Nuffnang

Pengikut

ALHUSSEYN

sumber :-

ALHUSSEYN


Isu hudud: AMANAH tuntut PAS berhenti mempolitikkan Hudud dan pohon maaf.

Posted: 19 Mar 2016 07:53 AM PDT


  Tahniah blok ketiga PAS-IKATAN. Tergantung kepada usaha dan pendekatan blok baru ini, jangka usianya akan ditentukan. Sebagai ingatan, parti berdasarkan ideologi dan kuat pula doktrinnya bukan mudah untuk bergabung dengan pihak lain, tambahan kalau mereka mengakui "western-educated liberal". PAS wajar segera dewasa dengan realiti.

 Pun begitu, ramai yang terkejut dengan laporan sidang akhbar mereka semalam (FMT dan lain-lain). Kejutan tercetus kerana tajuk yang diberikan portal berita FMT "PAS-IKATAN sepakat hudud tidak sesuai di Malaysia". Pada awalnya saya jangka FMT silap lapor atau ada 'spin' tajuk oleh wartawan.

 Setelah mendengar dengan teliti sendiri video sidang akhbar itu, saya yakin laporan itu adalah benar dan tepat dengan maksud penerangan yang dibuat oleh kedua-dua presiden parti itu.

 Dengan ini maka jelas kepada semua bahawa pendirian dan sikap PAS terhadap kedudukan hudud telah berubah. PAS yang sebelum ini menganggap, bahkan menuduh pelbagai pihak yang menolak perlaksanaan hudud di Malaysia – dengan hujah memerlukan suasana kondusif, tidak bertepatan dengan keutamaan dan umat yang belum bersedia – sebagai golongan yang menolak hudud.

 Bahkan ada sesetengah pimpinan dan ulama PAS langsung menuduh pihak-pihak tersebut sebagai liberal, sekular serta menentang syariah. Lebih berat lagi, ada di kalangan ustaz-ustaz PAS ini yang mengajar di masjid-surau, telah menjatuhkan hukuman murtad dan kafir ke atas mereka yang didakwa perlu bertaubat.

 Ternyata mengikut video ini, PAS telah menggunakan hujah yang sama untuk memberi alasan mengapa hudud tidak boleh dilaksanakan ketika ini di Malaysia.

  Sikap melampau 

 Justeru PAS wajar menjelaskan kedudukan sebenarnya serta segera menarik balik tuduhan dan memohon maaf kepada semua pihak yang telah mereka zalimi dengan sikap melampau (al-ghuluw). Antara yang tertuduh adalah Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin yang telah pun mengeluarkan kenyataan beliau dalam Facebooknya semalam.

 Mengandaikan mereka sebenarnya faham prasyarat perlaksanaan hudud (termasuk keperluan pindaan perlembagaan), maka tidak dapat dielakkan tanggapan dan persepsi umum bahawa PAS telah secara sengaja, menekankan agenda perlaksanaan hudud sebelum ini, demi untuk mencetuskan pertelingkahan di kalangan pemimpin dan parti-parti Pakatan Rakyat, bagi akhirnya memecahkan gabungan pembangkang ini. Perkara ini telah pun menjadi rakaman sejarah.

 Pimpinan ulama PAS juga telah menggunakan isu pelaksaan hudud bagi berkempen untuk menyingkirkan golongan aktivis-profesional, yang kononnya menolak perlaksanaan hudud dalam muktamar Pas lalu.

 Berdepan dengan suasana kemelut kepimpinan politik yang hampir memusnahkan negara ini, saya secara peribadi dari pimpinan AMANAH menyeru seluruh kepimpinan politik daripada semua parti-parti politik pembangkang mahupun kerajaan supaya menumpu agenda besar reformasi dan penambahbaikkn (al-lslah) dalam rangka memenuhi gagasan #SelamatkanMalaysia.

 Wajar ditamatkan segera dan selama-lamanya mempolitikkan agama, khususnya persoalan hudud, bagi menjatuhkan lawan dan seteru politik dengan tuduhan dan hukuman mengkafirkn lawan.

 Sebaliknya kami menganjurkan supaya persaingan politik di pentas demokrasi dengan cara penganjuran (advokasi) dasar-dasar dan polisi serta program masing parti dan gabungan.

  Pemangsaan rakyat 

 Ini bagi memacu dan menjamin pembinaan kembali maruah, kedaulatan dan daya saing negara ini yang amat terjejas dewasa ini.

 AMANAH menekankan perjuangan menggapai matlamat dan cita-cita yang terangkum dalam maqasid al-syariah, yang antara lainnya bermatlamatkan mengangkat 'kemuliaan insan' (karamah insaniyyah), sekali gus membanteras segala bentuk diskriminasi dan pemangsaan rakyat atas apa jua pemahaman agama dan perkauman yang sempit dan salah.

 Segala matlamat dan tujuan syariah yang untuk memelihara dan mengembangkan kesejahteraan, kemakmuran dan kedamaian individu rakyat dan masyarakat dengan prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan dan kebertanggungjawaban adalah kemestian yang harus diperjuangkan semua.

 Kami bercita-cita untuk mewujudkan satu konstruk politik yang sihat dan vibrant, di mana semua institusi kritikal negara dapat berperanan menjalani tugasan menyemak-imbangi serta mencegah pemusatan kuasa eksekutif.

 Hanya ketika penyalahgunaan kuasa oleh penguasa politik dapat dicegah serta pembanterasan amalan rasuah, ketirisan, pembolotan dan pembaziran dapat dijayakan, barulah negara mampu memacu pembangunan yang adil dan mapan serta rakyat seluruh mengecapi kekayaan dan pertumbuhan yang bermakna.

 Semua kebejatan rasuah, ketirisan dan salah-guna kuasa, sama ada yang berlaku di pihak kerajaan Persekutuan mahupun mana-mana kerajaan negeri, wajib dibanteras segera dan rakyat yang celik dan mempunyai maklumat serta informasi, tidak lagi boleh diperkotak-katikkan serta dibelenggui oleh pimpinan kerajaan pusat dan negeri.

 Semoga Allah merahmati rakyat dan negara tercinta ini!

 DR DZULKEFLY AHMAD 
pengarah strategi, 
Parti Amanah Negara (AMANAH). ~ sumber

PAS akan "LEBIH" menumpukan kepada agenda UMUM iaitu memperkasakan Perlembagaan

Posted: 18 Mar 2016 08:54 PM PDT

Mohd Fitri Bin Asmuni

   Presiden PAS menegaskan bahawa PAS akan "LEBIH" menumpukan kepada agenda UMUM iaitu memperkasakan Perlembagaan yang ada pada hari ini. 
Kalau inilah pendirian PAS, maka inilah juga sebenarnya pendirian bekas pimpinan PAS yang kini menubuhkan Amanah.

   Saya sengaja tidak mahu memberi komentar segera sejurus selepas pembentukan Blok ke-3 PAS-IKATAN semalam (16.03.2016) untuk mengelak daripada tersilap mengambil berita daripada sumber-sumber yang dianggap separuh masak.

 Saya cuba untuk "observe" dahulu walaupun di media sosial sudah viral mengenai pendirian Presiden PAS dan IKATAN ataupun Blok ke-3 berkaitan perlaksanaan hudud di Malaysia.

 Saya TABAYYUN semua sumber dan maklumat yang ada di sekeliling termasuk dari laporan media, kenyataan media dan laman rasmi PAS sendiri.

 Daripada semua sumber berikut, maka saya memilih (1) kenyataan media Syaiful Hizam, Pengarah Media Baru Jabatan Penerangan PAS Pusat, sidang media (2) Presiden PAS dan (3) IKATAN, penjelasan (4) Ketua Dewan Ulama PAS dan (5) Ketua Penerangan PAS Pusat sebagai sandaran kerana ianya adalah sumber primer daripada mereka sendiri.

 Maka kesimpulan daripada kelima-lima sumber yang saya rujuk di atas, PAS dan Blok Ke-3 berpendirian bahawa perlaksanaan Hudud boleh dikemudiankan dan/atau ditangguhkan dan/atau dilaksanakan secara beransur-ansur mengikut lunas demokrasi dan kehendak rakyat.

 Apabila ditanya oleh wartawan mengenai agenda utama PAS ie. Hudud selepas pembentukan Blok Ke-3 semalam, Presiden PAS menegaskan bahawa PAS akan "LEBIH" menumpukan kepada agenda UMUM iaitu memperkasakan Perlembagaan yang ada pada hari ini.

 Kalau inilah pendirian PAS, maka inilah juga sebenarnya pendirian bekas pimpinan PAS yang kini menubuhkan Amanah.

 Mereka tidak pernah menolak hudud. Mereka tahu apa kesannya kalau menolak hudud. Mereka hanya berpandangan agar PAS menumpukan kepada agenda umum yang dipersetujui bersama dalam Pakatan Rakyat seperti isu rasuah, salahguna kuasa, ekonomi dan kemiskinan. Namun pandangan mereka diperkecilkan, keimanan mereka dipersoalkan dan kesetiaan mereka kepada PAS dipertikaikan.

 Tetapi hari ini PAS terpaksa menerima pakai pendirian yang dipegang oleh pimpinan AMANAH mengenai hudud kerana mungkin mereka baru tersedar dari tidur bahawa realiti di Malaysia, banyak lagi keutamaan yang harus diperjuangkan daripada hanya menumpukan kepada perlaksanaan hudud semata-mata.

 Kalau sebelum ini pimpinan PAS dilihat seolah-olah menafikan kuasa rakyat dan peranan Perlembagaan apabila mereka dengan egonya bercakap bahawa apa gunanya kemenangan di Putrajaya kalau tidak mendapat redha Allah, tetapi hari ini PAS terpaksa akur apabila Presiden IKATAN sendiri berkata semalam bahawa perlaksanaan hudud kita serahkan kepada kehendak rakyat.

 Malangnya, PAS lebih akur dengan pandangan Presiden IKATAN yang tidak pernah menjadi ahli PAS pun berbanding dengan pandangan bekas pimpinan PAS yang sudah bertahun-tahun menjadi ahli PAS, hidup dalam PAS, berjuang dengan PAS, bersusah payah untuk PAS.

 Sungguhpun begitu, kami yang berada di dalam AMANAH tidak pernah merasa kecewa kerana kami yakin rahmat Allah itu Maha Luas bahawa Islam itu bukan milik PAS semata-mata dan kemenangan Islam itu bukan untuk PAS semata-mata, malah Islam adalah milik semua umat Islam yang cintakan Islam dan kemenangan Islam boleh dianugerahkan kepada sesiapa saja yang ikhlas...

 Maafkan sahabat saya dalam PAS, apa yang saya tulis adalah berdasarkan kepada sumber-sumber anda sendiri.. ~ sumber

# Mohd Fitri Asmuni adalah Timbalan Ketua AMANAH Perak. 

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT