Khamis, 10 Mac 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


GUANE NI TUAN GURU, PECAT DR HASAN ALI BOLEH PULAKK?

Posted: 10 Mar 2016 06:13 AM PST

 shahbudindotcom

 



Berkata-katalah Presiden Pas, Hadi Awang yang sekarang sudah pandai memakai baju berwarna merah jambu, bukan lagi hijau seperti zaman dulu-dulu bahawa Islam tidak menggalakkan memecat pemimpin, sebaliknya hanya perlu membetulkan mereka.

"Budaya pecat pemimpin tidak digalak dalam Islam. Islam tak galak pecat pemimpin, perbetul boleh.

"Kita kena sabar memperbetulkan pemimpin," katanya ketika berucap di Parlimen.

Ehh...ehh...cantiknya kenyataan ini dan jika ada markah yang patut diberikan, sudah tentu boleh diberi lima bintang tanda "cemerlangnya" Hadi kebelakangan ini.

Dalam masa yang sama, sudah tentu yang paling gembira mendengar kenyataan Hadi itu ialah Najib Razak sendiri.

 Makna kenyataan itu sangat jelas bahawa Pas tidak akan setuju dengan sebarang usaha untuk menyingkirkan Najib, malah akan terus bersabar dengan segala macam karenah dan onar dalam kepimpinan Perdana Menteri yang bukan lagi rahsia kepada seluruh dunia.

Tetapi, ingin juga ditanya kepada Hadi Awang, tidakkah beliau lupa bahawa Najib jugalah yang mengetuai gerakan "memecat" Menteri Besar Perak dari Pas, Nizar Jamaluddin pada tahun 2009 dahulu?

Jika benar Islam tidak menggalakkan pemecatan pemimpin, bagaimana sekarang beliau boleh berkawan rapat dengan "ketua gerakan pecat-memecat" itu?

Lebih dari itu, dalam UMNO sendiri Najib juga sudah melakukan banyak pemecatan dan penyingkiran bagi tujuan mengekalkan kuasanya.

Tidakkah Hadi terasa "geli" ketika berbaik-baik, duduk-duduk  berdekatan atau semasa ketawa-ketawa bersama Najib?

Selain itu, kiranya benar Pas mengamalkan pendekatan membetulkan pemimpin atau dalam kata lain hanya memberi teguran, ingin juga ditanya, sudah berapa kali beliau cuba "memperbetulkan" Najib berhubung isu 1MDB dan wang berbilion-bilion yang diakui Perdana Menteri sendiri masuk ke akaun peribadinya?

Atau apa yang berlaku Najib yang sekarang sudah bergelar "bilionwan" itu yang sebenarnya sudah berjaya "memperbetulkan" Hadi Awang untuk condong kepadanya?



Satu perkara lagi sebelum terlupa dan kiranya Hadi Awang tidak lagi mengingatinya, bagaimana dengan Pas sendiri yang pernah memecat Dr Hasan Ali sebelum ini?

Kenapa dipecat? Kenapa tidak sekadar ditegur atau bersabar saja dengan karenah-karenah yang ditimbulkan oleh Dr Hasan Ali?

Guane ni Tuan Guru? 


SEORANG LAGI MENTERI "SAKIT" DALAM KABINET NAJIB

Posted: 10 Mar 2016 06:06 AM PST

shahbudindotcom

 

 
 
Apabila Hasan Malek digugurkan daripada kabinet dalam rombakan yang dilakukan Najib Razak pada 28 Julai tahun lalu, antara harapan ramai tentunya ialah mahukan menteri yang menggantinya itu lebih baik atau sekurang-kurangnya tidaklah kerap mengeluarkan kenyataan-kenyataan tidak masuk akal yang menyakitkan hati rakyat.

Ini kerana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan adalah yang paling dekat dengan pengguna atau rakyat, khususnya berkaitan turun naik harga barangan keperluan harian mereka.

Untuk itu, kalau pun menterinya gagal memainkan peranan dalam memuaskan hati pengguna atau memastikan harga barangan terus stabil, setidak-tidaklah janganlah memberi jawapan tidak masuk akal untuk menutup kelemahan sendiri.

Tetapi, nampaknya Hamzah Zainuddin yang dilantik menggantikan Hasan Malek bagi menerajui kementerian itu hampir sama dan lebih kurang saja "sakitnya".

Dalam kenyataan terbarunya, Hamzah berkata, hanya peniaga yang tidak percaya kepada Tuhan saja akan menaikkan harga barangan.

"Jika anda bertanya saya, Tuhan tidak pernah memberitahu sesiapa untuk menaikkan atau menurunkan harga barangan. Tetapi hanya mereka yang tidak percaya kepada Tuhan akan menaiklan harga jualan," ujarnya lagi.

Masya Allah...di mana menteri ini belajar agama. Kepada Hadi Awang pula, tolonglah beri nasihat, teguran dan panduan mengenai konsep Ketuhanan kepada menteri berkenaan ini.

Apa kaitannya kenaikan harga barang dengan percaya atau tidak percaya kepada Tuhan? 

Apakah peniaga tidak boleh menaikkan harga barang jika bekalan yang diperolehi sudah meningkat harganya semata-mata kerana ingin mempertahankan konsep percaya kepada Tuhan?

Kalau rugi dalam perniagaan yang disebabkan "kebodohan" sendiri iaitu tidak mahu menaikkan harga walaupun bekalan yang diterima sudah pun naik, apakah Tuhan akan menampung kerugian itu?

Jika begitu, apakah peniaga di kota Mekah dan Madinah tidak pernah sama sekali menaikkan harga barangan mereka?

Kalau mereka menaikkan harga yang disebabkan bekalan juga sudah meningkat, adakah mereka itu dianggap tidak percaya kepada Tuhan?

Bagaimana pula dengan tindakan kerajaan menaikkan cukai, memperkenalkan GST dan memotong subsidi subsidi yang secara langsung menyebabkan harga barang meningkat naik?

Apakah ini bermakna kerajaan dan menteri-menterinya terdiri daripada golongan yang tidak percaya kepada Tuhan?

Susah betul jika ada menteri "sakit" seperti ini. Lebih parah, yang dulu "sakit", yang mengganti juga "sakit". 

Apakah kerajaan dan yang melantik menteri-menteri juga sebenarnya "sakit" sama? 
 
 
 

Pandikar tidak konsisten halang ahli parlimen tanya skandal 1MDB, RM2.6 bilion

Posted: 10 Mar 2016 05:57 AM PST

MALAYSIA DATELINE Lim Kit SiangLim Kit Siang

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia,tidak konsisten apabila enggan membenarkan ahli-ahli Parlimen bertanya tentang skandal RM2.6 bilion dan 1MDB yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak.

Sedangkan dalam sesi yang lalu, beliau tidak menghalang mana-mana ahli Parlimen untuk membangkitkan isu berhubung skandal berkenaan.

Keadaan ganjil itu menyebabkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, mempersoalkan sikap tidak konsisten Speaker Dewan, walaupun pihak parti pemerintah telah berjanji untuk bersikap terbuka dan adil.

Menurut Kit Siang, pada November tahun lalu, semua ahli Parlimen dan rakyat dijanjikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, bahawa kerajaan akan menjawab sebarang soalan berhubung skandal-skandal tersebut pada hari terakhir mesyuarat bajet pada 3 Disember.

Sejak mesyuarat Bajet bermula pada Oktober, tambah beliau, Azalina dilihat cuba mengelak dari menjawab soalan mengenai dua skandal mega melibatkan RM55 bilion 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

Katanya, pada 3 Disember, wujud dua kali tindakan untuk melarikan diri dari menjawab soalan berhubung dua skandal mega itu.

"Pertamanya, Najib tidak ada dalam dewan untuk berikan jawapan kepada ahli-ahli Parlimen dan rakyat.

"Keduanya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi pula mengambil masa tiga minit dan mengarut untuk menjelaskan bahawa beliau tidak boleh memberikan sebarang jawapan, yang mana pada waktu itu seluruh negara sedang menantikan jawapan sebenar yang dijanjikan oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini," ujar beliau dalam satu kenyataan.

Dalam sesi Parlimen terbaru ini, Kit Siang berkata, Speaker Dewan Rakyat pula tidak membenarkan soalan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan berhubung skandal derma RM2.6 bilion Najib itu.

"Speaker perlu memuaskan hati ahli-ahli Parlimen dan orang awam, rakyat Malaysia kerana tindakan pilih kasih ini sangat tidak boleh diterima seolah-olah berada di barisan hadapan menyekat segala persoalan berhubung dua skandal mega Najib itu," katanya lagi

Program DLP: Murid Melayu di SK jadi mangsa kezaliman

Posted: 10 Mar 2016 05:47 AM PST

 ARIF ATAN


Datuk Dr Zainal Abidin BorhanDatuk Dr Zainal Abidin BorhanPelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) yang majoritinya terdiri daripada anak-anak Melayu dibimbangi menjadi mangsa kezaliman Program Dwi Bahasa (DLP), kata Ketua II Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena), Datuk Zainal Abidin Borhan.

Beliau menyifatkan dasar menggunakan bahasa Inggeris dalam subjek berasaskan sains, matematik dan teknologi yang hanya dikuatkuasakan di SK itu sebagai satu bentuk kezaliman kebudayaan.

"Mengapa DLP hanya kena pada SK saja? SJK (Sekolah Jenis Kebangsaan) Cina dan Tamil diizinkan mengajar dalam bahasa mereka masing-masing.

"Ini kezaliman kepada anak-anak Melayu untuk belajar sains, matematik dan subjek berteraskan teknologi dalam bahasa Melayu," tegasnya pada sidang media bantah DLP di ibu pejabat Abim di Gombak hari ini.

Menurut bekas pensyarah Universiti Malaya (UM) itu, berlaku penafian keadilan terhadap sejumlah besar murid Melayu yang menuntut di SK kerana dihalang belajar dalam bahasa ibundanya.

"Murid-murid Melayu jadi mangsa kezaliman Kementerian Pendidikan. Ramai murid Melayu yang gagal. Kita boleh lihat selepas keputusan PT3 tahun lalu. Difahamkan kelayakan bagi kemasukan murid ke sekolah berasrama penuh terpaksa diturunkan ," ujarnya lagi.

Pesta rakyat

Dr Zainal Abidin Borhan dan AJK bertindak menuntut Pemansuhan DLPDr Zainal Abidin Borhan dan AJK bertindak menuntut Pemansuhan DLPMengulas himpunan membantah DLP yang dilihat sebagai langkah mahu menghidupkan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), beliau menganggap demonstrasi pada 26 Mac itu sebagai satu pesta rakyat.

"Sasterawan dan Seniman akan terlibat. Semua lapisan rakyat merentas parti politik dijemput hadir. Isu DLP ialah isu bahasa yang merupakan hal paling penting buat semua orang," tegasnya.

Terdahulu, Pengerusi Gerakan Mansuh PPSMI (GMP), Prof Emeritus Dr Shaharir Mohamad Zain berkata, himpunan menuntut kerajaan memansuhkan DLP tersebut dijadual akan berkumpul di kompleks beli-belah Sogo sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

"Oleh sebab harapan kita sebelum ini untuk berunding dengan pihak berkuasa termasuk bertemu dengan Menteri Pendidikan tidak berjaya, rancangan kita untuk membuat himpunan bantahan diteruskan 26 Mac ini," jelasnya lagi.

Untuk rekod, sebanyak 300 sekolah rendah dan menengah dari seluruh negara terlibat bagi peringkat pertama permulaan program rintis DLP bermula awal tahun ini.

Langkah Kajang pemula rosaknya Pakatan Rakyat, kata Idris

Posted: 10 Mar 2016 05:42 AM PST

MALAYSIA DATELINE


Naib Presiden Pas Ustaz Idris AhmadNaib Presiden Pas Ustaz Idris Ahmad
Langkah Kajang (Kajang Move) merupakan sejarah pemula rosaknya Pakatan Rakyat yang tidak boleh dilupakan, kata Naib Presiden Pas, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau melontarkan ingatan agar pihak Pakatan Harapan tidak menganggu pegangan Pas atas pandangan tersendirinya sebagaimana Pas tidak mengganggu pihak yang melaksanakan 'Kajang Move' walaupun akhirnya gagal.

Jelas Idris, Pas ada organisasi, pimpinan dan rujukan sendiri dan sepertimana Pas menghormati pandangan pihak lain, maka begitu juga mereka perlu menghormati pendirian dan sikap Pas.

Saya minta agar tolong hormati perlembagaan Pas, Pas sudah 65 tahun dan PAS bukan budak-budak lagi. Pas kaya pengalaman, Pas pernah duduk di takhta Kerajaan Persekutuan bersama-sama Kerajaan Campuran dan BN.

Pas pernah ditendang daripada BN, Pas pernah menguasai Kelantan 18 tahun, kalah 12 tahun, hanya tinggal batu nisan, bahkan Pas di Terengganu sekitar tahun 1978 kosong kerusi kemudian kita menang 5 kerusi.

"Akhir 1999 kita menang dan 2004 kita kalah, manakala di Kedah  Pas pernah tinggal satu kerusi Bukit Raya," ujarnya sebagaimana dipetik dari portal rasmi parti itu.

Tegasnya, jangan cuba tafsirkan tindakan dan menuduh Pas bersekongkol dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Idris berkata, politik adalah berkaitan dengan ijitihad iaitu berkemungkinan pandangan kita betul dan pandangan mereka salah.

Oleh itu, beliau mengharapkan agar saling menghormati pandangan satu sama lain.

Ahmad Zahid boleh jadi wira rakyat Malaysia jika berani

Posted: 10 Mar 2016 05:38 AM PST

MALAYSIA DATELINE


Bolehkah Ahmad Zahid (kanan) singkirkan Najib sebelum Muhyiddin lakukan.Bolehkah Ahmad Zahid (kanan) singkirkan Najib sebelum Muhyiddin lakukan.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan sebagai seorang wira penyelamat kepada rakyat Malaysia sekiranya beliau tahu mengambil peluang di atas krisis kepimpinan membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Dalam satu pandangan yang dipetik penulis blog Toffee Rozario menyebut, seandainya Perdana Menteri ditahan, disiasat dan didakwa di bawah undang-undang terhadap integritinya sebagai Perdana Menteri, maka Ahmad Zahid satu-satunya individu yang boleh menyandang jawatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun keseluruhan proses perlu telus dan setiap rakyat Malaysia perlu diberi peluang untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku, dengan cara itu Ahmad Zahid akan dilihat sebagai `wira' penyelamat negara.

Dalam proses itu Ahmad Zahid juga boleh menghentikan usaha pihak tertentu seperti usaha Tun Mahathir yang bekerjasama dengan pembangkang untuk mendesak Najib melepaskan jawatannya.

Ahmad Zahid hanya perlu bergandingan dengan menteri yang berwibawa, dikalangan ahli akademi dan profesional yang berpengalaman, berimej bersih dan berintegriti untuk menyokongnya.

Ia bukan satu tugas yang mudah untuk Ahmad Zahid tetapi situasi ini tidak akan menjadi terlalu sukar memandangkan kedudukan beliau sebagai Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri, beliau sudahpun mempunyai kuasa mutlak untuk mendapat sokongan Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah Imigresen.

Ahmad Zahid juga mempunyai kuasa untuk melihat perjalanan Angkatan Tentera yang diketuai Datuk Seri Hishamuddin Hussein Menteri Pertahanan (sepupu Najib) untuk mengimbangi bidang kuasa agensi kerajaan itu.

Dalam situasi ini ia tidak boleh disalah anggap sebagai satu rampasan kuasa yang tidak mengikut perlembagaan dan perundangan negara.

Ahmad Zahid tidak perlu bimbang tentang Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana dengan peralihan itu kedua-duanya dilihat mampu memimpin dan rakyat seluruh negara akan menyokongnya dari awal kecuali mungkin segelintir dari Pekan (Parlimen Pekan kawasan Najib).

Lagipun Ahmad Zahid mendapat sokongan terbesar dalam Umno dan telah diuji melalui pemilihan Umno, berbanding Najib pula tidak berdiri di atas kekuatan sendiri dalam mana-mana pilihan raya sejak hari beliau menyertai Umno lebih 40 tahun lalu, ia disokong Tun Mahathir dan dinaungi Anwar Ibrahim bahkan Najib sendiri kini  dilihat tidak mempunyai sokongan akar umbi.

Apabila Ahmad Zahid bergerak dari dalam untuk pengambilalihan kuasa, ia akan lebih mudah untuk membersihkan Umno dan menghapuskan politik wang, ramai orang Melayu yang telah keluar Umno  yang  menyertai dan menyokong PKR dan Pas akan kembali kepada Umno dapat dikenalpasti di kalangan yang bersih.

Satu perkara yang Ahmad Zahid boleh pasti adalah beliau akan memenangi undi majoriti daripada keyakinan Barisan Nasional jika beliau serius mengambilalih jawatan Najib dan konco-konconya.

Atau sebaliknya Ahmad Zahid boleh memilih untuk kekal setia kepada Najib dan dengan berbuat demikian dia meletakkan tali gantung di lehernya sendiri.

Kuasa ditangan rakyat bukan di pejabat Perdana Menteri atau Menteri dan Presiden yang telah menggunakan kuasanya secara salah. Kita perlu belajar daripada pemimpin negara lain seperti Muamar Ghadafi dan Saddam Hussein adalah contoh terbaik. Justeru bertindaklah sebelum terlambat.

Ini adalah waktunya apabila Malaysia memerlukan seorang wira sebenar dan satu-satunya orang yang mempunyai peluang adalah Ahmad Zahid Hamidi.

Jika Ahmad Zahid sedar peluang ini, hendaklah ia mengambil maklum  orang-orang seperti penyokong Muhyiddin di kalangan ketua-ketua cawangan untuk mendesak Najib letak jawatan dan kemungkinan Muhyiddin  akan berada di tangga teratas untuk muncul sebagai Perdana Menteri.

Apa yang berlaku pada masa ini ramai pemimpin Umno bersikap mendiamkan diri di setiap peringkat termasuk pergerakan wanita dan pemudanya.

Kita tidak mendengar banyak suara daripada Ketua Pergerakan Pemuda Khairy Jamaluddin dan juga Ketua Pergerakan Wanita Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil kecuali suara yang mendatar.

Shahrizat cuba untuk meyakinkan dia masih setia dengan Najib sedangkan Mahathir lah yang membawanya dalam arena politik. Shahrizat ibarat seperti lalang.

Khairy pula adalah seorang oportunis yang sedang menunggu peluang untuk melihat keupayaannya.

Manakala Ahli Majlis Tertinggi  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menunjukkan dia membenci Tun Mahathir dan dia akan menolak semua pendapat Tun Mahathir dan berdiri teguh di belakang Najib dan kemungkinan dia juga boleh menjadi pengkhianat apabila melihat sokongan memihak kepada Ahmad Zahid.

Pada masa inilah Ahmad Zahid perlu menyambar peluang untuk sekian kali dan selamanya kerana dalam politik tidak ada kawan dan musuh yang kekal dan apa jua pakatan strategik boleh dibatalkan dalam tempoh yang singkat walaupun antara musuh dengan musuh (seperti Deklarasi Rakyat).

Semua yang dikatakan ini, sebenarnya Ahmad Zahid tidak mempunyai keupayaan mental untuk berfikir secara strategik, beliau tidak peduli, apa yang beliau peduli adalah dirinya dan kepentingan sendiri, kerana jika dia benar-benar mengambil berat tentang negara dan kepentingan negara Ahmad Zahid akan mahu bekerjasama dengan Muhyiddin sebagai permulaan untuk menyingkirkan Najib.

Jika Ahmad Zahid terus melangkah sendirian beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia dan bukannya Wira Malaysia.

WSJ: Goldman siasat anak bekas pembantu Najib

Posted: 10 Mar 2016 05:35 AM PST

MALAYSIAKINI




Firma pengurusan pelaburan, Goldman Sachs sedang mengkaji pengambilan anak perempuan kepada seorang pembantu kanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika firma itu mengadakan rundingan dengan 1MDB, dakwa akhbar Wall Street Journal.

Memetik sumber, WSJ berkata ini adalah sebahagian daripada siasatan dalaman berhubung urusan Goldman dengan 1MDB dan ke atas bekas pengerusi syarikat itu bagi operasi di Asia Tenggara, Tim Leissner.

Ia melaporkan bahawa Leissner telah mencadangkan supaya Goldman Sachs mengupah anak perempuan ahli politik itu sebagai penganalisis bank pada tahun 2010.

Wanita itu dikatakan melalui proses temuduga yang sama seperti calon-calon lain dan jabatan undang-undang dan pematuhan Goldman 'membersihkannya'.

Sumber WSJ berkata Leissner bukanlah hubungan utama bank itu dengan 1MDB pada masa wanita itu diambil bekerja.

Malaysiakini tidak menyiarkan nama individu yang diambil bekerja itu sementara menunggu reaksinya.

Leissner terlibat dalam urusan 1MDB, termasuk penawaran bon AS$3 bilion pada awal tahun 2013 dengan syarikat itu mendapat bayaran sebanyak hampir AS$300 juta.

Beliau menamatkan perkhidmatannya di Goldman Sachs pada Februari lalu dan sejak itu telah disepina oleh Biro Penyiasatan Persekutuan AS (FBI) bagi membantu siasatan 1MDB.

Perdana menteri menafikan menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Beliau juga telah menuduh WSJ bersubahat dengan mereka yang ingin menjatuhkannya tetapi sehingga hari ini masih belum menyaman akhbar itu walaupun mengugut untuk berbuat demikian.

Serpihan disyaki milik MH370 dianalisis di Malaysia

Posted: 10 Mar 2016 05:30 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KARAK: Serpihan pesawat yang disyaki milik pesawat MH370 yang ditemui di Mozambique, tiba di negara ini hari ini.
 
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lain yang dipetik The Star Online berkata, serpihan yang mengandungi perkataan 'No Step' itu akan dianalisa oleh pakar bagi menentukan sama ada ia milik pesawat malang berkenaan.
 
"Kita akan menghantarnya ke Australia untuk pemeriksaan lanjut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang di SMK Karak Setia, tadi.
 
Pesawat malang itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing, China dari penerbangan dari KLIA pada pagi 8 Mac 2014

'Kata susah, kata menderita, saya tengok lebuh raya sesak'

Posted: 10 Mar 2016 05:28 AM PST

Kow Gah Chie

 


Kesesakan di lebuh raya dengan jumlah kenderaan yang semakin meningkat, jumlah orang ramai yang melancong ke luar negara serta kemampuan umat Islam menunaikan umrah adalah bukti bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) membuktikan bahawa rakyat tidak menderita seperti yang didakwa oleh pembangkang, kata seorang wakil rakyat BN.

Sebaliknya, kata Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) kerajaan telah melakukan sebaik mungkin membantu rakyat tetapi pembangkang pula 'memusing cerita' dengan mendakwa GST sebagai punca rakyat menderita dan hidup susah.

"Kata susah, kata menderita, saya tengok lebuh raya sesak.

"Kata menderita, kata susah, saya tengok dekat lapangan terbang bukan KLIA (sahaja), lapangan terbang Terengganu, tahun ini saja 40,000 pergi umrah.

"Susah, susah melancong di Vietnam dan Indonesia. Sebenarnya, Pakatan (Harapan) mengatakan GST membuat penderaan pada rakyat adalah bohong, semata-mata karut. Ini adalah persepsi semata-mata," katanya.

Derma RM10 untuk Selamatkan M'sia, rayu Zaid

Posted: 10 Mar 2016 05:18 AM PST

MALAYSIAKINI




Gerakan Selamatkan Malaysia memohon bantuan kewangan daripada orang ramai untuk membiayai operasinya, kata seorang anggotanya, Datuk Zaid Ibrahim.

Ini, katanya, juga akan membantu kumpulan itu memecahkan kitaran rasuah di negara ini, di mana ahli perniagaan memberi bantuan kewangan sebagai mendapatkan balasan pada kemudian hari.

"Kita tidak akan dapatkan bantuan kewangan daripada jutawan atau Jho Lows yang ada di dunia atas sebab yang mudah iaitu mencari bantuan daripada ahli perniagaan sebagai pertukaran untuk sesuatu adalah punca rasuah sistemik.

"(Jadi) saya seru rakyat Malaysia untuk membuat komitmen peribadi yang kecil - walaupun RM10 - untuk menunjukkan bahawa mereka ambil berat tentang masa depan kita bersama," tulis beliau di blog hari ini
Zaid berkata beliau akan memberikan maklumat lanjut mengenai sumbangan itu kemudian.

Bekas isteri Bekir ikrar derma sebahagian mutaah RM30 juta

Posted: 10 Mar 2016 05:16 AM PST

Hafiz Yatim





Shahnaz A Majid, bekas isteri Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, berikrar akan menyumbangkan sebahagian daripada wang RM30 juta berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini yang memutuskan beliau berhak menerima tuntutan mutaah.

Katanya, walaupun menuntut bayaran nafkah sebanyak RM100 juta daripada bekas suaminya itu, namun dirinya bersyukur dengan jumlah yang diberikan.

Shahnaz berkata penghakiman hari ini bukan semata-mata mengenai tuntutannya tetapi mengenai haknya sebagai bekas isteri dan juga untuk memastikan bekas suaminya tidak akan dihukum pada akhirat nanti kerana tidak menyelesaikan hal berkenaan.

"Saya berjanji untuk menderma sebahagian daripada jumlah mutaah itu kepada pertubuhan ibu tunggal dan anak yatim.

"Selepas ditolak kos guaman dan perbelanjaan lain, saya akan menderma satu pertiga daripada wang itu kepada pertubuhan seumpama itu kerana saya tahu bagaimana rasanya menjadi ibu tunggal," katanya.






Shahnaz, kakak kepada ratu jazz Sheila Majid, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Ijazah Sarjana Kewangan dari Amerika Syarikat.

Katanya, beliau akan meneruskan tuntutan sebanyak RM500 juta dalam satu lagi saman harta sepencarian bersama.

Shahnaz mengucapkan terima kasih kepada peguam, hakim dan media yang bersamanya dan mengiktiraf hakikat bahawa dirinya telah digantung tidak bertali selama 10 tahun sebelum perceraian mereka.

Sementara itu, peguam Bekir, Zainul Rijal Abu Bakar dan Saadiah Din, berkata mereka akan memfailkan rayuan dan penagguhan keputusan hari ini, esok.

MP BN: WSJ seperti ratu cantik, tapi selak-selak ada panau

Posted: 10 Mar 2016 05:11 AM PST

Zulaikha Zulkifli  

 


Seorang ahli parlimen BN hari ini mendakwa, akhbar Wall Street Journal (WSJ) hanya menyajikan laporan berita sensasi sehingga memberi gambaran bahawa Malaysia sedang menghadapi masalah ekonomi yang teruk.

Dr Noor Azmi (BN-Bagan Serai) berkata, WSJ yang adalah sebuah akhbar perniagaan hanya melaporkan berita sensasi berbanding perkara yang benar.

Menurutnya, berdasarkan agensi rating antarabangsa Fitch, ekonomi negara ini tidak seteruk yang digambarkan oleh WSJ.

"WSJ adalah surat khabar perniagaan. Surat khabar perniagaan ini dia cari berita yang sensasi. Berita yang sensasi, dia suka orang baca. Lebih ramai orang baca lebih bagus.

"Apa-apa pun agensi rating ini akan diguna oleh pelabur sama ada untuk membeli atau menjual. Orang tak buat keputusan dengan WSJ atau surat khabar yang cari berita sensasi.

"Saya tidak kata WSJ yang salah dan sebagainya, saya cakap apabila kita buat keputusan, kita nak percaya WSJ ke atau nak percaya pada agensi rating?" soalnya dalam Dewan Rakyat hari ini ketika membahas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Perkara itu menyebabkan Dewan riuh seketika apabila Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) bangun dan memberitahu bahawa WSJ bukan akhbar sensasi seperti Kosmo!

Mohamed Hanipa Maidin (AMANAH-Sepang) turut bangkit dan meminta Noor Azmi tidak menyamakan WSJ dengan akhbar Utusan Malaysia.

Selain itu, Noor Azmi turut memberi gambaran bahawa akhbar kewangan itu umpama seorang ratu cantik - walaupun berpakaian menarik namun mempunyai panau dan kayap.

"Saya nak bagi gambaran seolah-olah WSJ ini seperti ratu cantik. Ratu cantik, pakai cantik, semua cantik, (tetapi) selak-selak ada panau. Ada panau tak apa kalau kayap? Sebab kalau kayap, nasib tak baik boleh mati.

"(WSJ) nak bagi sensasi nak bagi laku surat khabar dan cerita benda yang sensasi," katanya lagi.

Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR- Kuala Langat) kemudian turut mencelah dengan mengatakan bahawa beliau malu mempunyai 'orang kampung' seperti Noor Azmi.

"(Cakap) kurap, panau. Malu dekat pelajarlah. Awak tu doktor, asal (dari) kampung aku. Malu kita nanti," kata Abdullah Sani yang kemudian mengundang ketawa di dalam Dewan.

Selepas itu, Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamed Said berkata: "Sebenarnya Kuala Langat malu juga pada pelajar. Tak dibenarkan Yang Dipertua untuk berucap pun, bangun berucap. Tak ikut peraturan."

Akibat teguran itu Abdullah Sani sekali lagi bangun dan menjelaskan bahawa beliau ingin membetulkan 'fakta' yang diberi oleh Noor Azmi.

"Kita nak betulkan fakta dia sebab dia sekampung dengan saya, malu saya. (Cakap mengenai) selak-selak, panau, kurap. Tak pernah dibuat oleh orang kampung saya," kata Abdullah Sani lagi sambil ketawa.


Ruang tari didakwa kosong bila anak PM putar lagu

Posted: 10 Mar 2016 05:07 AM PST

MALAYSIAKINI




Ruang tari di Zouk Singapura didakwa kosong hanya dalam tempoh lima minit selepas Norashman, anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, memutarkan set lagunya di kelab malam itu.

"Tetamu VIP (Norashman) mulakan set beliau dengan lagu trance klasik.

"Selepas itu, kedengaran seperti radio hits dan hampir semua peminat Fila meninggalkan kelab itu," kata seorang DJ sambilan 27 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Nuwan kepada akhbar Singapura New Paper.

"Mendengar Fila memainkan setnya di sini adalah satu keistimewaan, tetapi beliau diminta berkongsi pentas dengan amatur. Ini benar-benar memalukan komuniti muzik Singapura," tambahnya.

Sebuah video menunjukkan DJ Fila memberitahu orang ramai bahawa beliau diminta berhenti memainkan set lagunya bagi memberi laluan anak seorang perdana menteri dikongsi meluas di Internet.

Zouk Singapura menafikan DJ itu diganggu separuh jalan semasa persembahan.

Datuk Rizal Mansor, pembantu Rosmah Mansor berkata Norashman tidak pernah meminta membuat persembahan dan hanya datang atas jemputan.

Juseru, katanya, mana mungkin Norashman boleh memaksa sesiapa untuk membuat persembahan.
Di Facebook, DJ Aly dan Fila dari Mesir tetap mempertahan dakwaan bahawa mereka diminta berhenti untuk memberi laluan kepada Norashman.

Zouk diambil alih oleh konglomerat Genting Hong Kong (Genting HK) tahun lalu dengan jumlah bayaran yang tidak diumumkan.

Genting HK adalah sekutu kepada konglomerat Malaysia Genting Group, yang mana Genting Singapura juga sebahagian daripadanya.

Letak jawatan: Hadi serah kepada akar umbi

Posted: 10 Mar 2016 05:04 AM PST

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang


KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada ahli akar umbi parti itu berhubung gesaan agar jawatan beliau diserahkan kepada Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Itu tanya orang Pas, tanya akar umbi. Pas ada muktamar kita," katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Adun Salor, Datuk Husam Musa agar jawatan Presiden Pas diserahkan kepada Tuan Ibrahim.

Husam dilaporkan berkata, Abdul Hadi sebaiknya memegang jawatan mursyidul am atau timbalan mursyidul am bagi memastikan Pas dapat memasuki 'aliran tengah' dalam kepentingan politik negara.

Gesaan Husam itu dibuat susulan hasil kajian Ilham Centre yang mendapati ahli Pas merasakan mereka tiada arah tujuan kerana kenyataan berbeza yang dikeluarkan pemimpin tertinggi.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi mengesahkan tidak akan membawa Rang Undang-undang persendirian berkenaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) ke sidang Parlimen kali ini kerana kesuntukan masa.

"Sidang ini tidak sempat," katanya.


'Jawapan PM mengenai skandal SRC mengejutkan Parlimen'

Posted: 10 Mar 2016 05:02 AM PST


Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen
Wong Chen
 
 
KUALA LUMPUR - Jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa SRC International tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu skandal dana RM42 juta ‎mengejutkan Parlimen.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, jawapan Najib itu juga bercanggah dengan kenyataan Peguam Negara,Mohamad Apandi Ali berkaitan isu SRC tersebut.

"Jawapan Najib mengenai isu ini amat mengejutkan kerana ia merupakan penyangkalan menyeluruh mengenai kewujudan pemindahan wang sebanyak RM42 juta ke dalam akaun peribadi PM.

"Penyangkalan ini juga bercanggah dengan kenyataan Mohamad Apandi berkaitan isu SRC dimana beliau mengaku bahawa penyaluran wang ini wujud tetapi perdana menteri tidak perlu didakwa.

"Apandi juga telah membentangkan satu 'flowchart' yang telah menunjukkan penyaluran wang SRC tersebut," katanya dalam kenyataan media di Parlimen hari ini.

Terdahulu, Najib dalam jawapan bertulisnya kepada Parlimen memaklumkan bahawa SRC tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu penyaluran dana RM42 juta.

"Isu ini adalah berdasarkan laporan berita oleh sebuah portal yang tidak dapat ditentukan kesasihan sumber beritanya.

"Sehubungan dengan itu dibawah Peraturan Mesyuarat 23 (1) (I), perkara ini tidak perlu dijawab kerana ia adalah satu pertanyaan yang meminta penerangan berkenaan perkara di dalam surat khabar," petik jawapan bertulis Najib mengenai pertanyaan tentang isu penyaluran dana RM42 juta tersebut.

Tiada rancangan semak semula kadar GST

Posted: 10 Mar 2016 04:57 AM PST

SINAR HARIAN


GST


KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) memandangkan kadar enam peratus yang ditetapkan adalah munasabah, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata sebelum GST dilaksanakan, kajian terperinci telah dibuat bagi memastikan kadarnya paling sesuai dengan keadaan ekonomi semasa.

"Ia mengambil kira kedudukan kadar cukai sebelum GST iaitu 10 peratus bagi barangan dan enam peratus bagi perkhidmatan.

"Di samping itu pelbagai faktor lain termasuk komposisi sumbangan hasil sektor tertentu, beban cukai ke atas pengguna, struktur cukai pendapatan dan pakej bantuan kepada pengguna dan perniagaan diambil kira selaras objektif untuk mewujudkan sistem percukaian yang berdaya saing," katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Johari menjawab soalan Wong Tien Fatt@Wong Nyuk Foh (DAP-Sandakan) yang bertanya sama ada kerajaan akan menimbang untuk menyemak semula kadar GST memandangkan pendapatan kerajaan semakin menurun akibat kejatuhan harga minyak antarabangsa.

Mengenai cadangan Wong agar kerajaan menurunkan kadar GST bagi Sabah memandangkan penduduk membayar kadar harga barangan lebih tinggi berbanding di Semenanjung, Johari berkata kadar semasa masih sesuai.

"Ini kerana banyak keperluan yang tidak dikenakan GST (sifar GST) seperti barangan makanan asas, ternakan seperti ayam dan daging, produk pertanian, makanan laut serta pengangkutan awam, perumahan dan pendidikan.

"Kerajaan juga sentiasa menambah kemudahan bantuan seperti Kedai Rakyat 1Malaysia dan bantuan terus seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hasil daripada kutipan cukai GST," katanya.

GST mula dikuatkuasakan di negara ini mulai 1 April 2015, pada kadar enam peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan pada kadar 16 peratus. -Bernama


Jangan hingga lupa‘matahari naik turun’ di mana

Posted: 10 Mar 2016 04:53 AM PST




Oleh ZULKIFLI JALIL


ORANG UMNO terutama orang Melayu tidak sepatutnya terbawa-bawa sehingga gagal melihat gambaran menyeluruh kesan pakatan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan pembangkang yang sebenarnya menguntungkan DAP.

Mereka jangan hanyut dengan 'jalan cerita' sebaliknya mampu 'membaca' dua tiga lapis insiden itu di sebalik tabir.

Seorang ketua penerangan atau mungkin juga ketua bahagian barangkali menerima mesej WhatsApp daripada ahli yang menghentam atau bergaduh semasa sendiri disebabkan 'deklarasi atau kesepakatan' itu baru-baru ini.

Mereka kemudian menyebar atau berkongsi mesej itu sehingga akhirnya parti sendiri terjebak dalam perangkap `mental block' yang tidak menemukan jalan keluar.

Sedangkan cabaran sebenar dihadapi UMNO bukanlah Pas, PKR, waima Dr. Mahathir mahupun bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi DAP yang meraih laba politiknya.

Akibat ini, mungkinkah DAP sedang menunggu untuk melihat perpecahan Melayu?

Tindak-tanduk Dr. Mahathir yang 'merunsingkan' UMNO bukanlah baharu. Ini permainan politik terbaharu Dr. Mahathir yang tetap merupakan `real' mastermindnya. Muhyiddin pula cuma pelakon jemputan dan bukanlah `real person' yang menyusun atur kesepakatan dengan pembangkang.

Kemunculan pemimpin pembangkang termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta yang lain bersama Dr. Mahathir pun ada objektif mereka tersendiri.

Orang UMNO jangan pandang remeh. Dr. Mahathir biasanya bila beri reaksi kepada sesuatu, beliau sudah berfikir tiga atau empat kali ke depan. Beliau tahu hujung jatuhnya (seseorang yang diserangnya) bagaimana.

Bukan sahaja orang UMNO, bahagian penerangan parti juga wajib keluar dari kepompong lama dan keluar buat kerja `assessment' (penilaian). Jangan kerana kita kerajaan, kita fikir benda ini mudah.

Ketua Penerangan UMNO yang baru sebulan masuk pejabatnya, Tan Sri Annuar Musa sendiri mengakui kepada penulis semalam yang petunjuk prestasi utama (KPI) operasi penerangan yang ditinggalkan kepadanya di tingkat 38 Menara Dato' Onn dalam keadaan 'daif'.

"Kita jauh ketinggalan dengan orang yang nak cabar kita," katanya ringkas.

Menghadapi insiden 'kesepakatan' Dr. Mahathir dengan pembangkang umpama kita menonton wayang. Mungkin kita sampai menitis air mata kerana amat teruja dengan jalan cerita sehingga terlupa kita berada dalam panggung.

Ada sesetengah penonton pula menyerahkan jiwa raganya kepada si hero dan terus 'hanyut'. Ada pula yang seronok tetapi mencari pengajarannya. Dia tahu siapa pengarahnya, pelakon utama serta pelakon tambahan.

Jangan keterlaluan bersengketa sesama sendiri kerana isu 'deklarasi'.

Orang muda mungkin tidak berapa suka kita 'menyerang' Dr. Mahathir dalam bentuk yang kasar.

Ini kerana wajah Dr. Mahathir sudah dibina negara sebagai ikon sedangkan kita terlupa sasaran utama adalah DAP.

Jangan sehingga akhirnya kita orang UMNO tidak tahu matahari naik turun di mana. - utusan.com.my

Pemberontak Umno macam budak-budak

Posted: 10 Mar 2016 03:36 AM PST

Tengku Adnan Tengku Mansor


KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan tindakan pemberontak Umno adalah bersifat kebudak-budakan.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai tindakan sesetengah pemimpin Umno yang menghadiri Deklarasi Rakyat.

"Kenapa saya perlu komen tentang mereka yang bersikap seperti budak-budak," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Dewan Rakyat, di Parlimen, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Deklarasi Mahathir' hanya pecah belahkan rakyat]

Antara pemimpin Umno yang hadir dalam Deklarasi Rakyat itu adalah Timbalan Presiden Umno yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dan juga bekas Anggota Kabinet, Datuk Seri Shafie Apdal.

Deklarasi yang diumumkan itu menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya.


Pas bakal tubuh blok politik ketiga

Posted: 10 Mar 2016 03:34 AM PST

Pas


KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Pas mendedahkan pihaknya akan membentuk blok politik ketiga dalam landskap politik negara.

Mengulas perkara tersebut, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan sebuah parti politik bagi menghadapi PRU 14.

"Pas akan ada blok pembangkang dia sendiri. Saya akan umumkan pada 16 Mac depan kita akan ada satu kerjasama dengan satu badan politik negara.

"Di Malaysia, ada lebih 20 parti politik yang berdaftar, jadi ada yang milik satu kelompok dan ada parti milik satu bangsa, tapi tujuan untuk menghadapi pilihan raya. Sebab itu kita dah umumkan kita adalah blok pembangkang iaitu blok politik ketiga," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Menurut Takiyuddin, Perlembagaan Pas tidak menghalang parti tersebut untuk bekerjasama dengan mana- mana pihak yang mempunyai arah tuju sama dengan parti berkenaan.

"Blok baharu ini bagi memastikan Pas kekal relevan bagi menghadapi PRU 14 nanti," katanya.

Ditanya adakah parti yang bakal bekerjasama dengan Pas itu adalah dengan sebuah Parti dari Pakatan Harapan, beliau berkata parti itu telah memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan gabungan berkenaan.
"Kami masih lagi PR dengan bekerjasama baik dengan PKR," katanya.

Ditanya lagi oleh wartawan supaya memberikan bayangan mengenai parti yang akan bekerjasama dengan Pas, Takiyuddin enggan mengulas lanjut.

Jelas Takiyuddin, kerjasama itu mengetengahkan budaya politik matang.

"Kerjasama itu adalah langkah terbaharu Pas dalam mengorak langkah selepas tidak menyertai Pakatan Harapan yang kini disertai serpihan parti itu Parti Amanah Negara (Amanah) bersama PKR dan DAP," katanya," katanya.

Beliau sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno.

"Kita tidak akan bekerjasama dengan Umno dalam membentuk kuasa baharu dalam arena politik negara,"

Deklarasi Yang Bukan Kerana Mahathir Tapi ...

Posted: 10 Mar 2016 03:32 AM PST



Oleh WFAUZDIN NS
DEKLARASI YANG BUKAN KERANA MAHATHIR TAPI ITU TUNTUTAN ANWAR Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ

Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ


DEKLARASI Rakyat termeterai sudah. Najib mesti berundur atau diundurkan. Ini bukan masalah Mahathir yang suruh atau Anwar yang suruh. Jika ditanya pada rata-rata rakyat termasuk ahli-ahli Umno sendiri sependapat bahawa sudah sampai masanya Najib bersara atau dibicarakan.

Pakatan Harapan sudah berusaha untuk melakukan ini sebelum Mahathir bersuara lagi. Bukan kerana Mahathir jauh sekali kita mahu bergantung kepada Mahathir. Mahathir ayam pencen.

Bukan selayaknya kita bertarung dengan PM pencen yang tiada lagi kuku.

Mahathir sendiri gagal selamatkan anaknya dari dipecat sebagai MB Kedah, mana mungkin kita berselera dengan Mahathir?

Tapi kalau Mahathir mahu memberikan senjata kepada kita yang beliau sendiri tak terdaya mahu gunakan senjata itu untuk jatuhkan Najib, apakah kita menolaknya?

Terima senjata Mahathir bukan bermakna kita maafkan segala salah laku beliau sewaktu beliau berkuasa.

Sesiapa pun tidak akan terlepas dari menanggung akibat sekiranya melakukan kesalahan sewaktu berkuasa, tidak terkecuali Mahathir. Anwar menyokong Deklarasi Rakyat bukan kerana adanya Mahathir.

Bukankah Anwar telah berpesan kepada kita sebelum beliau masuk penjara bahawa teruskan perjuangan dan lakukan reform.

Anwar tidak suruh kita hanya berjuang untuk bebaskan beliau dari penjara. Anwar mahu kita selamatkan Malaysia.

Apabila Malaysia selamat, tiada lagi orang yang teraniaya berada di dalam penjara seperti Anwar.
Salahkah Deklarasi itu? Atau, pendekatan kita itu salah kerana Mahathir menyokong kita turunkan Najib?

Takkan kerana Mahathir sokong perjuangan kita maka kita kena hentikannya?

Jika itu berlaku, memang benarlah kita berjuang ini kerana berpaksikan kepada Mahathir. Aku tidak setuju kita kena hentikan cita-cita kita hanya kerana Mahathir setuju atau tidak.

Tiada dalam kepala otak aku Mahathir walaupun sedikit. Apa yang ada hanyalah pesanan Anwar bahawa lakukan segera reform. Do It Now!!~http://wfauzdin.blogspot.my 

Gesa SPR jelas dakwaan BN belanja lebih RM1.5 juta

Posted: 10 Mar 2016 03:27 AM PST

Shamsul Iskandar Mohammad Akin


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai dakwaan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang BN membelanjakan RM1.6 bilion dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 13.

Jelasnya, sekiranya dakwaan tersebut didapati benar, maka ia merupakan satu bentuk pelanggaran kepada undang-undang pilihan raya.

"Jika kiraan kasar dibuat bagi setiap kerusi yang ditandingi BN dalam PRU13, maka BN telah membelanjakan wang sebanyak RM94.4 juta.

"Apakah kewajaran untuk BN berbelanja lebih dari RM1.5 bilion," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mukhriz dakwa Najib belanja RM1.5b untuk PRU13]

Menurut Naib Presiden PKR  itu lagi, RM1.5 bilion adalah nilai yang teramat besar serta mencecah 16 kali ganda dari jumlah yang dibenarkan SPR.

"Seksyen 19 Akta Pilihan Raya 1954 hanya membenarkan belanja RM200,000 bagi calon Parlimen dan RM100,000 bagi calon Dun.

"Selain, mengikut akta itu, calon bagi setiap kerusi Parlimen dan kerusi negeri, masing-masing tidak boleh berbelanja melebihi had yang ditetapkan," katanya.

Ujarnya lagi, pendedahan yang dibuat oleh Mukhriz itu jelas membuktikan bahawa BN telah melanggar garis panduan yang telah ditetapkan secara terbuka.


Ampun rasuah: Boleh hantar surat rayuan ke FAM

Posted: 10 Mar 2016 03:25 AM PST

Ampun rasuah: Boleh hantar surat rayuan ke FAM
Yusoff menerima cenderahati dari Hamidin (tengah) yang mewakili FAM dan Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar (kiri) yang mewakili Kedah.
 
 
"216 pemain digantung akibat skandal rasuah bolasepak pada tahun 1994 boleh menghantar surat rayuan kepada Bolasepak Malaysia (FAM)," kata  Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Beliau berkata demikian selepas melawat bekas penjaga gol kebangsaan, Datuk Yusoff Bakar di Taman Syed Mohamad Alor Setar, petang tadi.

Menurutnya, beliau tidak mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah tersebut dan meminta surat rayuan disertakan bersama alasan kukuh dihantar ke badan induk bolasepak negara untuk diputuskan.

Beberapa hari lalu, Presiden Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Kedah (KFA), Mohd Faridzul Kassim berkata, sehingga hari ini selepas 22 tahun program pembasmian besar-besaran skandal rasuah dilakukan, FAM bagaikan menutup mata di atas apa yang berlaku kepada bekas-bekas pemain yang dikenakan tindakan.

Pada tahun 1994 negara digemparkan dengan skandal rasuah apabila lebih 100 pemain serta jurulatih disyaki mengatur keputusan perlawanan Piala Malaysia dan Liga Perdana ditahan pihak berkuasa untuk disoal siasat.

Akhirnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjatuhkan hukuman dibuang daerah kepada 26 pemain di bawah Akta Kediaman Terhad manakala 57 pemain serta seorang penolong jurulatih digantung penyertaan antara setahun hingga lima tahun di bawah Lembaga Disiplin FAM.

Antara nama-nama besar yang terpalit dengan skandal ini adalah Matlan Marjan , Azizol Abu Haniffah, Faridzuan Che Hamid, Karim Pin, P Ravindran dan lain-lain lagi.


Pegawai bank direman 7 hari, bantu siasatan rasuah RM2j

Posted: 10 Mar 2016 03:20 AM PST

SINAR HARIAN


Rasuah


KOTA KINABALU - Seorang pegawai bank berumur 49 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah berjumlah RM2 juta.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Jassica Ombou Kakayun selepas membenarkan permohonan dikemukakan pegawai SPRM.

Lelaki itu ditahan di pejabat SPRM di sini pada kira-kira 2.40 petang semalam bagi membantu siasatan kes rasuah daripada syarikat-syarikat untuk meluluskan permohonan pinjaman beberapa syarikat perniagaan pada tahun 2013.

Semalam, seorang pegawai bank berumur 31 tahun dan seorang orang awam berumur 41 tahun turut direman tujuh hari bagi membantu siasatan SPRM berkaitan kes berkenaan.

Kedua-duanya ditahan di pejabat SPRM di sini pada 8 Mac lalu. - Bernama


Kabinet kaji penubuhan jawatankuasa baharu Parlimen

Posted: 10 Mar 2016 03:19 AM PST

SINAR HARIAN


Datuk Seri Azalina Othman Said
Datuk Seri Azalina Othman Said


KUALA LUMPUR - Kabinet memerlukan lebih banyak masa untuk‎ mengkaji penubuhan jawatankuasa baharu pilihan khas parlimen yang dicadangkan Jawatankuasa Dewan Rakyat mengenai Transformasi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman.

Beliau berkata, kajian terperinci perlu dilakukan memandangkan sesetengah jawatankuasa yang dicadangkan itu bersifat sensitif.

"Sebagai contoh, mereka (Parlimen) mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa mengenai keselamatan; keselamatan adalah isu sensitif...sama seperti hal ehwal luar negara, ia juga amat sensitif.

Jawatankuasa tertentu mungkin 'OK', tapi sesetengahnya adalah sensitif, jadi Kabinet perlu menelitinya lagi," kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan pada satu sidang akhbar semalam bahawa Parlimen bercadang menubuhkan jawatankuasa pilihan khas, antaranya Jawatankuasa Pindaan Undang-undang, Jawatankuasa Bajet, Jawatankuasa Pengangkutan dan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara.

Ketika ini, Parlimen mempunyai lima jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan, Jawatankuasa Pilihan Raya, Jawatankuasa Mesyuarat dan Jawatankuasa Dewan.

Cadangan penubuhan jawatankuasa baharu adalah antara empat pindaan utama yang dicadangkan bagi Arahan Tetap Dewan Rakyat yang dijadual dibentangkan pada persidangan semasa Dewan Rakyat, sejajar dengan inisiatif transformasi Parlimen.

Pindaan yang dicadangkan termasuk Waktu Khas Bertanya Menteri pada Selasa dan Khamis untuk memberi peluang kepada Anggota Parlimen bertanya soalan mengenai isu semasa.

Azalina berkata, Yang Dipertua Dewan Rakyat akan membentangkan cadangan pindaan itu dalam bentuk laporan sebelum ia dibahaskan Ahli Parlimen.

Sambil menyebut Waktu Khas Bertanya Menteri sebagai contoh beliau berkata, inisiatif itu akan memberi kesan positif kerana lebih banyak menteri akan hadir di Parlimen bagi menjawab soalan dan tidak hanya menghantar timbalan untuk mewakili mereka. - Bernama


Umno dan DAP

Posted: 10 Mar 2016 03:11 AM PST



Oleh Tun Mahathir


1. Ramai ahli UMNO yang rasa terkilan dan tidak senang melihat Kit Siang dan DAP berada diatas pentas yang sama dengan UMNO dan pemimpinnya, yang lama dan yang baru.
2. Kenapakah ahli dan pemimpin UMNO sanggup bersama dengan DAP dan Kit Siang?

3. Soal yang sama juga ditanya oleh ahli dan pemimpin DAP yang benci dan bermusuh dengan UMNO terutama dengan saya sendiri sebagai bekas pemimpin UMNO sejak DAP ditubuh.

4. Amat sukar bagi ramai dalam kedua-dua parti yang bermusuh ini menerima bahawa mereka yang menghadiri dan menandatangani deklarasi menolak Najib, menghadiri bukan sebagai ahli dan pemimpin parti politik atau gerakan, tetapi mereka hadir sebagai "citizen", rakyat Malaysia yang khuatir akan kesan buruk perlakuan Najib sebagai Perdana Menteri.
5. Bagi pemimpin UMNO, jika UMNO seperti UMNO dahulu dan segala saluran untuk menghentikan perbuatan yang salah masih ada, penyelesaian boleh dicari dalam parti. Tetapi Najib sudah tutup semua saluran ini. Hak ahli dalam UMNO, Mesyuarat Agong UMNO, Majlis Tertinggi UMNO sudah tidak berfungsi lagi. Mulut anggota dan badan-badan dalam UMNO sudah ditutup rapat oleh Najib dengan berbagai-bagai cara, dengan melumpuh bukan sahaja badan-badan tertentu dalam parti tetapi melalui institusi-institusi Kerajaan seperti polis, Peguam Negara, Surhanjaya Pencegahan Rasuah, PAC dan lain-lain.

6. Tindakan Najib menekan bukan sahaja parti-parti politik tetapi juga keatas semua rakyat tanpa mengira kaum atau parti.

7. Dalam keadaan ini rakyat yang menjadi mangsa sudah lumpuh dan tidak lagi dapat bergantung kepada parti politik mereka sendiri untuk perlindungan, dan tidak pun melalui institusi Kerajaan yang ditugas untuk melindungi keselamatan rakyat.

8. Bagi semua rakyat Malaysia hanya penyingkiran Najib sahaja yang boleh memulihkan demokrasi negara. Tetapi rakyat tidak ada apa-apa jentera yang boleh diguna untuk menyuara pendapat mereka pun.

9. Oleh itu tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang, terpaksa membelakangkan pertubuhan dan perjuangan mereka supaya suara mereka dapat diperdengarkan kepada semua. Mereka perlu bertindak sebagai "citizen" (rakyat) dan bukan lagi sebagai parti atau badan-badan tertentu.

10. Kesedaran inilah yang menyebabkan mereka yang bermusuh membelakangkan permusuhan mereka buat sementara untuk menyelamatkan negara tercinta. Mengutama parti masing-masing bermakna menyokong dan mengekal rejim Najib.

11. Apabila demokrasi dan kebebasan di kembalikan maka perbezaan pendapat antara mereka bolehlah diteruskan.

12. Jika kita tidak faham, lihatlah keadaan dikalangan orang Islam di Timur Tengah. Musuh mereka ialah Israel yang dibantu oleh Amerika Syarikat.

13. Malangnya mereka lebih utamakan permusuhan sesama mereka, permusuhan antara Sunni dengan Syiah, antara Fatah dengan Hamas, antara Iran dengan Arab sehingga mereka lupakan musuh sebenar mereka, iaitu Israel, dan mereka berperang sesama orang Islam.

14. Maka bertepuk tanganlah Yahudi dan Amerika.


Tiada ulasan: