Isnin, 28 Mac 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


"Najib lebih teruk daripada Pak Lah," tegas Mahathir

Posted: 28 Mar 2016 07:23 AM PDT

 ARIF ATAN


Ucaptama Tun Dr Mahathir di Kongres Rakyat ditunggu-tunggu ramai.Ucaptama Tun Dr Mahathir di Kongres Rakyat ditunggu-tunggu ramai.


Berulang-kali Tun Mahathir menggesa seluruh rakyat bangkit menjatuhkan Najib Razak ekoran pelbagai kepincangan kepimpinan Perdana Menteri itu.

Beliau dalam ucaptamanya selama 49 minit di Kongres Rakyat 2016 di Shah Alam hari ini berkata, usaha menyingkirkan Najib juga dapat dilakukan dengan campur tangan pihak istana.

"Masing-masing dengan NGO, kesatuan sekerja yang ada 14 juta anggota. Dapat 13 juta (tandatangan Deklarasi Rakyat) pun jadilah (nada seloroh). Semua harus tandatangan deklarasi ini.

"Kalau kita dapat berjuta-juta tandatangan, kita dapat tunjukkan pada raja-raja. Moga dapat dilakukan sesuatu usaha untuk menyingkirkan Najib," jelasnya.

Mengulas dakwaan suara yang menuntut Najib berundur kononnya hanya usaha menjatuhkan kerajaan, beliau berkata, itu tuduhan yang diputar belit.
"Ini negara kita. Bukan milik Najib seorang. Saya tinggalkan Umno sebab tak mahu jadi ahli parti Najib. Saya tak rela sebab tujuannya hanya memastikan Najib terus jadi Perdana Menteri," ujarnya.
Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu turut menyifatkan kepimpinan Najib sebagai lebih teruk daripada Tun Abdullah Badawi.

"Tingkah laku dia (Najib) tak macam Perdana Menteri. Dia suka guna wang untuk pikat rakyat.

"Bila pilihan raya tak berapa baik (keputusan), tambahkan BR1M. Ini semua rasuah nak beli rakyat dengan wang.

"Itu pun saya masih sokong Najib tapi cakap juga janganlah bagi duit pada orang tapi jawabnya, 'cash is king'.

"Saya nampak ini penyakit. Dia (Najib) sembah duit. Dia bagi duit pada orang, nak jadi popular. Bagi sikit-sikit tak dapat sokongan," ujarnya yang sebelum itu merapatkan kedua-dua tangan menggayakan cara orang menyembah.

'Nasihat tak dengar'

Ucaptama Mahathir yang dinantikan ramai hadirin itu turut mendedahkan pelbagai pembaziran dilakukan Najib selain sindiran kepada Rosmah Mansor.

"Majlis perkahwinan (anak Najib) di lima tempat, angkut 300 orang ke Kazakhstan. Masa anak saya dulu kahwin, ada sesiapa di sini tahu?

"Bunga saja RM3 juta. Dah dapat banyak duit, masih nak duit lagi. Saya nasihat Najib, dia tak dengar.

"Perbuatan Najib semua inilah, saya berpendapat dia tak boleh jadi Perdana Menteri. Banyak sangat kesalahan, sampai esok hari pun tak habis. Panjang sangat," tambah Mahathir lagi.

Terdahulu, seramai 18 pembahas mewakili parti pembangkang dan NGO mengambil bahagian dengan dimulai Datuk Zaid Ibrahim selepas nyanyian lagu Negaraku tepat jam 2 petang.

Akhbar Melayu, Inggeris remehkan berita Kongres Rakyat

Posted: 28 Mar 2016 06:52 AM PDT

MALAYSIAKINI




Berita mengenai Kongres Rakyat di Shah Alam semalam yang disertai Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin pembangkang dan masyarakat sivil 'hilang' daripada muka hadapan akhbar-akhbar harian pagi ini.

Utusan Malaysia yang dikuasai Umno menyiarkan isu mengenai banglo Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan aktiviti pembalakan di Perak, manakala jeti haram, iklan elektronik dan Menteri Besar Terengganu menjadi isu muka hadapan New Straits Times, The Star dan Berita Harian.

Hanya akhbar harian Cina menjadikan perhimpunan yang disertai Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin pembangkang dan masyarakat sivil di Pusat Konvensyen Shah Alam semalam sebagai tajuk utama.

NST membawa satu laporan mengenai himpunan itu di muka surat 12 dengan tajuk 'Dr M Admids to being dictator' (Dr M mengaku jadi diktator), manakala Berita Harian di muka surat 11 bertajuk 'Bertentangan perlembagaan'.

Laporan penuh The Star dengan berhati-hati menulis 'Still trying to warm up' (Masih cuba untuk memanaskan).

Sinar satu-satunya akhbar Melayu 

Utusan menyiarkan laporan mereka mengenai perhimpunan itu di muka 8 dengan artikel enam perenggan bertajuk 'Mahathir akui turunkan Najib tiada dalam perlembagaan'.

Satu-satunya laporan lain Utusan terhadap acara sehari suntuk itu ialah laporan pendek yang menumpukan kepada ucapan MP Seputeh Teresa Kok mengenai isu pembelian banglo Guan Eng.

Sinar Harian merupakan satu-satunya akhbar harian bukan berbahasa Cina yang menyiarkan muka depan dengan tajuk 'Rakyat Sudah Hilang Sabar' dan gambar menunjukkan Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjulang tangan dengan musuh-musuh politik mereka seperti Datuk Seri Azmin Ali, Lim Kit Siang dan Datuk Mahfuz Omar.

Akhbar harian berbahasa Melayu itu membuat liputan dengan tiga laporan halaman penuh.

Akhbar harian Cina kebanyakannya menonjolkan gambar yang bersejarah dengan Sin Chew Daily menampilkan Lim berjabat tangan dengan Muhyiddin Yassin dan Mahathir dengan tajuk 'Umno menentukan PM baru'.

Oriental Daily memilih tajuk 'Perjumpaan tertutup serang Najib' manakala Nanyang Siang Pau bertajuk 'Tandatangani Deklarasi Rakyat tanpa Takut', dengan memetik ucapan Mahathir semalam yang menggesa orang ramai menyokong gerakan menyingkirkan Najib.


ABC dakwa ada maklumat baru dana di akaun Najib

Posted: 28 Mar 2016 06:38 AM PDT

MALAYSIAKINI





Program Four Corners terbitan Australian Broadcasting Corporation (ABC) akan menyiarkan episod terbaru malam ini dengan memberi tumpuan kepada skandal kewangan yang didakwa ada kaitan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

ABC dalam satu laporan berkata siasatan Four Corners akan menyiarkan maklumat baru mengenai dana yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Antara lain, ia berkata, Four Corners telah menyaksikan rekod bank yang menunjukkan deposit yang dibuat antara 2011 dan 2014 daripada "individu dan syarikat misteri" di Malaysia dan di luar negara melalui pemindahan wayar dan secara tunai.

Menurut rekod bank itu, pada pertengahan tahun 2013, bank tersebut membuka tiga akaun baru atas nama Najib dan juga terdapat ikrar janji wang tetap daripada seorang putera Saudi, termasuk janji sebanyak 50 juta pound Britain selewat-lewatnya pada Jun 2014.

Ini, dakwanya adalah di sebalik derma AS$681 juta (RM2.6 bilion) derma dari seorang penderma Timur Tengah yang tidak dinamakan tetapi menurut Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali, Najib telah memulangkan sebanyak AS$620 juta.

Apandi mengumumkan bahawa tiada dakwaan akan diambil terhadap Najib dan mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menutup tiga kertas siasatan berasingan yang berkaitan dengan dakwaan berkenaan.

ABC, bagaimanapun, melaporkan bahawa Four Corners mengesahkan bahawa bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail merancang mengenakan tuduhan penyelewengan jenayah terhadap Najib sebelum beliau dipecat daripada jawatannya tahun lalu.

Pasukan Four Corners - wartawan Linton Besser dan juruvideo Louie Eroglu - telah dihalau keluar dari Malaysia selepas cuba menyoal Najib pada sebuah majlis awam di Kuching, Sarawak awal bulan ini.

Babak kejadian itu juga akan dipaparkan dalam episod terkini Four Corners itu dengan tajuk State of Fear.

Menurut laporan ABC, episod itu juga akan menampilkan temu bual dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Malaysiakini sedang berusaha menghubungi Gani untuk mendapatkan reaksinya.



Rafizi dedah dokumen OSA kaitkan LTAT dengan 1MDB

Posted: 28 Mar 2016 04:27 AM PDT

Anne Muhammad

 


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli hari ini bertindak nekad dengan mendedahkan dokumen yang menurutnya tertakluk bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) bagi membuktikan kaitan 1MDB dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Dakwanya, kaitan itu mungkin menjejaskan keupayaan LTAT untuk membayar pampasan atau gratuiti kepada veteran tentera yang telah bersara.

Rafizi yang juga ahli parlimen Pandan bertindak demikian, walaupun sedar risiko undang-undang akibat mendedahkan dokumen rahsia kerajaan, termasuk hukuman penjara mandatori sehingga maksimum tujuh tahun.

Namun, pada sidang media di lobi parlimen hari ini, katanya ia terpaksa dibuat kerana LTAT tidak berterus terang menjawab dakwaannya.

Malaysiakini tidak memiliki dokumen itu dan tidak dapat melaporkan penjelasan lanjut Rafizi pada sidang media hari ini kerana kekangan undang-undang.

Rafizi sebelum ini membangkitkan isu pesara tentera yang didakwa masih belum dibayar caruman mereka sejak tahun 2014.

Menurutnya, beliau menerima aduan daripada pesara tentera yang memaklumkan bahawa mereka masih belum menerima bayaran pampasan itu walapun selepas enam bulan bersara.

Beliau percaya sehingga 12,000 bekas kakitangan tentera turut terjejas dan menuntut Ketua Eksekutif LTAT Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin meletakkan jawatan daripada lembaga itu kerana didakwa mempunyai konflik kepentingan.

Lodin juga memegang jawatan sebagai pengerusi 1MDB.

'Selamat berjaya, wartawan'

Sementara itu, Rafizi berkata kepada pemberita bahawa beliau sudah beberapa kali membuat pendedahan berkaitan tetapi tidak berhadapan dengan tindakan.

"Selamat berjaya buat kamu (wartawan) semua, mereka (pihak berkuasa) tidak akan dapat tahan kita.

"Saya tak pasti bagaimana anda semua nak tulis mengenai perkara ini, saya sudah banyak kali buat (dedahkan) perkara (seperti) ini. Kita lihat bagaimana," katanya.

Beliau berkata dirinya hanya menunggu maklum balas 1MDB susulan langkahnya hari ini.

"Saya tunggu kenyataan dari 1MDB dan maklum balas dari mereka," katanya.


Selangor digesa pinda enakmen elak salahguna Darjah Kebesaran

Posted: 28 Mar 2016 04:09 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M. Azhar

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan membuat pindaan terhadap Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Salah Guna) 1962 dalam sidang kali ini.
 
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah demikian bagi menangani perbuatan dan pemakaian Darjah Kebesaran tanpa pengiktirafan.
 
Baginda menyifatkan kegiatan memberi, menjual dan menggunakan Darjah Kebesaran yang tidak diiktiraf sebagai satu penipuan dan salah dari segi undang-undang.
 
"Seperti yang termaktub dalam Perkara 38 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, Beta sahajalah sebagai Sultan Negeri Selangor yang berhak menganugerahkan dan mewujudkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat di dalam negeri Selangor.
 
"Beta telah dimaklumkan oleh pihak kerajaan negeri bahawa pindaan yang dicadangkan melalui Rang Undang-Undang Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Salah Guna) (Pindaan) 2016 ini meliputi pindaan yang berkaitan dengan pencegahan penganugerahan Darjah Kebesaran yang tidak diiktiraf di samping penetapan kadar hukuman yang lebih berat bagi kesalahan yang dilakukan di bawah enakmen tersebut," demikian titah Baginda ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat DUN Selangor yang ke-13, pagi tadi.
 
Kegiatan memberi, menjual dan menggunakan darjah kebesaran daripada pihak-pihak yang tidak diiktiraf dan mengakui dirinya sebagai Sultan atau Raja menjadi polemik di kalangan rakyat negara ini. 
 
Individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka, Raja Noor Jan Shah Tuah sebelum ini dikenali sering memberikan darjah kebesaran kepada beberapa individu termasuk aktivis, yang membolehkan mereka memakai gelaran 'Datuk'.
 
Kegiatan tersebut juga berlaku di Perak, apabila seorang individu mendakwa dirinya sebagai 'Maharaja Kinta' dan menggunakan gelaran 'Yang Mulia Dato' Seri Paduka Raja'.
 
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, sembilan Raja-Raja dan empat Yang Dipertua Negeri sahaja yang berhak memberi darjah kebesaran dan gelaran di negara ini.
 
 

ADUN DAP Duyong diisytihar wakil rakyat Bebas

Posted: 28 Mar 2016 04:06 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
AYER KEROH: ADUN Duyong dari DAP, Goh Leong San diisytiharkan sebagai wakil rakyat Bebas, berkuat kuasa hari ini. 
 
Perkara itu diumumkan Speaker DUN, Datuk Wira Othman Muhammad, dalam ucapan pembukaannya pada Persidangan Pertama, Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-13, di Seri Negeri, di sini, sebentar tadi. 
 
"Saya telah menerima surat daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tentang perkara ini," katanya.
 
Leong San sebelum ini digantung keahlian selama selama setahun sejak Februari lalu kerana berulangkali membuat kenyataan merosakkan reputasi parti.
 
Othman dalam masa yang sama turut mengumumkan Khoo Poey Tiong (DAP-Ayer Keroh) sebagai Ketua Pembangkang baharu, manakala Tey Kok Kiew (DAP-Banda Hilir) sebagai Ketua Whip. 
 
Spekulasi kedudukan Leong San yang juga bekas Ketua Pembangkang bersama kepemimpinan DAP negeri hangat diperkatakan selepas beliau dilihat lebih memihak kepada beberapa keputusan yang dibuat Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron. 
 
Sementara itu, kedudukan kerusi Leong San turut berubah apabila ditempatkan bersebelahan dengan Dr Md Khalid Kassim (PAS-Bukit Baru), manakala Poey Tiong mengambil alih tempat Leong San.
 
 

KEMASKINI] BN Selangor sangkal dakwaan 'Ketua Umno Cawangan Teratai'

Posted: 28 Mar 2016 04:05 AM PDT

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan M. Azhar

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor menepis dakwaan kononnya kepimpinan akar umbi Umno negeri itu dipaksa menandatangani deklarasi menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
 
"Kita menafikan sekeras-kerasnya bahawa Cawangan Umno Teratai menolak ataupun tidak bersama di dalam hasrat kerajaan atau Umno negeri menolak deklarasi atau membuat deklarasi yang dimaksudkan," tegas Penyelaras ADUN BN Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan.
 
Malah Mat Nadzari yang juga ADUN Batang Kali itu berkata Cawangan Umno Teratai juga tidak pernah wujud.
 
"Tidak ada cawangan itu, tidak wujud. Jadi, itu adalah bohong," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, pagi tadi.
 
Tegasnya juga, pimpinan parti tidak pernah mengambil pendekatan sedemikian semata-mata mahu menonjolkan sokongan terhadap Najib.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Ketua Umno Cawangan Teratai, Hashim Abdul Karim seperti yang dilaporkan sebuah portal hari ini. 
 
Mat Nadzari dalam pada itu menegaskan Umno akan terus menyuburkan prinsip demokrasi di dalam parti.
 
Hal itu dipersetujui ADUN Sungai Burong, Datuk Shamsudin Lias ketika diajukan perkara yang sama.
 
"Beliau dipilih secara demokrasi, malah gerakan untuk menjatuhkan Najib juga tidka melalui proses demokrasi. Dari dahulu pendirian kita menentang gerakan atau desakan jalan untuk menjatuhkan seseorang pemimpin," ujarnya. 
 
Dalam laporan berkenaan, Hashim mendakwa cawangannya baru saja menerima surat satu deklarasi yang disediakan oleh Umno Selangor. 
 
Hashim juga berkata, difahamkan kira-kira 5,000 ketua cawangan di seluruh Selangor telah menandatangani deklarasi itu sebagai menyokong kepimpinan perdana menteri dan presiden parti.
 
Namun Hashim mendakwa bahawa ahli akar umbi cawangannya sebulat suara menolak deklarasi tersebut. 
 
Hashim mendedahkan perkara itu ketika berucap dalam program santai dan penerangan isu-isu semasa bersama Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Hj Apdal, di Kampung Bukit Lanchong, Laman Bistari, Shah Alam, malam tadi.
 
 

Web pro-Najib: Editor Utusan tak 'dipaksa' berhenti

Posted: 28 Mar 2016 04:02 AM PDT

MALAYSIAKINI




Editor kanan Utusan Malaysia Ku Seman Ku Hussain yang menamatkan perkhidmatannya di akhbar Umno itu semalam tidak dipecat atau diberhentikan.

Sebaliknya, kata sumber pengurusan utusan kepada MYKMU, beliau telah membuat permohonan untuk berhenti.


Portal yang mendukung Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu mendakwa Malaysiakini cuba membuat andaian bahawa Ku Seman "dipaksa" berhenti kerana menulis rencana berkaitan isu derma RM 2.6 bilion.

MYKMU juga menegaskan bahawa pengarang kelahiran Perlis itu lebih popular dengan penulisan kritikal dalam sastera dan sosial.

Menulis dalam kolum terakhirnya di Mingguan Malaysia semalam, Ku Seman mengakui "Utusan Melayu universiti saya" menjadi artikel terakhirnya, tanpa menyebut secara langsung sebab-sebabnya.

Bagaimanapun, sumber-sumber memaklumkan beliau meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan keputusan syarikat memindahkannya keluar daripada bahagian akhbar kepada sebuah anak syarikat.

Perkara itu dikaitkan dengan tulisan lantang beliau tahun lalu yang mempersoalkan integriti Umno dalam menjelaskan perkara sebenar isu derma yang diterima Najib.

'Selamat maju jaya'

Sementara itu, MYKMU juga melaporkan Jabatan Komunikasi dan Korporat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad telah pun menulis ucapan persaraan mereka kepada Ku Seman.

"Selamat bersara buat Pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain yang telah menamatkan tugasnya di Utusan Melayu pada 26/03/16, terima kasih di atas segala komitmen dan sumbangan yang telah diberikan selama 32 tahun berkhidmat di Utusan Melayu.

"Selamat maju jaya dan semoga terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini," menurut jabatan itu, seperti disiarkan MYKMU.

Ku Seman tidak dapat dihubungi buat masa ini bagi mendapatkan sebab sebenar beliau berbuat demikian.

Usaha menghubungi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Aziz Ishak juga belum berhasil.


SEKITAR KONGRES RAKYAT YANG PENUH GEMILANG

Posted: 28 Mar 2016 03:54 AM PDT

shahbudindotcom


Kongres rakyat yang berlangsung di Shah Alam Convention Centre pada petang tadi dianggap penuh dengan kejayaan dan kegemilangan serta mencipta satu lagi detik bersejarah bagi politik tanahair.

Ia bukan saja berjaya membariskan ahli-ahli politik daripada UMNO, pembangkang dan mereka yang tidak berparti untuk berada di pentas yang sama, dengan tujuan yang sama dan bercakap juga dengan satu nada yang sama.

Pentad, tujuan dan nadanya tidak lain ialah untuk memaksa Najib Razak berundur sebagai Perdana Menteri dengan seberapa segera.

Sebanyak 1,500 tag nama untuk perwakilan yang disediakan juga habis diserahkan kepada para peserta daripada pelbagai kelompok, usia dan latar belakang yang datang seawal jam 10 pagi serta sekurang-kurangnya antara 200 hingga 300 peserta lagi tidak memperolehi sebarang tag nama, tetapi tetap dibenarkan masuk dengan sanggup berdiri sepanjang program.

Bermula pukul 2.00 petang apabila Zaid Ibrahim memulakan pembukaannya sehinggalah Tun Mahathir menamatkan ucapannya pada kira-kira 6.45 petang, para peserta tetap tidak berganjak daripada dewan untuk mendengar dengan penuh teliti dan ghairah setiap hujah-hujah yang dilontarkan oleh para pembahas.

Ini sekaligus menandakan rakyat bukan saja tetap dahagakan perubahan dan begitu teringin melihat pengunduan Najib, malah seperti tidak sabar juga untuk mendapat seorang Perdana Menteri yang baru untuk negara ini.

Bukan saja tekad untuk memberi penerangan ke seluruh negara akan diperhebatkan lagi selepas ini, malah seruan agar rakyat beramai-ramai menandatangani Deklarasi Rakyat juga akan terus diberi penekanan.

Ia kemudian akan dipersembahkan kepada Istana Negara agar Majlis Raja-Raja bertindak sesuatu berdasarkan suara hati rakyat.

Jika kertas deklarasi yang mengandungi tandatangan rakyat itu penuh satu lori, saya sedia memandu lori tersebut untuk pergi ke Istana Negara, kata Tun Mahathir.

Di bawah ini antara gambar yang sempat dirakam untuk tatapan pembaca blog ini. Selain semua jurucakap yang disenaraikan dalam posting sebelum ini hadir dan memberi ucapan mereka, ramai lagi tokoh-tokoh yang turut memeriahkannya, namun hanya sebahagian yang sempat dirakam fotonya.

Apa pun, tahniah kepada semua yang menjayakan Kongres Rakyat ini. Selepas ini, program yang sama akan bergerak ke negeri dan kawasan-kawasan terpilih pula. 
 

Tun Mahathir ketika menyampaikan ucapannya.

Zaid Ibrahim selaku penganjur dan penginisiatif Kongres Rakyat wajar diberikan penghargaan atas kejayaan ini.

Tun Mahathir dan Muhyiddin ketika tiba memasuki dewan.

Azmin Ali yang ucapannya disambut hangat oleh peserta kongres.

Aziz Yassin dan Kamaruddin Jaafar antara yang terawal hadir.

Arif Sabri Abdul Aziz atau Sakmongkol juga hadir agak awal.

Anuar Tahir, Mohd Nor Manuty dan Tengku Puji.

Sanusi Junid dan isteri serta Tamrin Ghafar.

A Kadir Jasin dan Hishammuddin Rais.

Ratusan wartawan, jurugambar dalam dan luar negeri hadir seawal jam 11 pagi lagi.

Jurugambar menanti kehadiran Tun Mahathir memasuki dewan.

Kehadiran Tun Mahathir tetap menjadi kegilaan media untuk merakam detik-detiknya.

Peserta kongres tidak berganjak daripada dewan daripada mula hinggalah akhir.

Petugas di meja pendaftaran mula bertugas sejak 10.30 lagi.
 
 
 

Guan Eng 'lari' dari media, beri alasan ada temu janji

Posted: 28 Mar 2016 03:51 AM PDT

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi 'melarikan diri' dan menimbulkan rasa berang wartawan yang menunggu untuk mendapatkan penjelasannya berhubung pembelian sebuah rumah banglo mewah di Jalan Pinhorn dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di tanah Taman Manggis.  
 
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu diasak wartawan ketika beliau cuba keluar dari Dewan Rakyat.
 
Beliau bagaimanapun berjalan laju menuju ke keretanya dan memberi alasan ada temujanji lain di luar.
 
"Saya ada temujanji, sila beri laluan kepada saya," katanya sambil menuju ke keretanya dan terus beredar dari Parlimen.
 
Selain isu banglo mewah dan Taman Manggis, wartawan juga ingin mendapatkan maklum balas pemimpin itu mengenai ADUN Duyong dari DAP, Goh Leong San yang diisytihar sebagai wakil rakyat Bebas berkuat kuasa hari ini.  
 
Ketua Menteri itu pada minggu lepas telah ingkar arahan Speaker Dewan agar tidak menganggu perbahasan sidang Parlimen.
 
Ahli Parlimen Bagan itu dilihat cuba menganggu Dewan selama satu jam ketika perbahasan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rahman Dahlan, yang mahu mendedahkan tentang skandal Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengenai penyelewengan Taman Manggis.
 
Sejurus Guan Eng dihalau keluar dari Dewan, Rahman mendedahkan bahawa perbuatan menganggu perbahasan itu sengaja dilakukan pemimpin DAP itu agar boleh 'terlepas' daripada menjawab pendedahan mengenai Taman Manggis. 


Deklarasi sokong Najib: Cawangan Teratai tidak wujud, kata Umno Pandan

Posted: 28 Mar 2016 03:49 AM PDT

 Oleh Azizul Osman

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Pandan, Datuk Mohd Haniff Koslan menafikan kewujudan Umno Cawangan Teratai sambil menambah individu yang mengaku sebagai 'ketua cawangan' berkenaan langsung tidak dikenali oleh kepimpinan bahagiannya. 
 
"Sehingga hari ini, saya tidak ketahui dan AJK bahagian (Pandan) pun tidak ada maklumat. Ditakuti entah daripada mana datang, buat kenyataan seperti itu. 
 
"Di dalam Umno Bahagian Pandan tidak ada cawangan Teratai, (tapi) DUN Teratai ada. Cawangan Umno di DUN Teratai semuanya kami kenal. Tapi cawangan Teratai tidak ada," katanya kepada Antarapos.
 
Beliau berkata demikian merujuk kepada pendedahan seorang individu yang didakwa sebagai Ketua Umno Cawangan Teratai, Hashim Abdul Karim seperti yang dilaporkan sebuah portal hari ini. 
 
Dalam laporan portal berkenaan, individu itu mendedahkan kepimpinan akar umbi Umno di Selangor dipaksa menandatangani deklarasi menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
 
Individu itu juga mendakwa cawangannya baru saja menerima surat satu deklarasi yang disediakan oleh Umno Selangor.
 
Perkara itu didedahkannya ketika berucap dalam program santai dan penerangan isu-isu semasa bersama Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Hj Apdal, di Kampung Bukit Lanchong, Laman Bistari, Shah Alam semalam.
 
Sangkal Mohd Haniff lagi, pihaknya langsung tidak mendapat maklumat mengenai deklarasi terbabit.
 
"Kami di bahagian Pandan, tidak ada dengar apa pun," ulas Mohd Haniff lagi.
 
"Saya sebagai Ketua Bahagian, tidak pernah pula dengar kita (Umno) desak cawangan untuk tandatangan sokong (Datuk Seri) Najib. 
 
"Tidak pernah saya dengar dalam mesyuarat perhubungan negeri. Pengerusi (Datuk Seri Noh Omar) tidak pernah mendesak sesiapa dalam cawangan untuk membuat sokongan, dia datang daripada cawangan sendiri. Kawasan Pandan tidak pernah mendapat mandat supaya membuat deklarasi menyokong Najib," jelas beliau.
 
Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo berkata ahli parti di negeri itu langsung tidak dipaksa untuk menandatangai deklarasi berkenaan.
 
Tegasnya, ia berlandaskan kepada kerelaan setiap ahli untuk berbuat demikian atau sebaliknya.
 
"Sebenarnya menandatangani (Deklarasi Sokong Perdana Menteri) tidak pernah dipaksa. Cuma kita orang Umno di Selangor yang setia kepada parti membuat resolusi bersama. Bersetuju  atau tidak terpulang kepada dia. 
 
"Kalau tidak bersetuju dia (ahli Umno) sendiri sudah tidak setuju dengan parti. Maknanya tidak bersetuju dengan Presiden dan dia sendiri rasa ragu-ragu,"katanya.
 
 

Azmin sengaja tuding jari kelewatan Projek Langat 2 kepada kerajaan pusat - BN Selangor

Posted: 28 Mar 2016 03:47 AM PDT

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan M. Azhar

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mengkritik Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilihat cuba menyalahkan kerajaan pusat apabila mengaitkan bekalan air kritikal di negeri itu berpunca daripada kelewatan Projek Langat 2.
 
Penyelaras ADUN BN Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan menegaskan kerajaan pusat tidak pernah berlengah dalam menyiapkan Projek Langat 2 demi memberi kemudahan air kepada rakyat negeri itu.
 
ADUN Batang Kali itu juga memaklumkan, sebaliknya Azmin sendiri yang seolah-olah sengaja tidak mahu mempercepatkan proses menandatangani perjanjian Projek Langat 2.
 
"Pada saya, beliau membuat satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab, saya menafikan bahawa kerajaan pusat melambatkan atau melewatkan usaha memberikan kemudahan air kepada rakyat Selangor.
 
"Sedangkan semua orang tahu di dalam beberapa Sidang DUN sebelum ini kita telah membangkitkan isu air dan hari ini beliau (dilihat) agak tersepit dengan keadaan cuaca yang agak panas dan mungkin akan berlaku sekali lagi krisis air.
 
"Maka Azmin cuba mengalihkan perhatian rakyat terhadap kerajaan pusat, hendak menampakkan kerajaan pusat pula yang salah," katanya kepada pemberita selepas Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat DUN Selangor Yang ke-13, pagi tadi.
 
Terdahulu, Azmin pada Jumaat lalu mendakwa Selangor akan menghadapi masalah bekalan air pada 2017 hingga 2019, gara-gara kelewatan menyiapkan Projek Langat 2.
 
Keadaan itu memaksa kerajaan negeri menggunakan sebahagian peruntukan dari Projek Langat 2 untuk membina dua loji rawatan lain.
 
Dua loji berkenaan yang berjumlah hampir RM800 juta ditempatkan di Labohan Dagang dan Semenyih dan dijangka siap pertengahan 2017.
 
 

Saya masih ahli DAP atau dipecat? – Ahli Parlimen Kota Melaka

Posted: 28 Mar 2016 03:44 AM PDT

 
Sim Tong Him tidak pasti kedudukannya sama ada masih ahli DAP atau sudah dipecat sejak digantung 6 Februari lalu kerana mengkritik kepimpinan parti itu.


sim-tong-him,DAP


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Melaka dari DAP, Sim Tong Him yang digantung keahlian sejak 6 Februari 2016 masih tertanya-tanya statusnya sama ada kekal sebagai ahli parti itu atau telah dipecat.

Tong Him berkata, beliau akur jika pucuk pimpinan parti memutuskan beliau bukan lagi Ahli Parlimen DAP.

"Saya tidak diberitahu tentang kedudukan sebagai Ahli Pparlimen DAP masih kekal atau tidak? saya tidak diberitahu. apa maknanya gantung keahlian? tidak jadi ahli atau gantung hanya 1 tahun? dan apa tugas saya?

"Yang saya hanya tahu saya ahli parlimen yang dipilih rakyat dan teruskan perkhidmatan saya bagi menjaga kebajikan rakyat," katanya di Lobi Parlimen hari ini.

Pada 6 Februari lalu, DAP telah menggantung keahlian Tong Him dan ADUN Duyong, Goh Leong San selama setahun kerana mengkritik kepimpinan parti itu.

Bagaimanapun hari ini, Leong San memaklumkan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka beliau telah menerima surat daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang memaklumkan beliau kini mewakili ADUN Bebas.

Tong Him berkata, belau telah memberitahu masalah yang yang dihadapinya kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi meminta penjelasan tentang kedudukannya di Parlimen sama ada mewakili DAP atau Bebas.

Katanya, Speaker telah memaklumkan kepadanya bahawa keputusan itu bergantung kepada pimpinan DAP.

Kerajaan belanja RM280.5 juta dalam operasi pencarian MH370

Posted: 28 Mar 2016 03:43 AM PDT

 
Operasi pencarian pesawat itu dilaksanakan di kawasan seluas 86,752 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.


mh370


KUALA LUMPUR: Setakat Februari ini, kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM280.5 juta dalam operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, menurut Kementerian Pengangkutan.

Kementerian itu dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memberitahu bagi tempoh itu juga, operasi pencarian pesawat itu dilaksanakan di kawasan seluas 86,752 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

Ia menjawab soalan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mengenai status terkini pencarian MH370 serta jumlah yang dibelanjakan sehingga kini bagi operasi pencarian pesawat malang itu.

Pesawat MAS itu dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014 dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Pesawat itu kemudiannya diumumkan berakhir di selatan Lautan Hindi dengan usaha pencarian di kawasan seluas 120,000 kolimeter persegi dijangka selesai Jun ini.

Menjawab soalan Liang mengenai siasatan nahas pesawat MH17 serta usahaterkini kerajaan dalam mengambil tindakan terhadap dalang yang menembak jatuh pesawat itu, kementerian itu menjelaskan siasatan jenayah masih dijalankan Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) yang diterajui Belanda dan dianggotai Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine.

"Siasatan dijangka berterusan sehingga pertengahan 2016. Usaha untuk mengenal pasti pihak bertanggungjawab dalam nahas pesawat MH17 adalah bergantung kepada hasil siasatan tersebut," menurutnya.

Menurut kementerian, Malaysia bersama-sama negara yang diwakili dalam JIT sedang meneruskan perbincangan bagi dua opsyen pendakwaan iaitu pendakwaan di peringkat nasional oleh satu daripada negara anggota JIT dan pendakwaan oleh suatu tribunal antarabangsa yang diwujudkan khas oleh negara anggota JIT.

"Bagi maksud keputusan antara kedua-dua opsyen itu, hasil siasatan jenayah perlu diperoleh terlebih dahulu kerana ia akan menjelaskan tempat pemastautin orang yang disyaki, kewarganegaraan dan tempat terbaik untuk mereka dibicarakan.

"Sebarang opsyen pendakwaan dan perbicaraan akan diputuskan kelak serta keupayaan memulakan pendakwaan terhadap mana-mana tertuduh adalah tertakluk kepada adanya keterangan mencukupi yang boleh diterima mahkamah," katanya.

Pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 menyebabkan kesemua 298 orang penumpang dan anak kapal terkorban.– Bernama

Ku Li akui Malaysia hadapi krisis pemerintahan

Posted: 28 Mar 2016 03:40 AM PDT

MALAYSIAKINI




Sehari selepas Kongres Rakyat berlangsung di Shah Alam semalam, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mengaku negara ini sedang mengalami 'krisis pemerintahan'.

Katanya, keadaan itu menyebabkan negara kini mengalami masalah 'ekonomi yang dahsyat' terutamanya berkaitan isu hutang negara.

"Negara kita kini sedang mengalami krisis genting mengenai pemerintahan dan kepimpinan.

"Ini menyebabkan kita mengalami masalah ekonomi yang dahsyat terutamanya berkaitan dengan isu hutang negara

"Ia mengakibatkan beberapa masalah ekonomi serius seperti kenaikan mendadak kos sara hidup yang membawa kesan buruk kepada rakyat," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menyedari desakan terhadap perubahan semakin lantang, Tengku Razaleigh berkata sekiranya cara berpolitik tidak ditukar, Malaysia akan terus menghadapi krisis seperti berlaku sekarang.

"Saya konsisten dan berkali-kali menyatakan bahawa kita pasti tidak dapat mengelak perubahan.

"Tanpa perubahan dalam tatacara pemerintahan negara dan cara kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab awam, tidak mungkin kita dapat selesaikan masalah yang dihadapi itu," kata bekas menteri kewangan itu.

Bertindak ikut perlembagaan

Bagaimanapun bekas seteru politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata sebagai pengamal politik, beliau bertindak berlandaskan perlembagaan persekutuan dan kehendak parti.

"Seperti juga orang lain yang inginkan perubahan, saya juga sentiasa mencari jalan munasabah dan sah dari segi undang-undang untuk maksud ini, termasuklah meneliti peranan yang boleh dimainkan oleh Dewan Rakyat.

"Yang demikian isu menyokong kerajaan yang memerintah dan sekaligus memberi sokongan kepada ketua kerajaan tidak timbul," katanya dalam kenyataan media.

Ku Li minggu lalu menandatangani Deklarasi Kelantan bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Perisytiharan itu dianggap sebagai tindak balas kepada Deklarasi Rakyat yang dianjurkan Mahathir Mohamad bagi menyingkirkan Najib.

Susulan itu, Mahathir mendakwa Ku Li sendiri memberi cadangan supaya Najib disingkirkan dengan cara undi tidak percaya di parlimen.

Bagaimanapun menurut Mahathir, Ku Li kini menukar pendiriannya untuk menyokong Najib.


Bekas tentera tuntut kenaikan pencen mahu jumpa Agong

Posted: 28 Mar 2016 03:36 AM PDT

Terence Tang  




NGO Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) akan menganjurkan siri jelajah ke seluruh negara jika kementerian pertahanan tidak menghiraukan rayuannya yang menuntut penambahbaikan kebajikan pesara tentera.

"Sekiranya itu berlaku, kami akan kumpulkan tandatangan daripada setiap pesara tentera, polis dan bomba serta menghantar memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan raja-raja Melayu," kata presidennya Asri Buang pada sidang akhbar hari ini.

Menurutnya, cadangan utama Pahlawan adalah peningkatan kadar bayaran pencen kepada bekas anggota tentera selaras dengan kenaikan gaji anggota tentera semasa.

Asri mengulas mengenai pengumuman Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bulan lalu mengenai kenaikan gaji anggota tentera.

Hishammuddin pada 15 Februari lalu dilaporkan berkata RM58.89 juta diperuntukkan sebagai sebahagian daripada kenaikan gaji bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia bermula 1 Julai ini.

Beliau juga berkata veteran pasukan itu yang perkhidmatan mereka berakhir atau akan tamat pada 1 Januari 2013 hingga 30 Jun 2016, akan mendapat bayaran 'one-off' daripada dana RM56.62 juta yang diperuntukkan.

"Pencen kami untuk operasi 50an, 60an, 70an, 80an mestilah diselaraskan dengan kenaikan gaji askar baru.

"Kami mununtut hak berpatutan kami saja. Tentera yang besara termasuk prebet sehingga jeneral. Pencen tertinggi sekarang RM1600," katanya.

Menurut Asri yang juga seorang veteran perang, Pahlawan mencadangkan agar jeneral bersara diberi pencen sebanyak RM3,500 sebulan, iaitu separuh daripada apa pendapatan yang diperolehi oleh jeneral yang masih dalam perkhidmatan.

"Pesara (tentera) dilabelkan 'miskin bandar' di bandar kecil dan 'miskin tegar' di ibukota KL, tahu tak?" soalnya.

Menurutnya, sama seperti tentera hari ini, bekas askar juga mengorbankan masa dan sentiasa berjauhan dari keluarga tercinta untuk melindungi negara daripada pengganas komunis.

Cadangan lain yang dikemukakan pada sidang akhbar hari ini adalah supaya kementerian pertahanan menyediakan sehingga RM6,000 sebagai pampasan tahunan kepada anggota yang telah bersara tetapi tidak memilih skim pencen.

Menurut undang-undang semasa, balu seorang pesara boleh menuntut pencen bulanan, bermula dari hari pembayaran pencen pertama suaminya, untuk tempoh 20 tahun.

Pahlawan juga berharap pesara tentera yang hilang keupayaan ketika perkhidmatan akan dapat menuntut bayaran ex-gratia, tanpa mengira tempoh perkhidmatan mereka.

"Kita buat ini untuk pihak beuniform, tak beruniform, yang berpencen dan tak berpencen.

"Semasa beroperasi, saya memang tak ada masa bersama keluarga. Apa yang terjadi kepada rakan-rakan kita yang cacat (akibat pertempuran demi negara)?

"Itu sahaja yang kami (Pahlawan) mahu," kata Asri lagi.

'Umno tak terbabit baling telur ke arah pemimpin DAP'

Posted: 28 Mar 2016 03:33 AM PDT

MALAYSIAKINI




Wakil rakyat Umno Ahmad Nazlan Idris menyifatkan kejadian membaling telur ke arah pemimpin DAP yang berlaku di kawasan parlimennya adalah sebagai amaran keras kepada mereka agar tidak bersikap angkuh.

Turut hadir pada sesi ceramah kedai kopi di Jerantut pada 21 Mac adalah pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang.

Ahmad Nazlan berkata, kejadian itu perlu dijadikan pengajaran, terutama bagi Lim yang terlalu yakin bahawa ahli mereka akan sentiasa bersama walau apapun yang terjadi.

"Kejadian ini jelas membuktikan bahawa kehadiran mereka ke Jerantut ditolak oleh ahli sendiri.

Pemimpin DAP bukan sahaja dibaling telur tetapi papan tanda pusat khidmat DAP parlimen Jerantut turut diturunkan.

"Inilah tanda protes ahli DAP yang mula bosan dan muak dengan sikap dan penipuan kepimpinan DAP," katanya yang dipetik oleh portal Umno Online.

Menurut ahli parlimen Jerantut itu, masyarakat kawasan itu, khususnya yang bangsa Cina semakin dapat menilai bahawa kepimpinan DAP hanya indah khabar dari rupa dan tindakan mereka seringkali tidak serupa bikin.

Ahmad Nazlan turut menegaskan bahawa kejadian tersebut tidak ada kena mengena langsung dengan Umno mahupun ahlinya.

"Umno sama sekali tidak terlibat dengan perkara ini malah saya sendiri berada di parlimen ketika kejadian tersebut.

"Jadi jangan ada pihak yang cuba untuk mengaitkan Umno dengan kejadian ini. Saya difahamkan bahawa ini adalah kerja ahli mereka sendiri," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah mendakwa kejadian itu didalangi oleh ahli yang kecewa dengan parti itu kerana menyerahkan kerusi pilihan raya kepada PKR.

Katanya, pada pilihan raya umum ke-12 tahun 2008, DAP telah melepaskan kerusi DUN Damak, Pahang kepada PKR.

"DAP bertanding di Damak pada tahun 2004. Pada tahun 2008, kita tidak mempunyai calon jadi PKR bertanding di kerusi itu.

"Sekarang adalah sangat susah untuk mengambil semula kerusi itu," kata ADUN Tanah Rata itu, sambil menambah bahawa ahli akar umbi mahukan calon kegemaran mereka bertanding kerusi itu.


Pecat Undang: Kerajaan tak boleh campur tangan – Mat Hassan

Posted: 28 Mar 2016 03:28 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Pemecatan Datuk Mohd Jan Abdul Ghani sebagai Undang Luak Johol akan dibincangkan dalam Dewan Keadilan dan Undang di Negeri Sembilan.


hasan,undang-luak


SEREMBAN: Apa juga masalah berhubung adat di Negeri Sembilan, biar adat yang menyelesaikannya, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan mengenai masalah adat.

"Kerajaan negeri sebagai pentadbir dan adat memang berdiri bersama-sama tetapi kita tak campur mencampuri antara satu sama lain.

"Jika berlaku perkara sebegitu kita serahkan kepada orang adat atau pun di luak tersebut… malah antara luak pun kita tak boleh campur.

"Kalau Luak Johol biar Undang Luak Johol yang tentukan," katanya kepada pemberita hari ini, ketika mengulas desas-desus kononnya berlaku konflik Undang Luak Johol.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, sebagai pentadbir, kerajaan negeri juga akan menjalankan siasatan sama ada ia berjalan selaras dengan hukum adat.

Katanya, beliau yakin perkara ini akan dibincangkan dalam Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan – dewan tertinggi bagi membincangkan perkara itu.

"Jadi, untuk buat masa sekarang kita tak boleh kata apa dan tak boleh nak campur atau buat apa-apa keputusan," katanya.

Dalam struktur pemerintahan beraja di Negeri Sembilan, institusi Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin mempunyai fungsi kuasa secara mutlak di luak masing-masing.

Undang Yang Empat adalah bertanggungjawab melantik Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bagi menaiki takhta menggantikan baginda Yang di-Pertuan Besar yang mangkat.

Fungsi berkenaan diperjelaskan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan iaitu Undang Yang Empat (Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Jelebu, Undang Luak Johol dan Undang Luak Rembau serta Tunku Besar Tampin) adalah pemerintah (the Rulers) bagi Negeri Sembilan bersama Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.-BERNAMA

Penasihat UMNO: AMANAH dakwa PAS Terengganu berdolah-dalih

Posted: 28 Mar 2016 03:22 AM PDT

 
Tuduhan itu susulan PAS Terengganu menafikan kenyataan parti itu hanya berminat untuk menjadi Penasihat UMNO bukan ambil alih kerajaan Terengganu.


Raja-Bahrin3KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) membidas PAS Terengganu kerana didakwa berdolah-dalih dan membuat pusingan U berhubung kesediaan parti Islam itu menjadi Penasihat UMNO.

Malah, Pengerusi AMANAH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah mendakwa Pesuruhjaya PAS Terangganu, Saiful Bahri Mamat berbohong apabila sedangkan PAS pernah menawarkan diri untuk menjadi penasihat UMNO pada November tahun lepas.

"Presiden PAS sendiri membuat kenyataan ingin menjadi Penasihat UMNO. PAS tidak berhasrat untuk mengambil alih atau menukar kerajaan kerana memadai menasihati saja.

"Kenapa apabila media perdana melaporkan isu PAS jadi penasihat kepada kerajaan UMNO tiada reaksi atau tindakan? Apabila saya sebut perkara ini dianggap fitnah?" katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli pula mendakwa penafian PAS itu dibuat kerana mahu meredakan kemarahah ahli PAS dan rakyat di negeri itu.

"Saya percaya ahli PAS dan rakyat Terengganu sudah mula menyampah dengan parti yang berdolak dalih ini. Saya yakin Presiden tidak gembira dengan kenyataan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini.

"Sebab itu Pesuruhjaya PAS Terengganu membuat u-turn dalam isu ini dan menafikan apa yang disebut oleh Presiden mengenai peranan PAS menjadi Penasihat UMNO?, katanya.

Tiada ulasan: