Sabtu, 13 Februari 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PERGHHH...BILION-BILION JUGAK!!

Posted: 13 Feb 2016 07:20 AM PST

 shahbudindotcom

 

 
 
 
Hampir tidak ada yang setuju dan gembira dengan keputusan kerajaan membenarkan kemasukan 1.5 juta pekerja asing daripada Bangladesh bekerja di negara ini untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Selain ramai yang menyifatkan keputusan itu seolah-olah menjadikan negara ini "lambakan hamba abdi", yang lebih dirisaukan ialah kesan sosial daripadanya yang mungkin jauh lebih buruk dan menggerunkan.

Ini berikutan sekarang ini pun dikatakan terdapat lebih 5 juta pekerja asing di negara ini di mana 2.2 juta daripadanya berdaftar secara sah, manakala selebihnya adalah tanpa izin.

Membenarkan kemasukan 1.5 juta lagi, bermakna dalam tempoh tiga tahun akan datang, jumlah pekerja asing di negara ini akan meningkat kepada kira-kira 7 juta orang.

Maka, apa rasionalnya lagi menambah masalah sedia ada?

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi dalam mempertahankan kemasukan itu berkata, ia bukanlah kehendak kerajaan, tetapi untuk memenuhi permintaan pasaran dalam sektor perkilangan, perladangan, pembinaan dan sebagainya.

Hari ini pula, beliau sekali lagi mempertahankan keputusan itu dengan menegaskan, ahli FMM atau Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia sendiri yang meminta kemasukan pekerja asing tersebut kerana menghadapi masalah kekurangan pekerja.

Ehhh...ehh...ehh, sejak bila kerajaan mempunyai sikap tunduk seratus-peratus kepada kehendak pasaran semata-mata dalam membuat keputusannya?
 
 
 
 
 
Apa gunanya sebuah kerajaan yang mengaku bertunjangkan rakyat jika akhirnya kepentingan kapitalis saja yang ingin dipenuhi?

Apakah kerajaan tiada dasar langsung dalam penetapan kadar pekerja asing yang boleh bekerja dalam mana-mana kilang, ladang atau industri?

Apakah mahu dibenarkan sesebuah industri itu mengambil sepenuhnya pekerja Bangladesh sahaja dan mengabaikan sama sekali pekerja tempatan?

Tidakkah dengan membuat ketetapan 1.5 juta pekerja Bangladesh akan dibawa masuk akan menyebabkan pekerja asing lebih diketepikan?

Yang menjadi perbualan di mana-mana juga ialah kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ini merupakan jumlah paling ramai yang pernah diputuskan oleh mana-mana era menteri yang mengetuai Kementerian Dalam Negeri.

Lantaran itu, dalam tempoh tiga tahun kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh tersebut, siapakah yang lebih untung daripadanya?

Jika dibuat andaian bodoh sekalipun di mana katalah mana-mana syarikat yang menguruskan kemasukan pekerja Bangladesh itu mengaut keuntungan RM1,000.00 bagi setiap kepala,  bermakna laba " jual orang" saja sudah mencecah RM1.5 bilion atau RM1,500 juta.

Perghhh...bilion-bilion jugak!! 


Tony Pua: Pengerusi PAC patut hormati kerjaya wartawan

Posted: 13 Feb 2016 07:14 AM PST

images
Oleh Syazana Hasanudin

 
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kesal berikutan pengamal media dilarang memasuki kawasan Parlimen semasa prosiding terakhir Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semalam.

Beliau berkata, mereka tidak wajar dibiar berdiri di luar kawasan Parlimen oleh Pengerusi PAC, Datuk Hasan Ariffin walaupun tiada sidang media pada hari itu kerana mereka hanya menjalankan tugas.

"Saya kasihan kepada wartawan yang terpaksa berdiri di bawah terik matahari kerana dilarang masuk ke kawasan Parlimen.

"Walaupun tiada sidang media, tidak salah jika Pengerusi PAC membenarkan wartawan yang mengharapkan komen pihak terlibat menunggu di kawasan lebih selesa," katanya pada Roketkini.

Setiausaha Publisiti DAP itu berkata demikian ketika mengulas insiden pengamal media dilarang memasuki kawasan Parlimen dan terpaksa menunggu bawah panas matahari atas arahan Pengerusi PAC semasa prosiding terakhir agensi itu berkenaan skandal 1MDB.

Sebelum ini, pengamal media di Malaysia kerap disekat dari membuat liputan, antaranya Perhimpunan Agung UMNO 2015 dan pelancaran Puteri DIAN hingga mendapat kritikan kumpulan wartawan dan media seperti Gerakan Media Marah (GERAMM).

Malah, wartawan dan editor media juga berdepan hukuman secara perundangan berikutan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mahu Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) diperketat dengan memaksa pengamal media mendedahkan sumber berita.

Ke mana peruntukan RM900 juta projek luar bandar hilang?

Posted: 13 Feb 2016 07:12 AM PST

CCJ pelancaran jentera

Roketkini.com


KERIAN: Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mempersoal mengenai peruntukan pembangunan bagi Projek Kecil Luar Bandar (MRP) untuk penduduk di negeri ini berikutan ia seolah-olah hilang.

"Pada 2015, sebanyak RM900 juta diperuntuk bagi MRP. Setiap DUN  mendapat sekitar RM15 juta. 
Misalnya di kawasan Kedup ada 100 kampung, setiap kampung atau JKKK sepatutnya dapat RM150,000. Ini bukan isunya, soalnya ke mana semua dana itu pergi?" katanya.

Ahli Parlimen Bandar Kuching itu berkata, perkara itu sudah dibangkit pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tetapi gagal dijawab, malah DAP pula dituduh sebagai menghalang pembangunan luar bandar.

"Bila DAP ajukan pada sidang DUN, Ketua Menteri tak mahu jawab dan cuba alihkan isu ini menuduh kita pula menentang pembangunan luar bandar," katanya pada pelancaran Jentera Pilihan Raya DUN  Kedup dan Bukit Kemuja di Kampung Sungai Empani, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Sentosa itu juga menempelak kerajaan BN yang mementingkan syarikat kroni dengan membiarkan rakyat berhadapan dengan bebanan akibat kadar inflasi yang tinggi.

"Tidak kira harga minyak dunia meningkat atau turun, hakikatnya rakyat tetap susah. Bila harga minyak naik, kroni dapat untung besar. Bila harga turun, rakyat tetap susah kerana inflasi tinggi.

"Hakikatnya, tidak kira apa sahaja  kebaikan yang konon dibawa BN, kehidupan rakyat tetap teruk terjejas akibat dasar BN. Aktiviti perniagaan semakin lembap manakala golongan pekerja terpaksa menanggung beban kenaikan kos hidup," katanya

Beliau juga menyarankan rakyat Sarawak supaya melakukan perubahan dengan meluahkan kekecewaan mereka melalui kertas undi akibat kenaikan kos hidup berikutan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Katanya,  perubahan yang dilakukan dalam pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka April hadapan akan mengukuhkan lagi kedudukan blok pembangkang yang menjadi asas kepada perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

"Kita perlu hantar mesej yang jelas kepada BN betapa kita membantah GST. Inilah buat pertama kali rakyat negeri ini boleh meluahkan kekecewaan mereka terhadap pelaksanaan GST dalam pilihan raya negeri akan datang kepada Barisan Nasional (BN).

"Inilah juga masanya kita mengukuhkan kedudukan kita dan meletakkan asas kepada perubahan dalam pilihan raya akan datang," katanya.


Jangan takut dipecat kerana kritik Najib – Tun M

Posted: 13 Feb 2016 07:07 AM PST

 
Ahli UMNO yang dipecat kerana mendesak Najib Tun Razak meletak jawatan akan menjadi lebih berjiwa UMNO
 
 
 
mahathir-najib-umno


PETALING JAYA: Ahli UMNO tidak perlu takut jika dipecat daripada parti kerana mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Presiden UMNO berkata, jika dipecat, ia bukan satu pengakhiran kepada sebuah perjuangan menuntut keadilan sebaliknya menjadikan mereka lebih berjiwa UMNO.

"Jadi janganlah fikir jika kita disingkir oleh Najib, habislah kita ….. Tak habis ! Kita orang Melayu, ini negara kita!," katanya dalam satu temubual yang disiarkan di blog dinturtle.blogspot.

Bekas Perdana Menteri berkata, bukan mudah untuk mendapatkan keadilan dengan memberi contoh pengalamannya sendiri yang pernah dipecat UMNO.

"Bukan mudah hendak bertindak. Saya dulu biasa bertindak zaman Tunku (Tunku Abdul Rahman) dulu, saya pun kena buang. Tapi akhirnya saya dapat balik juga. Jadi kita jangan takut kena buang.

"(Kalau) dia buang, dalam hati kita, kita masih UMNO. Saya biasa resign daripada UMNO tapi saya masih berjiwa UMNO. Bila saya balik, saya balik sebagai UMNO," tegasnya.

Dr Mahathir yang belum berputus asa untuk menjatuhkan Najib berkata, ahli UMNO kini mempunyai platform untuk menyatakan tidak puas hati terhadap kepimpinan UMNO menerusi Gabungan Ketua Cawangan UMNO (GKCM).

"Saya mahu gerakan ini (GKCM) aktif, kalau kita nak pergi seluruh Malaysia mungkin (melibatkan) belanja banyak, tapi tiap-tiap negeri mesti ada orang (wakil) yang gerakkan. Ini cukup baik," katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI

MCA: Rancangan pinda OSA satu langkah mundur

Posted: 13 Feb 2016 07:04 AM PST

Lu Wei Hoong & Zikri Kamarulzaman

 


Rancangan meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) bagi menghukum pembocor maklumat dan wartawan dengan penjara seumur hidup sebuah langkah mundur jika benar, kata presiden MCA.

"MCA amat bimbang perkembangan isu ini. [...] Ini akan jadi langkah pusing ke belakang," kata Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada Malaysiakini.

Menteri pengangkutan itu bagaimanapun menegaskan beliau beliau melihat sendiri rancangan Peguam Negara (AG) Tan Seri Apandi Ali dan justeru itu enggan mengulas lanjut.

Beliau bagaimanapun berkata kenyataan Ketua Biro Undang-undang Pemuda MCA Ng Kian Nam – bahawa pindaan itu akan menjadikan Malaysia negara komunis – harus dihormati.

"Pemuda MCA boleh suarakan pandangan mereka yang mewakili pandangan rakyat.

"Kita perlu pastikan semua peringkat (kepimpinan) boleh menyuarakan pandangan dan kita akan dengan suara mereka," kata Liow.

Rancangan Apandi itu mengundang bidasan pelbagai pihak, termasuk Ng, yang mempersoal rancangan AG untuk memberikan tekanan kepada pembocor maklumat dan bukan memburu pesalah rasuah dan salah guna yang didedahkan.

Dalam sidang media sebelum itu, Liow berkata MCA akan memastikan sebarang pindaan akan memberi manfaat kepada negara ini dan orang ramai.

Pelantikan Haron Din penghormatan buat PAS

Posted: 13 Feb 2016 07:01 AM PST

 
Ramai pemimpin PAS sebelum ini telah dilantik menganggotai beberapa jawatankuasa dan ia tidak memberi masalah kepada parti.


Majlis-Perundingan-Islam-(MPI)


PETALING JAYA: PAS mempertahankan pelantikan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din sebagai Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) dan menganggap ia sebagai satu penghormatan kepada parti itu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pelantikan itu sebagai pengiktirafan ilmu yang dimiliki oleh Haron dan ia adalah satu penghargaan bukan penghinaan kepada parti.

Beliau memberi respon kepada kenyataan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang berkata, pelantikan Haron itu sebagai penghinaan kerana pemimpin berjawatan tinggi PAS bekerja di bawah Presiden UMNO.

Husam mahu pemimpin PAS memperbetulkan keadaan itu kerana ia kelihatan tidak betul dari segi 'protokol'.

"Pada kita, jika kita diminta (menganggotai jawatankuasa), itu bukan penghinaan tetapi penghormatan.

"Ia merupakan pengiktirafan kepada ilmu yang dimilki Haron Din. Ini bukan penghinaan kepada parti," kata Tuan Ibrahim.

Katanya, ramai pemimpin PAS menganggotai beberapa jawatankuasa sebelum ini dan ia tidak menjadi masalah.

AMANAH akan wujud majlis penasihat tangani masalah sosial

Posted: 13 Feb 2016 06:57 AM PST

Anne Muhammad  




Penasihat Umum AMANAH Ahmad Awang berkata, parti itu akan menubuhkan majlis penasihat yang antara lain bagi menyelesaikan masalah sosial seperti LGBT di negara ini.

Katanya, kerajaan sekarang hanya memberi fokus kepada ekonomi negara sehingga masalah sosial berleluasa tanpa dibendung.

"Kita akan wujudkan majlis penasihat AMANAH dan fokus kepada masalah LGBT ni, mereka yang dalam majlis itu akan memberikan nasihat kepada mereka yang terlibat dengan LGBT," katanya dalam program program Kicau Deeni di ibunegara hari ini.

Mengulas lanjut Ahmad berkata, majlis penasihat itu akan dianggotai golongan agamawan dan profesional manakala jumlah yang akan mengisi jawatan itu akan ditentukan kemudian.

"Dalam majlis penasihat itu, satu pertiga adalah agamawan dan selebihnya kita akan tentukan nanti," katanya.


Ahli UMNO sudah tidak gentar ancaman disiplin parti

Posted: 13 Feb 2016 06:53 AM PST

 
Mukhriz Mahathir mendedahkan ada ahli UMNO sanggup berselfie ketika memasang secara terbalik bendera BN walaupun diancam dikenakan tindakan disiplin.
 
 
 
mukhriz-barisan


PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa ahli UMNO tidak lagi gentar dengan ancaman tindakan disiplin yang dikeluarkan oleh pimpinan tertinggi parti terbesar Melayu itu kepada ahlinya.

Mukhriz mengaitkan dakwaan itu dengan pengakuan beberapa ahli UMNO yang sanggup merakam gambar 'selfie' sambil memasang bendera Barian Nasional (BN) secara terbalik sebagai tanda protes walaupun berisiko dikenakan tindakan disiplin.

"Ada yang hantar mesej pada saya, menyatakan kalaupun Setiausaha Agung UMNO (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) memberi amaran untuk mengantung ahli-ahli UMNO yang didapati memasang bendera terbalik ini, mereka sanggup ambil selfie sambil memasang bendera-bendera terbalik," katanya dalam entri terbaru di blog mukhrizmahathirfc.com.

Mukhriz mendedahkan perkara itu bagi mengulas mengenai tindakan penyokong BN memasang secara terbalik bendera parti itu di Kedah baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mukhriz yang juga ADUN Ayer Hitam berkata, pendedahan itu sebagai cabaran kepada pimpinan tertinggi parti yang membuat keputusan tanpa mengambil kira kesan kepada ahli parti.

"Saya pun agak terkejut dengan keadaan itu. Sebenarnya itu satu tanda protes bagi apa yang telah berlaku.

"Ini satu cabaran kepada pihak pengurusan untuk ambil tindakan terhadap mereka. Inilah keadaannya jika tidak fikir panjang kesan-kesan akibat daripada keputusan-keputusan yang dibuat pucuk pimpinan mengenai apa berlaku itu mestilah berpada-pada kerana ia akan memberi reaksi pelbagai pihak," katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI

Selangor tidak akan benar syarikat utiliti turap jalan

Posted: 13 Feb 2016 06:45 AM PST

 
Syarikat utiliti perlu melantik kontraktor yang disenaraikan JKR untuk menurap semula jalan yang dikorek.


turap-jalan


PETALING JAYA : Kerajaan Selangor mengikut keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak membenarkan syarikat utiliti menurap jalan selepas selesai menjalankan kerja-kerja baik pulih aset syarikat.

EXCO Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom hanya boleh menggunakan khidmat syarikat kontraktor yang disenarai Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menjalankan kerja-kerja menurap semula jalan.

"Ini sama seperti apabila JKR hendak melebar jalan dan mengalih aset milik syarikat utiliti. JKR perlu melantik dari senarai kontraktor yang diiktiraf oleh syarikat utiliti tersebut.

"JKR dan syarikat utiliti di Selangor sudah memulakan perbincangan ke arah ini," katanya kepada FMT.

Mengulas lanjut, Zaidy berkata, peraturan baharu itu perlu dilaksanakan kerana terdapat syarikat utiliti yang tidak memaklumkan kerja-kerja mengorek jalan kepada pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Tambahnya, syarikat utiliti terbabit juga tidak menurap semula jalan yang mereka korek dengan sempurna.
Pada 9 Feb lalu, DBKL melaksanakan peraturan tidak membenarkan syarikat utiliti membuat kerja menurap jalan yang dikorek.

Sebaliknya, kerja penurapan itu akan dilaksanakan sepenuhnya oleh DBKL dengan kos ditanggung oleh syarikat utiliti terbabit.

AMANAH akan cari jalan selesaikan isu tuntutan muflis terhadap Mat Sabu

Posted: 13 Feb 2016 06:39 AM PST

Anne Muhammad

 


Parti AMANAH akan mencari jalan menyelesaikan tuntutan muflis yang melibatkan presiden parti itu Mohamad Sabu selepas gagal melunaskan ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Pada 20 Mac 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Mat Sabu yang ketika itu merupakan timbalan presiden PAS dan setiausaha agung PAS,Datuk Mustafa Ali membayar ganti rugi tersebut kepada Wan Ahmad kerana kesalahan memfitnahberhubung isu 'Projek IC' di Sabah.

"Kita kena cek dulu, kita kena pastikan bagaimana nak selesaikan perkara ini, kalau muflis dia tak boleh pegang jawatan sehingga dia selesaikan masalah ini, kata Penasihat AMANAH, Ahmad Awang.

"Perkara ini perlukan masa, RM200,000 tu kena cari supaya jalan dapat selesaikan," katanya kepada Malaysiakini selepas program Kicau Deeni di ibunegara hari ini.

Utusan online melaporkan Peguam Wan Ahmad, Noor Hazira Abu dilaporkan berkata pihaknya memfailkan petisyen pemiutang terhadap Mohamad di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kelmarin, untuk mendapatkan ganti rugi itu berserta faedah.

Noor Hazira berkata mahkamah kemudiannya menetapkan 11 Ogos ini untuk sebutan kes tersebut dan notis kebangkrapan telah pun dihantar kepada Mohamad.

Pada 20 Mac 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Mohamad yang ketika itu merupakan timbalan presiden PAS dan setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Wan Ahmad kerana kesalahan memfitnah.


PAS akan letak calon bukan Islam pertama di p'raya S'wak

Posted: 13 Feb 2016 06:34 AM PST

Geraldine Tong  




PAS, bagi kali pertamanya, akan mencalonkan seorang bukan Islam untuk bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Calon bukan Islam itu adalah dari sayap penyokong parti itu, katanya.

Bagaimanapun, katanya, parti itu masih belum memuktamadkan senarai calon untuk pilihan raya Sarawak kerana belum dihantar kepada majlis syura.

"PAS Sarawak akan mengemukakan senarai calon mereka kepada majlis syura dan ia akan diputuskan oleh majlis itu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, yang turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee.

Menurut pemimpin-pemimpin parti itu, PAS akan mengumumkan calon parti itu bagi 11 kerusi yang ia rancang untuk bertanding dalam satu majlis lain di Sarawak pada 12 Mac ini, kata Tuan Ibrahim.

Masih terdapat satu atau dua kerusi yang juga dituntut oleh parti pembangkang PKR, katanya, tetapi menegaskan bahawa mereka akan berbincang dengan parti itu.

Bagi pembangkang mempunyai peluang sebenar untuk menang, mereka perlu memastikan pertandingan satu lawan satu-satu dengan BN.

Dr M kini penaung Gerakan Ketua Cawangan Malaysia

Posted: 13 Feb 2016 06:30 AM PST

MALAYSIAKINI




Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah diisytiharkan sebagai penaung rasmi pergerakan kepimpinan akar umbi Umno yang mendesak pengunduran presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), ia selepas wakil kumpulan itu bertemu dengan pemimpin Umno veteran tersebut di pejabat bekas perdana menteri itu di Yayasan Al Bukhari di Kuala Lumpur.

"Tun Mahathir mengisytiharkan secara rasmi untuk menjadi penaung kepada GKCM dan bekerjasama dalam program-program yang dianjurkan oleh gabungan ini," kata GKCM dalam satu kenyataan.

Kumpulan itu berkata Mahathir mengulangi kebimbangannya kerana golongan cerdik pandai semakin lama semakin terhakis dalam Umno.

GKCM juga berkata Mahathir juga berharap kumpulan itu dapat membantu menguatkan parti setelah hilangnya kepercayaan ahli dan masyarakat umum terhadap Umno yang kini dilanda masalah kepimpinan yang meruncing.

Kumpulan itu, yang terdiri daripada pemimpin cawangan Umno, menggesa Najib meletakkan jawatan.

Semalam, mereka telah mengumumkan sedang berusaha untuk meluluskan usul di peringkat cawangan bagi meminta Najib meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan pemilihan parti dipercepatkan.

Manakala Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, bagaimanapun, berkata beliau tidak fikir yang usaha mereka itu akan berjaya.

Utamakan pekerja tempatan dahulu

Posted: 13 Feb 2016 02:12 AM PST

Nurul Izzah
Nurul Izzah


SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyarankan agar kerajaan memberikan keutamaan terhadap kebolehpasaran pekerja tempatan terlebih dahulu sebelum memperkukuhkan dan mementerai dasar pengambilan pekerja asing ke negara ini.

Menerusi ulasan beliau di dalam MalaysiaKini, Nurul Izzah memaklumkan bahawa kemasukan lebih ramai pekerja asing  ke negara ini tidak perlu disegerakan sebaliknya kerajaan perlu menguatkuasakan kawalan terhadap undang-undang yang telah sedia ada.

"Apa yang diperlukan adalah penguatkuasaan kawalan undang-undang sedia ada seperti Akta Kerja 1955, Akta Pampasan Pekerja 1952, Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990, Akta Imigresen 1959/63, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

"Selesaikan dahulu isu kehadiran 5.8 juta pekerja asing; di mana 2.135 juta secara sah dan 3.7 juta tanpa izin,"katanya.

Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut memaklumkan bahawa dasar penggunaan pekerja asing di negara ini akan mengurangkan lagi peluang pekerjaan kepada warga tempatan dimana seramai kira-kira  70 peratus hanya berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) ke bawah.

Menurut beliau, sehubungan itu, kerajaan sewajarnya memandang serius terhadap saranan yang dilontarkan oleh pemangku Presiden Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani Abdul Halim sebelum ini yang memaklumkan bahawa penyelarasan kadar levi dapat menetapkan kuota mengikut sektor bagi mengelakkan lambakan pekerja asing di negara ini.

"Hari ini Low Yatt, kedai-kedai makan, stesen minyak, hotel-hotel, industri pembinaan, kilang-kilang seperti Proton dibanjiri dengan kehadiran pekerja asing.

"Akibatnya, gaji terus mengecil dan gagal berkembang. Kesemua industri ini mampu dipenuhi oleh pekerja tempatan jika mereka dibayar dengan sewajarnya,"katanya.

Dalam pada itu, Izzah memaklumkan bahawa dengan wujudnya mekanisme rundingan terus ini , ia akan menyulitkan lagi proses majikan untuk menghantar semula pekerja yang didapati bermasalah memandangkan mereka yang diterima masuk telah mendapat akses penuh daripada kedua-dua kerajaan.

Ujar beliau,selain itu, kuasa yang diberikan kepada agensi –agensi yang mengelola sistem ini menimbulkan persoalan memandangkan kerajaan kini mengalami isu ketirisan kepercayaan rakyat.

"Adakah mekanisme G2G bakal menghapuskan terus penggunaan ejen yang bakal menambah kos?

"Khususnya bagi sektor perkhidmatan dan pembuatan, seharusnya tiada pekerja asing yang digunapakai; untuk sektor pembinaan peratusan maksimumnya 30 peratus dan bagi industri berasaskan agro/perladangan, peratusan maksimumnya pula 50 peratus.

"Penguatkuasaan dan pemantauan industri perlu untuk memastikan kuota yang ditetapkan diikuti,"katanya.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid telah mengumumkan pengambilan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh untuk memenuhi sektor pekerjaan di Malaysia

Namun begitu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam menegaskan bahawa tiada angka mutlak bagi kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini kerana ia bergantung kepada keperluan sebenar majikan semasa permohonan dibuat.

Husam dirujuk Jawatankuasa Tatatertib Pas

Posted: 13 Feb 2016 02:08 AM PST

Husam Musa
Husam Musa


KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kerja Pas hari ini memutuskan supaya bekas Naib Presidennya, Datuk Husam Musa dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib parti susulan kelantangannya mengkritik parti Islam itu secara terbuka, sejak akhir tahun lalu.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara itu dicapai dalam satu mesyuarat parti itu, hari ini berdasarkan aduan yang diterima oleh pejabat Agung Pas daripada beberapa pihak.

"Mesyuarat berpandangan aduan-aduan tersebut mempunyai merit dan asas serta bertaraf kes tatatertib yang boleh dipertimbangkan tindakan tatatertib sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Pas dan berdasarkan kepada prinsip asasi undang-undang iaitu Rules Against Bias dan Conflict of Interest.

"Mesyuarat memutuskan aduan-aduan tatatertib ini wajar diserahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib parti untuk diputuskan mengikut peraturan dan undang-undang yang berkaitan serta Perlembagaan Pas," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Adun Salor itu menggesa Naib Presiden, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin, meletak jawatan kerana didakwa gagal membawa isu hudud ke Parlimen.

Husam dilaporkan berkata, dua pemimpin Pas itu perlu bertanggungjawab dengan melepaskan jawatan masing-masing sekiranya tidak dapat menjelaskan kegagalan membawa usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Tuan Ibrahim juga memohon Jawatankuasa Tatatertib Pas melakukan prosiding displin ke atas Husam dengan kadar segara.

"Mesyuarat juga memohon kerjasama daripada Jawatankuasa Tatatertib parti supaya kes ini dipertimbang dan diputuskan dalam kadar segera bagi mengelakkan sesuatu kesan tidak baik, tohmahan yang berterusan serta merugikan parti," ujarnya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata pelantikan Mursyidul Amnya, Datuk Dr Haron Din sebagai ketua kluster dakwah dalam Majlis Perundingan Islam (MPI) oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam merupakan satu pengiktirafan kepada Pas.

"Bagi kami, itu bukan satu penghinaan, kalau kita dipanggil, itu satu penghormatan dan pengiktirafan, contoh Rayani Air mencadangkan Dr Haron Din, saya fikir satu pengiktirafan ilmu dan dia bersetuju untuk mendapat pandangan-pandangan bukan satu penghinaan dalam konteks parti.

"Ramai tokoh-tokoh Pas terlibat dalam Majlis Fatwa dan negeri-negeri. Adakah itu satu penghinaan? Di peringkat penasihat bank-bank pun ada, kena tengok dalam konteks yang lebih terbuka," tegasnya.

Beliau turut menegaskan Pas tidak akan menyertai Umno dan BN dan penglibatan pemimpin dan ahli-ahli  parti Islam itu dalam agensi kerajaan bukan sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaanya.

"Nilai-nilai yang menyuruh ke arah kebaikan umat Islam dan rakyat negara ini, maka kita mendokonginya bersama, ia harus dibezakan antara kerjasama parti politik dan agensi-agensi (kerajaan)

"Kehadiran pemimpin Pas dalam program-program kerajaan untuk memberi sumbangan, pandangan dan idea perlu dilihat dalam konteks yang positif," katanya lagi.


IS: Tidak perlu sokong tindakan AS ke Syria

Posted: 13 Feb 2016 02:06 AM PST

 Mohamad Sabu
Mohamad Sabu


SHAH ALAM – Tidak ada keperluan bagi kerajaan untuk menyokong mana-mana kumpulan yang masuk ke Syria untuk melawan militan IS.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, kerajaan sebaliknya perlu merintis jalan damai dalam usaha penyelesaian krisis ini dengan mendesak semua pihak supaya hadir ke meja rundingan.

"Arab Saudi, Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) telah membuat keputusan untuk bersama Amerika Syarikat (AS) dan 36 negara yang dipimpinnya untuk masuk ke Syria dengan alasan kononnya untuk melawan IS.

"Kami desak kerajaan supaya memainkan peranan segera melalui OIC atau badan antarabangsa yang lain agar isu Syria diselesaikan melalui meja rundingan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, AS serta rakan sekutunya hanya akan memangsakan rakyat awam sekiranya pertempuran antara pihak AS dan IS.

"Pada masa ini, keadaan di Syria sudah cukup sengsara. Kemusnahan yang berlaku di negara Timur Tengah ini adalah berpunca daripada sikap adu domba, dominasi hemegoni politik Amerika bersama sekutunya Israel dan beberapa negara Arab yang lain, sekaligus membawa negara-negara Arab dan umatnya berada dalam kehancuran.

"Dominasi Amerika di Timur Tengah tidak lain hanya bagi menjaga kepentingan mereka terutama sekali menjaga keselamatan Israel. Sebarang tindakan oleh AS dan rakan sekutunya untuk masuk ke Syria secara terus tanpa melalui meja rundingan hendaklah dikutuk sekeras-kerasnya," katanya.

Perlis menang besar, hari pembukaan Liga Perdana

Posted: 12 Feb 2016 11:35 PM PST

Rai Jaringan
Para pemain Perlis meraikan gol kedua jaringan Mohd Alafi (dua, kanan) pada minit ke-9 ketika menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada saingan bolasepak Liga Perdana 2016 di Stadium Tuanku Syed Putra malam tadi. - Foto Bernama
 

BEKAS jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh membuktikan kemampuan beliau mengendali pasukan Perlis setelah memperoleh kemenangan bergaya di laman sendiri dengan menewaskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) 6-1 pada aksi pembukaan Liga Perdana,semalam.

Skuad Singa Utara tidak menunggu lama untuk menghasilkan gol apabila bekas pemain pertahanan import ATM, Obinna Nwaneri membuka jaringan seawal minit kedua sebelum disusuli dengan jaringan daripada Mohd Alafi Mahmud pada minit ke 9.

Pasukan Perlis yang baru melayakkan diri ke Liga Perdana musim ini tampak cemerlang setelah pemain import mereka dari New Zealand, Kayne Vincent menjaringkan dua gol pada minit ke 20 dan 36.

Tidak puas dengan itu, pasukan Singa Utara menambah rekod jumlah gol mereka menerusi jaringan Mohd Afif Amiruddin pada minit ke 30 dan disusuli gol daripada Sadam Hashim pada minit ke-45.

ATM menerima gol sagu hati apabila Mohd Zaironi Yusof berjaya menghasilkan jaringan lima minit selepas babak kedua bermula.

Dengan kemenangan besar 6-1 keatas ATM semalam, Perlis kini merupakan pendahulu carta Liga Perdana dan berjaya membuktikan kemampuan mereka untuk bersaing dengan pasukan lain pada musim ini.

Dalam pada itu, UiTM FC turut membuktikan kemampuan mereka apabila berjaya menewaskan Sabah 4-1 dalam perlawanan yang berlansung di Stadium UiTM, Shah Alam.

Penyerang import UiTM FC, Pavel Purishkin beraksi cemerlang apabila berjaya menghasilkan hatrik pada minit ke 31, 73 dan 89 dalam aksi pertamanya di Liga Perdana pada musim ini

Gol keempat UiTM FC disumbangkan oleh pemain import dari Brazil, Eliel da Cruz pada minit ke-81 manakala Sabah hanya berjaya merapatkan jurang setelah memperoleh satu gol pada minit ke 50 menerusi jaringan penyerang import dari Nigeria, Prince Nnake.

Di Stadium Hang Jebat, pasukan kendalian E.Elavarasan, PKNS FC mengalami kekalahan tipis 1-0 setelah ditewaskan oleh pasukan Kuala Lumpur dalam aksi pertembungan yang berlangsung semalam.

Gol kemenangan Kuala Lumpur dijaringkan oleh penyerang import  dari Brazil, Anselmo Da Silva pada minit ke-65 sekaligus meletakkan pasukan berkenaan di tangga keempat carta liga.

Sementara itu, Negeri Sembilan gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan pasukan Kuantan FC.

Pertembungan dua pasukan ini dicemari dengan insiden pergaduhan apabila perlawanan terhenti seketika pada minit ke 61sehingga menyebabkan pengadil terpaksa melayangkan kad merah kepada Hariri Safii dari pasukan negeri Sembilan dan Hazwan Fakrullah dari Kuantan FA.

Johor Darul Ta'zim (JDT) II yang menerima kunjungan daripada DRB Hicom FC di Stadium Pasir Gudang dikejutkan setelah tewas 3-1 dalam pertembungan tersebut.

DRB Hicom beraksi cemerlang  menerusi jaringan Mohammad Nazri Kamal pada minit ke-12, Ivan Babic (m33) dan Kim Jin-yong (m78).

Gol tunggal JDT II dijaringkan oleh pemain import dari Singapura, Shahril Ishak pada minit ke 27 sekaligus meletakkan pasukan berkenaan di tangga ke 10 carta liga.

Dalam pada itu, Sime Darby FC hanya mencatatkan keputusan seri apabila terikat 2-2 dalam pertemuan dengan Melaka United di Stadium Perbandaran selayang.

Pemain import dari Ivory Coast, Frederic Pooda berjaya menghasilkan dua gol pada minit kedua dan 25 namun Melaka United berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan daripada Balsa Bozovic pada minit ke 18 dan Nurshamil Abdul Ghani pada minit ke 90.


Sentimen hudud lebih indah daripada filem Dilwale

Posted: 12 Feb 2016 11:32 PM PST

Aziz M Osman
Aziz M Osman
 

PENGARAH filem terkenal tanah air, Aziz M Osman menggambarkan keindahan hukum hudud‎ melebihi sentimen filem Dilwale.

Ini kerana menurutnya, hukum hudud bertujuan mendidik umat masyarakat dalam kehidupan seharian mereka.

"Sewaktu saya menunaikan Umrah bersama rakan dan anak saya, rakan saya berkesempatan menyaksikan hukuman berkonsepkan hukum hudud dijalankan ke atas pesalah yang dituduh membunuh.

"Mengikut saya, hukuman itu tidak dijalankan kerana pada saat-saat akhir, keluarga mangsa memaafkan kesalahan si tertuduh. Lihatlah bagaimana ia mendidik masyarakat untuk saling memaafkan, dan si tertuduh pula sudah tentu serik dan bertaubat, tidak mahu lakukan jenayah itu lagi," katanya ketika ditemui pemberita program Mengenang Murobbi Ummah, di Myharakah Bazaar, di sini, semalam.

‎Beliau dalam pada itu turut menyatakan sokongan sekiranya hukum hudud dijalankan di negara ini.
"Hudud ini sebenarnya bertujuan mendidik, bukan menghukum‎ kita.

"Indahnya hudud ini, lebih indah daripada sentimen filem Dilwale," katanya lagi.


Lantik Haron Din jadi ketua kluster satu penghinaan, kata Husam

Posted: 12 Feb 2016 04:25 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

 Pelantikan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din sebagai ketua kluster dakwah dalam Majlis Perundingan Islam dianggap penghinaan kepada parti Islam itu kerana beliau perlu duduk di bawah presiden Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Februari, 2016. Pelantikan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din sebagai ketua kluster dakwah dalam Majlis Perundingan Islam dianggap penghinaan kepada parti Islam itu kerana beliau perlu duduk di bawah presiden Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Pelantikan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din sebagai ketua kluster dakwah dilakukan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merupakan satu penghinaan kepada parti Islam itu dan perlu ditolak, kata Datuk Husam Musa.

"Ia satu protokol yang sangat tidak kena. Bagaimana orang yang memegang jawatan paling tinggi dalam PAS tiba-tiba duduk bawah presiden Umno.

"Ini tak kena dari segi protokolnya. Bagaimana penjawat paling tingi dalam parti dilantik sebagai ketua kelas di bawah timbalan perdana menteri sahaja," kata bekas naib presiden PAS itu dalam satu ceramah di Pengkalan Chepa, Kelantan malam tadi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu, PAS perlu membuat satu keputusan politik bagi membetulkan perkara itu. Haron antara ketua kluster yang dilantik timbalan perdana menteri dalam Majlis Perundingan Islam (MPI) yang bermesyuarat 11 Februari lepas.

Haron dilantik sebagai ketua kluster dakwah yang akan membawa cadangan kepada MPI untuk disepakati bersama dan menyelaraskan perbincangan pada masa depan.

Selain Haron, 6 lagi dilantik mengetuai kluster lain iaitu Tan Sri Muhamad Ali Hashim (ekonomi), Tan Sri Prof Dr Kamal Hasan (pendidikan),  Datuk Asyraf Wajdi Dusuki (sosial), Prof Datuk Sri Zaleha Kamarudin (undang-undang),  Datuk Dr Siddiq Fadzil (pemikiran Islam) dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (politik).

Dalam pada itu, Husam bertegas Datuk Takiyudin Hassan perlu melepaskan jawatannya sebagai setiausaha agung PAS yang membuat tindakan persendirian dengan membelakangkan parti dalam isu Akta 355.

Katanya, Takiyudin membuat tindakan salah apabila menasihatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan rang undang-undang persendirian untuk meminda akta itu tanpa merujuk kepada parti.

Menurut Husam, beliau mendapat tahu Takiyudin bertindak demikian selepas berjumpa dengan wakil Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Ambo suruh Datuk Taki letak jawatan sungguh, bukan bergurau," kata Husam dalam ceramah bagi menjawab kenyataan beliau hanya bergurau sahaja.

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bersama antara pusat dengan Kelantan membuat keputusan pindaan kepada Akta 355 untuk membolehkan sebahagian hudud dilaksanakan perlu dibawa ke Parlimen oleh kerajaan pusat bukannya presiden PAS.

"Tetapi selepas jumpa dengan wakil jabatan perdana menteri, Datuk Taki gi nasihat presiden agar bawa usul itu tanpa merujuk kepada parti.

"Akibatnya, sampai sekarang ia tidak boleh dibahaskan apatah lagi lulus," kata Husam.

Ekoran tindakan memfailkan rang undang-undang persendirian itu, pemimpin PAS menerima malu termasuk tuduhan ditipu Umno dan Pakatan Rakyat berpecah akibat isu hudud


Mahkamah Khas Bicara Kes Dadah Akan Diwujudkan - TPM

Posted: 12 Feb 2016 04:14 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kanan) mengikuti pembentangan hasil perbincangan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Suhaimi Abdullah pada program 'Brainstorming' mengenai permasalahan dadah anjuran AADK, Jumaat. Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Ir Idris Haron (empat, kana) dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (kanan).
 
 
MELAKA: Sebuah mahkamah khas bagi membicarakan kes berkaitan dadah akan diwujudkan secara berperingkat di seluruh negara, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata ia berikutan permintaan daripada badan bukan kerajaan (NGO), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkilan ekoran terdapat kes reman yang tidak dapat diselesaikan perbicaraannya di mahkamah.

Ini sekaligus menjadikan kes tertunggak yang cukup banyak, katanya.

"Oleh sebab itu pencambahan pemikiran yang dilakukan oleh AADK telah mendapat desakan-desakan supaya mahkamah khas untuk tangani kes-kes dadah ini diwujudkan," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Terdahulu beliau menghadiri sesi Percambahan Pemikiran Mengenai Permasalahan Dadah selama kira-kira satu jam yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri dan wakil NGO.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata hasil sesi pencambahan pemikiran yang diadakan itu akan dibentangkan kepada jemaah menteri sebagai kertas memorandum yang antara lain berkaitan penguatkuasaan, pemulihan dan pembanterasan dadah dalam jangka panjang.

"Yang penting komitmen semua pihak sebagaimana yang telah berlaku selama ini terutama daripada badan NGO. Malah pendekatan pemulihan yang baharu termasuklah dengan menekankan soal keagamaan dan kerohanian dan diharap 'will power' yang kuat untuk penagih berkenaan," katanya.

Beliau berkata pada masa sama, semua agensi penguatkuasaan terutamanya PDRM, Kastam dan agensi lain akan terus mempergiatkan penguatkuasaan mereka.

Ahmad Zahid turut memuji kejayaan unit khas STING (Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik) dari Bukit Aman yang melakukan tidak kurang 26,000 tangkapan dengan jumlah rampasan melebihi RM500 juta tahun lepas.

Sabbaruddin Chik Dilantik Pengerusi Amanah Raya Berhad

Posted: 12 Feb 2016 04:11 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
Sabbaruddin Chik.
 
 
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Sabbaruddin Chik dilantik sebagai Pengerusi Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) berkuat kuasa 8 Januari lepas.

Sabbaruddin menggantikan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar pada 27 Julai tahun lepas.

Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya, Datuk Abd Rahman Md Khalid dalam satu kenyataan berkata, pihaknya yakin ketokohan dan pengalaman Sabbaruddin akan membawa AmanahRaya ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Sabbaruddin merupakan tamat pengajian di Universiti Malaya pada 1963 dan seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Institut Pengajian Sosial, Holland pada 1974.

Beliau memulakan kariernya sebagai penjawat awam pada 1966 dengan berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan sebelum dilantik Penolong Setiausaha, Kementerian Luar pada 1967.

Pada tahun yang sama, beliau dilantik sebagai Setiausaha Kedua di Kedutaan Malaysia di Saigon yang kemudiannya dilantik sebagai pegawai 'Charge D'affaires' kedutaan yang sama dari 1969 sehingga 1971.

Dari 1972 hingga 1979, Sabbaruddin berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pengarah Sosioekonomi, Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Pengarah, Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Perdagangan Antarabangsa.

Karier politik Sabbaruddin bermula semasa beliau berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada 1980 dan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kewangan dari 1982 sehingga 1987.

Kemudian, beliau dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dari 1987 hingga 1999 dan berjaya meletakkan Malaysia di peta dunia sebagai destinasi pelancong asing.

Bekas Anggota Parlimen Temerloh selama empat penggal dari 1982 hingga 1999 itu pernah dilantik sebagai pengerusi dan anggota lembaga pengarah dalam beberapa syarikat konglomerat seperti Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Priceworth International Berhad, Eden Inc. Berhad (dikenali juga sebagai Eden Enterprises M Bhd), Pernas Trading Sdn Bhd, Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd, Nudex Ventures Sdn. Bhd and IPTB Sdn Bhd. - Bernama

Menteri Pengangkutan Nafi Juruterbang MH370 Ditemui Di Taiwan

Posted: 12 Feb 2016 04:09 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
zaharieahmadshah
Kapten Zaharie Ahmad Shah.
 
 
KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Jumaat menafikan laporan yang mendakwa juruterbang MH370 sudah dijumpai dan sedang dirawat di sebuah hospital di Taiwan.

"Kementerian ini akan memberi maklumat terkini mengenai MH370 dari semasa ke semasa. Sebarang maklumat mengenai MH370 perlu dirujuk kepada kami," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

"Jangan buat spekulasi," kata Liow selepas menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman antara Shell dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Portal worldnewsdailyreport.com mendakwa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di tebing Sungai Tangshui oleh penduduk kampung, yang kemudian menghantarnya ke Taipei Adventist Hospital.

Portal itu juga menyiarkan gambar Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Jeyaindran Sinnadurai, yang disebutnya sebagai Dr Syed Boon Sulong.

Pejabat Konsulat Malaysia di Taiwan mengesahkan laporan itu sebagai tidak benar. - Bernama

Ahli Amanah Sertai PAS Semula? Salahuddin Nafi Kenyataan Takiyuddin

Posted: 12 Feb 2016 04:00 PM PST

KELAB GREENBOC


Ramai ahli PAS tunggu masa masuk AMANAH

PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (AMANAH) menolak dakwaan PAS kononnya ahli parti itu akan kembali menyertai PAS kerana tidak yakin dengan parti baharu tersebut.

Timbalan Presiden AMANAH, Salahudin Ayub berkata tidak ada tanda-tanda ahli AMANAH akan menyertai semula PAS, sebaliknya berlaku apabila semakin ramai ahli PAS yang menunggu masa untuk meninggalkan parti Islam itu.

Katanya, PAS semakin lari daripada perjuangan asal menyebabkan ahlinya lari dan menyertai AMANAH.

"Saya tidak nampak kita yang membuat AMANAH ini keliru (perjuangan parti) tetapi apa yang Datuk Takiyuddin Hassan perlu sedar ialah ramai lagi ahli PAS menunggu masa untuk masuk AMANAH.

"Jadi saya tidak teruja dengan ucapan Datuk Takiyuddin Hassan. Bukti PAS (tergugat) apabila mereka memperketat peraturan dan bakal mengenakan tindakan untuk menakutkan ahli. Sampai nak pergi dengar ceramah AMANAH pun tak boleh itu tandanya mereka terlalu bimbang keluarnya beramai-ramai ahli PAS menyertai AMANAH," katanya kepada FMT.

Semalam, Takiyuddin mengesahkan kebanyakan ahli AMANAH akan pulang ke pangkuan PAS dalam tempoh enam bulan kerana keliru dengan perjuangan parti itu.

Dalam perkembangan lain, Salahuddin turut membidas tindakan pemimpin PAS yang masih memanggil AMANAH sebagai PAN.

"Memang agenda mereka (PAS) untuk mengelar kita PAN walaupun kita sudah mendaftar dengan ROS dengan nama AMANAH, kerana perkataan AMANAH itu merupakan satu perkataan yang agung sebab itu mereka tak suka panggil kita AMANAH.

"PAS sengaja berbuat demikian untuk menunjukkan mereka begitu 'busuk hati' terhadap AMANAH dan kepada kami yang keluar daripada PAS untuk menubuhkan AMANAH," katanya. -FMT

Takiyuddin dakwa ahli AMANAH kembali sokong PAS

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata beliau mempunyai bukti ada anggota Parti Amanah Negara (AMANAH) yang mengubah haluan menyokong perjuangan PAS.

Mengulas kenyataannya berhubung perkara itu baru-baru ini, Takiyuddin meminta kepimpinan AMANAH untuk menyiasat sendiri perkara itu kerana beliau tidak akan mendedahkan nama-nama individu yang terlibat.

"Saya sebut (ada anggota Amanah sertai PAS semula) itu sebab saya ada fakta. Mereka datang jumpa saya baru-baru ini. Ada beberapa orang. Kami berbincang dan berbual. Mereka telah salah faham dengan perjuangan Amanah.

"Walaupun berbeza pandangan parti politik dengan individu tersebut, namun kami boleh duduk semeja, berbual dan berbincang pelbagai perkara termasuk perjuangan kedua-dua parti.

"AMANAH perlu siasat sendiri siapa mereka. Saya tidak bertanggungjawab untuk mendedahkannya," katanya kepada Bernama hari ini.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu ketika ditemu ramah satu portal berkata beliau tidak mempunyai maklumat tersebut, manakala Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mencabar Takiyuddin mendedahkan nama-nama individu yang terlibat.

Takiyuddin ketika ditanya sama ada individu yang menemuinya itu perlu atau telah mengisi borang keahlian PAS semula, anggota Parlimen Kota Bharu itu berkata perkara tersebut bergantung kepada status keanggotaan mereka.
-Bernama

ULASAN GB

PAS kini nampaknya begitu tertekan sehingga membuat kenyataan menyatakan "ada anggota AMANAH yang sertai PAS semula" sedangkan apa yang berlaku ialah disebaliknya: iaitu semakin ramai yang meninggalkan PAS dan menyertai AMANAH.

PAS dilhat sudah memutar jarum ke belakang, membawa falsafah perjuangan Dato Asri - "Islamic Nasionalisme". Bersama-samanya ialah apa yang dilakukan oleh UMNO seperti gejala politik samseng, memfitnah, memaki hamun, mengugut, mengancam dan mengenakan tindakan terhadap mereka yang bukan PAS di dalam kerajaan khususnya di negeri PAS berkuasa.


Yang keluar PAS menyertai AMANAH bukan calang-calang orang. Ada di antara mereka telah menyertai PAS berpuluh tahun, ada diantara mereka telah menyertai PAS sebvelum daripada Takuyiddin dan Presiden PAS sendiri. Mengapa mereka keluar? Kerana mereka sudah melihat PAS yang ada kini sudha tidak sama dengan PAS yang mereka perjuangkan selama ini. PAS sudah tidak ada roh Islamiah di dalamnya. Budaya singkir-menyingkir, budaya boo mengeboo, budaya ancaman dan ugutan - itu semua tidak pernah ada di dalam PAS sebelum ini.

Berbalik kepada isu ada ahli AMANAH yang sertai PAS, itu hanyalah dongeng Takiyuddin. Dahulu, digembargemburkan ada seornag dari Telok Mas, Syeikh Barakar namanya konuduh murtad. non beliau ahli AMANAH yang sertai PAS. Dibawanya Bakar ini ke hulur ke hilir, tetapi akhirnya Bakar tinggalkan PAS dan sertai AMANAH semula. Katanya "orang PAS menuduhnya murtad jika tinggalkan parti PAS".

"Itu dah tak betul. Jadi saya lihat PAS itu yang salah. Mudah sangat menuduh murtad," tambah Bakar lagi.

Perjuangan politik masakini ialah diantara BN dan Pakatan Harapan (PH). Samada sokong BN atau PH. Itu yang dilihat dan dirasai oleh rakyat. PAS dimana? Bersendirian? Nak menguasai parlimen dan Ke Putrajaya sendirian? Jika demikian, bertandinglah disemua kerusi parlimen dan DUN....

Justeru itu, usah dilayan sangat kenyataan orang-orang PAS ini. Kebanyakan mereka sudah hilang akal. Ayuh bersama AMANAh dan PH... Soal rezeki, itu di tangan Allah, bukan UMNO atau PAS yang menentukan. Usah gentar dengan ugutan dan ancaman sesungguhnya Allah itu sebaik-baik pemberi rezeki (Allahu kharul-razikiin). 
 
 

Gugurkan semua pertuduhan Akta Hasutan

Posted: 12 Feb 2016 03:55 PM PST

SELANGOR KINI


SHAH ALAM: Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) menyambut baik pengguguran dakwaan hasutan ke atas Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya, Prof Madya Dr Azmi Sharom.

Penyelaras Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH), Amir Abd Hadi, berkata

berharap semua tuduhan hasutan yang lain turut dikaji semula serta digugurkan sama sekali.

Akta Hasutan

Katanya, tidak adil sekiranya pertuduhan lain, yang juga dibuat secara tidak adil, serta bertentangan dengan semangat kebebasan bersuara yang dijamin didalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, diteruskan.

"Peguam Negara tidak seharusnya menjadikan pengguguran pertuduhan itu sebagai publisiti untuk beliau menutup kontroversi bersama SPRM berkaitan kes derma Perdana Menteri.

"Beliau mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau ikhlas dalam usaha mereformasikan sistem perundangan," katanya dalam kenyataan media.

Katanya, Akta Hasutan itu sendiri sudah tidak relevan untuk digunakan apabila sudahpun berada di 2016 apabila hampir 59 tahun kita mencapai kemerdekaan dari penjajah British.

"Ini sudah masanya kita memberikan erti kemerdekaan sebenar buat seluruh rakyat Malaysia.

"Jangan sia-siakan pengorbanan nenek moyang kita untuk mencapai kemerdekaan dengan meneruskan penggunaan akta tinggalan penjajah ini," katanya.

Sebelum ini pelbagai pihak mengecam tindakan Kerajaan Persekutuan mengenakan pendakwaan terhadap pimpinan pembangkang dan aktivis politik dengan akta hasutan.EZY


Izzah: Anwar Menteri Kewangan terbaik 1996, Najib terburuk 2015

Posted: 12 Feb 2016 03:53 PM PST

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SUNGAI BULOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya merasa malu dan meletak jawatan kerana kegagalan beliau menguruskan ekonomi dan kewangan hingga hampir melumpuhkan sistem pertahanan ekonomi negara.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, berkata prestasi buruk dan memalukan negara itu menyebabkan Najib dipilih sebagai Menteri Kewangan Asia terburuk dalam satu laporan dikeluarkan portal kewangan antarabangsa, FinanceAsia baru-baru ini.

nurul izzah KLSCAH 01"Kalau Najib dianugerahkan Menteri Kewangan Asia dengan prestasi terburuk, Anwar pula pernah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Asia terbaik pada 1996," katanya pada Himpunan 365 #BebaskanAnwar di hadapan Penjara Sungai Buloh di sini.

Katanya, Najib berterusan membentangkan belanjawan defisit yang meningkat setiap tahun sekaligus menjadikan hutang negara bertambah, berbanding di era Anwar sebagai Menteri Kewangan dengan kejayaan negara mengurangkan hutang dan menikmati lebihan belanjawan.

Pada 1996, selain dinobatkan sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia oleh AsiaMoney, EuroMoney pula menamakan Anwar sebagai antara empat Menteri Kewangan terbaik di seluruh dunia.

Asiamoney dan Euromoney masing-masing merupakan antara majalah pengurusan dan kewangan paling berpengaruh dan menjadi sumber rujukan ahli ekonomi seluruh dunia.

Manakala pada 1998, satu lagi majalah antarabangsa yang juga berpengaruh, Newsweek turut menamakan Anwar sebagai 'Asian of The Year'.

Prestasi kewangan negara yang sangat memberangsangkan di bawah Anwar turut menjadi faktor beliau dipilih menduduki jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa dari Mac 1998 hinggalah dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada September 1998 sekaligus menyebabkan jawatan itu terlepas secara automatik.-nR-


Pastikan pengecualian fi lesen dinikmati peniaga tempatan

Posted: 12 Feb 2016 03:48 PM PST

OLEH : NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Penjaja kecil menganggap langkah Kerajaan Selangor mengecualikan bayaran fi lesen perniagaan penjaja kecil, pasar malam dan pasar tani tepat masanya ekoran keadaan ekonomi tidak menentu.

Peniaga pasar malam, Azahari Md Isa, 38, bagaimanapun berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) juga perlu memastikan hanya peniaga rakyat tempatan sahaja mendapat manfaat pengecualian terbabit.

IMG-20160209-WA004"Terdapat peniaga yang 'Ali Baba' lesen perniagaan mereka kepada pendatang asing dengan mereka juga menerima manfaat pengecualian fi lesen sepatutnya untuk rakyat tempatan berniaga," kata Azahari kepada SelangorKini.

Azahari berkata, sebelum ini beliau terpaksa menyediakan kira-kira RM1,000 setiap tahun bagi bayaran fi lesen perniagaannya termasuk bayaran kerja pembersihan sampah.

zainal kassimPenjaja kecil, Zainal Kassim, 52, pula berkata, pengecualian diberikan itu dapat membantu golongan peniaga meringankan beban golongan peniaga berhadapanan dengan peningkatan kos sara hidup.

"Sama dengan langkah mengecualikan cukai taksiran rumah kos rendah, langkah ini satu lagi idea Kerajaan Negeri membantu golongan berpendapatan rendah," kata Zainal.

Sementara itu, peniaga kecil, Ismail Sulaiman pula mencadangkan kerajaan mengkaji supaya fi lesen untuk penjaja pasar pagi, pasar malam dan pasar tani dimansuhkan.

"Golongan peniaga kecil bukannya dapat untung ribu-ribu. lebih-lebih lagi sekarang kita tahu keadaan ekonomi sekarang memang teruk. Jadi apa yang dibuat Kerajaan Selangor itu memang baik.

"Diharap walaupun ekonomi dah pulih, elok fi lesen ini dimansuhkan terus kerana peniaga kecil seperti kami ini bukannya seperti golongan VIP atau menteri tetapi kais pagi makan pagi," kata Ismail.EZY


Tiada ulasan: