Sabtu, 19 Mac 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Apa khabar "KAPAK" kenapa tidak menebang?

Posted: 19 Mar 2016 03:35 AM PDT

MSO


Mekanisme pengagihan wang ehsan (royalti petrolium) hasil pendapatan minyak di Kelantan yang diaturkan oleh Putrajaya dan ditandatangani beberapa hari lepas seperti diterima seadanya oleh kerajaan dan rakyat Kelantan.


Sobrree timbalan Presiden
KPK (Kapak).
Formula yang dibuat, wang itu akan diagihkan oleh dua badan atau jabatan yang menjadi agensi pelaksana, iaitu Jabatan Pembanguan Persekutuan (JPP) dan Majlis Agama Islam Kelatan (Maik). Kadar pengahihan ialah 50 - 50. Tidak disebut dan dijelaskan berapakah jumlah wang ehsan berkenaan dan juga jadual pengagihannya.

JPP ialah sebuah jabatan ditubuhkan oleh kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek pembangunan di Kelantan berjalan seperti biasa. Ia diwujudkan sejak tahun 1990 selepas Umno kalah dan hilang kerajaan.

Motif pembentukan JPP adalah untuk kepentingan Umno, disamping bagi menjamin Kelantan tidak terabai. Disebabkan wang dari Kuala Lumpur tidak boleh dimasukkan ke dalam akaun Umno, maka akaun JPP digunakan.

Sepatutnya JPP ini tidak perlu dibentuk dan wajib dibubarkan.

Berhubung bentuk atau mekanisme pengagihan wang ehsan tadi, ia disambut baik oleh rakyat. Setelah menunggu kesekian lama untuk makan wang minyak baru kini diperolehi.  Diharap JPP dan Maik, agensi pelaksana menggunakan dengan sebaik mungkin. Mudah-mudahan ia tidak disalah gunakan untuk kepentingan selain rakyat. Dan Maik pula tidak mengagihkan kepada "asnaf" yang lain.

Formula berkenaan saya pasti dirasakan tidak adil oleh pihak kerajaan negeri. Kerajaan negeri yang berhak menerima wang itu tetapi dinafikan. Anihnya perasaan tidak adil itu seperti didiamkan sahaja. MB Ahmad Yokob dan Exconya tentu tidak berani menyuarakan kerana ia membabitkan Istana. Maik adalah dibawah Istana?

Bagi Ahmad dan Exconya, pelaksanaan perkara itu sudah lebih dari menggembirakan. Ahmad tentu gembira kerana baginya rakyat sudah mendapat manfaat daripada wang itu hasil dari usahanya berjumpa Najib. Sedak-tidaknya itulah jasanya sebagai MB dapat membawa pulang wang minyak ke Kelantan.

Bagaimana pun, dari segi keadilan dan hak, formula itu dilihat cacat . Malangnya tidak ada mana-mana pihak mempertikaikan formula berkenaan. Ini menghairankan. Dalam hubungan ini, ingin saya bertanya kepada pihak-pihak yang selama ini melaungkan sokongan dan pembelaan mereka kepada kerajaan negeri.

Salah satu ialah apa yang dinamakan Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (KPK), yang saya panggil "Kapak". Kapak ditubuhkan untuk menjadi pembela dan benteng kepada kerajaan Kelantan. Kenapa dalam kes formula pengagihan wang royalti ini Kapak hanya diam membisu? Apakah pada fikiran Kapak ia wajar dan sudah molek?

Atau kerana pengagihan itu menerusi Maik manakala Maik pula ada kena mengena dengan Istana maka Kapak tidak berani? Begitukah? Kalau begitu Kapak boleh berhenti sahaja menjadi kapak. Kapak adalah senjata tradisi Melayu yang disifatkan sebagai kuat, babil dan berani dan menjadi teman yang diselit di pinggang.

Sehinggakan kini Presiden Kapak, Abdul Razak Abbas tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung formula berkenaan. Begitu juga dengan timbalannya Mohd Sobree Shafii diam membisu.

Sebagai kelab mendokong kerajaan Kapak harus bersuara memberi pendapat mereka mengenai hal itu. Kapaklah diharap menyatakan apa-apa yang dirasakan tidak betul dan penganiayaan kepada Kerajaan. Mengenepikan kerajaan Kelantan sebuah kerajaan yang sah adalah satu kezaliman.

Kerajaan negeri tentu songsang dan kekok kalau mereka sendiri mempertikaikan. Seperti disebut tadi, bagi MB pengagihan itu sudah memadai baginya walaupun tidak menerusi akaun kerajaan negeri.

Tidak ada guna Kapak diwujudkan kalau hanya berani untuk mencincang atau menebang sesama sendiri tetapi pengecut dan menikus dengan musuh atau orang-orang yang mengambil kesempatan atas nama kerajaan. Dan kalau Kapak mendiamkan diri lama kelaman ia berkarat dan waja pun akan hilang.

Cuaca panas 'rahmat' bagi peniaga cendol

Posted: 19 Mar 2016 03:28 AM PDT

SINAR HARIAN


 cendol
Gambar hiasan


KUALA PILAH - Cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino ketika ini disifatkan sebagai "rahmat" bagi peniaga cendol.

Idris Abdul Kadir, 53, penjual cendol di Kuala Pilah berkata cuaca panas yang melanda negara kini membuatkan gerainya tidak putus-putus dikunjungi orang ramai.

"Saya boleh menjual kira-kira 500 mangkuk cendol sehari dan 700 mangkuk pada hujung minggu ... Alhamdulillah," katanya kepada Bernama ketika ditemui di gerainya.

Khairunnizam Sarjat, 24, penjual cendol di Senawang turut bersyukur kerana  jualannya meningkat susulan cuaca panas ketika ini yang mungkin membawa impak negatif kepada pihak lain.

Beliau tidak menyangka fenomena itu memberikan rezeki tambahan kepadanya apabila hasil jualannya meningkat sekali ganda berbanding sebelumnya.

Khairunnizam berkata, jualannya daripada 300 bungkus sehari kini mencecah kira-kira 700 bungkus sehari dengan setiap bungkus berharga RM3.

"Pelanggan banyak bungkus cendol bawa pulang, lagi-lagi musim panas pelanggan berpusu-pusu berkunjung ... waktu puncaknya adalah sekitar pukul 1 tengah hari atau 2 petang dan 5 petang ketika orang pulang daripada bekerja.

"Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada saya dengan fenomena ini," katanya.

Namun, keadaan berbeza bagi usahawan cendawan Nur Athirah Abdul Ghafar, 24, yang mendakwa mengalami kerugian akibat cuaca panas dan kering ini.

"Musim panas ini, cendawan saya menjadi lambat matang dan kadang kala mati.

"Kalau musim hujan, cendawan akan menjadi lebih cantik dan kembang dan boleh dituai setelah dua hingga tiga hari. Namun sejak El Nino melanda, cendawan menjadi lambat matang malah saiznya juga semakin mengecil," katanya. - Bernama


Pendaki maut ketika dibawa turun dari Gunung Datuk

Posted: 19 Mar 2016 03:26 AM PDT

Pendaki maut ketika dibawa turun dari Gunung Datuk
Mayat mangsa dibawa turun oleh pasukan penyelamat. - Foto Sinar Harian oleh NOR AINNA HAMZAH
 
 
REMBAU - Seorang lelaki disahkan maut oleh paramedik ketika pasukan penyelamat dalam perjalanan membawa mangsa turun dari Gunung Datuk, di sini.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa, Chung Kwok Kwong, 54, beralamat di Petaling Jaya, Selangor disahkan maut di ketinggian kira-kira 200 meter dari aras laut pada jam 1.05 petang tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Fuad Majid, mangsa memulakan pendakian pada jam 9.00 pagi bersama 17 rakan.

"Ketika dalam perjalanan mendaki ke puncak, mangsa mula mengadu sakit di bahagian dada pada aras kira-kira 800 meter dari aras laut dan rakannya membuat keputusan untuk berpatah balik.

"Bagaimanapun, keadaan mangsa semakin lemah dan rakan mangsa menghubungi talian 999 bagi meminta bantuan dan sebaik menerima panggilan pada jam 11.13 pagi kita bergegas ke lokasi kejadian," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian, di sini, tadi.

Fuad berkata, pasukan penyelamat terdiri daripada bomba, JPAM, ranjer hutan dan dengan bantuan pendaki lain mengambil masa selama hampir tiga jam bagi membawa mangsa turun ke tapak kaki Gunung Datuk.

Menurutnya, mangsa berjaya dibawa turun kira-kira jam 1.50 petang.

Mayat mangsa di bawa ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat.


Amanah serah memorandum sebab risau salah guna

Posted: 19 Mar 2016 03:16 AM PDT

Amanah serah memorandum sebab risau salah guna
- Foto Sinar Harian oleh RAZIATUL HANUM A.RAJAK


KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah agar menolak Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015.

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, tindakan itu diambil Amanah sebagai tanggungjawab kepada negara.

"Memorandum ini berkisar kepada mohon perkenan Agong, Majlis Raja-Raja untuk menolak MKN 2015.

"Memorandum ini satu penegasan demi masa depan negara. Ini bukan masalah Majlis Raja-Raja, parti politik tapi ini masalah keselamatan negara," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum itu di Istana Negara, hari ini.

Memorandum berkenaan diterima Pegawai Perhubungan Awam Istana Negara, Mohd Husni Yusop.

"Apabila kuasa darurat itu ada sepenuhnya di tangan perdana menteri, kita boleh bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya beliau rasa tergugat? Terutama dalam isu-isu pilihanraya di mana mereka kalah atau menang tipis, maka hanya dengan dua, tiga kawasan Parlimen itu, mereka boleh isytihar darurat...Parlimen boleh digantung, Dewan Rakyat tidak boleh bersidang dan sebagainya.

"Sebab itu, Amanah melihat ini melibatkan kepentingan negara dan mengambil tanggungjawab menyerahkan memorandum ini kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Dalam Memorandum itu, Amanah menyebut bahawa undang-undang tersebut melanggar Perlembagaan Persekutuan kerana terdapat beberapa peruntukan dalam MKN 2015 itu mengambil alih kuasa Yang Dipertuan Agong.

Selain ia turut menafikan hak kebebasan dan asasi rakyat negara ini yang seharusnya berpayung dengan aman serta selamat di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong.

Amanah memohon agar Yang di-Pertuan Agong tidak memberikan 'Royal Assent' kepada Undang-Undang MKN 2015 sekiranya dipersembahkan oleh perdana menteri.

"Ia sebagai penegasan kepada pemeliharaan keluhuran Perlembagaan dan kesucian institusi diraja," katanya.

Pihaknya menyarankan suatu persidangan Majlis RajaIraja diadakan untuk mengambil ketetapan agar undang-undang itu ditalk dan ditarik balik oleh kerajaan.

Rang undang-undang MKN itu telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 3 Disember lalu.

Menurut kerajaan, ia bertujuan memperkukuhkan penguatkuasaan dari segi menjaga keselamatan rakyat negara ini secara keseluruhannya.


Sekolah seperti biasa, cuma tiada aktiviti luar

Posted: 19 Mar 2016 03:12 AM PDT

 Sekolah seperti biasa, cuma tiada aktiviti luar
Mahadzir (tengah) bersalam dengan warga SMK Raja Sakti, hari ini.
 
 
KOTA BHARU - Sesi persekolahan di Kelantan, Terengganu dan Kedah akan dibuka esok biarpun cuaca panas melanda negara ini, malah Kementerian Pendidikan menafikan viral tidak benar mengenainya.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata, persekolahan esok diteruskan berdasarkan kerjasama jawatankuasa peringkat kebangsaan melibatkan beberapa kementerian berkaitan bagi menentukan suhu cuaca.

"Sebenarnya untuk cuaca panas ini, ia sama seperti kes jerebu, yang mana kementerian ada sebuah jawatankuasa peringkat kebangsaan termasuk Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) yang memberikan maklum balas mengenai cuaca.

"Kita sebagai pengguna menunggu makluman dari kementerian-kementerian ini termasuk Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, sebab itu untuk tutup dan buka sekolah, kita perlu dapatkan keputusan peringkat nasional mengikut indeks bacaan cuaca," katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti, di sini.

Mahadzir berkata, pihaknya juga turut mengeluarkan pekeliling supaya aktiviti di luar darjah dihentikan akibat cuaca panas sehingga dimaklumkan semula.

"Untuk sementara ini, semua aktiviti luar darjah patut diberhentikan atau tidak diadakan dan arahan ini sudah dikeluarkan sejak minggu lalu.

"Sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa dan saya turut menasihatkan supaya hentikan viral cuti sekolah di Kelantan, Terengganu dan Kedah kerana ia boleh menyebabkan ibu bapa keliru untuk menghantar anak-anak ke asrama hari ini.

"Viral kononnya esok sekolah ditutup akibat cuaca panas ini melibatkan masyarakat dan saya kasihan melihat ibu bapa yang keliru dengan situasi ini," katanya.

Ditanya mengenai penutupan sekolah di Kedah dan Perlis yang dikatakan mengalami cuaca panas melampau, beliau berkata, kementerian belum membuat keputusan demikian.

"Saya ingat, keputusan tak lagi lah" katanya.


Saya Bukan Jahat, Kata Muhyiddin

Posted: 19 Mar 2016 02:57 AM PDT

Oleh: KATHLEEN ANN KILI

 

 
 
 
PAGOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau mencuba untuk menyelamatkan Umno apabila menandatangani deklarasi rakyat bagi menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, kehadiran beliau bersama dengan pemimpin-pemimpin pembangkang pada majlis menandatangani pengisytiharan itu tidak bermakna beliau mahu menjatuhkan kerajaan dan Umno.

"Saya bukan jahat. Saya hanya mahu menyelamatkan Umno dan satu-satunya cara untuk berbuat demikian adalah dengan menuntut Najib supaya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan (kemudiannya) Presiden Umno," katanya kepada anggota parti semasa merasmikan persidangan tahunan Umno bahagian Pagoh di sini, Jumaat.

Muhyiddin yang baru-baru ini digantung jawatannya sebagai timbalan presiden Umno turut menjelaskan bahawa deklarasi rakyat itu dirangka dan diketuai oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan bukannya pembangkang seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.

"Bila kita kata kita mahukan deklarasi, mereka (pembangkang) juga nak buat, tak kan itu salah saya?" katanya.

Azizan Sihat Dari Segi Fizikal, Perubatan Untuk Jalani Latihan

Posted: 19 Mar 2016 02:54 AM PDT

Oleh: NATASHA JOIBI
 
 


PETALING JAYA: Pelatih konstabel, Azizan Ayob cukup sihat dari segi fizikal dan perubatan untuk menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Segamat.

Azizan dimasukkan ke Hospital Segamat selepas rebah ketika menjalani latihan pada Selasa lalu.

Beliau meninggal dunia pada 10.26 malam Rabu. Dilaporkan, Azizan meninggal dunia akibat strok haba.

Azizan merupakan antara 476 pelatih yang melaporkan diri di Pulapol Segamat pada 13 Mac lalu.

Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff menjelaskan bahawa hanya pemohon berkelayakan dari segi fizikal dan perubatan perubatan dan fizikal yang ditawarkan untuk menjalani program latihan selama enam.

"Ia adalah kewajipan bagi pemohon yang menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan secara menyeluruh bagi memastikan mereka sihat untuk menyertai program ini.

"Pemeriksaan kesihatan terdiri daripada penilaian terhadap penglihatan bagi menentukan sama ada mereka buta warna dan juga memeriksa pendengaran serta keadaan jantung mereka," jelasnya.

Mohd Fuad berkata, pemohon juga perlu mengemukakan bukti sebelum Pesuruhjaya Sumpah mengesahkan mereka berkelayakan dari segi fizikal dan perubatan bagi menyertai pasukan polis, selain tidak terlibat dengan jenayah.

Komandan Pulapol Segamat dihubungi sebaik mengetahui insiden yang menimpa Azizan.

"Saya beritahu supaya mengkaji laporan perubatan Azizah - dan mendapati tiada masalah," kata Mohd Fuad.

Menurut Mohd Fuad, keadaan Azizan adalah jarang berlaku dan ia merupakan insiden terpencil.

"Kita lihat ribuan pelatih lelaki dan wanita menjalani latihan yang sama. Tetapi lain orang mempunyai keupayaan dan metabolisme yang berbeza untuk berdepan dengan keadaan panas.

"Saya difahamkan Azizan hanya beberapa hari menjalani latihan ketika rebah. Masa itu cuaca mendung," katanya sambil menambah pelatih lain tidak terjejas.

Ditanya jika Pulapol akan mengkaji semula rejimen mereka berikutan insiden itu, Mohd Fuad berkata, mereka akan melihat perkara tersebut secara serius selepas meneliti keputusan bedah siasat bagi mengelakkan kejadian berulang.

"Adalah wajib untuk pelatih menjalani rejiman yang ketat bagi memastikan mereka bersedia untuk menjadi anggota polis.

"Latihan untuk pelatih dari segi fizikal dan mental adalah mencabar kerana anggota polis berdepan dengan risiko. Mereka sentiasa bergerak ke sana-sini dan bekerja lebih panjang," katanya.

Suhu Badan Pelatih Polis 40°C - Dr Subramaniam

Posted: 19 Mar 2016 02:50 AM PDT

Oleh: D. KANYAKUMARI
 
 
Datuk Seri Dr S.Subramaniam
 
 
PETALING JAYA: Suhu badan pelatih konstabel berusia 23 tahun yang meninggal dunia selepas mengalami strok haba pada Jumaat adalah 40°C, kata Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Menteri Kesihatan, dalam posting di Facebooknya pada Jumaat berkata polis kadet, Azizan Ayob rebah ketika menjalani aktiviti fizikal di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Segamat.

"Beliau dikejarkan ke Hospital Segamat untuk menerima rawatan. Rawatan itu termasuklah bantuan ventilasi di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dialisis kecemasan.

"Malangnya beliau meninggal dunia akibat masalah ini," kata Dr Subramaniam.

Beliau berkata Azizan telah didiagnosis oleh doktor mengalami strok haba berdasarkan suhu badan 40°C dan tanda-tanda sokongan lain.

"Kami mendapat laporan bahawa ramai yang pergi ke klinik dengan tanda-tanda keletihan disebabkan oleh pendedahan haba," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dan melindungi diri daripada kesan berbahaya akibat keadaan cuaca semasa.

"Banyakkan berada di rumah, pastikan diri sentiasa sejuk dan minum air yang banyak.

"Elakkan latihan fizikal yang berat secara terbuka. Atau dengan kata lain, anda perlu sedar akan potensi bahaya cuaca panas ini," kata Dr Subramaniam.
 
 

Bahaya strok haba

Posted: 19 Mar 2016 02:40 AM PDT



Oleh IZZAH NAJIHAH JA'FFAR


Strok haba adalah antara penyakit yang biasa berlaku ketika cuaca panas melampau. Disebabkan peningkatan suhu sekeliling, strok haba atau heat stroke berisiko tinggi menyerang mereka yang mengalami peningkatan suhu badan mencecah 40.5 darjah Celsius.

Kebiasaannya, strok haba akan mengakibatkan tubuh badan manusia menghasilkan peluh secara berlebihan sehingga menyebabkan air dalam badan berkurangan.

 Selain itu, tubuh badan juga terdedah kepada dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ dalam badan, koma seterusnya kematian.

Antara mereka yang berisiko adalah warga emas, pesakit diabetes dan mereka yang mengalami masalah obesiti. Pada masa sama, strok haba juga berisiko menyerang haiwan peliharaan.



Tanda-tanda awal seseorang itu di serang strok haba ialah mengalami sakit kepala berdenyut, merasa mual dan muntah, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas, denyutan nadi menjadi pantas, otot lemah dan kejang, kulit kering dan kemerahan, sawan, pitam, serta tangan dan kaki menjadi sejuk.

Walau bagaimanapun, terdapat langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil antaranya mengelakkan daripada melakukan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas.

Selain itu, minum air dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari. Di samping itu, elakkan daripada melakukan aktiviti di atas permukaan yang panas seperti di atas simen.

Strok haba boleh dielakkan jika kita mengelak daripada kerap terdedah dengan persekitaran luar dan mengikuti langkah-langkah pencegahan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

Prestasi jalur lebar satu sendaan

Posted: 19 Mar 2016 02:37 AM PDT


 

Oleh PENGGUNA PRIHATIN


DALAM era maklumat masa kini, Internet menjadi peralatan yang penting.Bagaimana Malaysia boleh mengaspirasi untuk mencapai taraf negara maju sedangkan tahap kelajuan Internet jalur lebar kita kerap terganggu?

Di Georgetown Pulau Pinang, dari 27 April sehingga 6 Mei, kendalian Streamyx cuma sekitar 5% daripada kelajuan yang diiklankan. Bagi pakej 4Mbps, kelajuannya menurun kepada sekitar 100 – 200 Kbps sementara bagi pakej IMbps pula kelajuannya menurun kepada 60Kbps. Ini samalah buruknya dengan menggunakan talian Internet 'dial up'.

Ini bukanlah kali pertama kami mendapat perkhidmatan buruk seumpamanya daripada TMNet dalam tempoh yang panjang. Di antara tempoh Mac sehingga Jun 2013, kelajuannya menurun kepada kira-kira 30% - 50% pada kebanyakan masa.

Di bawah keadaan seumpamanya tidak ada apa yang berguna boleh dilakukan dalam Internet. Pertubuhan perniagaan, pusat penyelidikan dan universiti memuat turun dan memuat naik fail-fail besar dari masa ke semasa. Kemampuan mereka untuk menjalin usahasama dengan pusatpusat lain di luar negara akan terganggu dengan teruk kecuali mereka mempunyai kemudahan Internet berkelajuan tinggi.

Kebanyakan pengguna memperolehi kemudahan menempah tiket penerbangan secara online atau membuat 'check in' melalui laman web. Malah kerajaan turut memperkenalkan e-kerajaan dan perbankan Internet. Penggunaan cek semakin kurang digalakkan dengan caj perkhidmatan lebih tinggi akan diperkenalkan mulai tahun depan.

Namun begitu, pelanggan menanggung risiko tinggi apabila menjalankan urusniaga seumpamanya ketika kelajuan Internet di tahap yang rendah atau tidak stabil.

Pelanggan sepatutnya mendapat kelajuan sekurangkurangnya 80% daripada kelajuan pakej yang diiklankan bagi sekurang-kurangnya 90% pada sepanjang masa; jika tidak, mereka sepatutnya mendapat rebat.

Syarikat telekomunikasi tidak seharusnya berselindung mengenai perkhidmatan mereka yang buruk atas nama eufemisme 'usaha yang terbaik'.

Apa tidaknya. Pakej jalur lebar selain pakej tahap kemasukan di Malaysia bukannya murah sungguhpun terdapat syarikat telekomunikasi lain yang boleh dipilih. Mereka menawarkan pakej dengan kelajuan dari 256Kbps sehingga 30Mbps.

Pemasar telekomunikasi bagi TMNet memujuk pelanggan supaya meningkatkan pakej Streamyx mereka kepada kelajuan yang lebih tinggi. Jika pelanggan yang menggunakan pakej semasa merasakan perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan, kenapa pula mereka perlu menukar kepada pakej dengan kelajuan lebih tinggi dan membayar lebih?

Apakah jaminan bahawa perkhidmatan yang akan diberikan lebih baik di bawah pakej baru? Penjelasan diperlukan dari TMNet.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dan pihak Perbadanan Komunikasi dan Multimedia untuk memastikan syarikat telekomunikasi menyediakan perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan yang stabil dan munasabah. Tidak seorang pun patut berasa rugi dan tertipu, malah mereka sepatutnya menjalankan urusniaga secara online mereka dengan penuh yakin dan selamat.

NGO Hindu, Muslim sangkal 7,000 dipaksa peluk Islam

Posted: 19 Mar 2016 02:27 AM PDT

Geraldine Tong

   


Dua NGO Hindu dan Muslim menafikan laporan bahawa lebih 7,000 penganut Hindu telah dipaksa memeluk Islam dan menjelaskan ia merupakan kes salah dokumentasi.

Dalam pertemuan pertama mereka di Petaling Jaya hari ini, Conversion Action Team (Hicoat) dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) telah berbincang mengenai salah faham berhubung perkara itu.

"Biar saya jelaskan isu 7,000 Hindu ini. Mereka menghadapi masalah dengan dokumentasi dan ini adalah semata-mata satu tindakan pembetulan, bukannya pertukaran agama," kata Presiden Hicoat Arun Doraisamy dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat itu.

Beliau menjelaskan perkara itu telah disalahanggap sesetengah media, selepas sidang akhbar bahawa 7,000 penganut Hindu dipaksa memeluk Islam bulan lalu.

Sebaliknya, beliau berkata 7000 penganut Hindu berkenaan telah secara salah didokumenkan sebagai umat Islam, sambil menambah bahawa jumlah itu merupakan suatu anggaran.

Apabila sedar mereka telah disalahanggap dan selepas PPMM bertindak balas kepada isu ini, Doraisamy berkata mereka segera menghubungi persatuan peguam itu untuk menjelaskan apa yang mereka maksudkan dan menetapkan perjumpaan.

Presiden PPMM Zainol Rijal Abu Bakar berkata, selepas pertemuan dengan Hicoat, mereka gembira untuk membantu menyelesaikan isu salah dokumentasi bagi 7000 penganut Hindu berkenaan.

"Islam tidak membenarkan memaksa seseorang untuk menjadi seorang Muslim. Berdasarkan kepercayaan ini, kami menawarkan bantuan untuk membetulkan mereka yang telah secara palsu dikategorikan sebagai seorang Islam," kata Zainol.

Oleh itu, kedua-dua NGO itu bersetuju membentuk sebuah jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan bersama bagi menyelesaikan isu-isu dokumentasi salah, berdasarkan kes demi kes, dan penyelesaian jangka panjang supaya ia tidak terus berlaku.

Jawatankuasa ini akan terdiri daripada ahli kedua-dua NGO itu, dengan peguam menyediakan bantuan teknikal bagi sesuatu kes.

"Kami amat gembira kami akan bekerjasama dengan PPMM terhadap kes demi kes, dan dalam beberapa kes bekerja rapat dengan mengambil langkah-langkah pencegahan dan kesedaran," kata Doraisamy.

Katanya, mereka juga telah memberi taklimat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam isu agama, Datuk Seri Nancy Shukri mengenai isu ini, dan beliau bersetuju bahawa ia perlu ditangani secepat mungkin.

Doraisamy berkata Jabatan Perdana Menteri juga akan dimaklumkan mengenai apa yang berlaku.


Badan Peguam M'sia lulus usul gesa penyingkiran AG

Posted: 19 Mar 2016 02:24 AM PDT

Geraldine Tong  




Ahli-ahli Badan Peguam Malaysia telah mengundi untuk meluluskan satu usul semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) hari ini menggesa penyingkiran Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali daripada jawatannya.

Ini telah disahkan oleh peguam yang hadir di AGM tersebut, walaupun mereka enggan mendedahkan maklumat lanjut sementara menunggu kenyataan rasmi dari Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru.

Badan Peguam itu mahukan penyingkiran AG berikutan keputusannya untuk tidak meneruskan dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dengan deposit wang yang besar di dalam akaun Najib.

TANDAS AWAM PUN ADA PERASMIAN, MUNGKIN SEBABNYA KERANA....

Posted: 19 Mar 2016 01:09 AM PDT

shahbudindotcom


Mungkin kerana bimbang kesan penolakan rakyat yang terus membuak terhadap Najib Razak turut memberi kesan kepada pengundi di Sarawak, lantas membuatkan apa saja perkara mahu diambil kesempatan oleh para pemimpinnya untuk mendekatkan diri dengan rakyat.

Suatu sejarah agaknya yang bukan saja di Malaysia, malah barangkali di dunia,  maka tandas awam pun mahu diadakan majlis perasmian juga.
 
 
 
 
Jika difikirkan, dengan Adenan Satem mengetuai negeri itu, tiada apa yang perlu dibimbangi sangat dari segi untuk mencapai kemenangan di Sarawak.

Kenapa tiba-tiba seperti panik semacam sehingga tandas awam pun mahu dirasmikan?

Mesti ada sebabnya?

Kuang, kuang, kuang....
 
 
 

Kecemasan Gelombang Haba jika suhu capai 40 darjah Celsius

Posted: 19 Mar 2016 01:06 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengisytiharkan "Kecemasan Gelombang Haba" di kawasan yang mencapai suhu melampau melebihi 40 darjah Celsius selama atau melebihi tujuh hari dalam tempoh cuaca panas dan kering yang berpanjangan. 
 
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, selain itu, sesi persekolahan akan ditangguhkan di kawasan yang terbabit jika suhu melebihi 37 darjah Celsius selama lebih 72 jam dan peningkatan suhu berterusan. 
 
Beliau berkata, perkara itu adalah antara garis panduan yang dipersetujui Kabinet pagi tadi bagi menangani kepanasan melampau yang melanda negara ketika ini. 
 
Wan Junaidi berkata, bagi tahap amaran pertama iaitu suhu melebihi 37 darjah Celsius, Jabatan Meteorologi akan mengeluarkan amaran gelombang haba dan ketika itu, semua aktiviti pelajar di luar bangunan dan sukan ditangguhkan, selain menasihatkan orang ramai supaya menghadkan aktiviti luar terutama bagi warga emas dan kanak-kanak. 
 
"Bagi tahap amaran kedua iaitu suhu melebihi 37 darjah Celsius selama lebih 72 jam dan peningkatan suhu berterusan, tindakan bagi amaran pertama akan diteruskan, selain menangguhkan sesi persekolahan dan menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi membincangkan tindakan kecemasan bagi menangani cuaca panas melampau berpanjangan," katanya pada sidang media di sini, hari ini. 
 
Wan Junaidi berkata, Kabinet juga bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Gelombang Haba yang dipengerusikan oleh beliau sendiri dan semua agensi yang berada di bawah jawatankuasa itu akan melaksanakan semua pelan tindakan berkenaan. 
 
Katanya, satu mesyuarat teknikal akan diadakan Isnin ini bagi memperhalusi lagi pelan tindakan berkenaan dan membincangkan pelan tindakan tambahan.
 
 

Anwar-Mazlan gagal selesai saman secara baik, bicara 9 Mei depan

Posted: 19 Mar 2016 01:02 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail dan dua yang lain gagal diselesaikan secara baik. 
 
Sehubungan itu, kes saman berhubung dakwaan Mazlan mengeluarkan kenyataan fitnah dalam sidang akhbar pada 2 Ogos 2013, akan diteruskan dengan perbicaraan bermula 9 Mei ini. 
 
Peguam Sangeet Kaur yang mewakili Anwar ketika ditemui selepas prosiding kes sebentar tadi, berkata kes saman itu gagal diselesaikan selepas Mazlan dan dua yang lain selaku defendan tidak bersetuju dengan terma penyelesaian dicadangkan anak guamnya. 
 
Selain Mazlan, turut dinamakan sebagai defendan dalam kes saman itu ialah Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3) dan Utusan Melayu (M) Berhad. 
 
Melalui writ saman dan pernyataan tuntutan difailkan pada 15 Oktober tahun lalu, Anwar berkata Mazlan secara salah dan dengan niat jahat mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya dalam satu sidang akhbar pada 2 Ogos 2013. 
 
Katanya, TV3 kemudian menyiarkan kenyataan fitnah itu melalui Buletin Utama pada jam 8 malam hari yang sama, manakala Utusan Malaysia pula menerbit dan mengedarkan tiga artikel fitnah sehari selepas itu. 
 
Plaintif berkata, tiga artikel itu bertajuk 'Dakwa Penasihat PKR simpan jutaan ringgit dalam beberapa akaun bank tempatan-Surat Misteri Anwar', 'Surat misteri dedah urus niaga Anwar dan Karpal, minta penjelasan - Mazlan' dan 'Laporan ditulis bekas pekerja Karpal Singh'. 
 
Sehubungan itu, Anwar menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan serta perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada mengulangi atau menyiarkan semula perkataan fitnah itu.
 
 

IKATAN hanya cakap tangguh, bukan tolak hudud - Abdul Kadir

Posted: 19 Mar 2016 01:01 AM PDT

 Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menjelaskan beliau tidak bermaksud menolak agenda hudud yang dibawa PAS tetapi pelaksanaan itu boleh ditangguhkan jika membawa lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan.
 
Namun tegas Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), bukanlah bermaksud menentang hukuman hudud dilaksanakan di Malaysia.
 
"Saya sendiri tak boleh tolak hudud, tapi setahu saya, saya difahamkan juga bahawa dalam Islam juga jika terdapat keadaan tertentu di mana (jika) pelaksanaannya membawa lebih mudarat daripada kebaikan, maka pelaksanaannya boleh ditunda.
 
"Jadi kita serah sahaja kepada rakyat untuk menentukan, itu sahaja yang saya cakap.
 
"Tapi yang sebenarnya PAS dengan IKATAN tidak pernah bincang pun soal hudud.
 
"Cuma soalan itu bangkit waktu sidang media oleh seseorang daripada kalangan wartawan," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi tadi.
 
Malah beliau tidak menolak undang-undang untuk memperkasakan Mahkamah Syariah tetapi adalah lebih wajar ia dikaji secara solid sebelum dilaksanakan agar tidak menimbulkan masalah dikemudian hari.
 
"Segala benda yang hendak memperkasakan Mahkamah Syariah, saya setuju. PAS pun setuju, hendak memperkasakan Mahkamah Syariah, (tapi) hendak memberikan lebih sedikit atau sebahagiannya, saya tidak tahu (lebih mendalam mengenai Akta 355 tetapi saya sokong)," katanya.
 
Beliau yang merupakan bekas Menteri Penerangan turut menasihatkan mana-mana pihak jangan terus menekan pakatan itu bersabit isu hudud, kerana ujarnya banyak lagi masalah lain yang perlu diberi perhatian.
 
"Nasihat saya dapatkan dulu berita yang sahih, sekarang ini ramai yang cemburu bila PAS hendak buat satu blok baru. Jadi ramai yang cemburu dan memang ramai yang hendak memburuk-burukkan PAS, memburuk-burukkan Ikatan, hendak melaga-lagakan Ikatan dengan PAS. 
 
"Dia main (soal hudud) tapi kita tak kisahlah, dia boleh mainlah (banyak pihak mainkan hudud) sedangkan dalam hidup ini ada berjuta lagi masalah. Mengapa kita hendak kisah pasal hudud sahaja? Dalam Islam, kita ada berbagai-bagai perkara lain, kita perlu juga perjuangkan, takkan hudud sahaja 'the end of the world'," katanya lagi.
 
Terdahulu sebuah portal melaporkan IKATAN dan PAS sepakat bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.
 
Antarapos melaporkan PAS tetap dengan pendirian untuk terus memperjuangkan agenda hukuman hudud walaupun baru membentuk kerjasama dengan IKATAN.
 
PAS turut menjelaskan kenyataan Abdul Kadir itu, bukan bermaksud untuk tidak meneruskan agenda parti Islam itu tetapi ia perlu melalui proses kelulusan di Parlimen sebelum dikuatkuasakan.  


Tak timbul perjuangan hudud PAS berubah

Posted: 19 Mar 2016 01:00 AM PDT

Oleh Shuhaniza Said

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Tidak timbul isu pendirian PAS berubah berhubung pelaksanaan hudud selepas parti itu menjalinkan kerjasama bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
 
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, setiap parti mempunyai dasar dan perjuangan masing-masing, justeru IKATAN serta PAS mengamalkan konsep saling hormat-menghormati. 
 
"Ertinya, dalam sebarang bentuk muafakat antara dua parti, setiap parti ada pendirian tersendiri dalam pelbagai isu, ada dasar tersendiri yang diperjuangkan.. Tetapi yang boleh menyatukan kita ialah sikap saling menghormati pendirian masing-masing.
 
"Itulah point yang kita tampilkan dalam sidang media itu, saling menghormati," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (PAN), Dr Dzulkefly Ahmad yang mendakwa PAS telah mengubah pendirian bersabit soal pelaksanaan hudud selepas bekerjasama dengan IKATAN.
 
Ujar Dzulkefly yang juga bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu, PAS sebelum ini menuduh pihak yang menolak pelaksanaan hudud sebagai golongan liberal, walaupun pihak berkenaan mengutarakan alasan penolakan terhadap hukum itu atas hujah memerlukan persekitaran kondusif, tidak bertepatan dengan keutamaan dan umat yang belum bersedia.
 
Namun ujarnya kini PAS telah menggunakan hujah yang sama untuk memberi alasan mengapa hudud tidak boleh dilaksanakan ketika ini di Malaysia pada sidang media bersama IKATAN Rabu lalu.
 
Menyangkal dakwaan itu, Khairuddin sekali lagi menjelaskan bahawa kenyataan Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir pada sidang media berkenaan secara terang menyebut pelaksanaan hudud terserah kepada rakyat dan sistem demokrasi.
 
"Sebab itulah kita bawa hudud ini menerusi saluran demokrasi. Kita bawa ke parlimen, (itu proses) demokrasi.
 
"Jadi isunya ialah kita menghormati demokrasi, sama juga IKATAN menghormati hak demokrasi mana-mana parti. Jadi itu sudah cukup untuk kita bersatu.
 
"Bukan maknanya setiap parti kena gugurkan perjuangan masing-masing. Itu bukan satu muafakat," katanya.  
 
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, PAS melakukan proses untuk membolehkan pelaksanaan hudud menerusi saluran yang betul dan terus melakukannya mengikut apa yang termampu.
 
"Isu hudud tidak berbangkit sekarang di kala mana meraka sekarang masih belum punyai sebarang kerusi.
 
"Persefahaman antara PAS dengan IKATAN adalah persefahaman untuk menanagani isu semasa negara melibatkan rasuah, ketirisan dan sebagainya," kata beliau.
 
 

Gelombang haba turut jejas gajah di Kuala Gandah

Posted: 19 Mar 2016 12:58 AM PDT

MALAYSIAKINI




Gelombang haba yang melanda negara ketika ini bukan sahaja meresahkan orang ramai, malah turut menyebabkan 27 gajah di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah di Temerloh dalam keadaan tidak selesa.

Ketua unit gajah pusat itu, Nasaruddin Othman berkata sejak cuaca panas lebih sebulan lalu, haiwan berkenaan dimandikan 10 kali sehari berbanding empat hingga lima kali sebelum ini.

"Nasib baik kami menggunakan air terjun berhampiran sebagai sumber air mandi dan minum gajah-gajah ini. Jika tidak, bil air sudah pasti naik mendadak," katanya kepada Bernama hari ini.

Nasaruddin berkata lebih 70 pekerja bertugas mengawasi haiwan berkenaan setiap hari dan jika mempunyai masa, gajah yang dilihat terlalu tertekan dengan keadaan cuaca itu akan dibawa berendam di sungai kecil di pusat konservasi itu.

"Jika mahu dibawa semua, ia agak sukar kerana haiwan ini turut mempunyai pelbagai ragam selain perlu dikawal. Sampai di sungai gajah yang berkenaan akan dibenarkan bermain air, berendam dan minum," katanya.

Nasarudin berkata dalam keadaan cuaca panas yang melampau ketika ini, kakitangan pusat itu juga sentiasa memantau dan memastikan kesihatan gajah tidak terjejas.

Ia termasuk memastikan kawasan rehat haiwan itu dalam keadaan teduh dan mempunyai bekalan air yang mencukupi.

"Gajah memang memerlukan air yang banyak dalam sehari. Jadi kami menggunakan sistem di mana air di takungan akan diisi secara automatik apabila air di dalamnya hampir habis," katanya.

Pada masa sama, katanya hanya gajah yang benar-benar sihat sahaja akan dikeluarkan untuk melakukan aktiviti bersama pengunjung.

"Penilaian sikap gajah penting untuk memastikan ia sihat, sekali gus mengelakkannya melakukan perkara di luar jangkaan. Ini adalah untuk keselamatan gajah itu sendiri dan juga pengunjung.

"Gajah yang hendak dibawa menyertai aktiviti juga akan dimandikan terlebih dahulu agar ia lebih selesa. Jika ia masih tidak selesa atau membuat perangai, gajah itu akan direhatkan dan digantikan dengan yang lain," katanya.

Temerloh merupakan satu daripada enam kawasan di seluruh negara yang mencapai atau melebihi paras ambang gelombang haba, iaitu 36 darjah celcius berbanding paras suhu normal antara 32 dan 33 darjah celcius.

Lima kawasan lain ialah Chuping, Perlis; Alor Setar, Kedah; Lubuk Merbau dan Ipoh, Perak serta Batu Embung di Pahang.- Bernama


SPRM P Pinang terima aduan berkaitan pembelian rumah Guan Eng

Posted: 19 Mar 2016 12:55 AM PDT

MALAYSIAKINI




Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini menerima aduan berhubung isu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membeli rumah jenis banglo pada harga rendah daripada harga pasaran.

SPRM dalam satu kenyataan berkata keterangan pengadu turut dirakam berhubung isu pembelian rumah terbabit yang beralamat di No. 25, Jalan Pinhorn, Pulau Pinang.

"SPRM ingin menjelaskan bahawa kes berkaitan pembelian rumah ini merupakan pendedahan baharu dan SPRM tidak pernah membuka fail sebelum ini.

"Siasatan SPRM sebelum ini hanya berkaitan penyewaan rumah berkenaan dan bukan pembelian," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, SPRM memberi jaminan akan menyiasat setiap aduan dan maklumat yang ada unsur rasuah tanpa pilih kasih.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan Lim didakwa membeli rumah di Jalan Pinhorn, Georgetown di Pulau Pinang dengan harga yang lebih rendah berbanding nilai harga pasaran semasa.

Semalam, Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) Datuk Shabudin Yahaya yang juga anggota Parlimen Tasek Gelugor meminta Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta (JPPH) untuk membuat penilaian berhubung hartanah berharga RM2.8 juta yang dibeli oleh Lim, sedangkan nilai semasa rumah tersebut dikatakan lebih RM3 juta.

Lim hari ini mendakwa transaksi pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn yang berharga RM2.8 juta itu dibuat secara rela hati antara pembeli dan penjual tanpa sebarang paksaan.

Katanya transaksi itu berasaskan kesanggupan secara bebas dan rela hati di antara beliau dan penjual yang membawa kepada rumah jenis banglo dua tingkat di Jalan Pinhorn yang berusia 30 tahun itu dibeli dengan harga berkenaan.- Bernama


Lebih 1,000 ahli Umno sokong Deklarasi Rakyat

Posted: 19 Mar 2016 12:54 AM PDT

MALAYSIAKINI




Pada hari sama Tun Dr Mahathir Mohamad merayu anggota Umno mengemukakan usul tidak percaya terhadap presiden parti itu, di Pagoh lebih 1,000 tandatangan diturunkan untuk menyokong Deklarasi Rakyat.

Dengan slogan Selamatkan Malaysia, Deklarasi Rakyat itu dibuka untuk delegasi ahli Umno yang menghadiri mesyuarat cawangan dalam bahagian Pagoh hari ini.

Perasmian mesyuarat itu dilakukan Tan Sri Muhyiddin Yassin, diadakan di Kompleks Pekembar tengah hari tadi.

Tandatangan itu kemudian diserahkan kepada Muhyiddin - bekas timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno yang sedang digantung tugasnya.

Difahamkan sejumlah 1,052 tandatangan dikumpul sebagai simbolik menyokong desakan terkandung dalam deklarasi berkenaan.

Kali pertama Deklarasi Rakyat dibacakan kepada umum adalah pada 4 Mac lalu diketuai Dr Mahathir.

Antara lain ia menuntut supaya Datuk Seri Najib Razak berundur daripada kerajaan dan rakyat bersatu menyelamatkan Malaysia dengan membuka jalan melakukan reformasi terhadap proses demokrasi, memulihkan prinsip pengasingan kuasa di antara eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Menurut sumber, tandatangan di kalangan ahli Umno Pagoh itu dikumpul kira-kira sejam.

Difahamkan, tandatangan menyokong Deklarasi Rakyat juga dikumpul semasa mesyuarat tahunan cawangan di bahagian Jerlun semalam.
Umno Jerlun kini diketuai Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sementara itu Dr Mahathir - melalui surat terbukanya - menyeru ahli Umno di seluruh negara berpakat mengemukakan usul tidak percaya kepada Najib untuk menyelamatkan parti itu tanpa menunggu pilihan raya umum akan datang.

"Kita tidak boleh tunggu PRU14 (pilihan raya umum ke-14) kerana Umno yang dipimpin oleh Najib tetap akan kalah. Sekali Umno kalah ia tidak dapat dipulih semula," tulis perdana menteri selama 22 tahun itu.


Calon wanita Penan berdepan isu seksisme, rasisme bahang p'raya S'wak

Posted: 19 Mar 2016 12:44 AM PDT

Kow Gah Chie




Parti-parti pembangkang sering memetik situasi geografi dan demografi Sarawak sebagai cabaran utama ketika berkempen di negeri itu yang dianggap sebagai kubu BN.

Bagi Elia Bit yang berusia 28 tahun, bakal calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Marudi, dia menambah unsur seksisme, rasisme dan 'serangan' kecil dalam senarai tersebut.

Kenyataan berunsur seksis dan rasisme didakwa dibuat terhadap pasukan kempennya semasa mengunjungi sebuah rumah panjang bulan lepas.

Menurut pembantu kempen Elia, Bujang Gama, tuai sebuah rumah panjang didakwa menghina Elia (foto), seorang keturunan Penan.

"Saya membawa bersama kalendar Elia (bahan edaran kempen), dan tuai (ketua) rumah itu menuding ke arahnya dan berkata, 'Mengapa saya harus sokong dia? Wanita Penan murah?. Saya pernah tidur dengan ramai mereka.

"Ini amat menghina," kata Bujang kepada Malaysiakini.

Menurutnya, kira-kira satu pertiga daripada pengundi di Marudi adalah dari kumpulan Penan asal.

Bujang juga mendakwa dia ditampar di belakang kepalanya oleh tuai rumah itu semasa mereka mengunjungi rumah panjang itu pada 18 Februari.

"Tuai rumah itu menuntut kita membayar RM500 jika kami hendak bermalam di rumah panjang itu," dakwanya.

Pasukan kempen tiga orang lelaki itu terus beredar dari rumah panjang itu dan membuat laporan di Balai Polis Long Lama dua hari kemudian.

Butiran hilang

Bujang, bagaimanapun, tidak memasukkan kenyataan seksis atau rasis yang didakwa ditujukan kepada Elia dalam laporan yang dibuatnya itu.

"Dia takut, dengan meletakkan maklumat di dalam laporan polis itu akan merendahkan maruah saya," kata Elia, yang juga seorang aktivis hak orang asal dengan Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS).

"Saya rasa terhina dan terancam. Uncle Bujang berkata tuai rumah itu mengoyak kalendar saya dan dia merasakan bahawa lelaki itu juga akan menampar saya jika saya berada di sana," katanya.

Calon muda itu berkata dia dan pasukannya telah diberikan tempoh satu bulan bagi tuai rumah itu membuat permohonan maaf secara terbuka. Tarikh akhirnya telah berlalu tanpa sebarang permohonan maaf.

"Bujang membuat satu lagi laporan pada hari Selasa, menggesa pihak polis bertindak kerana tuai itu gagal memohon maaf," katanya sambil menambah mereka sedang berbincang dengan peguam mereka untuk tindakan susulan.

Seorang pegawai polis, yang bercakap dengan Malaysiakini dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, mengesahkan laporan yang dibuat oleh pembantu Elia itu.

"Saya sangat sibuk. Tetapi saya akan panggil kedua-dua mereka untuk melihat (jika tuai rumah itu bersedia) memohon maaf (kepada Bujang)," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, tuai rumah itu tidak 'menampar' Bujang, tetapi hanya 'menepuk' belakang kepalanya, dan perkara itu adalah tertakluk kepada Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Pegawai itu juga berkata, beliau akan bertanya tentang kenyataan berunsur seksis itu walaupun ia tidak dinyatakan dalam laporan polis itu.

"Di Baram, ia boleh menjadi sangat sensitif," keluh pegawai polis itu. Malaysiakini tidak menyiarkan nama rumah panjang itu dan nama tuai terbabit.

Kerusi panas

Sementara itu, perebutan kerusi dalam parti komponen BN Sarawak semakin sengit, dan persaingan itu jelas dapat dilihat di DUN Marudi.

Kedua-dua Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan parti serpihannya Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS), yang dibentuk oleh bekas presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom, telah menyatakan minat untuk meletakkan calon.

Sylvester Entri Muran dikatakan merupakan peluang terbaik BN, selepas memenangi kerusi DUN itu dengan majoriti selesa 3,202 undi dalam pilihan raya negeri 2011.

Bagaimanapun, Sylvester telah meninggalkan SPDP untuk menyertai TERAS, yang menjadi parti mesra BN.

Sebaliknya, SPDP berkeras untuk meletakkan calonnya sendiri. Malah, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, yang menyifatkan Sylvester sebagai "calon boleh menang", tidak dapat mengubah pendirian parti itu.

Ini mungkin mencetuskan masalah bagi BN kerana kerusi Parlimen Baram, di mana terletakkan DUN Marudi, hampir jatuh ke tangan PKR dalam pilihan raya umum 2013. Kerusi itu dimenangi calon BN, Jacob Dungau Sagan dengan majoriti tipis 194 undi.

Politik rumah panjang

Sebahagian daripada rumah panjang di Marudi dikenali sebagai kubu kuat BN, menjadikannya hampir mustahil bagi calon pembangkang untuk mendapat akses dalam usaha mereka mendapatkan undi.

Selain rumah panjang disebut, Elia berkata terdapat empat rumah panjang lain yang secara terbuka menolak calon pembangkang kerana tuai rumahnya mendakwa menjadi penyokong kuat Sylvester.

"Saya dengar dua rumah panjang telah meletakkan notis (melarang kami) memasukinya," dakwa Elia.
Sylvester juga menteri muda bagi kemudahan awam (bekalan air).

"Saya pernah diminta beredar dari kawasan rumah panjang oleh seorang wakil ketuanya, sebelum saya sempat turun dari van," kata Elia.

Selepas berdekad berada di bawah BN, telah wujud budaya anti-pembangkang di kawasan-kawasan berkenaan.

Katanya, dia tidak menunjukkan parti yang diwakilinya apabila berkunjung ke perkampungan tersebut bagi mengelak ditolak mentah-mentah. Sebaliknya, dia menjalinkan persahabatan dengan mereka sebelum memperkenalkan parti politiknya.

"Terdapat sejumlah 170 rumah panjang di Marudi, kami telah mengunjungi 47 daripadanya," katanya.

'Tangki biru'

Kesukaran yang dihadapi oleh Elia itu turut dikongsi oleh Paul Baya dan George Chen, yang merupakan antara kumpulan pertama bakal calon yang diumumkan oleh PKR.

Paul, bakal calon Mulu - kerusi majoriti pengundi Orang Ulu yang diwujudkan di bawah persempadanan semula Sarawak baru-baru ini - berkata, terdapat perbincangan di kalangan masyarakat rumah panjang supaya ketua-ketuanya tidak menerima kedatangan calon pembangkang.

Paul bagaimanapun mengakui dia masih belum menghadapi masalah seumpama itu.

Paul menjangka ia bukan sesuatu yang akan mudah bagi pembangkang kerana sokongan kepada calon bukan BN boleh membawa akibatnya.

Penghuninya selalunya tidak menentang ketua mereka kerana takut mereka tidak akan menerima bantuan kerajaan, yang termasuk kemudahan asas seperti tangki air kepada setiap isi rumah.

Keluarga rumah panjang di Mulu memerlukan tangki air, yang di kalangan penghuninya lebih dikenali sebagai 'Tangki Biru', yang diberikan oleh kerajaan di bawah projek luar bandar mikro (MRP) bagi menyimpan air dari gunung dan sungai di sekitarnya.

Chen, bakal calon DUN Machan, mengakui beliau berdengan dengan masalah yang sama kerana tuai-tuai rumah panjang didakwa memegang peruntukan MRP dan hanya akan memberikan kepada mereka yang secara terbuka menolak pasukan kempen pembangkang.

Menurutnya, rakan-rakannya dan mungkin calon DUN Tamin dan DUN Ngemah turut menghadapi isu yang sama.

Kerja-kerja pembaikan

Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata bakal calon bakal partinya tidak berdepan dengan masalah seumpama itu dalam kempen pilihan raya mereka.

"Bakal calon kami tidak mempunyai sebarang masalah untuk memasuki rumah panjang, mereka dialu-alukan oleh masyarakat di situ," katanya kepada Malaysiakini dalam satu mesej teks.

DAP yang memenangi 12 daripada 15 kerusi DUN yang ditandingi dalam pilihan raya 2011, merancang untuk bertanding di 35 hingga 40 kerusi dalam pilihan raya negeri yang akan datang.

Sekurang-kurangnya 26 daripadanya adalah kerusi majoriti masyarakat Dayak. Pada 2011, DAP hanya dapat menarik 30 hingga 40 peratus undi masyarakat Dayak di kerusi yang berjaya dimenanginya.

Dalam satu kenyataan media, Setiausaha Politik Chong, Gerald Roger Anding berkata kerajaan negeri akhirnya telah menyelesaikan masalah jalan yang teruk yang menuju ke rumah panjang Jelau Atas dalam DUN Layar, yang terletak dalam kawasan Parlimen Betong.

Ia selepas kehadiran dan tekanan daripada inisiatif Impian Sarawak, katanya.

Impian adalah program DAP yang menyediakan infrastruktur asas - jalan raya, air dan elektrik - kepada masyarakat luar bandar di Malaysia Timur.

Sebelum ini, katanya, penduduk rumah panjang Jelau Atas menemui DAP bahagian Betong untuk meminta bantuan, dan pasukan Impian Sarawak telah bersetuju untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan supaya a boleh dilalui kenderaan biasa.

"Projek kami sepatutnya bermula pada hari Isnin. Tetapi timbalan ketua menteri dan ADUN Layar, Tan Sri Alfred Jabu berjanji kerajaan akan membaiki jalan raya," katanya.

Muhyiddin: Dipecat? Saya patutnya jadi yang terakhir

Posted: 19 Mar 2016 12:40 AM PDT



Jimadie Shah Othman & Hafiz Yatim 


WAWANCARA Tan Sri Muhyiddin Yassin berkali-kali menegaskan beliau tidak takut dipecat kerana bersikap kritikal terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, terutamanya dalam isu 1MDB dan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun perdana menteri.

Persoalannya timbul sama ada beliau akan dipecat, lebih-lebih lagi selepas Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berjaya disingkirkan kumpulan pro-Najib.

Spekulasi itu dikuatkan lagi dengan penyertaan Muhyiddin dalam acara Deklarasi Rakyat yang menuntut pengunduran Najib yang diketuai pengkritik nombor satu Najib, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jika itu berlaku, apakah ia dikira jalan buntu kepada masa depan politik Muhyiddin atau suatu permulaan kepada perlawanan baru oleh timbalan presiden Umno yang digantung tugas itu?

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Muhyiddin mengupas isu ini.

Beliau bagaimanapun enggan "berkalau-kalau" tentang kemungkinan yang bakal berlaku dengan alasan ia hanyalah "andaian".



Berikut sedutan wawancara bersama Muhyiddin di pejabatnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada Khamis:

Malaysiakini: Tan Sri sebelum ini bersumpah dengan nama Allah tak nak jadi perdana menteri. Sekarang sudah mengalah?

Muhyiddin: Saya seorang Islam dan saya percaya segala-galanya ketentuan Allah. Maknanya walaupun kita ada hasrat dan niat dan ada matlamat, segalanya ketentuan Allah, tentukan termasuklah soal masa depan saya, soal apa yang dah berlaku pada saya.

Bagi saya, penting untuk kita melihat situasi dan keadaan pada hari ini. Dan sebagai seorang Islam, pejuang yang telah lama dalam politik, apa yang boleh kita lakukan, untuk menentukan bangsa agama, negara terselamat, lebih-lebih lagi dalam keadaan mencabar pelbagai masalah kita hadapi.

Itu yang lebih banyak masuk dalam pemikiran saya sepanjang masa, bukan soal peribadi dan saya nak jadi apa pada saya tidak pernah terlintas.

Ketika kamu temuramah saya sekarang ini, saya sudah tidak ada jawatan dalam kerajaan. Ada pihak menyatakan kalau saya tidak beri pandangan dan luah kepada perdana menteri, saya mungkin masih kekal sebagai timbalan perdana menteri.

Ia bukan soal apa yang harus saya dapat, tapi apa yang harus saya lakukan sebagai amanah, tanggungjawab pemimpin kebajikan masyarakat dan kesejahteraan rakyat dan negara. Itu yang saya pertimbangkan.

Pendapat Tan Sri, Tan Sri nampak lemah kalau tak capai jadi perdana menteri?

Saya tak pernah memikirkan perkara itu. Saya tak pernah merencana selepas ini saya mahu ke sana (jadi perdana menteri), walaupun politik macam orang lain ada cita-cita harapan, jangkaan. Tapi saya sebagai Melayu, Umno matlamat perjuangan saya, bukan jawatan yang saya kejar. Mungkin ramai yang tak fikir begitu tapi itu asas saya.

Amal ibadah yang saya lakukan mesti mendapat pahala pasal kita ada pertimbangan dunia akhirat, syurga neraka, pahala dan dosa. Saya tak pernah fikir begitu sebab dalam politik ini kalau kita dilihat sebagai terlalu ambitious merencana hala tuju kita, kedudukan peribadi kita, saya lihat dalam sejarah politik, mereka tidak akan lama.

Bagi saya tidak apa, ini episod yang terpaksa saya lalui, ada zaman senang , ada zaman susah tapi saya tidak rasa lemah dan saya tabah menjalaninya.

Kini jalan ke depan Tan Sri Nampak tersudut, dari seorang TPM, timbalan presiden Umno yang digantung tugas, apa jalan ke depan politik Tan Sri?

Apa yang berlaku saya terima dengan reda. Mungkin lepas ini ada yang kata saya boleh dipecat dari Umno. Tapi itu tak putus semangat juang saya sebab saya berjuang atas dasar hak saya. Mungkin ada yang dengar rasa pahit, tergugat, itu masalah mereka. Tapi tanggungjawab saya lebih utama walaupun saya terpaksa menanggung kesannya ataupun beban sebab kita tak boleh fikir diri kita sahaja.

Saya jadi ahli hampir Umno 45 tahun. Saya tak berjuang untuk diri saya saja. Jadi kalau saya terpaksa berkorban dan terkorban saya reda kerana ia adalah perjuangan politik saya. Jadi sebab itu yang lebih penting menjaga kesejahteraan umat, kepentingan rakyat.

Dan saya melihat situasi sekarang, isu yang menyelubungi parti kerana salah laku perkara yang melibatkan perdana menteri, presiden Umno, hal yang buruk, yang disebutkan oleh pihak buruk nama parti dan negara sehingga banyak orang rasa terlalu marah bawa kesan buruk pada parti, saya bimbang kalau tidak ada usaha yang dilakukan, saya bimbang kita akan berhadapan dalam keadaan buruk. Itu yang lebuh utama saya fikirkan.

Jangan cakap saya buntu, saya tidak pernah buntu, atau laluan saya lebih sempit, itu sebahagian daripada perjuangan dan (ia) bukan kita boleh elak selalu.

Pokoknya adalah kamu yakin apa yang kamu buat itu betul? Dan saya tak pernah terlintas di fikiran saya mengatakan tindakan saya salah.

Adakah tindakan Muhyiddin melanggar hukum-hukum tuhan atau berdosa, ia (jadi) pertimbangan saya.
Saya dididik oleh bapa saya sebagai guru agama, jadi latar belakang kukuh dana jiwa saya. (Ini) bukan soal diri, nafsu tapi apa yang harus kita lakukan untuk kepentingan rakyat.

Persoalannya Tan Sri, apa Tan Sri nak buat dalam Umno? Apabila Tan Sri bercakap dalam Umno, orang akan anggap ia beri kesan tak baik pada BN untuk PRU14.

Kita tak ada niat nak jatuhkan BN. Saya sebutkan, waktu mana saya orang yang menggesa Pak Lah berundur, kalau masih ingat dan gesa Datuk Seri Najib ambil alih tempat (Pak Lah) dan jadi rekod sejarah. Dan saya fikir sejarahnya saya terlibat secara langsung.

Sebabnya saya melihat PRU 2008 menjadi trend tak baik sebelum itu. Keputusan PRU tidak mengusai 2/3 parlimen dan sokongan rakyat menurun. Dan saya lihat penyebabnya kelemahan kepimpinan PM waktu itu.

Kalau tidak ada intervensi dalam perubahan kepimpinan kita kalah. Saya usaha dan tak boleh elak Pak Lah undur dan Datuk Seri Najib ambil alih. Jadi adakah berubah kerajaan? Tidak, (cuma) ubah kepimpinan.
Modus operandi juga sekarang ini cuma situasi berbeza, orang berbeza. Dan hal yang berlaku dalam parti tidak seperti yang lepas kerana ia diselubungi dengan masalah skandal yang saya fikir tak pernah berlaku dalam sejarah.

Dan sebagai pemimpin Umno saya takut kalau hal ini biarkan begitu saja tak ada intervesi. Dalam modus operandi yang serupa, Umno akan menanggung beban, BN akan kalah. Bebanan negara, rakyat akan derita dan pelbagai lagi. Tidak ada niat ubah kerajaan tapi kepimpinan.

Bagi saya inisiatif yang wajar. Kalau saya tidak berjawatan, saudara tidak perlu menemuduga saya. Kerana saya tidak ada jawatan, tak penting, kenapa Malaysiakini nak interview saya?

Kalau suara saya tidak penting, siapa yang nak dengar. Tapi mereka tahu saya berjuang atas landasan yang betul. Suara saya agak dalam belantara, tak banyak yang dengar, binatang, flora fauna, tapi sekurang-kurangnya ada diberi perhatian.

Dan kami, seperti Mahathir, memberi pandangan yang sama. Saya tidak terfikir ia jauh dari tujuan kita. Dan ia perlu difahami oleh orang ramai.



Orang tanya, nampaknya sebelah Najib lebih ramai dan yang bercakap bagi pihak Tan Sri hanya ketua cawangan sahaja. Itu pun tak ramai.

Saya rasa hairan, kadang-kadang terpinga-pinga. Di waktu Umno berhadapan dengan krisis kepimpinan yang agak buruk seperti ini, ahli Umno tak sedar dan dikhayalkan. Saya tidak mahu buat tuduhan, (ada) pelbagai imbuhan, mengetepikan soal pokok perjuangan mereka di situ, mengapa mereka di situ?
Berjuanglah di landasan yang betul. Adakah mereka tidak sedar apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib perkara kerosakan.

Adakah mereka tidak sedar kerajaan sedang menanggung beban masalah skandal 1MDB? Saya rasa mereka sedar tapi memikirkan soal peribadi, soal apa yang mereka boleh dapat. Dan kalau sesiapa yang sanggup beri, apa mereka sanggup mengetepikan perjuangan? Itu yang saya agak hairan. Tapi waktu sebegini menuntut keberanian yang luar biasa. Dan banyak juga yang fikir, "kalau aku buat begitu aku akan juga dihukum seperti Tan Sri Muhyiddin dihukum".

Jadi, rasa takut disebabkan dihukum kononnya tak sokong kepimpinan, langgar tatatertib sedangkan itu harus diperjuangkan, mereka harus berjuang atas landasan itu. Mana yang betul perlu ditegur. Mana yang salah tak perlu diikut. Malangnya tak begitu, saya sangat terkilan apa yang berlaku dalam Umno.

Membandingkan keadaan Tan Sri dengan Anwar Ibrahim yang hampir sama, ketika Anwar dipecat orang berkumpul di rumahnya, ramai turun berdemonstrasi. Tapi keadaan Tan Sri agak berbeza. Apa salahnya langkah Tan Sri?

Saya dengan Anwar kawan baik, jawatan hampir sama, dalam era berbeza. Dan Anwar dipecat lebih daripada sepuluh tahun. Umurnya lebih muda dari saya. Saya berada dalam situasi berbeza. Dulu pimpinan Tun Mahthir, sekarang Najib. Isu yang sana tak sama dengan isu skandal yang dihadapi oleh Najib sendiri.


Minta maaf kalau saya sebut, mungkin Anwar ada masalah peribadinya, saya tidak ada masalah itu. Nak dibanding boleh banding, tapi ada kelainan. Dan keduanya saya melihat Umno dan BN lebih lemah sekarang berbanding dahulu. Kalau saya sebagai pemimpin nombor dua dan dah disingkir, dan saya buat apa yang Anwar buat seperti reformasi, itu bukan cara saya.

Sedangkan Umno dan BN dalam keadaan cukup lemah dan mungkin tindakan saya tidak bertanggungjawab. Bukan saya tidak boleh ke bahagian, turun ke bawah raih sokongan, dalam diam-diam mereka menyokong saya. Tetapi kalau saya buat begitu saya dilihat tidak bertanggungjawab.

Dan saya dilihat akan terus melakukan sesuatu memudaratkan Umno dan BN dan akan memudahkan kita kalah dalam PRU akan datang.

Saya tidak ada masalah peribadi, ini masalah politik. Kenyataan media saya ialah kesediaan saya terus berjuang. Itu cara saya dan tidak boleh dibandingkan Anwar.

Apa reaksi penyokong Tan Sri? Dan apa yang mereka mahukan?

Ramai yang tidak faham apa yang sedang berlaku, mereka tak tahu. Pasal pimpinan tak beri tahu. Kalau kita ada masalah, waktu lepas, biro penerangan beri penjelasan supaya orang faham. Tapi kes yang sedang berlaku sekarang ini tidak ada penerangan khusus yang sedang dibuat untuk menjelaskan isu 1MDB. Kes itu berbeza dengan kes lain. Ia berhubung kait dengan presiden Umno, salah laku dalam 1MDB, ia ada kaitan dengan governance, melanggar undang-undang dan sebagainya. Soal pokok, siapa yang sanggup turun ke bawah?

Jadi ahli Umno dan rakyat umum tak tahu jelas, hanya baca laporan Malaysiakini, TMI, Sarawak Report, The edge, media sosial yang lain. Media prima (utama) tidak melaporkan perkara sebenar dan rakyat dilindungi dari mengetahui hal sebenar. Ini saya lihat perkara sedang berlaku.

Bila saya cakap, mereka kata apa yang Muhyiddin kata ini macam menentang kepimpinan. Pasal saya buat perkara betul dan tidak ada yang cabar. Bila saya kata pada Sinar dan saya jelaskan dan ramai yang dapat maklumat, tapi kumpulannya kecil. Ini masalah kita hadapi.

Malahan ada kes mahu letak bawah OSA tidak dapat dibincangkan. Ini sesuatu langkah-langkah menghalang rakyat tahu perkara sebenar.

Bagi saya, saya harus cakap dan cakap perkara yang benar, walaupun pahit. Menyatakan yang hak itu pahit. Tetapi dalam keadaan sukar, kena jelaskan perkara sebenar.



Penjelasan presiden tidak memadai?

Ya, tidak memadai. Saya nak tanya waktu mana presiden menjelaskan? Kalau saya sendiri tak dapat jawab bila dia turun ke satu negeri kepada satu negeri. Dulu waktu kita ada isu, kita turun, guna platform negara bicara mengenai krisis kewangan. (Dulu) kita juruskan masalah hidup rakyat, tapi sekarang bila kita buat begitu untuk jelaskan (secara) mendalam?

Pasal bila kita buat begitu, kita nyatakan kelemahan-kelemahan kerajaan dan kepimpinan tak mahu itu dibuat, dan maklumat tak sampai. Jadi perkara itu tak diketahui. Mungkin kalau dibuat, rakyat akan tahu di mana kesalahannya.

Tan Sri sebut sedia dipecat dan tak takut dipecat.

Saya nak sebutkan begini, kalau boleh saya tak mahu dipecat dan saya sebutkan pada banyak pihak sepatutnya orang terlahir dipecat adalah Muhyuddin Yassin. (Ini) bukan melawak, kerana (dalam) jutaan ahli Umno dan BN, siapakah yang bersuara untuk selamatkan Umno, walaupun dilihat mencabar kepimpinan? Saya saja, rakan saya Datuk Shafie, Tun Mahathir, Mukhriz. Semua sudah dihukum.

Orang yang bercakap benar untuk menyelamatkan parti telah dihukum. Kalau tak nak dihukum, katalah "bos sentiasa baik", tak kata boss is wrong. Ini soal semangat juang saya. Yang berkorban masa tenaga untuk itu, jangan remehkan keahlian saya. Dia tanya, kenapa you buat begini? Saya kata saya buat bukan nak merosakkan, saya nak selamatkan apa yang tinggal, tapi saya dihukum. Tetapi pemimpin itu yang merosakkan parti.

Kenapa yang nak dibawa ke muka pengadilan itu saya, bukan orang yang telah terbukti bersalah tidak dibawa ke muka pengadilan? Rasional tak? Orang yang berjuang selamatkan parti dan sedia bercakap dan berdepan tindakan digugurkan, digantung? Dia sepatutnya jadi orang terakhir (kena tindakan).

Maksud Tan Sri tiga juta ahli Umno yang diam ini harus dipecat?

Bukan begitu maksud saya. Kenapa saya? Kenapa saya satu-satunya orang yang mahu selamatkan kamu, supaya parti ini kekal sebagai kerajaan, dalam keadaan sedia ada orang kehilangan keyakinan pada Umno... Saya tidak pernah jumpa orang sebegini ramai yang dah tak mahu sokong (Umno).

Family, friend dan di luar sana yang hopeless, apakah itu tidak menakutkan bila parti saya menjunam-junam jatuh. Sebab itu saya prepared to speak out. It's OK, saya boleh korbankan diri saya dan selamatkan parti.

Tapi saya nak dihukum kerana nak menyelamatkan Umno. Kamu kata secara terbuka, so what? Terbuka, dalam kabinet atau platform parti saya buat, kenapa MT tidak bijaksana? Ahli kabinet tidak tahu. Oh, tutup, jangan cakap ada kena mengena dengan bos. Tapi yang penting saya kata kita masih ada kerana sokongan rakyat.

Ahli Umno sebagai alat sahaja, yang penting existence kita, keberadaan kita kerana dukungan rakyat. Jadi saya ambil pertimbangan apa yang rakyat nak jadi, apa yang saya cakap itu dari seseorang dari Umno yang sedia bercakap dan dalam masa sama berdepan masalah dipecat, digantung.



Boleh saya kata Tan Sri masih dalam Umno walau ke saat akhir walau tidak ada jawatan? Tak akan ikut jejak langkah Tun Matahir (keluar parti)?

Saya masih dalam Umno. Tun Mahathir ada pertimbangan dia, kita hormat. Saya selagi tidak dipecat masih lagi dalam Umno. Lalau nak pecat wallahu'alam.

Peribahasa Melayu kata, Tan Sri tak ada jalan, jalan buntu, melukut di tepi gantang, orang dah tak nak, pipi tersorong-sorong.

Saya ada bukan kerana pemimpin atasan. Umno bukan milik Najib. Ini parti perjuangan kita. Saya ada bukan kerana Najib. Saya ada kerana Umno. Kita fight for Umno not for a leader. Jika pemimpin betul kita ikut, bila pemimpin tidak betul, kita tak ikut.

Saya dah sebutkan dalam khutbah Jumaat, dalam khutbah kata atiullah wa'atilurrasul, waulil ammri mingkum, taat kepada Allah tanpa persoalan, taat kepada rasul, dan kepada pemimpin di kalangan kamu itu ada syarat, bukan mutlak kerana pemimpin adalah manusia yang tidak terpelihara daripada segala dosa.

Dan banyak hal yang telah berlaku, Saidina Abu Bakar As-Sidiq dulu dilantik menjadi khalifah pertama, bila dia naik ke mimbar apa dia sebut?

"Tuan-tuan, saudara-saudara sekiranya saya ini menjalankan amanah Allah dengan cara yang betul maka ikutlah saya. Tapi sekiranya saya telah buat kesalahan tegurlah saya."

Itu dalam Islam. Itu apa yang saya buat.

Dalam sembahyang pun, kalau kita sembahyang tapi imam baca tak betul, kamu boleh mufarakah, tak payah ikut pasal dia baca tak betul. Rosak sembahyang kamu.

Sama dalam hidup di dunia ini, ada kelemahan-kelemahan, Datuk Najib buat yang ini merosakkan. Saya sebagai seorang Islam, pejuang Umno, ahli Umno ikut membuta tuli?

Kalau Tan Sri dipecat, Tan Sri akan pertimbangan untuk buat parti baru?

Tidak, saya tidak mahu fikir waktu ini. Macam what if, what if, what if, itu cuma andaian. Saya fikir tidak adil untuk saya bercakap what happen later, Bila sampai waktu kita akan menghadapi keadaan.

Bagaimana keadaan Umno Johor sekarang selepas Tan Sri digantung? Adakah Umno Johor tengah bergolak dan berpecah?

Saya lihat Umno Johor tidak sekukuh dulu. Kalau nak bercakap secara ikhlas, agak menyedihkan juga kerana saya tokoh yang agak lama di Johor, pernah menjadi menteri besar. Orang kenal saya.

Saya tidak mengatakan ia adalah kelemahan Datuk Khaled Nordin sebagai menteri besar, tapi hakikatnya Johor tidak dilihat solid. Saya melihat melihat sejarah lama iaitu suara Johor orang hormati, nak dengar apa Johor kata, tapi sekarang tidak begitu lagi.

Dengar pelbagai suara yang berbeza-beza, personaliti yang berlainan dan sebagainya. Jadi ini perkara yang tidak membantu imej Umno Johor. Sepatutnya kita bersama.

Dan saya fikir kesannya ialah daripada apa yang telah berlaku. Timbul perbalahan bila ada yang sanggup ke depan, orang dalam kerajaan cakap ini, ini, ini. Jadi saya fikir keadaan agak serba salah.

Saya tidak tahu menganalisis sejauh mana mereka beri sokongan kepada saya. Tak apalah, it's OK. saya faham keadaan yang sedang kita hadapi. Tapi kalau Umno Johor tidak bersatu padu, tidak kukuhkan kesatuan, berpegang teguh pada prinsip perjuangan asal....

Mungkin menteri besar kena lebih tegas dan berani, bawa rakan-rakan duduk semeja bincang secara baik.
Kalau Johor bersatu, suara Johor boleh bergegar, it will make a different.

Sampai masa Tan Sri akan turun perhimpunan (anti-Najib) pada 27 Mac ini?

Saya kata, sesiapa penganjur itu tujuannya baik, untuk kepentingan nasional saya akan bersama. Saya dah beritahu (Datuk) Zaid (Ibrahim), kalau awak buat seperti itu saya akan pergi. Saya tidak tahu di mana, tapi saya akan hadir.

Muhyiddin: Komplot guling Najib? Tak jatuh pun

Dr M, lepas 'bercerai' jangan campur urusan Umno

Posted: 19 Mar 2016 12:34 AM PDT

MALAYSIAKINI




Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa meminta Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak mencampuri urusan parti tersebut selepas 'bercerai' dengan Umno.

Beliau berkata, selepas meninggalkan parti berkenaan secara rela, negarawan itu tidak sepatutnya menggesa agar ahli Umno peringkat cawangan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri dan presiden Umno, lapor akhbar Berita Harian.

"Seeloknya kita minta Dr Mahathir tidak lagi campur urusan Umno, apatah lagi bila dah 'bercerai'. Tidak wajar beliau masih terbabit dan buat sibuk dengan urusan Umno apabila sudah keluar parti.

"Namun saya faham Dr Mahathir merajuk dan hatinya masih pada Umno. Jadi kita maafkanlah Dr Mahathir," katanya.

Semalam, dalam tulisan bertajuk 'Surat kepada ahli-ahli cawangan Umno' yang dimuat naik di Facebook Mukhriz Mahathir FC, Dr Mahathir menggesa cawangan-cawangan Umno mengemukakan usul tidak percaya terhadap Najib sebagai presiden parti dan perdana menteri dalam mesyuarat tahunan masing-masing.

Beliau juga menggesa akar umbi Umno mengusulkan supaya pemilihan parti itu tidak ditangguhkan, sebaliknya dilaksanakan seperti sepatutnya pada tahun ini.

Gesaan itu ditujukan kepada ahli Umno yang "sayang kepada perjuangan asal Umno" supaya membantu beliau "menyelamatkan parti dan negara.


Sesi persekolahan di Alor Setar, Chuping dicadangkan ditutup

Posted: 19 Mar 2016 12:32 AM PDT

MALAYSIAKINI




Kementerian Pendidikan dicadang menutup sesi persekolahan di Alor Setar, Kedah dan Chuping, Perlis esok berikutan suhu melebihi 37 darjah celcius yang dicatatkan di kedua-dua lokasi itu sejak 1 Mac.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata Alor Setar mencatat bacaan suhu paling tinggi di negara ini semalam iaitu 39.1 darjah celcius, bacaan tertinggi dalam tempoh 12 hari berturut-turut.

Di Chuping pula, bacaan yang dicatat semalam adalah 38.9 darjah celcius, selain mencatat suhu tertinggi 39 darjah celcius pada Isnin lepas, katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

"Berdasarkan Garis Panduan Pelan Tindakan Menangani Gelombang Haba maka sesi persekolahan di Alor Setar dan Chuping boleh dicadangkan agar ditutup bermula pada Ahad, 20 Mac," katanya.

Beliau berkata bagaimanapun, keputusan sama ada sesi persekolahan akan ditutup atau tidak, akan diumumkan oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid sepertimana diarahkan oleh kabinet.

Sementara itu, Madius berkata Keningau di Sabah dan Batu Embun serta Temerloh di Pahang mencatat bacaan suhu melebihi 35 darjah celcius bagi tempoh lebih 10 hari berturut-turut.

Katanya keadaan ini disebabkan fenomena El Nino yang sedang berlaku dan dijangka berterusan sehingga suku pertama tahun ini.

Beliau berkata cuaca panas dan kering yang kini berlaku di Perlis dan Kedah akan turut dirasai di seluruh Semenanjung sehingga penghujung Mac ini.

Katanya keadaan sama dijangka berlaku di Sabah dan bahagian Limbang serta Miri di Sarawak.-Bernama


Hudud memang boleh dilaksanakan di Malaysia

Posted: 19 Mar 2016 12:15 AM PDT

 
Pelaksanaan hudud yang tertangguh sejak sekian lama di negara ini adalah ujian daripada Allah SWT untuk umat Islam melaksanakan perintahNya.
 
 
 
pas_hudud_600


Sekali lagi hudud menjadi tajuk utama arena politik tanah air susulan pengumuman penubuhan blok ketiga pembangkang iaitu PAS-IKATAN.

Sana sini penagih politik tegar memperkatakan perkara itu, termasuk mempersoalkan pendirian PAS, malah ada memperlekehkan hudud. Sakit hati kita apabila hudud dipermainkan.

Hudud jelas dinyatakan menerusi firman Allah SWT dalam Al-Quran dan juga hadis dan pada kita ia adalah satu tuntutan melaksanakannya menerusi undang-undang.

Bagaimanapun, untuk menjadikan hukum hudud sebagai sebahagian daripada undang-undang negara adalah cabaran yang cukup besar dan berat.

Benar kata Rasulullah SAW dan ulama terdahulu. Bukan mudah melaksanakan perintah Allah SWT dan kita sebagai umat Islam sememangnya akan diuji dalam melaksanakan perintahNya.

Kita yakin, pelaksanaan hudud yang tertangguh sejak sekian lama di negara ini adalah ujian daripada Allah SWT untuk umat Islam.

Berdasarkan sejarah, hudud sememangnya antara kaedah perundangan dan keadilan dalam adat Melayu seperti yang termaktub dalam Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Kanun 99 Perak, Undang-undang Kedah dan pelbagai lagi undang-undang di negeri Melayu.

Apabila British campur tangan dalam pentadbiran negeri Melayu pada abad ke-19, undang-undang yang berasaskan English Common Law diperkenalkan dan dijadikan 'kitab' sistem keadilan di negeri Melayu.

Sistem perundangan diperkenalkan British itu terus digunapakai sehingga tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian membentuk Malaysia apabila Tanah Melayu bergabung dengan Sarawak dan Sabah.

Pada kita, hukum hudud ini boleh dilaksanakan di Malaysia kerana faktor sejarah, adat resam Melayu sejak ratusan tahun lalu dan faktor penduduk yang majoritinya Muslim.

Halangan timbul kerana ketidakfahaman orang ramai terutama yang bukan Islam berhubung pelaksanaan dan objektifnya. Lebih malang, hudud ini dikaitkan dengan undang-undang yang digunakan pengganas seperti Kumpulan Militan Negara Islam (Daesh).

Tugas umat Islam, terutama PAS ketika ini ialah mempergiatkan kempen menerangkan hukum hudud dan cara pelaksanaannya kepada seluruh rakyat terutama orang bukan Islam.

Hudud perlu diterangkan sebagai bukan undang-undang potong tangan kaki semata-mata, tetapi undang-undang untuk memupuk kasih sayang dan pada masa sama mencegah jenayah dengan berkesan.

Inilah ujian untuk PAS daripada Allah SWT dalam usaha untuk melaksanakan hudud selain perlu mengatasi masalah perundangan dalam Perlembagaan Persekutuan. Pada hemat kita, ujian ini perlu dilalui dengan sabar, cermat dan teliti.

Khalifah Ali Abi Talib pun pernah cakap, segala perbuatan hendaklah mempunyai rancangan yang bersistem jika mahu ianya berjaya dan perkara ini termasuklah pelaksanaan hukum Allah SWT seperti hudud.

Tidak boleh main 'langgar' dan wajib bersistem. Jika sabar dengan istiqamah, hukum hudud dilaksanakan di Malaysia kelak. Berilah penerangan secukupnya kepada orang ramai dan pastikan orang ramai termasuk orang bukan Islam 'masak' dengan apa sebenarnya hudud ini.

Lagi pun, ini juga sebahagian daripada dakwah, iaitu menerangkan dan menyebar luas firman Allah SWT kepada sekalian manusia.Wallahualam….

Tiada ulasan: