WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- DAP tetap sokong Anwar jadi Perdana Menteri walau dipenjara
- MESEJ YANG DISAMPAIKAN MAT SABU DENGAN SINDIRAN
- HIMPUNAN 365 #BEBASANWAR : PAS TAK BERI SOKONGAN
- ANWAR MANGSA POLITIK.
- TPPA: KENAPA KITA RELA JADI TALI BARUT AS? – KU LI
DAP tetap sokong Anwar jadi Perdana Menteri walau dipenjara Posted: 10 Feb 2016 06:19 AM PST SUNGAI BULOH, 10 FEB: DAP mengulangi pendiriannya yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia dan bertekad mengembeling usaha untuk membebaskan beliau dari penjara. Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Ng Suee Lim berkata demikian depan kira-kira 1,000 rakyat sempena Himpunan 365 Anwar Tahanan Politik di hadapan Penjara Sungai Buloh malam tadi sempena Mengingati 365 hari Anwar sebagai tahanan politik di negara ini. "Janji kita khususnya DAP kita tetap anggap dan pilih Anwar sebagai calon Perdana Menteri kita pada masa akan datang. Tidak kira sekarang dipenjara, kita akan berusaha membebaskan Anwar. Beliau bakal Perdana Menteri kita," katanya. Menegaskan DAP sebagai 'kawan sejati' yang tetap bersama-sama waktu susah dan senang, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan itu berkata rakyat juga perlu 'istiqomah' menentang kezaliman UMNO-BN. "Kita mahu sampaikan mesej kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Cukuplah, Cukup-cukup sudah sampai di sini saja! Bebaskan Anwar jika tak mahu rakyat akan bangkit akan jatuhkan kamu!" kata Suee Lim. Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamed Sabu pula mengajak rakyat supaya berani bangkit menentang segala kebejatan di negara ini, bukan berdiam dari sebaliknya meneladani rakyat negara jiran yang bangkit menuntut keadilan. "Kenapa kita tidak ikut arus rakan-rakan di Indonesia, di Burma, kita ketinggalan kerana kita penakut. Mengakulah kita tak cukup berani. Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, tanya diri kita, adakah kita pejuang atau hanya bermain slogan? Ayuh, mari kita bangun!" katanya. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula mahu perjuangan Anwar diteruskan tanpa menyerah kalah kepada tekanan kerajaan dan mengingatkan pihak tertentu yang mahu menggantikan Anwar supaya menginsafi jatuh bangun perjuangan reformasi. "Di Amerika Syarikat, seorang warga emas berumur 74 tahun Bernie Sanders yang perjuangkan kesenjangan antara kaya miskin, Kalau beliau mampu lakukannya di Iowa, kenapa kita mahu menyerah kalah kepada Najib? "Kita takkan menyerah. Kita akan lawan hingga ke akhirnya!" kata anak sulung Anwar itu. – Roketkini.com |
MESEJ YANG DISAMPAIKAN MAT SABU DENGAN SINDIRAN Posted: 10 Feb 2016 06:14 AM PST MAT SABU 'MELETOP' DI HIMPUNAN 365 #BEBASANWAR Mat Sabu 'meletop' di Himpunan 365 #BebasAnwarPresiden Amanah, Mohamad Sabu menganggap rakyat Malaysia pengecut kerana tidak mempunyai keinginan untuk mengulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. "Kita semua pengecut," kata Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, memarahi orang ramai yang berkumpul untuk menyambut ulang tahun pertama bekas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dipenjarakan di hadapan Penjara Sungai Buloh malam tadi. Dalam nada menyindirnya, Mat Sabu mengeluh rakyat tidak bertindak maka Najib akan terus berkuasa. "Kita akan tetap berdiam, kita ada kekuatan suara tetapi 'malu-malu kucing' seperti suara jantan (lelaki) tapi hati betina (wanita)," katanya. Tambahnya lagi kerana rakyat Malaysia pengecut, katanya," kita dan negara telah ketinggalan". "'Berapa lama lagi kita akan tinggal seperti ini?" soalnya. Mat Sabu berkata, walaupun Indonesia, Thailand dan Myanmar telah melakukan transformasi politik yang berjaya, Malaysia masih lagi terperangkap Ulanginya lagi "Berapa lama lagi kita akan tinggal seperti ini?" Walaupun penghinaan dilemparkan, penyokong kelihatan bersorak seolah-olah bersetuju dengan pendapat beliau apabila memanggil mereka pengecut. Dengan 'meminta maaf' kepada hadirin kerana gagal menjatuhkan kerajaan Umno- Barisan Nasional. "Anda semua pengecut, mengaku je lah!" beliau berkata, dan kedengaran hadirin ada yang menjawab "Ya". Mat Sabu mengakhiri ucapannya dengan nada marah menyeru kepada rakyat untuk bangkit dan melakukan perubahan. "Sampai bila kita nak jadi begini, usia pun sudah menjelang 60 tahun, belum lagi berubah rakyat Malaysia. "Ayuh Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, semua kaum tanya diri kita. Apakah kita pejuang atau bermain slogan untuk menyedapkan hati saudara kita di penjara sana. Cis! Mari kita bangun!" jerit beliau sebelum mencampakkan mikrofon di atas pentas, mengejutkan segenap hadirin dan pengacara majlis malam tadi. Kira-kira 1,000 orang menghadiri himpunan sambutan 365 hari pemenjaraan Anwar Ibrahim di hadapan Penjara Sungai Buluh malam tadi dan mendengar ucapan lebih daripada 20 ahli politik dari PKR, Amanah dan DAP. 1.MELAYU PENAKUT , RAKYAT MALAYSIA PENAKUT 2.JAGA PERUT DAN BAWAH PERUT 3.LEBAI JADI PENASIHAT SAJA 4.BUAT APA PUN TAK APA 5.JADI BARUA UMNO PUN OK 6.KENYANG PERUT KELUARGA TERJAGA 7.ASAL KELUARGA AKU TERJAGA MAKAN MINUM REHAT CUKUP 8.KENA TIPU DENGAN UMNO BIASA SAHAJA 9.USTAZ PUN DAH CARI MAKAN 10.IKUT SUKA KAMI |
HIMPUNAN 365 #BEBASANWAR : PAS TAK BERI SOKONGAN Posted: 10 Feb 2016 06:09 AM PST Himpunan 365 #BebasAnwar : Pas tak beri sokonganHimpunan 365 #BebasAnwar #BebasRakyat sempena genap setahun Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara di Sungai Buloh malam tadi menyaksikan tiada seorang pun pemimpin PAS hadir memberikan sokongan. Sebaliknya, sekurang-kurangnya 15 pemimpin politik pembangkang daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) menyampaikan ucapan secara bertali arus di atas pentas sementara di depan pintu masuk penjara itu. Jurucakap penganjur daripada kumpulan yang menggelar diri mereka "Pro98 Reformis Malaysia", Dr Badrulamin Bahron berkata, mereka menjemput PAS bermesyuarat untuk penganjuran acara malam ini sejak 2 bulan lalu tetapi tidak diendahkan. "Saya rasa terkilan kerana sepanjang perjalanan program daripada mesyuarat ke mesyuarat walaupun kami jemput tapi pimpinan PAS di semua peringkat tidak ada yang hadir dan kemuncaknya tidak ada seorang pun pada malam ini. "Sedangkan, program malam ini acara rakyat untuk membebaskan ikon perjuangan rakyat bagi meneruskan agenda reformasi," kata pengerusi tetap PKR Sabak Bernam itu ketika ditemui selepas acara tamat pada 12 malam. |
Posted: 09 Feb 2016 10:13 PM PST DSAI diperakui masyarakat antarabangsa sebagai mangsa politik Umno-BN, memenjarakan DSAI semata-mata untuk menghalang beliau menumbangkan BN..ditemuramah Saudari Sumisha, wakil dari Channel News Asia.. Ditemuramah wakil Turkish Media, Saudara Mehmet Ozay dari Anadolu Ajansi, Pacific Regional Coordinator sempena setahun pemenjaraan zalim terhadap DSAI.. FOTO WAN FAUDZIN |
TPPA: KENAPA KITA RELA JADI TALI BARUT AS? – KU LI Posted: 09 Feb 2016 10:03 PM PST TPPA: Kenapa kita rela jadi tali barut AS? – Ku LiAhli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkan tindakan kerajaan yang tidak mengambil langkah untuk meneruskan perundingan kerjasama perniagaan dengan Amerika Syarikat (AS) melalui FTA berbanding Perjanjian Kerjasama Trans- Pasifik (TPPA). Beliau berkata, dengan TPPA akan membuka ruang yang lebih luas kepada AS untuk melebarkan kuasa ekonomi dan pasaran buruh mereka ke negara terbabit TPPA dengan terbina syarikat multinational yang menawarkan peluang kepada rakyat tempatan dalam masa sama membawa masuk rakyat AS ke negara ini, seperti berlaku di negara China, India dan latin Amerika. "Kenapa kita nak jadi tali barut dengan AS jika kita nak berniaga kita boleh berunding dengan mereka. "Kenapa kita tidak boleh berunding dengan mereka jika mereka beri layanan yang baik pada satu negara lain, kenapa kita tidak boleh atas layanan sama untuk diberi kepada kita pula. "Jika AS fikir kita adalah rakan dagang yang baik untuk mereka, sehingga kita pula buka peluang kepada syarikat-syarikat multinational AS yang ada di negara ini yang merasakan dasar dijalankan kerajaan atau cara dikendalikan oleh syarikat tempatan tidak secocok dengan cara mereka, maka mereka boleh membawa kes ini bukan di dalam mahkamah di negara kita, tetapi di mahkamah negara mereka untuk mendakwa kita kelak. "Bagamana kita nak lawan mereka, dengan menguna penguam mereka untuk mempertahankan kedudukan kita di negara mereka. "Ini yang saya tidak faham, saya tanya Mustapa (Datuk Seri Mustapa Mohamed -Menteri Miti) dia sendiri tak boleh jawab benda-benda macam ini," ujar mantan Menteri Kewangan ini. Tengku Razaleigh berkata demikian ketika menjawab soalan salah seorang peserta mengenai TPPA ketika hadir dalam majlis suai kenal anjuran Ikatan Cendiakawan Kelantan (iCEK) di Taman Tun Dr. Ismail semalam. Majlis ini dihadiri di kalangan pemimpin politik dari semua parti, NGO, ahli akademik dan profesional, di kalangan warga Kelantan. Beliau juga memberitahu kerajaan dan rakyat perlu melihat TPPA dari setiap sudut kebaikan dan keburukan jika dilaksanakan di negara ini. "Majoriti ahli parlimen Umno telah diperintah supaya mengundi TPPA saya tak mengundi kerana saya masuk bilik pergi kencing jadi tak mengundi itu bezanya yang mengundi yang tak kencing dan kencing tak mengundi,"selorohnya pecah derai ketawa hadirin untuk membawa maksud beliau menolak TPPA ketika dibahaskan di Parlimen Januari lalu. Jelas beliau kerajaan perlu lihat dari banyak sudut TPPA yang menguntungkan dan merugikan negara tetapi amnya kata beliau lagi apa yang penting kerajaan dapat menjaga kepentingan bangsa, agama dan kedaulatan negara. " Kalau kita nak berniaga bila-bila masa kita boleh berniaga, negara kita hingga hari ini maju juga tanpa TPPA. Tidak ada sebab untuk mendirikan satu pakatan atau blok perdagangan kerana disuruh oleh orang (AS). "Mengapa tiba -tiba secara sulit berunding dan kemudian pula paksa rakyat terima.Saya rasa tak kena. Saya rasa elok kita tengok sejauh mana TPPA ini akan beri kemajuan kepada perdagangan negara kita. "Bagi saya Malaysia negara kecil kita akan ketinggalan dalam perlumbaan perdagangan ini. Apa yang penting bagi kita sekarang tumpu kepada Asia, ini kerana di sebelah barat sana seperti di Eropah Barat, AS dan Amerika Latin tidak mampu kita tembusi pasaran mereka. "Seperti di negara timur tengah yang berada dalam keadaan begini mereka tidak boleh masuk atau keluar sesuka hati untuk berdagang. Mereka hanya jadi pembekal barang mentah kita tidak mahu jadi hamba selama-lamanya begitu. Kita patut ubah itu pandangan saya," ujarnya. Dalam majlis ini salah seorang hadirin mengemukakan pandangan adakah perlu satu gerakan massa dilakukan dikalangan NGO untuk mendesak kerajaan menolak TPPA secara total. Dalam hal ini Tengku Razaleigh menyatakan pendirian beliau tidak suka kepada pihak-pihak yang menganjurkan demontrasi dan mahu menukar kerajaan. "Saya bukanlah orang yang suka anjurkan demontrasi atau nak tukarkan kerajaan, tidak sama sekali. "Di Korea bila tak bersetuju dengan kerajaan mereka buat macam-macam. Civil disobedience dibuat oleh Gandhi hingga British tunduk kepada rakyat India. Kerajaan diktator Korea pun kalah kerana rakyatnya bertindak. " Jika ada kesedaran di kalangan rakyat kita bahawa Parlimen sudah tidak boleh digunakan lagi (menolak TPPA), ada cara lain minta Raja-Raja pertimbangkan, apapun mesti bermula dari rakyat untuk mengerakkan usaha ke arah itu,"ujarnya. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan