdepan situasi seperti itu meminta semua pihak agar lebih sensitif dalam isu menjaga akhlak di rumah Allah ini.

"Kalau rasa tak boleh jaga akhlak tak datang masjid pun tak apa," tegas Shahril.

Lihat dua lelaki bertumbuk

Sementara itu, saksi kejadian Cik Nurfarahim Mohd Sa'ri, 26 berkata beliau berada di pejabat masjid sebelum dua lelaki bertengkar hingga menyebabkan kerosakan pada kerusi simen dan kereta rombongan pengantin yang terletak di perkarangan masjid.

"Sebelum mereka bergaduh, saya terdengar ada pertengkaran antara kedua belah keluarga namun tidak dapat sahkan apakah ia melibatkan wang hantaran sehingga mereka membatalkan sesi akad nikah sebab berlaku salah faham.

"Tidak lama kemudian saya melihat dua lelaki bertumbuk di luar sebelum dileraikan orang ramai," katanya ketika ditemui di masjid berkenaan.

Sementara itu Hussien Jaabar, 55, peniaga kafe di perkarangan masjid itu turut menyatakan kesal atas insiden berkenaan.

"Mereka mesti tahu ini kawasan masjid dan perkara ini boleh dibawa berbincang. Setakat nak bayar (baki hantaran) bila-bila masa sekalipin ia boleh dibincangkan kedua-dua pihak.

"Tapi, ini semua takdir dan mungkin ada pengajaran yang kita sendiri tak tahu," tambah Hussien.

Malaysiakini difahamkan majlis kenduri pihak perempuan tetap berlangsung di PPR Kampung Limau namun hanya sebagai majlis kenduri kesyukuran.

Sementara itu, cubaan untuk menghubungi pihak lelaki bagi mendapatkan penjelasan tidak berhasil.

Bagaimanapun pihak pengantin lelaki dikatakan sudah membuat laporan polis di Balai Polis Pantai berhubung kejadian itu.


Deklarasi Rakyat sebagai semboyan masa depan

Posted: 29 Mar 2016 04:57 AM PDT

Hasmi Hashim

 


ULASAN Kongres Rakyat yang berlangsung di Shah Alam pada Ahad lalu adalah kongres luar biasa dan tidak pernah berlaku sama ada sebelum dan selepas kemerdekaan Malaysia.

Buat pertama kali, para pemimpin daripada segenap jalur politik termasuk tokoh-tokoh daripada parti pembangkang, kerajaan, NGO, kumpulan anak muda dan mahasiswa dapat berhimpun bersama secara setara.

Tujuannya hanya satu iaitu mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meletakkan jawatan. Melepaskannya dengan segera.

Dapat dirasakan bahawa sejak detik itu, politik Malaysia sudah tidak akan sama lagi. Mantan timbalan perdana menteri yang disingkirkan daripada kabinet pada Julai tahun lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebutkan bahawa politik Malaysia kini sudah bersedia untuk menerima "politik matang".

Beliau tidak pernah menyangka yang beliau boleh duduk bersebelahan dengan tokoh pembangkang, Lim Kit Siang. Rakyat tidak pernah membayangkan pemimpin daripada semua parti boleh bersatu hati.

Ramai pemimpin yang berucap menyuarakan nada keinsafan yang sama iaitu politik tetek-bengek, ego, dendam dan perbezaan ideologi harus diketepikan. Konsensus dicapai. Usaha menyelamatkan Malaysia secara besar-besaran harus segera digerakkan.

Skandal 1MDB yang mencecah lebih RM42 bilion, wang RM2.6 bilion yang masuk ke akuan peribadi PM Najib, media yang ditekan dan dibredel, kes pembunuhan individu berprofil tinggi dan campur tangan ke dalam institusi-institusi kerajaan telah meletakkan Malaysia di ambang sebuah negara gagal.

Para tokoh di pentas kongres juga mengakui, semua kebejatan itu telah memberi kesan kepada realiti ekonomi negara. Nilai ringgit jatuh ke paras terburuk, imej negara di mata dunia rosak binasa dan dasar-dasar kerajaan seperti pelaksanaan GST serta menandatangi TPPA hanya menambahkan beban hidup rakyat.

Oleh itu, Semua kerosakan itu akan hanya dapat diselesaikan apabila PM Najib dilengserkan. Melengserkan PM Najib adalah satu permulaan kepada sebuah Malaysia yang baru.

Blok 'pemakan dedak'

Sejak Deklarasi Rakyat dilancarkan pada 4 Mac lalu, blok yang menyokong kepimpinan PM Najib menggunakan pelbagai helah untuk mengelirukan rakyat. Blok itu juga bukan hanya terdiri di kalangan orang Umno-BN sahaja, tetapi juga golongan "pemakan dedak" daripada pelbagai kumpulan.

Melalui media yang dikuasai mereka, Deklarasi Rakyat cuba dimomok-momokkan sebagai "Deklarasi Tun Mahathir-Kit Siang". Bahkan, selepas kongres tempoh hari media perdana mulai memutarkan cerita kononnya deklarasi berkenaan bertujuan menjadikan anak Tun Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai PM.

Dalam masa sama, wujud juga golongan dan individu yang berkepentingan cuba menimbulkan syak wasangka.

Disebutkan bahawa menggantikan PM harus hanya melalui pilihanraya atau melabel Deklarasi Rakyat sebagai "elitis" dan tidak serta mengabaikan cita-cita untuk melakukan reformasi institusi yang lebih menyeluruh. Kata-kata nista begitu hanya berpenghujung demi memanjang kuasa atau memenangkan rejim PM Najib.

Kenyataan yang hendak disembunyikan ialah, sejak Malaysia merdeka hampir 60 tahun lalu, belum pernah wujud sebuah deklarasi yang melibatkan partisipasi sekian rakyat jelata. Biasanya sesebuah deklarasi hanya dibacakan oleh pemimpin tertentu di atas pentas ceramah atau ditandatangani di kalangan pemimpin tertinggi parti politik sahaja.

Ramai masih ingat bagaimana "Deklarasi Kuching" pada 16 September 2012 yang dimeterai di Sarawak, hanya ditandatangani oleh tiga pemimpin tertinggi parti oposisi iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Hadi Awang dan Lim Kit Siang sahaja.

Kandungan deklarasi itu juga tidak diketahui ramai rakyat Malaysia sama ada di Sarawak, Sabah mahupun di Semenanjung. Mungkin kerana itu, deklarasi sebegitu dilihat sebagai tidak demokratik dan tidak melalui piawaian demokrasi.

Berbeza dengan Deklarasi Rakyat, ia memerlukan tandatangan seramai mungkin rakyat Malaysia. Setiap yang menandatangani Deklarasi Rakyat juga diwajibkan menulis nama dan nombor kad pengenalan masing-masing sebagai tanda sokongan yang sedar dan tulen.

Setiap seorang juga diberikan salinan untuk dibaca setiap butirannya dan bagi membolehkan rakyat benar-benar faham kemelut yang sedang dihadapi Malaysia. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Deklarasi Rakyat adalah persis sebuah "pungutan suara" yang melalui setiap proses demokrasi apabila melibatkan rakyat terbanyak.

Di dalam dewan tempoh hari...

Desakan untuk memastikan PM Najib meletakkan jawatan atau dilengserkan adalah penting bagi membolehkan pelan pembaikan Malaysia dapat dilaksanakan sebagai langkah seterusnya.

Proses itu jugalah nantinya akan melibatkan tiap-tiap usaha reformasi institusi termasuklah membaiki sistem pilihanraya agar bersih dan adil, memastikan tidak wujud campur tangan dalam sistem kehakiman, mengembalikan profesionalisme badan-badan kerajaan seperti Polis, SPRM, jabatan peguam negara dan lain-lain.

Malaysia harus segera kembali diletakkan sebagai negara yang berdaulat dengan Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara demi memulihkan prinsip "rule of law" serta penghayatan terhadap Rukun Negara.

Semua perkara pokok ini sesungguhnya telah disebutkan dengan jelas nyata oleh tokoh-tokoh yang berucap di pentas Selamatkan Malaysia tempoh hari.

Bahkan semua prinsip utama itu juga merupakan cita-cita yang diperjuangkan oleh para pejuang reformasi, terutama kepada mereka yang melalui perit getir perjuangan sejak 1998. Sekiranya para penggerak Reformasi 1998 benar-benar mempunyai semangat perubahan, mereka tentulah tidak berasa berjauh hati.

Begitu juga kepada pejuang kebebasan, keadilan dan demokrasi, mereka sewajarnya merasa bangga apabila laungan sekian lama kini diterima bukan sahaja oleh tokoh seperti Dr Mahathir, bahkan ramai di kalangan ramai orang-orang Umno dan BN itu sendiri.

Di dalam dewan Shah Alam Convenstion Center (SACC) tempoh hari, saya dapat merasakan senyuman insan-insan aktivis reformasi yang hadir adalah senyuman yang berbangga terhadap perjuangan mereka nan sekian lama telah pun berputik. Perih getir belasan tahun sesungguhnya tidak sia-sia.

Tekad membawa perubahan, menegakkan keadilan dan kebenaran tentu akhirnya lebih tinggi daripada keghairahan cita-cita politik peribadi. Kita juga telah melihat bagaimana begitu banyak konflik sama ada di negara-negara Timur Tengah, India, Latin Amerika dan Afrika merebak menjadi perang saudara apabila dendam atau ego individu dan kelompok tidak dapat dipadamkan. Ketika itu, nyawa rakyat melayang setiap hari. Tangisan terdengar siang dan malam.

Kita bersyukur apabila pertembungan politik di negara ini tidak sampai mengheret rakyat ke lembah konflik dan perang. Inilah kelebihan Malaysia! Lebih menyenangkan apabila semboyan untuk menyelamatkan negara dikumandangkan, rakyat tanpa mengira bangsa keturunan akan bersatu bahu-membahu.

Menandatangani Deklarasi Rakyat adalah satu usaha ke arah itu. Malaysia masih boleh diselamatkan kerana negara kita, tanggungjawab kita.

HASMI HASHIM atau Budi Hekayat seorang penulis lirik dan otai Jalantelawi.


Wartawan Australia berdepan tindakan jika kembali ke Malaysia

Posted: 29 Mar 2016 04:53 AM PDT

Zikri Kamarulzaman

 


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kerajaan boleh bertindak berhubung laporan kritikal Four Corners, terbitan Australian Broadcasting Corporation (ABC) ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Ini membuktikan bahawa mereka datang ke sini untuk mempersoalkan perdana menteri atas kapasiti sebagai wartawan tetapi tidak mendapat permit.

"Jadi selepas ini, kita akan ambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Apabila ditanya apa tindakan itu, beliau menjawab: "Jika mereka datang ke sini, kita akan membuat keputusan. Biar mereka datang dulu."

Mengenai sama ada mereka akan diusir pulang, Nur Jazlan berkata ia terpulang kepada Jabatan Imigresen tetapi terdapat alasan yang baik bagi berbuat demikian.

Wartawan Four Corners, Linton Besser dan pengendali kamera Louie Eroglu sebelum ini ditahan dan dihantar pulang semasa penggambaran dokumentari itu awal bulan ini.

Mereka cuba mengemukakan soalan mengenai aliran tunai ke dalam akaun Najib.

Semalam, ABC menyiarkan dokumentari yang mendakwa wartawan mereka telah ditunjukkan butiran akaun Najib oleh 'sumber pada peringkat tinggi' yang tidak dinamakan.

Dokumentari bertajuk 'State of Fear: Murder and Money in Malaysia' juga mendakwa bahawa rakyat negara ini hidup dalam ketakutan akan ditangkap.

Nur Jazlan menolak dakwaan itu dan berkata ia sebagai usaha untuk mencemarkan imej Malaysia.

Tarif air di Selangor kekal

Posted: 29 Mar 2016 04:32 AM PDT

BERNAMA




Selangor tidak menurunkan tarif air walaupun pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri itu hampir dua penggal.

Sebaliknya, Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) berkata kerajaan negeri mengekalkan kadar tarif sedia ada.

"Mengenai penurunan kadar tarif air, kami berjaya ambil alih pentadbiran negeri ini, kita kekalkan (kadar tarif air)," katanya ketika membahaskan titah ucapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam hari ini.

Ng berkata demikian ketika menjawab celahan Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) yang bertanyakan sama ada kerajaan negeri akan menurunkan kadar tarif air selepas mengambil alih pengurusan air di negeri itu.

Sejak Oktober lepas, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Puncak Niaga Sdn Bhd sebagai syarikat penyedia perkhidmatan bekalan air kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita di lobi DUN, Sulaiman berkata kerajaan negeri sepatutnya membuktikan kepada rakyat bahawa mereka boleh mengurangkan kadar tarif air selepas mengambil alih pengurusan air di Selangor.

"Dahulu ketika nak buat penstrukturan semula air, saya masih ingat kerajaan negeri beri alasan nak dapatkan bekalan air lebih berkualiti dan harga berpatutan.

"Sepatutnya bila dah ambil alih (pengurusan air) mereka kena tunjuk pada rakyat paling kurang satu atau dua sen dikurangkan untuk tarif air. Mereka

sebenarnya ambil alih (pengurusan air) bukan untuk tujuan berkenaan tetapi lebih kepada tujuan politik," katanya.-Bernama


Keadaan Haron Din stabil hari ini

Posted: 29 Mar 2016 04:25 AM PDT

Haron Din
Haron Din
 
 
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din dilaporkan berada dalam keadaan serius setelah menjalani rawatan angioram dan angioplasty di Institut Jantung negara (IJN) semalam.

Anak beliau, Dr Huda Haron dalam satu kenyataan berkata, keadaan itu menyebabkan bapanya dimasukkan ke wad Unit Rawatan Koronari (CCU) untuk rawatan dan pemerhatian.

Sementara itu, Exco Pemuda Pas, Nurul Islam Muhamed Yusoff berkata, keadaan Haron dilaporkan stabil pada hari ini.

Selasa lalu, Haron dimasukkan ke IJN selepas mengadu mengalami sakit dada.

Beliau sebelum ini pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Stanford, San Francisco Amerika Syarikat (AS) pada 2 April 2012.


Isu Uber, GrabCar: Pemandu teksi tak wajar mogok

Posted: 29 Mar 2016 04:21 AM PDT

SINAR HARIAN


Isu Uber, GrabCar: Pemandu teksi tak wajar mogok
Gambar himpunan pemandu teksi di Bukit Bintang yang tersebar di media sosial, hari ini.


KUALA LUMPUR - Pemandu teksi tidak sepatutnya membuat kesimpulan sendiri bahawa kerajaan telah meluluskan perkhidmatan Uber dan GrabCar seterusnya melakukan mogok berhubung perkara itu, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Beliau berkata, kerajaan masih belum membuat keputusan muktamad berhubung perkhidmatan Uber dan GrabCar.

"Pemandu teksi tidak wajar membuat mogok di tempat umum kerana kerajaan belum membuat sebarang keputusan dan sudah pasti kita (kerajaan) akan berbincang dengan persatuan teksi sebelum membuat keputusan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu teksi mogok, KL sesak]

"Pemandu teksi tidak tahu apa kaedah yang dibuat kerajaan, jadi mereka tidak boleh membuat konklusi," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan sekumpulan pemandu teksi yang melakukan mogok berhampiran Pavilion, Bukit Bintang, di sini hari ini kerana membantah Uber dan GrabCar yang didakwa menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Abdul Aziz berkata beliau telah berjumpa dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan meminta suruhanjaya itu menjelaskan kepada semua pemilik teksi mengenai transformasi teksi yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan. - Bernama


DAP mahu KJ jawab isu dana RM19 juta pula NIZAM ZAIN 29 Mac 2016 0 Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin. - Foto Bernama KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar diminta menjelaskan isu penyaluran dana kementeriannya berjumlah RM19 juta kepada sebuah NGO India. Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata, belum pun isu rasuah lebih RM100 juta selesai, kini timbul pula pemberian dana kepada NGO yang dikuasai oleh MIC. Beliau berkata, pemberian dana itu timbul selepas pertanyaan lisan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar dan diakui KBS sendiri menerusi jawapan Parlimen pada 8 Mac lalu. "Sivakumar bertanyakan tentang sejauh mana efektifnya program pertanian fertigasi cili yang dikendalikan oleh Yayasan Gerakan Afirmatif Baru (NAAM). "Pemberian dana kerajaan kepada NGO yang dikawal oleh sebuah parti politik adalah tidak boleh diterima dan tidak beretika," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini. Khairy dalam jawapan lisan Parlimen pada 8 Mac lalu menyatakan bahawa Yayasan NAAM telah menerima sebanyak RM19 juta daripada pihak kerajaan bagi menjayakan projek tanaman cili bagi meningkatkan ekonomi belia India. Beliau juga berkata, seramai 129 belia India berjaya memulakan projek pertanian tersebut dengan pendapatan sekitar RM4,000 hingga RM10,000 sebulan. Kian Ming juga mendesak Khairy supaya memberi jaminan bahawa dana kepada NGO India itu tidak disalahgunakan untuk tujuan lain Sementara itu, Sivakumar menegaskan, pemberian dana tersebut semakin dicurigai apabila NGO itu dipengerusikan sendiri oleh pemimpin MIC yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan. "Saya berbesar hati jika kerajaan mahu beri bantuan kewangan ini kepada golongan belia India. Namun wang tersebut benar-benar dimanfaatkan sepenuhnya kita belum tahu lagi," katanya lagi.

Posted: 29 Mar 2016 04:19 AM PDT

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar diminta menjelaskan isu penyaluran dana kementeriannya berjumlah RM19 juta kepada sebuah NGO India.

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata, belum pun isu rasuah lebih RM100 juta selesai, kini timbul pula pemberian dana kepada NGO yang dikuasai oleh MIC.

Beliau berkata, pemberian dana itu timbul selepas pertanyaan lisan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar dan diakui KBS sendiri menerusi jawapan Parlimen pada 8 Mac lalu.

"Sivakumar bertanyakan tentang sejauh mana efektifnya program pertanian fertigasi cili yang dikendalikan oleh Yayasan Gerakan Afirmatif Baru (NAAM).

"Pemberian dana kerajaan kepada NGO yang dikawal oleh sebuah parti politik adalah tidak boleh diterima dan tidak beretika," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Khairy dalam jawapan lisan Parlimen pada 8 Mac lalu menyatakan bahawa Yayasan NAAM telah menerima sebanyak RM19 juta daripada pihak kerajaan bagi menjayakan projek tanaman cili bagi meningkatkan ekonomi belia India.

Beliau juga berkata, seramai 129 belia India berjaya memulakan projek pertanian tersebut dengan pendapatan sekitar RM4,000 hingga RM10,000 sebulan.

Kian Ming juga mendesak Khairy supaya memberi jaminan bahawa dana kepada NGO India itu tidak disalahgunakan untuk tujuan lain

Sementara itu, Sivakumar menegaskan, pemberian dana tersebut semakin dicurigai apabila NGO itu dipengerusikan sendiri oleh pemimpin MIC yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan.

"Saya berbesar hati jika kerajaan mahu beri bantuan kewangan ini kepada golongan belia India. Namun wang tersebut benar-benar dimanfaatkan sepenuhnya kita belum tahu lagi," katanya lagi.

Kanak-kanak hilang pulang dengan patung harimau

Posted: 29 Mar 2016 04:14 AM PDT

BERNAMA




Selepas hilang lebih 24 jam, seorang kanak-kanak yang dipercayai dilarikan berhampiran Bangunan Mara di Plaza Astana dekat Kuching semalam dikembalikan kepada keluarganya petang tadi.

Nenek kepada Haiqal Hakimi Suhini, 7, Ubai Mohammad, 56, berkata cucunya dikembalikan ke rumahnya di Kampung Tupong Ulu Baru oleh seorang lelaki yang menaiki motosikal.

"Dalam pukul 2 atau tiga petang tadi, masa mak cik sedang melipat baju, lelaki itu datang menghantar cucu mak cik. Mak cik rasa sangat gembira.

"Lelaki tu cakap dia jumpa cucu mak cik di tepi jalan dan bawa dia pulang ke rumahnya. Mak cik amat bersyukur cucu mak cik selamat. Terima kasih juga kepada semua yang tolong mencari termasuk polis dan orang ramai," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata cucunya memaklumkan semasa berada di rumah lelaki tersebut, dia dijaga dengan baik dan turut diberi main permainan video.

"Masa serahkan cucu mak cik tadi, lelaki itu ada bagi beberapa helai pakaian dan satu patung harimau," kata Ubai.

Sementara itu bapa Haiqal Hakimi, Suhini Abdullah, 36, yang tiada di rumah semasa lelaki tersebut menghantar anaknya turut menyatakan kesyukuran.

Beberapa anggota polis turut berada di rumah keluarga itu sebelum membawa Haiqal Hakimi bersama bapa dan ibunya ke hospital untuk melakukan pemeriksaan.

Seorang jiran yang enggan dikenali memberitahu lelaki berkenaan berada kira-kira 10 minit sebelum beredar dari situ.

"Saya dan beberapa jiran kemudiannya memeriksa jika ada sebarang kecederaan pada fizikal Haiqal Hakimi tetapi semuanya okey," katanya.

Kanak-kanak tersebut dilapor dilarikan ketika bermain di hadapan rumah neneknya di Jalan Astana oleh seorang wanita yang kemudiannya dilihat menyerahkan pula kanak-kanak itu kepada lelaki tersebut.
- Bernama


Tiada rakyat Malaysia jadi penumpang, anak kapal EgyptAir

Posted: 29 Mar 2016 04:11 AM PDT

BERNAMA




Tiada rakyat Malaysia dikenal pasti menjadi penumpang atau anak kapal Penerbangan MS181 EgyptAir, yang dirampas awal hari ini.

Jurucakap Kementerian Luar Malaysia berkata perkara itu disahkan melalui pemeriksaan terhadap daftar muatan pesawat berkenaan.

"Menurut daftar muatan penerbangan, tiada rakyat Malaysia dikenal pasti setakat ini," katanya apabila dihubungi.

Pesawat Airbus MS181 itu dirampas ketika dalam penerbangan dari Iskandariah ke Kaherah.

Pesawat yang membawa 81 penumpang dan anak kapal itu dipaksa melencong ke Lapangan Terbang Larnaca di pantai selatan Cyprus.

Menurut kenyataan rasmi EgyptAir, seorang daripada penumpang, yang memakai tali pinggang bunuh diri, mengancam pegawai pemerintah, hanya dikenali sebagai 'Pilot Omar', dan memintanya melencongkan pesawat itu ke Cyprus.

Sementara itu, dalam tweet terbarunya, syarikat penerbangan berkenaan berkata rundingan dengan perampas membawa kepada pembebasan semua penumpang, kecuali anak kapal dan empat rakyat asing.


Portal pro-Najib: Four Corners papar pemabuk, penipu, nyanyuk

Posted: 29 Mar 2016 04:08 AM PDT

MALAYSIAKINI




Sebuah portal Umno yang adalah penyokong tegar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak , menafikan dokumentari Australia Four Corners bertajuk State of Fear: Pembunuhan dan Wang di Malaysia.

Mykmu.net mendakwa program 44 minit itu memaprkan watak-watak yang mental tidak stabil, penipu, pemabuk dan orang nyanyuk.

Portal itu juga menganggapnya sebagai "filem cereka pendek" dan bukannya dokumentari kerana dokumentari harus mengandungi bukti dan analisis berdasarkan bukti.

"Filem pendek ini bermula dengan footage menunjukkan kebiadapan Linton Besser menerjah acara perdana menteri bersama rakyat hanya untuk bertanya mengenai akaun beliau yang sedang disiasat.

"Wartawan ini tidak menunggu sidang media tetapi menahan perdana menteri di tengah jalan seolah-olah mereka masih penjajah negara ini.

"Linton Besser perlu sedar bahawa Najib adalah perdana menteri bukan pemilik bar di Australia yang bersusur galurkan banduan England.

"Perdana Menteri Malaysia sentiasa terbuka kepada soalan dalam sidang media tapi bukan dengan cara menyergah beliau di tengah jalan," katanya.

Bagi "filem pendek" Four Corners itu, Mykmu berkata ia tidak lebih daripada sebuah naratif politik yang menggabungkan sudut pandangan beberapa orang yang mempunyai agenda menentang perdana menteri dan digabungkan secara kreatif dengan isu-isu semasa.

Antaranya, seperti pembunuhan pendakwaraya Kevin Morais, pembunuhan bekas pengasas AmBank, jumlah wang dalam akaun peribadi Najib di Ambank dan pembunuhan Altantuya Sharibu.

Portal Umno ini juga memberi penerangan tambahan berhubung individu yang ditemubual seperti Charles Morais yang dakwanya "mempunyai banyak hutang di Amerika Syarikat dan sanggup berkata apa sahaja demi duit."

Charles, seorang pemilik hotel yang berpangkalan di Atlanta adalah abang Kevin. Beliau mencetuskan kekecohan dengan akuan bersumpah dan mendakwa mempunyai pen drive yang menympan bukti. Beliau bagaimanapun kini tidak dapat dikesan oleh media.

Mykmu menggambarkan pengasas Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown yang turut ditemuramah, sebagai seorang yang dibayar berjuta ringgit oleh sebuah yayasan di luar negara.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menurut portal itu adalah "hampir nyanyuk tapi masih mahu menjatuhkan Najib".

Zaid Ibrahim pula disebut sebagai bekas penyokong Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang kemudian disingkirkan dari Umno dan mendesak Yang di-Pertuan Agong agar tidak melantik Najib sebagai perdana menteri.

"Apabila diletakkan antagonis-antagonis seperti ini dalam cereka pendek tajaan ABC tentulah kita akan mendapat satu soap opera politik Malaysia," katanya.

Dalam dokumentari yang disiarkan semalam, Four Corners membentangkan apa yang diakui sebagai butiran akaun bank peribadi perdana menteri.

Menurut program itu, kru penerbitannya ditunjukkan dokumen bank oleh 'sumber peringkat tertinggi' yang tidak dinamakan.


ABC dedah surat putera Arab Saudi pada Najib

Posted: 29 Mar 2016 03:57 AM PDT

MALAYSIAKINI




Seorang putera Arab Saudi memberikan AS$375 juta kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk dibelanjakan mengikut pertimbangannya sendiri, menurut surat dikatakan daripada Puteri Saud Abdulaziz Majid.

Surat bertarikh 1 November 2011 itu menyebut "hadiah" itu diberikan sebagai penghargaan terhadap kerja-kerja dilakukannya dalam "mentadbir Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Islam".

Surat itu juga membangkitkan cadangan Najib membentuk Pergerakan Kesederhanaan Global bagi menangani isu keganasan antarabangsa.

"Kamu diberikan budi bicara penuh untuk menentukan bagaimana hadiah ini patut digunakan dan saya yakin tindakan kamu akan terus mempromosikan Islam supaya terus berkembang," menurut surat itu.

Surat itu juga menyebut pemberian itu sebagai cara putera itu menyumbang ke arah perkembangan Islam di seluruh dunia.

Surat dikatakan daripada Puteri Saud Abdul Aziz Majid itu disiarkan semula oleh Australian Broadcasting Corporation (ABC).

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur bagi mendapatkan ulasan mereka.

Sekumpulan pemandu teksi lancar mogok di Bukit Bintang [TONTON VIDEO]

Posted: 29 Mar 2016 03:54 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Sekumpulan pemandu teksi pada Selasa melancarkan mogok di Bukit Bintang bagi membantah perkhidmatan Uber dan GrabCar.
 
Protes di Jalan Bukit Bintang berhadapan Hotel Grand Millennium dan berdekatan pusat membeli-belah Fahrenheit 88 dan Pavilion itu mengakibatkan kesesakan teruk.
 
 
Bantahan yang bermula kira-kira pukul 11 pagi itu dibuat oleh puluhan pemandu teksi yang sengaja menutup Jalan Bukit Bintang.
 
Menurut The Star Online, pihak polis mengadakan pertemuan dengan ketua kumpulan bantahan itu pada pukul 11.30 pagi dengan menasihatkan kesemua mereka supaya bersurai.
 
 
Antara yang ditahan polis ialah Timbalan Presiden Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M), Kamarudin Mohd Hussain.
 
"Kami di sana bagi membantah Uber dan GrabCar," kata Kamaruddin kepada The Star menerusi telefon semasa beliau dibawa polis.
 
Kamaruddin berkata, beliau bukan penganjur protes tetapi berada di sana bagi menyokong perhimpunan itu.
 
 
Beliau berkata, tiga lagi pemandu teksi turut ditahan.
 
Seorang jurucakap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata, mereka menyedari mengenai isu itu dan akan mengeluarkan kenyataan media.
 
 
 

PAS belum putuskan tindakan terhadap Mahfuz dan Husam - Idris Facebook Twitter Email Print pada 29-03-2016 02:03 Ditulis Oleh Muhammad Asyraf Azlan Post Pic KUALA LUMPUR: PAS belum membuat sebarang keputusan untuk mengambil tindakan terhadap dua pemimpinnya yang hadir pada himpunan Kongres Rakyat 2016, Ahad lalu. Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, walaupun PAS sebelum ini menegaskan pendirian dengan jelas untuk tidak menyertai sebarang gerakan menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Razak, namun ujarnya apa jua tindakan terhadap Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa, memerlukan pertimbangan sewajarnya. Kata Idris, beliau yakin kehadiran dua pemimpin itu ke himpunan anjuran bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim adalah atas kapasiti individu tanpa mewakili PAS. "Dia sebagai rakyat, tidak mengapalah. Kita tidak sertai atas nama parti, tindakan belum tentu ada perlu ada yang tidak perlu," katanya kepada pemberita ketika sidang media di lobi parlimen. Beliau dilihat enggan mengulas lebih panjang berhubung perkara itu apabila diasak pemberita yang bertanyakan mengenai pendirian PAS yang terlalu 'bertoleransi'. Tambah Idris lagi, tindakan kedua-dua pemimpin yang cenderung kepada Pakatan Harapan (PH) itu tidak menjejaskan parti oleh kerana ahli PAS kini mencecah sejuta orang. Mahfuz yang merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena dan Husam yang merupakan ADUN Salor, seringkali mengambil pendirian yang tidak senada dengan parti khususnya dalam isu membabitkan Najib. Husam sebelum ini turut lantang mengkritik Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai pendekatan yang diambil parti itu terhadap Najib. Beliau turut mendedahkan rancangan presiden parti membaiki hubungan dengan musuh tradisinya, Umno dan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam, hudud. Mengulas mengenai kritikan Husam itu, Idris menyifatkannya sebagai 'pendekatan' peribadi Husam. "Itu pendekatan dia tentang pimpinan.. kami ada pendekatan kami," ujarnya. Husam beberapa bulan lalu telah dirujuk kepada Jawatankuasa Displin parti ekoran kelantangan mengkritik presiden dan parti.

Posted: 29 Mar 2016 03:51 AM PDT

 Oleh Muhammad Asyraf Azlan

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: PAS belum membuat sebarang keputusan untuk mengambil tindakan terhadap dua pemimpinnya yang hadir pada himpunan Kongres Rakyat 2016, Ahad lalu.
 
Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, walaupun PAS sebelum ini menegaskan pendirian dengan jelas untuk tidak menyertai sebarang gerakan menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Razak, namun ujarnya apa jua tindakan terhadap Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa, memerlukan pertimbangan sewajarnya.  
 
Kata Idris, beliau yakin kehadiran dua pemimpin itu ke himpunan anjuran bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim adalah atas kapasiti individu tanpa mewakili PAS.
 
"Dia sebagai rakyat, tidak mengapalah. Kita tidak sertai atas nama parti, tindakan belum tentu ada perlu ada yang tidak perlu," katanya kepada pemberita ketika sidang media di lobi parlimen. 
 
Beliau dilihat enggan mengulas lebih panjang berhubung perkara itu apabila diasak pemberita yang bertanyakan mengenai pendirian PAS yang terlalu 'bertoleransi'.
 
Tambah Idris lagi, tindakan kedua-dua pemimpin yang cenderung kepada Pakatan Harapan (PH) itu tidak menjejaskan parti oleh kerana ahli PAS kini mencecah sejuta orang.
 
Mahfuz yang merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena dan Husam yang merupakan ADUN Salor, seringkali mengambil pendirian yang tidak senada dengan parti khususnya dalam isu membabitkan Najib.
 
Husam sebelum ini turut lantang mengkritik Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai pendekatan yang diambil parti itu terhadap Najib.
 
Beliau turut mendedahkan rancangan presiden parti membaiki hubungan dengan musuh tradisinya, Umno dan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam, hudud.
 
Mengulas mengenai kritikan Husam itu, Idris menyifatkannya sebagai 'pendekatan' peribadi Husam.
 
"Itu pendekatan dia tentang pimpinan.. kami ada pendekatan kami," ujarnya. 
 
Husam beberapa bulan lalu telah dirujuk kepada Jawatankuasa Displin parti ekoran kelantangan mengkritik presiden dan parti.

MT Umno selar Tun M, jangan lupa sokongan ahli ketika jadi PM

Posted: 29 Mar 2016 03:50 AM PDT

Oleh Muhammad Asyraf Azlan

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad diberi amaran supaya tidak menghina ahli Umno dan mengingatkan beliau tentang sokongan mereka terhadap bekas Perdana Menteri itu.   
 
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan ia sebagai satu penghinaan besar kepada ahli Umno, berikutan kenyataan Tun M semalam di perhimpunan Muafakat Selamatkan Malaysia : Reformasi Institusi Bebaskan Anwar, Undur Najib di Ampang. 
 
"Janganlah menghina sampai begitu sekali, itu ahli Umno yang sokong dia dulu. 
 
"Saya ada waktu itu masa Tun M jadi Presiden Umno, jadi Perdana Menteri, kita ni apa? Bisukah? Makan dedakkah? Itu tak adil bila Tun M hina kita semua macam tu sekali, itu tidak betul," katanya ketika ditemui pemberita di lobi parlimen hari ini.
 
Beliau mempersoalkan atas teori apa Tun M mengukur ahli Umno untuk menuduh mereka berbuat sedemikian, sedangkan ia bukan seperti yang didakwa oleh bekas Presiden Umno itu.
 
"Tapi nak kata sama ada kita bercakap atau tidak, mana dia tahu? Takkan kita nak melalak tepi jalan tu? Kita bercakap, tapi pada tempat yang betul, dalam MT kita bercakap, kita bagi pandangan, nasihat, jadi nak ukur sama ada bisu atau tak bisu, hanya kerana kita tak ikut 'style' dia? 
 
"Buat demonstrasi jalanan macam dia? Itu baru kata tak bisu? Kalau cakap dalam dewan tu bisulah?" soalnya 
 
Semalam, Tun Mahathir berkata kebanyakan ahli dan pimpinan Umno yang ada pada hari ini sudah menjadi pekak, bisu dan buta. 
 
Sambil menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi banyak makan 'dedak' kepada kepada ahli Umno BN, ia membuatkan semua ahli parti itu takut untuk bersuara mengkritik kepimpinan Perdana Menteri.
 
Tambah Tajuddin lagi, kebanyakkan ahli parti menjalankan tanggungjawab masing-masing tetapi ia dilakukan secara berhemah dan bukan membuta-tuli seperti Tun M.
 
"Kita bersuara apa, dalam Perhimpunan Agung, kita tengok begitu lantangnya mereka, dengan kritikal, mereka akan memberi kritikan, nasihat, komen terhadap kepimpinan, komen terhadap kerajaan, kita tak bisu, itu tak betul. 
 
"Kita sedih perkara itu disebut dan datang dari seorang negarawan," ujarnya.
 
 

Sallehin bidas Husam, PAS tak pernah sekongkol selamatkan Najib

Posted: 29 Mar 2016 03:45 AM PDT

Oleh Muhammad Asyraf Azlan

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah membuat pendirian untuk menyelamatkan riwayat politik Datuk Seri Najib Razak.
 
Ahli Jawatankusa PAS Pusat, Sallehin Mukhyi berkata demikian membidas tuduhan terhadap Hadi, bahawa PAS mahu Najib kekal sehingga pilihan raya akan datang untuk mengelakkan situasi huru-hara.
 
Beliau dalam pada itu mengingatkan Datuk Husam Musa agar merujuk kepada Hadi terlebih dahulu sebelum membuat sebarang dakwaan.
 
"Husam, sebelum buat kenyataan kena rujuk ucapannya kepada Presiden. Sebab saya rasa itu persepsi yang tidak betul. 
 
"Tidak pernah Presiden buat kenyataan PAS nak selamatkan Najib. Tetapi kita bercakap dalam konteks politik matang bahawa apa yang sebenarnya kita mahukan daripada Najib," katanya yang ditemui pemberita di Lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, tengah hari tadi.
 
Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pada malam tadi sekali lagi mengkritik Hadi berkenaan pendekatan yang diambil PAS terhadap Najib, yang didakwa sebagai canggung tatkala ramai kepimpinan Umno mahu Najib berundur.
 
Husam berkata demikian dalam sesi ceramah sempena Muafakat Selamatkan Malaysia di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya, malam tadi.
 
Sallehin juga menggesa Husam supaya memahami sebetulnya pendirian yang diambil PAS dalam isu yang membabitkan kepimpinan Najib.
 
"Tidak ada makna buat pertukaran dalam keadaan sistem yang sama. Lebih baik perubahan itu melalui pilihan raya. 
 
"Jika yang naik sekalipun Mukhriz dan masih BN, jadi apakah maknanya," terang ADUN Sabak itu lagi.
 
Husam bersama bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfodz Omar hadir di siri jelajah pertama Deklarasi Rakyat pada malam tadi.
 
Sebagaimana yang diketahui Husam antara yang paling lantang mengkritik Hadi sehingga menyebabkan beliau dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti.
 
Februari lalu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu mahu jawatankuasa berkenaan mempertimbangkan dan memutuskan segera kes berkenaan bagi mengelakkan sesuatu kesan yang tidak baik serta tohmahan yang berterusan.
 
Sallehin pada masa sama tidak menolak kemungkinan parti akan mengambil tindakan terhadap Husam, lebih-lebih lagi apabila pemimpin tersebut hadir di Kongres Rakyat 2016, Ahad lalu.
 
"Sekarang sedang dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Disiplin untuk tindakan lanjut. 
 
"Kenyataan yang dibuat oleh Husam adalah serangan peribadi terhadap Presiden. Maknanya, parti perlu melihat tindakan itu secara profesional, bukan terus ambil tindakan. Sebab fokus beliau terhadap beberapa pemimpin sahaja," ujarnya.
 
 

RM800 juta bayaran balik GST ditolak

Posted: 29 Mar 2016 03:41 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Sejumlah RM800 juta tuntutan bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang difailkan syarikat ditolak kerana butirannya diragui, selain tidak memenuhi kriteria. 
 
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong, berkata mengikut operasi standard, pembayaran tuntutan kredit cukai input mengambil masa 14 hari dari tarikh dikemukakan menerusi atas talian kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). 
 
Bagaimanapun, katanya, ada kes bayaran balik kredit cukai input GST menerusi penyerahan secara elektronik ditolak atau lewat kerana beberapa faktor.
 
"Apabila disemak oleh JKDM, beberapa butiran dalam tuntutan yang difailkan syarikat mengandungi maklumat diragui atau palsu. 
 
"Justeru, JKDM akan menghubungi syarikat berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut dan butiran terperinci bagi mengesahkan tuntutan. 
 
"Ada kes syarikat tidak dapat dihubungi selepas tujuh hari dari tarikh pengeluaran notis bagi membuat pengesahan dan maklumat lanjut, sekali gus melambatkan pembayaran balik," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) di Dewan Rakyat, sebentar tadi.
 
 

Tiada ulasan: