Ahad, 20 Mac 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Hudud : Pas tidak ghairah seperti dulu; Pas serah kepada Kerajaan Pusat !

Posted: 19 Mar 2016 06:00 PM PDT


   Kesian dengan mereka yang berpendirian macam Ust Idris Hj Ahmad ini… dia masih tidak memahami dan percaya bahawa Pas sudah tidak begitu ghairah nak memperjuangkan Hudud. Bacalah apa yang Setiausaha Agong Pas katakan itu.

 Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Hj Ahmad berkata tidak masuk akal, PAS menolak hudud di dalam perjuangannya apabila membentuk blok ketiga bersama Parti IKATAN pada 16 hb Mac 2016.

 Tapi kenapa masuk akal Ustaz Idris, bahawa Mat Sabu, Khalid Samad, DS Nizar, Hanipa Maidin dan lain-lain yang masuk Amanah tu menolak hudud?

  Wahai Idris, yang sebenarnya tidak ada siapa pun yang tuduh Pas tolak Hudud. Kami bukan macam kebanyakan ustaz-ustaz Pas yang semborono tuduh orang lain tolak Hudud.
 

   Kamu jangan nak putar belit. Yang jadi viral sekarang ni dan yang orang ramai perkatakan ialah pendirian baru Pas bahawa perlaksanaan Hudud boleh dikemudiankan atau ditangguhkan atau dilaksanakan secara beransur-ansur mengikut lunas demokrasi dan kehendak rakyat.

 Bukankah perkara yang ini juga pendirian bekas pimpinan PAS yang kini menubuhkan Amanah?

  Inilah yang menjadi persoalan ramai. Kenapa kalangan pemimpin Pas yang ada hari ini tuduh kalangan professional, Pakatan Rakyat yang berpendirian bahawa perlaksanaan Hudud boleh dikemudiankan atau ditangguhkan atau dilaksanakan secara beransur-ansur, sebagai menolak Hudud?

 Pas sanggup menyingkirkan kalangan professional dan memecahbelahkan PR semata-mata kerana menuduh mereka semua menolak Hudud.

 Pas tuduh DAP tolak Hudud dan tuduh kalangan professional kesemuanya itu ikut apa yang DAP perjuangkan – menentang Hudud.

 Pas melepaskan dirinya berada dalam kalangan pakatan yang kuat yang telah terbukti dapat menggerunkan Umno/BN, tapi kini memilih sebuah parti yang lemah, yang akar umbi pun tak mandang …ada yang ngabo, ahli Ikatan ada 79 orang sahaja...hahaha! senanglah kalau Dr Zuhdi nak jentik nanti!

Berikut pula komen dari Ust Che Ibrahim Mohamed di fesbuk :
 
Al Fadhil al ustaz YB Tuan Haji Idris Ahmad, rakan seperjuangan ku semenjak kita sama2 di pusat pengajian tinggi lagi....

 Kalau enta merasakan tidak masuk akal Pas tolak hudud, maka begitulah juga pendirian kami sekian lama, tidak masuk akal seorang muslim yg beriman kpd kitab allah menolak sebutir huruf pun ayat al quran, apalagi menolak hukum hudud.

 Jika seorang muslim Pas dianggap tidak masuk akal menolak hudud, adakah termasuk dlm akal seorang muslim spt ustaz2 baru dlm parti yg telah ana tinggalkan, hari2 menuduh pihak lain menolak hudud ??

 Adakah Pas tidak sedar kedudukan dan kuasa mahkamah syariah ketika mula mula membangkitkan isu hudud sehinggalah setelah dinasihat oleh rakan baru Pas, baru lah Pas tersedar kita perlu perkasakan Mahkamah Syariah dulu sblm berbicara utk melaksanakan hudud? ??

 Ambo tetap yakin, selagi negara masih mengamalkan dwi sistem mahkamah, laluan utk melaksanakan hukum hudud tetap masih berliku wpun kuasa mahkamah syariah diperkasakan kerana masalah sebenar dlm isu hudud ialah mahkamah syariah tidak ada kuasa membicarakan kesalahan2 jenayah kecuali beberapa kesalahan tertentu shj.

 Adakah keadilan Islam akan dpt ditegakkan dan masyarakat akan selamat hanya sekadar mengenakan hukum hudud untuk kesalahan zina, qazaf dan minum arak, sedangkan kesalahan2 lain terus dihukum dgn undang-undang thoghut spt yg sering dilaungkan oleh penceramah2 Pas???

Tiada ulasan: