Ahad, 14 Februari 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Paya Jaras Dilepaskan, Husam Musa Yang Nak Dihukumnya...

Posted: 14 Feb 2016 12:27 AM PST

Husam tunggu kertas pertuduhan rasmi

Hanya beberapa jam selepas Pejabat Agung Pas mengadakan sidang media berhubung kedudukan Datuk Husam Musa, bekas Naib Presiden Pas itu tampil menyatakan kesediaan untuk menemui jawatankuasa disiplin parti.

Beliau melalui kenyataannya di Facebook petang ini menantikan kertas pertuduhan rasmi bagi tujuan tersebut untuk membolehkannya menyediakan pembelaan yang sewajarnya.



"Saya mengikuti kenyataan media oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Timbalan Presiden Pas pada hari ini berbetulan dengan Mesyuarat Bulanan Pas. Insya Allah saya bersedia menemui jawatankuasa disiplin parti.

"Saya akan bertanggung jawab atas semua ucapan saya dan Insya Allah akan mempertahankannya semasa menemui Jawatankuasa Disiplin nanti," ujarnya.

Walau bagaimanapun, Adun Salor itu mengingatkan janji Dewan Harian Pas Pusat sebelum ini untuk memberikan maklum balas berhubung 'nota cinta' beliau pada pertemuan 30 November tahun lalu yang masih belum terlaksana.

Husam dalam kenyataan tujuh ayat tersebut juga menegaskan akan menjelaskan banyak hal yang dilihat bertentangan dengan polisi parti serta tuntutan agama.

"Pada masa yang sama, saya akan menyampaikan kepada jawatankuasa disiplin nanti perkara-perkara yang bercanggah dengan dasar Pas dan Islam yang telah dilakukan oleh pihak-pihak di dalam Pas yang telah saya bangkitkan selama ini," tambahnya lagi.

Ustaz Tuan Ibrahim dalam sidang medianya sebelum itu berkata, tindakan tatatertib boleh dipertimbangkan ke atas Husam mengikut peruntukan yang terkandung dalam perlembagaan Pas.

Sehubungan itu, ujarnya, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang hari ini memutuskan prosiding berkaitan akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Tatatertib parti yang dipengerusikan oleh Dr Sanusi Daeng Mariok.

Untuk rekod, 'nota cinta' yang diserahkan oleh Husam pada 30 November 2015 berkaitan dengan cabaran kerajaan negeri Kelantan untuk mengurus tadbir dan langkah parti berkenaan untuk menyatukan ahlinya ekoran keputusan Muktamar Tahunan Pas ke-61 lima bulan sebelum itu. -Malaysia Dateline

ULASAN GB

PAS nampaknya sudah sama dengan UMNO dari segi perangainya. kalau tak pun lebih dasyat.

ADUN Paya Jaras yang dah terang-terang melakukan kesalahn dari segi akidah dan syariah tidak dikenakan hukuman dan Ahli PArlimen Temerloh yang belum tampil menafikan kes tonton video pay per view tidak dipanggil untuk memberi keterangan, sebaliknya Husam Musa yang "kesalahannya" menegur kesalahan PAS yang hendak duhukum.

Tindakan yang hendak dikenakan ke atas Husam samalah seperti Najib dan UMNO yang mengambil tindakan ke atas Datok Khairuddin Abu Hassan kerana mendedahkan penyelewengan 1MDB. Sedangkan PAS melepaskan Khairuddin Othman dengan lemah gemalai dengan hanya menyuruh beliau memohon maaf dan bertaubat.

Di Kelantan lebih teruk lagi. PAS dilhat sudah memutar jarum ke belakang, membawa falsafah perjuangan Dato Asri - "Islamic Nasionalisme". Bersama-samanya ialah apa yang dilakukan oleh UMNO seperti gejala politik samseng, memfitnah, memaki hamun, mengugut, mengancam dan mengenakan tindakan terhadap mereka yang bukan PAS di dalam kerajaan khususnya di negeri PAS berkuasa.


PAS pasti terhukum dengan Hukum Kebenaran dan Keadilan. PAS semakin parah dan semakin zalim. Ajaran Al-Quran sudah ditinggalkan sedangkan mereka mendakwa kononnya mereka memperjuangkan hukum Allah.

"Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk Berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (QS. Al MAidah : 08 )

Seperti yang GB katakan sebelum ini, usah dilayan sangat karenah orang-orang PAS ini. Kebanyakan mereka sudah hilang akal, sudah mereng, sudah sesat kerana "dunia". Ayuh bersama AMANAH dan PH... Soal rezeki, itu di tangan Allah, bukan UMNO atau PAS yang menentukan. Usah gentar dengan ugutan dan ancaman sesungguhnya Allah itu sebaik-baik pemberi rezeki (Allahu kharul-razikiin).

Tiada ulasan: