Nuffnang

Pengikut

DIALOG RAKYAT

sumber :-

DIALOG RAKYAT


PRU14 Semakin Hampir Dan Tanda Jelas PAS Kelantan DiKencing UMNO

Posted: 21 Mar 2016 07:46 AM PDT



Oleh ramziredang

 
"PRU14 sudah menunjukkan tanda ia sudah semakin hampir. Isu rumah Lim Guan Eng cuba diSPRMkan. Saya percaya selepas ini mungkin giliran kelantan. Kalau mengikut perangai tradisi UMNO, kes balak, atau kes beli kereta murah Nik Amar pasti akan di tayang di kaca tv ketika tibanya pilihanraya nanti. Ia mungkin dipendap seketika kerana masanya belum tiba. Tetapi perjanjian pengagihan wang royalti minyak beberapa hari yang lalu, antara putrajaya dengan MAIK dan JPP(bukan kerajaan negeri Kelantan) jelas memberi tanda bunga bunga pilihanraya telahpun mula berputik

Perjanjian pembayaran royalti yang diberi bukan kepada kerajaan negeri, menggambarkan memang 'politik matang' PAS kelantan dan Ahmad Yaacob jelas bertukar menjadi 'politik malang'. Nik Amar bukan lagi dikencing oleh UMNO, malah memang telah terminum kencing UMNO. Teringat saya kata kata Nik Amar, "macam orang nak berniaga, kalau takut rugi baik tak usah niaga". Jawapan Nik Amar ketika ditanya kenapa percaya kepada UMNO.

Mungkin saat sekarang Nik Amar masih ada cinta kasihnya kepada UMNO. Sebab kata katanya ingin istihar perang habis habis selepas bulan oktober belum direalisasikan. Sekarang sudah bulan Mac. Melepasi lima bulan melebihi tempoh gencatan senjata yang diumumkannya. 

Atau mungkin senjata yang dia ingin gunakan untuk berperang itu adalah senjata di dalam seluar Nik Amar, malu untuk dihunus depan orang ramai. Atau mungkin senjata ada, telur tak ada

Mengikut ramalan saya, jika betul dari segi perkiraan hisab dan congak bahagi, satu masa nanti Nik Amar akan menjadi orang yang paling benci terhadap UMNO. Mungkin dia akan istihar kepada anak cucunya jangan lagi percaya kepada UMNO. "Jangan jadi bodoh seperti atuk, wahai cucuku. Jangan minum air kencing UMNO sepertimana atuk sanggup minum, wahai cucuku"

Kerana apa saya membuat ramalan dan perkiraan hisab seperti itu? Kerana Nik Amarlah orang yang bakal berpeluh sejuk kaki tangan bila UMNO membuka kisah dirinya. Pembahagian wang royati kepada MAIK dan JPP menunjukkan UMNO benar benar ingin berperang habis habisan dengan PAS Kelantan. UMNO benar benar ingin merampas Kelantan. Ia adalah satu penghinaan jelas terhadap Nik Amar. Kepercayaan PAS kelantan terhadap Najib, hubungan akrab Nik Amar dengan asyraf wajdi umpama seperti kata pepatah, "diberi susu dibalas tuba"

Apabila ingin berperang apa lagi senjata yang akan digunakan UMNO?

Sudah pasti senjata rasuah dan penyelewengan. Kita pernah dengar isu Perkayuan Kelantan, isu balak yang ditahan, isu pembelian kerata murah Nik Amar, isu pembelian rumah juta ringgit anak anak menteri besar, isu hutan simpan yang digondol, isu penyelewengan balak dilaluan lebuhraya dan banyak isu. 
Kenapa ia tidak heboh dan senyap semacam? Tidakkah kita tertanya tanya seolah olah ini adalah pelik bagi UMNO kenapa berdiam diri?

Kerana ia adalah makanan UMNO. Ia adalah senjata istimewa UMNO. Senjata ini pasti digunakan habis habisan bila PRU hampir tiba. Akan terlondehlah kain kain pelikat tok lebai PAS kelantan. Akan terselaklah jubah. Kemaluan besar pasti terbuka. 

Nasihat saya simpanlah baik baik gambar Ahmad Yaacob sedang tersenyum bersalam dengan Najib di pejabat PM. Kerana ia mungkin, saya ulangi, ia 'mungkin' menjadi lambang kebodohan dan keruntuhan kerajaan PAS kelantan, yang dibina oleh Tok Guru Nik Aziz. Ia mungkin menjadi lambang, lubang tempat dipatuk kedua ketiga atau puluh puluh kali oleh ular yang sama sepertimana telah diberi amaran oleh Tok Guru Nik Aziz.

Pasti selepas ini rakyat kelantan akan dapat merasa sedikit kemewahan duit hasil minyak. Tetapi ia tidak diagihkan melalui kerajaan negeri. Ia akan diagihkan melalui JPP dan MAIK. Kerajaan negeri tetap akan dibiar miskin.

Kalau dulu rakyat kelantan akan sanggup berkorban demi kerajaan PAS yang baru dibina. Rakyat tetap ikhlas menyokong kerana peribadi Tok Guru Nik Aziz yang tawaduk dan tidak mengejar keduniaan. Hidup cara ringkas dan tidak mewah. 

Tetapi kini rakyat mula tertanya, untuk apa lagi mereka bersusah susah sedangkan pemimpin PAS sekarang bermewah mewah. Di saat rakyat tidur dalam kemah berbulan bulan, kenapa pemimpin Pas tidak sensitif terhadap perasaan rakyat, seolah olah dilupakan . Jangan ingat ini semua tidak menjadi dendam di hati rakyat.

Serangan habis habisan oleh UMNO pasti akan bermula juga. Saya rasa pilihanraya Sarawak akan menjadi garis panduan bagi Najib. Andai pilihanraya Sarawak BN menang besar sudah pasti PRU 14 tidak akan sampai ke tahun 2018. 

Semakin besar BN menang di Sarawak, semakin besar juga serangan BN terhadap PAS kelantan. Andai benar benar ini berlaku, maka akan berantakanlah sesama pemimpin PAS dan akan bermulalah episod saling salah menyalahkan antara satu sama lain di antara pemipin PAS. Maka tersenyum lebarlah Dr Zuhdi Marzuki

Wama karu wama karallahu wallahu khairul maakirin , kita merancang Allah juga merancang, dan Allah sebaik baik perancang  

wallahu a'lam 


KENAPA NAJIB PAYAH SANGAT NAK LETAK JAWATAN?

Posted: 21 Mar 2016 04:59 AM PDT

shahbudindotcom


Suatu ketika dahulu, pertanyaan yang setiap hari biasa didengar ialah "bila Najib nak letak jawatan?"

Tetapi sekarang ini, yang paling kerap ditanyakan pula ialah "kenapa Najib susah sangat nak letak jawatan?"

Jika di negara-negara lain, pemimpin yang terpalit dengan skandal kewangan seperti Najib ini, lumrahnya mereka akan mengundurkan diri dengan senang hati kerana tidak mahu nama baik sendiri, keluarga parti dan negara terus bertambah buruk kerananya.

Di negara kita pula, jangankan disebabkan ada skandal, malah hanya kerana gagal mendapat kemenangan selesa pun mereka akan mengundurkan diri demi sayangkan parti dan negara.

Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj meletak jawatan selepas keputusan buruk pilihanraya yang diikuti dengan tragedi 13 Mei 1969, manakala Tun Abdullah Badawi juga berundur selepas hilang dua pertiga pada pilihanraya 2008.

Tetapi Najib bukan saja tidak mahu berundur meskipun keputusan pilihanraya 2013 pimpinannya berkurangan tujuh kerusi berbanding pilihanraya 2008, lebih buruk lagi meskipun setelah terpalit dengan kemelut 1MDB, derma RM2,600 juta dan dana RM42 juta SRC International, beliau masih juga mahu menggagahkan dirinya bertahan di kerusi kuasa Perdana Menterinya.

Najib bukan saja tidak mahu mengikut contoh teladan yang ditunjukkan oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdullah Badawi, malah juga berbeza dengan Tun Mahathir Mohamad.  

Meskipun Tun Mahathir juga menghadapi beberapa penentangan ketika eranya, tetapi bukan saja semua persoalan dijawab dengan sebaiknya, malah beliau menutup mulut mereka yang mengkritiknya dengan kejayaan melepasi dua pertiga setiap kali pilihanraya.

Itulah antara sebabnya apabila beliau mengumumkan untuk berundur daripada jawatannya pada 2002, ramai yang menangis dan memujuknya. Dan kemudian apabila peralihan kuasa kepada Tun Abdullah Badawi berlaku pada 2003, kehilangannya begitu dirasai.

Dengan keinginan Najib untuk terus bertahan sedangkan banyak persoalan mengenai dirinya terbiar tidak mampu dijawab, UMNO dan negara pastilah akan menjadi korbannya.

Najib ketika ini bukan saja menjadi tadahan kebencian rakyat dan masyarakat antarabangsa, malah imej negara di bawah kepimpinannya tidak lagi seharum seperti dulu.

Dalam keadaan ini, bukankah berundur lebih baik demi kebaikan UMNO dan juga negara?

Tetapi, kenapa payah sangat Najib mahu berundur? Apa lagi yang mahu dipertahankannya? 

Daripada anak Perdana Menteri kini sudah pun merasa menjadi Perdana Menteri, lalu pencapaian apa lagi yang mahu ditunggunya?

Apakah Najib sebenarnya bimbang tindakan undang-undang dan penjara akan menantinya jika mengundurkan diri ketika ini?

Namun tidakkah, kiranya UMNO dan BN kalah pilihanraya nanti, undang-undang tetap juga akan mengejarnya?

Berapa peratus keyakinan Najib terhadap kemampuan untuk terus mengekalkan kuasa sedangkan setiap hari suara penolakan semakin bergema di mana-mana?

Dengan Tun Mahathir bersama beberapa bekas pemimpin UMNO dan kerajaan sudah bersama pembangkang dalam Deklarasi Rakyat untuk menolak Najib, jika ia berterusan sehingga PRU 14, siapakah lagi yang mampu menyelamatkan masa depan parti itu daripada tertanggal kuasanya?

Sebagai rujukan paling mudah, isu Najib ini boleh saja diumpamakan seperti seorang suami yang kantoi berskandal dengan wanita lain. Menyelesaikannya hanya perlu mengaku dan meminta maaf. Jika maafnya dapat diterima, kembali dan kukuhkanlah rumahtangga semula.

Jika maafnya ditolak, undur diri tetapi yang pentingnya, isteri dan anak-anak boleh mencari kebahagiaan sendiri selepas itu.

Namun dengan terus mempertahankankan diri seolah-olah tiada skandal, sedangkan sudah ada anak sebagai bukti dan jiran-jiran juga bercakap mengenainya, hubungan dengan isteri, anak dan keluarga bukan saja terus mencuka, silap-silap "anunya" suami juga boleh dipotong ketika sedang tidur lena.


Muhyiddin: Bos baru Bank Negara mesti setara Zeti

Posted: 21 Mar 2016 04:50 AM PDT

Jimadie Shah Othman & Hafiz Yatim

 


Spekulasi berhubung pengganti Zeti Akthar Aziz telah pun bermula susulan kontraknya bakal tamat bulan depan.

Beberapa nama dibangkitkan, termasuk yang paling popular Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar.

Bagaimanapun, bagi bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, siapa pun pengganti Zeti, orang itu haruslah jika tidak lebih baik pun, sekurang-kurangnya setara dengan penyandangnya.

Dan, lebih penting lagi, bagi Muhyiddin, ia tidak harus mempunyai sebarang kaitan dengan 1MDB, syarikat pelaburan negara sarat hutang cetusan ilham Najib.

Perkara itu dijelaskan Muhyiddin dalam wawancara bersama Malaysiakini di pejabatnya di ibu negara minggu lepas.

Timbalan presiden Umno yang digantung tugas itu turut menyentuh berhubung kepentingan agensi penguatkuasaan mendapatkan kepercayaan orang ramai.

Beliau juga ditanya sama ada beliau menyesal menyokong peralihan kuasa daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang terkenal dengan usaha menambah baik institusi penguatkuasaan, kepada Najib sebelum ini.

Berikut sedutan wawancara Malaysiakini dengan Muhyiddin:



Malaysiakini: Tan Sri Nampak confident dengan Zeti, tapi kontrak Zeti habis bulan depan.

Muhyiddin: Ya, saya diberitahu pada waktu itu, Zeti kata tak mahu sambung. Siapa pengganti wallahualam.

WSJ (The Wall Street Journal) kata Tan Sri Irwan Serigar. Ramai yang tak puas hati dengan tindakan itu. Saya tak mahu sebut sebab saya tidak ada privilange untuk sebut. Tapi pentingnya untuk ganti, kalau tak lebih baik tapi sama tara dengan Zeti.

Bank Negara institusi terpenting untuk mengawal sistem dan regulate kewangan dan orang yang nak duduk di situ mesti orang yang sebaik mungkin, contohnya tak ada kaitan dengan 1MDB.

Saya tidak kata dia bersalah. Dan hal yang boleh menimbulkan syak wasangka, soal sistem perbankan (mesti ada) trust, confident, credibility.

Jadi saya harap kerajaan kena meneliti mereka yang layak untuk mengambil alih tempat Zeti.


Jadi di mana kita mahu letakkan kepercayaan? Dulu task force nak siasat 1MDB ada empat badan, Bank Negara, polis, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), AG (peguam negara). Dalam keadaan sekarang rakyat nak lebih daripada itu. Kepercayaan rakyat nak sandarkan pada badan yang mana?

Itu sebabnya seluruh institusi penguatkuasaan sudah dicemari enggan campur tagan kuasa lain. institusi dilihat tidak boleh diyakini, dipercayai malahan mungkin hilang kredibiliti.
Bukan kerana keupayaan mereka tapi kerana campur tangan tadi.

Ini merosakkan dan dengan sebab itu hilang keyakinan rakyat dan ke mana lagi harapan kita kerana yang diharapkan sebab ada gangguan? Bagaimana nak harap keadilan dan perkara betul kita temui kerana ada kuasa luar nak mencampuri urusan?

Saya sukar menjawab. Pasal sepatutnya, pihak terlibat jangan campur tangan. Kita kemukakan kerana perdana menteri orang yang berkepentingan. Walaupun dia berkuasa dan berkepentingan dalam kes seperti 1MDB, sepatutnya dia jangan terlibat. Barulah institusi badan penguatkuasaan berfungsi dengan bebas.

Barulah siasatan dibuat bukan atas tekanan tapi fakta. Lebih malang lagi peguam negara tak beri pertimbangan yang bijaksana. Saya mendengar pihak perundangan kata ia bukan absolute dan mutlak.

Kalau sudah diperakukan oleh SPRM sudah jelas. Seharusnya dia tak perlu jadi hakim kerana keputusannya (harus dibuat) mahkamah.

Kenapa tak bagi laluan pada mahkamah? Saya bukan peguam dan sebagai orang biasa saya lihat ia tidak adil. Ini menjadi tanda tanya dan banyak pihak berkata ia seharusnya tidak begitu.

Kalaulah institusi yang telah tertubuh sekian lama untuk menjaga kepentingan rakyat, harus bebas, ia harus diberikan kebebasan itu, hak mereka supaya dapatlah rakyat lihat ia dilakukan secara adil. Tidak boleh campur tangan.

Ketika era Pak Lah (Abdullah) dulu, Pak Lah usulkan idea untuk kuatkan institusi seperti SPRM, dari BPR jadi SPRM. Apa yang berlaku sekarang nampak terbalik. Tan Sri menyesal menolak Pak Lah dulu, dan menaikkan Datuk Seri Najib?

Tak, tak, tak, itu soal lain. Saya tidak pernah menyesal kerana saya fikir tindakan saya itu betul, ikut keadaan, walaupun hasilnya berubah tidak seperti yang kita semua jangkakan. Tetapi saya fikir langkah saya tidak silap kerana ketika saya gesa Pak Lah berundur dan berubah pimpinan, BN masih menang. Saya buat telahan awal, kalau tidak buat begitu pasti BN kalah. Walaupun merosot masih menang.

Lepas daripada itu, apa yang berlaku... tidak ramai yang dapat menjangkakan apa yang berlaku. Kita tak boleh kata langkah dulu salah. Macam Tun M, saya kata dulu patut dia (Najib). Tapi rupanya silap saya, siapa yang akan dapat tahu sepuluh tahun ke hadapan, sukar untuk kita ramalkan.

Adenan bayangkan DUN bakal dibubar beberapa hari lagi

Posted: 21 Mar 2016 04:29 AM PDT

MALAYSIAKINI




Dewan Undangan Negeri Sarawak bakal dibubarkan dalam kira-kira seminggu lagi, menurut laporan di akhbar Borneo Post hari ini.

Laporan itu berasaskan kenyataan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengenai manifesto pilihan raya BN.

Menurut akhbar itu, Adenan dilaporkan berkata manifesto berkenaan sedang disediakan dan akan "diumumkan dalam masa kira-kira seminggu".

Dan apabila ditanya jika manifesto itu akan diumumkan sebaik sahaja selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri, beliau menjawab: "Sudah tentu."

"Saya sedang mengumumkan senarai nama (calon) dan saya fikir menjelang akhir bulan, saya akan memuktamadkan segala-galanya.

"Selepas ini, saya akan menasihatkan Gabenor Tun Abdul Taib Mahmud untuk membubarkan Dewan dan kemudian selepas itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil alih," katanya.

Apabila disoal oleh pemberita, Pengerusi BN negeri itu enggan mendedahkan tarikh sebenar bagi pengumuman manifesto itu, selain daripada berkata "tidak lama lagi".

Beliau juga menambah bahawa "tiada guna membuat spekulasi sekarang".

Kepada soalan lain, Adenan yakin BN akan mengekalkan Sarawak dengan lebih daripada sekadar majoriti mudah.

Ditanya mengenai sama ada Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) akan menjadi sebahagian daripada BN untuk pilihan raya kali ini, beliau berkata: "Sesiapa yang menggunakan 'dacing' adalah dalam pasukan saya."

Azizah: Isu RM2.6 bilion, 1MDB lebih besar dari kes Lim

Posted: 21 Mar 2016 04:22 AM PDT

Anne Muhammad


LIHAT VIDEO DI SINI
 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan isu sumbangan RM2.6 bilion dan kes membabitkan 1MDB lebih besar berbanding pembelian rumah ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Dalam kes membabitkan Lim, Azizah berkata pelbagai pihak sepatutnya menunggu sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menjalankan siasatan.

"Dia (Lim) sedang disiasat oleh SPRM, saya rasa kita patut tunggu sebab moral berkait dengan 1MDB dan RM2.6 bilion lebih besar," katanya kepada pemberita di parlimen hari ini.

Ketika ditanya adakah isu itu melibatkan serangan peribadi terhadap Lim, Azizah mengiyakannya.

Katanya, perkara itu timbul kerana pembangkang sebelum ini membangkitkan dana sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri dan kerugian ditanggung 1MDB.

"Ada juga unsur-unsur begitu (serangan peribadi), nampak seperti dia (Guan Eng) menjadi sasaran sebab bila kita lihat apa yang berlaku kepada dana RM2.6 bilion dan 1MDB, bila masa kita buka mulut tentang itu, ada individu yang akan dipecat dan hadapi masalah.

"Saya rasa mereka akan menyasarkan dan setiap kali langkah itu (menjadi mangsa) adalah pihak pembangkang," katanya.

Sebelum ini Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya menuduh Lim membeli sebuah banglo dua tingkat di Jalan Pinhorn dengan harga RM2.8 juta di bawah nilai pasaran.

Shabudin juga mendakwa pembelian rumah pada 2015 itu mempunyai hubungan dengan jualan sebidang tanah kerajaan negeri di Taman Manggis pada 2012.

Bagaimanapun, Lim menafikan dakwaan itu dan berkata beliau bersedia untuk menjawab tuduhan Shabudin di Parlimen. Lim juga meminta Shabudin mengulangi dakwaannya di luar parlimen agar beliau boleh mengambil tindakan saman untuk membersihkan namanya.


'Kalau Husam tak setuju, dia patut tanding presiden PAS'

Posted: 21 Mar 2016 04:16 AM PDT

Shakira Buang  




Mana-mana pemimpin PAS yang berhasrat menggantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden diminta bertanding bagi merebut jawatan tersebut pada muktamar parti itu akan datang.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tun Man berkata demikian ketika diminta mengulas desakan ADUN Salor, Datuk Husam Musa yang menuntut supaya Abdul Hadi meletak jawatan.

"Saya tak suka sebut nama dalam kenyataan saya. Tapi dia (Husam) dulu bertanding naib, bermakna kalau dia menang jawatan tersebut sekali pun presiden parti tetap Abdul Hadi.

"Begitu juga dengan Mat Sabu bertanding jawatan timbalan presiden tetapi katakanlah dia menang, presiden PAS tetap Abdul Hadi.

"Kalau dia (Husam) tak setuju dengan presiden, beliau sepatutnya bertanding jawatan presiden,' kata pesuruhjaya PAS Pahang itu dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini.

Husam sebelum ini mencadangkan Tuan Ibrahim yang juga bekas ADUN Jengka mengambil alih kepimpinan sebagai presiden parti manakala Abdul Hadi pula perlu berundur dan menjadi Mursyidul Am atau Timbalan Mursyidul Am.

Menurut Husam, perkara itu pernah berlaku sebelum ini apabila bekas Presiden PAS, Yusof Rawa dilantik menjadi Mursyidul Am manakala jawatan pemangku presiden diberikan kepada Datuk Fadzil Mohd. Noor pada 1989.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata tidak timbul soal mengapa mereka perlu menyerang kepimpinan presiden.

"Jadi tak timbul soal apabila kita kalah, kita kena serang presiden. Kerana kalau mereka menang sekali pun mereka masih dan tetap berpayung di bawah pentadbiran presiden," tegas Tuan Ibrahim.

Sebelum ini Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilapor menyindir dengan mengatakan Husam adalah individu paling layak menggantikan Abdul Hadi sebagai pesiden parti Islam itu.

Mohd turut mempersoalkan mengapa Husam tidak bertanding jawatan tersebut dalam muktamar lalu memandangkan bekas Exco Kelantan itu antara calon yang paling "layak" menduduki tampuk kepimpinan PAS.


Anak beranak mahu bawa deklarasi ‘syaitan’ ke Agong

Posted: 21 Mar 2016 04:14 AM PDT

MALAYSIAKINI




Portal pro-Umno terus membidas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana pembabitannya dalam 'Deklarasi Rakyat' bagi 'Selamatkan Malaysia' yang antara lain menuntut penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pembaharuan insititusi.

Walaupun tidak menamakan Mahathir secara langsung, Mykmu.net berkata dengan pengaruh 22 tahun sebagai pesiden Umno dan anaknya sebagai menteri besar, mereka cuba menyemai bibit api kemarahan rakyat terhadap Najib.

"Berjaya mendapatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan beberapa penyokong taksub, mereka mula ungkit 'kehebatan' bekas perdana menteri 22 tahun.

"Berjaya mendapatkan 'geng' dari dalam Umno dan kabinet kerajaan, mereka lebih aggresif.

"Bukan saja dasar kerajaan yang mereka serang, propaganda berfaktakan 'fakta separuh masak' dan 'tidak benar' mula dihidangkan pada rakyat dan akar umbi parti," kata penulis artikel yang tidak mendedahkan namanya itu.

'Tong najis'

Deklarasi Rakyat yang dimeterai awal bulan ini membawa bersama kumpulan yang sebelum ini tidak boleh 'bertentangan mata' duduk di meja yang sama.

Dr Mahathir bukan sahaja kini bekerjasama dengan pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang tetapi juga sedia bersama keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah dipecatnya sebagai timbalan perdana menteri.




"Gagal menjatuhkan Najib dari dalam Umno mahupun kerajaan, mereka teruskan juga agenda menjatuhkan Najib.

"Biarpun terpaksa terjun ke dalam 'tong najis', mereka sanggup asalkan impian menjadi perdana menteri menggantikan Najib tercapai," katanya.

Penulis artikel di Mykmu itu menyebut bahawa jika syaitan berwajahkan manusia sekalipun, Mahathir dan kumpulannya itu sanggup bekerjasama asalkan ia mampu menggulingkan Najib.

Beliau turut menyelar tindakan kumpulan berkenaan kerana mahu mengheret Agong ke dalam kancah politik.

Sangat memalukan

Menurut penulis, tindakan itu sesuatu yang sangat memalukan kerana Raja-raja Melayu adalah bebas dan tidak mencampuri hal politik.

"Terkini, dua anak beranak itu mahu membawa deklarasi 'syaitan' itu mengadap Yang di-Pertuan Agong.
"Si anak dalam kenyataannya tanpa rasa malu memberi alasan kononnya deklarasi itu adalah mewakili 'suara rakyat' yang tidak mahu tunggu sehingga pilihan raya umum akan datang untuk menjatuhkan Najib," katanya merujuk kepada peranan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.



Seri Paduka pada titah ucapan ketika merasmikan pembukaan sidang parlimen keempat penggal ke-13 di Kuala Lumpur pada 7 Mac lalu menyatakan hasrat supaya pentadbiran yang ada kini diteruskan bagi merealisasikan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

Yang di-Pertuan Agong juga menggesa ahli-ahli parlimen supaya berhenti berpolitik untuk kepentingan sempit kerana ia telah berlarutan sejak sekian lama hingga melelahkan rakyat dan kerajaan.

Taktik buruk

Bagi pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, Seri Paduka hanya membacakan ucapan yang disediakan oleh kerajaan manakala Presiden Amanah, Mohamad Sabu juga bersetuju dengannya.

Mengulas lanjut, portal itu menyoal adakah Mahathir dan pemimpin pembangkang tidak faham dengan titah Yang DiPertuan Agong dan terus mahu menyebarkan fitnah mereka.

"Apakah mereka mahu membawa fitnah yang disiar di Wall Street Journal yang bersumber dari fitnah Sarawak Report kepada baginda?

"Politik sempit sebegitu yang hendak dibawa mengadap? Dan apakah itu tidak mengganggu perjalanan kerajaan sedia ada?" soalnya.




Penulis sebaliknya mencadangkan mereka yang terdesak menjadi perdana menteri supaya tidak menggunaka taktik buruk seumpama itu.

"Buruk sangat taktik begitu, nampak sangat tahap terdesaknya. Bagi mudahkan bicara, sembah saja pada Yang DiPertuan Agong, 'patik nak jadi PM, tuanku... boleh tak?'.

"Berterus terang sajalah!' katanya lagi.


Ahmad Said masih mahu simpan 'rahsia besar'

Posted: 21 Mar 2016 04:06 AM PDT


Alyaa Alhadjri


Bekas menteri besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata beliau masih menunggu masa sesuai untuk mendedahkan "rahsia besar" berkaitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, beliau meminta semua pihak menunggu terlebih dahulu kerana perkara itu akan didedahkan apabila tiba masanya.

"Tunggulah. Bila sampai masa sesuai nanti saya dedahkan," katanya.

Sehari selepas mengusulkan undi tidak percaya terhadap penggantinya Datuk Seri Abdul Razif Abdul Rahman, Ahmad Said dilapor berkata beliau masih menyimpan rahsia itu untuk tidak memalukan Najib.

Ahmad berkata, disebabkan rahsia itulah beliau berhempas pulas untuk "menyelamatkan" rakyat Terengganu.

Usul tidak percaya terhadap Rafiz ditolak oleh speaker atas alasan ia bukan memperkatakan pentadbiran jentera kerajaan negeri atau tanggungjawab menteri besar tetapi mempersoalkan kewujudan pembentukan kerajaan negeri itu sendiri.

Razif memulakan tugas pada Mei 2014 sebagai menteri besar menggantikan Ahmad Said yang dipaksa meletakkan jawatan setelah kemelut pertukaran kepimpinan tertinggi negeri itu.

Ahmad Said ketika itu membantah pertukaran itu, antaranya kerana ia timbul menjelang majlis perkahwinan anaknya.

Beliau kemudian dilihat bersama dalam beberapa acara dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahatir Mohamad yang lantang mengkritik pentadbiran Najib, terutamanya dalam isu 1MDB.

1MDB pada mulanya ditubuhkan dengan nama Terengganu Investment Authority (TIA) ketika era kepimpinan Ahmad.

Terlalu Besar Untuk Penyangak Jalanan

Posted: 21 Mar 2016 03:58 AM PDT

Oleh A Kadir Jasin






"JANGAN ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat, saya perdana menteri untuk rakyat."


Kenyataan di atas oleh Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, dilaporkan secara meluas oleh media atas talian pada hari Sabtu 19 Mac.

 
Ia adalah petikan ucapan beliau di Himpunan Solidariti di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, di Kuantan pada 19 Mac. [Baca lanjut di sini.]

Perhimpunan politik di pangkalan tentera? Adakah ini disengajakan sebagai isyarat bahawa angkatan bersenjata kini di bawah "kuasa" beliau ekoran Akta Majlis Keselamatan Negara? Mohon ampun sekadar bertanya.

Solidariti Bersama Najib di Kuantan
Mohd Najib kata, dia bukan penyangak – satu istilah yang keras dan hina. Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan penyangak sebagai pencuri atau penjahat.

Sepanjang ingatan saya, tiada siapa pun menuduh beliau perompak dan penjahat yang mencuri balak dan bauksit di Pahang.

Tapi ramai mendakwa dan mensyaki beliau terbabit dengan skandal 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan "derma" RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Jadi apakah tujuan beliau apabila berkata "jangan ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat"?

Bagi saya, ialah adalah mainan psikologi yang sengaja beliau dilakukan untuk sekali lagi mengaburi mata rakyat jelata, khususnya marhaen totok yang tidak faham isu-isu kompleks yang sedang dibincangkan.

Sama ada Mohd Najib penyangak atau tidak, saya serahkan kepada rakyat jelata dan kepada mahkamah pendapat umum (court of public opinion) membicarakannya. Saya hanya ingin menghalusi sama ada beliau "mencuri harta rakyat" atau tidak.

Mari kita halusi perkara berikut:

1. Kalau kita berpegang kepada hukum bahawa negara ini adalah milik semua warganegaranya maka apa saja harta benda yang bukan milik individu adalah harta kekayaan milik semua rakyat jelata.

2. Harta ini diamanahkan untuk ditadbir secara yang paling baik oleh rakyat jelata kepada kerajaan yang mereka pilih melalui proses pilihan raya.

3. Pada 3 April 2009 Mohd Najib mengambil alih mandat Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri. Pada 6 Mei 2013, melalui Pilihan Raya Umum, dia memperoleh mandat sendiri dengan hanya 48 peratus undi popular.

4. Apabila Mohd Najib yang berulang kali mengaku dirinya sebagai "perdana menteri untuk rakyat" menggunakan kuasa eksekutif yang diamanahkan oleh rakyat jelata untuk menjual atau memindahkan hak milik tanah TRX di Jalan Tun Razak dan Pangkalan TUDM Sungai Besi beliau sebenarnya menjual dan memindahkan hak milik tanah yang dipunyai secara kolektif oleh rakyat Malaysia.

5. Dalam kaitan inilah sesiapa saja yang faham undang-undang melihat penjualan dua bidang tanah ini dengan harga murah kepada 1MDB sebagai perbuatan khianat kerana telah menyebabkan rakyat kerugian potensi pendapatan (potential income) yang besar.

TRX: Perniagaan gali lubang timbus lubang 1MDB
 6. 1MDB menilai semula harta ini. Dalam sekelip mata nilainya naik berpuluh kali ganda. Dengan nilai yang tinggi itu 1MDB mencagarkannya untuk mendapatkan pinjaman. Dalam sekelip mata hutannya naik melepasi RM42 bilion.

7. Pada harga baru yang tinggi itu jugalah 1MDB menjual tanah TRX kepada Tabung Haji dan pihak-pihak lain dari dalam dan luar negara. Kalau Mohd sayangkan Tabung Haji, dia sepatutnya menjual tanah TRX itu awal-awal lagi kepada Tabung Haji pada harga kerajaan dan bukan harga pasaran. Tidak perlulah Tabung Haji beli atas tangan dengan harga yang mahal.

8. Logiknya 1MDB membuat keuntungan besar apabila tanah yang dibelinya pada harga rendah dijual dengan harga tinggi. Apabila 1MDB mendapat keuntungan, keuntungan itu juga menjadi hak semua rakyat jelata.

9. Malangnya, bukan sahaja rakyat jelata tidak dapat apa-apa, sebaliknya mereka dan anak cucu mereka memikul beban hutang berpuluh bilion ringgit kerana banyak hutang 1MDB dijamin oleh kerajaan.

10. Tanah yang dulu mereka miliki kini sudah dijual. Kalau dijual kepada Tabung Haji, walaupun pada harga yang tinggi, ia masih milik rakyat jelata. Tetapi lebih banyak tanah 1MDB dijual kepada orang asing.

China pemilik penting Bandar Malaysia
11. Rakyat jelata yang menyimpan, mencarum atau melabur dalam Tabung Haji, KWSP, KWAP dan PNB juga menanggung risiko tambahan kerana agensi-agensi ini adalah antara yang memberi hutang kepada 1MDB.

12. Sebahagian tanah TRX telah dijual kepada pemodal Australia dan Indonesia manakala 60 peratus saham syarikat pemaju Bandar Malaysia (bekas Pangkalan TUDM) dimiliki oleh perkongsian di antara Cina Malaysia dan Cina negeri China.

CGN kini pemain utama industri tenaga Malaysia
13. Penjana elektrik bebas (IPP) yang 1MDB beli daripada pemilik tempatan dengan harga mahal dan dijual murah kepada syarikat negeri China sepatutnya menjadi hak milik negara dalam masa beberapa tahun lagi.

14. Menurut sumber industri tenaga, IPP tersebut akan menjadi hak milik negara selepas tempoh konsesi selama 20-25 tahun tamat dengan bayaran hanya antara RM10 dan RM100 sebuah.

Kesimpulannya, menang betul dakwaan Mohd Najib bahawa beliau bukan penyangak. Dalam penggunaan dan kefahaman harian, penyangak adalah penjahat atau bajingan jalanan biasa sahaja. Dalam loghat Utara kawar.

Apa yang sedang diperkatakan mengenai 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan "derma" RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Mohd Najib adalah di luar kemampuan penyangak, bajingan dan kawar jalanan.

Kalau ia kegiatan "menyangak" biasa seperti mencuri motosikal kapcai atau kasut di masjid ia tentulah tidak disiasat dan akaun bersabit dengannya dibekukan di Singapura, Hong Kong, Switzerland, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Wallahuaklam. ~kadirjasin.blogspot.my

Saya tidak percaya Najib seorang penyamun, jadi beliau perlu tampil dedahkan segera

Posted: 21 Mar 2016 03:54 AM PDT



Oleh Lim Kit Siang


Saya tidak percaya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seorang penyamun, jadi beliau perlu tampil di Parlimen minggu ini bagi mendedahkan secara telus dan bertanggungjawab mengenai skandal mega berkembar RM55 bilion 1MDB dan derma politik RM2.6 bilion melibatkan beliau.

Najib bukan sahaja harus menggunakan ucapan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong bagi memberi penerangan penuh berkenaan dua skandal itu, malah, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga perlu menghilangkan segala keraguan mengenai kredibiliti dan profesionalisme agensi berkenaan apabila seorang Pengerusi "cari makan" yang dipaksa menjalankan siasatan penuh dan menyeluruh ke atas skandal Najib.

PAC sepatutnya memanggil Najib sebagai saksi utama dan memberi beliau peluang untuk menjawab segala persoalan dan keraguan timbul mengenai skandal mega berkembar tersebut. Malah, PAC harus mengambil satu langkah tambahan – siasat semua maklumat tentang skandal mega berkembar itu yang telah disiarkan di laman web Sarawak Report, tentukan mana artikel serta dakwaan Sarawak Report yang tidak berasas dan tidak benar, dan sahkan mana dakwaan yang benar dan tepat. 
 
Malah, kerajaan pimpinan Najib perlu menarik balik sekatan akses ke atas Sarawak Report memandangkan sikap benar dan jujur merupakan cara terbaik menangkis segala pembohongan dan kepalsuan. PAC perlu menjemput pemilik Sarawak Report, Claire Recastle, untuk memberi keterangan kepada agensi berkenaan, malah, membayar tambang dan perbelanjaan beliau dari UK dan memberi jaminan bahawa tiada tindakan akan diambil ke atasnya semasa lawatan beliau ke Malaysia sebagai tetamu dan saksi PAC.

Beberapa orang telah memberitahu saya bahawa ucapan Najib di Kuantan yang mengatakan beliau bukan seorang penyamun mengingatkan mereka kepada ucapan Presiden Amerika Syarikat pertama yang terpaksa meletak jawatan, Richard Nixon, yang membuat penampilan di televisyen pada November 1973 semasa kemuncak skandal Watergate untuk memberitahu rakyat bahawa beliau bukan seorang penyamun – sembilan bulan sebelum beliau meletak jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat untuk mengelakkan prosiding pemecatan di Kongres.

Tiada siapa fikir Najib mahu menjadi Nixon, dan inilah sebab mengapa saya berharap beliau akan berhenti berdiam diri berhubung skandal mega berkembarnya serta menerangkan segala kebenaran kepada rakyat Malaysia dan dunia supaya Malaysia tidak lagi tersenarai di tempat teratas di peringkat antarabangsa, sama ada untuk skandal rasuah paling teruk atau contoh rasuah global.

* Asas ucapan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, di ceramah kopitiam anjuran DAP Temerloh di Mentakab, Pahang pada 21 Mac 2016 


Dua anak Pekan yang berbeza

Posted: 21 Mar 2016 03:49 AM PDT



 
Oleh SUBKY LATIF


DALAM seminggu dua ini negara dikecohkan oleh dua anak bangsawan Pekan yang dilihat saling berbeza wataknya.
   
Watak yang pertama Tengku Abdullah, Tengku Mahkota Pahang. Watak yang kedua pula adalah Datuk Shahbandar Pahang, Datuk Seri Najib Tun Razak. Datuk Shahbandar adalah seorang yang amat penting dalam kedudukan bangsawan di negeri Pahang.

Dalam pemerintahan Raja Mutlak dulu, selepas Sultan sebagai pentadbir dan pemerintah, Datuk Shahbandar adalah terpenting selapas raja bertakhta.
  
Dalam kekecohan seminggu dua ini Tengku Mahkota hendak meletak jawatan daripada Presiden Persatuan Bola Malaysia yang disandangnya sejak beberapa ketika. Hasratnya melepaskan jawatan berlaku secara  tiba-tiba.
   
Tidak diduga. Tiba-tiba baginda merasa bertanggungjawab atas kekalahan Malaysia 10 – 0 dengan pasukan bola negara teluk. Kekalahan yang amat memalukan. Maka sebagai ketua persatuan bola yang bertanggungjawab mahu menebus kekecewaan itu dengan melepaskan pimpinan persatuan yang dipimpinnya supaya ia boleh dipimpin oleh orang lain.
   
Heboh semua orang. Masing-masing menolak hasrat baginda, memujuknya supaya hasrat itu ditimbang semula. Ia sedang ditimbangkan.
  
Manakala seorang bangsawan Pahang lain juga dari Pekan kecoh di seluruh negara mintanya supaya cukuplah setakat enam tahun jadi Perdana Menteri. Berhenti sajalah!
   
Sudah lama di sana sini orang suka dia berhenti. Ada yang menyatakannya melalui percakapan dan lidah. Tetapi ramai juga bercakap dalam hati.
   
Dr. Mahathir sejak lebih setahun lalu menggesanya berhenti. Berbuih mulut Dr. Mahathir, tiada dihiraukannya. Jika boleh dia hendak di situ lebih lama dari zaman Mahathir dulu.
   
Berbeza dengan bangsawan yang pertama. Tiada siapa suruh berhenti, baginda menawar diri hendak berhenti. Mungkin orang boleh berkelahi kerana tidak mahu baginda berhenti. Baginda menawar turun kerusi.
   
Yang seorang lagi amat berbeza. Berkelahi semua orang menyuruhnya berhenti, dia tidak mahu berhenti. Telinganya tidak seperti telinga orang. Dia tidak dengar apa orang kata padanya dan pada pimpinannya. Kata orang itulah yang dinamakan telinga kuali.
   
Kedua-duanya anak orang Pekan dan kedua-dua pembesar negeri Pahang.
   
Sebab yang bangsawan pertama, cuma satu sebab. Pasukan bola yang baginda jadi Presidennya kalah teruk. Lebih teruk dari Brazil kalah pada Jerman dalam piala dunia dulu. Presiden bukan main pun. Yang main bukan anak raja itu. Orang lain yang main. Kerana pasukannya kalah baginda malu maka cara itu saja dapat menebus malunya.
   
Bangsawan yang kedua. Apa silapnya?
   
Sepatutnya jangan ditanya apa silapnya. Tanyalah apa salahnya? Banyak salahnya dan boleh dikatakan semuanya silap dan semuanya salah. Tetapi baginya dia tidak tahu yang dia salah sekalipun ada yang kata dia salah. Kalau yang kata dia salah dia rasa dia betul juga, apa lagi yang mengata dia betul. Maka disangkanya dia betul juga.
  
Yang pertama tidak tahu orang sayang padanya. Bila hendak berhenti, maka tahulah orang sayang padanya. Masa terbaik berhentilah semasa sebelum orang suruh berhenti. Apabila orang mula suruh berhenti, juga tanda orang sayang. Apabila disuruh bertalu, ia tanda orang tak sayang padanya lagi.
   
Berhenti atau tak berhenti orang sudah tidak sayang lagi. Jangan sampai orang bawa penyapu sampah.


Usul undi tak percaya: Mat Said terima padah

Posted: 21 Mar 2016 03:47 AM PDT




DETIK DAILY


PETALING JAYA: Kerajaan Terengganu menghentikan penyaluran dana kepada ADUN Kijal yang juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tindakan itu dianggap langkah tepat berikutan tindakan Ahmad yang dilihat tidak membawa imej sebagai wakil rakyat kerajaan kerana tindakannya mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau pada sidang DUN baru-baru ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Ahmad Razif berkata, semua dana untuk DUN Kijal akan diuruskan olehnya sendiri di bawah Pejabat Menteri Besar.

"Kita hentikan untuk diuruskan oleh ADUN kawasan itu sahaja tetapi bajet untuk Kijal (DUN) masih berjalan macam biasa tapi diuruskan di bawah Pejabat Menteri Besar.

"Kita melihat bahawa apa tindakan yang ditunjukkan tidak mencerminkan kepada wakil rakyat kerajaan maka kerana itu saya sebagai pemimpin kerajaan sekarang, akan mengambil alih (dana)," katanya kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran di Hentian Bas MBKT di Kuala Terengganu, pada Ahad.

Ditanya tindakan kerajaan negeri itu seolah-olah memperlakukan Ahmad seperti kawasan pembangkang, Ahmad Razif menyerahkan persepsi itu dinilai oleh umum termasuk Ahmad.

"Itu terpulang kepada dia (Ahmad)," jawabnya ringkas.

Kemungkinan Ahmad akan berpaling tadah dan boleh menyebabkan kedudukan kerusi BN dan pembangkang seri, Ahmad Razif berkata, ia tidak menjejaskan kerajaan yang dipimpinnya sekarang~FMT 

Jangan bimbang kami ke Himpunan 20K Huffaz

Posted: 21 Mar 2016 03:45 AM PDT



 

DETIK DAILY


KUALA LUMPUR: Kehadiran pemimpin PAS di dalam Majlis Himpunan 20,000 Huffaz semalam adalah untuk memberi sokongan padu kepada pembentukan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan (Pinta).

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan, mereka hadir ke majlis tersebut yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan adalah atas undangan rasmi dari pihak Pinta.

"Jangan bimbang sahabat sekelian. Kami pergi ke majlis Himpunan 20K Huffaz adalah untuk memberi sokongan padu kepada pembentukan PINTA (Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan) yang di dalamnya lebih 300 buah Maahad Tahfiz bergabung bagi memperjuangkan pusat pengajian tahfiz dan juga kami hadhir atas undangan rasmi dari PINTA," ujarnya di laman Facebook beliau hari ini.

Namun katanya, mereka tidak mengelak daripada bertemu Perdana Menteri di dalam majlis itu yang juga dijemput untuk merasmikan Himpunan 20,000 Huffaz tersebut dengan maksud untuk mengaplikasikan Politik Dakwah.

"Kita akan teguh berprinsip bagi memperjuangkan Islam dan menentang kemungkaran. Kami akan perangi penyakit (ideologi yang salah dan bertentangan dengan Islam), kami tidak memusuhi pesakitnya.

"Sebaliknya kami akan terus berjuang untuk menegur, mengkritik dan mendidik mereka agar kembali ke jalan Allah SWT,"ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Sejak semalam gambar beliau dan Ketua Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz kelihatan bermesra dengan Perdana Menteri DatuK Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di dalam majlis itu, menjadi viral dan dijadikan modal pihak tertentu untuk menyerang PAS. – HARAKAHDAILY 



PRU14: PAS-IKATAN sedia berdepan tiga penjuru

Posted: 21 Mar 2016 03:42 AM PDT

 
Masih terlalu awal untuk PAS menilai bok mana yang kuat dan menyerahkan kepada pengundi untuk membuat penilaian.


hadi,ikatan


KUALA LUMPUR: Blok pakatan ketiga gabungan PAS-IKATAN sedia berdepan dengan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-14, walaupun bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

Pendirian itu dibuat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana gabungan baharu itu tiada kaitan dengan PH dan tidak akan sesekali bekerjasama dengan gabungan pembangkang PKR, DAP dan AMANAH.

"Kita bersendiri, takkan duduk dengan Pakatan Harapan, kita masih dalam gabungan kita sendiri, terpulang kepada mereka sama ada nak terima konsep kita atau tidak," katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen hari ini.

Mengulas mengenai kekuatan PAS-IKATAN untuk berhadapan dengan PH, Abdul Hadi menjelaskan masih terlalu awal untuk menilai blok mana yang kuat.

"Kita tunggu dan lihat, terlalu awal untuk saya jelaskan," tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi turut mengulas kenyataan Pengarah Strategi AMANAH, Dr Dzulkefly Ahmad yang menuduh PAS secara sengaja menekankan agenda pelaksanaan hudud untuk mencetuskan pertelingkahan dalam kalangan pemimpin Pakatan Rakyat sehingga gabungan pembangkang itu berpecah.

Katanya, tuduhan itu tidak akan melemahkan PAS untuk terus membawa agenda perjuangan hudud.
"Dia tak setuju dengan hudud, dia hanya satu undi sahaja, masih berjuta undian lagi yang setuju," katanya.

El Nino: Sekolah di Perlis, Kedah tutup 2 hari

Posted: 21 Mar 2016 03:40 AM PDT

 
Guru sekolah diminta hadir bertugas seperti biasa dan pihak sekolah tidak perlu menggantikan dua hari cuti itu.


madzir,seolah-tutup


PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di Perlis dan Kedah ditutup selama dua hari bermula esok selepas suhu di kedua-dua negeri itu melebihi 39 darjah Celsius.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata demikian dalam muat naik status Facebook milik beliau hari ini.

"Fenomena El Nino Kedah dan Perlis (22-23 Mac 2016) seluruh sekolah ditutup utk PdP (Pengajaran dan Pembelajaran) murid sahaja. Guru kena hadir. Tidak perlu diganti. Kenyataan rasmi menyusul," tulis beliau.

Bagaimanapun, guru sekolah diminta hadir bertugas seperti biasa dan pihak sekolah tidak perlu menggantikan kedua-dua hari cuti itu.

Penutupan itu melibatkan 853 sekolah iaitu 232 buah sekolah menengah dan 621 buah sekolah rendah, melibatkan 413,786 orang murid termasuk kanak-kanak pra-sekolah.

Jabatan Meteorologi sebelum ini mengumumkan suhu di Kedah dan Perlis adalah antara yang tertinggi di seluruh negara yang kini dilanda fenomena El Nino sehingga mencapai lebih 37 darjah selsius, terutama di Alor Setar.

SPRM tidak boleh ambil keterangan Guan Eng minggu ini

Posted: 21 Mar 2016 03:26 AM PDT

 
Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan membuat lawatan rasmi ke Hainan, China minggu ini dan hanya boleh dihubungi minggu depan


KE_Wong_Hon_Wa-,-lim-guan-eng100


PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hanya boleh dihubungi dan diambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu hadapan.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Wong Hon Wai memberitahu bahawa pada minggu ini, Guan Eng akan mengadakan lawatan rasmi ke Hainan, China.

Namun begitu, Hon Wai berkata beliau mendapat arahan daripada Guan Eng meminta supaya SPRM menyegerakan siasatan ke atas pembelian banglo miliknya di Jalan Pinhorn dan penjualan tanah yang dimaksudkan untuk projek rumah kos rendah di Taman Manggis.

Jelas Hon Wai lagi, beliau juga mendapat arahan daripada Guan Eng yang meminta supaya SPRM menyegerakan siasatan ke atas tuduhan rasuah palsu berhubung penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis serta pembelian rumah oleh Ketua Menteri itu.

"Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengalu-alukan siasatan yang dijalankan agar dapat membuktikan bahawa beliau menjalankan pentadbiran bersih sehingga kerajaan negeri Pulau Pinang dipuji oleh Transparency International.

"Ketua Menteri akan memberikan kerjasama penuh ke atas siasatan SPRM ini dan ingin meminta ia disegerakan agar dapat membuktikan tuduhan rasuah ke atas YAB (Yang Amat Berhormat) Ketua Menteri adalah tidak berasas dan palsu.

Hon Wai memaklumkan SPRM bahawa majikannya beranggapan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu bertujuan untuk mencemar nama baiknya.

"Isu penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis, yang dijalankan secara tender terbuka bukanlah isu baru, dan pernah dicanang-canangkan oleh parti lawan sebelum dan semasa pilihanraya umum 2013," ujarnya.

Sementara itu, Hon Wai turut telah diarahkan oleh Guan Eng untuk merujuk kepada kenyataan SPRM Pulau Pinang bahawa SPRM telah melakukan siasatan ke atas Ketua Menteri itu sejak beliau mula menyewa rumahnya di Pinhorn Road pada 2009, sebelum membelinya pada 2015.

"Ketua Menteri ingin tahu hasil siasatan SPRM yang telahpun dijalankan begitu lama samada secara rasmi menerusi surat ataupun melalui pengumuman SPRM melalui media massa," kata beliau lagi.

Guan Eng ketika ditemui di Dewan Rakyat turut menzahirkan rasa kecewanya terhadap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya.

Ia ekoran keengganan Shabudin minum kopi bersamanya selain memperjelaskan bukti mengenai isu pembelian sebuah rumah dan penjualan tanah negeri di Taman Manggis kepada pemaju swasta.

Serangan terhadap LGE tidak jejas DAP di Sarawak

Posted: 21 Mar 2016 03:25 AM PDT

 
Pengundi di Sarawak mengundi DAP kerana parti bukan kerana Guan Eng berbeza dengan pengundi UMNO yang melihat siapa Presiden UMNO.


Ahmad-Atory-Hussain,-lim-guan-engjpg


PETALING JAYA: Isu pembelian banglo RM2.8 juta oleh Lim Guan Eng tidak menjejaskan sokongan pengundi kepada DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

Penganalisis Politik, Prof Dr Mohd Atory Hussain berkata, pengundi di Sarawak mengundi DAP kerana parti itu bukan kerana Guan Eng.

Tambahnya, pengundi juga tidak menggangap serangan terhadap Guan Eng itu melibatkan isu integriti, sebaliknya mereka percaya ia hanya permainan politik.

"Orang Cina mereka pandai. Mereka undi parti, parti itu penting tak kiralah siapa pemimpin dia. Mereka tak kisah," katanya kepada FMT.

Tambah Atory, berbeza dengan UMNO, pengundi akan mengundi berdasarkan siapa Presiden UMNO kerana 'UMNO itu Presiden dan Presiden itu UMNO'.

DAP memenangi 12 kerusi daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 2011, meningkat dua kali ganda berbanding pilihanraya sebelum itu.

KJ sahkan pegawai KBS 'songlap' RM100 juta

Posted: 20 Mar 2016 10:00 PM PDT

KJ sahkan pegawai KBS 'songlap' RM100 juta
Khairy ketika sidang media sebentar tadi.


PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini mengesahkan individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyalahgunaan dana RM100 juta adalah pegawai dibawah kementerianya.

Katanya, SPRM telah memaklumkan kepadanya beberapa mingu lepas bahawa satu siasatan sedang dijalankan ke atas pegawai tersebut.

"Saya telah menyatakan kesediaan Kementerian Belia dan Sukan dan agensi-agensi dibawahnya untuk memberikan kerjasama penuh kepada SPRM supaya siasatan ini dapat dijalankan dengan pantas dan menyeluruh,"katanya dalam satu sidang medianya di kementerianya hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata pihaknya menyerah sepenuhnya kepada SPRM untuk mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan hasil siasatan.

"Saya akan terus menyokong usaha SPRM dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pegawai kanan kerajaan ditahan seleweng RM100j]

Terdahulu, SPRM telah menahan seorang Setiausaha Bahagian di sebuah kementerian pada 17 Mac lalu selepas disyaki terlibat dalam sindiket menyeleweng dana kerajaan berjumlah lebih RM100 juta.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, lapan lagi suspek ditahan terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita yang kesemuanya merupakan kontraktor.

Menurutnya, pegawai kerajaan berkenaan disyaki menjadi 'mastermind' yang mengarahkan salah sebuah agensi kementerian itu membuat bayaran kepada kira-kira 14 buah syarikat kontraktor bagi tujuan menjayakan program-program berkaitan sukan yang tidak wujud.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Ini penjelasan Pas hadir program ada Najib

Posted: 20 Mar 2016 09:58 PM PDT


Ini penjelasan Pas hadir program ada Najib
Majlis himpunan 20,000 Huffaz dan perasmian gabungan persatuan Institut Tahfiz Al-Quran Kebangsaan di Masjid Wilayah Kuala Lumpur, malam tadi. 
 

SHAH ALAM - Susulan kehadiran pihaknya dalam majlis himpunan 20,000 Huffaz di ibu kota semalam yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Pas tampil menjelaskan perkara itu.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan memberitahu kehadiran mereka ke majlis itu atas jemputan rasmi Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan (Pinta).

"Jangan bimbang sahabat sekelian. Kami pergi ke majlis Himpunan 20K Huffaz adalah untuk memberi sokongan padu kepada pembentukan Pinta yang didalamnya ada lebih 300 buah Maahad Tahfiz bergabung bagi memperjuangkan pusat pengajian tahfiz," katanya melalui kemaskini di Facebook.

Semalam, sekeping gambar dimuatnaik sebuah portal berita menunjukkan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Nasrudin sedang duduk berbual dengan Najib dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menurut Nasrudin, mereka tidak mengelak dari bertemu Najib dalam majlis itu yang juga dijemput untuk merasmikan himpunan tersebut dengan maksud untuk mengaplikasikan Politik Dakwah.

"Kita akan teguh berprinsip bagi memperjuangkan Islam dan menentang kemungkaran. Kami akan perangi penyakit (ideologi yang salah dan bertentangan dengan Islam), kami tidak memusuhi pesakitnya.

"Sebaliknya kami akan terus berjuang untuk menegur, mengkritik dan mendidik mereka agar kembali ke jalan Allah SWT," katanya.


'Deklarasi Dr M tidak, Deklarasi Kit Siang pun bukan'

Posted: 20 Mar 2016 09:53 PM PDT

Jimadie Shah Othman & Hafiz Yatim

 


WAWANCARA Jika Deklarasi Rakyat bagi mendesak pengunduran Datuk Seri Najib Razak akan gagal, usah dipedulikan dan tidurlah dengan nyenyak.

Begitu 'pesan' timbalan presiden Umno yang digantung tugas Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabatnya di ibu negara Khamis lalu.

Sehari kemudiannya, ketika beliau dianggap pengkhianat oleh sesetengah penyokong Najib, Muhyiddin hadir merasmikan acara menandatangani deklarasi itu di Pagoh, kawasan parlimennya.
 
Lebih seribu orang Umno dilapor menurunkan tandatangan bagi menuntut presiden parti Melayu itu berundur, setelah terpalit kontroversi dalam isu 1MDB dan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaunnya.

Muhyiddin menolak keras dakwaan beliau seorang pengkhianat. Malah, istilah musuhnya yang membahasakan deklarasi itu sebagai "Deklarasi Mahathir-Kit Siang" juga menurutnya tidak tepat.

Siapa sebenarnya yang menulis teks deklarasi itu? Apa peranan Muhyiddin dan bagaimana dengan tuntutan pembangkang supaya mereka turut menuntut pembebasan Anwar?

Muhyiddin mengupas perkara tersebut satu persatu. Berikut sedutan wawancara beliau:

Malaysiakini: Dalam Save Malaysia, Tan Sri, (Lim) Kit Siang dan Tun Mahathir diserang hebat oleh Umno dan BN.

Muhyiddin: Itu salah satu dari inisiatif kami yang dipelopori oleh Tun Mahathir dan saya bersama rakan-rakan. Tidak ada terlibat pihak-pihak yang dinyatakan tadi kerana kami memikirkan apakah langkah-langkah ke hadapan menghadapi yang di hadapan. Jadi kami berpendapat salah satu (usaha) untuk menggesa Datuk Seri Najib berundur, itu ringkasan dari matlamat deklarasi itu dan kami nyatakan secara jelas.

Jadi apabila kita buat begitu, jadi pihak yang lain-lain berkata mereka sependapat mereka tidak bodoh. Di pihak pembangkang, NGO, masyarakat sivil, yang lain pun melihat situasi yang berlaku dalam negara ini dan mereka lihat di mana punca masalah.

Puncanya di situ, jadi inisatif kami buat begini. Jadi yang lain kami pun setuju jugalah. Jadi kalau dilihat sudut bahasa, yang digunakan ialah coup, c-o-u-p. Coup maknanya kita tidak berfikir bahawa Tun Mahathir dan Kit Siang boleh bertembung dalam satu platform kerana mereka tidak sama.

Mereka berfikir Anwar Ibrahim boleh menyokong inisiatif ini? Masalahnya Tun Mahathir dengan dia (Anwar) pun tidak itu (sama pendapat). Saya pun fikir seperti yang di sebelah sana (pembangkang) nak bersama-sama. Tapi dia (Mahathir) kata tak apa pasal tujuannya satu iaitu nak menyelamatkan negara dan itulah formulanya.

Itu semua orang dah fikir dah, jalan penyelesaian untuk menyelamatkan negara ialah perdana menteri mesti turun. Semua orang berkongsi (pandangan) sama. Bila saya tandatangan, Kit Siang tandatangan, memang saya tahu media perdana mengeluarkan (berita) itu, kata bersekongkol dengan perangkap pembangkang.

Dan mengatakan saya telah menjual negara, pengkhianat dan sebagainya. No, Muhyiddin masih sama dengan yang dulu. Sama.

Cuma masih dalam yang begini mereka bersedia sebab dalam soal negara saya fikir mereka berhadapan dengan tekanan kerana mereka menjadi sebahagian dari pihak pimpinan negara walaupun di bahagian sebelah sana.

Ada setengah negeri mereka jadi kerajaan. Pastinya rakyat dan pengundi mereka bertanya mengenai soal ini dan bagaimana nak selesaikan masalah. Mereka ditekan dan kami ditanya. Jadi bila dicari satu formula untuk menarik, mereka yang bersetuju.

Jadi bagi saya jangan diputarbelitkan dan dipusing-pusingkan berita yang tidak betul sehingga saya berjalan dengan Azmin pun jadi satu dosa besar. (ketawa). Pasal menakut-nakutkan ini dah jadi satu fobia.

Kita kena jadi terbuka dalam menghadapi realiti hari ini dan sanggup berfikir di luar kotak untuk menangani isu yang besar pada hari ini.

Jadi saya tidak segan silu mengatakan tindakan kami adalah tidak salah. Dan ada pihak, sesiapapun, hari ini hampir 50,000 yang sudah pun menyatakan sokongan dalam online, hard copy, kita masih berterusan berjalan.

Jadi saya fikir rakan-rakan dalam Umno bimbang. Ada yang memperkecilkan, (dakwa) ia adalah gimik dan tidak mewakili suara rakyat.

Dari itu jangan bimbang dan jangan cerita yang karut-karut. Mereka jangan bimbang. Jadi, tidur nyenyak-nyenyak dan jangan takut soal Deklarasi Rakyat, kalau begitu halnya OK.

Tapi saya percaya di hati perut mereka, mereka sudah rasa gundah dengan apa yang berlaku dan buat macam-macam – menggambarkan saya pengkhianat. Saya tidak begitu dan saya rasional. Saya fikir Tun Mahathir walaupun sudah 91 tahun masih rasional, berfikir betul dan perbuatan kita bukanlah salah.

Dalam Deklarasi Rakyat, pembangkang bukan sahaja nak jatuhkan PM tapi mereka ada harapan supaya Tan Sri dan Tun Mahathir turut serta dalam kempen bebaskan Anwar Ibrahim.

Saya balik pada apa yang disebut oleh Tun Mahathir. Fokus kita adalah supaya Datuk Seri Najib berhenti. Lain dari subjek itu tidak dibincangkan langsung.

Malahan ada subjek lain nak dibawa kerana kami datang dari pelbagai-bagai kumpulan yang ada kepentingan tertentu. Jadi kalau nak berjuang untuk kepentingan tertentu maka kesan pertama untuk sasaran kita tidak akan terjadi, fokus kita akan jadi berbagai-bagai.

Oleh sebab itu maka perjuangan itu akan jadi lemah. Sebab kita tidak ada matlamat perjuangan yang satu. Jadi, tujuan Tun, mari fokus pada satu subjek. Jadi isu lain kita kemudiankan.

Mungkin pihak di sebelah sana (kata) penting, pihak di sini kata saya nak yang ini. Jika dilayan itu ini dan yang ini (guling Najib) tidak jadi. Strateginya betul, elok kita fokus pada yang itu sahaja. Jangan kita campur adukkan dengan lain-lain perjuangan dan kepentingan. Ia boleh mengganggu sasaran utama, itu lebih penting.

Bagaimana ada pihak yang menggunakan istilah Deklarasi Mahathir-Kit Siang?

Tak betul, salah. Nak kata deklarasi Mahathir pun tak betul. Nak kata deklarasi Kit Siang lagi salah. Tak ada kaitan dengan Kit Siang. Tanyalah Kit Siang, ada tak dia duduk menggubal deklarasi itu? Tidak ada.

Saya tengok Tun Mahathir. Dan saya tengok draf itu kita sediakan. Dan kita bagi pada mereka untuk mereka tengok. Bukan ada dia tambah. Tidak ada, itulah yang kenyataannya.

Jadi nak panggil Deklarasi Mahathir pun tak betul. Nak panggil Deklarasi Kit Siang lagi salah. Ini adalah deklarasi rakyat yang dibuat bersama-sama untuk kepentingan bersama-sama. Itu lebih penting.

Saya fikir muslihat mereka untuk menggagalkan dan saya fikir mereka tidak akan berjaya dan kita akan terus jelaskan.

AMANAH tak main kayu tiga, kata Salahuddin Ayub

Posted: 20 Mar 2016 09:43 PM PDT

MALAYSIAKINI




Parti Amanah negara (AMANAH) menegaskan mereka tidak mengamalkan 'politik kayu tiga' dengan mengadakan kerjasama bersama parti lain selepas wujudnya Pakatan Harapan, kata Timbalan Pengerusinya, Salahuddin Ayub.

Menurut beliau, sikap membuka pintu rundingan dengan PAS hanyalah untuk mengelak pertembungan tiga penjuru dan memastikan berlakunya pertarungan satu lawan satu dengan BN pada pilihan raya umum akan datang.

"AMANAH sangat mementingkan perpaduan dan kerjasama yang utuh dalam Pakatan Harapan setelah memberikan komitmen menandatangani dokumen perjanjian Pakatan Harapan.

"Tiada kerjasama politik selain dalam kerangka persefahaman Pakatan Harapan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Salahuddin berkata, dengan penjelasan ini diharap dapat memperbetulkan salah anggap berhubung kenyataan beliau semalam.

Media semalam melaporkan kenyataan Salahuddin bahawa AMANAH sentiasa membuka pintu kepada semua pihak termasuk PAS untuk mengadakan perbincangan jika parti-parti pembangkang mahu hanya satu lawan satu dalam pilihan raya akan datang.

Sehubungan dengan pendirian itu beliau berkata, kerjasama itu hendaklah dilakukan melalui Pakatan Harapan.

"Ia bukan secara bersendirian tanpa pengetahuan atau persetujuan pihak Pakatan Harapan," jelas beliau.


Hadi mahu 'tunggu dan lihat' hayat AMANAH

Posted: 20 Mar 2016 09:40 PM PDT

Shakira Buang   




Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil pendirian untuk 'tunggu dan lihat' sejauh mana hayat Parti Amanah Negara (AMANAH) jika ia mahu bekerjasama dengan PAS bagi mengelak pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya akan datang.

"Kita tengok AMANAH hidup ke tidak lagi," kata ahli Parlimen Marang itu kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Tarbiyah dan Dakwah PAS Bandar Tun Razak, di Kampung Malaysia Tambahan, Kuala Lumpur, malam tadi.

Timbalan pengerusi AMANAH, Salahuddin Ayub sebelum ini dilaporkan berkata partinya sentiasa membuka pintu kepada semua pihak termasuk PAS untuk mengadakan perbincangan jika parti pembangkang mahu hanya satu lawan satu dalam pilihan raya akan datang.

Sehubungan dengan pendirian itu, Salahuddin berkata, kerjasama itu hendaklah dilakukan melalui Pakatan Harapan.

Terdahulu Abdul Hadi merasmikan Pusat Tarbiyah dan Dakwah PAS Bandar Tun Razak, di Kampung Malaysia Tambahan, Kuala Lumpur bagi memudahkan anggota parti Islam itu menjalankan aktiviti pemerkasaan parti.

Hadir sama Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan,

Mohamad Noor Mohamad dan Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh.



Adenan akan 'tenggelam' jika rapat dengan Najib - DAP

Posted: 20 Mar 2016 09:34 PM PDT

Adrian Wong  




Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem telah mengambil langkah yang salah apabila memilih untuk rapat dengan Perdana Menteri yang sedang dilanda masalah, Datuk Seri Najib Razak dalam usaha untuk menarik sokongan rakyat Sarawak dalam pilihan raya negeri akan datang, kata seorang pemimpin kanan DAP.

Pengarah pendidikan politik nasional DAP, Liew Chin Tong berkata, ini kerana di mata rakyat, Najib disamakan degan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang telah membebankan mereka sejak pelaksanaannya April lepas.

Dalam temu bual dengan Malaysiakini, Liew berkata beliau hairan dengan perubahan pendirian Adenan - dari mengekalkan jarak yang sihat dari Najib sebelum ini - kepada secara terbuka menyokong perdana menteri yang sedang diselubungi skandal.

Disember tahun lalu, Adenan berkata, kerajaan negeri BN akan terus menyokong Najib kerana beliau tidak pernah didapati bersalah atas sebarang salah laku berhubung 1MDB.

Minggu lepas, Adenan secara terbuka memberitahu satu perhimpunan bahawa Najib adalah seorang pemimpin negara yang hebat dan dia sepatutnya menjadi perdana menteri Malaysia "sampai kiamat".

"Beliau sayang negeri Sarawak, ambil berat kepada kita dan kita pun sayang kepada beliau dan mudah-mudahan beliau jadi PM sampai kiamat," Adenan dilaporkan berkata dalam satu majlis.

Bagaimanapun, Liew (gambar) berpendapat bahawa itu tidak bagus bagi Adenan terutamanya ketika ketua menteri itu mula kehilangan sinarnya apabila hari pengundian tiba.

"Adenan telah membina momentum sejak beliau mengambil alih jawatan (pada bulan Februari 2014). Tetapi ada sesuatu yang seolah-olah tidak kena dalam tempoh dua bulan lalu. Sudah tentu, terdapat masalah banjir. Dia seolah-olah telah kehilangan sinarnya.

"Oleh itu, saya tidak dapat memahami strategi beliau untuk rapat dengan Najib," kata Liew.

'Undi Iban, Cina terjejas'

"Walaupun rakyat mungkin tidak terjejas oleh 1MDB dan kemelut RM2.6 bilion, tetapi GST telah memberi kesan kepada mereka. Ke mana-mana saya pergi (di Sarawak), rakyat mengadu, kesannya amat mendalam.

"Jadi, apabila Adenan merapatkan dirinya kepada Najib, ini menjadi satu masalah.

"Ini tidak baik untuk Adenan, kerana Najib adalah (sinonim dengan) GST. Sekarang terdapat masalah dengan undi masyarakat Iban. Najib akan menjejaskan undi orang Cina ketika dia bersama Adenan.

"Mesej di sebalik (hubungan itu) adalah Najib agak bimbang tentang (BN tidak mempunyai cengkaman yang kukuh) di 25 kerusi Parlimen di negeri itu," kata Liew, yang juga ahli Parlimen Kluang.

BN Sarawak memenangi 25 daripada 31 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 2013 dan menang di 55 daripada 71 kerusi negeri dalam pilihan raya negeri pada 2011.

Liew berpendapat bahawa Najib lebih memerlukan Adenan untuk mengekalkan kuasa - malah lebih daripada Adenan memerlukan Najib.

"Mungkin apa yang ada dalam fikirannya ialah apa yang Najib akan beri kepadanya. Tetapi sebaliknya, apa yang dia mahu?" tanya Liew.

"Dengan pilihan raya negeri tidak lama lagi dan Dewan Undangan Negeri dijangka dibubarkan pada bila-bila masa, Adenan masih belum dapat menyelesaikan rundingan agihan kerusi di kalangan parti komponen BN, dan ini tidak akan berlaku semasa era pendahulunya Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Ini hanya menunjukkan bahawa momentumnya semakin lemah," kata Liew membuat kesimpulan, sambil menambah ia masih merupakan satu perjuangan yang sukar untuk pembangkang.

Beliau mengakui bahawa Adenan akan mempunyai kelebihan mutlak jika dia membubarkan Dewan Undangan Negeri setahun yang lalu, ketika tidak ada GST dan Najib tidak begitu membebankan BN Sarawak.

Zahid naikkan hadiah wang tunai untuk Umno Selangor

Posted: 20 Mar 2016 09:31 PM PDT

Alyaa Azhar

 


Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein datang 'menyelamatkan' Umno Selangor apabila mengumumkan hadiah wang bagi pendaftaran ahli dan pengundi sebanyak sepuluh kali ganda.

Ia susulan maklum balas daripada lebih 4000 ahli Umno Selangor, selepas ketuanya Datuk Seri Noh Omar mengumumkan hadiah wang tunai RM5,000 untuk cawangan yang mendaftar keahlian dan pengundi paling banyak.

Noh mengakui bahawa ganjaran wang itu sedikit kerana Umno Selangor tidak mempunyai "bajet cukup".

"Maka cawanagan-cawangan, bangkitlah untuk rebut peluang ni. Umno Selangor kurang bajet, tapi bab-bab persaingan, Zahid suka, dan mungkin akan tambah (peruntukan)," ujarnya ketika mesyuarat agung tahun ketua cawangan Umno Selangor hari ini.

Ini mendorong Zahid, yang berada di sana untuk merasmikan majlis itu, mengumumkan bahawa beliau dan Hishammuddin akan meningkatkan hadiah sebanyak sepuluh kali ganda kerana kagum dengan jumlah yang hadir.

"Dengan ini, kami berdua bersetuju untuk menambah. Hadiah pertama daripada RM5,000 naik RM50,000, RM3,000 naik RM30,000 dan RM2,000 naik RM20,000," kata Zahid sambil mendapat sorakan gemuruh.

Beliau kemudian berjenaka bahawa mereka boleh mengambil wang tunai itu daripada Hishammuddin selepas majlis tersebut.

"Lepas keluar dewan ni ambillah duit dari Hisham, Hisham ambil dari saya, saya ambil dari bendahari," katanya sambil mengingatkan ia bukanlah semata-mata tentang soal wang, tetapi sebagai kerja dan tanggungjawab.

Pertandingan itu adalah satu bentuk motivasi untuk Umno Selangor merampas negeri itu daripada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

BN kalah di Selangor pada pilihan raya umum 2008 dan tewas lebih teruk pada pilihan raya umum 2013 apabila hanya menang 12 kerusi dewan undangan negeri daripada 56 yang ditandingi.


Zahid: Abaikan 'kitab lama', ular tak patuk tiga kali

Posted: 20 Mar 2016 05:30 PM PDT

Alyaa Azhar  




Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberitahu ahli-ahli Umno Selangor supaya mengabaikan 'bekas ahli Umno' tertentu, yang menurutnya masih campur tangan dalam hal ehwal parti itu walaupun sudah meninggalkannya.

Tanpa menyebut nama tetapi merujuk dengan jelas kepada Tun Mahathir Mohamad, Zahid berkata 'orang itu' yang kini dalam misi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, juga melakukan perkara sama kepada perdana menteri ketiga Tun Hussein Onn dan perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Hanya kali ini, Zahid berkata, 'ular' tidak akan mematuk sebanyak tiga kali.

"Ular janganlah patuk tiga kali di tempat yang sama. Ular hanya akan patuk sekali saja. Insya-Allah, patukan ketiga, bukan kita nak riak. Kita minta patukan ketiga tidak ada bisanya," kata beliau ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan cawangan Umno Selangor.

Bercakap di hadapan kira-kira 4,000 pemimpin akar umbi Umno Selangor hari ini, Zahid berkata bahawa 'orang itu' kini seperti seorang suami yang 'gilakan talak'.

"Mungkin orang tu gila talak, mungkin. Mungkin orang tu merasakan apabila tak ada kepedulian dalam Umno, bila dia keluar, dia tulis surat kepada ketua cawangan, supaya bersama dengan gerakan yang dianjurkan beliau," katanya.

Zahid turut memberi perumpaan bahawa individu itu seperti 'kitab lama' yang memang harus dihormati dengan meletakkan di tempat tinggi, tetapi tidak lagi boleh dibaca kerana membawa 'kisah lama'.

"Saya minta ketua-ketua cawangan di Selangor jangan ambil pedulilah. Ibarat kitab dah buruk dah, letak kat atas tapi tak boleh baca dah.

"Kita hormat kitab lama kita letak atas la, tapi jangan pijak.

"Kita letak di atas tapi jangan baca sebab kisah dia kisah lama, nostalgia lama.

"Kita mahu melangkah ke hadapan, kita tinggalkan itu sebagai sejarah, sejarah yang minta ayahanda Hisham (Hishamuddin Hussein) tinggalkan jawatan (perdana menteri)," ujarnya.


Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT