Selasa, 9 Februari 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


ADUN Paya Jaras Terlepas Sebab Dia Geng Ulama (?)

Posted: 08 Feb 2016 11:44 PM PST

Ulama PAS 'maafkan' Adun berpakaian menyerupai dewa Cina

Dewan Ulama PAS Pusat menerima rasa kesal Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman yang berpakaian seperti dewa Cina dalam satu sambutan Tahun Baharu Cina di Sungai Buloh, semalam.

Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, insiden itu juga dikesali pihaknya namun mereka yakin Khairuddin tidak berniat mempersendakan Islam.


"Merujuk kes melibatkan Khairuddin, yang memakai pakaian keagamaan berbentuk dewa yang disembah masyarakat beragama Buddha dan kemudiannya mencetus pertikaian di kalangan awam umat Islam. Iia satu insiden yang mendukacitakan.

"Namun, Dewan Ulama PAS Pusat merasakan ia berlaku bukanlah bertujuan melanggar batasan agama jauh sekali memperkecil serta mempersendakan syariat Islam.

"Sebaliknya apa yang berlaku hanyalah kerana salah faham dan tidak mengamati kedudukan yang menyerupai bentuk amalan agama lain," katanya menerusi satu kenyataan.

Zawawi juga berharap agar ahli parti mengambil iktibar daripada kejadian itu.

"Dewan Ulama PAS mengharapkan kepada semua ahli PAS lebih berhemah dalam apa jua tingkah laku yang membabitkan keagamaan agar ia tidak menimbulkan permasalahan dan fitnah kepada semua agama yang wujud dalam negara kita tercinta ini.

"Semoga kesilapan ini tidak akan berulang lagi dan kita harap segalanya diampunkan Allah," katanya.

Khairuddin semalam dilapor Utusan Online sebagai menyerahkan nasibnya kepada kepimpinan parti selepas memakai pakaian menyerupai dewa Cai Guo Jiu dalam satu majlis.

Menurut Khairuddin, beliau dimaklumkan pihak menjemputnya yang pakaian tersebut adalah pakaian maharaja Cina. -TMI

ULASAN GB

Soal "niat" tidak sepatutnya ditimbulkan di dalam perkara yang menyentuh "aqidah".

ADUN Paya Jaras itu bertindak melewati batas aqidah dan syariat. Tetapi kerana dia berada di dalam kumpulan apa yang digelar "kepimpinan ulama" maka ulama melepaskannya.

Dah serupa UMNO juga. Kalau anda satu kem dengan Najib, kesalahan apa pun anda akan dilepaskan. Jika tidak, anda akan menghadapi hukuman seperti apa yang dikenakan ke atas Anina dan Hamidah Osman.

Perkara tidak menyentuh aqidah diberikan perhatian berat oleh PAS berbanding aqidah. Pada thaun 2010, Khalid Samad digantung dari jawatan-jawatan dalam parti selama 6 bulan. Bukan soal aqidah, tetapi soal tak wala kepada Hassan Ali sebagai Pesuruhjaya ketika itu.

Pada tahun 1972, Cikgu Hashim Gera wakil rakyat PAS bagi Parlimen Parit, Perak (1969-1974) dipecat parti PAS bukan kerana soal aqidah tetapi berjoget lambak dalam satu majlis di lobi parlimen pada 1971.

Jadi kini kita lihat tindakan PAS tidak konsisten. Berkompromi di dalam soal aqidah. Kalau kamu geng ulama, kau akan dilepaskan walaupun melakukan kesalahan aqidah. Sednagkan kalau kau bukan geng ulama, sekecil mana pun kesalahan, siap kau, kau "barua", kau "tolol", kau "broker" dan seumpamanya dan di"halau keluar" dari parti. Bila dah leuar parti, dimaki lagi mereka itu, kau "pengkhianat", kau "murtad", kau "ahli neraka" dan sebagainya.

Demikian budaya terkini sebuah parti sejarah... dan parti itu akan disejarahkan oleh rakyat Malaysia di dalam pilihanraya nanti.

p/s Sekali lagi kita mahu tanyan Nik Zawawi, itu pingat "Datuk" siapa bagi?

seorang anggota MSU, iaitu Setiausa MSU sendiri, Nik Zawawi bin Salleh menggunakan gelaran "DATUK" yang tidak diketahui dari mana diperolehi pingat itu. Ia satu penipuan malah menyalahi undang-undang negara. Sehingga kini beliau belum tampil untuk menafikan laporan berikut:

Nik Zawawi bin Salleh menggunakan gelaran pangkat Datuk yang tidak diperolehi secara rasmi didalam Negara atau mana Gabenor / Sultan atau mana-mana yang diPertuan Negeri dan mana-mana negeri dalam Malaysia. Telah secara berleluasa digunakan semasa di media cetak, media elektronik dan Dokumen Rasmi Kerajaan. Perlakuan ini menyalahi Akta Pemakaian Nama dan Gelaran 1963.

ADUN Paya Jaras Sudah Terbabas...

Posted: 08 Feb 2016 07:17 PM PST

ADUN PAS dikritik kerana pakai kostum dewa Cina

PETALING JAYA: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Khairuddin Othman memakai pakaian Dewa Cao Guo Jiu mendapat kritikan netizen.

Rata-rata pengguna media sosial mempersoalkan tindakan Khairuddin itu yang dianggap cuba mendapatkan publisiti murahan.

Turut mempersoalkan tindakan itu adalah ahli seumur hidup Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard.

"YB Khairuddin Othman, ADUN PAS Paya Jaras itu membawa imej dewa Cao Guo Jiu. Kalau diperhati, di rumah-rumah kaum Tionghua ada tempat sembahyang untuk dewa-dewa ni.



"Sekarang, apakah perlu YB Khairuddin memakai pakaian dewa yang menjadi sembahan kaum lain? Apa hukumnya? Memadailah kita cuma sama-sama meraikan sambutan tahun baru (kalender) Cina.

"Komen di atas saya salin dari Whatsapp group..saya letak sini kerana nak dengar komen walaunta Hadi sebab mereka yang bersungguh kafirkan orang yang ucap Selamat Hari Krismas kerana meraikan mereka yang merayakan Krismas..sekarang hangpa dah tepuq ayaq (tepuk air) dalam dulang," tulisnya di Facebook.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial, Othman Bidin memberikan komen;

"Untuk pikat pengundi kaum lain apa saja sanggup dilakukan.

Amir Sulaiman pula menulis;

"Kalau tanya Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dia mesti pusing-pusing guna ayat quran cari hukum dan dalil.itu memang kepakaran dia," tulisnya. Bagaimanapun, ramai juga pengguna alam maya menganggap ia bukan kehendak Khairuddin tetapi penganjur majlis yang tidak tahu mengenai sensitivitinya apabila meminta Khairuddin memakai kostum Dewa Kekayaan itu bagi memeriahkan majlis sambutan Tahun Baru Cina. -FMT


Ramai kecam Adun Pas gara-gara muncul jadi Dewa Kekayaan

Sambutan perayaan Tahun Baru Cina tahun ini menyaksikan aksi menjolok mata Setiausaha Perhubungan Pas Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman berpakaian dipercayai dewa menerima kecaman banyak pihak apabila beberapa fotonya tersebar di media sosial.

Rata-rata penganut beragama Islam menganggap tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras itu sebagai keterlaluan dan memudaratkan ekoran melibatkan unsur penyerupaan ketuhanan agama lain.

Tidak kurang juga ada netizen menganggap kesanggupan Khairuddin berpakaian dewa yang menjadi sembahan masyarakat Cina itu sebagai situasi terdesak Pas untuk meraih kembali sokongan kaum Tionghoa.

Difahamkan, pengamal undang-undang itu memakai kostum tradisional menyerupai Dewa kekayaan atau Chai Shen mengikut mitologi Cina.

Berdasarkan beberapa gambar yang viral di WhatsApp dan Facebook sejak semalam, Khairuddin yang turut memakai janggut panjang berwarna hitam dengan topi berbunga itu dilihat berada dalam program bersama komuniti Cina.

Antara paparan foto yang tersebar menunjukkan beliau menyerahkan sumbangan oren mandarin kepada warga emas dan pesakit berbangsa Cina.

Mengulas kontroversi dicetuskan pemimpin Pas di negeri yang masyarakatnya bersifat majmuk itu, penganalisis politik, Dr Mazlan Ali berkata, hukumnya jelas haram jika berdasarkan perbezaan tiga pegangan utama orang Cina iaitu agama tradisi, Buddha dan falsafah, terutamanya Confucianisme.

"Agama Cina wujud lebih awal dari Buddhisme dan Confucianisme. Kepercayaan supernatural, kuasa alam dan dewa-dewi adalah bentuk agama tradisi Cina yang kemudian bercampur aduk dgn falsafah dan agama Buddha.

"Ringkasnya ialah agama tradisi + falsafah = lahir Taoisme manakala falsafah yang sudah bercampur dengan agama tradisi dan Buddha melahirkan falsafah agama seperti Buddha Zen.

"Agama tradisi Cina + Buddha = lahirlah Buddha Mahayana. Dari Mahayana lahirnya dewa yang dianggap sebagai tokoh-tokoh Buddha seperti Amitabha, Dewi Mazu dan lain-lain," jelasnya kepada Malaysia Dateline.

Imej Dewa Kekayaan dalam kepercayaan masyarakat Cina yang ditiru oleh Adun Pas itu.

Selain daripada itu semua, ujarnya yang merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), hanya falsafah Confucius yang tulen sahaja boleh diteladani oleh penganut beragama Islam.

"Yang lain semua sesat termasuk yang Setiausaha Pas Selangor lakonkan iaitu dewa kekayaan yang berasal daripada kepercayaan agama tradisi Cina," tambahnya lagi.

Sementara itu bagi tokoh budaya, Dr Siti Zainon Ismail pula berpendapat tindakan pemimpin Pas itu seolah-olah lebih sudu daripada kuah.

"Bila adat (orang dimuliakan), adab bangsa sendiri diketepikan. Inilah data penting untuk gerakan kebudayaan di negara ini berikan perhatian," ujarnya yang kini pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Sementara itu, percubaan Malaysia Dateline untuk mendapatkan reaksi lanjut daripada Khairuddin berhubung kontroversi tersebut bagaimanapun gagal.

"Nanti saya buat kenyataan. Buat waktu ini saya nak tengok dulu perkembangan," ujarnya ringkas dalam satu balasan melalui kiriman WhatsApp petang hari ini.
-MD



ULASAN GB

GB tak perlu komen panjang. Hukum kebenaran dan keadilan akan mendedahkan sikpa pemimpin PAS yang cuba mjunuduh orang lain "kafir" kini tindakan mereka sendiri mempalitkan tuduhan itu kepada diri sendiri....

Latok... apa sulah jadi? Lu sulah babas manyak jauh oooooh...

Tiada ulasan: