Selasa, 15 Mac 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Posted: 15 Mar 2016 04:31 AM PDT

Kontrak bawa pekerja Bangladesh bawah OSA

 | March 15, 2016
Charles Santiago mendesak kerajaan mendedahkan kepada awam perjanjian membawa masuk pekerja Bangladesh ke negara ini.
Zahid Hamidi


KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri menjelaskan kontrak antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat membawa masuk pekerja Bangladesh, Synerflux Sdn Bhd diletakan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, kontrak dengan syarikat itu adalah rahsia buat masa ini kerana rundingan masih berjalan.

"Kerajaan masih lagi dalam proses rundingan dengan syarikat ini. Oleh itu, dokumen perjanjian diklasifikasikan di bawah OSA," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perjanjian untuk membawa masuk pekerja Bangladesh adalah perjanjian antara kerajaan dengan kerajaan (G to G).

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang bertanyakan jika kerajaan mempunyai rancangan untuk mendedahkan perjanjian itu kepada rakyat.

Ketika ditemui di luar Dewan Rakyat hari ini, Charles berkata, pengumuman kerajaan menghentikan pengambilan pekerja asing amat meragukan kerana ramai pekerja asing terutama Bangladesh dan Nepal yang tiba di KLIA.

"Membuat perjanjian komersil dan meletakkan di bawah OSA, jelas menunjukkan kerajaan menyembunyikan sesuatu," katanya.

APAKAH SALLEH MEWAKILI KETAKUTAN NAJIB?

Posted: 15 Mar 2016 04:21 AM PDT

shahbudindotcom


Apa yang dicadangkan oleh Tun Mahathir Mohamad ini sebenarnya adalah peluang terbaik bagi Najib Razak untuk mendiamkan terus sebarang kritikan terhadapnya.

Yang diperlukan hanyalah sedikit keberanian untuk menyahut cabaran atau cadangan mengadakan referendum itu.
 
 
 
 
Dengan MT UMNO, Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian dan Naib Ketua Bahagian UMNO didakwa berdiri teguh di belakang Najib serta segala macam jentera kerajaan juga dalam genggamannya, apa yang perlu ditakutkan lagi?

Buatlah referendum dan inilah peluang untuk menjadi Perdana Menteri sampai kiamat.

Tetapi kenapa cepat melalut sehingga mengaitkan referendum ke atas Najib juga boleh menyebabkan beberapa negeri seperti Sabah dan Sarawak membuat cadangan untuk keluar daripada Malaysia?

Tidakkah ia sesuatu yang jauh melencong dan tidak ada kaitan sama sekali?
 
 
 
 
Adakah jawapan pantas Salleh Said Keruak ini mewakili ketakutan Najib serta suatu kesedaran bahawa rakyat sememangnya tidak lagi menyokongnya? 

Jika begitu, apa sebenarnya harapan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang jika mahu juga mengekalkan Najib sebagai Perdana Menteri? 


Setiausaha Agung akui PERKASA kini terbelah dua

Posted: 15 Mar 2016 04:13 AM PDT

Anne Muhammad  




Pertubuhan pendesak Melayu, PERKASA hari ini mengakui bahawa NGO itu kini terbelah dua berikutan sebilangan ahlinya menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak manakala selebihnya pula memihak kepada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali yang membuat pendedahan itu berkata, pepecahan itu terjadi selepas Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali menghadiri Deklarasi Rakyat bagi 'Selamatkan Malaysia' pada awal bulan lalu.

"Ahli Umno dalam PERKASA sudah ada kem, sekarang sudah ada ahli Umno keluar PERKASA melalui sidang media dengan aksi memotong kad keahlian PERKASA bagi tunjukkan tidak puas hati kepada presiden dan kepimpinan PERKASA.

"Mereka dakwa PERKASA lari dari perjuangan asal.

"Ada juga yang menyokong Mahathir dan mereka mahu potong kad keahlian Umno melalui sidang media," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Minggu lalu, seramai sembilan ahli PERKASA dari Pengkalan Chepa dan 27 dari cawangan Kapar bertindak mematahkan kad keahlian NGO itu.

Manakala sebilangan ahli PERKASA bahagian Gombak dan Kuala Langat pula mengancam mahu mematahkan kad keahlian Umno.

Sebelum ini, Ibrahim mengakui beliau hadir ke majlis pemeteraian Deklarasi Rakyat tetapi tidak menandatanganinya kerana "namanya dan PERKASA tidak boleh dipisahkan".

Kata Ibrahim, walaupun mereka yang menandatanganinya atas kapasiti individu "tapi maklumlah zaman Internet, pihak-pihak akan membuat pentafsiran masing-masing".

Pada majlis itu, Mahathir dan pembangkang memeterai deklarasi yang menuntut penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.

Antara yang menandatanganinya termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.


Majlis Peguam heret AG ke mahkamah sebab tak dakwa Najib

Posted: 15 Mar 2016 04:11 AM PDT

MALAYSIAKINI




Majlis Peguam memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tidak meneruskan dakwaan terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Dalam permohonan itu Majlis Peguam memohon perintah Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan Apandi pada 26 Januari lalu 'membersihkan' Najib dan mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan mereka.

Badan peguam itu juga mahu mahkamah menghalang peguam negara daripada membuat sebarang keputusan lanjut berhubung perkara itu, selain membenarkan peguamcara negara memutuskan hal berkenaan, termasuk sama ada mendakwa Najib atau tidak.

Turut disebut, Majlis Peguam memohon perintah mahkamah membenarkan SPRM meneruskan siasaran dalam kes yang diarah tutup oleh Apandi sebelum ini.

"Majlis Peguam berpendapat kuasa pendakwaan berdasarkan budi bicara pada peguam negara mengikut Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan tidak bersifat mutlak atau tidak terbatas, dan pengamalan kuasa ini boleh dicabar melalui semakan kehakiman.

"Skop dan ruang kuasa budi bicara, dan sama ada kuasa itu dilaksanakan mengikut undang-undang berdasarkan fakta kes perlu ditentukan oleh mahkamah," kata Presiden Majlis Peguam Steven Thiru dalam kenyataan hari ini.

Video ABC buktikan wartawan tak rempuh kawalan keselamatan

Posted: 15 Mar 2016 04:05 AM PDT

MALAYSIAKINI


LIHAT VIDEO DI SINI
 
Sebuah video yang memaparkan wartawan Australia Linton Bresser mengajukan soalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kuching, Sabtu lalu jelas menunjukkan bahawa wartawan itu tidak merempuh kawalan keselamatan seperti yang didakwa oleh pihak polis.

Bresser, yang ditugaskan menyiapkan program Four Corners terbitan Badan Penyiaran Australia (ABC) menyertai sekumpulan jurugambar dan wartawan akhbar lain mengikut Najib sebaik beliau keluar dari kereta dan menuju ke sebuah masjid di Kota Sentosa.

Najib yang pada mulanya tersenyum juga dikelilingi oleh pengiringnya, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Skhuri dan pihak polis.

"Hello Tuan Perdana Menteri, saya dari ABC Australia. Saya tertanya-tanya jika anda boleh jelaskan wang beratus juta di akaun anda?" soal Bresser yang tidak dihiraukan oleh Najib dengan muka selamba dan terus berjalan.

"Hello, Tuan Perdana Menteri, boleh anda menjelaskan wang beratus-ratus juta dolar dalam akaun anda? Tuan Perdana Menteri?" soal wartawan itu lagi.

Pada ketika ini, kedengaran pihak polis merungut "Apa ni? " dan dalam nada yang jengkel, melangkah untuk menyoal Bresser siapa dirinya.

Wartawan itu kemudian menjelaskan bahawa beliau adalah "hanya seorang wartawan yang hadir untuk sidang akhbar".

Rakaman selama 58 ssat itu dikeluarkan oleh Four Corners melalui akaun Vimeo bagi membuktikan bahawa wartawannya tidak bertindakl secara "agresif" seperti yang didakwa oleh pihak polis.

"Siapa engkau, apa engkau cuba lakukan? Tidak, tidak, tidak. Bawa dia pergi. Mana Jabatan Siasatan Jenayah?" kedengan suara seorang anggota polis.

Apabila Bresser menjelaskan bahawa dirinya adalah seorang wartawan, kedengaran anggota polis itu berkata: "Apa identiti kamu? Kami tidak tahu tentang kamu? Keluar."

Bresser dan pengendali kamera ABC, Louie Eroglu ditahan pada malam itu.

Pembangkang bawa usul tak percaya terhadap AG

Posted: 15 Mar 2016 03:59 AM PDT

Zulaikha Zulkifli  




Pembangkang hari ini mengesahkan telah membawa usul tidak percaya terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali di Dewan Rakyat.

Pengerusi Biro Penyelaras Ahli Parlimen dan Adun PKR, Datuk Johari Abdul berkata, surat daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail itu bertarikh 25 Februari dan telah diterima oleh Parlimen pada 26 Februari.

Bagaimanapun, usul tersebut masih belum dimasukkan ke dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Saya dimaklumkan bahawa Ketua Pembangkang (nak) masuk usul supaya kerajaan Persekutuan ambil tindakan terhadap peguam negara kerana kita hilang keyakinan kepadanya," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Johari berkata antara lain tindakan itu diambil kerana Apandi tidak mengenakan dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung isu wang derma RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadinya.

Menurut anggota parlimen Sungai Petani itu, perkara itu bagaimanapun berbeza dengan kes derma politik membabitkan bekas pembantu kepada Menteri Besar Selangor pada 2008, Mohd Yahya Mat Sahri yang dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan

"Kita tak puas hati, tak ada keadilan. Jadi saya harap penjelasan di dewan dan rakyat dapat nilai tindakan peguam negara terhadap dua situasi di mana orang susah yang tak salahgunakan wang derma dan satu lagi mahakuasa terlepas daripada apa-apa tindakan," katanya lagi.

Dalam surat tersebut bertulis, sebagai ketua pembangkang, Wan Azizah membuat usul tidak percaya terhadap peguam negara berlandaskan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan 27 (1), (2) dan (3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Januari lalu, Apandi berkata tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Najib berhubung wang sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya serta siasatan berkaitan SRC International.

Sehubungan itu, peguam negara berkata pihaknya akan mengendalikan kertas siasatan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mengarahkan supaya kertas siasatan tersebut ditutup serta tiada pendakwaan dibuat terhadap perdana menteri.


PAS Serius Untuk Menjadi "Check And Balance" Di Sarawak

Posted: 15 Mar 2016 03:55 AM PDT


Oleh YB Dato' Iskandar Abdul Samad


1. PAS serius di dalam usaha untuk menjadi "check and balance" (semak dan imbang) di Sarawak.

2. PAS telah mengerahkan seluruh jenteranya untuk memastikan PAS dapat memenangi beberapa kerusi ADUN pada pilihan raya negeri yang dijangka berlaku pada bulan Mac atau April ini.

3. PAS akan bertanding pada 11 kerusi DUN dan sudah tentu bukan tujuan PAS untuk membentuk kerajaan.

4. Walau bagaimanapun PAS tidak akan bersekongkol dengan Barisan Nasional.

5. PAS akan membawa suara rakyat menentang apa sahaja penyelewengan di samping mempertahankan hal-hak rakyat Sarawak.

6. PAS akan bersama-sama memperjuangkan kepentingan-kepentingan anak negeri agar Sarawak dapat mencapai kemajuan setaraf dengan negeri-negeri termaju di Malaysia.

7. PAS juga bukan hanya sebuah parti untuk orang-orang Islam tetapi memperjuangkan nasib semua kaum di Malaysia.

8. Di negeri-negeri seperti Selangor, wakil-wakil rakyat PAS telah berperanan dengan cemerlang di kalangan masyarakat bukan Islam.

9. Wakil-wakil rakyat PAS cukup prihatin kepada isu-isu masyarakat bukan Islam seperti bahasa ibunda, pendidikan, perumahan, tanah, kebajikan dan tempat ibadat.

10. Oleh yang demikian tuduhan bahawa PAS hanya memperjuangkan nasib masyarakat Islam adalah tidak benar.

11. Walaupun sebelum memenangi pilihan raya, PAS Sarawak telah menjalankan usaha-usaha untuk membantu rakyat di bawah program-program seperti projek-projek kemudahan awam dan ekonomi untuk rakyat.

12. Di atas kesungguhan ini, rakyat Sarawak wajar memberi peluang kepada PAS untuk mewakili mereka pada pilihan raya negeri kali ini.

* YB Dato' Iskandar Abdul Samad, Naib Presiden PAS

Nafsu si gembala lembu

Posted: 15 Mar 2016 03:49 AM PDT


Nafsu si gembala lembu
Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di Gunong, Bachok terselamat daripada menjadi mangsa cabul seorang warga emas selepas tindakan suspek disedari dua abang mangsa.

Dalam kejadian jam 3.50 petang Jumaat lalu, suspek berusia 69 tahun, yang juga jiran mangsa dan seorang gembala lembu cuba melakukan perbuatan tersebut selepas memanggil mangsa melalui tingkap rumah, sebelum kanak-kanak itu diminta ke bahagian dapur.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, suspek dikatakan masuk ke rumah mangsa dan membuka seluar kanak-kanak tersebut.

"Ketika itu mangsa dikatakan tinggal bersama adiknya yang berusia setahun. Secara kebetulan, dua abang mangsa pulang ke rumah dan melihat suspek yang dalam keadaan separuh bogel duduk berhadapan dengan adik mereka.

"Suspek  kemudiannya bangun dan terus keluar sebaik sahaja menyedari kehadiran abang-abang mangsa," katanya.

Menurutnya, ibu mangsa, seorang suri rumah yang tidak berada di tempat kejadian ketika itu bergegas pulang setelah dimaklumkan mengenai kejadian itu sebelum membuat laporan polis.

Manakala mangsa pula telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

"Kita telah menahan suspek beberapa jam kemudian semasa dia datang ke Balai Polis Gunong, Bachok.

Dia ditahan reman selama empat hari bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul," katanya.


Dalam pada itu,  suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini semalam menaiki sebuah van polis kira-kira jam 10 pagi.

Ketika ditahan kira-kira jam 8 malam, suspek difahamkan tidak menggunakan sebarang alat bantuan, namun beliau dilihat menggunakan tongkat ketika masuk ke bilik reman semalam.

Perintah reman dikeluarkan oleh Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret Kota Bharu, Rosli Ahmad.

Nyaris tak naik pelamin

Posted: 15 Mar 2016 03:46 AM PDT

Nyaris tak naik pelamin
Falah (kanan) membuat laporan polis terhadap pemilik butik terbabit bersama dua lagi mangsa supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap individu itu.


TEMERLOH - Pelanggan sebuah butik pengantin yang menawarkan pakej persandingan murah membuat laporan polis bagi menuntut bayaran dibuat kerana mendakwa pemiliknya menipu ramai pelanggannya.

Laporan dibuat di Balai Polis Temerloh, di sini, pagi semalam, oleh dua pelanggan butik terbabit bagi menuntut kembali wang yang dibayar untuk perkhidmatan ditawarkan.

Mereka juga mahu segera polis mengambil tindakan terhadap pemilik butik terbabit.

Falah Hasan, 24, dan pasangannya Mohamad Khuzairi Mohd Azan antara yang diperdaya dan mereka membuat dua laporan polis ke atas individu terbabit.

Menceritakan kejadian yang berlaku, Falah berkata, dia terjumpa promosi butik tersebut yang menawarkan pakej perkahwinan semurah RM1,000 ketika berkunjung ke sebuah pusat membeli belah di Mentakab.

Menurutnya, butik terbabit menawarkan promosi pakej perkahwinan kepada pasangan yang ingin mengadakan majlis pada 2016, 2017 dan 2018.

Katanya, tawaran yang diberikan dengan harga itu termasuk sepasang baju nikah lelaki dan perempuan, sepasang baju bersanding, sepasang  baju bertandang, hiasan bilik tidur, hiasan meja makan beradab, satu kali solekan dan pelamin.

"Saya tertarik sebab pakejnya murah, saya pergi ke butiknya buat bayaran tunai RM1,000 pada 25 Mei 2015 untuk majlis yang akan diadakan pada 11 Mac 2016.

"Tapi, lepas Tahun Baharu Cina baru ni ada viral besar-besaran pasal butik tu. Ada pelanggan yang tak dapat baju dan pelamin sampai tapi tak pasang pada hari majlis," katanya.

Falah berkata, dia yang risau kemudian ke butik terbabit untuk bertanyakan hal sebenar dan sangat terkejut apabila sampai di sana, ramai pelanggan menyerbu butik itu untuk mendapatkan semula bayaran yang dibuat.

Menurutnya, pemilik butik hanya mendiamkan diri apabila diajukan pelbagai soalan dan yang menjawab pekerjanya sahaja.

"Pekerja butik itu mengakui apa yang berlaku itu disebabkan ramai pekerja mereka lari. Dia juga beritahu dua bulan tidak dibayar gaji. Tapi yang peliknya kenapa dia masih sanggup kerja di  butik tu kalau gaji tak dibayar selain perlu berdepan  pelanggan yang tak puas hati.

"Kemudian, saya dapat surat perjanjian daripada butik yang berjanji untuk bayar balik duit saya sebelum hari persandingan, 11 Mac 2016, yang ditandatangani saya dan pemilik butik itu.

"Saya tunggu sampai tarikh tu tetapi tetap tidak ada bayaran balik, dia tak muncul dan butik tutup.
Kebetulan, satu hari tu butik buka dan saya jumpa pekerjanya, tapi dia pun tak tahu ke mana bosnya pergi," katanya.

Falah berkata, dia sendiri membuat dua laporan polis kerana pemilik butik membawa lari duitnya dan laporan atas perjanjian yang dibuat.

Menurutnya, dia bernasib baik kerana selesai melangsungkan perkahwinan pada November 2015 tetapi terpaksa menunda tarikh persandingan dan majlis kenduri sebelah lelaki kerana ditipu pemilik butik terbabit.

Falah juga mendapat maklumat butik terbabit mengambil sehingga banyak tempahan pada hujung minggu sama, selain sudah lebih 100 mangsa ditipu dan berpuluh laporan polis dibuat.


Seleweng dana: Terpulang pihak berkuasa buat siasatan

Posted: 15 Mar 2016 03:42 AM PDT

SINAR HARIAN


Dr S Subramaniam
S Subramaniam. - Foto Bernama
 
 
PUTRAJAYA - Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan terhadap pihak yang terlibat dalam penyelewangan dana kebajikan pesakit kronik dan miskin.

Katanya, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ada memaklumkan kepadanya hari ini berhubung laporan penahanan beberapa individu berkaitan penyelewangan lebih RM20 juta dana kebajikan merawat pesakit kronik dan miskin.  

"Kementerian ada kawalan-kawalan tertentu bagaimana dana yang dikumpulkan melalui tabung khas digunakan.

"Tetapi, kalau ada pihak-pihak yang telah diberi amanah ini dan sudah salah guna, terpulang kepada agensi tertentu untuk membuat siasatan," katanya mengulas laporan penahanan empat individu termasuk seorang wanita bergelar Datuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disyaki terlibat dalam penyelewangan dana kebajikan berkenaan.  

Dr Subramaniam berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan buku-buku Kesusasteraan Tamil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada wakil-wakil sekolah di sini, hari ini.  

Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam berkata, keputusan ujian ke atas sajian yang didakwa mengandungi serpihan kaca yang dimakan tujuh pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Nigel Gardner, Hulu Selangor akan diketahui minggu depan.   

"Kesemua pelajar telah pun dibenarkan pulang ke rumah. Pihak kami bersama Kementerian Pendidikan masih menyiasat punca kaca boleh berada dalam makanan," katanya.  

Terdahulu, Dr Subramaniam, yang merupakan Presiden MIC, menyerahkan 10,500 buku Kesusasteraan Tamil SPM berupa novel, sajak dan drama secara percuma kepada wakil-wakil sekolah negeri di seluruh negara.

Katanya buku-buku itu, yang diluluskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, tidak dihasilkan oleh Kementerian Pendidikan sejak 2006 sebaliknya ia merupakan sumbangan komuniti pakar sastera Tamil.

"Buku-buku ini memakan kos RM200,000 dan ditanggung sepenuhnya oleh saya. Pengedaran buku-buku diberikan secara percuma kepada kira-kira 2,300 pelajar SPM setiap tahun," katanya. - Bernama


Pemandu treler rempuh lebih 15 kenderaan ditahan

Posted: 15 Mar 2016 03:36 AM PDT

Pemandu treler rempuh lebih 15 kenderaan ditahan
Treler yang disyaki merempuh lebih 15 kenderaan.


MELAKA - Polis daerah Melaka Tengah berjaya menahan seorang lelaki dipercayai pemandu treler yang disyaki merempuh lebih 15 kenderaan yang di parkir di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), di sini.

Ketua Polis Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, lelaki berusia 50-an itu ditahan ketika membuat laporan di Balai Polis Salak Tinggi jam 5.12 petang, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Lori redah, seret lebih 20 kereta]

"Lelaki yang berasal dari utara tanah air itu ditahan oleh anggota dan pegawai trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah petang semalam.

"Treler juga ditahan dan kita akan rujuk kepada Puspakom bagi bantu siasatan di bawah Sekyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya di sini, hari ini. 


Jemaah hilang berjaya dijumpai di Makkah

Posted: 15 Mar 2016 03:34 AM PDT


Jemaah hilang berjaya dijumpai di Makkah
Jemaah (tiga,kanan) yang hilang telah berjaya ditemukan dengan pihak agennya. –Foto ehsan Tabung Haji Travel.
 
 
SHAH ALAM - Jemaah Malaysia yang dilaporkan hilang di Makkah baru-baru ini telah dijumpai dengan selamat hari ini.

Menurut pegawai Tabung Haji Travel, pihaknya telah menemui jemaah itu di kawasan hotel Shohada Ajyad Makkah hari ini.

‎"Alhamdulillah jemaah yang hilang telah berjaya ditemukan dengan pihak agen beliau.

"Agen dia telah pun berjumpa dengan kami dan membawa jemaah ini pulang," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Awal pagi tadi, seorang jemaah yang dikenali sebagai Awang Harun dilaporkan hilang di Madinah sebelum berangkat ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah.

Berita kehilangan ini telah menjadi viral di laman sosial termasuk di Facebook dan Whatsapp.

‎"Pihak Tabung Haji Travel telah menjumpai jemaah ini di Makkah. Kebesaran kuasa ALLAH. semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

"Terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang membantu menyalurkan maklumat kepada pihak yang berkenaan," katanya.


PM perlu minta tambahan kuota jemaah haji

Posted: 15 Mar 2016 03:30 AM PDT

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berunding dengan Kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan kuota haji sehingga 50,000 setahun.

Menurut Rafizi dalam sidang media pada hari ini, penambahan kuota itu boleh memendekkan tempoh menunggu giliran jemaah haji negara ini

"Kuota rasmi jemaah haji bagi Malaysia adalah 30, 000 jemaah setahun. Malah sejak beberapa tahun lalu, kuota rasmi jemaah haji negara ini adalah sekitar 22,000 orang setahun sahaja.

"Memandangkan beliau (Najib) sangat rapat dengan Kerajaan Saudi, mungkin keluarga DiRaja Saudi boleh memberikan pertambahan kuota haji bagi rakyat negara ini," katanya menerusi sidang media di lobi Dewan Rakyat, di Parlimen, hari ini.

Menurut Rafizi lagi, sehingga Februari tahun ini, Tabung Haji sudah merekodkan sebanyak 2.023 juta pemegang akaun.

Dengan angka itu, jelas Rafizi, secara purata, seorang bakal jemaah haji perlu menunggu antara 40 hingga 70 tahun untuk menunaikan haji.

"Tempoh masa yang lama ini adalah disebabkan kerajaan gagal mendapatkan kuota tambahan daripada Kerajaan Saudi," katanya lagi.


Mahfuz akui terkejut, tak sabar tunggu pengumuman Pas

Posted: 15 Mar 2016 03:27 AM PDT

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengaku terkejut ketika ditanya mengenai blok perpaduan politik baharu yang bakal dibentuk Pas.

Menjelaskan tidak terlibat dengan perbincangan mengenai pembentukan blok tersebut, Mahfuz mendakwa hanya mengetahuinya menerusi pengumuman yang dibuat Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan baru-baru ini.

Bagaimanapun kata Mahfuz lagi, beliau akan menunggu pengumuman daripada Pas berkaitan blok politik ketiga itu.

"Saya tidak tahu apa-apa (mengenai perkara itu). Saya pun sebenarnya terkejut dengan berita itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Perubahan akan bantu Pas kekal relevan ]

"Mereka tidak ada bincang apa-apa dengan saya. Itu perbincangan melibatkan pimpinan atasan. Bagaimanapun saya tidak sabar menunggu pengumuman nanti," katanya ketika ditemui Sinar Online di sidang Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini.

Pas akan mengumumkan pembentukan blok pembangkang baharu yang melibatkan sebuah parti pelbagai kaum dan NGO pada 16 Mac ini.

Takiyuddin seperti yang dipetik sebagai berkata, blok politik ketiga itu diharapkan setanding dengan Pakatan Harapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.


Pekerja sektor 3D: Apa pelan baharu kerajaan?

Posted: 15 Mar 2016 03:23 AM PDT

Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan
G Manivannan


KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu merangka pelan pekerjaan untuk memenuhi keperluan sektor 3D ('dangerous', 'difficult' dan 'dirty') dalam negara ini susulan daripada pembatalan kemasukan 1.5 juta tenaga buruh warga asing ke negara ini.

Menurut Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan, pembatalan kemasukan tenaga buruh asing yang diumum Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah meninggalkan kelompongan dalam sektor pekerjaan bidang terbabit.

"Dulu beliau pernah katakan yang orang muda kita tidak berminat dengan sektor pekerjaan seperti itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tutup, tiada lagi 1.5 juta pekerja Bangladesh!]

"Bila kerajaan membatalkan kemasukan pekerja asing, kerajaan perlu ada pelan baharu yang boleh memenuhi kelompongan sedia ada dalam sektor seperti itu. Siapa yang akan penuhi sektor-sektor 3D?

Adakah rakyat kita sendiri?" soalnya ketika ditemui Sinar Online di lobi Dewan Rakyat, di Parlimen, hari ini.

Ahmad Zahid pada Ogos lalu berkata, kerajaan terpaksa membawa masuk pekerja asing termasuk dari Bangladesh kerana sikap rakyat Malaysia yang tidak berminat bekerja dalam sektor '3D'.

Jun lalu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor terutama perladangan, pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan.

Bagaimanapun Ahmad Zahid dalam sidang media 12 Mac lalu mengumumkan tiada lagi sebarang pengambilan pekerja asing baharu di negara ini berkuat kuasa serta merta selepas diputuskan Jemaah Menteri dalam mesyuarat kabinet minggu lepas, di Putrajaya.


Kerajaan belanja lebih setengah juta ringgit terbit buku pertahan skandal 1MDB, DAP minta penjelasan

Posted: 15 Mar 2016 03:21 AM PDT

buku 1mdb

 

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Janji kerajaan UMNO-Barisan Nasional mahu mengurangkan perbelanjaan bagi setiap jabatan hanyalah omong kosong apabila unit propaganda Jabatan Hal-Ehwal Khas (JASA) membelanjakan RM606,250 semata-mata untuk mencetak buku "1MDB: Siapa Kata Tidak Dijawab".

Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong, berkata perkara itu tidak wajar berlaku memandangkan terdapat pelbagai cara lain bagi kerajaan menyampaikan maklumat atau menjawab persoalan rakyat berhubung isu itu tanpa perlu berbelanja banyak.

"Kerajaan sebenarnya mempunyai banyak saluran percuma untuk menerangkan sesuatu isu atau menjawab soalan dari rakyat bagi pihak kerajaan dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Namun begitu, pihak JASA memilih untuk membazirkan lebih RM606,000 lebih wang rakyat untuk memberi penjelasan mengenai isu 1MDB tersebut," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas jawapan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, kepadanya di sidang Parlimen bahawa RM606,250 dibelanjakan bagi mencetak 125,000 naskhah buku "1MDB: Siapa Kata Tidak Dijawab" dalam tiga bahasa.

Baju-Merah-Patriot

Kok Seong menambah, sebuah lagi buku "Himpunan Baju Merah" mengenai perhimpunan haram kumpulan ketuanan kaum di ibu kota tahun lalu yang turut diterbitkan oleh kerajaan menelan belanja RM12,000 apabila ia dicetak 2,000 naskhah, kononnya untuk memberi penjelasan secara fakta mengenai kedua-dua isu berkenaan.

Menurutnya, membazirkan wang rakyat seperti itu bertentangan dengan hasrat kerajaan untuk berjimat-cermat ekoran krisis ekonomi yang melanda negara.

"Membelanjakan lebih RM606,000 untuk menjawab cuma satu isu 1MDB dalam bentuk propaganda memang tidak boleh diterima oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya mendesak Salleh supaya jangan mengelak dari memberi penjelasan berhubung perkara ini di Dewan Rakyat.

"Isu hutang 1MDB telah menyebabkan kerugian besar kepada negara kita. Kini, kerajaan BN pula menggunakan duit rakyat bagi menjawab isu itu. Beliau (salleh) perlu jelaskan," katanya. – Roketkini.com


Jelajah Selamatkan Malaysia bermula 23 Mac, himpunan Mansuh GST 2 April

Posted: 15 Mar 2016 12:23 AM PDT

SUFI0876

Oleh Hafiz Zainuddin & Fatih Hassan Nordin

KUALA LUMPUR:  Seluruh rakyat Malaysia dijemput hadir memeriahkan pesta demokrasi dalam beberapa siri Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia di seluruh negara mulai 23 Mac ini, dan perhimpunan aman mega Mansuh GST bertemakan 'Undur Najib, Mansuh GST' bertempat di Dataran Merdeka di sini pada 2 April ini.


Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia dan Perhimpunan Aman Mansuh GST ini menggariskan tiga tuntutan utama Pakatan Harapan:
  • Reformasi menyeluruh ke atas sistem dan institusi negara untuk memastikan kebebasan, keadilan dan keluruhan undang-undang;
  • Pembebasan segera Datuk Seri Anwar Ibrahim; dan
  • Peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia, Mohamad Sabu  berkata, siri jelajah himpunan yang pertama akan diadakan pada 23 Mac ini bermula jam 8 malam di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah, Selangor.

"Sekretariat Muafakat Selamatkan Malaysia telah pun memanjangkan jemputan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Afdal untuk turut serta dalam himpunan muafakat pada 23 Mac dan sedang menunggu maklumbalas mereka.

"Himpunan kedua pula akan dianjurkan di Gelang Patah, Johor pada 16 April 2016 dan seterusnya ke Kedah pada 7 Mei 2016," umum beliau dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Mohamad yang juga Presiden Amanah berkata, bagi perhimpunan aman Mansuh GST yang akan diadakan di Dataran Merdeka, pihak penganjur memperkenalkan logo, kemeja-T dan iklan media sosial sebagai promosi menjelang himpunan tersebut.

"Pelbagai acara untuk menghebahkan demonstrasi ini telah disusun oleh sayap-sayap pemuda Pakatan Harapan dan NGO selain dari siri-siri ceramah," ujar beliau.

Beliau menambah, satu ceramah besar juga akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pada 31 Mac yang melibatkan semua pimpinan Pakatan.

"Saya yakin, pengisian-pengisian sebegini akan membina gelombang rakyat yang meningkatkan tekanan kepada Perdana Menteri Najib Razak meletak jawatan," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa semua himpunan yang dirancang adalah terbuka untuk semua rakyat Malaysia, dan tidak sama dengan satu acara tertutup yang dianjurkan oleh Datuk Zaid Ibrahim pada 27 Mac depan kerana majlis tersebut hanya terhad kepada kepada jemputan.

Turut hadir dalam sidang akhbar di Parlimen itu adalah Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke; Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah; dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli. – Roketkini.com


Kerajaan akan tubuh jawatankuasa kebangsaan pantau TPPA - Mustapa

Posted: 15 Mar 2016 12:16 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa kebangsaan untuk memantau, memudahkan dan mengawal keseluruhan pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
 
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, jawatankuasa berkenaan akan terdiri daripada para wakil daripada kementerian-kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat dengan TPPA.
 
"Kami akan memaklumkan kepada rakan-rakan Kabinet sebelum jawatankuasa kebangsaan itu ditubuhkan memandangkan kita perlu kerjasama semua kementerian, " katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada Simposium Pelaburan  Jepun-Malaysia di sini, Selasa. 
 
Mustapa berkata cadangan untuk menubuhkan jawatankuasa itu telah dibincangkan dengan Pengerusi Kaukus Parlimen mengenai TPPA semalam.-- Bernama
 
 

Wartawan luar negara perlu patuhi etika kewartawanan Malaysia - Nur Jazlan

Posted: 15 Mar 2016 12:14 AM PDT

 Oleh Nur Atiqah Samad

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Wartawan luar negara perlu memahami dan mengikut undang-undang yang ditetapkan kerajaan Malaysia bersabit peraturan dan etika kewartawanan semasa menjalankan tugas.
 
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menegaskan, tindakan dua wartawan Australia berkenaan melanggar Akta Imigresen, yang menetapkan mereka perlu mendapatkan permit kerja sebagai wartawan di Sabah dan Sarawak.  
 
"Wartawan luar negara kena faham undang-undang Malaysia, ada perbezaan antara undang-undang Persekutuan dengan undang-undang di Sabah dan Sarawak. 
 
"Di mana mereka tak boleh sesuka hati dan membuat andaian dalam melakukan kerja mereka tanpa mengetahui peraturan yang ditetapkan kerajaan untuk Sabah dan Sarawak terutama sekali berkaitan imigresen.
 
"Pihak keselamatan tak tahu dua wartawan ini yang tiba-tiba masuk dan tanya soalan dan mereka tak ada permit kerja sebagai wartawan di Sarawak," katanya kepada media ketika ditemui di Lobi Parlimen.
 
Wartawan Australia Broadcasting orporation (ABC) Linton Besser dan jurukamera Loiue Eroglu dihantar pulang pagi tadi selepas cuba menghalang tugas penjawat awam Sabtu lalu.
 
Menurut Jazlan lagi dua wartawan itu didapati melanggar Akta Imigresen dan tidak dikenakan dakwaan lain.
 
"Kita dah hantar dua wartawan itu balik pagi tadi. Mereka didapati melanggar Akta Imigresen.
 
"Akta Imigresen secara jelas menyatakan boleh melarang kemasukan atau mengusir sesiapa yang melanggar peraturan itu," jelas beliau.  
 
Malah ujarnya, kedua mereka boleh datang semula ke Sarawak sebagai pelancong namun sekiranya ingin memasuki negeri itu sebagai wartawan, mereka perlu memohon permit pekerja daripada kerajaan negeri.   
 
Dua wartawan itu pada Sabtu lalu ditahan polis selepas melepasi halangan keselamatan ketika cuba bertanyakan soalan kepada Najib yang ketika itu dalam lawatan rasmi ke Kampung Haji Baki di Kuching.
 
Kedua mereka ditahan tengah malam sabtu dan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
 
Tambah Jazlan lagi, tangkapan ini tidak menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Australia.
 
 

Pertandingan satu lawan satu PRN Sarawak boleh dicapai - Azmin

Posted: 15 Mar 2016 12:13 AM PDT

 Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz & Shuhaniza Said

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Selagi parti-parti pembangkang terima hakikat bahawa hanya akan ada pertandingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), maka selagi itulah wujud ruang perbincangan malah ia akan berterusan hingga ke hari penamaan calon, tegas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
 
"Masih ada ruang perbincangan, biasanya kerusi ini kita bincang sampailah sebelum penamaan calon.
 
"Saya rasa yang penting ialah kalau semua parti perlu menerima hakikat bahawa (hanya pertandingan) satu lawan satu, maknanya kita ada peluang untuk perbincangan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.
 
Beliau dalam pada itu menasihatkan rakan-rakan di dalam blok pembangkang supaya tidak berebut kerusi bagi memastikan hasrat untuk pertandingan satu lawan satu di setiap semua kerusi DUN Sarawak, tercapai.
 
"Ya itu sebaik-baiknya, sebab kita mahu lakukan perubahan dan perubahan ini mesti dibuat secara kolektif yang tidak boleh bersendirian dan ini hanya boleh dilakukan kalau Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan boleh meletakkan hanya seorang calon melawan BN," katanya.
 
Semalam, PAS mengesahkan akan meletakkan calon di 11 kerusi DUN pada PRN Sarawak ke-11, akan datang.
 
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu bertanding untuk menyuburkan amalan demokrasi di Sarawak dengan memberi pilihan kepada rakyat negeri itu calon yang diyakini boleh mewakili mereka ke DUN.
 
11 kerusi DUN tersebut ialah Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.
 
Sebelum itu, DAP Sarawak mengejutkan sekutu politiknya PKR, apabila membayangkan mahu menuntut 30-45 kerusi DUN negeri itu pada PRN akan datang.
 
Pengerusinya, Chong Chieng Jen dilaporkan mendakwa PKR tidak mempunyai sokongan dan tidak menyumbang apa-apa kepada rakyat negeri itu seperti apa yang dibuat DAP, iaitu menyediakan prasarana dan banyak lagi.
 
Hasrat Chieng Jen itu bagaimanapun dibidas Naib Presiden PKR, Xavier Jayakumar.
 
Beliau yang juga ADUN Andalas (Selangor) bertegas parti itu sudah memperuntukkan banyak wang, masa dan tenaga untuk mempersiapkan diri menghadapi PRN.
 
Malah calon daripada partinya sudah memulakan kempen sejak dua tahun lalu, ujar Xavier.
 
Beliau juga menasihatkan DAP Sarawak agar tidak sombong dan menghormati hak PKR.
 
 

Program 'rehiring' PATI dipendekkan kepada 30 Jun

Posted: 15 Mar 2016 12:08 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Tempoh Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Program Rehiring yang dijadualkan berakhir pada 30 Disember dipendekkan kepada 30 Jun ini, demikian menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).
 
Program Rehiring dilaksanakan secara dalam talian bermula pada 15 Februari 2016 bagi PATI dari 15 negara sumber sedia ada.
 
KDN dalam satu kenyataan semalam berkata sehingga 10 Mac, sejumlah 15,822 orang PATI telah didaftarkan di bawah Program Rehiring, meliputi 9,738 orang PATI warganegara Indonesia, 3,808 (Bangladesh), 425 (Myanmar) dan 1,851 orang PATI warganegara lain.
 
KDN berkata prestasi Program Rehiring masih tidak memuaskan walaupun hampir sebulan ia dilaksanakan beserta operasi penguatkuasaan besar-besaran yang giat dijalankan oleh Jabatan Imigresen ekoran masih terdapat ramai majikan yang didapati menggaji PATI.
 
"Oleh yang demikian, kerajaan ingin menyeru agar para majikan menggunakan peluang yang ada untuk menyertai Program Rehiring bagi membolehkan PATI dikeluarkan permit kerja yang sah," katanya.
 
KDN berkata kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan perundangan terhadap mana-mana majikan yang menggaji PATI selaras dengan kesalahan di bawah Seksyen 55(B) Akta Imigresen 1959/63, yang membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap pekerja yang diambil.
 
Pada masa yang sama, mana-mana majikan yang mengambil pekerja lebih daripada lima orang boleh dikenakan penjara tidak kurang enam bulan tetapi tidak lebih lima tahun dan boleh dikenakan tidak lebih enam sebatan.
 
KDN berkata permohonan Program Rehiring oleh majikan dan PATI hanya boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rehiring.imi.gov.my dan syarat-syarat terperinci program juga boleh dimuat turun di laman web yang sama.
 
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program Rehiring boleh dirujuk kepada Pusat Panggilan Program Rehiring mengikut warganegara iaitu Indonesia di 03-149 4788 atau enquiry@imantki.com, Myanmar (07-333 4797/07-333 6797) atau enquiry@homme-osc.com, lain-lain warganegara (03-7801 8888) atau rehiring@myeg.com.my
 
Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program Rehiring juga boleh menghubungi Bilik Gerakan Jabatan Imigresen Malaysia di talian 03-8880 1555 atau 03-8880 1557 pada setiap hari bermula pukul 8.30 pagi hingga 11 malam. 


Pendeposit keluarkan deposit haji mungkin terpaksa tunggu 70 tahun tunai haji

Posted: 15 Mar 2016 12:06 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pendeposit Tabung Haji (TH) yang mengeluarkan deposit daftar haji bersama wang simpanan mereka, akan hilang giliran menunaikan haji sehingga 70 tahun, sidang Dewan Rakyat diberitahu semalam.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pendeposit yang mengeluarkan simpanan mereka akibat percaya dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap TH baru-baru ini, akan secara automatik keluar daripada giliran menunaikan haji, jika mereka turut mengeluarkan deposit daftar haji.
 
Pendeposit perlu meletakkan deposit RM1,300 daripada wang simpanan untuk pendaftaran haji dan diberikan tarikh peruntukan haji mengikut giliran.
 
Mereka juga terjejas akan ruang mendapat dividen dan bonus jika mengeluarkan semua wang simpanan mereka, katanya.
 
"Bila mereka keluarkan deposit, dia keluarkan dirinya daripada giliran menunaikan haji... bila mereka tarik diri dan kemudian daftar semula, dia terpaksa menunggu pula mungkin lebih daripada 70 tahun," katanya menjawab soalan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin). 
 
"Ada 8.8 juta pendeposit yang hendak menunaikan haji dan menyimpan dengan TH kerana mereka lebih selesa akan dividen simpanan yang tinggi serta sistem yang mematuhi syariah," katan Ahmad.
 
Beliau membangkitkan kesan yang diterima TH susulan surat yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) kepada organisasi itu, yang diputar-belit sesetengah pihak.
 
Jamil Khir berkata penyebaran surat dari BNM melalui media telah menyebabkan TH dilemparkan dengan tuduhan-tuduhan rambang, analisis 'separuh masak' dan andaian negatif pelbagai pihak sehingga pendeposit TH menjadi mangsa.
 
"Situasi ini juga menyebabkan imej dan reputasi TH sebagai pengurus haji dan dana Islam yang cemerlang di Malaysia telah tercemar akibat daripada tuduhan-tuduhan tidak berasas ini," katanya.
 
Terdahulu menjawab soalan asal Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Jamil Khir menegaskan bahawa melalui surat maklum balas BNM bertarikh 26 Januari lepas, bank pusat itu berpuas hati bahawa TH secara proaktif melalui inisiatifnya telah mengambil langkah sewajarnya untuk memperkukuhkan pengurusan risiko dan kedudukan kewangan TH.
 
Katanya kenyataan BNM bahawa nilai aset TH hanya cukup untuk membayar 98 sen bagi setiap ringgit nilai liabiliti pula hanya merujuk kepada sebahagian aset TH iaitu Aset Yang Tersedia Jual.
 
"Namun begitu TH masih mempunyai aset-aset tidak dinilaisamakan melalui aset dalam anak syarikat, syarikat bersekutu, syarikat kerjasama dan aset-aset hartanah dengan nilai keseluruhan aset-aset TH yang dinilaisamakan adalah positif dan melebihi liabiliti TH pada Disember 2015," kata Jamil Khir.
 
Beliau berkata nilai portfolio aset boleh direalisasi TH pada 31 Disember 2015 adalah sebanyak RM60 bilion, melebihi liabiliti dan dana pendeposit iaitu sebanyak RM59.3 bilion.
 
Katanya kedudukan kewangan TH bagi tahun 2015 adalah kukuh walaupun mendapat teguran BNM dan tertinggi sejak ditubuhkan dan pembayaran bonus bagi tahun 2015 lebih tinggi dariapda tahun-tahun antara 1994 hingga 1999.
 
"Purata pembayaran bonus antara tahun 1994 hingga 1999 adalah di bawah RM550 juta, manakala pembayaran bonus untuk 2015 berjumlah RM3.2 bilion," katanya.
 
 

Dua wartawan Australia tidak didakwa, akan dihantar pulang segera

Posted: 15 Mar 2016 12:03 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
KUCHING: Dua wartawan Australia yang ditahan ekoran cuba mendekati Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak secara agresif, tidak akan didakwa dan akan dihantar pulang ke negara asal dengan segera. 
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar M.M Sree Shunmugam dalam satu kenyataan berkata, kertas siasatan ke atas Eroglu Levent dan Linton Joshua Besser, telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 14 Mac yang memutuskan tiada sebarang pertuduhan dibuat.
 
"Kertas siasatan polis telah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 14 Mac (Isnin). Keesokan harinya polis menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya bahawa tiada pertuduhan akan difailkan terhadap kedua-duanya," menurut kenyataan beliau. 
 
Tambahnya, kedua wartawan dari Australian Broadcasting Corporation itu akan dihantar pulang ke negara asal seperti yang tertakluk dalam Seksyen 18 (3) (h), Akta Imigresen 1959/63.
 
Dua wartawan itu pada Sabtu lalu ditahan polis selepas melepasi halangan keselamatan ketika cuba bertanyakan soalan kepada Najib yang ketika itu dalam lawatan rasmi ke Kampung Haji Baki di Kuching.
 
Kedua mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
 
 

Rakyat Sarawak perlu beri peluang kepada PAS, kata Iskandar

Posted: 15 Mar 2016 12:02 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: PAS meminta rakyat Sarawak memberi peluang kepada parti itu dengan memilih wakil rakyatnya dalam Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN11) akan datang.
 
Naib Presidennya, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, kesediaan PAS untuk bertanding 11 kerusi DUN pada PRN kali ini sekaligus menafikan tuduhan bahawa parti itu hanya memperjuangkan nasib masyarakat Melayu Islam.   
 
"Walaupun sebelum memenangi pilihan raya, PAS Sarawak telah menjalankan usaha-usaha untuk membantu rakyat di bawah program-program seperti projek-projek kemudahan awam dan ekonomi untuk rakyat.
 
"Di atas kesungguhan ini, rakyat Sarawak wajar memberi peluang kepada PAS untuk mewakili mereka pada pilihan raya negeri kali ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Iskandar malah menambah, wakil rakyat parti itu di negeri lain juga berkhidmat tanpa mengira latar belakang sesuatu kaum dengan memperjuangkan isu-isu yang disuarakan rata-rata masyarakat berbilang kaum. 
 
"Wakil-wakil rakyat PAS cukup prihatin kepada isu-isu masyarakat bukan Islam seperti bahasa ibunda, pendidikan, perumahan, tanah, kebajikan dan tempat ibadat.
 
"Oleh yang demikian tuduhan bahawa PAS hanya memperjuangkan nasib masyarakat Islam adalah tidak benar," ujarnya. 
 
ADUN Chempaka itu turut menjelaskan bahawa hasrat PAS untuk bertanding pada PRN bukanlah untuk membentuk kerajaan, namun bagi membawa suara rakyat negeri berkenaan. 
 
"PAS serius di dalam  usaha untuk menjadi 'check and balance' (semak dan imbang) di Sarawak.
 
"PAS akan bersama-sama memperjuangkan kepentingan-kepentingan anak negeri agar Sarawak dapat mencapai kemajuan setaraf dengan negeri-negeri termaju di Malaysia," katanya.
 
Iskandar sebelum ini menyangkal dakwaan bahawa parti itu hanya boleh bertanding di kawasan majoriti Melayu sahaja.
 
Tegasnya, PRN akan datang adalah peluang bagi PAS itu membuktikan bahawa ianya bukan hanya parti orang Islam.
 
Sebelas kerusi DUN yang akan ditandingi PAS pada PRN nanti ialah Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Lambir, Pujut dan kerusi baharu, Samalaju.
 
Majlis Syura PAS akan bermesyuarat pada 20 Mac ini untuk menentukan senarai akhir calon yang akan bertanding pada PRN itu. 


"Jika Najib menang pungutan suara, saya henti kempen," kata Mahathir

Posted: 14 Mar 2016 11:59 PM PDT

Tun Mahathir MohamadTun Mahathir MohamadKerajaan dicadangkan agar mengadakan satu pungutan suara untuk mengukur sokongan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  atau menyokong pendirian Tun Mahathir Mohamad  yang  mendesak Najib  melepaskan jawatan.

Mahathir dalam entri terbarunya petang ini berkata, pungutan suara (referendum) itu juga penting bagi menentukan sama ada tindakan beliau mendedahkan skandal kewangan perdana menteri mendapat sokongan rakyat.

"Hanya satu soalan yang mudah sudah memadai: Najib (betul), Mahathir (salah) atau sebaliknya bergantung kepada siapa yang anda sokong. Rakyat Malaysia sudah biasa dengan mengundi.

"Referendum ini perlu dijalankan oleh sebuah syarikat asing yang boleh dipercayai diselia oleh wakil-wakil daripada kedua-dua pihak berkenaan.

"Saya memberi jaminan bahawa jika Najib menang dalam referendum itu, saya akan berhenti desak beliau meletakkan jawatan.

"Saya tidak akan berkata apa-apa lagi mengenai 1MDB, 2.6 bilion ringgit dan rumah-rumah besar di UK, Amerika Syarikat dan Hollywood atau "Wolf of Wall Street" filem lucah. Najib boleh terus menjadi PM Malaysia untuk hidup," ujarnya di dalam blognya hari ini.

Kata Mahathir lagi, tetapi sekiranya beliau mendapati banyak undian pungutan suara itu memihak kepda dirinya, ini bermakna rakyat menerima apa yang beliau tekankan iaitu mengenai salah laku membabitkan kewangan Najib.

"Jadi beliau perlu meletak jawatan. Dengan cara ini kita boleh menyelesaikan persoalan popular apa yang rakyat fikirkan mengenai skandal kewangan beliau," ujarnya.

Beliau  juga menyebut terdapat dikalangan penyokong Najib yang mahu beliau meletakkan jawatan di Proton dan Yayasan Kepimpinan Perdana.

"Kedua-duanya bukan milik kerajaan, dan menjadi halangan kepada kerajaan untuk mengenakan tindakan, tetapi perkara jahat boleh dilakukan seperti mengancam atau mengugut untuk memufliskan Proton atau menganggu orang-orang yang membangunkan yayasan perdana supaya saya akan dibuang," ujarnya.

Tun Mahathir mengumumkan beliau keluar daripada Umno untuk kali kedua pada 29 Febuari lalu. Setelah itu pada 4 Mac beliau mengetuai Deklarasi Rakyat  bersama 57 lagi individu yang didokongi di kalangan pemimpin pakatan pembangkang, NGO dan ahli  Umno yang mendesak agar  Najib melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum ke-14.

Tiada ulasan: