Selasa, 2 Februari 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


58 didakwa berkaitan ajaran Millah Ibrahim

Posted: 02 Feb 2016 08:04 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER



Seramai 58 individu didakwa di Mahkamah Tinggi dan Rendah Syariah Kuala Lumpur, hari ini terhadap pertuduhan cuba menjelaskan kepercayaan agama dikenali sebagai ajaran Millah Ibrahim @ Abraham dan mengajar agama itu tanpa tauliah.

Mereka yang terdiri daripada 12 wanita dan 46 lelaki termasuk pelajar dan penganggur, masing-masing didakwa di 2 mahkamah.

Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 3 lelaki iaitu Farzlie Rahmat, 40, Hamatun Mezi Wahab, 49, dan Sehadle Sa'aamah, 35, didakwa di hadapan Hakim Syarie Abdul Karim Wahab.

Mereka didakwa cuba menjelaskan doktrin atau kepercayaan agama selain agama Islam, yang berlawanan dengan hukum syarak dengan mencampuradukkan kefahaman kandungan ayat Al-Quran dengan kitab Bible yang didapati antara ciri-ciri di dalam ajaran Millah Ibrahim @ Abraham. 
 
 Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bilik Sakura International Youth Centre di No. 1, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras di Kuala Lumpur pada 8.32 malam semalam (1 Februari).

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 dan boleh di denda RM5,000 atau dipenjara sehingga 18 bulan atau disebat sehingga 6 sebatan atau mana-mana 2 daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa cuba mengajar agama Islam tanpa tauliah pada masa, tarikh dan tempat mengikut Seksyen 11, akta sama dan boleh didenda RM5,000 atau dipenjara sehingga 18 bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sembilan lagi tertuduh ialah Zaitullailati Taslim, 31; Adly Azman, 24; Aszrul Nizam Zainal Badol Nizam, 22; Mohd Nazari Buang, 39; Mohd Saad Ghazali, 35;  Muhamad Arif Afrison, 24; Muhammad Hasif Che Kemarudin, 27; Muhammad Razeeq Iskandar Ruslanno, 20, dan Muhammad Shawaluddin Shafar, 27.

Mereka didakwa bersubahat mengambil bahagian bersama-sama dalam satu majlis yang dikendalikan Farzlie, Hamatun Mezi dan Sehadle untuk melakukan kesalahan sama iaitu cuba menjelaskan ajaran itu di tempat, masa dan tarikh sama yang membawa hukuman denda dan penjara yang sama.

Sementara itu, 43 lagi tertuduh didakwa di Mahkamah Rendah terhadap pertuduhan sama iaitu bersubahat mengambil bahagian bersama dalam satu majlis yang dikendalikan Farzlie, Hamatun Mezi dan Sehadle untuk melakukan kesalahan sama di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Semua tertuduh yang berusia di antara 19 hingga 59 tahun didakwa mengikut seksyen sama di hadapan Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah.

Hakim Mohd Saifullah bagaimanapun membenarkan 3 daripada 43 tertuduh iaitu Norhazlina Ahmad, 39, Rozita Omar, 44, dan Norfadzilah Mohd Abdullah, 39, diikat jamin RM3,000 dengan empat penjamin yang merupakan penjawat awam yang berjawatan Jusa B dan bermastautin tetap di Kuala Lumpur.

Tiga lagi tertuduh iaitu Nor Azri Baharudin, 48, Mohd Halimin Mohd Nasir, 40, dan Mohd Agus Abu Samah, 39, pula didakwa membantu satu majlis yang dikendalikan Farzlie, Hamatun  Mezi dan Sehadle untuk melakukan kesalahan sama di tempat, masa dan tarikh yang sama dan didakwa mengikut Seksyen sama.

Hari ini, mahkamah tidak merekodkan pengakuan daripada semua tertuduh dan menetapkan 8 Mac ini untuk sebutan semula kes bagi merekodkan pengakuan mereka.

Hakim turut membenarkan permohonan pendakwaan untuk memindahkan kesemua kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Syarie Zainor Rashid memohon supaya kesemua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin berikutan 2 lagi kumpulan sebelum ini, yang didakwa terhadap pertuduhan sama, gagal mematuhi syarat jaminan selain beberapa tertuduh lain melarikan diri selepas dibenarkan jaminan.

"Sehubungan itu, pendakwaan memohon kesemua tertuduh ditahan sehingga tarikh baharu ditetapkan mahkamah. Semua tertuduh yang ditahan semalam (1 Februari) merupakan kelompok ke-3 selepas 2 lagi kelompok didakwa pada tarikh sebelum ini," kata Zainor Rashid.

Bagaimanapun, Zainor Rashid berkata pendakwaan meletakkan syarat setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dan penjamin merupakan ibu atau bapa tertuduh sahaja sekiranya mahkamah membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin. – Bernama


Mukhriz nafi disuruh tandatangan surat letak jawatan

Posted: 02 Feb 2016 07:59 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
ALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan laporan bahawa beliau disuruh menandatangani surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
 
Mukhriz turut menyifatkan dakwaan beliau enggan menandatangani surat peletakan jawatan oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah seperti dilaporkan sesetengah media arus perdana dan blog sebagai pembohongan semata-mata.
 
"Dakwaan dalam media arus perdana dan blog bahawa saya disuruh oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk meletak jawatan dengan menandatangani surat, tetapi kononnya saya enggan melakukannya sebanyak dua kali adalah satu pembohongan semata-mata," katanya.
 
Kenyataan Mukhriz itu disiarkan melalui laman Facebook Mukhriz Mahathir FC.
 
 

[KEMASKINI] ADUN BN adakan pertemuan tertutup di Grand Alora

Posted: 02 Feb 2016 07:58 AM PST

 Oleh Shuhaniza Said

 
Post Pic
 
 
ALOR SETAR: Selepas mengadakan pertemuan dengan Jemaah Diraja Kedah semalam, ADUN Barisan Nasional (BN) pada tengah hari ini mengadakan pertemuan tertutup di Hotel Grand Alora, di sini.
 
Tidak dapat dipastikan bilangan ADUN yang hadir pada pertemuan itu, yang dipercayai bagi membincangkan perkembangan isu kemelut Menteri Besar Kedah selepas pertemuan mereka dengan jemaah Diraja semalam.
 
Pihak media juga sudah memenuhi lobi hotel bagi mendapatkan perkembangan terbaru selepas gagal mendapatkan maklum balas hasil pertemuan itu semalam.
 
Dalam pada masa yang sama, jemaah Diraja memanggil ADUN pembangkang untuk mengadap di Wisma Darul Aman, jam 2.30 petang ini.
 
Mereka akan mengadap tiga ahli jemaah berkenaan, yang terdiri daripada Pengerusinya Tunku Temenggong Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Datuk Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Puteri Sulung Sultan Kedah Tengku Panglima Besar Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.
 
Selepas pertemuan dengan ADUN pembangkang itu, istana Kedah dijangka akan mengumumkan nama baru untuk menggantikan tempat Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah selepas hilang sokongan.
 
 

‘Harimau Malaysia’ gelaran baharu pasukan kebangsaan

Posted: 02 Feb 2016 07:55 AM PST

 
Harimau Malaya yang diguna sebelum ini sudah tidak sesuai kerana perkataan Malaya itu sendiri tidak lagi diguna pakai.


Tengku-Abdullah-Sultan-Haji-Ahmad-Shah-,harimau-malaysia


PETALING JAYA : Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menukar nama gelaran pasukan bola sepak kebangsaan kepada 'Harimau Malaysia' berkuat kuasa serta merta.

Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah dalam satu kenyataan berkata, gelaran Harimau Malaya yang digunakan sebelum ini sudah tidak sesuai memandangkan perkataan Malaya itu sendiri tidak lagi diguna pakai secara menyeluruh di negara ini sejak pembentukan Malaysia pada 1963.

Beliau turut berharap pengenalan nama gelaran rasmi baharu itu dapat memberi gambaran jelas bahawa skuad kebangsaan atau selepas ini dikenali sebagai skuad Harimau Malaysia adalah milik seluruh rakyat Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Bagi melancarkan era baharu bola sepak Malaysia mulai 2016 ini, FAM berasakan nama gelaran Harimau Malaya yang sering kali diguna pakai sebelum ini sudah tidak lagi sesuai.

"Ini memandangkan perkataan Malaya itu sendiri tidak lagi diguna pakai secara menyeluruh di negara ini sejak pembentukan Malaysia pada 1963, iaitu kira-kira 53 tahun yang lalu.

"Justeru itu, FAM pada hari ini dengan secara rasmi mengumumkan untuk mengguna pakai nama Harimau Malaysia sebagai nama gelaran baharu untuk skuad kebangsaan," katanya pada Majlis Pengenalan Penaja & Pengumuman Nama Gelaran Baharu Skuad Kebangsaan di Hotel The Royal Chulan, di sini, hari ini.

Empat penaja rasmi yang terus memberi sokongan dan komitmen bersama skuad kebangsaan untuk 2016 ini iaitu Telekom Malaysia (TM), Bank Islam, Nike dan 100PLUS.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah berkata, semua pihak yang terlibat dalam bola sepak negara menerima secara positif perlantikan Datuk Ong Kim Swee dan Frank Bernhardt sebagai Ketua Jurulatih kebangsaan dan Ketua Jurulatih Kebangsaan bawah 22.

Tahun lalu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pernah menyuarakan saranan supaya nama gelaran Harimau Malaysia diguna pakai untuk merujuk kepada skuad kebangsaan berbanding Harimau Malaya yang seolah-olah seperti penyokong dari Sabah dan Sarawak tidak terlibat langsung.

MIC tikam MIC, lain-lain tolong …

Posted: 02 Feb 2016 07:52 AM PST

 
MIC, semakin hari semakin rumit, lebih-lebih lagi bila bekas presidennya, Palanivel tampil semula dengan jawatan lamanya, tanpa menyedari hakikat sebenar.


 
Palanivel-Subramaniam-mic


Setiap kali hati ini tergerak untuk menulis tentang parti politik kaum India di Malaysia khususnya Kongres India Malaysia (MIC) tiap kali itu saya menjadi buntu. Kerana walaupun berbangsa India dan mengikuti perkembangan politik negara, politik parti India adalah sesuatu yang sangat kompleks dan rumit bagi saya.

Ia seperti benang yang bersimpul-simpul dalam satu kotak besar. Kalau nak leraikan simpul itu, sama ada kita hilang sabar atau ia satu percubaan yang tidak logik. Semakin cuba dilerai, semakin kita sendiri 'ter'simpulkannya. Benar?

Bagaimanapun, akhirnya saya dapat petik satu isu yang agak menarik dan perlu diberi perhatian serius. Ia sedang berlaku dalam kalangan parti India, berkaitan dengan acara Ponggal yang diadakan semalam oleh geng konco-konco bekas Presiden MIC, G. Palanivel.

Khabarnya, dalam jemputan media dan sepanjang majlis, Palanivel di'angkat' sebagai Presiden MIC membelakangkan presiden sebenar, Datuk Seri S. Subramaniam.

Maka, wujudlah persengketaan perang mulut antara dua team ini.

Menariknya, team MIC (haram, kerana tidak diiktiraf ROS) Palanivel bukan berdiri solo dengan jumlah ahlinya yang segengam tangan. Tetapi kumpulan itu kini tampil dengan geng-geng baharu apabila dikatakan sudah bekerjasama dengan myPPP, Makkal Sakhti dan NGO, Gabungan Dewan Perniagaan Perindustrian India Malaysia (MAICCI).

Malah kenyataan Presiden parti myPPP (dahulunya Parti Progresif Rakyat-PPP) Tan Sri Kayveas menyatakan mereka tidak mengiktiraf Presiden MIC semasa, Datuk Seri S Subramaniam juga agak kelakar dan sukar dihadam.  Tetapi biarlah, itu pendapat beliau. Beliau lebih lama dalam arena politik.

Apapun, yang nyata lagi terang ialah, rupanya dalam komuniti India yang sekecil-kecil ini, tiada parti yang sebenar-benarnya bersatu. Semua ada geng masing-masing, tolak dan tarik sesama mereka, berubah ikut cita rasa dan kepentingan dan berjuang demi keperluan peribadi.

Soalnya, kalau asyik bergaduh, ber'geng-geng' tanpa keserasian, macam mana nak jaga komuniti?

Patutlah pernah ada beberapa orang se'kaum saya di estet dulu minta saya tolong kenalkan kepada Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong untuk menyelesaikan masalah penempatan mereka.

Walaupun tak berpendidikan, tidak berpengetahuan luas, namun mereka lebih mengenali Michael Chong dari MCA. Malangnya juga ketika itu, setahu saya era Palanivel, tiada wakil MIC dalam Biro Pengaduan Awam yang sepatutnya menjadi biro 'aset' parti itu.

Maka, jelaslah masalah dalam kalangan ahli politik kaum India ini masalah yang wujud di peringkat akar umbi.

Memang tidak dinafikan, baru-baru ini MIC cuba bangkit semula dan memperkasa pasukan mereka dengan mengikut rapat komuniti India menerusi pelbagai program dan kempen. Tetapi insiden semalam nampaknya kembali menghuru-harakan keadaan. Palanivel yang dianggap sudah 'disenyapkan', rupanya timbul dengan dengan suara-suara yang lagi kuat dan lantang di belakang bahu beliau.

Maka bermulalah MIC yang Presidennya tak diiktiraf oleh Kayveas dan MIC yang tak diiktiraf Badan Pendaftar (ROS) saling bertikam, mengeluarkan kenyataan media.

Pastinya, akhbar-akhbar Tamil yang masing-masing dengan geng sendiri akan menggoreng isu ini semasak-masaknya.

Sekarang fikirkan kesannya, siapa yang rugi?

Kami (rakyat) tak rugi ye… Kami ada pembangkang yang akan jadi hero. Mujur pembangkang takde parti yang berpaksi kepada kaum India. Yang rugi adalah MIC itu sendiri. Siapa dalam MIC, anda yang kena tanggung risiko dan impak lebih-lebih lagi kita sedang menuju pilihanraya. So cepat-cepatlah settle isu ini.

Enam helikopter penyerang tingkat keselamatan ESSCOM

Posted: 02 Feb 2016 07:47 AM PST

 
"Little Birds" akan dikerah untuk menyokong operasi ketenteraan di pantai timur Sabah 


esscom


PETALING JAYA: Enam helikopter peninjau/penyerang ringan MD530G, atau dikenali "Little Birds", bakal diperoleh bagi meningkatkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Dalam satu kenyataan, pengeluar helikopter tentera MD Helicopters Inc. mengumumkan ia akan membekalkan enam buah helikopter itu ke unit udara tentera darat bermula suku keempat 2016. Kesemua helikopter itu akan diterima sepenuhnya pada penghujung suku pertama tahun hadapan.

Angkatan MD530G itu dijangka dikerah ke ESSCOM untuk melaksanakan misi serangan, risikan, pengawasan dan tinjauan serta keselamatan dalam peranannya menyokong operasi tentera di sana.

Dibina sebagai helikopter peninjau/penyerang yang tangkas dan berkebolehan, "Little Birds" mempunyai kelajuan maksimum 130 knot (240 kmsj) dan boleh tertatarajah (configured) untuk memuatkan avionik termaju, pengesan infra-merah hadapan, roket dan peluru berpandu terarah, dan mesingan.

Enam helikopter ini turut dilengkapi pakej persenjataan tersuai (customized), kemampuan komunikasi termaju dan peralatan pengesan terkini untuk mengecam dan bertempur dengan pelbagai jenis ancaman.

Ketua Pegawai Eksekutif MD Helicopters, Lynn Tilton berkata syarikatnya komited untuk membantu mengangkat kemampuan syarikat tempatan dari sudut perkhidmatan jangka panjang, sokongan dan keberkesanan operasi angkatan itu.

Kawasan ESSCOM meliputi pesisiran pantai sepanjang 1,400 km dari Kudat ke Tawau. Ia diwujudkan selepas pencerobohan Suluk dari selatan Filipina pada 2013.

PKR gesa Tabung Haji adakan audit telus

Posted: 02 Feb 2016 07:44 AM PST

MALAYSIAKINI




Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menggesa Lembaga Tabung Haji untuk menyediakan maklumat telus bagi meredakan kebimbangan dan mengembalikan kepercayaan pendeposit.

Ini susulan selepas surat Bank Negara yang memberi amaran kepada Tabung Haji bahawa asetnya semakin berkurangan berbanding liabitinya, bocor minggu lalu.

"Sehingga ke hari ini, Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim masih tidak mendedahkan butiran atau menafikan dakwaan berkenaan nisbah aset:liabiliti 98:100.

"Merujuk kepada seksyen 22 Akta Tabung Haji 1955, Lembaga Tabung Haji tidak boleh mengumumkan jumlah kutipan dividen, berikutan jumlah aset yang kurang daripada jumlah liabiliti.

"Pendeposit berhak untuk mengetahui sama ada mereka akan diberi dividen," kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Azeez adalah Ahli Parlimen Umno bagi kerusi Baling.

Katanya sementara laporan kewangan Tabung Haji berakhir Disember 2015 belum dikeluarkan, setiap data seperti butiran saham, hartanah, kewangan, sukuk dan nilai aset seharusnya boleh diakses oleh orang awam.

"Pengerusi Tabung Haji perlu mengetahui jumlah keseluruhan yang dimasukkan oleh pendeposit Tabung Haji.

"Hal ini merupakan perkara asas yang wajib ditunaikan oleh pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji bagi mengelakkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan pendeposit Tabung Haji," katanya.

Lagi bidas Ali Rustam supaya tak ‘pukul curi’

Posted: 02 Feb 2016 07:42 AM PST

MALAYSIAKINI




Bekas Ahli Panel Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang menegur bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam kerana 'memukul curi' pegawai kanan agensi anti rasuah itu.

Teguran Phang adalah sebagai reaksi kepada kenyataan Mohd Ali yang berkata tindakan tatatertib perlu diambil terhadap mana-mana pegawai SPRM yang dilihat cuba menjatuhkan imej pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, sebagai bekas ketua menteri dan sekarang sebagai seorang senator, pemimpin Umno itu membuat kenyataan terbuka membidas pegawai SPRM.

"Sebaliknya, (beliau) perlu berinteraksi secara senyap-senyap dengan pihak berkuasa SPRM [...] apa yang diperkatakannya itu benar-benar, secara terang-terangan dan jelas memukul curi ke atas pegawai," kata Phang dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menggesa Mohd Ali berhenti membuat tuduhan tidak berasas ke atas SPRM, terutama kerana beliau tidak tahu bagaimana tangan mereka terikat dan bahawa mereka tidak boleh bertindak balas.

"Malu kamu, Mohd Ali Rustam. Bersikap sebagai lelaki budiman dan memohon maaf kepada SPRM.

"Dan sebagai peringatan - serahkan kepada pihak berkuasa yang profesional untuk menjalankan tanggungjawab dan tugas mereka dengan telus," kata Phang.

Mohd Ali dilaporkan menuduh Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin yang didakwanya mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan masyarakat dan memburuk-burukkan imej perdana menteri.

Beliau sebelum ini dilaporkan mahu merayu keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang membebaskan Najib darripada sebarang salah laku berhubung siasatan kes derma RM2.6 bilion dan SRC International.

Susulan itu, Bahri diserang oleh bloger pro-Umno termasuk gertakan terhadap keluarganya dan terpaksa membuat laporan polis.

Apandi di bawah telunjuk Najib, kata Dr Mahathir

Posted: 02 Feb 2016 07:39 AM PST

MALAYSIAKINI




Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencemuh penjelasan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang berkata bahawa wang yang dijumpai di akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan daripada keluarga diraja luar negara.

"Saya fikir peguam negara berada di bawah kawalan subjek siasatan itu, iaitu perdana menteri," katanya yang dipetik akhbar kewangan di United Kingdom, Financial Times.

Akhbar itu juga melaporkan bahawa Mahathir menolak penjelasan Apandi yang disifatkannya sebagai "mengarut" dan berikrar untuk terus mendedahkan perkara salah yang didakwanya dilakukan oleh Najib.

Artikel bertajuk 'Malaysia stifles dissent as public unrest grows' itu diterbitkan hari ini dan merupakan artikel kedua dalam penerbitan akhbar kewangan itu yang memberi tumpuan khusus kepada masalah di Malaysia.

Financial Times pada 27 Januari lalu menerbitkan artikel bertajuk 'The threat Najib poses to Malaysia's reputation' dengan melabelkan 1MDB Najib dan skandal 'derma' itu memberi imej yang buruk terhadap Malaysia.

Bagaimanapun artikel yang disiarkan itu disangkal oleh duta Malaysia ke United Kingdom yang mempersoalkan kebenaran dan kesahihan maklumatnya.

Financial Times adalah akhbar perniagaan asing kedua yang membidas Najib selepas The Wall Street Journal (WSJ) yang membuat laporan susulan dan mendedahkan bukti berhubung tuduhan terhadap Najib yang membabitkan 1MDB dan wang yang beliau akui telah dimasukkan ke dalam akaun peribadinya .
WSJ telah menerbitkan beberapa artikel mengenai perkara itu dan berdiri teguh dengan dakwaan berkenaan meskipun peguam Najib mengugut untuk menyaman mereka.

Sehingga hari ini, belum ada tindakan undang-undang yang diambil ke atas akhbar di Amerika Syarikat itu.
Najib terus menafikan sebarang salah laku.

ADUN DAP boleh dilantik jadi MB Selangor – Aziz Bari

Posted: 02 Feb 2016 07:36 AM PST

Undang-undang tubuh negeri tidak melarang individu daripada parti lain untuk menjadi Menteri Besar.


Abdul-Aziz-Bari


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti DAP boleh dilantik menjadi Menteri Besar Selangor asalkan individu yang dipilih seorang yang berbangsa Melayu dan mendapat sokongan majoriti.

Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Dr Abdul Aziz Bari berkata, ia disebabkan undang-undang tubuh negeri tidak melarang individu daripada parti lain untuk menjadi Menteri Besar.

Bagaimanapun, Aziz menjelaskan, sekiranya ADUN Melayu itu tidak ada, berlakunya masalah majoriti dan pelbagai syarat lain tidak dapat dipenuhi, Sultan boleh melantik bukan Melayu sebagai Menteri Besar.

"Yang pertamanya dia mesti majoriti, yang keduanya dia Melayu dan Islam. Kalau ini tidak ada, kalau Melayu dan Islam ini tidak ada majoriti sebagai contoh, bukan Melayu boleh dilantik Menteri Besar oleh Sultan.

"Sultan yang berkuasa. Sultan boleh mempertimbangkan benda itu (pelantikan Menteri Besar).
Tanggungjawab kepada Sultan untuk menimbangkan pelantikan Menteri Besar bukan Melayu untuk memastikan Menteri Besar seorang yang mempunyai majoriti disokong oleh sebahagian besar daripada ADUN.

"Seluruh negeri Melayu begitu, sembilan negeri Melayu bukan di Selangor sahaja," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib yang menyatakan jawatan Menteri Besar Selangor boleh terlepas ke tangan DAP jika Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal mempertahankan prinsip satu lawan satu di Selangor.

Md Shukri dalam laporan di akhbar Sinar Harian, beliau yakin DAP akan mengambil alih kerusi menteri besar kerana parti berkenaan juga cenderung meletakkan calon Melayu bertanding dalam pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Mengulas lanjut, Aziz berkata, beliau tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh Md Shukri dan menyifatkan ia merupakan satu komen yang rasis.

"Saya fikir ini nampak sangat satu komen yang tak masuk akal. Komen rasis, komen politik bukan komen yang sepatunya keluar datang daripada mulut akademik," tegasnya.

Jemaah Pemangku Sultan minta pembangkang nyatakan pendirian

Posted: 02 Feb 2016 03:30 AM PST

MALAYSIAKINI




Seramai 13 daripada 15 ADUN pembangkang di Kedah dilaporkan sedang menghadap
Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah di Alor Setar bagi menentukan kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar.

Perjumpaan di Wisma Darul Aman, di Alor Setar itu diadakan sejak jam 3 petang tadi.

Semalam, tiada keputusan dicapai dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah meminta supaya pertemuan dengan wakil rakyat pembangkang.

Pembangkang di Kedah mempunyai 15 kerusi - lapan milik PAS, satu milik AMANAH, dua DAP dan PKR mempunyai empat.

Ketua Pembangkang dan ADUN Anak Bukit Amiruddin Hamzah memberitahu Malaysiakini bahawa beliau berada di Kuala Lumpur sehingga 8 Februari.

Manakala ADUN Bukit Selambau Dr R Krishnamoorthy pula berada di luar negara.

ADUN Alor Mengkudu dari parti PAS, Ahmad Yahya berkata 15 wakil pembangkang datang dengan kata sepakat bahawa mereka bersama dengan Mukhriz dalam kemelut itu.

"Kita membantah sekeras-kerasnya tindakan cuba menurunkan Mukhriz sebagai Menteri Besar melalui cara tidak bertatasusila.

"Jika Mukhriz dinaikkan melalui laluan demokrasi, proses menurunkannya juga mestilah mengikut amalan demokrasi, tidak gopoh, berperaturan serta menghormati kehendak rakyat," katanya kepada pemberita selepas meninggalkan bangunan itu pada kira-kira jam 4 petang.

Terdahulu, ADUN Pengkalan Kundur, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, beliau disoal sama ada dirinya menyokong usaha Umno Kedah untuk menumbangkan Mukhriz.

"Kita beri pendapat sendiri. Kita tidak boleh dedahkannya," katanya kepada pemberita yang menyerbu keretanya sebaik sahaja beliau meninggalkan bangunan itu pada 3.50 petang.

"Setiap orang menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah selama kira-kira lima minit dan kami diminta menyatakan pendapat peribadi masing-masing," kata pemimpin AMANAH itu.

Semalam, semua 21 ADUN BN termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipanggil menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi menzahirkan pendirian mereka mengenai krisis politik itu.

Krisis politik tercetus berikutan wakil rakyat dan pimpinan kanan Umno negeri, yang diketuai Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanapiah yang juga adalah timbalan pengerusi perhubungan Kedah menyuarakan secara terbuka mengenai hilang keyakinan mereka terhadap kepimpinan Mukhriz.

Dilaporkan seramai 19 daripada 21 ADUN BN, iaitu 17 daripada Umno dan dua dari MCA, menandatangani surat akuan menyatakan hilang kepercayaan mereka terhadap Mukhriz.

Hanya ADUN Jitra Datuk Aminuddin Omar yang dikatakan tidak berbuat demikian.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadap Tunku Sallehuddin, yang juga Tunku Temenggong Kedah, di Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan di ibu negara bagi membincangkan pertukaran menteri besar.

Najib pada sidang media pada hari sama selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno dilaporkan berkata beliau telah menyembah maklum beberapa cadangan kepada Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah berhubung kemelut berkenaan.


Tak munasabah Najib tak tahu mengenai RM42 juta, kata Zaid

Posted: 02 Feb 2016 03:26 AM PST

Hafiz Yatim

 


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mendakwa adalah tidak munasabah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak mengetahui tentang dana RM42 juta daripada SRC International yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Beliau berkata demikian dalam afidavit sokongan ketika memfailkan permohonan untuk mendapatkan semakan kehakiman ke atas keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang tidak akan mendakwa perdana menteri.

Permohonan itu, antara lain, bertujuan mendapatkan perintah mandamus bagi memaksa pendakwaan terhadap Najib mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kanun Keseksaan sedia ada.

Dalam afidavit sokongannya, Zaid berkata beliau memfailkan permohonan itu sebagai pembayar cukai yang mempunyai kepentingan yang sah.

"Ia seolah-olah penjelasan yang diberikan oleh Najib yang disampaikan oleh responden (Peguam Negara Mohamed Apandi Ali), melalui kenyataan media, adalah bahawa Najib tidak mengetahui mengenai pemindahan sebanyak RM42 juta itu ke akaun peribadinya.

"Secara hormat, saya berkata penjelasan yang diberikan oleh Najib adalah tidak munasabah memandangkan jumlah wang besar yang terlibat," katanya.

Zaid berkata Peguam Negara adalah mempunyai kewajipan untuk memulakan tuduhan jenayah terhadap Najib dan meletakkan keadaan mencurigakan mengenai wang berkenaan di hadapan mahkamah untuk penilaian hakim sama ada beliau bersalah atau pun tidak.

Jangan biarkan anak duduk begini!

Posted: 02 Feb 2016 03:23 AM PST

SINAR HARIAN


Jangan biarkan anak duduk begini!
 

KITA selalu lihat anak kecil termasuk anak sendiri duduk dengan kaki lipat ke belakang seakan bentuk W ketika bermain di lantai.

Ia dianggap biasa pada anak yang berusia dua tahun ke bawah. Tapi sekiranya cara duduk begitu menjadi kebiasaan dan berterusan hingga usia lebih dari dua tahun ia sebenarnya boleh memberi kesan kepada perkembangan pergerakan anak.

Kenapa Cara Duduk W Bahaya Pada Anak?

Cara duduk ini akan menambah tekanan di bahagian bawah tubuh anak hingga boleh menjejaskan perkembangan kekuatan otot (bahagian otot perut) dan beberapa kemahiran motor kasar seperti melompat dan juga berlari.

Bila anak duduk dalam keadaan ini mereka akan jadi selesa yang mana otot bahagian atas tubuh mereka tidak banyak berfungsi.

Sebaliknya mereka menggunakan bahagian bawah tubuh sebagai sokongan dan bergantung kepada struktur sendi dan bukan bahagian otot semasa bermain dalam kedudukan ini.

Ia juga mengetatkan otot kaki, pinggul dan buku lali anak hinggga boleh mengundang masalah hip dislocation yakni masalah kedudukan sendi pinggul.

Antara kesannya adalah menjejaskan cara anak berjalan dan juga menyebabkan anak kerap hilang keseimbangan.

Kekerapan anak duduk dalam bentuk W ini juga boleh memberi masalah untuk mereka duduk di kerusi tanpa menggunakan tangan sebagai sokongan.

Jadi sekiranya nampak anak kerap duduk dalam keadaan ini, minta dia mengubah kedudukan.
Sama ada duduk dalam keadaan bersila atau duduk di atas kerusi yang mana lebih baik untuk pembentukan tubuh mereka.

***Rencana ini adalah terjemahan dari artikel  What's So Wrong With W-Sitting
Pediatric Therapy Center yang dipetik dari blog www.vanillakismis.my



Fathul Bari terkilan dituduh kafirkan umat Islam

Posted: 02 Feb 2016 03:19 AM PST

Fathul Bari
Fathul Bari


SHAH ALAM – Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Dr Fathul Bari Mat Jahaya akui terkilan dengan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya apabila tersenarai sebagai antara individu yang mengelirukan dan dilarang daripada berceramah atau mengajar agama Islam di Johor.

Menyifatkannya tuduhan yang dilemparkan kepadanya dan beberapa ilmuan lain itu sebagai tidak adil dan perlu diselesaikan dengan cara baik.

"Bagi saya fitnah di akhir zaman ini merupakan satu makanan bagi golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab cuma sebagai seorang Muslim dan manusia biasa, sudah tentu saya terkilan dengan situasi yang berlaku. Cuma, mendepani situasi ini satu kewajipan bagi setiap yang kena fitnah...kena pertahankanlah. Kita tidak terlibat dalam hal-hal seperti itu.

"Fitnah mengkafirkan umat Islam itu satu perkara yang sangat besar sedangkan kita ini berjuang berkenaan dengan penyebutan takfiri ini.

"Ada disiplin-disiplinnya. Jadi, sangat bercanggah dengan yang didakwa ke atas kita. Tapi saya serah kepada pihak-pihak yang membuat penelitian semula (tentang) daripada mana sumber-sumber tersebut," katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, beberapa imej dokumen tersebar didakwa dikeluarkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) menyenaraikan 16 nama penceramah bebas termasuk Mufti Perli, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai 'individu yang mengelirukan dalam bentuk penyesatan, pengkafiran terhadap umat Islam'.

[ARTIKEL BERKAITAN: Johor senarai 16 individu dilarang beri ceramah]

Nama Fathul dilaporkan mempunyai enam bentuk pengeliruan yang disenaraikan di mana salah satunya terlibat mengkafirkan umat Islam.

Ketika ditanya tentang dakwaan itu, beliau sempat berseloroh berkata: "Mungkin saya banyak mengkafirkan orang kot, itu yang mereka tak bagi (ceramah). Ramai betul saya kafirkan umat Islam. Masya-ALLAH."

Dalam pada itu, beliau terus bersangka baik dan mahu pihak yang mendakwa itu menjemput semua ilmuan yang disenaraikan itu dan mengadakan satu diskusi ataupun perbincangan sama ada secara terbuka atau tertutup.

"Jangan bina hujah atas asas sentimen. Kamu suka, kami tak suka atau kamu tidak suka, kami suka. Ini tidak akan menyelesaikan masalah. Sebab dalam Islam ada perbezaan pendapat tetapi cara menanganinya bukan dengan cara mengharamkan, dakwaan atau fitnah orang.

"Tak setuju dengan pandangan 'fine'...anda boleh nyatakan tidak setuju dengan pandangan saya atau sesiapapun tapi untuk membuat tuduhan, mengkafirkan orang, itu satu tuduhan yang berat dan saya kira pihak yang menuduh sekiranya betul, jemput dan berbincang. Selesaikan dengan cara yang harmoni dan baik," katanya yang mengakui mempunyai hubungan baik dengan Johor selama inKatanya, banyak bahan atau kenyataan yang diambil secara separuh tanpa melihat intinya secara keseluruhan yang akhirnya membuatkan timbul persepsi negatif.

Sementara itu, Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Ustaz Maza menyifatkan dakwaan itu sebagai satu fitnah.

"Ini adalah satu fitnah. Saya mencabar pihak pemfitnah itu membuktikannya. Saya rasa mereka patut disaman fitnah.

"Bahkan semua yang terlibat patut bersatu mengambil tindakan undang-undang kepada pihak berkenaan. Rakyat Malaysia boleh membaca tulisan di internet. Apakah mereka menemui hal yang seperti itu?" katanya seperti yang dilaporkan Malaysiakini.

Dr Maza juga disenaraikan enam bentuk pengeliruan termasuk memfitnah Institusi Mufti, mengkafirkan amalan ulama dan umat Islam dan tahlil kematian tidak memberi faedah kepada si mati.


BN gagal dapat perakuan 19 ADUN semalam?

Posted: 01 Feb 2016 11:40 PM PST

MALAYSIAKINI




Ura-ura pengumuman baru pengganti menteri besar Kedah tidak berlaku selepas pertemuan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam.

Bagaimanapun, seorang pemimpin pembangkang negeri membangkitkan sama ada BN gagal mendapat sokongan 19 wakil rakyatnya yang dikatakan menolak kepimpinan Datuk Mukhriz Mahathir.

Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (gambar) berhujah, jika sokongan 19 wakil rakyat BN diperoleh, logiknya tidak perlu lagi memanggil ADUN pembangkang hari ini.

"(Ini) Kerana bilangan 19
ADUN sudah mencukupi untuk menggugurkan Mukhriz," kata bekas naib presiden PAS itu.

Kedah mempunyai 36 DUN. Daripada jumlah itu, 21 dimenangi BN. Bagaimanapun, ADUN Jitra Datuk Aminuddin Omar memilih menyokong Mukhriz.

Jitra sebuah DUN dalam parlimen Kubang Pasu, kubu tradisi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga bapa Mukhriz, sebelum ini.

18-18 tiada masalah

Seramai 15 ADUN pembangkang dilapor akan menghadap anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah dipercayai berkaitan kedudukan Mukhriz sebagai menteri besar hari ini.

ADUN Pengkalan Kundor Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi ketika dihubungi Bernama malam tadi mengesahkan dimaklumkan untuk mengadap pada pukul 2.30 petang di Wisma Darul Aman di Alor Setar.

Dalam kenyataan hari ini, Mahfuz membangkitkan persoalan sama ada kumpulan anti-Mukhriz hanya mendapat sokongan 18 ADUN sahaja dan Mukhriz mendapat tiga kerusi dan pembangkang pula 15.

"Adakah ini bermakna harapan hanya ada pada pembangkang untuk kekalkan Mukhriz
sebagai MB dan tewaskan (Datuk Seri) Najib (Razak) pada petang hari ini

"Walaupun jumlahnya sama banyak 18-18 tiada masalah untuk kerajaan ini kekal dengan Mukhriz sebagai MB asalkan Najib dan konco-konconya kalah.

"Menghalang Mukhriz disingkir bermakna menewaskan Najib," kata Mukhriz yang turut hadir dalam perhimpunan pro-Mukhriz di stadium di Alor Setar malam tadi.


Ramai lagi orang pandai agama di Johor, kata exco

Posted: 01 Feb 2016 11:36 PM PST

Anne Muhammad

 




Exco Agama Johor, Abdul Mutalip Abdul Rahim berkata ramai individu di negeri itu pakar mengenai agama dan masyarakat Islam di Johor tidak memerlukan orang luar untuk menjadi penceramah.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dokumen oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) kepada Sultan Johor yang melarang 16 individu berceramah di negeri itu.

"Ini bukan isu dokumen, ini isu penceramah yang tak dibenarkan berceramah di Johor.

"Di Johor pun ramai lagi orang yang pandai agama, Johor mesti jadi Johor (dan) tidak perlu orang luar datang kalau kita tak benarkan," kata Abdul Mutalip ketika dihubungi Malaysiakini.

Antara yang tersenarai dalam dokumen itu adalah Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Exco Pemuda Umno dan penceramah bebas Dr Fathul Bari Mat Jahaya.

Dokumen itu menyebut terdapat sebilangan penceramah dari luar Johor yang berceramah atau mengajar agama Islam di masjid, surau atau tempat awam boleh menimbulkan kekeliruan dan membibitkan perpecahan masyarakat khususnya umat Islam.

Selain itu, ajaran mereka juga didakwa tidak berteraskan ajaran Sunnah Wal Jamaah.

Dokumen itu juga menyatakan majlis agama Islam bersetuju menerima cadangan supaya penceramah yang disenaraikan dilarang berceramah atau mengajar agama Islam di Johor.

Mengulas lanjut, ADUN Layang-Layang itu berkata kerajaan negeri berhak menentukan siapa yang boleh berceramah di negeri Johor berlandaskan undang-undang.

"Kerajaan (negeri) berhak untuk menentukan siapa yang boleh berceramah atau menyampaikan agama di Johor, berdasarkan enakmen yang ada," katanya.

Pengarah Operasi Khas SPRM sangkal tulisan Raja Petra

Posted: 01 Feb 2016 11:27 PM PST

Pengarah Operasi Khas SPRM sangkal tulisan Raja Petra


SHAH ALAM - Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin menafikan tohmahan Raja Petra Kamarudin dalam laporan Malaysia Today Sabtu lalu kononnya beliau bergaduh dan bertengkar dengan Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkaitan isu kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.

Beliau yang turut menafikan segala tohmahan yang dilontarkan oleh Raja Petra dan portal kendaliannya pada Sabtu lalu telah membuat satu laporan polis di Putrajaya, semalam.

"Ya, saya ada buat satu laporan polis. Diharap siasatan ini akan membersihkan nama saya dan SPRM," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Dalam laporannya, Bahri menegaskan, laporan portal itu mendakwa beliau bergaduh dan bertengkar dengan Abu Kassim, dan lain-lain dakwaan yang terdapat dalam portal itu, adalah tohmahan jahat dan fitnah.

"Tuduhan bahawa saya juga adalah ejen DAP dan mahu menjatuhkan Umno juga merupakan satu bentuk fitnah, yang bertujuan mencemarkan nama dan reputasi saya sebagai pegawai SPRM," katanya.

Bahri mahu pihak polis siasat tohmahan tidak berasas itu bagi membersihkan nama beliau dan reputasi SPRM.

"Tindakan saya sepanjang masa berkhidmat di SPRM adalah bertindak secara profesional berdasarkan undang-undang dan peraturan, dan mahu mempertahankan kebebasan SPRM," kata Bahri.

Bahri juga berkata, beliau mengenali dan yakin dengan Ketua Pesuruhjaya dan Pengurusan Tertinggi SPRM, di mana mereka telah membuktikan yang mereka sentiasa mempertahankan mana-mana pegawai yang mempertahankan kebebasan dan ketelusan SPRM dan bertindak secara adil dan profesional demi SPRM dan negara.


Mukhriz harap pengganti tumpu kepada 'Hijau Kuning'

Posted: 01 Feb 2016 11:25 PM PST

Mukhriz harap pengganti tumpu kepada 'Hijau Kuning'
Mukhriz disambut ribuan penyokong di perkarangan Stadium Darul Aman, malam tadi. - Foto Sinar Harian
 
 
WALAU apa yang berlaku selepas ini diharapkan pemimpin yang akan mengambil alih perlu memberi tumpuan kepada pembangunan bola sepak yang dilihat berjaya menyatu padukan rakyat negeri ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, tidak ada cara lain yang lebih baik daripada cara berkenaan untuk kita melihat rakyat negeri ini bersatu.

"Walaupun di negeri ini ada bermacam-macam fahaman dan perbezaan ideologi politik namun kita boleh duduk sekali dan memberi sorakan kepada pasukan Hijau Kuning.

"Pasukan kita juga sebelum ini sudah hampir sampai ke puncak liga dan kita perlu memperkuatkan lagi pasukan kita," katanya ketika berucap dalam perlawanan persahabatan diantara pasukan Kedah dengan Sungai Ara FC di Stadium Darul Aman di Alor Setar, malam tadi.

Mukhriz yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata, beliau bersama dengan Exco Belia dan Sukan, Datuk Amiruddin Omar telah berusaha dan memberi tumpuan sepenuhnya dalam pembangunan bola sepak di negeri ini sebelum ini.

Menurutnya, pelbagai idea dan rancangan yang dilakukan sebelum ini telah membuahkan hasih sehingga menjadikan pasukan Kedah berada pada tahap sekarang.

Sementara itu ketika mengulas mengenai konflik politik Kedah, Mukhriz berkata, beliau juga tidak pasti apa kesudahan yang akan berlaku.

Beliau berkata, apa pun kesudahan biarlah negeri ini  dipimpin oleh pemimpin yang berintegriti tinggi dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada kehendak rakyat di negeri ini.


Jawatan MB Selangor dalam 'bahaya'

Posted: 01 Feb 2016 11:18 PM PST

Jawatan MB Selangor dalam 'bahaya'
 Muka Depan Sinar Harian edisi Selangor & KL hari ini
 
 
SHAH ALAM - Jawatan Menteri Besar Selangor boleh terlepas ke tangan DAP jika Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal mempertahankan prinsip satu lawan satu di negeri ini dalam PRU akan datang.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, beliau yakin DAP akan mengambil alih kerusi menteri besar kerana parti berkenaan juga cenderung meletakkan calon Melayu bertanding dalam pertembungan tiga penjuru.

"Pembentukan Pakatan Harapan termasuk dalam konteks Selangor memudahkan lagi DAP mendapatkan kerusi menteri besar apabila calon Melayu mereka yang bertanding menang.

"Sebenarnya DAP mungkin akan dapat menggantikan Azmin sebagai menteri besar kerana dalam hal ini, PKR dan Amanah jelas memainkan peranan sebagai pembantu strategik pada peluasan pengaruh dan kuasa politik DAP," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, keengganan Pas menyetujui prinsip satu lawan satu juga boleh menyebabkan PKR kehilangan lebih banyak kerusi di Selangor, sekali gus memberi laluan mudah untuk DAP meraih majoriti.

"PKR sudah menjangka kesukaran yang akan mereka lalui di Selangor dalam PRU14 nanti kerana komposisi kawasan di Selangor agak rumit kalau hendak dipecahkan mengikut majoriti kaum dan parti.

"Tambahan pula strategi politik di negeri berkenaan memerlukan penglibatan signifikan undi semua kaum tanpa mengira kawasan bandar atau luar bandar," katanya.

Beliau berkata, Azmin jelas mahu prinsip satu lawan satu dipertahankan kerana beliau sudah boleh menilai sentimen pengundi pembangkang di Selangor kini terbahagi kepada dua iaitu pro Pas dan pro Pakatan Harapan.

"Senario ini jelas menggambarkan Azmin dan PKR dalam dilema dan tekanan pembahagian pengaruh antara PKR, DAP, Amanah dan Pas di satu pihak lain.

"Seolah-olah berlaku dua kumpulan dalam pembangkang dan PKR seperti di tengah-tengah kumpulan," katanya

Laporan akhir audit 1MDB tetap dibentang bulan ini

Posted: 01 Feb 2016 11:12 PM PST

SINAR HARIAN


Hasan Arifin
Hasan Arifin - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB


KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menegaskan bahawa Jabatan Audit Negara (JAN) tetap akan membentangkan laporan akhir terhadap pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bulan ini.

Pengerusinya, Datuk Hasan Arifin dengan itu mengkritik laporan sebuah portal berita hari ini yang mendakwa JAN gagal menepati tarikh pembentangan laporan akhir pengauditan itu yang dijadualkan bulan ini.

"Laporan tidak berasas dan tidak bertanggungjawab itu jelas bertujuan merosakkan reputasi dan kredibiliti PAC serta JAN yang sentiasa komited dalam melakukan pengauditan yang telus dan akauntabiliti terhadap 1MDB demi kepentingan rakyat.

"PAC menegaskan bahawa JAN akan tetap membentangkan Laporan Akhir Terhadap Pengauditan 1MDB pada Februari ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hasan juga mahu semua pihak meyakini dan meletakkan kepercayaan terhadap jawatankuasa itu yang terdiri daripada pelbagai parti, termasuk pembangkang.

"Tidak ada perkara yang harus dilindungi dan laporan PAC adalah berdasarkan kepada maklumat yang tepat dan benar," katanya.

Dalam isu lain, Hasan berkata PAC kesal dengan tindakan pihak Peguam Negara Switzerland yang mengeluarkan kenyataan media berhubung isu 1MDB tanpa berurusan terus dengan kerajaan Malaysia.

Tegas beliau, tindakan mengeluarkan kenyataan akhbar boleh menimbulkan banyak spekulasi dan tidak berasaskan kepada fakta yang tepat.

Peguam Negara Switzerland Michael Lauber baru-baru ini membuat kenyataan mengenai siasatan 1MDB. - Bernama


Kementerian Kesihatan keluar garis panduan virus Zika

Posted: 01 Feb 2016 11:06 PM PST

ANTARAPOS.COM




Post Pic
 
 
SEREMBAN: Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan garis panduan bagi mencegah penularan virus Zika minggu ini.
 
Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata garis panduan itu perlu diikuti oleh orang ramai bagi mengelak penularan virus itu dengan lebih cepat.
 
Katanya, penyakit itu amat berbahaya kerana nyamuk pembawa virus berkenaan, iaitu aedes sememangnya wujud di negara ini.
 
"Penyakit itu tiada simpton dan tiada vaksin. Oleh itu, kerajaan mengambil serius usaha menangani penyakit ini dengan mengeluarkan garis panduan ini dalam tempoh dua atau tiga hari lagi," katanya.
 
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesedaran Kalori di Hentian Rehat dan Rawat Seremban di sini, hari ini.
 
Yang turut hadir, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof. Subramaniam turut menasihati orang ramai supaya tidak mengunjungi Amerika Selatan bagi mengelak dijangkiti penyakit itu.
 
 

Proton naikkan harga semua model berkuat kuasa 15 Feb

Posted: 01 Feb 2016 11:04 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: ton Holdings Bhd akan melaksanakan langkah yang melibatkan kenaikan harga semua kereta Proton, berkuat kuasa 15 Februari 2016.
 
Langkah ini akan menyaksikan kenaikan sebanyak RM312 kepada maksimum RM2,021 bergantung kepada varian model, menurut Proton dalam kenyataan semalam.
 
Kenaikan itu sejajar dengan kesan kejatuhan ringgit berikutan kebanyakan bahan mentah dibeli dalam mata wang asing.
 
Penyusutan ringgit telah memberi kesan kepada kos operasi syarikat dan keseluruhan rantaian eko-sistem, kata Proton.
 
Bagi mengurangkan impak yang memberi kesan kepada keuntungan Proton sejak Ogos 2015, syarikat telah berusaha dalam mengurangkan kos operasi dan melaksanakan rasionalisasi operasi, yang mana perlu.
 
Senarai penuh semakan semula harga itu akan dinyatakan di laman web Proton apabila harga baru berkuat kuasa.
 
 

300 penyokong hilang keyakinan, umum keluar Pakatan Harapan

Posted: 01 Feb 2016 11:02 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SABAK BERNAM: Seramai 300 ahli Pakatan Harapan keluar parti dan menyertai MIC ekoran kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang didakwa gagal menunaikan janji.
 
Tindakan itu diketuai Kamal Abdullah, 51, bersama-sama dengan ahli parti dari PKR, DAP dan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang mendakwa kerajaan negeri tidak pernah mempedulikan nasib ahli dan kebajikan kaum India.
 
"Apa yang kami peroleh sepanjang sertai mereka (Pakatan Harapan)? Hidup kami masih susah, bila minta tolong semuanya tak layan.
 
"Hari ini kami sepakat sertai MIC kerana kami tahu MIC adalah satu-satunya parti dalam komponen BN (Barisan Nasional) yang sejak dulu hingga kini menjaga kebajikan kaum India," katanya yang dipetik Sinar Harian.
 
Beliau berkata, kemasukan bekas ahli Pakatan Harapan itu merupakan satu perubahan yang berlaku kepada rakyat di Parlimen Sabak Bernam dan berharap sokongan mereka kepada BN berterusan terutama dalam menghadapi PRU14.
 
"Saya yakin bahawa sokongan ini (kepada BN) akan memberikan keuntungan kepada kaum India. Di peringkat Parlimen juga misalnya, semua wakil rakyat MIC yang menang dalam pilihan raya lalu dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.
 
"Ini menandakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi sokongan dan komitmen yang jelas terhadap keperluan dan kebajikan masyarakat India di negara ini," katanya.
 
 

Hari Wilayah: Cabaran tangani kesesakan ibu kota

Posted: 01 Feb 2016 10:58 PM PST

 
Kementerian Wilayah Persekutuan harus menangani masalah kesesakan di ibu negara dengan lebih efisien
 
 
 
macet


Ketika hendak pergi ke pejabat pagi tadi, penulis mendapati jalan menuju ke ibu kota dari bandar Kajang lengang tidak seperti hari biasa.

Keadaan seperti itu hanya boleh dilihat jika adanya cuti umum membabitkan perayaan-perayaan tertentu yang digazetkan di dalam kalendar. Di dalam perjalanan, terdetik juga di dalam hati bertanyakan cuti apakah yang disambut oleh warga Kuala Lumpur yang penulis terlepas pandang.

Bagaimanapun, sejurus masuk ke Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Shah Alam, penulis yang mahu menuju ke arah Petaling Jaya mendapati keadaan jalan sesak seperti kebiasaan.

Barulah penulis sedar bahawa hari ini 1 Februari merupakan cuti umum yang disambut setiap tahun bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.

Mengulas mengenai perkara itu, penulis ingin mengajak pembaca merenung situasi yang dihadapi oleh warga kota yang menjadi rutin harian apabila terpaksa berdepan dengan situsi kesesakan setiap hari.

Meskipun sudah hampir 12 tahun Hari Wilayah ini disambut oleh penduduk di tiga wilayah ini namun, penulis rasa tidak banyak perubahan yang berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terutamanya dari aspek pengurusan lalu lintas yang dilihat belum begitu efisien.

Masalah kesesakan jalan raya terutama pada waktu puncak menjadi satu perkara yang sehingga kini tidak dapat ditangani oleh kerajaan meskipun ia sering kali melaksanakan projek-projek membina lebuh raya atau menaik taraf jalan-jalan baharu untuk keselesaan pengguna.

Pertambahan kenderaan di atas jalan raya hampir setiap hari menjadi penyebab isu kesesakan timbul di ibu negara hingga kadang-kadang membawa tekanan kepada warga bandar. Apa tidaknya, bagi mereka yang terpaksa masuk kerja pada waktu pagi, masa yang diperuntukan buat mereka setiap hari tentulah lebih awal kerana mereka mahu memastikan tidak terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Walaupun ia merupakan isu lama, akan tetapi masalah kesesakan yang berlaku ini masih gagal diselesaikan dengan sempurna.

Mengupas isu ini, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan yang dipetik menerusi temubual dengan Utusan Malaysia berkata, dalam memastikan masalah itu bukan halangan untuk warga kota bergerak pihaknya megambil langkah membuat jadual berkala degan waktu khusus kepada kenderaan berat dan kerja-kerja penyelengaraan.

Pihak kementerian juga katanya, telah mengenal pasti 44 sekolah di jalan-jalan utama di pusat bandar yang menjadi penyebab kesesakan.

Katanya, penyelesaian yang diambil bagi menangani masalah itu adalah dengan menyediakan tempat menunggu yang lebih sesuai untuk kemudahan para pelajar pulang dari sekolah.

Dalam hal ini, langkah yang dilakukan oleh kementerian berkenaan ada logiknya kerana jalan penyelesaian diambil sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan masalah yang dihadapi.

Justeru, penulis berpendapat, Kementerian Wilayah Persekutuan tidak boleh selesa dengan langkah yang diambil dan mereka perlu memikirkan langkah-langkah lain agar matlamat menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai sebuah bandaraya yang bergerak lancar dan berdaya saing dapat tercapai.

Sejajar dengan perkara-perkara lain yang hendak dilaksanakan seiring dengan kemajuan yang ada, masalah kesesakan jalan raya ini perlu diberikan tumpuan kerana ia turut berkait rapat dengan isu pengguna.

1MDB : Pakatan Harapan akan pastikan keadilan tertegak

Posted: 01 Feb 2016 10:57 PM PST

 
Ia disebabkan rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui kebenaran berhubung isu 1MDB.


Shamsul-Iskandar-Mohd-Akin


PETALING JAYA: Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan proses siasatan dan pendakwaan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan tertegak walaupun terpaksa mengambil masa lama sekiranya gabungan pembangkang itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Perkara itu dinyatakan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin apabila menegaskan, ia disebabkan rakyat Malaysia sememangnya berhak untuk mengetahui kebenaran berhubung isu berkenaan.

Dalam pada masa sama, Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil memuji tindakan pihak berkuasa Singapura iaitu Commercial Affairs Department (CAD) dan Monetary Authority of Singapore (MAS) kerana merampas sejumlah akaun bank yang dikaitkan dengan siasatan terhadap 1MDB semalam.

Beliau turut mengharapkan pihak berkuasa Singapura agar kekal konsisten dan tegas dalam meletakkan keutamaan integriti republik itu sebagai pusat kewangan global yang tersohor mengatasi kepentingan hubungan dua hala melibatkan Barisan Nasional dan PAP.

"Sebaran tindakan `sweeping matters under the carpet' akan dilihat menjejaskan reputasi Singapura malahan, akan mengkhianati rakyat Malaysia yang bergelut dengan kebimbangan menuntut kebenaran dalam kes ini," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Shamsul menambah, pihaknya turut menzahirkan penghargaan kepada Pejabat Peguam Negara Switzerland baru-baru ini bahawa siasatan terhadap 1MDB didakwa telah mendedahkan bahawa kira-kira AS$4 bilion (RM16.6bilion) telah diselewengkan daripada syarikat-syarikat milik kerajaan Malaysia.

"Tentunya rakyat Malaysia akan bersama dengan semua pihak yang sentiasa istiqamah menegakkan keadilan dan mendedahkan kebenaran," ujarnya.

Tiada ulasan: