Sabtu, 13 Februari 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Najib Ke Amerika, Rakyat Kata "Jangan Balik Malaysia Lagi"

Posted: 13 Feb 2016 12:36 AM PST

Tak balik lagi bagus, doa rakyat kepada Najib ke Amerika

Laman rasmi Facebook Perdana Menteri sejak semalam terus dihujani komentar rakyat berbaur makian termasuk berharap supaya Najib Razak tidak pulang lagi ke negara ini.

Presiden Umno itu dalam status yang dimuat naik di Facebook jam 7.01 malam tadi menyatakan Alhamdulillah selepas baharu tiba di Amerika Syarikat (AS) untuk lawatan kerja selama seminggu.

"Insya-Allah, selama di sini (AS) saya akan turut serta dalam Sidang Kemuncak Pemimpin US-Asean, berjumpa dengan golongan profesional dan para pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sini," ujarnya.


Walau bagaimanapun, khabar tersebut hanya mengundang cercaan dan sindiran orang ramai daripada majoriti lebih 600 komentar netizen setakat jam 8 pagi hari ini.

Antaranya Zainol Idrus, "Duduk sana terus la jangan balik-balik lagi. Itu yang rakyat harapkan" dan Muhamad Fadhil Suhaimi, "Pergi tak balik pun takpe. Kita orang kat sini ok je."

Selain itu, ujar Man Ah Nan, "Pergilah mana dunia pun. Tak balik lagi bagus" manakala kata Roeshan Gill ringkas, "Jangan balik ya."

Turut berkongsi harapan sama, Azhar Abidin yang menulis, "Kalau tak payah balik Malaysia terus pun takpa aihh. Rakyat Malaysia aman tanpa Najib" serta "Jangan balik-balik dah", tegas Fazriedin Azman.

Kenapa Najib selalu ke Amerika?

Kekerapan Najib melawat AS atas alasan lawatan kerja juga mengundang rasa tidak senang rakyat Malaysia ekoran dasar pro Zionis Israel dan campur tangan kuasa besar dunia itu dalam pergolakan di wilayah bergolak terutama di Timur Tengah.

"Ke Amerika saja kau ni. Lepas tu kau suruh macai-macai abadi (penyokong tegar) kau tuduh Anwar, DAP agen Yahudi. Bangkai betul. Jangan kerjasama dengan orang Yahudi.

"Memang kau tetap senang-lenang. Duit melimpah-ruah walaupun rakyat ramai yang dah kesempitan hidup tapi satu masa nanti kau akan kenal apa itu Yahudi macam Hitler beritahu dulu," bidas Eddrus Iskandar.

Sementara itu, kecam Zul Fadzly, "Tali barut US" manakala Shah Rizal menyindir, "Lawatan perkena rakyat ke?".

Bagi Ammar Aziz pula bertanyakan, "Hang (Kau) nak buat perjanjian onar apa pulak kat sana?" juga sindir Patrickska Muha, "Asyik pergi Amerika je. Bila nak pergi Palestin?"

Jual negara

Kunjungan Najib ke AS tidak lama selepas Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ditandatangani pada 4 Februari lalu itu turut dianggap sebagai langkah untuk terus menggadai kedaulatan negara.

"Juallah negara. Jijik sungguh. Muka tak malu ke jumpa pemimpin-pemimpin negara dunia?" kutuk Mohamed Yunus Hassan serta Shahrul Effendy, "Buat apa lagi ke sana lepas negara dijual."

Pengguna Facebook kaum Cina turut secara berterus-terang mengkritik Menteri Kewangan itu seperti Jason Cheong JC yang berkata, "Shopping la working. You tipu ah,"; Denzel Loo, "Everyone taking a closer look at the face of a pokerman" serta "Muka tebal. Seluruh dunia tau skandal kamu," oleh Mark Tay Kuan Meng.

Selain itu, komentar orang ramai yang mengaitkan hobi membeli-belah serta bermain golf ketika ekonomi negara merudum juga dapat dilihat pada dinding Facebook Najib bagi statusnya ke AS itu.

"Berapa billion bawak pergi sana Pak Jib? Kak Mah (Rosmah Mansor) tak ikut sekali ke? Tak shopping ke kat sana?" soal Shah Rezza serta "Bawak sekali tak set golf?" tanya Carl Ashraf.

"Kita tengah gawat, yang pi angkut menteri-menteri ikut sama buat apa, habiskan duit pembayar cukai," bidas Osman Jelani pula serta Mike Mack mengulas, "Berapa duit negara habis kau pakai seminggu sana Jibby (Najib). Boleh tanya tukaran dollar dengan ringgit berapa la (sekarang) ni?"

Najib dan Presiden AS, Barack Obama tiba di California Khamis lalu (11 Februari) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Asean-AS bersama Sembilan rakan sejawatan dari rantu ini.

Isnin ini, Najib dijadualkan berucap dalam pembukaan sidang kemuncak tersebut selepas ucaptama Obama dan Pengerusi Asean, Thongsing Thammavong yang juga Perdana Menteri Laos.

Terdahulu, Obama pada Sidang Kemuncak Asean di Kuala Lumpur pada November tahun lalu memutuskan untuk meningkatkan hubungan Asean-AS dan mengundang pemimpin 10 negara anggota bagi menghadiri sidang kemuncak yang julung-julung kalinya diadakan di AS. - Malaaysia dateline




IKLAN BERBAYAR



TGNA Tokoh Pemersatu PAS & PR, Siapa Pula Pemecahbelah Selepas Pemergiannya?

Posted: 12 Feb 2016 08:01 PM PST

Setahun selepas Nik Aziz tiada, PAS pecah, Pakatan hancur

Selepas setahun perginya bekas mursyidul am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, parti yang beliau tinggalkan kini berpecah 2, Pakatan Rakyat diasaskannya bersama kini berkecai.

Hari ini, 12 Februari 2016 genap setahun Nik Aziz yang dianggap sebagai legenda PAS itu meninggal dunia.

Bagi bekas pemimpin PAS, Nik Aziz tidak akan dilupakan sebagai tokoh penyatu dan petunjuk sebenar dalam kehidupan beragama, berpolitik dan bermasyarakat.


"Kehilangan Tok Guru Nik Aziz adalah satu kehilangan besar kepada politik Malaysia di mana beliau mempamerkan kehebatan politik Islam dan berjaya menyatukan semua orang," kata Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Bagi bekas ketua penerangan PAS itu, selepas Nik Aziz tiada, politik pembangkang seperti hilang arah dan hilang titik penyatuan dan pertemuan disebabkan perbezaan pendapat dan ideologi.

"Tok Guru pernah berjaya menyatukan PAS dengan Semangat 46, kemudian dengan PKR dan seterusnya dengan DAP.

"Pemergian beliau satu yang sangat dirasai tambahan pula dengan kehilangan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dalam tempoh yang sama iaitu setahun lalu," kata Mahfuz merujuk kepada program peringatan setahun pemenjaraan Anwar awal minggu ini.

Sementara menurut bekas naib presiden PAS, Salahudin Ayub, pemergian Nik Aziz bermakna hilangnya sebutir permata yang selama ini banyak memandu parti Islam itu.

"Tok Guru Nik Aziz adalah tokoh yang hadir dalam karier politik saya yang banyak ajar tentang politik Islam yang menjadi sebab saya bersama Amanah (Parti Amanah Negara) hari ini," kata timbalan presiden Amanah itu.

Sementara itu, pihak yang paling terasa dengan kehilangan Nik Aziz sejak setahun lalu ialah Pengasas Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw.

Bagi pengerusi pertama DHPP itu, perginya Nik Aziz samalah ertinya dengan tertutupnya sayap bukan Islam PAS itu.

"Selepas Tok Guru tiada, ia umpama menutup DHPP.

"DHPP hanya ada atas buku sahaja sekarang. Ia sudah mati dengan perginya Tok Guru Nik Aziz,"
kata Hu yang memulakan karier sebagai wartawan di Kelantan.

Namun bagi mereka yang rapat dengan politik PAS di Kelantan, Nik Aziz sudah meninggalkan mereka sebaik sahaja selesainya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lagi.

"Tok Guru sebenarnya meninggalkan kita sejak berakhirnya PRU13 lagi.

"Hanya jasadnya sahaja setahun yang lalu meninggalkan kita," kata Mohamad Khir Zahri Abdul Ghani, bekas pengarah Tabung Tok Kenali, sebuah badan ditubuhkan Nik Aziz untuk menjaga kebajikan rakyat Kelantan.

Selepas PRU13, Nik Aziz tidak lagi menjawat jawatan menteri besar Kelantan yang beliau pegang sejak berjaya memenangkan PAS bersama Semangat 46 pada1990.

Sejak tidak menjawat jawatan itu, beliau sering sakit dan banyak menghabiskan masanya di katil Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Bagi penganalisis politik, Profesor Madya Dr Abdul Latif Ibrahim, rakyat Malaysia tidak kira apa agama atau kaum, apabila menyebut nama Nik Aziz, mereka akan nampak ketokohan kepimpinannya.

"Beliau hidup dengan prinsip yang jelas dan tidak pernah lari dari itu. Beliau diterima sebagai pemimpin yang bersih dan hidup sederhana.

"Walaupun beliau tak sebut atau cakap tentang wasatiyyah atau kesederhanaan misalnya tetapi hidupnya menjadi contoh kesederhanaan," kata Latif merujuk kepada kehidupan Nik Aziz yang sederhana walaupun menjadi ketua kerajaan Kelantan hampir suku abad lamanya.

Bagi pensyarah sosiopolitik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu, Nik Aziz dalam sejarah politiknya tidak akan bersekongkol dengan orang yang dianggapnya ada karakter diragui.

"Sebab itu beliau tidak mahu PAS ada hubungan atau bekerjasama dengan Umno kerana beliau tidak setuju amalan rasuah para pemimpin Umno," katanya yang pernah aktif dalam PAS sebelum ini.


Tuan Guru Nik Aziz penjinak 'Harimau Jelutong'

Hari ini genap setahun Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan dunia yang fana ini. Namun legasi dan sentuhan politik dan dakwahnya terus kekal dikenang. Allahyarham seorang tokoh ulama yang bukan sahaja disayangi umat Islam malah dihormati dan dikagumi rakyat merentasi kaum, agama dan sempadan negeri.

Pelbagai sudut keistimewaan tokoh ulama ini boleh diulas. Bagaimanapun suatu yang sukar dilupakan adalah kejayaan beliau menjinak dan melembutkan hati pejuang tegar sistem sekular negara ini, mendiang Karpal Singh.

Tiada siapa menduga Tuan Guru Nik Aziz mengunjungi rumah Pengerusi DAP itu di Jelutong, Pulau Pinang pada tanggal 27 Januari 2013 ketika isu panas berhubung kaum dan agama sedang rancak ditiup pihak-pihak tertentu.

Tuan Guru Nik Aziz tiba di kediaman Karpal kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam di Jalan Scotland.

Beliau yang pada masa itu menjawat Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa program anjuran Pas negeri.

Sebelum ini mereka bertemu di program rasmi konvensyen nasional Pakatan Rakyat pada 2009 di Shah Alam dan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013.

Dalam kunjungan mesra itu, Tuan Guru Nik Aziz memotong kek yang dihadiahkan Karpal sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-82.

Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz terkejut kerana pemimpin Pas itu tiba 30 minit lebih awal.

"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," kata Karpal dilapor media.

Pada konvensyen Pakatan Rakyat 19 Disember 2009, Tuan Guru Nik Aziz sempat bergurau dengan berkata, "di dada Karpal Singh ada bulan". Beliau merujuk kepada lambang Pas di jaket khas yang dikenakan pemimpin DAP itu.

Karpal pula ketika berucap menceritakan kegusaran sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat tentang hubungan tegangnya dengan pemimpin Pas berhubung isu hudud dan negara Islam.

Pihak sekretariat konvensyen, kata beliau bimbang tentang apa yang bakal diucapkannya pada majlis itu.

"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz... apa salahnya... saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan tiga parti komponen Pakatan Rakyat yang sayangnya kini telah berkubur.

Pada 17 April 2014, Tuan Guru Nik Aziz menulis dalam laman facebooknya mengenang pemergian Karpal Singh di hari yang sama akibat kemalangan jalan raya:

"Saya rakamkan takziah kepada keluarga Yang Berhormat Karpal Singh ... yang telah meninggal dunia akibat kemalangan awal pagi ini. Saya sifatkan pemergian beliau sebagai satu kehilangan kepada dunia politik tanah air kerana beliau amat dikenali sebagai seorang yang berprinsip dan sukar digugat pendiriannya.

"Beliau juga merupakan pendokong kuat kepada Perlembagaan Malaysia dan amat tegas dengan pendirian bahawa Malaysia merupakan negara sekular. Sudah tentu prinsip ini amat berbeza dengan prinsip perjuangan PAS dan beliau ternyata menghormati perbezaan ini.

"Saya masih ingat sewaktu ke rumah beliau awal tahun lepas di mana saya diberikan sambutan yang sangat hangat dari beliau. Bahkan beliau menghantar saya pulang rapat ke pintu kenderaan sekalipun situasi beliau yang terpaksa bergerak dengan kerusi roda.

"Saya kira, di sebalik perbezaan pandangan antara kami, sambutan yang diberikan oleh beliau kepada saya sangat-sangat mencerminkan kelembutan beliau dan penerimaannya terhadap hubungan PAS dan DAP di dalam Pakatan Rakyat.

"Saya kenal Karpal Singh sebagai seorang yang mendokong kuat Perlembagaan Malaysia dan saya yakin beliau akan terus dikenali begitu di dalam sejarah politik tanah air.

"Di negara ini, jika semua pihak menghormati prinsip yang terkandung di dalam Perlembagaan, Kelantan pastinya tidak akan ditindas dengan pelbagai jenis penindasan..."

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berusaha keras memastikan keharmonian hidup masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini terus terpelihara.

Beliau mengambil perhatian serius terhadap kebajikan kaum dan agama minoriti di negeri di bawah pentadbirannya.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof menukilkan:

"Pada saat segelintir rakyat Malaysia memilih jalan kebencian dan permusuhan dalam isu kalimah Allah, Tok Guru menghulurkan kedamaian dengan berdialog dan hormat menghormati. Malah saya dihubungi oleh pegawai Tok Guru untuk mendapat beberapa maklum balas tentang isu ini kerana Tok Guru mahukan input daripada saya.

"Tok Guru adalah antara penyokong tegar dialog silang agama dan kerana itu apabila satu pertemuan diaturkan oleh Lujnah Perpaduan Nasional PAS untuk bertemu dengan Uskop Katolik Wilayah Utara Bishop Sebastian di Pulau Pinang, Tok Guru tidak teragak-agak menerima temujanji ini.

"Di bilik suite Vistana Hotel Bukit Jambul menjadi saksi pertemuan bersejarah antara Mursyidul Am PAS dan Uskop Katolik memeteraikan harapan untuk kedamaian pada masa hubungan tegang kalimah Allah mewarnai hubungan antara agama di Malaysia.

"Saya yang berada rapat di sisi Tok Guru masih ingat kata Bishop Sebastian, bahawa Malaysia masih memerlukan kepimpinan Tok Guru yang membekalkan kekuatan spiritual bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada yang bukan Islam.

"Tok Guru tersenyum sambil menyatakan itulah yang beliau harapkan supaya kita hidup berdamai antara sesama kita. Majlis berakhir dengan pemberian kek sempena ulang tahun kehadiran Tok Guru yang kemudian kami namakan sebagai kek kedamaian. Jiwa Tok Guru sentiasa terbuka kepada kedamaian antara agama," tulis bekas Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat itu yang kini memimpin Amanah.

Itulah sebahagian legasi Tuan Guru Nik Aziz yang sukar dilupakan dan jarang wujud pada seorang tokoh Islam negara.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz meletakkan Islam di persada paling tinggi melebihi kecintaan kepada bangsa kerana beliau meyakini bahawa semua manusia adalah sama kerana berasal daripada datuk yang sama iaitu Nabi Adam a.s.

Islam Rahmat Untuk Semua...
Malaysia Dateline


ULASAN GB

Masing-masing hiba dengan pemergian TGNA setahun yang lalu. Hiba dengan pemergian bukan sahaja beliau seorang ulamak terkenal, malah seorang pemersatu rakyat berbilang kaum.

Segarang-garang "harimau" yang menentang hudud dapat TGNA jinakkan. Kaedah dakwah yang digunakan TGNA sungguh hebat. Meniru baginda Rasululullah yang sentiasa dihina oleh kafir Quraisy, namun baginda memusuhinya DI satu ketika tatkala seornag kafir Quraisy membaling najis ke kepala Rasulullah baginda tidak melawan, malah tersenyum sahaja menyebabkan hati si kafir itu menjadi lunak dan lembut dan akhirnya mengucapkan dua kalimah syahadah.

TGNA mencontohi tauladan insan agong itu. Tatkala Karpal Singh mengehntam hudud, TGNA tidak lansung menunjukkan sikap membenci atau menyerang semula kenyataan Karpal itu. Malah TGNA datang ke hari jadi Karpal membawa kek hari jadinya!

Kini ia hanya tinggal memori indah.

PAS tiba-tiba berantakan selepas ketiadaan TGNA.

PAS tiba-tiba hilang pedoman, ulamanya seperti kehilangan akal apaila terus menyerang DAP yang telah dijinakkan oleh TGNA dahulu.

Siapa sebenarnya pemecah-belah PAS? Siapa sebenarnya yang menyebabkan PAS kini ditolak dan dibenci oleh orang bukan-Islam? Siapa sebenanrnya yang meenyempitkan PAS ke ruanglingkup "nasionalisme" yang membawa bersamanya politik samseng, politik maki-hamun, politik fitnah, politik adu-domba, politik membenci sesama Islam?

Tuan-puan boleh menjawabnya sendiri!




IKLAN BERBAYAR



Tiada ulasan: