WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- KENYATAAN DATUK HUSAM MUSA
- MURSYIDUL AM PAS PEGANG JAWATAN BAWAH PRESIDEN UMNO SATU PENGHINAAN’
- YANG MANA SATU???
- SAMPAI BILA KITA NAK JADI MANUSIA PENAKUT? – MAT SABU
- ‘AHLI AMANAH BEBAS MEMILIH, PAS JANGAN SEKAT AHLI HIJRAH KE AMANAH’
Posted: 12 Feb 2016 11:46 PM PST Saya mengikuti kenyataan media oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Timbalan Presiden Pas pada hari ini berbetulan dengan Mesyuarat Bulanan Pas. InsyaAllah saya bersedia menemui jawatankuasa disiplin parti. Saya menunggu kertas pertuduhan rasmi untuk membolehkan saya menyediakan pembelaan yang sewajarnya. Saya akan bertanggung jawab atas semua ucapan saya dan InsyaAllah akan mempertahankannya semasa menemui Jawatankuasa Disiplin nanti. Pada masa yang sama saya akan menyampaikan kepada jawatankuasa disiplin nanti perkara-perkara yang bercanggah dengan dasar Pas dan Islam yang telah dilakukan oleh pihak-pihak di dalam Pas yang telah saya bangkitkan selama ini. Pada masa sama, suka saya mengingatkan, janji Dewan Harian Pas Pusat untuk memberikan maklum balas terhadap 'nota cinta' saya pada pertemuan 30 November 2015 belum lagi berlaku. Kepada Allah saya serahkan urusan dan kepada Allah saya bertawakkal. Husam Musa 4 Jamadilawwal 1437/ 13 Februari 2016 |
MURSYIDUL AM PAS PEGANG JAWATAN BAWAH PRESIDEN UMNO SATU PENGHINAAN’ Posted: 12 Feb 2016 11:25 PM PST 'Mursyidul Am Pas pegang jawatan bawah presiden Umno satu penghinaan'Pelantikan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din sebagai ketua kluster dakwah dilakukan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merupakan satu penghinaan kepada parti Islam itu dan perlu ditolak, kata Datuk Husam Musa. "Ia satu protokol yang sangat tidak kena. Bagaimana orang yang memegang jawatan paling tinggi dalam PAS tiba-tiba duduk bawah presiden Umno. "Ini tak kena dari segi protokolnya. Bagaimana penjawat paling tingi dalam parti dilantik sebagai ketua kelas di bawah timbalan perdana menteri sahaja," kata bekas naib presiden PAS itu dalam satu ceramah di Pengkalan Chepa, Kelantan malam tadi. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu, PAS perlu membuat satu keputusan politik bagi membetulkan perkara itu. Haron antara ketua kluster yang dilantik timbalan perdana menteri dalam Majlis Perundingan Islam (MPI) yang bermesyuarat 11 Februari lepas. Haron dilantik sebagai ketua kluster dakwah yang akan membawa cadangan kepada MPI untuk disepakati bersama dan menyelaraskan perbincangan pada masa depan. Selain Haron, 6 lagi dilantik mengetuai kluster lain iaitu Tan Sri Muhamad Ali Hashim (ekonomi), Tan Sri Prof Dr Kamal Hasan (pendidikan), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki (sosial), Prof Datuk Sri Zaleha Kamarudin (undang-undang), Datuk Dr Siddiq Fadzil (pemikiran Islam) dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (politik). Dalam pada itu, Husam bertegas Datuk Takiyudin Hassan perlu melepaskan jawatannya sebagai setiausaha agung PAS yang membuat tindakan persendirian dengan membelakangkan parti dalam isu Akta 355. Katanya, Takiyudin membuat tindakan salah apabila menasihatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan rang undang-undang persendirian untuk meminda akta itu tanpa merujuk kepada parti. Menurut Husam, beliau mendapat tahu Takiyudin bertindak demikian selepas berjumpa dengan wakil Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. "Ambo suruh Datuk Taki letak jawatan sungguh, bukan bergurau," kata Husam dalam ceramah bagi menjawab kenyataan beliau hanya bergurau sahaja. Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bersama antara pusat dengan Kelantan membuat keputusan pindaan kepada Akta 355 untuk membolehkan sebahagian hudud dilaksanakan perlu dibawa ke Parlimen oleh kerajaan pusat bukannya presiden PAS. "Tetapi selepas jumpa dengan wakil jabatan perdana menteri, Datuk Taki gi nasihat presiden agar bawa usul itu tanpa merujuk kepada parti. "Akibatnya, sampai sekarang ia tidak boleh dibahaskan apatah lagi lulus," kata Husam. Ekoran tindakan memfailkan rang undang-undang persendirian itu, pemimpin PAS menerima malu termasuk tuduhan ditipu Umno dan Pakatan Rakyat berpecah akibat isu hudud |
Posted: 12 Feb 2016 11:23 PM PST |
SAMPAI BILA KITA NAK JADI MANUSIA PENAKUT? – MAT SABU Posted: 12 Feb 2016 11:21 PM PST Sampai bila kita nak jadi manusia penakut? – Mat SabuPresiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menjelaskan tindakan beliau membaling mikrofon kerana sudah bosan dengan sikap penakut rakyat Malaysia berbanding rakyat negara jiran yang sudah maju ke depan. "Rakyat negara jiran sudah jauh maju ke depan, kita masih jadi manusia penakut. Sampai bila? "Itu aku baling mikrofon tu," katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam satu ceramah di Kelantan malam tadi. Mat Sabu bertindak membaling mikrofon ke dinding pentas selepas berucap di perkarangan Penjara Sungai Buloh beberapa hari lepas sempena genap setahun pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Mat Sabu, negara-negara jiran Malaysia sudah berjaya menukar pemimpin masing-masing yang korup melalui tindakan rakyat. Namun, walaupun sebesar mana korupsi dilakukan pemimpin negara ini, apabila tiba pilihan raya, Barisan Nasional (BN) akan terus menang kerana rakyat takut. "Mula-mula skandal BMF (Bumiputera Malaysia Finance) sehingga Jalil Ibrahim mati dibunuh. "Lepas itu Perwaja, kemudian mari pula skandal PKFZ (Port Klang Trade Zone). Kemudian mari pula skandal lembu dalam kondo. "Sekarang, mari pula skandal pembelian tanah 1MDB (1Malaysia Development Berhad) oleh Tabung Haji dan terbaru surat Gabenor Bank Negara kepada Tabung Haji. "Tetapi apabila datang pilihan raya, BN masih menang," kata Mat Sabu dengan nada kesal. |
‘AHLI AMANAH BEBAS MEMILIH, PAS JANGAN SEKAT AHLI HIJRAH KE AMANAH’ Posted: 12 Feb 2016 11:20 PM PST 'Ahli Amanah bebas memilih, Pas jangan sekat ahli hijrah ke Amanah'Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) berpendapat, isu membabitkan ahli mereka yang didakwa kembali semula kepada PAS tidak perlu diperbesarkan, memandangkan menjadi hak ahli memilih parti yang ingin disertai. Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, mereka menghormati keputusan ahli masing-masing dan mengharapkan pemimpin PAS juga mengamalkan keterbukaan dalam hal itu. "Saya merasakan, jika ia benar, tidak menjadi masalah (untuk ahli Amanah masuk PAS) dan ini negara demokrasi, kita hormat pilihan masing-masing. "Kita harapkan PAS juga mempunyai sikap seperti itu. Biar ahli pilih sendiri berdasarkan kepada keyakinan masing-masing," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Amanah, di Kuala Lumpur, hari ini. Beliau berkata, PAS juga tidak seharusnya "mengikat" ahli masing-masing, sebaliknya perlu membiarkan mereka memilih dengan terbuka. "Tidak perlu nak ikat dengan tuduhan-tuduhan khianat, langgar baiah. Biar mereka pilih atas keyakinan masing-masing. "Jika ada orang Amanah hendak kembali kepada PAS, silakan. Buat apa yang kamu yakin adalah yang terbaik. "Kalau ada orang PAS hendak masuk Amanah, kita harap pihak PAS mempunyai sikap yang terbuka dan menerima kita semua ini sebagai bersaudara, memperjuangkan dasar Islam untuk kebaikan negara dan umat," katanya. Isu itu dibangkitkan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini, yang mendakwa ditemui beberapa ahli Amanah yang ingin kembali semula kepada parti itu. Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, pihaknya berpendapat tidak perlu menyiasat kenyataan itu. "Kami tidak perlu buang masa menyiasat perkara itu. "Apa yang saya boleh yakinkan pada hari ini adalah, yang hendak masuk Amanah ramai daripada PAS, sebab itu ada istilah harum manis. "Itu yang setiausaha agung (PAS) kena lihat," katanya. Salahuddin dalam sidang media itu berkata, pihaknya juga difahamkan PAS kini sedang merangka peraturan bagi mengelakkan ahlinya dari menyertai Amanah. "Mereka ini sekarang dalam proses membuat peraturan, mengeluarkan surat amaran, termasuk tidak boleh pergi ceramah Amanah. "Dan mungkin minum kopi dengan kami juga akan diambil tindakan. Jadi, itu sebenarnya gambaran yang berlaku," kata Salahuddin. Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak teruja dengan perkara itu. "Bagi saya, kita tidak akan teruja. Dan kita tidak akan buang masa melayan tuduhan seperti itu," katanya. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan