Isnin, 21 Mac 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Hj Hadi dan Umno adalah penyebab kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak

Posted: 20 Mar 2016 09:30 PM PDT

  Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS bukan punca kejatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada 2009, sebaliknya ia disebabkan tindakan wakil rakyat DAP dan PKR yang melompat parti.

 Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pandangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa blok ketiga pembangkang seolah-olah 'kosong tambah kosong sama dengan kosong'.

 "PAS tidak kosong kerana melalui persefahaman kita berjaya merampas Kelantan, Kedah dan Perak.

 "Jatuhnya Perak bukan kerana PAS tapi sebab DAP dan PKR. Kena ingat itu, bukan sebab PAS lompat. Tapi orang DAP yang lompat," katanya. ~ sumber

Komen al-Husseyn :

  Sajer-sajer nak jawab komen bodoh Hj Hadi yang tuduh kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada 2009, disebabkan tindakan wakil rakyat DAP dan PKR yang melompat parti.

  Sikit-sikit DAP! kalau bukan DAP tentu Anwar pula yang akan dipersalahkan. Inilah kerjabuat Hj Hadi, mengambil perangai Umno!

   Dia langsung tidak mahu menyalahkan Umno yang telah menyebabkan kejatuhan kerajaan PR di Perak. Apatah lagi untuk mengaku kesalahannya sendiri dalam menyebabkan kejatuhan kerajaan PR di Perak.

  Hj Hadi juga buat-buat lupa nak sebut pasal kejatuhannya sendiri di Terengganu? Asyik sebut pasal kejatuhan PR di Perak. Nampak sangat dia berdendam dengan DS Nizar dan Ahmad Awang.....

Berikut saya dedahkan bahawa Hj Hadi dan Umno adalah penyebab utama!

  Semua kita pun sudah tahu bahawa Umno adalah samseng yg merampas secara haram negeri Perak. Umno tidak sabar dan tidak boleh menerima kekalahan.

  Segala undang-undang tubuh kerajaan habis diredahnya ikut suka hati umno.

  DS Nizar telah berusaha untuk melawan kes itu melalui Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan berjaya mendapatkan semula kedudukannya.

 Namun selang beberapa hari kemudian, Mahkamah Rayuan telah membatalkan peghakiman tersebut dan mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

  Sudah tentu ada tangan tangan ajaib memainkan peranan mempengaruhi keputusan ini.

  Apakah Hj Hadi turut bersetuju dengan kepincangan tersebut semata-mata kerana hajat untuk melihat Kerajaan Perpaduan Umno-Pas wujud di Perak?

 Benarkah PAS bukan punca kejatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada 2009?

 Sebenarnya, secara tidak langsung Hj Hadi dan Haron Din telah turut sama terlibat menjadi penyumbang kepada kejatuhan kerajaan PR di Perak.

   Ketika Pas Perak bersama DAP dan Keadilan menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, Haron Din telah menghubungi Ust Ahmad Awang dan telah menghasutnya supaya keputusan itu difikirkan semula.Dia mahukan supaya Pas bergabung dengan Umno!

  Ust Ahmad Awang tetap bertegas dengan keputusan asal yang telah dibuat dan telah menolak begitu sahaja ajakan Umno untuk mernubuhkan kerajaan Melayu Islam di Perak.

  Walaupun begitu, Umno tidak terus kecewa dan duduk diam begitu sahaja. Apabila gagal pelan A. Mereka ada pelan B dan seterusnya.

  Maka dihasutnya 3 katak di Perak dengan menggunakan desas desus bahawa Pas mahu bergabung dengan Umno untuk menjadi kerajaan di Perak... Ini telah mendorong 3 katak di Perak  ini untuk melompat terlebih dahulu sementara ada tawaran dan peluang yang lumayan terbuka kepada mereka...Membuktikan kepada rakyat budaya korup UMNO.

  Inilah punca sebenar bagaimana 3 katak di Perak itu berjaya dihasut oleh Umno supaya melompat. Semuanya adalah gara-gara Haron Din dan Hj Hadi mahu bergabung dengan Umno!
 
  Ust Ahmad Awang turut mendedahkan beliau telah ditawarkan jawatan speaker oleh Umno jika bersetuju mewujudkan kerajaan campuran.Kalau Ust Ahmad Awang bersetuju bergabung dengan Umno, tentulah lainlah ceritanya sekarang....

   Kerajaan Perpaduan tajaan Haji Hadi dan Haron Din di Perak tentu berkekalan hingga ke hari ini!

Dan sudah tentu Hj Hadi tidak akan menyalahkan DAP !

Guan Eng cabar Shabudin : Ulangi tuduhan anda di luar Parlimen

Posted: 20 Mar 2016 05:52 PM PDT


  KUALA LUMPUR, 20 Mac - Lim Guan Eng hari ini mencabar Datuk Shabudin Yahaya Umno untuk mendakwa dia sekali lagi melakukan rasuah tetapi kali ini di luar Dewan Rakyat , jadi mereka tidak akan dilindungi oleh keistimewaan parlimen.

 Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata Shabudin telah tidak memperdulikan cabaran beliau untuk bersemuka hari ini untuk membincangkan apa-apa bukti bahawa dia telah membeli rumah George Town secara rasuah  dan berkata adalah tidak adil kerana beliau tidak diberi peluang untuk membela diri.

 "Saya amat kecewa kerana Shabudin tidak berani menerima jemputan saya untuk bersemuka pagi ini supaya dia boleh memberi bukti tentang dakwaan beliau di Parlimen.

 "Saya adalah salah untuk menganggap dia adalah seorang pemimpin yang berani yang mempunyai keberanian berdepan sebarang cabaran untuk mendedahkan kebenaran," kata Lim dalam satu kenyataan.

 "Ini bukan sikap pemimpin yang bertanggungjawab dan bermoral. Oleh itu, saya mahu dia mengulangi dakwaan rasuah yang dibuatnya terhadap saya di luar Parlimen supaya saya boleh mempunyai peluang untuk menyaman beliau kerana fitnah," katanya. 

Setiausaha Agung DAP itu pada Jumaat lalu telah meminta untuk bertemu dengan Shabudin hari ini untuk membincangkan dakwaan beliau secara terbuka di hadapan media.

 Tetapi malam tadi, Shabudin menghantar jemputan media, mengatakan bahawa beliau akan mengadakan sidang akhbar pada jam 11 pagi ini di pejabatnya di masa yang sama Lim mencadangkan untuk bersemuka dengan beliau. 

 LGE bukan saja memberi peluang pihak media
ke kediamannya di Jalan Pinhorn, malah menggesa
SPRM membuat siasatan segera terhadapnya .
Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu pada Khamis lalu mendakwa di Dewan Rakyat bahawa pembelian rumah Lim di Jalan Pinhorn di George Town itu adalah mencurigakan.

 Ahli parlimen Umno itu mendakwa mempunyai bukti mengaitkan pembelian tahun lepas untuk jualan 2012 tanah kerajaan di Taman Manggis kepada pemaju swasta untuk membina sebuah hospital swasta dan hotel.

 Beliau mendakwa Lim membeli rumah dengan harga di bawah pasaran daripada penjual yang telah dikaitkan dengan syarikat yang membeli tanah Taman Manggis.

 "Saya bersedia untuk mendengar hujah dan ulasan beliau apa bukti dia (Shabudin) mempunyai dalam mesyuarat hari ini," kata Lim. 

"Malangnya, Shabudin berundur dan melarikan diri daripada peluang untuk membuktikan bahawa dakwaannya itu bukan fitnah. Ini tidak adil kepada saya sebagai mangsa," katanya.

 Lim juga berkata beliau akan menulis surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa agensi itu untuk mempercepatkan siasatan mengenai perkara itu dan memastikan ia menjalankan tugasnya secara profesional, tanpa sebarang gangguan daripada pihak ketiga.

 Agensi itu berkata pada hari Jumaat bahawa ia akan melancarkan siasatan berhubung dakwaan Shabudin ini. ~ sumber

Tiada ulasan: