Selasa, 2 Februari 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Pak Syukur: 1 Lawan 1 Hanya Retorik Semata-mata

Posted: 01 Feb 2016 11:46 PM PST

Perihal 1 lawan 1 di pilihan raya Oleh A Shukur Harun

Pelbagai pihak bercakap supaya pembangkang membulatkan kesepakatan – 1 lawan 1 dengan Umno/Barisan Nasional (BN) – dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Hanya dengan strategi 1 lawan 1 saja, menurut mereka, pakatan pembangkang akan dapat menewaskan parti yang memerintah sekarang.


Memang ini sangat logik. Tetapi ia mungkin menjadi retorik semata-mata, apabila keghairahan pemimpin sesebuah parti untuk bertanding melebihi segala-galanya, ditambah dengan keangkuhan, walaupun dengan bacaan politik yang salah dan didorong emosi yang mengalahkan semua pemikiran logik dan rasional.

Pengalaman Pakatan Rakyat dalam PRU dulu, iaitu walaupun sudah diputuskan bertanding 1 lawan 1 dengan Umno/BN, tetapi apa yang terjadi berlaku juga pertandingan 3 penjuru di beberapa kawasan Parlimen dan DUN, menyebabkan Umno/BN menang.

Kali ini harapan tinggi diletakkan kepada Pakatan Harapan, pakatan baharu pembangkang di mana secara positifnya kita melihat ada usaha serius untuk memantapkannya.

Dalam persetujuan para pemimpin gabungan pembangkang bulan lalu, 7 perkara digariskan menjadi piagam dan peraturan untuk Pakatan Harapan di mana diwajibkan semua komponannya – PKR, DAP dan Amanah – mematuhinya. Maka hasilnya ditetapkan 1 lawan 1 berdepan dengan Umno/BN.

Tetapi bagaimana jika ada parti politik di luar Pakatan Harapan dengan amat ghairah seboleh-bolehnya mahu bertanding juga dan ia tidak terikat dengan piagam Pakatan Harapan. Siapa yang boleh menghalangnya?


Inilah tanda tanya yang sangat besar, terutama melihat senario politik di Kelantan dan Selangor, malah mungkin di negeri lain.

Saya kira, di sini wajar diulang kembali piagam atau persetujuan yang dicapai pemimpin Pakatan Harapan tempoh hari supaya dapat direnung dan dikaji keberkesanannya.

Persetujuan itu ialah:

1. Keputusan bersama.

Mengikat semua parti berasaskan prinsip konsensus. Parti dibenarkan untuk membuat keputusan dan dasar sendiri, dengan syarat mereka selaras dengan dasar bersama.

Badan yang membuat keputusan utama ialah Majlis Presiden.

2. Pembinaan kesatuan politik.

Ahli dan pemimpin semua peringkat perlu menghormati kedudukan yang diguna pakai pihak lain. Setiap pihak mempunyai hak untuk membawa bantahan dan pertikaian kepada jawatankuasa dalaman bersama untuk penyelesaian.

3. Penyelesaian pertikaian.

Setiap ahli mempunyai hak untuk membuat aduan terhadap seorang lagi ahli parti lain. Aduan pertama perlu diperiksa parti masing-masing sebelum ia dibawa kepada Pakatan Harapan. Satu badan penantara dilantik Majlis Presiden bagi mengendali aduan.

4. Dasar bersama.

Dasar bersama boleh dibangunkan dan dikaji semula dari masa ke semasa mengikut keadaan dan perkembangan. Mereka mestilah dipandu Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama rasmi, hak agama lain dan kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera di Sabah dan Sarawak dan masyarakat etnik yang lain, Bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan dan sesuai dengan peranan Raja berpelembagaan di Malaysia.

5. Pilihan raya.

Hanya seorang calon mewakili Pakatan Harapan setiap kerusi dalam pilihan raya dalam mana-mana peringkat.

Jawatankuasa pilihan raya akan menjalankan rundingan kerusi untuk mana-mana pemilihan ketiga-tiga parti. Keputusan muktamad calon terletak pada Majlis Presiden.

6. Perjalanan kerajaan dan pembangkang.

Perdana menteri Pakatan Harapan dan menteri besar atau ketua menteri di peringkat negeri akan dipilih berdasarkan kata sepakat semua parti komponen dan selaras dengan peruntukan mengenai dasar bersama. Sebuah kerajaan di mana-mana peringkat adalah kerajaan Pakatan Harapan jika wakilnya membentuk majoriti mudah.

Semua kerajaan Pakatan Harapan di mana-mana peringkat perlu berpegang kepada prinsip pemisahan kuasa antara eksekutif, perundangan dan kehakiman.

7. Keabsahan pakatan.

Hanya Majlis Presiden boleh membuat keputusan dan membuat pengumuman mengenai status Pakatan Harapan sebagai gabungan politik. Parti komponen boleh sebulat suara menamatkan keahlian parti jika ia melanggar mana-mana peruntukan dalam perjanjian ini.

Persetujuan ini memang sangat releven dan perlu dipatuhi. Saya optimis, dengan piagam ini, Pakatan Harapan akan hadir dengan segala kemampuannya untuk menghadapi Umno/BN.

Malah, pimpinan Pakatan Harapan sendiri percaya hanya pakatan ini yang akan berdepan secara langsung dengan parti yang memerintah dalam PRU akan datang.

Pihak mana yang merasa berkemampuan menjadi "orang tengah" atau pengantara, menasihatkan parti lain di luar Pakatan Harapan supaya sepakat mengelak pertandingan 2 atau 3 penjuru.

Satu persoalan lagi, adakah pihak "orang tengah ini" mempunyai kuasa untuk "mengambil" beberapa kerusi parlimen dan Dun untuk "diserahkan" kepada parti yang di luar Pakatan Harapan untuk dipertandingkan.

Perjanjian 7 perkara yang dimeterai Pakatan Harapan ini nampaknya tidak memungkinkan hal ini berlaku. Dalam hal ini perlu dingat, Majlis Presiden juga tunduk kepada semangat piagam walaupun sangat dihajatkan – tetapi kita tunggu dan lihat dulu, terutamanya di Kelantan dan Selangor.

Dengan itu perkembangan politik menjelang PRU akan datang sangat menarik, kerana ia penuh dengan teka-teki, sangat sukar diramalkan.

ULASAN GB

Pak Syukur benar. Bagimana mungkin jika ada parti politik di luar Pakatan Harapan, khususnya PAS dengan amat ghairah seboleh-bolehnya mahu bertanding juga dan ia tidak terikat dengan piagam Pakatan Harapan. Siapa yang boleh menghalangnya?

Semua orang tahu bahawa yang akan menentang UMNO BN ialah Pakatan Harapan yang mengambil alih Pakatan Rakyat semasa PRU13 dahulu. Parri yang tidak ada di dalam Pakatan Harapan tidak perlu campurtangan malah tidak perlu bertanding sekalipun. Ia hanya pemecah belah undi diantara pertandingan BN dan PH.

PAS ingin bersendirian. Biarkan mereka. Biarkan mereka berjuangan di dalam gua. Parti itu tidak boleh bersama dan bekerjasama dengan parti apa pun. Mendabik dada menyatakan mereka pejuang Islam sedangkan tindakan dan tingkahlakunya tidak ubah seperti UMNO BN. Mencaci-maki, bertindak ala ISIS yang agresif seperti kes serangan Ust Miqdad Zakaria di Terengganu, malah mereka kini tidak berselindung lagi memainkan isu rasisma dengan mengutuk parti DAP dan mereka yang bersahabat dengan parti itu kononnya partim itu menentang hudud. Hairannya UMNO yang menentang hudud boleh pula mereka bersama, malah sedondon.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Parti sejarah itu akan terus menjadi sejarah dalam arus perjalanan politik Malaysia. Percayalah!

Apabila Kebenaran Mula Bangkit... Rakyat Mengharapkan 2 Hero Ini...

Posted: 01 Feb 2016 09:00 PM PST

'Tangkap saya, lagu polis berkumandang di penjara'

Pemindahannya secara tiba-tiba ke Jabatan Perdana Menteri tahun lalu tidak mengentarkan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia Datuk Abdul Hamid Bador.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Hamid berkata tindakannya tidak menyalahi mana-mana undang-undang negara dan reda jika diheret ke penjara sekiranya ketua polis negara mendapat arahan dari 'langit Putrajaya' untuk berbuat demikian.


"Jika IGP mendapat arahan dari langit Putrajaya untuk menangkap saya maka saya reda.

"Hati ini semakin reda apabila mengenangkan Hari Polis 25 Mac depan semakin hampir. Masih kuat lagi semangat di dalam hati ini untuk menyanyikan lagu Polis Sedia Berkhidmat. Sewaktu dalam lokap nanti saya akan kumandangkan lagu keramat ini.

"Semua manusia mempunyai harga untuk dibeli dan dikompromi. Begitulah kata orang tua-tua dulu. Harga bagi diri saya ialah.... mengaku sajalah dan bertaubat," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan siapa yang dirujuk itu ataupun kesalahan apa perlu individu berkenaan bertaubat.

Walaupun bersedia ke penjara, Hamid berkata beliau yakin beliau tidak melanggar mana-mana undang-undang dan telah menjalankan kewajipannya sebagai seorang pegawai polis dengan sebaik-baiknya bagi memenuhi kehendak Akta Polis.

"Peranan dan fungsi utama saya adalah untuk mengesan dan mencegah jenayah.

"Undang-undang itu sendiri mengatakan bahawa seseorang itu tidak boleh menyembunyikan sebarang maklumat mengenai perlakuan jenayah," katanya.

Hamid tahun lalu secara tiba-tiba dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri selang beberapa hari berita bahawa perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara ditamatkan.

Beliau sebelum ini mendakwa terdapat usaha untuk menyembunyikan saksi dalam siasatan jenayah terhadap Najib. -MK


Gempar: Pergaduhan Besar Berlaku Di Pejabat SPRM Kerana Isu 2.6 Billion

Isu RM2.6 bilion telah mencetuskan bukan hanya perebutan kuasa dalaman Umno. Ia juga telah mencetuskan perebutan kuasa dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed, mahu mengambil tindakan disiplin terhadap Pengarah Operasi Khas, Bahri Mohamad Zin, atas sebab pelanggaran etika dan protokol. Tambahan pula, isteri kedua Bahri sedang menghadapi masalah kewangan dan beliau disyaki berada dalam kedudukan yang rapuh, yang bererti beliau terdedah.

Bahri dan Abu Kassim hampir bertumbuk hari ini desas desus di ibu pejabat SPRM mengatakan peperangan terbuka dan pahit telah berlaku. Bahri telah mengancam untuk mendedahkan Abu Kassim dan pegawai-pegawai lain di SPRM yang beliau dakwa sebagai perbuatan rasuah dan salah laku. Bahri memberi amaran, jika mereka mengambil tindakan terhadapnya maka semua orang akan penjara.

Di antara senarai jenayah tersebut, menurut Bahri, adalah pembunuhan Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed. Bahri mendakwa bahawa bukan sahaja mereka dibunuh tetapi juga terdapat satu cover-up yang mencapai 'echelons' tertinggi SPRM.

Mungkin akhirnya rakyat Malaysia akan mengetahui kebenaran mengenai pembunuhan Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed. Dan jika Bahri benar-benar buat bising maka ramai lagi Tan Sri, Datuk Seri, Datuk, dan sebagainya, akan menyertai Anwar Ibrahim di hospital dalam Penjara Sungai Buloh.

Bahri juga telah berjanji untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang diketuai Umno. "Biar mampus Melayu. Lagi Baik Bagi Cina ambil Alih Kerajaan, "Bahri menjerit yang membuatkan Abu Kassim tercengang.

Bahri disyaki sebagai agen DAP dan hari ini beliau mengesahkan dalam keceluparan beliau. Bagaimana Bahri mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang diketuai Umno tidak begitu jelas tetapi beliau disyaki akan berbuat demikian dengan 'membocorkan' fail-fail tertentu seperti yang beliau lakukan dengan isu 1MDB dan RM2.6 bilion.

Sama ada apa yang Bahri bercadang untuk 'bocorkan' adalah tulen atau palsu tidak penting kerana isu 1MDB dan RM2.6 bilion telah membuktikan. Rakyat Malaysia paling mudah tertipu, mereka akan percaya bahawa kulat pada tingkap gereja adalah gambar Jesus atau bahagian dalam buah-buahan ada kalimah 'Allah'. Mereka akan percaya apa sahaja yang 'bocor' dari SPRM adalah asli dan tidak dipalsukan.

Bagaimanapun, jika sekarang Abu Kassim tidak mengambil tindakan tatatertib terhadap Bahri maka ini bermakna ugutan Bahri telah berjaya. Dan ia juga bermakna bahawa dakwaan Bahri terhadap bosnya dan rakan-rakannya dalam SPRM adalah benar.

Jika Abu Kassim tidak berani sentuh Bahri , adakah ini bermakna bahawa semua pegawai dalam SPRM mengambil rasuah, sepertimana dakwaan Bahri? Dan adakah ini juga bermakna bahawa Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed telah dibunuh dan ada pegawai tertinggi SPRM menutupnya sepertimana didakwa oleh Bahri?

Ya, ini satu perkembangan yang paling menarik sekali. Ini adalah apa yang kita akan panggil "Mexico standoff". Jika Abu Kassim tidak berbuat apa-apa maka ini bermakna dakwaan Bahri adalah benar. Jadi adakah Abu Kassim mengalah dan membuktikan dakwaan Bahri benar atau beliau akan memanggil Bahri pembohong dan berusaha keras untuk mengalahkan Bahri?

Mari kita lihat apa yang akan berlaku dalam tempoh beberapa hari akan datang.
– Malaysia Today

TERKINI

SHAH ALAM - Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin menafikan tohmahan Raja Petra Kamarudin dalam laporan Malaysia Today Sabtu lalu kononnya beliau bergaduh dan bertengkar dengan Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkaitan isu kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.

Beliau yang turut menafikan segala tohmahan yang dilontarkan oleh Raja Petra dan portal kendaliannya pada Sabtu lalu telah membuat satu laporan polis di Putrajaya, semalam.

"Ya, saya ada buat satu laporan polis. Diharap siasatan ini akan membersihkan nama saya dan SPRM," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Dalam laporannya, Bahri menegaskan, laporan portal itu mendakwa beliau bergaduh dan bertengkar dengan Abu Kassim, dan lain-lain dakwaan yang terdapat dalam portal itu, adalah tohmahan jahat dan fitnah.

"Tuduhan bahawa saya juga adalah ejen DAP dan mahu menjatuhkan Umno juga merupakan satu bentuk fitnah, yang bertujuan mencemarkan nama dan reputasi saya sebagai pegawai SPRM," katanya.

Bahri mahu pihak polis siasat tohmahan tidak berasas itu bagi membersihkan nama beliau dan reputasi SPRM.

"Tindakan saya sepanjang masa berkhidmat di SPRM adalah bertindak secara profesional berdasarkan undang-undang dan peraturan, dan mahu mempertahankan kebebasan SPRM," kata Bahri.

Bahri juga berkata, beliau mengenali dan yakin dengan Ketua Pesuruhjaya dan Pengurusan Tertinggi SPRM, di mana mereka telah membuktikan yang mereka sentiasa mempertahankan mana-mana pegawai yang mempertahankan kebebasan dan ketelusan SPRM dan bertindak secara adil dan profesional demi SPRM dan negara.




Tiada ulasan: