Selasa, 2 Februari 2016

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Senarai 16 orang dilarang berceramah di Johor

Posted: 02 Feb 2016 04:11 AM PST






Semoga ada jalan penyelesaian.

Kenyataan Media ADUN-ADUN Pembangkang Kedah

Posted: 02 Feb 2016 01:01 AM PST




HENTIKAN SEGERA KRISIS, UTAMAKAN KEPENTINGAN RAKYAT

1. Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi junjungan kasih ke atas Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang turut menjemput semua ADUN dari parti pembangkang bagi mendapatkan pandangan berhubung kemelut yang berlaku di negeri Kedah sekarang. Tindakan yang diambil oleh pihak Istana ini adalah merupakan satu langkah terpuji, menghormati prinsip demokrasi serta hak-hak rakyat.

2. Semua ADUN Pembangkang Kedah mengambil sikap bersama; membantah sekeras-kerasnya tindakan sebahagian pemimpin BN negeri ini yang cuba menurunkan Dato' Seri Mukhriz Mahathir dari kedudukannya selaku Menteri Besar melalui cara yang tidak bersusila. Lebih mendukacitakan, tindakan tidak beradab tersebut dibuat sewaktu negeri ini sedang dalam tempoh meraikan Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah.

3. Jika Dato' Seri Mukhriz dinaikkan melalui laluan demokrasi maka proses menurunkannya juga mestilah dibuat mengikut amalan demokrasi, tidak gopoh, berperaturan serta menghormati kehendak rakyat. Tidak wajar hanya kerana mahu memenuhi kehendak politik individu tertentu maka semua pihak disusahkan; termasuk rakyat dan pihak istana.

4. Bagi kami, pada ketika ini, tindakan menukar Menteri Besar Kedah tidak menjadi keutamaan berbanding dengan keperluan menukar Perdana Menteri Malaysia yang telah banyak menyusahkan rakyat.

5. Kami menggesa agar masalah kepimpinan utama Kerajaan Kedah ini diselesaikan dengan segera, kerana krisis yang berlarutan akan membantutkan urusan pentadbiran negeri yang membawa kesan buruk terhadap rakyat. Jika kemelut menghadapi jalan buntu, maka pilihan terbaik ialah penyelesaian mengikut amalan demokrasi menerusi suara rakyat melalui penentuan di Dewan Undangan Negeri.

Sekian, terima kasih.

ADUN2 Pembangkang Kedah
Bertarikh: 2 Februari 2016

Kedai Makan Cina Tidak Diganggu Di P. Pinang?

Posted: 01 Feb 2016 09:18 PM PST



Kami mendapat maklumat dan beberapa keping gambar, dalam minggu kerap kes merobohkan gerai makan milik orang islam melayu.

Bukan perkauman nak diperbesarkan tetapi kalau tengok kedai tepi jalan milik oramg cina tidak pula menghadapi masalah di sana. Kita boleh tengok sendiri.

Kenapa jadi macam tu? Kami sekadar bartanya saja.

SIAPA KELIRUKAN RAKYAT KEDAH?

Posted: 01 Feb 2016 08:59 PM PST



APABILA seorang rakan wartawan menghubungi saya pada Jumaat lalu memaklumkan bahawa usaha menggantikan Da­tuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar (MB) Kedah tidak akan berjalan semudah yang disangka, penulis hanya menganggap itu sekadar khabar angin.

Apatah lagi pandangan penulis seharusnya tidak ada masalah memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengemukakan nama pengganti Mukhriz kepada Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Kedah dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah. Secara dasarnya ia hanya menunggu pengumuman sahaja.

Bagaimanapun, konflik yang diharapkan selesai itu dijangka berterusan apabila Mukhriz terus menunjukkan penentangan dan kedudukan beliau hanya akan diketahui secara muktamad apabila selesai majlis menghadap Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) bersama-sama Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini.

Difahamkan majlis menghadap itu mungkin ada kaitan dengan surat akuan sumpah ditandatangani oleh 19 ADUN BN yang menyokong Mukhriz diganti. Ahli-ahli Jemaah ingin mendapatkan kepastian apakah ia dilakukan secara sukarela atau di bawah tekanan.

Bagaimanapun, pelbagai pihak tetap mengharapkan kemelut yang berlaku diselesaikan segera bagi membolehkan suasana politik di Kedah kembali tenang. Bagi penulis sama ada suasana seumpama itu boleh wujud atau tidak, ia bukan sahaja bergantung kepada siapa yang menjadi MB tetapi sejauh mana semua pihak khususnya dalam UMNO secara tulus ikhlas mahu menamatkan persengketaan.

Dari segi rakyat, penulis percaya walaupun ada antara mereka kecewa atau sedih dengan suasana politik Kedah tetapi ia tidak sampai mereka membenci UMNO dan BN. Tetapi pendirian mereka boleh berubah jika di dalam UMNO sendiri ada kelompok-kelompok yang bersedia menjadi 'gunting dalam lipatan' dan 'musuh dalam selimut'.

Penulis diberitahu bagaimana 'sudah ada amaran' diberikan bahawa pengganti Mukhriz akan di­serang habis-habisan melalui media sosial dan blog-blog. Ia akan dilakukan oleh kelompok yang kononnya berjuang demi UMNO dan BN.

Kalau betul mereka berjuang demi UMNO dan BN, kesetiaan mereka bukan kepada mana-mana pemimpin atau pemimpin yang mengisi 'tembolok' mereka sahaja tetapi kepada parti.

Sebenarnya, penulis tidak berasa hairan jika serangan 'duri dalam daging' itu berlaku. Sepanjang krisis politik di Kedah berlaku sejak 20 Januari lalu, penulis sudah melihat 'kegilaan' dan 'kejahilan' puak-puak berkenaan.

Mereka seolah-olah sanggup me­lakukan apa sahaja termasuk menggunakan nama Istana sekalipun bagi menimbulkan kekeliruan kepada rakyat. Pelbagai dakyah mereka hasilkan melalui media-media sosial sehingga rakyat menjadi bercelaru apa sebenarnya berlaku.

Sementara penulis menghormati kesetiaan mereka kepada seseorang pemimpin tetapi dalam masa yang sama 'kejahilan' mereka berhadapan krisis dalaman boleh menjejaskan UMNO dan BN.

Dan keadaan menjadi bertambah bercelaru, apabila sebuah jabatan kerajaan membuat kajian mengenai sokongan rakyat Kedah kepada Mukhriz. Hasil kajian itu akhirnya bocor kepada media termasuklah gambar 'ketua jabatan yang rajin' tersebut.

Mungkin jabatan itu ingin menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bahagi mereka kepada kepemimpinan kerajaan negeri tetapi persoalannya wajarkah tindakan tersebut? Konflik yang berlaku melibatkan seorang ketua kerajaan negeri yang kedudukannya ditentukan oleh Perdana Menteri, jabatan kerajaan yang membuat kajian itu pula ada salah satu agensi Persekutuan yang kementeriannya dipimpin oleh seorang menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri.

Oleh itu, tidakkah tindakan membuat kajian tersebut akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rak­yat atau bak kata orang Kedah, "awat yang haru sangat ni'' sekali gus memberi imej tidak baik kepada kerajaan.

Kalau benar mahu membantu kerajaan, kajian seumpama itu perlu dilakukan pada hari pertama Mukhriz menjadi MB dan dijalankan secara konsisten sekurang-kurangnya enam bulan sekali, bukan ketika Mukhriz telah 'menerima isyarat' untuk mengosongkan pejabat MB.

Justeru hentikanlah perbuatan mengelirukan rakyat Kedah. Penggantian MB bukanlah sesuatu yang aneh, apatah lagi di negeri itu yang sudah pernah menempuhnya sebanyak enam kali sebelum ini sejak 1985.

Pergolakan politik dalam sesebuah negeri adalah perkara biasa. Ia bukan sahaja berlaku dalam UMNO, malah Pas dan PKR pun tidak terlepas menghadapi suasana ini.

Masihkah kita ingat bagaimana 'Langkah Kajang' diatur. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan dengan Datuk Seri Mohammad Azmin Ali. Ketika itu Abdul Khalid masih mendapat sokongan majoriti Exco dan ADUN tetapi beliau tetap disingkirkan dan jangan lupa ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menggantikan Tan Sri Osman Aroff sebagai Menteri Besar Kedah pada 1996, seramai 22 ADUN menyokong Osman.

Tetapi sama ada suka atau tidak, realitinya hak melantik seseorang MB itu adalah kuasa mutlak Perdana Menteri atau mana-mana Presiden parti selepas mendapat perkenan Istana.

Justeru tidak perlu hendak mengelirukan rakyat Kedah dengan menganggap penggantian Mukhriz seolah-olah 'satu dosa besar' dan 'satu penganiayaan'. Penulis yakin Mukhriz pun memahami setakat mana keupayaan beliau untuk 'melawan kembali'.

Apa yang penting rakyat Kedah tidak harus dikelirukan atau berada dalam keadaan bercelaru. Puak-puak dalam UMNO yang masih belum dapat menerima hakikat Mukhriz hendak diganti perlu banyak-banyak ingatkan Allah SWT kerana sesungguhnya sebaik manapun perancangan manusia, perancangan Allah adalah lebih tepat.

Pemimpin-pemimpin UMNO Kedah perlu kembali bersatu supaya rakyat tidak keliru. Bak kata Mukhriz dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia, "Krisis dalaman kalau terus berlaku ia adalah pengkhianatan kepada parti dan amanah yang diberikan oleh rakyat''.

Diharapkan bukan sahaja pihak-pihak lain, Mukhriz juga harus mengotakan kata-kata itu kerana beliau pasti memahami bagaimana krisis di Kedah boleh diselesaikan.

Zulkiflee Bakar
Utusan

Tiada ulasan: