Khamis, 17 Mac 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Mulakan reformasi institusi melalui pembebasan universiti

Posted: 17 Mar 2016 07:50 AM PDT

Oleh Azzan Aznan
 
 
Hanya sang penjilat penguasa sahaja yang akan diberi ruang bersuara dan berdiskusi.
 
 
 
reformasi



Mahasiswa akan terus diperjudikan selagi universiti dikongkong,dikawal dan diperguna oleh kerajaan. Kebebasan akademik yakni kebebasan bersuara, menyampaikan maklumat serta melaksanakan kajian terutamanya berkenaan isu kritikal akan terus dihalang.

Pemahaman 'Akademik' bagi sang penguasa hanyalah tertakluk kepada subjek dan isu yang menguntungkan mereka. Juga didalam ruang lingkup selamat yang tidak menyentuh status quo mereka. Dalam erti kata lain, mereka ini anti-kritikan dan anti-kritikal.

Oleh yang demikian, hanya sang penjilat penguasa sahaja yang akan diberi ruang bersuara dan berdiskusi.
Manakala bagi mereka yang lantang bersuara mempersoalkan sesuatu yang kritikal, mereka ini dianggap sudah terkeluar dari landasan akademik lantas dihalang untuk menyuarakan idea mereka.

Halangan boleh sahaja datang melalui tidak meluluskan program, membatalkan program pada saat akhir, menghantar puluhan polis untuk mengganggu program serta menutup pagar universiti, 'menggelapkan' kawasan kampus serta menghukum mereka melalui tindakan disiplin.

Kesalahan mereka hanya satu iaitu bersuara menyatakan kebenaran.

Jangan hairan, menyatakan kebenaran dan fakta didalam kampus boleh menjadi satu kesalahan maha berat. Maka selayaknya mereka ini dilayan seperti penjenayah peringkat paling tinggi.

Inilah realitinya yang berlaku di Universiti/Institusi Pendidikan di Malaysia. Maka tidak hairanlah kedudukan universiti kita jauh ketinggalan dengan universiti lain di Asia Tenggara, apatah lagi di dunia.

Puncanya hanya satu, campur tangan secara langsung pihak kerajaan. Apabila timbul sesuatu isu, kerajaan persekutuan/negeri akan memberi arahan kepada pihak pentadbir tertinggi universiti (TNC/NC/Rektor/Timb. Rektor), pentadbir tertinggi ini akan memberi arahan kepada pihak keselamatan, juga arahan kepada Dekan dan orang-orang berkenaan untuk 'melalukan apa-apa sahaja yang munasabah' dalam rencana untuk menghalang mahasiswa/ahli akademik daripada bersuara.

Apa tidaknya, pentadbir tertinggi itu adalah dilantik oleh kerajaan persekutuan/negeri. Secara rasionalnya, yang dilantik itu seharusnya sealiran dengan yang melantik. Kuasa ini secara jelas dimakbulkan didalam Seksyen 4A AUKU. Maka tidak hairanlah pentadbir universiti itu sentiasa memihak dan menjadi pak turut maharaja mereka di luar sana.

Contoh yang paling dekat ialah UIAM yang secara tradisinya akan melantik seorang Presiden yang merupakan ahli aktif parti UMNO. Terkini, jawatan ini disandang oleh Tan Sri Dr. Rais Yatim. Tidak perlu untuk saya jelaskan disini siapakah beliau.

Akibatnya, universiti gagal untuk menjadi institusi yang bebas yakni daripada ideologi parti mahupun agenda parti. Juga gagal untuk menjadi institusi yang mengangkat martabat dan disiplin ilmu ke daerah yang paling tinggi dek kerana kongkongan ideologi/agenda parti atau organisasi.

Meminjam kata-kata Prof Stefen Collini yang merupakan tokoh di Universiti Cambridge didalam bukunya "What are Universities for", beliau menyatakan bahawa universiti seharusnya menjadi satu ruang inkuiri bebas yang sentiasa dilindungi daripada campur tangan kuasa luar.

Maka, adalah menjadi impian saya dan mahasiswa yang lain untuk melihat universiti/institusi pendidian di Malaysia ini bebas secara total daripada pengaruh dan kongkongan kerajaan. Ini merupakan salah satu reformasi institusi yang wajib dilaksanakan oleh para pemerintah selepas rejim UMNO. Jika gagal dilaksana, perlawanan demi perlawanan akan tetap diadakan oleh mahasiswa untuk merealisasikan impian ini.

Akhir sekali, saya sangat terkilan dengan tindakan pihak UIAM yang menghalang pelajarnya ( Sdr Syed Saddiq, Sdr Afiq Awang dan Sdr Yazid Khairul Azman) mengadakan diskusi berkenaan isu semasa di ruang awam didalam kampus. Saya juga mengecam tindakan pihak pentadbiran UM yang membatalkan program wacana bersama Tun Mahathir yang dijadualkan pada 18 Mac 2016.

Mahasiswa juga tidak akan melupakan tindakan curang pihak pentadbir terhadap kes-kes UKM4, UMSKAL16, UiTM1,UM8, UIA1, UIA3M, UKM13, UIA2, UKM6, UM6.
Bebaskan Universiti Secara Total !

* Azzan Aznan adalah Pengerusi Kesatuan Mahasiswa Malaysia


Posted: 17 Mar 2016 07:47 AM PDT

 
Orang Asal perlu diberi tempat sewajarnya dalam negara ini kerana mereka penduduk yang pertama sekali mendiami bumi Malaysia.
 
 
 
Orang-Asli-Putrajaya


Isu lebih 30 keluarga Orang Asal daripada suku Temuan di Dengkil yang dinafikan hak untuk menikmati kemudahan asas amat memilu hati dan menyedihkan orang ramai.

Rumah Orang Asal yang tiada elektrik dan air bersih ini tidak jauh daripada Putrajaya, iaitu Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang memang diketahui serba mewah dan moden.

Orang Asal ini jika mahu mandi, penduduknya akan mendapatkan air dari bukit. Jika mahu buang air pula, mereka akan ke tandas yang hanya berdinding kanvas dan proses nyahtinja dilakukan di tepi anak sungai sahaja di kampung itu.


Bagi yang mahu menikmati elektrik pula, generator dipasang. Terpaksalah berbelanja wang gaji hasil kerja buruh untuk membeli minyak bagi menghidupkan generator elektrik. Bekalan elektrik langsung tak masuk ke rumah mereka.

Kisah ini berlaku di kampung berkenaan yang jaraknya tidak sampai lima kilometer dari Putrajaya, di mana pada masa sama kejiranan Putrajaya ada semua kemudahan asas.

Lebih daripada itu, Putrajaya ada pusat kejiranan, sekolah yang serba lengkap, rumah yang dikawal polis, kutipan sampah berjadual dan teratur, perparitan yang terurus dan ada sahaja tukang kebun yang mungkin dia adalah Orang Asal Dengkil.

Kita mungkin boleh bertoleransi jika Orang Asal ini tiada kemudahan elektrik dan air bersih kerana hidup di pedalaman, tetapi Orang Asal ini tinggal dekat sangat dengan Putrajaya.

Kegilaan apakah ini? Orang Asal di Dengkil, Sepang menangis setiap kali melihat bangunan pencakar langit di Putrajaya yang memang jelas kelihatan bercahaya dari rumah mereka.

Bayangkan perasaan melihat rumah kita bergelap tiada elektrik dan air, tetapi dari pintu rumah yang gelap itu jugalah kita nampak cahaya lampu menyinari Istana Melawati dan Seri Perdana di Presint 10.

Orang Asal (Melayu Proto) ini merintih akibat dasar saudara mereka iaitu Orang Melayu (Melayu Deutro) yang meminggirkan mereka daripada arus pembangunan.

Sudahlah tanah diambil orang swasta. Yang menandatangani dokumen dan memindahkan mereka adalah Orang Melayu juga. Orang Melayu bukan orang lain. Mereka saudara dan berasal daripada perut moyang yang sama.

Kegilaan ini harus dihentikan dan Orang Asal perlu diberi tempat sewajarnya dalam negara ini. Jangan hanya kerana mereka memilih untuk hidup dan tinggal bercucuk tanam dan mencari hasil hutan, hak mereka dinafi dan dipandang enteng.

Pada kita, hikayat Seri Perdana Putrajaya dan Rumah Orang Asal Dengkil ini adalah krisis kemanusiaan zaman moden ketika Persekutuan Malaysia mahu menjadi maju dan berketamadunan.

Orang Asal di Sepang mewakili kisah kelompok rakyat Duli Yang Maha Mulia Raja-raja yang sebenarnya tercicir dan sewajarnya mana-mana kerajaan dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Raja-raja ambil peduli dan bela akan mereka ini.

Masyarakat berbilang kaum di negara ini juga wajar peka dan jangan melayan mereka seperti rakyat kelas bawahan. Mereka saudara kita, lebih-lebih lagi mereka penduduk yang pertama sekali di bumi Malaysia.

Dua kawasan di Kuala Lumpur catat IPU tidak sihat

Posted: 17 Mar 2016 07:33 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Sebanyak dua kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 101 setakat pukul 1 petang ini dengan Cheras mencatatkan bacaan 106.
 
Menurut Portal Jabatan Alam Sekitar, satu lagi kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat adalah Batu Muda, Kuala Lumpur dengan bacaan 101.
 
Terdahulu, kawasan di ILP Miri mencatatkan IPU tidak sihat dengan bacaan 159 dan kini menunjukkan bacaan 170.

Hutang Kerajaan Persekutuan Cecah RM630.5 Bilion

Posted: 17 Mar 2016 07:32 AM PDT

MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: Tahap hutang Kerajaan Persekutuan setakat Disember 2015 mencecah RM630.5 bilion atau 54.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Kementerian Kewangan.

Kementerian tersebut dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Parlimen pada Khamis berkata, daripada jumlah berkenaan 96.6 peratus atau RM609.1 bilion adalah hutang domestik, dan baki adalah pinjaman luar pesisir.

"Kerajaan terus komited dalam memastikan paras hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi 55 peratus daripada KDNK. Langkah konsolidasi fiskal akan terus diamalkan bagi mengurangkan paras defisit secara berperingkat," kata kementerian itu.

Menurut Kementerian Kewangan, jumlah jaminan yang telah diberikan oleh kerajaan sehingga akhir tahun lalu adalah sebanyak RM177.7 bilion atau 15.4 peratus daripada KDNK.

Jaminan tersebut diberikan terutamanya kepada entiti awam yang melaksanakan projek-projek infrastruktur dan operasi pengangkutan awam.

Kerajaan Persekutuan dari semasa ke semasa memberi jaminan kepada Badan Berkanun dan syarikat Kerajaan untuk meminjam bagi membiayai projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.

Selain itu, sebanyak dua Surat Sokongan telah diberikan oleh kerajaan sehingga akhir 2015 yang masing-masing berjumlah US$3 bilion (RM12.4 bilion) dan US$150 juta (RM620.12 juta).

"Prestasi bayaran balik pinjaman adalah baik dan mengikut jadual yang ditetapkan tanpa sebarang tunggakan," kata kementerian itu.

Saya tahu siapa berkomplot nak jatuhkan Najib’ – Muhyiddin

Posted: 17 Mar 2016 07:31 AM PDT

 
Komplot terbabit turut mempunyai matlamat untuk menumbangkan kerajaan.
 
 
 
muhyiddin_najib_umno_600


PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui, memang wujud komplot yang mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Malah, beliau menegaskan komplot terbabit turut mempunyai matlamat untuk menumbangkan kerajaan.

"Bila timbul isu komplot untuk menjatuhkan kerajaan saya tidak terlibat walaupun ada usaha yang dibuat oleh beberapa pihak datang jemput saya, tapi saya kata tidak kerana saya tak mahu jadi sebahagian daripada itu.

"Saya tahu siapa yang terlibat. Saya tahu apa yang mereka nak buat. Bukan kata nak menumbangkan kerajaan tetapi nak menukar Perdana Menteri pun saya tahu," katanya menerusi satu rakaman audio yang menjadi viral di laman sosial.

Berdasarkan maklumat, rakaman berkenaan dipetik ketika Muhyiddin menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi pada 9 September tahun lepas.

Menerusi audio itu juga, Muhyiddin yang kini digantung jawatan dalam parti turut memberitahu, bahawa beliau sememangnya tahu kewujudan dana khas yang diurus oleh Presiden parti semenjak memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden pada 2009.

 

Enam lokasi capai paras ambang gelombang haba

Posted: 17 Mar 2016 07:23 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Enam kawasan iaitu Chuping di Perlis, Alor Setar di Kedah, Ipoh dan Lubuk Merbau di Perak serta Batu Embun dan Temerloh di Pahang dikenal pasti mencapai atau melebihi paras ambang gelombang haba sejak semalam.
 
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau, berkata cuaca panas ketika ini berpunca daripada fenomena El Nino yang kuat.
 
"El Nino adalah keragaman iklim yang berlaku secara tidak tetap dalam tempoh antara dua hingga tujuh tahun. "Cuaca panas ini boleh mencetuskan gelombang haba iaitu situasi yang membawa risiko kesihatan seperti strok haba dan dehidrasi," katanya selepas Majlis Penyerahan Kit Rumah Program Komuniti Bebas Denggi di sini, pagi tadi.
 
Madius berkata, satu jawatankuasa yang membabitkan beberapa kementerian akan ditubuhkan bagi membincangkan gelombang haba akibat perubahan cuaca negara ketika ini.
 
 

ELEHHH...SEBELUM ADA KES MAHKAMAH PUN TAK PERNAH JAWAB JUGAK!!

Posted: 17 Mar 2016 05:42 AM PDT

shahbudindotcom


 
 
Sekonyong-konyongnya berkatalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said bahawa kononnya isu derma RM2,600 juta yang melibatkan Najib Razak tidak boleh lagi dibahaskan di Parlimen disebabkan tindakan Majlis Peguam memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Peguam Negara yang membersihkan Perdana Menteri daripada sebarang pendakwaan di mahkamah.

Katanya, mengikut peraturan 23(1), sebarang isu yang sedang berjalan di mahkamah tidak boleh dibahaskan di Parlimen.

Kerajaan, kata Azalina yang merupakan menteri bertanggungjawab terhadap Parlimen, sentiasa komited untuk memberikan jawapan mengenai sebarang isu yang melibatkan akauntabiliti, termasuk isu derma RM2,600 juta dan dana yang melibatkan SRC International.

Tetapi kerajaan tidak boleh lagi menjawab sebarang soalan berkaitan isu tersebut kerana tertakluk dengan Peraturan Mesyuarat 23(1) yang melarangnya berbuat demikian, tambahnya lagi.

Elehh...sebelum ada kes mahkamah ini pun, baik di dalam mahu pun di luar Parlimen, tidak juga isu tersebut berani dijawab dengan jujur dan berterus-terang.

Dalam Parlimen sebelum ini, isu berkaitan wang tersebut sentiasa dielakkan untuk diangkat dan dijawab oleh Najib, bahkan ketika ia dibenarkan pula, Zahid Hamidi yang dimintanya mengganti, itu pun dengan memberi penjelasan yang terlalu singkat tanpa diberi ruang sebarang soalan tambahan.

Jadi, di mana kononnya kerajaan sentiasa komited untuk memberikan jawapan yang melibatkan akauntabiliti?

Poorahhh...pemakan dedak bolehlah kena "jual" dengan "auta"  Kak Aza ini!! 


Ku Nan Pendusta, Kajian Dapati Tiada Gelaran "Tengku" Di Acheh

Posted: 17 Mar 2016 05:35 AM PDT

KELAB GREENBOC


Kajian dapati gelaran 'Tengku' tidak ada di Acheh


KUALA LUMPUR: Isu kesahihan gelaran Tengku yang diguna Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terus menjadi perbincangan dan pertikaian.

Terbaharu, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang membuat kajian mendapati gelaran Tengku tidak digunapakai di Acheh.

Presiden GKCM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, Acheh menggunakan gelaran 'Teungku' yang diberikan kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan agama Islam yang sangat mendalam

"Daripada dapatan kami, tidak ada gelaran 'Tengku' di Acheh kerana istilah mengikut ejaaan 'Tengku' hanya terdapat di Malaysia. Namun Adnan sendiri seakan mengakui bahawa beliau bukan seorang Tengku yang berasal dari Malaysia.

"Jika beliau mempunyai darah pahlawan bangsawan dari Acheh, sudah pasti ejaan pada namanya ialah 'Teuku'.

"Kami mendapati bahawa gelaran Teungku di Acheh adalah atas beberapa sebab. Gelaran Teungku di Acheh diberikan kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan agama Islam yang sangat mendalam,"
katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas Kamarul lagi, gelaran ini selalunya diberikan kepada seorang ulama yang telah menghafal al- Quran dan gelaran ini merupakan penghormatan kepada seorang bijak pandai dalam agama.

"Tetapi Adnan bukanlah seorang ulama. Jadi beliau tidaklah layak diberi gelaran 'Teungku'. Gelaran 'Teungku' tidak boleh diturunkan kepada seorang anak atau keturunan kerana ia bukan gelaran keturunan," kata beliau.

Mengulas lanjut, GKCM menyeru agar Tengku Adnan berbalik kepada tuhan bahawa semua pihak menumpang di bumi Allah.

"Kepada Adnan, GKCM ingin berpesan bahawa baik Tengku, Teungku atau Teuku, kita adalah sama iaitu kejadian Allah yang menumpang di bumi-Nya.

Asalkan kita tidak menjadi tukang ampu sudahlah," ujar beliau. -TMI


Khairuddin cabar Ku Nan tunjuk surat beranak

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mencabar Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya menunjukkan surat beranak kepada umum bagi membuktikan gelaran `tengku' yang digunakan itu bukan palsu.

Tindakan itu dibuat selepas Khairuddin sebelum ini mendakwa Tengku Adnan atau lebih mesra digelar Ku Nan menipu dengan menggunakan gelaran tengku palsu pada namanya itu.

"Tolong tunjuk surat beranak kamu untuk membuktikan bahawa nama asal kamu itu bergelar tengku.

"Saya cabar kamu untuk berbuat demikian secepat yang mungkin. Tapi janganlah tunjuk surat beranak salinan baru pulak," tulisnya di laman Facebook.

Pada masa sama, Khairuddin turut mencabar mahu berjumpa dengan rakan sekolah Ku Nan sebagai usahanya untuk memastikan gelaran tengku itu telah digunakan sejak zaman sekolah lagi.

"Apa nama kamu yang sebenarnya ketika belajar di sekolah dahulu Adnan Mansor. Bolehkah saya nak berjumpa dengan guru-guru serta guru besar ataupun kawan-kawan persekolahan kamu pada waktu itu. Bolehkah tengku palsu Adnan Mansor," katanya.

Semalam, Ku Nan berkata isu gelaran tengku itu bukanlah isu baru memandangkan beliau pernah menjelaskan perkara berkenaan semenjak zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalam UMNO lagi.

"Pada 1982, saya pernah cakap ketika bertanding sebagai exco pemuda, saya bukan Tengku dari Malaysia, saya keturunan Acheh, orang Islam yang datang ke bumi Malaysia," kata Ku Nan.

Taraf kerakyatan dan status pemastautin di Sabah perlu diberi tanpa pilih kasih

Posted: 17 Mar 2016 05:31 AM PDT

jimmy_wong_Kota_Kinabalu

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Masih ramai anak-anak kelahiran Sabah yang tidak mendapat pengenalan diri walaupun bapa atau ibu mereka merupakan  warganegara Malaysia, termasuk dengan kes untuk mendapatkan status pemastautin tetap yang telah lama tinggal di negara ini.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong Sze Phin, berkata berikutan tiada pengenalan diri yang sah, ia telah menjejaskan kehidupan dan pencapaian mereka untuk melanjutkan pelajaran, bekerja, dan rawatan kesihatan.

"Saya memohon kementerian berkenaan supaya simpati ke atas nasib mereka ini. Janganlah pilih kasih. Masih ramai stateless Sabahan atau stateless Malaysian asal di negara ini yang masih tiada IC atau status penduduk tetap," katanya dalam ucapannya di Parlimen semalam.

Menurut Jimmy, masalah status kewarganegaraan ini kebiasaannya berlaku akibat pendaftaran perkahwinan lewat, projek IC dan isu melibatkan agama yang akhirnya menyebabkan anak-anak kelahiran Sabah tidak mendapat hak untuk mendapatkan pendidikan dengan sempurna.

"Saya ingin beri satu contoh anak Rakyat Sabah yang masih tidak dapat status warganegara walaupun bapa asal dari Sabah iaitu dalam permohonan William Wong Kat Hung (umur 20 tahun), Lily Wong (18 tahun) dan Ling Ling Wong (17 tahun). Saya merujuk ketiga-tiga mereka ini seperti dalam surat JPN bertarik 29 Januari 2016, Nombor Rujukan JPN.WN:163/1/459/1-2015 Klt. 79 (12).

"Apa yang berlaku, William, anak berusia 20 tahun itu tidak dapat sambung pelajarannya selepas SPM. Dimanakah masa depan mereka? Sudah beberapa kali mohon tetapi masih gagal," kata beliau.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, seorang anak dari ibu bapa warganegara Indonesia telah mendapat kerakyatan dan kini menjadi salah seorang pegawai penguatkuasa kerajaan.

"Saya telah terima surat aduan yang mengatakan terdapat pendatang asing tanpa izin yang telah dapat kad pengenalan. Namanya Abdul Mukti, dengan nombor surat beranak dari tawau TWU 1715/76. Bapanya bernama (Muklis) Muchlish Sitanggang dan ibunya bernama  Elfi Hanum.

"Kedua dua ibu bapanya berasal dari Indonesia. Muklis Sitanggang sudah mendapat kad pengenalan bernombor H 801-7883 dan Elfi Hanum pula dapat bernombor H-801-7884. Saya tidak tau samada kad pengenalan ini palsu atau tidak. Saya minta kerajaan siasat.

"Kemudian, anak mereka Abdul Mukti ini telah dilantik sebagai salah seorang pengarah di sebuah jabatan kerajaan di Kota Kinabalu. (DBKK enforcement department)," kata beliau.

Menurutnya, syarat pelantikan dan perkhidmatan seseorang calon dalam peraturan pegawai Awam Negeri Sabah 2008, hendaklah Warganegara Malaysia yang mana salah satu seorang ibu atau bapanya hendaklah berasal dari Sabah.

Tanpa ada sebarang niat buruk mendedahkan perkara itu, Jimmy berkata, tujuannya supaya semua pihak insaf terhadap nasib yang telah menimpa anak-anak dengan ibu bapa yang berasal dari Sabah.

Selain itu, beliau juga meminta supaya kerajaan mempermudahkan permohonan status penduduk tetap kepada warga luar yang berkahwin dengan rakyat tempatan yang telah lama menetap di Malaysia memberi satu lagi contoh melibatkan kes puan Arimah Tandi berasal dari Indonesia.

"Puan Arimah telah menetap bersama suaminya yang berasal dari Sabah lebih 40 tahun tetapi masih tidak dapat status Penduduk tetap, apa lagi status warganegara. Kes ini pun sudah dibuat permohonan beberapa kali.

"Hati saya berasa amat-amat sedih dan sayu. Di saat kerajaan minta rakyat cintakan negara, tetapi masa yang sama, masih ramai rakyat yang lahir, yang sudah berpuluh-puluh tahun di negara ini, anak-anak rakyat tempatan, masih banyak yang gagal dapatkan dokumen pengenalan diri- mereka ini semacam tidak dapat rasa kasihan dari kerajaan," katanya, merujuk kepada kes seorang warga emas yang baru mendapat kerakyatan setelah berusia 107 tahun walaupun telah menetap di negara ini sebelum merdeka.

Jimmy juga mahu supaya mereka yang terlibat dalam kes melibatkan pendaftaran agama akibat kesilapan JPN, perlu diselesaikan oleh agensi tersebut tanpa menyusahkan mereka yang terjejas.

"Untuk kes yang melibatkan kesalahan pendaftaran agama oleh JPN, mereka terpaksa dirujuk dan pergi kepada Mahkamah Syariah. Saya anggap ini tidak adil kepada rakyat Sabah yang jadi mangsa kesilapan agensi kerajaan. Perkara ini bukan baru dan telah ini banyak berlaku," kata beliau. – Roketkini.com


Kerajaan perlu perjelas penglibatan Malaysia dalam latihan North Thunder

Posted: 17 Mar 2016 05:21 AM PDT

MALAYSIA DATELINE


Datuk Raja Kamarul Bahrin ShahDatuk Raja Kamarul Bahrin ShahPengerusi Biro Antarabangsa Parti Amanah Negara Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mendesak kerajaan menjelaskan penglibatan Malaysia dalam latihan North Thunder di Asia Barat.

Beliau berkata, kerajaan perlu berhati-hati dalam apa jua tindakan dan dasar luar negara supaya tiada campur tangan tanpa keperluan dalam hal ehwal negara yang bergelora terutamanya di Timur Tengah.

Malangnya kata beliau, dasar berkecuali dan tidak campur tangan Malaysia sejak zaman Tun Razak menjadi Perdana Menteri tidak lagi diamalkan kerajaan hari ini.

"Mengapakah Malaysia menghantar tentera kita dalam latihan ketenteraan besar-besaran Asia Barat di Arab Saudi baru-baru ini?

"Malaysia tidak pun masuk dalam definisi Asia Barat dan hanya Negara Arab dan Afrika serta rantau tersebut yang menyertainya. Indonesia dan Turki pun tidak mengambil bahagian ! Sedarkah Malaysia, latihan itu adalah persiapan serangan darat ke atas Syria dan rantau lain di Timur Tengah.

"Latihan tersebut dipanggil 'north thunder' adalah kumpulan kedua terbesar selepas operasi 'desert storm' yang ditaja oleh Amerika dan kumpulan yang menyertai adalah axis pro-Amerika.

"Malaysia bukanlah sebahagian daripada Asia Barat dalam kumpulan latihan tersebut.  Malaysia juga bukan dari utara untuk layak menyertai latihan 'north thunder'. Malaysia Negara Timur dan terletak di Equator jauh dari utara.

"Kerajaan Malaysia telah bertindak tidak bertanggung jawab dengan mendedahkan negara kepada bahaya serangan militan Timur Tengah yang marah dengan campur tangan kita.

"Apa sudah jadi dengan dasar tidak campur tangan kita?" soalnya dalam satu kenyataan petang ini.

Justeru Raja Kamarul Bahrin yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan justifikasi penglibatan Malaysia dalam latihan 'north thunder'.
"Mengapakah Keselamatan Malaysia diperjudikan dalam ehwal negara yang jauh dari kita dan rakyat sendiri diletakkan dalam bahaya jika pengganas bertindak balas.
"Adakah penglibatan Malaysia untuk mengambil hati kerajaan Arab Saudi dalam isu derma RM2.6 billion kepada Datuk Seri Najib daripada Arab Saudi?

"Kalau ini adalah motif utama, ini adalah tindakan sangat tidak bertanggung jawab dan memperjudikan nyawa rakyat Malaysia demi kepentingan peribadi semata-mata," terangnya.

Sebagai rekod 20 negara akan terlibat dalam latihan perang 'North Thunder' di Arab Saudi.

Negara-negara itu adalah Arab Saudi, UAE, Jordan, Bahrain, Senegal, Sudan, Kuwait, Maldev, Moroko, Pakistan, Chad, Tunisia, Kepulauan Comoro, Djibouti, Oman, Qatar, Malaysia, Mesir, Mauritania dan Mauritius.

"Sempatkah tunai haji jika tempoh menunggu 70 tahun?" soal pencarum

Posted: 17 Mar 2016 05:19 AM PDT

 DALIA ISMAIL


Tabung Haji perlu menjaga kepentingan pendepositnyaTabung Haji perlu menjaga kepentingan pendepositnya



Para pencarum Tabung Haji (TH) kesal apabila hak mereka untuk menunaikan haji mengikut giliran dinafikan jika mengeluarkan deposit dan simpanan mereka malah tidak berpuashati dengan pemberian dividen lima peratus dan bonus tiga peratus yang diumumkan Februari lalu.

Pada sidang Dewan Rakyat Isnin lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengingatkan pendeposit Tabung Haji yang mengeluarkan deposit dan simpanan mereka kerana "percaya dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap TH" akan kehilangan giliran menunaikan haji.

Pencarum terbabit, kata Jamil Khir kemungkinan perlu menunggu selama 70 tahun untuk menunaikan haji.

Mohd Fadzilah AhmadMohd Fadzilah AhmadSeorang pencarum Mohd Fadzilah Ahmad, 51, terkejut apabila mengetahui terpaksa menunggu 70 tahun lagi untuk mendapatkan giliran menunaikan haji jika mengeluarkan simpanannya di TH.

Bahkan beliau ketika ditemui Malaysia Dateline baharu sahaja mengeluarkan sejumlah wang simpanan kerana terdesak memerlukan wang.

"Mana boleh menteri cakap begitu. Kalau pencarum ada seramai lapan juta orang pastinya ada sejuta akan menghadapi masalah kewangan.

Takkanlah kerajaan mahu membatalkan giliran mereka menunaikan haji.

"Jika benar saya sudah terlepas giliran (tunaikan haji) pada 2060. Apa boleh buat kerana saya perlukan duit dalam waktu terdekat ini dan saya tiada pilihan terpaksa keluarkan simpanan dan deposit saya," ujarnya sambil menunjukkan penyata buku akaun yang hanya berbaki RM200 sahaja.

Beliau menyifatkan kenyataan menteri bahawa pencarum mengeluarkan wang simpanan mereka kerana terpengaruh dengan fitnah pihak pembangkang sebagai tidak bijak.

"Memang tak cantik kenyataan menteri itu. Saya bukan peduli hal politik tetapi saya perlukan duit masa ini. Insya Allah kalau saya ada rezeki saya akan ganti balik deposit RM1300 itu dan cuba menyimpan semula.

"Terserahlah pada rezeki kerana nak tunai haji ni pun selain usaha kita berharap pada keredaan Allah," ujarnya.

Ketika berucap di Dewan Rakyat, Jamil Khir membangkitkan kesan yang diterima TH susulan surat yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung rizab kewangannya yang dikhuatiri boleh menjejaskan keupayaan institusi itu untuk membayar dividen kepada para pencarum.

Menurut beliau, penyebaran surat dari BNM melalui media sosial telah menyebabkan TH dilemparkan dengan tuduhan-tuduhan rambang, analisis 'separuh masak' dan andaian negatif pelbagai pihak sehingga pendeposit TH menjadi mangsa.

Sabtu TurusSabtu TurusBagi Sabtu Turus, 68, yang telah menunaikan haji pada 2011, tempoh baru 70 tahun menunggu giliran untuk menunaikan haji bagi pendeposit yang mengeluarkan simpanan adalah tidak munasabah.

"Sepatutnya tahun giliran itu dikekalkan kerana saya pasti pencarum akan menyimpan semula.

Lagipun untuk menunaikan haji tidak cukup dengan deposit RM1300 itu sahaja, kami kena menyimpan juga untuk membolehkan kami tunai haji.

"Kalau menteri kata, nak anjak 10 tahun itu bolehlah diterima tapi kalau 70 tahun saya fikir ramai yang terlepas peluang kerana faktor umur mereka," ujarnya.

Sabtu turut menyentuh dividen 5 peratus diumumkan TH yang disifatkannya sebagai rendah.

"Saya keliru mengapa bagi orang yang sudah pergi haji mereka akan dapat lima peratus (dividen) dan bagi yang masih belum pergi dapat  tiga peratus bonus.

"Kenapa perlu begitu sedangkan kami adalah pencarum. Tidak kira sama ada sudah tunai haji atau belum sepatutnya dapat dividen dan bonus  yang sama," ujarnya.

Beliau juga kesal kerana kadar dividen TH yang diumumkan tahun ini kurang berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Umi Shakirah NasirUmi Shakirah NasirSeorang ibu tunggal Kamariah Abdullah, 48, mengakui terpaksa mengeluarkan sebahagian simpanannya untuk dipindahkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Ditanya alasan beliau berbuat demikian, Kamariah menjelaskan bahawa dividen ASB kini melebihi deviden TH.

"Saya kecewa kerana dapat lima peratus dividen. TH pula larang pencarum keluarkan deposit mereka untuk elak giliran tunaikan haji hilang dan terpaksa menunggu hingga 70 tahun.

"Ini menyempitkan peluang pencarum yang menghadapi masalah kewangan untuk menunaikan haji," ujarnya.

Umi Shakirah Nasir, 31, mengakui peka dengan perkembangan tabung haji kerana telah menyimpan sejak dibangku sekolah.

Beliau kurang senang dengan kadar dividen dan bonus TH serta pelaburan yang dibuat TH.

Umi Shakirah juga tidak bersetuju jika pencarum yang mengeluarkan deposit TH mereka hilang giliran menunaikan haji dan terpaksa menunggu 70 tahun lagi kerana ia satu jangka masa yang panjang.

"Saya fikir tidak salah jika tabung haji kekalkan giliran pencarum walaupun mereka sudah keluarkan (kadar minimum) RM1300 dalam simpanan.

"Saya sendiri dijadual menunaikan haji pada 2030. Kalau saya keluarkan semua deposit dan simpanan, saya fikir masih ada masa yang panjang untuk menyimpan semula.

"Pencarum terdiri daripada pelbagai peringkat usia. Agak malang jika yang sudah berusia lebih 50 tahun terpaksa menunggu 70 tahun lagi, sempat ke mereka (pergi haji)?" soalnya.

Pemuda PKR dibelasah pertahan papan tanda bebaskan Anwar

Posted: 17 Mar 2016 05:10 AM PDT

MALAYSIA DATELINE


Pergelutan berlaku antara Rozan Azen (kiri) dan sekumpulan samseng di Ampang semalam.Pergelutan berlaku antara Rozan Azen (kiri) dan sekumpulan samseng di Ampang semalam.



Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam keras tindakan samseng sekumpulan pemimpin Umno ang diketuai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos dan Exco Pemuda Umno Armand Azhar di Ampang semalam sehingga menyebabkan ahlinya dibelasah kerana mempertahankan papan tanda bebaskan Anwar.

Menurut Setiausaha AMK Chang Lih Kang, kumpulan pemuda samseng yang diketuai Jamal dan Armand telah melakukan vandalisme dengan melekat sekeping kain rentang di atas papan tanda milik kerajaan tempatan.

"Mereka juga telah mengasari saudara Rozan Azen Mat Rasip, pegawai kepada Ahli Parlimen Batu, yang cuba menghalang perbuatan jenayah mereka," katanya kesal dengan tindakan kasar terhadap Rozan yang cuba mempertahankan papan tanda itu.

Chang menambah, selepas melakukan vandalisme, Armand telah mengulangi ancaman yang dibuat Jamal untuk membakar papan-papan tanda kempen 'Bebaskan Anwar' sekiranya gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpapar di papan-papan tanda tersebut tidak diturunkan dalam tempoh tujuh hari.

"Kedua-dua pemimpin Umno ini jelas telah menyalahi undang-undang dengan melakukan kesalahan 'menakutkan secara jenayah' (criminal intimidation)," tegasnya.

AMK ujar Chang memandang serius perkembangan kes ini dan yakin tindakan itu dilakukan sebagai sandiwara mengaburi mata rakyat daripada skandal yang dikaitkan dengan Presiden Umno.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis segera mengambil tindakan terhadap Jamal dan Armand yang secara jelas telah melakukan beberapa kesalahan jenayah.

"Pihak polis harus menahan mereka dengan serta-merta. Kegagalan pihak polis untuk mengambil tindakan akan menyebabkan rakyat kehilangan kepercayaan terhadap institusi penguatkuasa ini.

"AMK akan terus memantau perkembangan kes ini dan akan memastikan orang yang bersalah dihadap ke muka pengadilan," tegas beliau.

Jamal (kiri) dan seorang pemuda samseng menggantung sepanduk di papan tanda bebaskan Anwar. Foto MalaysiakiniJamal (kiri) dan seorang pemuda samseng menggantung sepanduk di papan tanda bebaskan Anwar. Foto Malaysiakini 

Tidak perlu ugut pendeposit TH, segera tangani krisis keyakinan - Abim

Posted: 17 Mar 2016 04:37 AM PDT

DALIA ISMAIL


Tabung Haji bangunanTabung Haji bangunan


Kerajaan harus segera menangani krisis keyakinan dan kepercayaan rakyat di kalangan pendeposit Tabung Haji (TH) bukan dengan mengeluarkan kata ugutan kepada pendeposit, kata Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Muhd Faizal Abdul Aziz.

Muhd Faizal Abdul AzizMuhd Faizal Abdul AzizBeliau berkata, TH adalah milik rakyat bukan milik mana-mana individu termasuk menteri.

"Sepatutnya krisis kepercayaan dan keyakinan rakyat atau pendeposit harus ditangani dengan penjelasan yang jelas dan 'good faith' bukan dengan ugutan.

"Ini penting kerana TH adalah milik umat bukan milik mana-mana individu termasuk menteri," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pada Isnin dipetik sebagai berkata pendeposit yang mengeluarkan simpanan kerana percaya dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap TH akan secara automatik keluar daripada giliran menunaikan haji, jika mereka turut mengeluarkan deposit daftar haji sebanyak M1300.

Pendeposit juga, kata Jamil Khir tidak akan menerima dividen lima peratus dan bonus tiga peratus jika mengeluarkan semua wang simpanan.

Pendeposit yang mendaftar semula juga terpaksa menunggu giliran lebih 70 tahun untuk menunaikan haji, kata beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) di Dewan Rakyat.
Ditanya adakah perlu Lembaga Tabung Haji mempunyai mekanisme baru untuk mengembalikan keyakinan 8.8 juta pencarum terhadap kredibiliti institusi haji umat Islam itu, Muhd Faizal berpandangan ia amat perlu.
""Menunaikan haji adalah kewajipan dan ia adalah rukun Islam, maka institusi haji seperti TH perlu dijaga sebagai amanah dan milik umat Islam.

"Bagi saya perlu tingkatkan mekanisme yang membawa kepada ketelusan. Sebagai contoh hak-hak pendeposit tidak dinyatakan secara nyata dalam akta berkaitan TH dalam mempersoal tindakan TH menguruskan pelaburan wang-wang pendeposit.

"Sebaliknya menurut akta TH kuasa penuh diberikan kepada ahli lembaga pengarah hanya dengan kelulusan menteri sebagaimana isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) baru-baru ini.

"Malah tiada mekanisme jelas untuk halang isu 'conflict of interest'," ujarnya.

Mubarak tolak 'Deklarasi Rakyat', Tun M terlucut jawatan Petron

Posted: 17 Mar 2016 04:34 AM PDT

DALIA ISMAIL


Mubarak dan 42 NG0 bersatu suara menentang usaha menjatuhkan Najib dan kerajaan BN.Mubarak dan 42 NG0 bersatu suara menentang usaha menjatuhkan Najib dan kerajaan BN.


Majlis Bekas Wakil  Rakyat Malaysia (Mubarak) bersama 42 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menandatangani  kenyataan bersama menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan yang memerintah hari ini.

Presiden Mubarak Tan Sri Abdul Aziz Rahman dalam kenyataan bersama wakil NGO berkata, setelah meninjau keadaan politik semasa dan melihat usaha pihak tertentu mendesak Najib berundur, pihaknya berpendapat ia tidak mengikut saluran demokrasi sebenar.

"Seorang perdana menteri hanya boleh ditolak bukan melalui Deklarasi Rakyat. Hanya ada tiga cara sahaja untuk menolak seorang perdana  menteri.

"Perdana menteri  boleh ditolak oleh ahli majlis tertinggi dan ahli Umno sahaja; melalui pilihan raya umum; dan jika Najib gila atau tidak siuman atau bankrap dan terbabit dalam jenayah," ujarnya dalam sidang media yang diadakan di sebuah hotel hari ini.

Kata Aziz lagi, usaha menjatuhkan perdana menteri bukan dengan cara bersekongkol dengan pemimpin pembangkang dan mengutip tanda tangan kerana ia jelas bertentangan dengan  proses demokrasi sebenar.

"Bukan cara nak kutip tanda tangan melalui internet itu bukan proses (demokrasi negara) dan bertentangan dengan sistem dan proses sedia ada seperti yang berlaku di negara Arab (Arab Spring)," ujarnya.

Kata Aziz lagi, setelah pembangkang gagal membawa usul undi tidak percaya di parlimen dan gagal menghasut ahli Umno dan rakyat untuk menjatuhkan perdana menteri, mereka mengumumkan 'Deklarasi Rakyat' yang bercanggah di segi perundangan.

"Rakyat sudahpun buat deklarasi sebenar dalam pilihan raya umum (PRU) lalu dan akan membuat deklarasi lagi pada PRU14 kelak," katanya yang merujuk kepada sistem pilihan raya negara.

Ditanya mengenai kedudukan Tun Mahathir sebagai Petron yang dilantik Mubarak, Aziz berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada bekas perdana menteri itu kerana telah berkhidmat sebagai Petron sejak 2005 walaupun beliau bukanlah ahli Mubarak.

"Hari ini Tun sudah keluar Umno dan menentang Umno-BN. Kita buat keputusan untuk ucapkan terima kasih kepada Tun sebagai Petron sejak Mubarak ditubuhkan pada 2005 sewaktu beliau merasmikan mesyuarat agung mubarak di Ipoh ketika itu," ujarnya yang membawa maksud jawatan Petron itu terlucut dengan sendirinya setelah Tun keluar dari Umno.

Dalam majlis ini Mubarak dan wakil 42 NGO menyatakan pendirian bersama untuk menentang dan mengutuk sekerasnya kumpulan tertentu yang ingin menggulingkan kepimpinan dan kerajaan.

Sikap dan tindakan yang dibuat melalui gerakan tersebut, ujar Mubarak tidak wajar dan menjejaskan keselamatan negara, agama dan bangsa.

Mubarak yakin bahawa rancangan kumpulan tersebut mengadakan 'roadshow' di seluruh negara bertujuan menghasut rakyat supaya bangun menentang kerajaan melalui kaedah 'Arab Spring' .

"Kami menggesa rakyat agar tidak terpengaruh dengan dakyah kumpulan tersebut kerana ia boleh menghancurkan negara dan merugikan rakyat.

"Kami juga menyeru rakyat berdiri teguh dan bersatu mempertahankan perlembagaan dan pemerintah secara demokratik," pendirian bersama Mubarak dan NGO itu dipetik.

Rebel Umno cabar Tengku Adnan dan Nazri berdebat

Posted: 17 Mar 2016 04:30 AM PDT

MALAYSIA DATELINE


Tengku Adnan (kanan) dan  Nazri (kiri) dicabar oleh rebel Umno GKCM untuk berdebat.Tengku Adnan (kanan) dan Nazri (kiri) dicabar oleh rebel Umno GKCM untuk berdebat.Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) mencabar dua pemimpin Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Seri Nazri Aziz untuk berdebat.

Setiausaha GKCM, Azhar Daeng berkata, debat perlu diadakan bagi menghuraikan kemelut kepemimpinan yang wujud dalam Umno ketika ini.

"Umno perlu membuka pintu perubahan dan pembaharuan ke arah memastikan bahawa ia kekal sebagai sebuah parti politik yang relevan dalam era 'dunia tanpa sempadan' sekarang.

"Adalah malang sekiranya Umno dibiarkan berada dalam keadaan penafian yang tiada kelibat penghujungnya dan akhirnya memperlihatkan ia sebagai sebuah parti politik yang dipenuhi dengan barisan pemimpin yang jumud pemikirannya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar Azhar lagi, tajuk yang dicadangkan untuk dua pemimpin itu 'Umno memerlukan perubahan kepimpinan' sebagai tajuk debat.

"Kami begitu teruja sekiranya Umno dapat menyenaraikan dua orang pemimpin tertingginya untuk berdebat dengan kami. Dua orang ini adalah Datuk Seri Nazri Aziz dan Tengku Adnan sendiri.

"Kami berharap bahawa dua pemimpin ini tidak akan menolak pelawaan untuk perdebatan atau forum ini sesuai dengan dakwaan bahawa mereka ini adalah pahlawan dan jaguh Umno," katanya lagi.

Malah katanya, Umno perlu bergerak selari dengan peredaran zaman yang mana hari ini debat/forum sering digunakan di seluruh pelusuk dunia bagi membincangkan isu yang mempunyai  kepentingan terhadap negara.

Sebagai rekod pada Februari lalu GKCM pernah menerusi Pengerusinya Kamarulazman Habibur Rahman telah mencabar Tengku Adnan untuk berdebat dalam satu majlis gerakan itu yang diadakan di Port Dickson yang turut dihadiri Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun Tengku Adnan tidak memberikan sebarang respon mengenai cabaran GKCM itu.

Kerjasama PAS-IKATAN tidak beri masalah kepada BN – Presiden MIC

Posted: 17 Mar 2016 04:27 AM PDT

 
BN seharusnya memperkukuhkan kerjasama dan perpaduan dalam setiap komponen BN bagi menghadapi 


Dr S Subramaniam


KUALA LUMPUR: Kerjasama PAS-IKATAN bagi membentuk blog pembangkang ketiga bukan satu perkara yang mengejutkan, kata Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Katanya, perkara itu biasa dalam dunia politik dan ia tidak mendatangkan masalah kepada Barisan Nasional (BN).

"Dalam bidang politk, apa pun boleh berlaku. Bekas Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dulu duduk di sini pun boleh ke sana (bersama pembangkang).

"Perkara ini kadang-kadang boleh berlaku di dalam dunia politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang SPM di Ibu Pejabat MIC, hari ini.

Dalam masa sama, Subramaniam berkata, BN seharusnya memperkukuhkan kerjasama dan perpaduan dalam setiap komponen BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Bagi kita di dalam BN, kita tidak lihat kepada perkara-perkara ini sebagai satu cabaran yang tidak boleh diatasi.

"Apa yang mustahak BN terus kukuh dengan kerjasama dalam komponen kita kuat dan kita mempunyai perhubungan baik dengan masyarakat dalam hadapi Pilihan Raya Umum akan datang ," tegasnya.

Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerjasama dengan IKATAN bertujuan mewujudkan persefahaman kerjasama politik yang lebih tersusun yang sedang digagaskan PAS.

PAS dan Ikatan, sepakat guna saluran demokrasi

Posted: 17 Mar 2016 04:20 AM PDT



Oleh AHMAD AMZAD HASHIM 


TIDAK ada bezanya pun apabila Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil Presiden Parti Ikatan berkata nak bawa hudud ikut saluran demokrasi, parlimen, dengan apa yang secara istiqamah disebut oleh Datuk Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang Presiden PAS bahawa PAS akan terus berjuang menegakkan hukum Allah dalam ruang yang mengikut saluran demokrasi dan perlembagaan negara.

PAS kanunkan di peringkat negeri melalui sidang Dewan Undangan Negeri. Negeri yang PAS mempunyai majoriti sokongan rakyat, rakyat yang majoriti mahukan hudud, maka undang-undang diluluskan dengan undi majoriti. Itu proses demokrasi.

Negeri yang PAS tidak punya majoriti sokongan, PAS gunakan pendekatan menerangkan kebaikan hukum Tuhan ini. Tak dapat sokongan majoriti di DUN, PAS tak apa apa. Kerana PAS hormati demokrasi yang mengikut kemahuan ramai. PAS akan terus guna pendekatan memberi penerangan, mempromosi keindahan hukum Tuhan.

PAS terus istiqamah. Sebahagian bukan Islam yang terbuka telah boleh menerima undang-undang Barat yang juga merupakan undang-undang yang asing bagi Tanah Melayu dan terbukti banyak kelemahannya merasa tidak ada bezanya jika mereka menerima undang-undang Islam yang punya kelebihan dan lebih adil pula.

Banyak masalah dalam masyarakat membimbangkan semua rakyat. Jenayah, Judi, Arak, Pelacuran, keruntuhan nilai dan moral, rasuah.

Tidak ada salahnya kerana ia juga sejenis undang-undang. Bukannya melibatkan paksaan masuk agama Islam. Undang-undang yang cuma dikenakan kepada umat Islam. Bukan dikenakan kepada bukan Islam.

Mereka faham ia sebahagian agama Islam dan jika PAS menerima kebebasan penganut agama bukan Islam mengamalkan ajaran dan kepercayaan mereka, maka tidak wajar umat Islam dihalang dari melaksanakan kepercayaan dan keimanan mereka kerana hukum-hukum Islam yang diperjuangkan PAS itu sebulat suara semua mazhab dalam Islam telah diperakui sebahagian kewajipan umat Islam.

Ia bukan soal ada yang kata wajib, ada yang kata sunat atau ada yang kata harus bagi umat Islam beriman dan melaksanakannya.

Bukan Islam seperi Dr Bala Chandran, dari Dewan Himpunan Penyokong PAS lebih bersungguh menerangkan keyakinannya kepada undang-undang Islam berbanding sesetengah pemimpin Islam yang 'ketinggalan bas', masih terperangkap dalam kerak basi acuan gaya pemikiran sekularisma yang Jakim pun menulis banyak tentang kesesatan aliran ini.

Setelah selesai diperingkat negeri, sebahagian halangan perlaksanaan yang lebih besar terletak diperingkat kerajaan pusat yang ditadbir melalui kuasa parlimen.

Maka PAS perlu bawa melalui saluran Parlimen. Itu yang dibuat oleh PAS.

Pada masa dahulu ia dijadikan jenaka sinis oleh ahli parlimen. Dalam 5-10 tahun lalu ia tidak lagi jadi bahan ketawa. Sudah ada ahli parlimen Umno yang berucap terbuka menyokong hudud.

Pada hari ini Presiden PAS boleh membuat semua ahli parlimen termasuk dari kalangan bukan Islam terpaku mendengar penjelasan demi penjelasan tentang Islam, hukum dan undang-undangnya yang indah.

Kerana mereka mula tahu DS TGHH adalah orang nombor 2 atau 3 tertinggi dalam kalangan kepimpinan ulama Islam antarabangsa di peringkat dunia.

Mereka mula mengerti mengapa media Singapura berminat mendengar tentang undang-undang Islam daripada DS TGHH. Media Jepun, Turki, Algeria dan banyak lagi.

Jika masyarakat antarabangsa menghormati DS TGHH, parlimen Malaysia wajar menghormatinya juga.

Yang sedang dikecam masyarakat dunia sekarang apabila bercakap tentang Malaysia adalah DS Najib, Perdana Menteri dan Presiden Umno, Pengerusi Barisan Nasional yang dipandang sangat korup, boros dan lemah serta tunduk kepada kuasa asing.

PAS sangat sabar dan mencatat kemaraan satu persatu.

Kini Jakim pun sudah ada jawatankuasa bersama dengan Kerajaan Kelantan dalam soal undang-undang Islam ini. Satu perkara yang dulu dilihat mustahil.

Selang seminggu yang lalu saya sendiri terkejut dengan khutbah multimedia Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, MAIDAM yang bertemakan seruan penyatuan umat Islam untuk mendaulatkan undang-undang Islam. Seruan penyatuan umat Islam untuk menangkis serangan musuh Islam melalui penyebaran fahaman liberalisme.

Presiden PAS dengan berani mengemukakan di Parlimen tentang masalah taraf mahkamah syariah yang terlalu rendah berbanding mahkamah biasa. Usul itu dilengahkan, ditolak. Tapi ia mencelikkan mata umat Islam.

Ia memberi shockwave tertentu hingga menyentuh dan menarik perhatian Majlis Raja Raja.

Sehingga dalam ucapan pembukaan Sidang Dewan Rakyat (Parlimen) dititah secara khusus oleh Yang Di Pertuan Agong agar Mahkamah Syariah dinaik tarafkan.

Itu kejayaan PAS.

Isu urus tadbir, PAS memimpin gerakan bersihkan pilihan raya. Tanpa penyertaan PAS, BERSIH tidak lagi kelihatan bersih.

Isu-isu lain seperti GST, TPPA, 1MDB, Kemiskinan, harga getah, felda, Tanah Melayu, urus tadbir, PAS lantang dan bersuara dengan berkesan.

Mungkin tak banyak gimik dan aksi sarkas, tapi ia menggugat dengan arus bawah yang nyata deras berpihak kepada PAS dalam kalangan rakyat khususnya orang orang Melayu yang merupakan kumpulan majoriti yang besar dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tidak hairanlah jika begitu banyak NGO menggabungkan diri melalui insiatif bersama Kongres Rakyat.

Insya-Allah, blok ke tiga kelihatannya mempunyai pendekatan yang lebih baik dalam menggugat Barisan Nasional kerana kita amat faham psikologi orang Melayu yang majoriti bukan sahaja tidak akan rela bertuankan DAP, malah memandang pengkhianat kepada yang sanggup menjadi pak turut agenda penguasaan chauvinist DAP ini

Usul tidak percaya terhadap peguam negara disalahtafsir Pandikar, kata Wan Azizah

Posted: 17 Mar 2016 01:10 AM PDT

MALAYSIA DATELINE


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan IsmailDatuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendapati  Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia  memberikan alasan kurang tepat terhadap usul tidak percaya yang dikemukan beliau terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Beliau berkata, beliau menerima surat maklum daripada pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat bahawa usul tidak percaya terhadap Peguam Negara yang difailkan pada 25 Februari yang lalu telah ditolak.

"Selepas meneliti surat tersebut, saya dapati usul saya ditolak atas dua alasan. Alasan pertama ialah usul bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan sebab mempertikaikan kuasa Peguam Negara di bawah Perlembagaan maka tidak wajar dibincangkan dalam Dewan Rakyat. Alasan kedua ialah Dewan Rakyat tidak mempunyai kuasa dalam menentukan kedudukan jawatan Peguam Negara.

"Saya mendapati alasan-alasan yang diberikan oleh Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak tepat dan merupakan salah tafsiran usul saya. Usul saya memang mengkritikan keputusan-keputusan Peguam Negara membubarkan Pasukan Petugas Khas Peringkat Tertinggi 1MDB, menutup siasatan Bank Negara dan mengarahkan SPRM menutup siasatan terhadap kes derma RM 2.6 bilion sebagai keputusan yang tidak munasabah dan tidak bertanggung jawab.

"Kesimpulan usul saya ialah Dewan Rakyat telah hilang kepercayaan kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali." terangnya.

Beliau berkata, Tan Sri Pandikar Amin Mulia seharusnya membenarkan isu yang membabitkan dana awam, reputasi Perdana Menteri dan imej negara dibahaskan dalam Dewan Rakyat atas prinsip demokrasi berparlimen dan landasan penambahbaikan parlimen yang didukung oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat sendiri.

"Keputusan ini akan melemahkan lagi fungsi parlimen sebagai institusi bebas dan berkecuali daripada pihak eksekutif yang mendaulatkan demokrasi di Malaysia.

"Dengan ini saya menyeru agar Yang Dipertua Dewan Rakyat meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam usaha penambahbaikan parlimen. Saya akan menghantar surat rayuan kepada Tan Sri Yang Dipertuan dalam masa terdekat ini," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Presiden Parti Keadilan Rakyat ini lagi budi bicara Peguam Negara untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan prosiding di Mahkamah yang diberikan dibawah Perkara 145 Perlembagaan bukan satu budi bicara yang muktamad.

"Prinsip ini telah ditetapkan di keputusan Mahkamah. Rujuk kes Pengarah Tanah dan Galian , Wilayah Persekutuan lwn Sri Lempah Enterprise ( keputusan Raja Azlan Shah, Ketua Hakim masa itu di 1979 );
kes Rosli Dahlan lwn Tan Sri Abdul Gani Patail & ors yang telah disahkan di Mahkamah Rayuan pada April 2015 dan juga keputusan Mahkamah Rayuan di Singapura iaitu Law Society of Singapore lwn Tan Guan Huat di 2007. Saya petik satu quote daripada kes di Singapura, yang diungkapkan oleh Ketua Hakim Chan Sek Keong seperti di bawah yang sangat jelas:

"The discretionary power to prosecute under the Constitution is not absolute. It must be exercised in good faith, for the purpose it is intended,ie. to convict and punish offenders, and not for an extraneous purpose."

"Jadi, walaupun kuasa itu diberikan kepada Peguam Negara dibawah Perlembagaan, kegunaan kuasa itu boleh dipertikaikan. Usul saya tidak harus dikata bertentangan dengan Perlembagaan." jelasnya.

Berkaitan dengan alasan kedua, usul beliau, Wan Azizah menerangkan beliau tidak meminta Dewan membuat keputusan memecat Peguam Negara.

"Adalah amat jelas perlantikan Peguam Negara adalah oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Jadi apabila Tan Sri Gani Patail dipecat pada tahun lepas dan diganti oleh Tan Sri Apandi Ali, ini semua dilakukan atas arahan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri yang pada hemat saya, semuanya merupakan satu keadaan kepentingan yang bercanggah ( conflict of interest ) bagi beliau sebab Perdana Menteri sendiri adalah antara orang yang disiasat.

"Usul saya memohon untuk keputusan Dewan tidak ada kepercayaan terhadap Tan Sri Apandi Ali.

Keputusan ini, sekiranya dilulus oleh Dewan, akan membantu Perdana Menteri dengan keputusan sama ada hendak kekalkan kedudukan Peguam Negara atau berhentikan dia seperti yang dibuat kepada Tan Sri Gani Patail," ujar Ali Parlimen Permatang Pauh ini.

Tun Mahathir sampaikan ucaptama Kongres Rakyat 27 Mac ini

Posted: 17 Mar 2016 01:07 AM PDT

HAZAYANI ZAKARIA


Zaid Ibrahim dan barisan urusetia yang bersama  mengumumkan pelaksanaan Kongres Rakyat 2016 yang akan diadakan ada 27 Mac di SACC Shah Alam.Zaid Ibrahim dan barisan urusetia yang bersama mengumumkan pelaksanaan Kongres Rakyat 2016 yang akan diadakan ada 27 Mac di SACC Shah Alam.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ucaptama di Kongres Rakyat 2016 anjuran Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) pada 27 Mac ini yang akan berlangsung di Dewan Konvensyen Shah Alam (SACC) bermula jam 1 hingga 6.30 petang.

Menurut penganjur Kongres Rakyat 2016 Datuk Zaid Ibrahim pihaknya telah memaklumkan kepada polis berkenaan kongres tersebut bagi tujuan keselamatan.

Beliau berkata, selepas kongres berkenaan Dr Mahathir akan mengetuai gerakan turun ke negeri-negeri

"Kami adalah the right force bukan satu, dua atau tiga force," kata beliau pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Zaid juga menegaskan, himpunan tersebut diadakan di dalam dewan tertutup, bukan himpunan di tempat awam atau perarakan jalan raya seperti didakwa sesetengah pihak yang sengaja memburukkan GSM.

Kongres tersebut akan dihadiri pemimpin dari parti-parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) wakil kesatuan pekerja dan orang perseorangan yang menyokong Deklarasi Rakyat yang ditandatangani pada 4 Mac lalu.

"Antara kumpulan yang akan hadir ialah ahli dan bekas pemimpin Umno, DAP, PKR, Amanah, Bersih, Abim, Ikram, MTUC, kumpulan pelajar dan golongan muda," katanya.

Ia bagi merangka tindakan susulan bagi mencapai matlamat mengubah pucauk pimpinan negara yang ada sekarang.

"Kongres ini akan membahas matlamat negara Malaysia yang baru untuk kembali ke arah pemerintahan yang menolak korupsi dan penyalahgunaan kuasa, membina budaya politik yang sihat dan demokratik, urus tadbir yang baik, menghormati dan mematuhi undang-undang, dan tidak kurang pentingnya memulih kembali institusi kerajaan yang boleh berfungsi secara profesional dan penuh integriti," katanya lagi.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan pelancaran tabung Selamatkan Malaysia atas nama Great Country Venture CIMB Bank dengan nombor akaun 8007944402.

"Orang ramai diminta membuat sumbangan sekurang-kurangnya RM10 untuk membiayai segala kegiatan GSM yang diluluskan oleh pimpinan GSM, sama ada peringkat pusat atau negeri.

"Saya menyeru kepada rakyat Malaysia yang sayangkan Malaysia bermurah hati agar segera membuat sumbangan mereka ka akaun ini," katanya lagi.

Akaun tersebut menurutnya dikendalikan bersama oleh Dr Syed Azman dan seorang lagi akauntan bertauliah.

Sebuah syarikat akauntasi akan dilantik untuk memeriksa penggunaan wang dari akuan ini untuk memastikan ia hanya digunakan untuk membiayai kegiatan dan matlamat GSM.

Tiada salah kahwin gadis Iban

Posted: 17 Mar 2016 12:58 AM PDT

ABDUL JALIL ALI
 

TANPA menunggu lama, Tan Sri Adenan Satem segera meredakan suasana. Hanya sehari selepas dikritik Persatuan Siswazah Dayak Sarawak, Ketua Menteri Bumi Kenyalang itu memohon maaf.

Dengan rendah diri pemimpin yang terkenal tegas itu berkata, seperti yang dipetik sebuah portal berita: "Sekiranya ada mana-mana pihak terasa (tersinggung), saya memohon maaf."

Semuanya gara-gara kenyataan beliau pada program 'Minda di Tebingan Sungai Kuching' sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke negeri itu Sabtu lalu. Ini kali ke-47 Najib berkunjung ke sana.

Dalam ucapannya Adenan berterima kasih atas kekerapan PM turun ke Sarawak (almaklumlah hendak pilihan raya negeri!). Walaupun kerap datang pemimpin No.1 dari Putrajaya itu masih belum boleh bertutur dalam bahasa Iban.

Maka pada majlis itu KM mencadangkan: "Jika Najib mahukan isteri baru beliau perlu mencari wanita di kalangan masyarakat Iban, agar dapat mempelajari bahasa Iban..." Beliau kemudian menambah sebelum mengakhiri ucapan: "Saya hanya bergurau."

Meski hanya gurauan, Persatuan Siswazah Dayak tidak berkenan dengan kata-kata itu. Setiausahanya Bill Kayong meminta KM menarik balik kenyataan yang dianggap mempersenda itu. Sebagai pemimpin yang memahami nurani rakyat berbilang keturunan, Adenan akur dan memohon maaf.

"Saya ulangi...saya mengatakannya secara bergurau, suatu jenaka. Malah Perdana Menteri sendiri ketawa...beliau tahu ia bermaksud sebagai gurauan," kata KM ketika memohon maaf, seperti yang dilaporkan Bernama.

Seperti yang dinyatakan Adenan memohon maaf sekiranya kata-kata tersebut menyinggung mana-mana pihak. Harap-harap Kayong – dan kalau ada pihak lain tidak kira lelaki atau wanita yang tersinggung – berasa lega dengan keikhlasan KM.

Tetapi pada hemat saya, yang empunya diri @ Najib sendiri tidak sedikit pun tersinggung. Malah, seperti yang ditegaskan Adenan ketika memohon maaf: "Perdana Menteri faham saya hanya bergurau, beliau pun ketawa semasa saya berucap."

Sebenarnya kalau tidak bergurau pun cadangan pemimpin Bumi Kenyalang itu bukanlah sesuatu yang menyalahi undang-undang, dan pasti sekali tidak boleh didakwa di bawa Akta Rahsia Rasmi atau Akta Komunikasi Negara. Tidak juga ada unsur-unsur fitnah.

Gurauan atau tidak mencadangkan mana-mana lelaki bernikah dengan gadis dan wanita Iban bukanlah sesuatu luar biasa. Malah dalam hal-hal tertentu perkahwinan orang Sarawak atau Sabah dengan orang Semenanjung mungkin cara terbaik dan praktikal untuk integrasi 1Malaysia.

Lagi pun selama ini telah ramai orang sini berkahwin dengan orang sana, tidak ada masalah, hidup bahagia seperti pasangan-pasangan lain. Sama macam orang Johor kahwin orang Terengganu, orang Melaka kahwin orang Kedah.

Maka kalau PM berkenan dan yakin beliau mampu untuk berkahwin seperti yang diguraukan oleh KM, apa salahnya? Demikian juga sekiranya ada mana-mana pemimpin Sarawak dan Sabah terpikat dengan orang Pulau Pinang atau orang Negeri Sembilan, silakan!

Tambahan pula seperti gadis Semenanjung, orang Sarawak dan Sabah juga manis-manis belaka. Satu ketika dulu saya pernah ditugaskan di Sarawak selama setahun, bekerja di sebuah surat khabar mingguan berpejabat di Kuching.

Ketika itu, kira-kira tiga dekad lalu, mana-mana orang Semenanjung yang bertugas di Sarawak akan dipanggil sebagai 'orang Malaya'.

Banyak daerah dan kawasan di negeri terluas itu saya kunjungi, terutama semasa membuat liputan ketua menteri ketika itu, Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Yaakub (telah arwah, semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman).

Jelas sekali pada pandangan mata kasar dan mata hati saya, gadis-gadis di sana – Iban, Bidayuh, Melanau dan lain-lain suku – cantik. Bukan sahaja manis dan jelita, mereka juga manja, berpekerti mulia, berbudi bahasa. Maka tidaklah saya terkejut jika ramai jejaka Malaya termasuk pasukan beruniform, guru, penjawat awam hatta pegawai tinggi yang tersangkut hati dan berkahwin di sana.

Saya sendiri pun terpikat pada seorang gadis Bidayuh yang sama-sama bermukim di Satok. Kulit kuning langsat, manis senyumnya dan kemanjaannya susah untuk dilenyapkan dari ingatan. Sampai sekarang jika ke Kuching, saya selalu terpesona dengan wanita dan gadis di sana.

Tetapi setakat terpesona dengan senyuman, belum terniat untuk kahwin satu lagi. Sebab, seperti kebanyakan suami – tidak kira kedudukan dan keturunan – saya pun takut isteri!


Pihak berkuasa tidak akan ganggu jika aman

Posted: 17 Mar 2016 12:53 AM PDT

Nur Jazlan
Nur Jazlan


KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa tidak akan mengganggu perjalanan himpunan tertutup 27 Mac ini yang dianjurkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sekiranya ia berlangsung secara aman.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau himpunan dan mengambil tindakan jika berlaku masalah.

"Jika mereka boleh berjanji untuk adakan demonstrasi dengan aman, tidak ada keperluan untuk menghentikannya.

"Bagaimanapun, kita perlu melihat semula perkembangan tersebut sama ada perhimpunan itu sendiri mempunyai potensi untuk menyebabkan apa-apa masalah, terutama dari segi trafik atau kecederaan. Polis akan memantau dan jika mereka perlu mengambil tindakan," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Himpunan yang dinamakan sebagai Kongres Rakyat 2016 itu dijangka berlangsung di Shah Alam dengan kehadiran dianggarkan 1,000 orang.

Antara pemimpin yang akan menghadiri himpunan itu ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan turut meminta penganjur himpunan bertanggungjawab dan tidak mengganggu orang ramai.


"Jika penganjur mahu teruskan, mereka boleh lakukan kerana kita amalkan demonstrasi.
Mengambil contoh Himpunan Bersih, Nur Jazlan berkata, kerajaan mengumumkan perhimpunan itu haram, tetapi ruang masih diberikan kepada penganjur untuk teruskan rancangan mereka.
"Kami tidak mahu menghalang dan menyukarkan mana-mana pihak, tetapi penganjur perlu bertanggungjawab memastikan apa sahaja mereka lakukan  tidak menjadi satu usaha politik yang menyusahkan ramai pihak," katanya.

Tiada larangan buat liputan program PM

Posted: 17 Mar 2016 12:44 AM PDT

Azalina Othman
Datuk Seri Dr Azalina Othman Said. - Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri tidak mengenakan sebarang larangan terhadap media dalam talian untuk membuat liputan program Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, berkata namun begitu ada ketikanya Pejabat Perdana Menteri mengehadkan jumlah wakil media yang membuat liputan program perdana menteri atas sebab tertentu.

"Ini termasuklah kerana tempat majlis yang terhad, faktor keselamatan dan memastikan laporan berita yang lebih fokus," katanya menjawab pertanyaan Teo Nie Ching (DAP-Kulai).

Teo ingin tahu sama ada Pejabat Perdana Menteri melarang media-media dalam talian seperti Malaysiakini, The Malaysian Insider, Malay Mail Online untuk membuat liputan aktiviti Perdana Menteri walaupun mereka mempunyai permit media yang sah. - Bernama


PKR pertimbang kerjasama Pas-Ikatan

Posted: 17 Mar 2016 12:41 AM PDT

PKR pertimbang kerjasama Pas-Ikatan
Wan Azizah Wan Ismail (tengah) pada sidang media di lobi bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. - Foto Sinar Harian oleh NIZAM ZAIN
 
 
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat tidak membidas sikap dwi-standard Pas terhadap sekutu baharunya, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) untuk menangguhkan sementara pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun berkata, terpulang kepada Pas untuk membuat pendirian berbeza berbanding ketika bersama PR sebelum ini.

"Itu hak dia, nak kata macam tu..(menangguhkan hudud)," katanya kepada pemberita dalam sidang media di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Ikatan pada Selasa bahawa isu hudud tidak akan menjadi isu besar di antara gabungan Pas-Ikatan dalam membentuk blok pembangkang ketiga itu.

Katanya, walaupun bergabung dengan Pas, mereka sependapat bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

Wan Azizah juga berkata, PKR tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan kerjasama politik dengan blok pembangkang ketiga itu jika hala tuju baharu itu dipersetujui bersama.

"Kita sama-sama hendak menentang kezaliman yang berlaku dalam kerajaan sekarang, jadi apa yang kita buat sekarang adalah untuk negara dan untuk rakyat.

"Kalau mereka ada kesamaan, boleh bekerjasama tetapi format itu saya kira perlu bincang bersama," ujarnya.

Ditanya tentang pembentukan blok pembangkang ketiga itu cuba menggugat Pakatan Harapan, Wan Azizah bagaimanapun berkata, pihaknya akan menunggu perkembangan semasa.

"Tunggu dan lihat," katanya lagi dengan ringkas.


Amanah - DAP: Pas tak konsisten perjuangkan hudud

Posted: 17 Mar 2016 12:35 AM PDT

Amanah - DAP: Pas tak konsisten perjuangkan hudud
Raja Kamarul Bahrin Shah
 


KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) membidas sikap Pas yang 'cakap tak serupa bikin' apabila boleh membuat persetujuan bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) untuk menangguhkan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, pendirian Pas itu mencerminkan sikap sebenar parti Islam itu kerana tidak konsisten dengan perjuangan mereka.

"Sebenarnya tiada beza dengan kami dahulu semasa dalam Pas sebelum menjadi Amanah. Kami mengatakan kalau hendak melaksanakan hudud, peraturan dan Perlembagaan Persekutuan mesti dihalusi dan dipatuhi dahulu.

"Itu saja ingatan kami dari dahulu juga, tetapi pada masa itu kami dituduh menjadi penentang hudud, pengacau dan sebagainya. Perkara itu sama juga dengan DAP," katanya kepada pemberita pada sidang media di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau mengulas isu hudud tidak akan menjadi isu besar di antara gabungan Pas-Ikatan dalam membentuk blok pembangkang ketiga itu.

Katanya, walaupun bergabung dengan Pas, mereka sependapat bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu juga mendakwa Pas menganaktirikan ahli dan pimpinan sendiri berbanding bekas pemimpin Umno yang mahukan perjuangan Pas itu ditangguhkan.

"Kalau ia datang daripada mulut kami tak boleh diterima (tapi) datang daripada Ikatan, ia menjadi persetujuan baharu, saya rasa itu saja perbezaannya.

'Ia bukan perkara baharu sebenarnya, ia dibawa sejak dahulu lagi hingga kami terkeluar daripada Pas.
Hanya perubahan berlaku, kita bercakap tidak kena, bila orang luar bercakap, boleh diterima," ujarnya.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching pula tidak mahu mencampuri urusan Pas khususnya melibatkan dasar dan perjuangan parti itu yang menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur Jun lepas.

"Saya tak mahu komen isu ini, kerana ia merupakan satu isu yang sepatutnya dikomen Pas sendiri apabila memgambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

"DAP berpendirian bahawa hudud ini tidak sesuai di negara ini sekarang kerana ia tidak konsistem dengan Perlembagan Persekutuan, sebab itu Pas tak boleh bekerjasama dengan kami lagi," tegasnya.

Nie Ching juga Ahli Parlimen Kulai turut memulangkan paku buah keras kepada Pas setelah ia gagal mempertahankan pendirian mereka ketika bersama Pakatan Rakyat.

Polis tahan 12 individu bantu kes gaduh di Johor

Posted: 16 Mar 2016 05:15 PM PDT

BERNAMA




Polis menahan 12 individu bagi membantu siasatan dalam kes pergaduhan di sebuah kelab malam di Jalan Datuk Abdullah

Tahir di Johor Bahru sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh yang mengesahkan kejadian itu berkata pergaduhan pada pukul 2.50 pagi itu berpunca daripada perselisihan faham antara dua kumpulan pengunjung kelab malam itu.

"Ketika pergaduhan, seorang lelaki berusia 38 tahun didapati telah cedera parah akibat tikaman menggunakan sebilah pisau lipat sepanjang 10 inci," kata beliau menerusi satu kenyataan, malam tadi.

Sulaiman berkata pergaduhan yang bermula antara dua kumpulan, terdiri daripada lapan hingga 10 orang pengunjung yang duduk di meja berasingan.

Hasil siasatan awal mendapati pergaduhan tercetus apabila seorang dari kumpulan tersebut telah menyimbah air minuman ke arah seorang lelaki dari kumpulan meja yang lain.

"Perkara itu telah menimbulkan kemarahan. Keadaan me Bernjadi kelam kabut dan seterusnya berlaku pergaduhan besar, baling membaling botol dan kerusi antara satu sama lain," katanya.

Beliau berkata semasa dua kumpulan itu bergaduh dan bertumbuk beramai-ramai antara satu sama lain, salah seorang daripada mereka telah menikam mangsa dengan pisau lipat di bahagian perut sebelah kiri.

"Setelah ditikam, mangsa kemudian terbaring di lantai. Suspek kemudiannya mencabut pisau pada badan mangsa dan kemudiannya bergerak keluar dari kelab malam itu," kata Sulaiman.

Beliau berkata mangsa yang didapati cedera di bahagian perut, empat jari kanan hampir putus dan luka di sebelah kaki kiri itu, meninggal dunia pada hari yang sama ketika dirawat di Hospital Sultanah Aminah.

Selain itu, seorang lelaki berusia 22 tahun, yang tidak tahu menahu mengenai pergaduhan itu, turut tercedera di kepala dan luka-luka di badan apabila terkena balingan botol ketika keluar dari tandas kelab malam itu.

Dia kini stabil dirawat di hospital yang sama.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.- Bernama