Ahad, 20 Mac 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


KEBERANIAN, KETERBUKAAN DAN KETELUSAN YANG PATUT DICONTOHI

Posted: 20 Mar 2016 08:10 AM PDT

 shahbudincotcom

 

 
 
Isu pembelian banglo sederhana mewah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi perbualan ramai sejak sehari dua ini.

Namun, sesuatu yang membanggakan ialah beliau kekal dengan keberanian, keterbukaan dan ketelusannya, sesuai dengan keyakinannya bahawa tiada ada yang hendak disembunyikan di sebalik pembelian rumah itu.

Lim Guan Eng bukan saja meminta SPRM menyegerakan siasatan terhadapnya agar beliau boleh memberikan segala maklumat mengenainya, malah tanpa ragu-ragu menjemput sekumpulan wartawan dan jurugambar melawat rumahnya untuk melihat sendiri keadaan rumahnya yang djadikan kontroversi itu.
 
 
 
 
Sekurang-kurangnya, sementara sedia untuk disiasat, beliau tidaklah seperti Pahlawan Bugis yang seorang itu, yang bukan saja sudah lama tidak mengadakan sidang akhbar secara terbuka, malah nampaknya mula dilindungi daripada terjahan soalan-soalan oleh wartawan antarabangsa.

Lim Guan Eng bukan saja tidak takut dengan wartawan, malah tidak juga berdolak-dalik atau memberi pelbagai alasan remeh berkaitan pembelian rumah tersebut.
 
 





Keberanian, keterbukaan dan ketelusan yang wajar dicontohi oleh sesiapa saja yang bergelar pemimpin.




PH ajak PAS, UMNO sertai flashmob #Undur Najib

Posted: 20 Mar 2016 07:51 AM PDT

 
Perdana Menteri perlu berundur kerana gagal menjadi ketua kerajaan yang membela nasib rakyat.


najib-undur-flashmob



PETALING JAYA: Pemuda Pakatan Harapan(PH) mengalu-alukan kehadiran pemuda PAS dan UMNO yang tidak menyukai kepimpinan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak untuk menyertai 'flashmob' #Undur Najib.

Program tersebut diadakan bagi mengingatkan rakyat supaya mendesak Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, kerana telah gagal membela nasib rakyat.

Penganjur, Dr Afif Bahardin berkata acara 'flashmob' #Undur Najib itu diadakan sempena setahun perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April ini.

"Hari tersebut merupakan ulang tahun GST dikenakan di Malaysia dan kita semua tahu rakyat terbeban dnegan kos sara hidup, tetapi kerajaan (pimpinan Perdana Menteri) gagal mengatasi masalah ekonomi.

"Program ini akan diadakan secara serentak di seluruh negara dan lokasinya akan ditentukan kemudian," katanya semasa sidang media pemuda Pakatan Harapan di sini hari ini.

Syed Saddiq puji Guan Eng, bandingkan dengan Najib

Posted: 20 Mar 2016 07:49 AM PDT

 
Pendekatan Guan Eng bagi menjawab tuduhan dan tohmahan lebih cepat dan bagus berbanding pentadbiran Najib menjawab RM2.6 bilion dan 1MDB.


syed,najib,lim-guang-eng


PETALING JAYA: Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq memuji cara Lim Guan Eng berhadapan dan menangani isu pembelian banglonya berharga RM2.8 juta yang didakwa oleh pemimpin UMNO dibeli di bawah harga pasaran.

Katanya, dalam tempoh empat hari, Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilihat berjaya menepis tuduhan terhadapnya dengan mengambil sikap terbuka dan menjawab secara terus terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Katanya, pendekatan yang diambil Guan Eng amat berbeza dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sehingga hari ini didakwanya gagal menjelaskan tohmahan dan tuduhan melibatkan derma RM2.6 bilion dan 1MDB.

"Mari kita bandingkan dengan pemerintahan Najib yang memberikan jawapan yang berputar belit oleh beliau dan sekutunya, secara berterusan mengganggu SPRM, PAC dan Bank Negara selain merehatkan Peguam Negara dan penyiasatan dilemahkan.

"Media pula ditutup, dihalang pendedahan, melakukan pendakwaan mengikut SOSMA (penganas),

"Tidak menjawab soalan di Parlimen, tidak menjawab soalan yang diutarakan media, menarik diri berdebat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di saat-saat akhir.

"Najib juga sehingga kini masih gagal menyaman The Wall Street Journal dan The Edge," katanya menerusi Facebook.

syed-fb
Syed Saddiq berkata, perbandingan itu membuktikan siapa yang sebenarnya menggunakan saluran yang betul untuk menjawab tohmahan.

"Nanti memang ada yang melabel saya Pro-LGE dan memekakkan telinganya kepada semua kritik yang saya buat terhadapnya sebelum ini.

"Biasalah. Semua benda nak ada 'label'. Semua isu nak disuntik perkauman.

"Saya serahkan kepada SPRM tetapi setakat ini, respon Guan Eng (menjawab tohmahan) lebih baik berbanding pentadbiran Najib," katanya.

Kerajaan Johor tidak usik tajaan biasiswa pengajian

Posted: 20 Mar 2016 07:43 AM PDT

 
Kerajaan Negeri Johor tidak merancang untuk mengurangkan atau mengehadkan tajaan biasiswa sekali gus mengekalkan peruntukan pendidikan seperti yang terkandung dalam Bajet Negeri Johor 2016.


khaleed-Yayasan-Pelajaran-Johor


JOHOR BAHRU: Penuntut dari negeri Johor yang melanjutkan pengajian di institusi dalam atau luar negara tidak perlu bimbang terhadap tajaan biasiswa kerajaan negeri itu.

Ini kerana Kerajaan Negeri Johor tidak merancang untuk mengurangkan atau mengehadkan tajaan biasiswa sekali gus mengekalkan peruntukan pendidikan seperti yang terkandung dalam Bajet Negeri Johor 2016.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata belum ada perancangan untuk mengehadkan, mengurangkan ataupun mengubah apa yang kita bentangkan dalam bajet dan ini termasuk perbelanjaan yang telah ditetapkan oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) (untuk tajaan biasiswa)," katanya, lapor Bernama.

Beliau mengulas pertanyaan tentang langkah kerajaan negeri mengurangkan kos dalam menghadapi cabaran ekonomi sukar.

"Tahun lepas, sebanyak RM13.5 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri Johor bagi 1,859 penuntut yang melanjutkan pengajian di dalam negara dan sebanyak RM978,000 untuk 52 penuntut yang belajar di luar negara," katanya.

Anak ‘Raja Gula Malaysia’ berniaga baju terpakai

Posted: 20 Mar 2016 07:41 AM PDT

 
Yen mengaku dia tidak dilayan sebagai seorang puteri tetapi diajar berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu.


yen


PETALING JAYA: Tan Sri Robert Kuok, individu paling kaya di negara ini tetapi anak perempuannya dilaporkan sekadar berniaga pakaian berjenama terpakai diinternet.

Yen, 26, berkata ahli keluarganya tidak pernah mengharapkan dia menjadi seorang 'puteri' sebaliknya melatihnya secara tegas.

"Cara keluarga saya sangat ketat malahan saya tidak diberikan wang saku. Semasa di sekolah, wang saku kawan saya juga jauh lebih banyak berbanding saya," katanya lapor portal Malaysiagazzette yang memetik China Press.

Wawancara Yen bersama media Hong Kong disiarkan baru-baru ini.

Kerana minat dalam bidang itu, Yen menubuhkan laman Guiltless.com yang menjual pakaian-pakaian dan produk berjenama terpakai.

Dia mendapat inspirasi untuk memulakan perniagaan itu kerana sering membeli pakaian terpakai ketika melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat.

"Semasa kecil, bapa pernah berpesan bahawa nenek saya tidak suka saya menjadi 'puteri keluarga berada'," katanya yang sering bertukar pakaian dengan kawan-kawan ketika di kampus.

Menurut Yen, dia sendiri hanya memiliki pakaian berjenama sendiri ketika berumur 17 tahun apabila seorang abangnya menghadiahkan pakaian jenama Viktor&Rolf.

Bercerita perihal bidang akademik, Yen mengakui ayahnya tidak memaksa dia mendapat keputusan A dalam peperiksaan.

"Ayah asyik memberitahu bahawa pergi ke sekolah bukannya untuk menuntut pelajaran tetapi untuk memperluaskan pandangan.

"Ayah tidak memaksa saya mendapat A dalam peperiksaan, ayah kata dapat B pun tidak apa," katanya.

Kuok, 91, diikhtiraf individu paling kaya untuk 10 tahun berturut-turut dengan memiliki kekayaan AS$11.3 bilion atau RM40.8 bilion.

Terkenal dengan gelaran Raja Gula Malaysia, Kuok menjalankan perniagaan termasuk minyak sawit, gula, hartanah dan perhotelan.

Pegawai KBS rasuah: KJ perlu letak jawatan

Posted: 20 Mar 2016 07:38 AM PDT

 
PKR mempersoalkan sistem sedia ada yang begitu longgar sehinggakan aktiviti pegawai kerajaan tidak disedari pegawai tinggi lain termasuk menteri.


fahmi-khairy


PETALING JAYA: PKR mendesak Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kes seorang pegawai tinggi di kementerian itu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) kerana dipercayai terlibat rasuah berjumlah RM20 juta.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, Khairy tidak seharusnya berdiam diri dan hanya mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian itu.

"Oleh kerana imej KBS kini sudah tercemar, dalam konteks demokrasi yang progresif, langkah terbaik buat beliau sekarang ialah untuk berundur dan meletakkan jawatan pada kadar segera," katanya menerusi kenyataan media, petang ini.

SPRM dalam sidang media semalam memaklumkan, pegawai kerajaan itu ditahan bersama beberapa lagi suspek dipercayai kontraktor yang memberi rasuah.

Pegawai itu dikatakan 'mastermind' kepada kumpulan sindiket menipu KBS menyebabkan kerajaan kerugian RM100 juta.

Pegawai itu hidup mewah hasil rasuah dengan membeli kereta mewah, jam berjenama, barang kemas dan unit-unit saham.

Fahmi membangkitkan persoalan jikalau Khairy tahu dan sedar tentang tingkah laku pegawai tersebut selama ini.

"Jika tidak, bagaimana orang nombor satu KBS tidak tahu tentang perkara ini? Atau adakah sistem pemantauan sedia ada begitu longgar hinggakan menteri tidak tahu berjuta ringgit hilang tanpa program dijalankan," katanya.

Katanya, tertangkapnya pegawai kanan KBS itu membuka seribu satu tanda tanya termasuk bagaimana pegawai itu boleh dibiarkan memegang jawatan penting tersebut.

"Siapakah pegawai-pegawai atasan yang bertanggungjawab ke atas tingkah laku dan tatatertib pegawai tersebut dan apakah sistem semak dan imbang (checks and balances) sedia ada memadai?, katanya.

Katanya, rasuah tidak berlaku tanpa persekitaran yang "sesuai" dan mereka yang bertanggungjawab secara langsung ataupun tidak dalam mewujudkan persekitaran di mana kejadian rasuah ini boleh berlaku – bukan sekali tetapi berulang kali – perlu dikenalpasti dan dikenakan tindakan disiplin yang bersesuaian.

Ahli Parlimen BN tak berani bersemuka, Guan Eng bawa media masuk rumahnya

Posted: 20 Mar 2016 07:30 AM PDT

LGE rumah

Roketkini.com


GEORGE TOWN: Meskipun telah dijemput, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya hari ini gagal hadir untuk bersemuka dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung tuduhan fitnah rasuah yang dilemparkan.

Kesal dengan Ahli Parlimen BN itu, Guan Eng dalam sidang media di sini hari ini berkata, tindakan Shabudin tidak menunjukkan sikap bertanggungjawab dan bermoral seorang pemimpin.

"Malangnya Datuk Shabudin telah undur lebih dahulu dan lari daripada peluang yang diberikan untuk membuktikan tuduhan rasuah terhadap saya bukanlah berunsur fitnah.

"Ini tidak adil terhadap saya sebagai mangsa fitnah jahat ini," katanya.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, tindakan Shabudin itu seolah-olah baling batu sembunyi tangan dan mencabar beliau mengulangi tuduhan yang sama di luar Parlimen.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia, seorang Ketua Menteri bersedia bersemuka dengan seorang ahli Parlimen parti lawan yang menuduhnya, semata-mata untuk mencari kebenaran.

"Kita harus berani kerana benar. Saya tidak nampak mana-mana pemimpin BN baik Menteri maupun Menteri Besar berani berbuat demikian," ujar Guan Eng.

Pihak media juga dijemput masuk ke dalam rumah Ketua Menteri Pulau Pinang yang menjadi topik dalam isu tersebut.

"Saya tidak tahu adakah ini akan menjadi amalan Ketua Menteri (atau Menteri Besar/Menteri) lain, adakah mereka akan menjadi telus atau tidak?

"Ini adalah rumah biasa, adakah mereka akan terus membuat tuduhan? Tapi biar rakyat tentukan, apakah bentuk rumah-rumah menteri atau ketua menteri lain.

"Sebab itu saya nak ucap terima kasih kepada isteri saya yang sudi untuk buka rumah supaya dapat lihat, tak ada apa yang luar biasa dan saya ingat sungguhpun mahu mengekalkan kawasan peribadi dan keluarga, tapi beliau membenarkan untuk anda lihat rumah ini sendiri," kata beliau.

Pada 17 Mac 2016, Datuk Shabudin Yahaya telah membuat tuduhan fitnah di dalam Parlimen menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang itu terlibat dalam amalan rasuah berkaitan pembelian rumahnya yang berusia 30 tahun.

Tuduhan fitnah itu melibatkan penjualan sebidang tanah kerajaan negeri di Taman Manggis.

Shabudin cuba membangkitkan tuduhan rasuah terhadap Guan Eng seolah-olah mengaturkan penjualan tanah kerajaan dengan harga murah supaya beliau dapat membeli rumahnya dengan harga rendah.
Namun, tuduhan itu adalah fitnah semata-mata dan tidak berasas sama sekali kerana:

1.     Pembelian rumah sebanyak RM2.8 juta dibiayai oleh pinjaman bank sebanyak RM2.1 juta dan baki wang tunai RM700,000 daripada elaun pendapatan Guan Eng sebagai Ketua Menteri dan wakil rakyat;

2.     Penjualan tanah kerajaan negeri dijalankan dengan tender terbuka dan pembeli dipilih berdasarkan tawaran harga yang paling tinggi;

3.     Jawatankuasa Tender Negeri tidak dipengerusikan oleh Ketua Menteri dan mematuhi semua peraturan kerajaan negeri yang ditetapkan.

4.     Penjual rumah kepada Ketua Menteri tidak terlibat dengan syarikat yang memenangi tender tanah kerajaan negeri, bukanlah pemegang saham ataupun ahli lembaga pengarah. Penjual rumah juga bukanlah pemaju perumahan.

5.     Ketua Bahagian UMNO Bagan Shaik Hussein Mydin pada 19 Ogos 2015 telah meminta maaf secara lisan kepada Lim Guan Eng di depan Hakim Mahkamah Tinggi sebanyak dua kali, dan menarik balik kenyataan fitnah di mahkamah bahawa beliau (Guan Eng) terima wang rasuah daripada pembeli tanah kerajaan negeri tersebut. – Roketkini.com


Media perlu masuk kediaman peribadi Menteri Besar dan Ketua Menteri BN, kata Ahli Parlimen DAP

Posted: 20 Mar 2016 07:27 AM PDT

rumah LGE

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Semua Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Barisan Nasional diseru supaya memberi peluang kepada media massa, termasuk portal berita dan media alternatif, untuk melawat kediaman peribadi masing-masing bagi membuktikan ketelusan mereka.

Saranan ini dibuat ekoran tindakan telus dan berani Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang mengorbankan ruang peribadinya dan keluarga dengan membenarkan pihak media membuat liputan di rumahnya akibat fitnah Ahli Parlimen BN Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya kononnya pembelian rumah tersebut mempunyai unsur rasuah.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, berkata beliau bangga dengan sikap berani Guan Eng merelakan pihak berkuasa SPRM melakukan siasatan, selain mengundang pihak media untuk melihat sendiri kediaman peribadinya tanpa perlu menyembunyikan apa-apa.

"Mungkin pihak media patut sekurang-kurangnya meminta Ahli Parlimen Tasek Gelugor merangkap pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang memang kerjanya membina rumah di negeri tersebut, untuk melawat kediaman peribadinya demi prinsip kewartawanan yang adil.

"Kita nak lihat sekurang-kurangnya Shabudin akan berani untuk berdepan dengan lensa media, kalau pun tidak berani berhadapan dengan Lim Guan Eng pagi ini dan mengulangi dakwaan dan fitnahnya terhadap Guan Eng di luar Dewan Rakyat," ujar Lip Eng. –Roketkini.com


'Hidupkan perang saraf, psikologi untuk tawan semula Selangor' - Ahmad Zahid

Posted: 20 Mar 2016 07:19 AM PDT

Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani 
 
'Hidupkan perang saraf, psikologi untuk tawan semula Selangor' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu tiga sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri memperkukuhkan semula parti itu dalam usaha merampas semula Selangor dari pembangkang. - fotoBERNAMA
 
 
SERDANG: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu tiga sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri memperkukuhkan semula parti itu dalam usaha merampas semula Selangor dari pembangkang.

Justeru, Ahmad Zahid mahu setiap pemimpin UMNO di semua peringkat untuk memberikan lebih perhatian kepada akar umbi.

"Perang saraf dan perang psikologi harus dihidupkan semula oleh kita. Janganlah bertahan, tetapi kita hendaklah menyerang. Musuh-musuh politik kita dari luar telah melemahkan kita.

"Kita kalah (Pilihan Raya Umum ke-13) di Selangor dulu bukan sebab mereka (pembangkang) kuat, tetapi kita yang lemah," katanya ketika menyampaikan ucapan Perasmian Serentak Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Seluruh Negeri Selangor di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, di sini hari ini.

Ahmad Zahid pada masa sama mengingatkan ahli UMNO supaya tidak berbelah bahagi memberi ketaatan dan kesetiaan kepada kepemimpinan parti.

"Cintailah UMNO sepenuh jiwa raga agar parti dapat terus didukung dan bergerak bersama-sama memberi semangat kepada kepemimpinan.

"Prinsip saya dan Hishammuddin (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) akan bantu Perdana Menteri dan Presiden UMNO (Datuk Seri Najib Razak). Kami mahu kepimpinan parti diperkukuhkan walau apapun terjadi kami tetap bersama-sama UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya.
Justeru, beliau mahu setiap pemimpin UMNO di semua peringkat untuk menggembleng tenaga bagi memastikan UMNO dan BN dapat menawan semula Selangor pada pilihan raya akan datang. 
 
 

Pelihara Aurat, Hindari Pakaian Menjolok Mata

Posted: 20 Mar 2016 07:16 AM PDT

Oleh: RAIHANAH ABDULLAH
 
 


ASSALAMUALAIKUM. Minggu lalu saya bercerita mengenai wanita yang perlu menjaga maruah dan kehormatan diri di Tanah Suci atau di mana sahaja mereka berada.

Minggu ini, sekali lagi saya mahu menulis perihal wanita jemaah umrah di Makkah dan Madinah, terutama membabitkan aurat, cara berpakaian dan bertudung.

Jika suatu ketika dahulu, sekitar tahun 2000, tidak dinafikan purata wanita yang berkunjung ke kota suci akan memelihara aurat mereka begitu rapi dan kemas. Bertudung labuh ketika berziarah, bertelekung sewaktu hendak ke masjid untuk solat berjemaah dan terus bertudung mengikut syariat sewaktu membeli-belah.

Namun, sejak kebelakangan ini, segelintir wanita adakala memandang ringan perihal aurat. Apabila melihat keadaan seumpama itu, saya akan menegur atau menasihatkan, tidak kiralah sama ada jemaah atau rombongan saya atau sebaliknya.

Pernah saya menegur seorang wanita lebih berusia di dalam Masjid Nabawi kerana memakai stoking jarang yang jelas menampakkan warna kulit. Antara lain kata saya:

"Assalamualaikum Puan. Maaf ye. Stoking yang Puan pakai tidak sesuai untuk solat," ujar saya.
"Kenapa?" tanya wanita berkenaan.

"Stoking Puan jarang dan nampak kulit kaki. Elok Puan pakai stoking tebal atau yang macam orang lelaki selalu pakai," ujar saya.

"Baiklah. Terima kasih ye kerana bagitahu saya," balas beliau sambil tersenyum.

Alhamdulillah, wanita itu tidak pula marah atau menarik muka dengan teguran saya itu. Selalunya saya memohon maaf terlebih dahulu sebelum menegur seseorang kerana bimbang yang ditegur kurang selesa dan menganggap saya berlebihan. Namun ada juga teguran saya dibalas dengan kritikan.

Masih saya ingat lagi ketika itu saya menegur sekumpulan wanita Pakistan yang tidak berstoking dan bersolat. Saya katakan mereka perlu menutup kaki ketika solat kerana aurat wanita hanya wajah dan dua tapak tangan.

Teguran saya menyebabkan seorang daripada mereka mengatakan tidak salah bersolat tanpa menutup kaki dan menunjukkan cincin di jari saya haram dipakai ketika solat dan kritikannya itu menimbulkan kehairanan.

Saya lantas bertanya apa yang salah pada cincin di jari manis saya dan mereka mengatakan tidak sah wuduk kerana saya mengenakan cincin kerana kemungkinan air wuduk tidak kena pada jari saya. Saya diam dan kami berpandangan. Malas saya hendak melayan mereka dan akhirnya kami membuat haluan masing-masing selepas solat Isyak.



Ketika menunaikan umrah beberapa tahun lalu, saya menasihatkan seorang jemaah yang juga sahabat kenalan saya agar mengenakan tudung labuh ketika berziarah dan tidak berpakaian ketat kerana boleh menarik perhatian bukan mahram. Jemaah itu berusia dalam lingkungan lewat 20, belum berkahwin dan graduan luar negara.

Sebelum menunaikan umrah, beliau tidak bertudung tetapi Alhamdulillah beliau tergerak hati untuk menunaikan umrah. Ketika berkunjung ke rumahnya ketika beliau mengadakan kenduri doa selamat, saya berkesempatan untuk meninjau bagasinya setelah kenalan saya meminta saya berbuat demikian.

"Ana, awak tengoklah dulu beg Aida. Jangan banyak sangat dibawa nanti ke sana," ujar kenalanku, Murni.

"Boleh ke? Aida tak kisah ke kalau Ana tengok bagasi dia?" tanya saya terasa tidak selesa.

"Ala, boleh. Kali pertama dia nak pergi umrah. Tolonglah tengokkan," ujar Murni lagi.

Tanpa berlengah kerana malam semakin larut, saya masuk ke dalam bilik Aida bersama-sama Murni untuk melihat beg Aida.

"Oklah, tak banyak Aida bawa. Tapi pastikan Aida bawa tudung labuh untuk ziarah atau berjalan-jalan," pesan saya.

"Baiklah, terima kasih hajah," balas Aida tersenyum.

Tiba hari dinanti, berangkatlah Aida bersama-sama mak saudaranya menyertai rombongan jemaah umrah saya. Segala-galanya berjalan lancar sepanjang perjalanan ke kota Madinah.




Pada hari kedua di Madinah Munawwarah, Aida mengajak saya keluar ke sekitar bazar di kota suci itu sesudah solat Subuh dan bersarapan di hotel. Saya menunggu Aida dan mak saudaranya di lobi hotel.

Ketika itu, seorang daripada jemaah sebilik dengan saya turut serta.

Sejurus terlihat Aida, spontan saya bertanya:

"Kenapa pakai tudung pendek?" ujar saya kehairanan.

"Orang lain boleh, kenapa saya tak boleh?" kata Aida menyoal saya pula.

"Jangan ikut orang…" balas saya ringkas.

Aida diam. Begitu juga saya. Kami berjalan dari sebuah bazar ke sebuah bazar sehingga akhirnya kami masuk ke dalam sebuah kedai minyak wangi.

Saya perhatikan penjual begitu asyik memandang Aida manakala Aida pula membelek botol haruman yang cantik, pelbagai saiz dan bentuk. Penjual mencalit minyak wangi di tangan dua lagi jemaah dan dengan sekelip mata mencalit haruman pada dada Aida yang bertudung singkat dan menampakkan bentuk payu dara. Kami semua terkejut dengan tindakan penjual itu.

"Gatal pula penjual ni. Dia ambil kesempatan pada awak Aida," ujar saya spontan.

Saya lihat wajah Aida berubah serta merta manakala mak saudara Aida dan seorang lagi jemaah  terkejut sehingga tidak berkata apa-apa.

Saya mengajak mereka keluar dari kedai minyak wangi itu dan tidak sebotol pun haruman yang kami beli. Kami berlalu pergi dan terus pulang ke hotel penginapan. Saya lihat Aida muram sahaja manakala mak saudaranya asyik berleter.




Ketika bertemu Aida setelah solat Zuhur, saya menasihatkannya sekali lagi agar tidak memakai tudung yang singkat hingga menampakkan dada kerana boleh menarik perhatian lelaki.

"Kita jangan ikut orang Aida. Biarlah mereka nak berpakaian macam mana tapi kita jagalah adab dan cara berpakaian kita," pesan saya.

"Baiklah hajah. Tak sangka saya penjual tu boleh calit minyak wangi di dada saya. Malu saya," ujar Aida dengan nada kesal.

"Tak mengapalah Aida. Perkara dah nak jadi. Semua itu pengajaran pada semua," balas saya pula.
"Terima kasih hajah," ujar Aida.

Sejak kejadian itu Aida hanya memakai tudung labuh dan sekembali ke tanah air, Aida yang bertubuh agak gempal berhijab sehingga sekarang dan terus mendekatkan diri kepada Allah serta rajin menimba ilmu agama. Alhamdulillah.

Tidak dinafikan, adakala jemaah wanita kita terikut-ikut dengan cara berpakaian jemaah dari negara lain. Namun, kita perlu ingat yang baik dijadikan teladan dan buruk dijadikan sempadan. Bukan setiap yang dipandang wajar dan boleh dijadikan ikutan.

Bukan Aida sahaja yang pernah menggunakan alasan orang lain boleh malah ramai lagi jemaah pernah mengatakan sedemikian kerana memandang ringan dan mudah setiap yang dilakukan. Kita perlulah saling mengingatkan apabila terpandang kesilapan kerana adakala setiap perlakuan serta perbuatan itu mungkin tidak disengajakan.

Pernah ibu saya meminta saya menegur seorang wanita yang mungkin tidak sedar mengangkat jubah dan seluar panjangnya agak tinggi sehingga menampakkan betis. Kadangkala kita tidak mampu  menegur dan menasihati, justeru, jika anda terlihat keadaan seumpama itu, tegurlah secara berhemah.

Hakikatnya, terbit perasaan bimbang pada diri saya sendiri kerana tidak terlepas daripada kealpaan dan kelalaian. Justeru, sebelum melangkah ke Tanah Suci saya memohon agar Allah melindungi segala aib saya.

Bagi lelaki yang membawa anak-anak perempuan dan isteri, sebaik-baiknya prihatin terhadap aurat dan cara berpakaian. Begitu juga di kalangan bapa yang membawa anak perempuan, tegur dan pesanlah anak-anak mereka agar memelihara aurat dan kehormatan diri.

Kesopanan dan ketertiban perlu dijaga sewajarnya walau di mana kita berada, apatah lagi jika di Tanah Suci yang dibanjiri jutaan umat Islam dari seluruh pelosok dunia. Jangan pandang ringan adab berpakaian ketika berziarah mahupun berkunjung ke mana-mana kerana aurat bukan sekadar dijaga ketika solat semata-mata.

Ikuti catatan saya minggu hadapan, insyaAllah.

SPRM Tahan Setiausaha Bahagian Kementerian Terima Habuan RM20 Juta

Posted: 20 Mar 2016 07:09 AM PDT


Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 

Azam menunjukkan antara barangan mewah berjenama yang disita daripada mereka yang ditahan SPRM kerana terlibat dalam sindiket menyalahgunakan dana kerajaan.

Dikemaskini PUTRAJAYA: Seorang setiausaha bahagian di sebuah kementerian ditahan pada Jumaat selepas disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket penyalahgunaan dana kerajaan mencecah lebih RM100 juta.

Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata, sindiket itu dibongkarkan menerusi Ops Tiris yang dilancarkan suruhanjaya itu pada 17 Mac lalu.

Beliau berkata, pegawai kanan itu menerima suapan dianggarkan RM20 juta.

Tambahnya, pegawai kanan berusia 56 tahun yang berperanan sebagai dalang adalah antara sembilan ahli sindiket yang ditahan pada Jumaat termasuk seorang wanita.

"Siasatan mendapati, modus operandi sindiket ialah mengarahkan pihak kewangan sebuah agensi di bawah kementerian itu membuat bayaran kepada tidak kurang 14 syarikat yang dikendalikan oleh ahli-ahli sindiket ini bagi mewujudkan program tetapi kerja-kerja tidak pernah dilaksanakan.

"Tiada sebarang tuntutan dikemukakan oleh syarikat-syarikat itu kepada agensi berkenaan tetapi pegawai kanan terbabit memainkan peranan supaya memastikan bayaran dibuat kepada syarikat-syarikat tersebut," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM di sini, Sabtu.

Mengulas lanjut, Azam berkata, pegawai kanan itu berkhidmat dengan kerajaan selama kira-kira 32 tahun dan separuh daripada tempoh khidmatnya di kementerian berkenaan.

Tambahnya, pegawai kanan berkenaan mula memegang jawatan sebagai setiausaha bahagian kementerian tersebut sejak 2008.



Menurut Azam, pegawai kanan itu menerima habuan daripada pihak kontraktor antaranya rumah, kereta mewah, pembayaran insurans dan unit amanah bernilai jutaan ringgit termasuk kemudahan kad kredit 'supplementary'.

"Pegawai kanan ini hidup mewah sehingga mampu membeli jam-jam tangan berjenama, satu daripadanya tidak kurang RM400,000, barang-barang kemas antaranya bernilai tidak kurang RM600,000, berpuluh-puluh beg tangan berjenama ada antaranya berharga RM400,000 dan pakaian berjenama.

"Beliau juga kerap ke luar negara bersama keluarga sehingga mampu menggunakan penerbangan kelas pertama setiap seorang," katanya.

Menurut Azam, hasil siasatan setakat ini menunjukkan kegiatan sindiket telah berlaku sejak 2010.
"Tetapi kita tidak menolak kemungkinan ia telah berlaku beberapa tahun sebelum itu. Siasatan akan dilakukan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, SPRM telah membekukan sebanyak 69 akaun bernilai RM8.33 juta dan membekukan harta-harta lain seperti rumah, kenderaan mewah, barang kemas dan barang berjenama.

Azam berkata, kesemua mereka direman selama tujuh hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan.

"Kita akan panggil saksi-saksi daripada kementerian terbabit bagi menyiasat bagaimana dia hidup mewah.
"Kita juga akan melihat sistem dan prosedur kementerian berkenaan sehingga berlakunya ketirisan dana yang mengakibatkan kerugian kepada kerajaan," katanya.

Siasatan dijalankan di bawah kesalahan rasuah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan kesalahan penggubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

"Banglo Saya Bukan Seperti Khir Toyo" - Guan Eng

Posted: 20 Mar 2016 07:04 AM PDT

Oleh: TAN SIN CHOW
 
 
 
 
 
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membawa kira-kira 30 pengamal media melawat banglo kelas sederhana mewah miliknya di Jalan Pinhorn pada Ahad.

Wartawan dan jurugambar dibawa untuk melihat ruang tamu, ruang makan dan dapur rumah berkenaan.

Lim berkata pemilik rumah itu telah menawarkan untuk menjual kepadanya dengan harga RM2.8 juta pada tahun 2012.

Bagaimanapun jelas Lim beliau tidak menerima tawaran itu kerana belum pasti sama ada beliau akan terus dicalonkan dalam pilihan raya umum ke-13 atau tidak.

Beliau berkata, pemilik telah bersetuju untuk mengekalkan harga yang ditawarkan itu berdasarkan persefahaman dengan isterinya, Betty Chew.

"Saya perlu menyediakan wang untuk rumah, termasuk ansuran bulanan. Kami memerlukan dana yang mencukupi untuk membayar baki harga belian.

"Hanya sehingga saya telah dipilih semula dan mempunyai dana yang cukup barulah saya membuat keputusan untuk membelinya pada Julai tahun lepas.

"Tak ada apa-apa yang luar biasa di dalam rumah saya.

"Ia adalah sebuah rumah kelas sederhana mewah, tidak seperti di kawasan Jesselton di Pulau Pinang.

"Ia juga bukan seperti rumah Khir Toyo," katanya.

Lim, ketika ditanya sama ada beliau tahu bahawa rumah itu dibeli di bawah harga pasaran, Lim berkata beliau bukan seorang ejen hartanah.

"Saya tidak tahu harga. Hanya terdapat pemahaman lisan," katanya.

Empat Negeri Di Semenanjung Catat Suhu Tertinggi Pada Sabtu

Posted: 20 Mar 2016 06:57 AM PDT

MSTAR ONLINE


Tebing tasik Timah Tasoh di Padang Besar, Perlis kelihatan merekah kerana kering tiada air yang surut akibat sinaran panas terik pada Ahad. Foto: Bernama
 
 
TUARAN: Empat negeri di Semenanjung merekodkan bacaan suhu paling tinggi pada Sabtu berikutan fenomena El-Nino yang melanda negara sekarang.   

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Madius Tangau berkata berdasarkan bacaan yang direkodkan sehingga 4 petang, Chuping di Perlis mencatat bacaan suhu paling tinggi iaitu 39.5 darjah celcius diikuti Alor Setar di Kedah yang mencatat 39.1 darjah celcius.   

Turut mencatat bacaan suhu tertinggi ialah Ipoh di Perak dengan 37.5 darjah celcius dan Temerloh di Pahang dengan bacaan suhu 37.4 darjah celcius. 

"Bacaan suhu ini sudah menghampiri 40 darjah celcius iaitu bacaan suhu berbahaya dan boleh menyebabkan strok haba," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sangkar sembelih mudah alih dan kompang sinar x kepada penduduk sekitar Tuaran di sini, Ahad.  

Madius berkata kementerian akan terus memantau perkembangan cuaca dari semasa ke semasa dan berkongsi data terkini mengenai perkara itu untuk perhatian dan tindakan kementerian lain dalam menghadapi musim panas itu.

Di KOTA BAHARU, cuaca panas dan kering berikutan fenomena El Nino dikhuatiri menjejaskan hasil pengeluaran tanaman ladang kontrak di negeri ini, kata Timbalan Pengarah Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama )Kelantan Fauzi Mohamed.

Beliau berkata ini kerana tanaman seperti sayur-sayuran, jagung dan buah-buahan memerlukan bekalan air yang mencukupi.   

"Pihak kami bergantung kepada sungai dan tali air untuk membekalkan air ke setiap ladang kontrak. Setakat ini, bekalan air mencukupi dan tidak membimbangkan," katanya.

Pihaknya juga memantau beberapa kawasan ladang kontrak yang dijangka menerima kesan akibat cuaca panas melampau, jika ia berterusan, katanya kepada Bernama selepas majlis menandatangani Perjanjian dan Program Pengukuhan Bekalan Ladang Kontrak Ke Outlet Peruncitan (Kukuh) Fama Kelantan pada Ahad.  

Pada majlis itu, Fama memeterai perjanjian dengan 129 peserta dari 300 ladang kontrak untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman. -Bernama

ITU BARU MELAWAN NAMANYA!!

Posted: 19 Mar 2016 11:59 PM PDT

shahbudindotcom

 

Esok 21 Mac, Muhyiddin Yassin bersama Mukhriz Mahathir akan berada di Kota Tinggi, Johor untuk program Bicara Rakyat. Maklumat penuh program adalah seperti di bawah ini.
 
 
 
 
Selain memberi penerangan dan bercakap mengenai isu-isu semasa, perkara yang harus dilakukan oleh Muhyiddin dan Mukhriz, di mana ketika ini mereka masih mewakili UMNO ialah menggerakkan seramai mungkin ahli parti untuk menandatangani Deklarasi Rakyat.

Walaupun pemimpin-pemimpin UMNO cuba melencongkan pemikiran rakyat dengan menggambarkan ia sebagai "Deklarasi Mahathir", "Deklarasi Lim Kit Siang", "Deklarasi Mahathir - Kit Siang" atau lain-lainnya, hakikatnya deklarasi itu ialah mesej penolakan yang mewakili hati sanubari rakyat terhadap kepimpinan Najib yang menjadi punca segala kerosakan dalam negara ketika ini.

Hanya dengan Najib dapat disingkirkan dan kemudian institusi awam segera dipulihkan, barulah imej negara dapat dikembalikan seperti sebelumnya. Jika tidak, di pelusuk dunia mana pun, wajah Malaysia akan terus merudum dan merudum.

Sebagaimana di Pagoh beberapa hari lalu di mana lebih 1,000 ahli UMNO bahagian itu menandatangani Deklarasi Rakyat, di Kota Tinggi malam esok dan di mana-mana selepas ini, mengutip seramai mungkin tandatangan mestilah menjadi keutamaan Muhyiddin dan juga Mukhriz.

Seiring dengan pelbagai pihak turut menggerakkan usaha mengumpulkan tandatangan itu, matlamat sejuta tandatangan dalam waktu terdekat ini tidak harus dilengahkan lagi.

Selepas sejuta tandatangan dapat dipamerkan kepada dunia, mungkin matlamat dua juta atau tiga juta pula sebagai sasaran seterusnya.
 
 
 
 
Jika Muhyiddin dan Mukhriz dapat memainkan peranan dalam menggerakkan, katalah puluhan atau ratusan ribu ahli UMNO sendiri berbuat demikian, itu barulah dikatakan melawan namanya!!

Ketika itu juga kita boleh lihat sama ada UMNO berani memecat atau tidak ahli-ahlinya yang berani menandatangani deklarasi tersebut?


Red2Green perlu sukarelawan doktor dan paramedik bantu pejalan kaki

Posted: 19 Mar 2016 11:53 PM PDT

MALAYSIA DATELINE


Pejalan kaki red2green meneruskan laluan mereka menuju ke Karak hari iniPejalan kaki red2green meneruskan laluan mereka menuju ke Karak hari ini


Risiko cuaca panas fenomena Equinox ke atas pejalan kaki Red2Green dari Kuantan ke Parlimen dalam misi membawa Memorendum Rayuan Menentang Pencemaran Bauksit kini memerlukan doktor dan pramedik untuk tampil membantu pejuang rakyat ini.

Seramai 30 pejalan kaki yang telah memulakan destinasi mereka dari Kampung Kubang Badak, Beserah pada 12 Mac lalu,  kini dilaporkan sudah tiba di Lancang.

Hari ini mereka akan meneruskan berjalan kaki menuju ke Karak sejauh 22km yang akan mengambil masa lebih kurang 4 jam dalam misi sejauh 254km untuk tiba di  Parlimen Malaysia pada 28 Mac ini.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, beliau amat mengambil berat berkenaan kebajikan para pejalan kaki Red2Green di dalam keadaan cuaca panas dalam keadaan fenomena equinox.

"Justeru itu di atas sifat kekuatiran tersebut saya terpanggil untuk menyeru dan merayu kepada seluruh warga Malaysia yang prihatin terutama para doktor dan paramedik untuk tampil membantu pejuang rakyat ini.

"Supaya ada pemerhatian rapi dari mereka yang pakar keatas pejuang-pejuang ini sepanjang perjalanan mereka." ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Fuziah lagi beliau amat khuatir terdedahnya mereka dengan risiko strok haba yang di sebut di dalam kenyataan yang di keluarkan oleh Menteri Kesihatan semalam.

"Tambahan pula dikalangan pejalan kaki Red2Green kini berada di Lancang yang merupakan diantara kawasan paling panas sehingga mencatat suhu 43'Celcius di waktu siang.

"Saya juga dapati semangat para pejuang Red2Green begitu kental sekali dan mereka bertekad mahu terus mara di dalam perjalanan mereka walaupun dalam keadaan cuaca yang begitu mencabar.

Pejalan kaki Red2Green membawa misi kemanusiaan membela nasib warga Kuantan yang diancam kesihatan mereka akibat pencemaran dari aktiviti perlombongan bauksit yang tidak terkawal.

"Kini giliran warga Kuantan yang terancam. Perkara ini tidak mustahil berlaku di kawasan lain pula nanti. Solidariti dari anda semua amat bermakna buat warga Kuantan," ujar Fuziah.

Dikalangan doktor dan paramedik sukarelawan yang mahu membantu boleh berhubung dengan Tommy (012-9899446) dan Jeff (014-2930593) untuk mengetahui lokasi terkini pejalan kaki Red2Green.

Tiada rakyat Malaysia terbabit serangan bom di Istanbul

Posted: 19 Mar 2016 11:44 PM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam serangan bom di Istikal Street di Taksim Square, Istanbul, semalam.
 
Kenyataan yang dikeluarkan di sini awal pagi ini turut merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan Turki dan keluarga mangsa yang terbabit dalam kejadian itu.
 
Katanya, kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu yang meragut lima nyawa dan mencederakan 36 yang lain termasuk 12 warga asing.
 
"Kedutaan akan terus berhubung dengan rakyat Malaysia di sana termasuk pelajar.
 
"Kedutaan Besar Malaysia di Ankara berhubung rapat dengan pihak berkuasa di Turki untuk mengesahkan jika ada rakyat Malaysia terbabit dalam serangan itu," katanya.
 
Wisma Putra turut mengingatkan rakyat Malaysia yang bermastautin atau melawat Ankara supaya mengutamakan keselamatan serta mematuhi nasihat dikeluarkan kerajaan Turki.
 
"Kedutaan Besar Malaysia di Ankara akan memantau situasi ini secara berterusan," katanya.
 
 

Wakil rakyat PAS tidak pernah lompat parti seperti DAP dan PKR - Hadi

Posted: 19 Mar 2016 11:42 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
ALOR SETAR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS bukan punca kejatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada 2009, sebaliknya ia disebabkan tindakan wakil rakyat DAP dan PKR yang melompat parti.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pandangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa blok ketiga pembangkang seolah-olah 'kosong tambah kosong sama dengan kosong'.
 
"PAS tidak kosong kerana melalui persefahaman kita berjaya merampas Kelantan, Kedah dan Perak.
 
"Jatuhnya Perak bukan kerana PAS tapi sebab DAP dan PKR. Kena ingat itu, bukan sebab PAS lompat. Tapi orang DAP yang lompat," katanya.
 
Mengulas mengenai penubuhan blok ketiga PAS dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) yang didakwa memberi kemudahan mudah untuk BN pada PRU14, beliau menafikannya.
 
"Kalah menang belum tahu lagi, bagi pilihan raya dulu. Mungkin puak ini (PAS) menang, kita tidak tahu. BN kalah atau Pakatan Harapan hilang begitu saja, kita tak tahu," katanya kepada media selepas merasmikan Ijtimak Dewan Muslimat PAS Kedah sempena Karnival Jom Bersama PAS di Kompleks PAS Kedah.
 
Hadi berkata Umno dan DAP menggunakan isu hukum hudud sebagai 'senjata' untuk menyerangnya sejak sekian lama, namun serangan itu berjaya ditepis melalui penggubalan Undang-undang Kesalahan Syariah di Kelantan.
 
"Kita masih mengadakan perbincangan awal dalam soal hudud sebab ia adalah isu undang-undang dan memerlukan isu kehakiman. Mesti dibetulkan konsep kehakiman terlebih dahulu.
 
"Sebab itu PAS mengalu-alukan titah ucapan perasmian Yang di-Pertuan Agong di Parlimen untuk menaiktaraf mahkamah syariah. PAS sudah beri penerangan sejak 1977, sudah lama," katanya, lapor Sinar Harian.
 
Menurutnya, penerangan itu dibuat melalui seminar dengan penglibatan semua parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum dikemukakan kepada undang-undang negeri.
 
"Sungguhpun begitu, sehingga hari ini masih belum dilaksanakan di Kelantan kerana perlu melalui proses demokrasi berparlimen," katanya.
 
 

Polis mahu panggil Jamal selepas ugut bakar papan iklan Anwar

Posted: 19 Mar 2016 11:41 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Bukit Aman akan memanggil Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos berhubung tindakannya yang mengancam untuk membakar papan iklan membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata ia bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan terhadap pemimpin NGO itu.
 
"Kita akan panggil beliau (Jamal) untuk direkodkan keterangan berhubung tindakannya itu," katanya dipetik BH.
 
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butiran lanjut mengenainya termasuk bila Jamal akan dipanggil untuk memberi keterangan
 
Sebelum itu, Khalid menerusi akaun Twitternya memaklumkan polis mengesan beberapa papan iklan berbaur hasutan dan mengelirukan rakyat dengan merujuk Anwar sebagai tahanan politik.
 
Sehubungan itu, polis sudah mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menurunkan semua papan iklan berkenaan.
 
"@PDRMsia kesan papan tanda dengan kata-kata menghasut dan mengelirukan rakyat yang merujuk DSAI sebagai 'Tahanan Politik'.
 
"@PDRMsia sedang ambil tindakan terhadap Dato Jamal Yunus kerana ancam bakar poster. Pada masa sama PBT telah diminta turunkan papan tanda yang menghasut," katanya.
 
Pada 16 Mac lalu, Jamal mengadakan protes 'Jom Bakar Papan Iklan Selamatkan Anwar' sebagai bantahan untuk mendesak kerajaan Selangor menurunkan papan tanda kempen pembebasan Anwar dari penjara.
 
Beliau pada masa sama didakwa turut mengancam untuk membakar papan iklan itu sekiranya PBT dan kerajaan negeri tidak menurunkan papan iklan terbabit.
 
Protes itu diadakan berhadapan Restoran Rasyid Jalan Memanda 1, Taman Ahmad Razali, Ampang, berhampiran pusat beli-belah Ampang Point.
 
 

KM: BN letak calon langsung di Dudong dan Bawang Assan

Posted: 19 Mar 2016 11:35 PM PDT

BERNAMA




Calon langsung Barisan Nasional (BN) akan diletakkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan dan Dudong dalam Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN11).

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem bagaimanapun belum lagi menamakan dua calon langsung tersebut bagi kedua-dua kerusi yang menjadi rebutan antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan parti serpihannya Parti Rakyat Bersatu (UPP).

"Saya belum lagi putuskan (nama calon langsung bagi Bawang Assan dan Dudong). Walau apa pun, akan ada calon langsung BN," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Dudong di Sibu hari ini.

Dua kerusi tersebut merupakan kerusi tradisional ditandingi SUPP sebelum ini.

Dudong jatuh ke tangan pembangkang DAP dalam pilihan raya negeri ke-10 manakala calon BN ketika itu Datuk Seri Wong Soon Koh berjaya mempertahankan kerusi Bawang Assan.

Wong yang dipecat daripada SUPP berikutan masalah dalaman kemudiannya menubuhkan UPP.

Dua lagi ditandingi SUPP turut jatuh ke tangan pembangkang ialah Bukit Assek dan Pelawan.

Apa yang dinyatakan oleh Adenan itu mungkin menggambarkan kedua-dua parti yang telah diminta berunding mengenai agihan kerusi yang hendak ditandingi, gagal untuk mencapai sebarang persetujuan.

Pada 28 Februari lalu sempena Program Memperkasakan Jentera Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 bagi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon 10 di Sibu, Adenan meminta SUPP-UPP dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)-Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) supaya berkompromi berhubung pengagihan kerusi.

Beliau mengingatkan jika mereka masih gagal berbuat demikian mereka tidak dibenar bertanding menggunakan lambang BN.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada calon langsung BN juga akan diletak di kerusi Bukit Assek dan Pelawan, Adenan yang juga pengerusi BN Sarawak berkata: "UPP sedia membantu SUPP di kawasan ini".

Adenan turut menasihatkan pengundi bumiputera di kawasan Dudong dan Bawang Assan (Bahagian Sibu) serta Repok dan Meradong (Bahagian Sarikei) supaya mengelakkan undi berpecah.

Walaupun pengundi bumiputera di kawasan tersebut adalah minoriti, jika mereka bersatu mereka masih menjadi penentu siapa calon yang menang bertanding.

"Nasihat saya jangan pecah undi mereka dan undi seperti mana yang saya cadangkan selepas penamaan calon nanti," katanya.

Kira-kira 4,000 masyarakat bumiputera dari kawasan Dudong dan Bawang Assan menghadiri majlis tertutup itu.

Turut hadir ADUN Nangka Dr Annuar Rapa'ee, Setiausaha Agung BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom dan Ketua PBB Dudong Tan Sri Bustari Yusuf.- Bernama


Azalina: Biasiswa JPA tak dimansuh, tapi ikuti pengajian dalam negeri

Posted: 19 Mar 2016 11:33 PM PDT

MALAYSIAKINI





Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan bahawa kerajaan tidak pernah memansuhkan sebarang biasiswa JPA seperti yang didakwa oleh pelbagai pihak, tetapi diteruskan untuk mereka mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama di dalam negara.

"Dengan ini saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah memansuhkan biasiswa JPA sebagaimana yang didakwa oleh pelbagai pihak.

"Bagi tahun 2016 sahaja kerajaan telah memperuntukkan RM1.65 bilion bagi menanggung biasiswa pelajar tajaan JPA.

"Saya dengan ini ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah dibatalkan apa-apa biasiswa JPA seperti yang didakwa oleh pelbagai pihak.

"Ini jelas menunjukkan kerajaan tidak pernah mengenepikan soal pendidikan, justeru, saya berharap semua pihak tidak mempolitikan isu ini dan mengelirukan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azalina berkata berita mengenai jawapan Parlimen di mana beliau menyatakan anggaran jumlah kos dijimatkan bila kerajaan membatalkan 744 biasiswa untuk melanjut pelajaran ke luar negara adalah RM24 juta dan ia telah mendapat reaksi banyak pihak.

Ahli Parlimen Pengerang itu, yang juga menteri bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen, menjelaskan bahawa beliau menjawab soalan Teresa Kok, ahli Parlimen DAP Seputeh, mengenai jumlah kos yang dijimatkan bila kerajaan mmbatalkan biasiswa 744 pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke uar negara tahun ini.

"Walaubagaimanapun , penajaan kepada 744 pelajar tersebut diteruskan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam negara seperti yang diumumkan dalam pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari 2016," jelas menteri itu.

Katanya, kerajaan masih meneruskan penajaan kepada seramai 49,060 pelajar yang terdiri daripada 41,324 pelajar di dalam negara dan 7,736 pelajar di luar negara.

"Kerajaan akan mengeluarkan penerangan terperinci mengenai Program Tajaan JPA secara keseluruhan dalam masa terdekat," tambahnya.

Isu mengenai biasiswa kerajaan menarik perhatian baru-baru ini selepas didapati beberapa pelajar yang sepatutnya pergi belajar ke luar negara di bawah penajaan JPA diberitahu bahawa mereka tidak lagi akan dibiayai untuk pengajian luar negara, dan ini menimbul tidak puashati orang ramai.

Anwar wakili diri dalam saman terhadap Nallakaruppan

Posted: 19 Mar 2016 11:31 PM PDT

MALAYSIAKINI





Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mewakili dirinya dalam saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Malaysia United Indian Party (MUIP) Datuk S Nallakaruppan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa.

Menurut bekas peguam Anwar, Latheefa Koya, pendengaran itu dijadual dilakukan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab sehingga Jumaat.

"Notis untuk Anwar mewakili dirinya difailkan pada Jumaat," katanya.

Sesi terakhir bagi kes ini adalah pada 15 November tahun lepas, selepas Anwar disoal balas oleh peguam Nallakaruppan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Ketika pemeriksaan balas, Anwar menafikan beliau atau orang tengah beliau telah menerima ansuran berjumlah RM60 juta daripada syarikat perjudian Magnum 4D.

Dengan meneruskan sesi itu, Anwar dijangka menyoal balas Nallakaruppan, selepas bekas anggota Majlis Tertinggi PKR itu memberi keterangan membela diri.

Anwar memfailkan saman itu selepas Nallakaruppan mendakwa memberi wang itu kepada beliau ketika menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Presiden MUIP membuat komen berkenaan sebelum Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada tahun 2008.

Dilaporkan awal bulan ini bahawa Anwar, yang merupakan timbalan perdana menteri dan pemimpin de-facto PKR, juga telah berusaha untuk mempertahankan dirinya dalam samannya terhadap Utusan Malaysia di Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun kes yang sepatutnya ditetapkan untuk semakan kehakiman itu dikeluarkan daripada senarai pada saat akhir.

N Surendran yang juga peguamnya berkata Anwar akan mewakili dirinya sendiri dalam 16 kes mahkamah, selepas Penjara Sungai Buloh menghadkan akses peguam terhadapnya.

Katanya, sejak Ogos 2015, peguam hanya dibenarkan bertemu Anwar sekali seminggu dan terhad selama sejam sahaja berbanding dua kali seminggu dengan tempoh masa yang fleksibel yang diberikan sebelum ini.


Perak jatuh kerana DAP yang lompat - Hadi Awang

Posted: 19 Mar 2016 11:29 PM PDT

MALAYSIAKINI




Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS bukan punca kejatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada 2009, sebaliknya ia disebabkan tindakan wakil rakyat DAP dan PKR yang melompat parti.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pandangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa blok ketiga pembangkang seolah-olah 'kosong tambah kosong sama dengan kosong'.

"PAS tidak kosong kerana melalui persefahaman kita berjaya merampas Kelantan, Kedah dan Perak.

"Jatuhnya Perak bukan kerana PAS tapi sebab DAP dan PKR. Kena ingat itu, bukan sebab PAS lompat. Tapi orang DAP yang lompat," katanya.

Mengulas mengenai penubuhan blok ketiga PAS dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang didakwa memberi kemudahan mudah untuk BN pada PRU14, beliau menafikannya.

"Kalah menang belum tahu lagi, bagi pilihan raya dulu. Mungkin puak ini (Pas) menang, kita tidak tahu.
BN kalah atau Pakatan Harapan hilang begitu saja, kita tak tahu," katanya kepada media selepas merasmikan Ijtimak Dewan Muslimat Pas Kedah sempena Karnival Jom Bersama Pas di Kompleks Pas Kedah.

Hadi berkata Umno dan DAP menggunakan isu hukum hudud sebagai 'senjata' untuk menyerangnya sejak sekian lama, namun serangan itu berjaya ditepis melalui penggubalan Undang-undang Kesalahan Syariah di Kelantan.

"Kita masih mengadakan perbincangan awal dalam soal hudud sebab ia adalah isu undang-undang dan memerlukan isu kehakiman. Mesti dibetulkan konsep kehakiman terlebih dahulu.

"Sebab itu Pas mengalu-alukan titah ucapan perasmian Yang di-Pertuan Agong di Parlimen untuk menaiktaraf mahkamah syariah. Pas sudah beri penerangan sejak 1977, sudah lama," katanya, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, penerangan itu dibuat melalui seminar dengan penglibatan semua parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum dikemukakan kepada undang-undang negeri.

"Sungguhpun begitu, sehingga hari ini masih belum dilaksanakan di Kelantan kerana perlu melalui proses demokrasi berparlimen," katanya.


Wajar singkir dari luar parti

Posted: 19 Mar 2016 11:20 PM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad


SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa tindakan menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak dari luar parti wajar dilakukan kerana majoriti ahli parti Umno kini berada dalam ketakutan.

"Mereka juga mungkin terlalu selesa dengan layanan yang diberi Najib sedangkan jentera parti dan kerajaan BN jelas sudah lumpuh.

"Rakyat dan ahli parti sudah hilang hak untuk dapat perlindungan serta memilih pemimpin yang dimahukan.

"Faktor berkenaan menyebabkan tindakan di luar parti terpaksa dilakukan sedangkan sebenarnya, jika ahli-ahli Umno berani menolak Najib melalui suara ramai, maka kerjasama dengan parti lawan tidak perlu dibuat," katanya menerusi tulisan di laman blog rasminya, chedet.cc.

Beliau berkata, tindakan parti lawan menyokongnya bukanlah kerana mereka setuju dengan bekas-bekas pemimpin kerajaan tetapi lebih kepada kesedaran terhadap kerosakan dialami negara di bawah pentadbiran Najib.

"Oleh sebab itu juga, mereka turut bersetuju agar Najib disingkir dan pandangan mereka adalah sama dengan pendapat bekas pemimpin Umno dan kebanyakan rakyat," katanya.

Mahathir juga mendakwa Najib akan terus memainkan isu mengenai dirinya bersama Lim Kit Siang supaya tujuan Deklarasi Rakyat terpesong sepertimana ia memesongkan tujuan demonstrasi Bersih.


Seorang lagi maut di Gunung Datuk hari ini

Posted: 19 Mar 2016 11:12 PM PDT

Seorang lagi maut di Gunung Datuk hari ini


REMBAU - Seorang lagi lelaki berusia 26 tahun maut ketika melakukan aktiviti mendaki Gunung Datuk hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.00 petang itu, mangsa, Muhammad Hannan Kamarzaman, 26, beralamat di Selandar, Jasin, disahkan maut oleh pasukan paramedik kira-kira jam 5.42 petang, di Tapak Kaki Gunung Datuk.

Difahamkan mangsa bersama lebih 20 lagi rakannya yang melakukan aktiviti yang dianjurkan syarikatnya dari Shah Alam.


Pegawai Pasukan Unit Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Masjid Tanah, Leftenen Muda, Muhammad Aliff Mohd Yusof berkata, pihaknya kebetulan menjalankan program di laluan Gunung Datuk dan dimaklumkan rakan mangsa berhubung kejadian itu.

"Mangsa telah rebah dan mulutnya mula mengeluarkan cecair ketika diberikan rawatan awal.

"Kami seramai 15 anggota bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira 100 meter dari tapak kaki Gunung Datuk dan menemui mangsa dalam keadaan lemah namun masih mempunyai denyutan nadi.

"Kami membawa mangsa ke tapak kaki dan cuba memberikan bantuan CPR lebih 10 kali.  Namun mangsa tidak dapat diselamatkan," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pendaki maut ketika dibawa turun dari Gunung Datuk]

Tengah hari tadi, seorang lelaki juga disahkan maut oleh paramedik ketika membawa mangsa turun dari gunung sama.

Mangsa, Chung Kwok Kwong, 54, beralamat di Petaling Jaya, Selangor disahkan maut di ketinggian kira-kira 200 meter dari arah laut pada jam 1.05 petang dipercayai kena serangan jantung.


Munafik kutip RM15.4j selepas tiga minggu tayangan

Posted: 19 Mar 2016 11:08 PM PDT

munafik
 

FILEM seram arahan arahan Shamsul Yusof , Munafik berjaya mencatat kutipan RM15.4 juta sepanjang 3 minggu ditayangkan di pawagam.

Memetik laporan BH Online, penerbit filem itu, Datuk Yusof Haslam berkata, permintaan tinggi daripada penonton, terutama di Sabah dan Sarawak, membolehkan filem itu 'terus bertahan'.

 "Syukur alhamdulillah, sambutan penonton terhadap filem Munafik sangat luar biasa. Buat masa ini, kami sudah melakukan beberapa kali penambahan terhadap jumlah pawagam. Pada asalnya, hanya 90 panggung dipohon ketika kami membuat permohonan tayangan kepada Finas.

"Daripada 90 ia menjadi 112 dan pada minggu kedua, ia ditambah lagi menjadi 117 pawagam. Pada minggu ketiga ini, ada beberapa pawagam bebas di Sabah dan Sarawak turut membuat permintaan, menjadikannya 120 pawagam sehingga kini," katanya.

Mengulas lanjut, Yusof berkata, dari segi  jualan tiket Munafiq, beliau yakin kutipan akan mencecah RM16 juta di Malaysia sahaja.

"Kami turut mendapat maklum balas sangat baik daripada penonton di Singapura dan Brunei yang menyukai pendekatan Islamik diterapkan menerusi filem ini.

"Setakat ini, kutipan kasar diterima daripada dua negara itu mencecah RM1.4 juta, menjadikan kutipan keseluruhan RM15.4 juta bagi 21 hari tayangan," katanya.

Munafik yang juga filem ke-39 terbitan Skop menampilkan bintang seperti Nabila Huda, Fizz Fairuz, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, A Galak dan Syamsul sendiri.


Tiada ulasan: