Rabu, 16 Mac 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


IKATAN Cabut Nyawa Pas !!

Posted: 16 Mar 2016 09:16 AM PDT

  Pas selama ini ngaku kononnya memperjuangkan Hudud hinggakan Mursyidul 'Am Pas Haron Din pernah mengaku bahawa 'Hudud Nyawa Pas'.

  Pas sanggup melabel pelbagai tuduhan buruk malah 'kafir' kepada siapa sahaja yang bantah perjuangan hududnya itu.

  Pas begitu beriya-iya nak laksanakan hukum Hudud bila Jamil Khir janjikan jalan mudah untuk Pas bawa ke parlimen nanti.

   Ternyata janji manis Jamil Khir itu hanya untuk memerangkap Pas untuk menjadi kaldai tunggangan Umno bagi memecahbelahkan Pakatan Rakyat ketika itu.

  Akhirnya Pakatan Rakyat berjaya dikuburkan dan mereka yang kuat mahu mempertahankan pakatan tersebut disingkirkan melalui 'undi Chai'.

   Tapi kini nampaknya 'Hudud Nyawa Pas ' itu yang disebut-sebut  Haron Din sudah dicabut oleh rakan gabungan barunya IKATAN.

  Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

 "Saya tidak fikir, situasi di Malaysia sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata, hudud kita fikir kemudian, apa yang dibentangkan di Parlimen bukan utk melaksanakan hudud.Baca lagi di sini

   Hoit! memang itulah apa yang DAP katakan. Itulah juga yang  DS Nizar , Khalid Samad dan rakan-rakan mereka yang kini berada dalam Amanah pernah katakan.
 

   Malah itulah juga yang pernah Hj Hadi katakan ketika bersama Pakatan Rakyat dulu dan ketika TGNA masih hidup. Kalaulaporan muka depan Utusan di atas itu membohong, sudah tentu Hj Hadi dah saman!! So walauta jangan nak bagi alasan sebab itu laporan Utusan, maka ia adalah bohong!!

  Rakaman vdo pun ada di sini, memaparkan Hj Hadi berkata : "Kita dahulukan yang mana dahulu.Dahulukan masalah atasi kemiskinan.Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan. Hukum mencuri tak boleh dijatuh kalau gaji minima tidak dilaksanakan."

  Apa yang dibantah oleh kalangan mereka yang profesional dalam Pas dulu adalah cara pelaksanaannya, bukan hukumnya.

  Hanipa Maidin, bekas pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS diejek 'boo' perwakilan muktamar di Kuala Selangor ketika mendedahkan bahawa RUU persendirian  Hj Hadi yang nak dibawa ke Parlimen itu tidak pernah masuk dalam perbincangan PAS Pusat.

 "Dan apabila saya lihat RUU itu ada beberapa kelemahan..." jelas Hanipa.

  Pas menjadikan isu Hudud viral walhal benda yang Hj Hadi nak bawa itu pun bukan hudud sebagaimana yang dia kata, tetapi cuma nak meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang juga dikenali sebagai Akta 355 itu...

  Jadi Presiden IKATAN, Abdul Kadir Sheikh Fadzir adalah orang yang ketinggalan bas bila dia kata, PAS mahu membentangkan hudud di Parlimen bukan utk melaksanakannya tetapi sekadar mahu meningkatkan kuasa mahkamah syariah.

   Seperkara yang peliknya pakatan PAS dengan IKATAN ini ialah, bagaimana Kadir Sheikh Fadzir yang telah keluar Umno ini boleh pula nak berkawan dengan PAS yang dilihatnya berperangai buruk seperti Umno?

  Dalam satu perbualan santai dengan seorang aktivis bernama Ahmad Sayuti Bin Bashiron,  Kadir Sheikh Fadzir telah menyatakan antara lainnya :


"Masalah PR paling utama memang pada PAS. Mulut sebut nak ganti UMNO sejak dulu. Rupanya yg diganti tu perangai-perangai  buruk UMNO diambilnya. 

  "PAS yg diharapkan boleh jadi tempat utk orang-orang Melayu Islam yg sokong UMNO dulu utk datang pada PAS. Tapi sekarang hakikatnya orang-orang Melayu termasuk bekas-bekas pimpinan UMNO dalamm PAS itu pun dah makin menyampah pada PAS, dan pakat lari dari PAS. (baca di sini)

    Tapi paling pelik dan lawak ialah Pas sendiri yang pernah kata Pas lebih kuat dengan bersendirian. Pas sanggup tinggalkan kawan-kawan yang hebat dan terbukti telah membantu Pas beroleh kejayaan tetapi kini pilih untuk berkawan dengan orang yang pernah mengutuknya!

'Blok Ketiga PAS' : Gelong lagi Ding - Dong!

Posted: 15 Mar 2016 05:34 PM PDT


  Pas yang selama ini mengaku yang ia lebih kuat bila bersendirian, tiba-tiba buat kejutan mahu menjalin kerjasama dengan sebuah parti bagi memperkukuhkan kedudukannya untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

  Demikian yang diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan pada 10 Mac lalu.

  Tanpa menamakan parti itu, beliau berkata, "Kami adalah blok ketiga. Dalam Perlembagaan (Pas) kami boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang mempunyai pandangan yang sama dengan kami. Perjuangan dan tuntutan yang sama," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.(di sini)

  Bekerjasama dengan 'yang mempunyai pandangan yang sama dengan kami. Perjuangan dan tuntutan yang sama' - Menarik sungguh ungkapan Taki ini. Agaknya parti dan Ngo manalah yang dimaksudkan oleh Setiausaha Agong Pas ini??

  Pada hari keesokannya pula, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Khairuddin Aman Razalimendedahkan, Parti Ikatan Bangsa Malaysia merupakan antara parti yang dijangka bekerjasama dengan parti tersebut.

 "Kita yakin ada lagi parti yang tidak bersedia untuk bersama Pakatan Harapan dan Umno. Sebagai contoh, Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan di luar sana banyak lagi parti kecil di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, ada NGO (badan bukan kerajaan) yang tidak masuk parti seperti Kongres Rakyat," katanya di sini.

  Kah! Kah! Kah! Betul ker parti Ikatan tu mempunyai pandangan yang sama dengan Pas? Perjuangan dan tuntutan yang sama dengan Pas? Korang fikir-fikirlah sendiri! Cumanya tentu ramai yang akan geli hati! Memang dalam Pas ramai Pak Lawak!!

  Hoit! Tiba-tiba dakwaan at-Takiri dinafikan oleh Kadir Sheikh Fadzir .....

 Portal The Star Online melaporkan penafian Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengenai perkara itu. "Tidak, ia tak benar. Kami rapat dengan PAS tetapi kami tiada hubungan rasmi," katanya.

  Kesian dengan Pas....ibarat hidung tak mancung tapi pipi disorong-sorongkannya.

  Setelah memisahkan diri dari Pakatan Rakyat dan mengaku jadi lebih kuat, tapi tanpa ada rasa malu, masih tergila-gilakan untuk bersama PKR di Selangor.

   Kenapa Pas tidak berani keluar dari kerajaan Selangor hari ini untuk membuktikan 'politik matangnya' sebagaimana dakwaan Dr Zuhdi bahawa kewujudan blok politik ketiga yang ditaja oleh PAS kononnya akan menyuburkan demokrasi dan memperkukuhkan sistem semak imbang dalam pentadbiran negara.

  Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) itu berkata, dengan wujudnya blok politik ketiga tersebut, ia akan lebih membawa ketelusan seterusnya kesejahteraan kepada negara dan rakyat.

  Kenapa mahu tunggu sehingga PRU ke-14 nanti baru nak tubuhkan 'Blok Kuasa Ketiga'?

  Pas sepatutnya membuktikan teorinya itu di Selangor dan juga dalam menghadapi PRU Sarawak yang dijangka akan berlaku menjelang April ini. Dan apakah Pas juga akan menaja tokoh-tokoh dari NGO seperti Ibrahim Ali,  Rani Kulup dan Ali Tinju menjadi calon Pas memandangkan mereka sebagai ahli NGO tidak boleh bertanding mewakili persatuan mereka.

  Pas tentu gembira bila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji dan mengalu-alukan tindakan Pas untuk menubuhkan pakatan baharu di sini

  Itulah tujuan sebenar Pas yang hanyalah bertujuan menjadi kaldai tunggangan Umno/BN semata-mata.

 Timbalan Perdana Menteri menggosok-gosok kepala kaldai yang mahu menyaingi dan menggugat Pakatan Harapan yang bergabung didalamnya AMANAH, DAP dan PKR.

 Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan 'Blok Ketiga PAS' itu menggugat PH.
 
   Ketua Biro Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Samad berkata,"Adalah lebih baik PAS menyertai BN kerana langkah mereka untuk membentuk satu gabungan pembangkang baru dengan penyertaan parti politik dan badan bukan-kerajaan (NGO – non-government organisation) adalah satu langkah yang memang nampak jelas akan memecahbelahkan pihak pembangkang,"

 Khalid juga berpendapat, sehingga hari ini semua langkah politik yang diambil oleh Pas adalah langkah yang mengugat Pakatan Harapan tetapi menguntungkan pihak musuh.

 "PAS sekarang kelihatan sudah tidak tentu arah. Adakah PAS hendak menyebelahi pihak pembangkang atau menyebelahi BN?" tanya Khalid lagi.

  Hj Hadi dan Haron Din sudah lama jawab. Kalian pun sudah tahu.Janganlah kita pula terikut-ikut dengan mereka yang gelong lagi ding-dong!

Tiada ulasan: