Khamis, 24 Mac 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


TAN SRI LODIN WOK KAMARUDDIN PERLU LETAK JAWATAN DARI LTAT; MINTA MAAF KEPADA PESARA TENTERA

Posted: 24 Mar 2016 09:00 AM PDT


   Pendedahan hari ini bahawa kedudukan kewangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) turut terkesan akibat skandal 1MDB kerana 1MDB gagal membayar Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) mengikut jadual bukanlah satu perkara kecil yang boleh dimaafkan. Sehingga September 2015, tunggakan bayaran dari 1MDB kepada PPHM adalah RM396.41 juta yang sudah tentu akan mempunyai kesan kepada keupayaan kewangan LTAT membayar caruman pencen kepada pencarum yang tamat perkhidmatan tepat pada masanya.

  Penglibatan Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin sebagai Pengerusi 1MDB dan juga Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) adalah satu konflik kepentingan ("conflict of interest") yang terlalu jelas. Dalam keadaan LTAT yang diketuainya terheret sama di dalam kemelut 1MDB sehingga menyebabkan kesukaran kewangan kepada ratusan (jika tidak ribuan) pesara-pesara tentera, kesesuaian beliau untuk terus mengetuai LTAT boleh dipersoalkan.

 Tanggungjawab paling utama yang sepatutnya beliau perlu laksanakan ialah menjaga kebajikan pesara-pesara tentera dan mempertahankan hak mereka mengatasi kepentingan perniagaan lain. Apabila ada keluarga pesara tentera yang terpaksa menjual kenderaan, menggunakan simpanan dan lain-lain; saya berpendapat Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin perlu mengambil tanggungjawab di atas masalah yang berlaku ini.

  Saya akan berunding dengan persatuan-persatuan bekas perajurit seperti PAHLWAN, persatu veteran dan lain-lain untuk menggerakkan satu kempen mendesak supaya Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berundur dari LTAT dan meminta maaf secara terbuka dengan pesara-pesara tentera dan keluarga mereka.

 RAFIZI RAMLI 
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG 
AHLI PARLIMEN PANDAN ~ sumber

PENAFIAN LTAT DAN 1MDB TIDAK BENAR, 1MDB LEWAT BAYAR KEPADA PPHM SEPANJANG 2015

Posted: 24 Mar 2016 06:53 AM PDT


   Saya terkejut dengan kenyataan media dari Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor yang menafikan bulat-bulat beberapa isu yang saya timbulkan berhubung kelewatan pembayaran caruman (gratuiti) pesara tentera oleh LTAT kebelakangan ini. Malah, beliau dengan kasarnya mengugut untuk menyaman saya kerana menanyakan beberapa soalan berhubung kelewatan itu bagi pihak pesara tentera.

   Walau bagaimana pun, saya terkejut dengan sikap Pengerusi LTAT kerana sebagai bekas pegawai tertinggi angkatan tentera, beliau wajar menginsafi bahawa tanggungjawab beliau yang paling utama ialah mempertahankan kebajikan anggota tentera yang masih berkhidmat dan pesara-pesara tentera yang bergantung kepada LTAT.

 Tindakan beliau menafikan bulat-bulat bahawa ada kelewatan di dalam pembayaran caruman (gratuiti) kepada pesara tentera adalah amat dikesali. Saban hari saya menerima aduan baik melalui media sosial, email atau whatsapp tentang kelewatan ini. Saya sertakan beberapa aduan yang saya terima agar beliau menginsafi bagaimana kelewatan ini telah memangsakan pesara-pesara tentera:

Phone 1
Phone 2

Phone 3

  Saya telah mendapat bukti kukuh dalam bentuk dokumen rasmi Kerajaan Persekutuan yang mengesahkan bahawa penafian-penafian 1MDB dan LTAT dua hari lalu adalah salah. 1MDB dan LTAT membuat kenyataan bahawa kononnya semua bayaran dari 1MDB kepada PPHM (anak syarikat milik penuh LTAT yang menjadi kontraktor 1MDB dalam projek pengkalan-pengkalan udara) adalah tidak tertunggak dan telah menepati jadual pembayaran seperti di dalam kontrak.

 Saya boleh nyatakan fakta berikut (berdasarkan dokumen rasmi Kerajaan Persekutuan yang ada dengan saya):

   "Pembayaran tuntutan oleh PPHM kepada 1MDB bagi kos pembangunan lima lokasi penempatan semula iaitu Pengkalan Udara Subang, Pengkalan Udara Sendayan, Pengkalan Udara Polis Subang, Rejimen Artileri Diraja Kem Kajang dan Pengkalan Udara Kuantan telah tertunggak sejak bulan Disember 2014 hingga September 2015. Nilai bayaran tertunggak dari 1MDB kepada PPHM sehingga September 2015 adalah berjumlah RM396.41 juta."

 Adalah jelas bahawa tunggakan bayaran dari 1MDB sehingga mencecah RM396.41 juta sehingga September 2015 (iaitu 6 bulan lalu) sudah tentu mempunyai kesan besar kepada aliran tunai LTAT. Berdasarkan Laporan Tahunan LTAT 2014, jumlah pencarum yang tamat perkhidmatan (telah bersara) adalah 7,030 orang dengan bayaran caruman sebanyak RM982 juta.

   Jika angka yang sama digunakan untuk menganggarkan jumlah pencarum yang tamat perkhidmatan dan bayaran caruman terlibat bagi 2015; anggaran jumlah pencarum yang bersara setiap bulan (di antara September 2015 hingga kini) ialah sekitar 590 orang sebulan dan bayaran caruman RM140,000 setiap seorang.

 Maka, bagi tempoh 5 bulan (iaitu dari Oktober 2015 hingga Februari 2016), jumlah tunai yang diperlukan LTAT untuk membayar caruman pesara tentera yang baru tamat perkhidmatan adalah RM413 juta. Jika LTAT tidak dibayar oleh 1MDB dan jumlah tunggakan adalah RM396.41 juta sehingga September 2015, sudah tentu LTAT akan mempunyai masalah untuk membayar caruman pesara tentera tepat pada waktunya.

 Saya menyeru supaya LTAT dan 1MDB bersikap telus dan menyiarkan sepenuhnya senarai pembayaran dan tunggakan (dari 1MDB kepada PPHM) di antara 2013 hingga 2016 dan senarai pesara tentera yang belum dibayar caruman oleh LTAT mengikut bulan bermula 2014. Saya tidak akan teragak-agak mendedahkan dokumen rasmi Kerajaan Persekutuan itu jika senarai-senarai ini tidak disiarkan sepenuhnya kepada rakyat.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN  ~ sumber

Zeti lebih berintegriti daripada Peguam Negara

Posted: 23 Mar 2016 06:43 PM PDT


   Tindakan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti yang akan mengambil tindakan keatas 1MDB membuktikan beliau mempunyai integriti yang sewajarnya dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

  Tidak seperti Peguam Negara Apandi Ali yang berdaleh dan enggan mengambil tindakan malah sebaliknya beliau mempersoalkan kenapa 1MDB dipersalahkan.

 "Jika Bank Negara Malaysia tidak memohon maklumat tertentu atau khusus, bagaimana 1MDB harus dipersalahkan apabila mereka telah mengisi borang dan menjawab soalan yang diperlukan?" soalnya.

  Bank Negara Malaysia (BNM) telah menarik kembali tiga kebenaran yang diberikan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi pelaburannya di luar negara bernilai AS$1.83 bilion kerana memberikan maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap dalam permohonan kepada Bank Negara.

 BNM telah mengesyorkan tindakan diambil oleh Pejabat Peguam Negara terhadap 1MDB ekoran pelanggaran mengikut Akta Kawalan Tukaran (ECA) 1953.

Gagal bawa pulang RM7.76b, 1MDB kena tindakan Bank Negara

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengambil "tindakan pentadbiran" terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana gagal membawa pulang dana US$1.83 bilion (RM7.76 bilion) ke Malaysia.

 Gabenornya Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata syarikat pelaburan itu gagal menunjukkan dokumen-dokumen seperti dijadualkan bagi membuktikan wang itu perlu dikekalkan di luar negara atas alasan bayaran hutang asing. 

 Beliau berkata 1MDB gagal mematuhi arahan BNM, maka bank pusat "akan mengambil tindakan penguatkuasaan pentadbiran yang sesuai menurut lunas undang-undang."

 Zeti berkata tindakan Bank Negara itu bersifat pentadbiran dan hanya melibatkan denda, sambil menegaskan ia bukannya tindakan bersifat jenayah seperti bawah kuasa peguam negara yang tidak ingin meneruskannya.

 Tahun lalu, BNM mengarahkan 1MDB mengembalikan dana sejumlah US$1.83 bilion (RM7.76 bilion), susulan tindakan bank pusat membatalkan tiga permit syarikat itu melabur di luar negara.

 1MDB dalam jawapan balasnya menjelaskan ia tdak boleh membawa masuk wang tersebut seperti diarahkan kerana dana itu telah habis dibelanjakan atau diperuntukkan untuk pembayaran hutang.

 November lalu, Zeti berkata BNM sedang menunggu maklumat tambahan 1MDB bagi mengesahkan alasan syarikat pelaburan tersebut yang dilanda kontroversi sehingga disiasat di dalam dan luar negara. ~ sumber

Tiada ulasan: