WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- ZAMIHAN DIKECAM WARGA MAYA SEBAGAI PENAKUT
- KENAPA AMANAH BERTANDING DI SELANGOR..
- MAKLUMAN -AWAS KEPADA SEMUA PENGGUNA FB,WASSAP,BLOGGERS ,TWEETERS
- Apandi jadikan sistem perundangan macam badut
- GONG XI FA CAI
- Nasib Baik Bukan Mat Sabu Punya Hal Bro ? Kalo Tidak?...BATU BARA BLOGSPOT
- PUNYA NAK DAPAT SEMULA KEPERCAYAAN KAUM CINA...SANGGUPKAH BERPAKAIAN BEGINI???
- ‘APAKAH MAKNA RM2.6 BILION PELABURAN?’ TANYA ANWAR DARI PENJARA
- ‘DAKWA RAZAK BAGINDA DI PERANCIS SELESAI KEMELUT RASUAH SCORPENE’ DR M
- PERMAINAN ‘TANGKAP PM’ JADI REBUTAN DI INTERNET
- ‘BUKTI BAHARU DARI ARAB SAUDI, BUKA SEMULA KES RM2.6 BILION’
ZAMIHAN DIKECAM WARGA MAYA SEBAGAI PENAKUT Posted: 08 Feb 2016 05:06 AM PST Ramai warga maya menganggap bahawa Zamihan sebagai seorang yang penakut untuk berdebat secara terbuka. Ustaz Asri yang pernah memberikan saranan agar debat bersama Zamihan ini dibuat secara langsung, namun hari ini beliau memberikan alasan agar dinasihatkan oleh Shahidan Kasim supaya dibuat secara tertutup...lihat komen warga maya mengutuk beliau. Asri setuju 7 tarikh alternatif debat Zamihan sebelum tutup kes |
KENAPA AMANAH BERTANDING DI SELANGOR.. Posted: 08 Feb 2016 03:28 AM PST "Ramai yang bertanya tentang kesahihan laporan Sinar Harian hari ini tentang hasrat Amanah Selangor nak bertanding lawan PAS dlm PRU 14 akan datang. Jawapan nya betul cuma tak berapa lengkap. Butir-butirnya begini: ✔ 1. Kami menganggap pertandingan dalam PRU 14 akan datang adalah hanya antara Pakatan Harapan dan BN sahaja. Di bawah sistem demokrasi, mana-mana calon daripada parti lain atau bebas pun boleh bertanding tetapi kami menganggap itu tidak membawa apa-apa makna kerana mereka tidak berupaya membentuk kerajaan jika menang satu atau dua kerusi sahaja. Justeru itu PH akan meletakkan calon di semua kerusi, DUN dan Parlimen bagi menentang BN kerana kita mahu mengambil alih pentadbiran di negeri-negeri dan Persekutuan. ✔ 2. Amanah mengambil keputusan menggantikan PAS dalam PH dan dengan itu secara automatik akan mewakili PH bertanding di semua kawasan yang ditandingi PAS dalam PRU 13 dahulu. Walaubagaimanapun keputusan terakhir bergantung kepada perbincangan sesama rakan-rakan dalam PH yakni PKR dan DAP. Dan PAS TIDAK terlibat dalam perbincangan ini kerana PAS bukan parti komponen PH. ✔ 3. Tindakan ini bukan berasaskan dendam atau marah kepada PAS tetapi atas kesedaran bahawa pembangkang perlu bersatu atas satu platform jika ingin menumbangkan Umno/BN sebagaimana yang dibuktikan dalam PRU 12 dan 13. Dan platform yang dimaksudkan ialah Pakatan Harapan. Sehingga hari ini PAS menolak PH dan menyatakan ingin bekerjasama dengan Umno. Maka kami dalam PH menganggap PAS akan menjadi lawan kami dalam PRU akan datang kecuali ada perubahan drastik pada kedudukan PAS sekarang. ✔ 4. PH menegaskan sekali lagi bahawa rakyat termasuk pembangkang perlu bersatu untuk menumbangkan Umno/BN demi rakyat dan negara. Umno/BN sudah tidak relevan lagi, sudah rosak "beyond repair" dan mesti ditumbangkan dalam PRU 14. Kami masih membuka pintu pada semua yang sedia bersama PH untuk menentang BN. Tetapi pintu ini tidak terbuka sampai bila-bila kerana PRU 14 makin hampir." Ir Izham Hashim Pengerusi AMANAH Selangor |
MAKLUMAN -AWAS KEPADA SEMUA PENGGUNA FB,WASSAP,BLOGGERS ,TWEETERS Posted: 08 Feb 2016 02:38 AM PST SKMM WALAU BAGAIMANA PUN MENAFIKAN MEREKA MENGELUARKAN ARAHAN SEBEGINI |
Apandi jadikan sistem perundangan macam badut Posted: 08 Feb 2016 01:59 AM PST KUALA LUMPUR 8 FEB: Keseluruhan sistem perundangan di negara ini seakan-akan di'badut'kan bagi melindungi skandal rasuah yang menyelubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali, berkata seluruh sistem seakan-akan di'badut'kan oleh tangan-tangan berkepentingan yang gagal meletak kebenaran di tempat teratas. "Kegilaan apakah ini? Jika keadaan ini berterusan, rakyat bukan sahaja akan melakar imej wajah Najib untuk di'badut'kan, bahkan rakyat akan hilang kepercayaan," katanya. Beliau berkata demikian pada kenyataan media hari ini berikutan percanggahan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dengan Menteri Luar Saudi, Adel bin Ahmed al-Jubeir. Menteri Luar Saudi, Adel menyatakan dana RM2.6b itu bukan sumbangan politik atau ia berasal dari kerajaan Arab Saudi sebaliknya 'pelaburan' yang tidak dinyatakan Sebaliknya, Apandi ketika membebaskan Najib dari siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan dana itu sebagai suatu sumbangan Sheikh Omar berkata, Apandi harus merungkai persoalan itu dan mengangkat kebenaran berikutan rakyat seolah-olah dipermainkan dengan kenyataan 'flip flop' berhubung skandal itu. Beliau mempersoal sama ada Apandi bakal menuruti langkah polis yang mewujudkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) bagi menyekat penggunaan media sosial untuk mengkritik Najib. Katanya, Apandi seolah-olah mengikuti jejak langkah sama apabila mahu meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dengan menjadikan penjara seumur hidup dan 10 sebatan sebagai hukuman. "Ia digambarkan terhadap mereka yang membocorkan rahsia negara dan wartawan yang melaporkannya," katanya sambil mengakui rahsia dan keselamatan negara perlu dipelihara. Namun, kata Sheikh Omar, semangat perlembagaan dan undang-undang yang luhur dalam sesebuah negara demokrasi mesti menyebelahi dan menegakkan kebenaran. |
Posted: 08 Feb 2016 01:56 AM PST |
Nasib Baik Bukan Mat Sabu Punya Hal Bro ? Kalo Tidak?...BATU BARA BLOGSPOT Posted: 08 Feb 2016 01:13 AM PST ITU AKU KATA KALAU DEPA BUAT TAK APA ...KALAU ORANG LAIN BUAT SAH KAPIAQ....TAK GUNA BETOI...GUNA AGAMA UNTUK KEPENTINGAN PARTI KA OIIIIIINasib Baik BukanMat Sabu Punya Hal Bro ? Kalo Tidak?"Meraikan orang-orang Cina semperna Tahun Baru Cina bukanlah suatu kesalahan keranaia adalah perayaan budaya orang Cina sejak zaman berzaman tetapi meniru tatasusila serta berpakaian seperti Dewa sembahan orang Cina mendapat pertikaian orang ramai." Kah Kah Kah Kalo Bro Mat Sabu Presiden Amanah tu yang buat perangai pakai macam 'orang PAS' nie bro? Seantero Malaya nanti PAS melalui Pascai dan Walaa auta depa akan canang sepanjang tahun bro? Depa nanti hingaq yang bukan-bukan? kes Mat Sabu yang dah setel 20 tahun lebih pun depa penaik depa dendang lagi bro? Kah Kah Kah - Lihat Bang Mat tahu hukum hakam Islam yang mana boleh yang mana tak boleh, Amanah ada dua penasihat hebat..tentu Bang Mat akan tanya dulu perkara2 'syubhah' macam nie ! Melahok dan melehaq sangat PAS nak raih undi Cina, tapi dengan Cina DAP bukan main kasaq lagi bahasa depa? Apa yang depa tak kata kat DAP? cer tengok balik bawah nie.. Kita tengok laa apa DUPP akan ejas nanti? Ini soal tatasusila bro ! ia ada hukum jelas berkaitan dengan bentuk perlakuan seperti yang Setiausaha Perhubungan Pas Negeri Selangor YB Mohd Khairudin Othman membuat 'aksi' begini? Sama-sama kita tunggu! Nasib baik bukan MAT SABU yang pakai pakaian seperti Dewa Sembahan Orang Cina PAS SELANGOR TERDESAK MERAIH SOKONGAN ORANG CINA SEMPERNA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2016 Terdesaknya Pas untuk meraih sokongan undi daripada orang Tionghua sehingga sanggup meniru tatasusila serta kepercayaan orang-orang Cina beribadat dengan berpakaian laksana dewa-dewa sembahan orang Cina. Meraikan orang-orang Cina semperna Tahun Baru Cina bukanlah suatu kesalahan kerana ia adalah perayaan budaya orang Cina sejak zaman berzaman tetapi meniru tatasusila serta berpakaian seperti Dewa sembahan orang Cina mendapat pertikaian orang ramai. Nabi s.a.w melarang umat Islam meniru tatasusila orang bukan Islam, antaranya sabda Nabi s.a.w: Nabi juga bersabda: "Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka dia tergolong daripada mereka."(Sahih Ahmad). Apa agaknya yang akan di jadikan kenyataan Majlis Syura Ulama Pas berhubung peristiwa ini. Adakah mereka akan menghalalkan tindak tanduk Setiausaha Perhubungan Pas Negeri Selangor YB Mohd Khairudin Othman.? Admin~ Ustaz Ahmad Awang Supporters copy dan paste dari KDL@Nasib baik bukan MAT SABU yang pakai pakaian seperti Dewa Sembahan Orang Cina AL-Kisah Masak lebai PAS jadi lauk sekarang..... Wala'un pun tak sempat nak angkat muka, peluru datang bertalu-talu, tak sempat nak tepis..... lepas satu, satu... Wala'un sampai phobia, tak berani nak bukak FB. Kah Kah Kah Apa Keperluan memakai begitu? Itu bukan Maharaja Cina tetapi salah seorang drp 8 dewa kepercayaan kaum cina. kisah klasik Tionghoa. Mereka adalah simbol keberuntungan bagi masyarakat Tionghoa. 6. ningrat, 7. pria dan 8. wanita. dewa Cao Guo Jiu. Kalau diperhati, di rumah² kaum tionghua ada tempat sembahyang utk dewa² ni.Sekarang, apakah perlu YB Khairuddin memakai pakaian dewa yang menjadi sembahan kaum lain? Apa hukumnya? Memadailah kita cuma sama² meraikan sambutan tahun baru (kalender) cina.. Ustaz Ahmad Awang Supporters |
PUNYA NAK DAPAT SEMULA KEPERCAYAAN KAUM CINA...SANGGUPKAH BERPAKAIAN BEGINI??? Posted: 08 Feb 2016 01:10 AM PST Kepada; Yang Berhormat Setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU) Parti Islam SeMalaysia (PAS) Yang Berhormat Ustaz, PEMAKAIAN BERUPA DEWA CINA OLEH YB KHAIRUDIN OTHMAN (SETIAUSAHA PAS SELANGOR) Merujuk kepada hal diatas yang semakin viral menerusi laman sosial. 2. Saya menuntut MSU menyatakan pendirian berdasarkan rujukan dan bersandarkan hukum atas tindakan YB Khairudin Othman tersebut. 3. MSU perlu segera tampil membuat penjelasan dan tidak mendiamkan diri. Jika ia suatu pelanggaran syariat, YB Khairudin mesti diminta bertaubat nasuha dan sekaligus melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Perhubungan PAS Selangor dengan serta merta. Jika sebaliknya, MSU diminta mengarahkan semua para ustaz yang merupakan ahli dan penyokong PAS untuk memberikan penjelasan bahawa perlakuan Setiausaha PAS Selangor adalah diharuskan demi mengekalkan perpaduan kaum dan kepentingan parti sewaktu PRU akan datang. 4. Perkara ini mesti disegerakan kerana ia sudah mula 'panas' dan YB Khairudin hingga kini masih mendiamkan diri. 5. Sudah kedengaran disana sini ungkapan siapa sebenarnya boneka DAP?. Ini amat memalukan PAS. Harap MSU segera mendapatkan dalil untuk mengharuskan tindakan peribadi tersebut kerana sekarang PAS diheret sama. Sekian. Haji Ahmad Jauhari Maskon Sabak Bernam Selangor 8 Feb. 2016 |
‘APAKAH MAKNA RM2.6 BILION PELABURAN?’ TANYA ANWAR DARI PENJARA Posted: 08 Feb 2016 12:45 AM PST 'Apakah makna RM2.6 bilion pelaburan?' tanya Anwar dari penjaraTeka-teki berhubung wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri turut menarik perhatian bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bingung dengan pendedahan terbaru bahawa wang yang diterima Datuk Seri Najib Razak itu bukanlah derma tetapi sebenarnya satu 'pelaburan', Anwar mempersoalkan pemaknaan (signifikasi) pendedahan itu. "Apakah signifikasi pendedahan ini? Kini dikatakan sumber wang bukan sumbangan tapi "pelaburan" dari seorang warga…," ujar Anwar dalam twitternya yang tersebar di laman sosial. Baru-baru ini media antarabangsa, New York Times (NYT) melaporkan pengakuan Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir bahawa wang AS$681 juta yang dimasukkan ke akaun bank Najib bukan dari kerajaan negara itu atau satu sumbangan politik. Beliau juga dilaporkan berkata, wang itu disalurkan kepada sebuah "pelaburan di Malaysia". "It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia (Ia adalah warga Saudi, saya percaya, dan dana itu diberi kepada satu pelaburan di Malaysia)," katanya dalam satu temu bual dengan NYT. Akhbar yang berpangkalan di New York itu turut memetik kenyataan seorang kerabat diraja Saudi yang tidak mahu dikenali, bahawa wang itu datang daripada seorang putera Saudi, tetapi ia bukan derma. Kerabat itu turut mempersoalkan jumlah wang tersebut tetapi berkata dana itu merupakan sebahagian daripada perjanjian perniagaan. Bulan lepas, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, AS$681 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib sebagai derma dari keluarga diraja Saudi serta diberikan "tanpa mengharapkan balasan" dan menutup kes itu. Tetapi, pihak berkuasa di Switzerland yang menyiasat cabang pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menemui sejumlah AS$4 bilion (RM16.8 bilion) hilang daripada syarikat negara milik negara. Peguam Negara Switzerland Michael Lauber juga menyuarakan kebimbangan atas keputusan rakan sejawatnya di Malaysia yang menghentikan siasatan ke atas kes perpindahan dana ke dalam akaun Najib itu, mengatakan tindakan itu akan mengganggu siasatan yang dijalankan Switzerland ke atas 1MDB. Apandi kemudiannya membalas kenyataan tersebut, mengatakan siasatan yang sedang dilakukan negara itu ke atas 1MDB adalah siasatan yang berasingan daripada kes derma RM2.6 bilion itu, lapor The Malaysian Insider. Dalam satu temu bual eksklusif dengan Sinchew Daily yang disiarkan semalam, Apandi mendedahkan salah seorang putera Allahyarham Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud ialah orang yang menderma RM2.6 bilion kepada Najib. Apandi bagaimanapun tidak mendedahkan identiti penderma itu. Raja Arab itu, yang meninggal dunia pada Januari tahun lepas, mempunyai 9 orang putera dan 10 puteri. "Kami tahu nama dia (penderma). Dia bukan arwah Raja Saudi tetapi anak raja itu. Dia masih hidup," ujar Apandi. |
‘DAKWA RAZAK BAGINDA DI PERANCIS SELESAI KEMELUT RASUAH SCORPENE’ DR M Posted: 08 Feb 2016 12:40 AM PST 'Dakwa Razak Baginda di Perancis selesai kemelut rasuah scorpene' Dr M berkata Abdul Razak Baginda perlu diheret ke mahkamah di Perancis jika individu terbabit atau syarikatnya menerima wang daripada syarikat pembina kapal selam. Menulis dalam blognya hari ini Dr Mahathir berkata Abdul Razak dan syarikat dimiliknya sudah dinamakan dalam kes mahkamah berkaitan kapal selam Scorpene di Perancis. Kata Dr Mahathir, Abdul Razak (gambar) pasti tidak akan didakwa di Malaysia kerana jika peguam negara bertindak demikian nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pasti akan dibabitkan sama. "Peguam negara bukan saja mengetepikan (pertuduhan berkenaan) malah menyembunyikan laporan oleh Bank Negara dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," katanya. Abdul Razak adalah bekas individu yang dilihat rapat dengan Najib dan pernah didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu pada Oktober 2006. Turut didakwa adalah dua pegawai keselamatan (ketika itu), Cif Inspektor Azilah Hadri, 40, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 44. Kedua-dua bekas anggota polis elit itu sudah disabitkan kesalahan membunuh dan dihukum mati namun Sirul Azhar kini berada di Australia dan ditahan pihak berkuasa imigresen negara berkenaan. Hari ini Malaysiakini melaporkan Abdul Razak yang dikenali sebagai penganalisis politik mengaku menerima kira-kira 30 juta euro (RM137 juta) sebagai imbuhan atas khidmat perundingannya dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis. Bagaimanapun Abdul Razak menafikan wang itu digunakan untuk memberi rasuah kepada pegawai kerajaan bagi pihak syarikat Thales. Altantuyaa didakwa menjadi penterjemah dalam perundingan pembelian kapal selam berkenaan. "Ia adalah perjanjian yang sah. Saya melakukan kerja saya dan saya dibayar untuk itu. "Dan saya tidak pernah membayar mana-mana pegawai," beliau dipetik sebagai berkata oleh Financial Times. Dr Mahathir berkata Abdul Razak tidak mempunyai kuasa menentukan pembelian kerajaan, tetapi Najib sebagai menteri pertahanan boleh membuat keputusan mengenainya. "Apa pun, jika Razak atau syarikatnya menerima wang daripada pembuat kapal selam (di Perancis), dia perlu diheret di depan mahkamah Perancis," katanya. Dalam pos sama bekas perdana menteri itu juga mengecam Najib serta Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang kini berkhidmat sebagai peguam negara. Katanya, tindakan Mohamed Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku tidak membawa sebarang makna. "Untuk membersihkan nama baik Malaysia dan dirinya sendiri, Najib mesti membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa dia tidak bersalah atas semua tuduhan yang dikenakan terhadapnya. "Kata-kata peguam negara bahawa dia (Najib) tidak bersalah, tidak bermakna apa-apa. "Kegagalan melakukan ini, Najib perlu meletak jawatan. Begitu juga semua pihak yang selama ini menggunakan kuasa masing-masing menyelamatkan Najib," katanya. |
PERMAINAN ‘TANGKAP PM’ JADI REBUTAN DI INTERNET Posted: 08 Feb 2016 12:39 AM PST Permainan 'Tangkap PM' jadi rebutan di internetSejak petang semalam, ada yang lima kali mencuba bahkan mengambil masa lebih 10 minit semata-mata untuk 'menangkap' Perdana Menteri dan isterinya dalam aplikasi permainan di laman Facebook "1Juta Desak Buka Kembali Siasatan Terhadap Najib Razak". Turut menganggap kedua-dua individu kontroversi itu sebagai licik untuk ditangkap, perkongsian 'pengalaman' tersebut antara yang dapat dilihat dalam ruangan komentar di laman kempen yang dilancarkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli semalam. Tinjauan sebuah portal pagi ini mendapati dalam tempoh 24 jam selepas dilancarkan, laman Facebook berkenaan berjaya mendapat lebih 21,200 tanda 'suka'. Permainan "Tolong tangkap mamat (Najib) ni!" di laman kempen di media sosial tersebut mengkehendaki netizen memastikan tiga karakter Najib Razak sedang 'berlari' pusing keliling benar-benar masuk ke dalam tiga sel penjara yang disediakan. Animasi Presiden Umno itu masing-masing memegang plakad 1MDB dan RM2.6 bilion manakala satu lagi memimpin tangan menyerupai imej Rosmah Mansor berbaju kurung sendat serta berantai dengan bom sedang bernyala di tangan kirinya. "Lima kali pencubaan puas hati dapat juga. Memang licik dua orang ini… Mama & papa panda," ujar pengguna Facebook, Apai Abau Pilo Balang merujuk kepada panda sewa yang memerlukan Malaysia setiap tahun membayar sejumlah RM3 juta kepada China. Menurut Nikson Abdillah, "Fuhh… letih aku dari petang tadi cuba tangkap akhirnya berjaya juga. Licik betul dia" manakala Abdul Azahariy berkata, "Tak lama lagi masuk la dia (Najib) betul-betul dalam sangkar ni… hehehe." Terdapat juga yang mengakui agak sukar untuk menangkap Najib dan Rosmah seperti disuarakan Azman Nordin bahkan Ridzwan Zainal mengulas, "Aku tak dapat (tangkap). Be(be)rapa kali cuba (en)tah. Memang licik" tetapi dinasihatkan oleh netizen lain supaya tidak berputus asa. Pada masa sama, orang ramai turut berkongsikan tangkap layar (screenshot) bukti mereka berjaya menangkap Najib dan Rosmah. Antaranya, komentar Murai Mas berbunyi, "Masuk kandang juga akhirnya… haha…" dan "Culas wehh tapi berjaya jua," tulis Shafarin Mahmood. Terus dilihat menjadi bahan jenaka rakyat, ada yang mendakwa mereka sama sekali gagal untuk membawa Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu ke penjara dengan menyertakan tangkap layar karakter kartun Najib 'terlepas' dari sel penjara. Permainan tersebut boleh diakses pada alamat: https://www.facebook.com/1Juta-Desak-Buka-Kembali-Siasatan-Terhadap-Najib-Razak-1086535944702074/ Semalam, Rafizi yang juga Naib Presiden PKR mengajak orang ramai supaya turut mengisi petisyen (http://goo.gl/forms/pnd3XvubsQ ) dalam usaha memohon campur tangan Yang diPertuan Agong serta Majlis Raja-Raja Melayu mengheret kembali Najib ke muka pengadilan. "Setelah mendapat jumlah tandatangan yang memadai, saya dan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan akan menulis untuk merafak sembah mengadap Duli Yang Mulia Yang diPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mengenai perkara ini. "Saya yakin rakyat tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini ditutup apabila peguam negara menutup kes. Dengan desakan rakyat, saya yakin Datuk Seri Najib boleh dihadapkan ke mahkamah," ujar Rafizi dipetik daripada kenyataan beliau. Selain itu, Rafizi turut menggesa Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menggunakan sepenuh kuasa di bawah Perjanjian Bantuan Guaman Bersama (MLA) dengan negara-negara yang sedang menyiasat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat. |
‘BUKTI BAHARU DARI ARAB SAUDI, BUKA SEMULA KES RM2.6 BILION’ Posted: 08 Feb 2016 12:34 AM PST 'Bukti baharu dari Arab Saudi, buka semula kes RM2.6 bilion'Siasatan berhubung wang derma RM2.6 bilion yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu dibuka semula selepas menteri luar Arab Saudi berkata wang itu adalah daripada "pelaburan", kata Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. Ahli Panel Penilaian Operasi SPRM, Lim Chee Wee berkata, kenyataan oleh Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir menunjukkan bahawa kenyataan pembelaan oleh "suspek utama" perlu disahkan. "Satu siasatan yang tulus dan penilaian bagi pendakwaan memerlukan pengesahan yang bebas daripada mana-mana pembelaan oleh suspek utama yang mana kita tidak boleh hanya menerima kata-kata daripada suspek utama," kata Lim kepada Malaysiakini. Sehubungan itu, beliau berkata, bukti berdokumen tentang sumber dana tersebut, pengaliran wang dan pulangan dana perlu dikemukakan. Oleh itu, Lim berkata beliau mengalu-alukan kesediaan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk membuka semula sisatan dan menggesa peguam terkemuka untuk meluluskan permintaan SPRM untuk melakukan Bantuan Guaman Bersama (MLA) dari negara-negara lain. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan