Khamis, 11 Februari 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Skandal 1MDB: Kenapa PAC takut ambil keterangan Gabenor Bank Negara?

Posted: 11 Feb 2016 06:03 AM PST

MP DAP PJ Utara Tony Pua

Oleh Hafiz Zainuddin


KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) PAC perlu memanggil beberapa individu lagi termasuk Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Mohd Hazem Abd Rahman.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata ia berikutan mereka memiliki pengetahuan luas mengenai aktiviti 1MDB sekaligus memudahkan proses siasatan menyeluruh terhadap skandal 1MDB.

"Mustahak untuk memanggil Zeti dan pegawai Bank Negara lain kerana bank itu pada Oktober lalu membatal tiga kebenaran yang diberi kepada 1MDB untuk pelaburan luar negara berjumlah USD1.83 bilion.

"Bank Negara juga mengeluarkan arahan kepada 1.comMDB supaya membawa kembali USD1.83 bilion itu ke Malaysia dan meminta syarikat itu kemukakan cadangan untuk melaksanakan tujuan berkenaan," katanya yang juga ahli jawatankuasa berkenaan.

Pengerusi PAC, Datuk Hasan Ariffin menyatakan PAC membuat keputusan menutup sisatan mereka selepas memanggil dua lagi saksi terakhir dengan mengecualikan Gabenor Bank Negara, sebagai saksi tambahan

Mengikut Hasan, dua saksi terakhir yang akan memberi keterangan pada 11 dan 12 Februari ini ialah bekas presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan bekas pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh

Terkejut kerana keputusan Hasan itu, Pua berkata mesyuarat PAC sebelum ini tidak pernah membincangkan mengenai isu tiada lagi saksi akan dipanggil dalam siasatan terhadap skandal 1MDB.

Beliau menyifatkan kegagalan PAC memanggil saksi penting bakal memberi tanggapan buruk kepada integriti badan berkenaan sekaligus menunjukkan wujud amalan bias dalam menangani skandal 1MDB.

"Perkara itu penting kerana kredibiliti dan integriti Parlimen PAC dipertaruh. Hanya kami satu-satunya institusi yang aktif jalankan siasatan terhadap skandal 1MDB. Rakyat bergantung kepada PAC untuk menjalankan tugas dengan baik tanpa rasa takut atau pilih kasih," katanya.

Mengenai Mohd Hazem, Pua berkata, kenyataannya penting kerana bon USD3 bilion terbitan melalui syarikat Goldman Sachs melalui usahasama dengan Aabar Investment PJS berpusat di Abu Dhabi berkali ketika individu itu memegang jawatan CEO 1MDB antara Mac 2013 hingga Januari 2015.

Katanya, Hazem juga bertanggungjawab terhadap pembelian tanah bermasalah di Pulau Pinang bernilai RM1.2 bilion dan kegagalan pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO) bahagian tenaga. – Roketkini.com


Najib suruh kementerian berjimat hanya gimik

Posted: 11 Feb 2016 04:58 AM PST

SHEIKH_OMAR_ALI_SENAWANG_03072015_TMIKAMAL_ARIFFIN_09

Oleh Fatih Hassan Nordin


KUALA LUMPUR : Pesanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada kementerian dan jabatan kerajaan supaya berjimat dalam berbelanja ketika melakukan lawatan kerja dan majlis rasmi hanya gimik.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali menyifatkan Najib tidak serius dan tidak lebih sekadar mempermainkan rakyat dengan gimik melalui kenyataan seumpama itu ketika ekonomi sudah parah, ditambah pula pelbagai skandal kewangan.

"Alangkah baiknya jika beliau membuat seruan ini sejak awal dahulu lagi. Najib tidak seharusnya bertindak sewaktu nasi sudah menjadi bubur," katanya pada kenyataan media, hari ini.

Semalam, Najib yang terpalit dengan pelbagai skandal berbilion ringgit, berpesan kepada kementerian dan jabatan kerajaan supaya berjimat dengan menyarankan karpet merah untuknya serta hidangan makanan istimewa dikurangkan.

Pada masa sama, Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerima peruntukan bajet tertinggi pada tahun ini berbanding kementerian dan jabatan lain sehingga mengundang kritikan serta desakan supaya mengurangkan perbelanjaan jabatan itu.

Menyifatkan pesanan itu tidak selaras dengan keazaman Najib untuk mengubah keadaan ekonomi negara, Sheikh Omar berkata, rakyat tidak lupa segala kepincangan ekonomi hasil pelaksanaan dasar kerajaan yang mengakibatkan hidup rakyat terbeban.

"Rakyat masih tidak lupa isu pemborosan seperti penggunaan jet peribadi secara tidak masuk akal, bil utiliti di Seri Perdana yang melampau. Ia tidak sama sekali menunjukkan keikhlasan serta keazaman politik terhadap nasib rakyat dan ekonomi negara.

"Bukan soal saranannya itu lebih utama ialah isu besar seperti skandal 1MDB, dana RM2.6 bilion, krisis Tabung Haji dan ketirisan serta pemborosan kerajaan perlu dijawab segera untuk menyakinkan rakyat," katanya. -Roketkini.com


NGO: Usah pinda OSA tapi gubal Akta Kebebasan Maklumat

Posted: 11 Feb 2016 04:48 AM PST

amir hadi


Oleh Syazana Hasanudin


KUALA LUMPUR : Kerajaan Persekutuan tidak wajar memperketat Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA), sebaliknya perlu menggubal Akta Kebebasan Maklumat pada peringkat persekutuan bagi memastikan segala skandal kewangan dan ketirisan melibatkan kerajaan dibongkar secara telus dan adil.

Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Amir Abd Hadi berkata setiap rakyat ada hak untuk memperoleh maklumat berkaitan wakil rakyat mereka kerana ia melibatkan kepercayaan mereka terhadap sistem demokrasi yang diamal di negara ini.

"Ahli masyarakat ada hak dapat maklumat salah laku wakil rakyat atau agensi kerajaan kerana ia melibatkan masa depan mereka dan negara. Justeru, rakyat wajar mengetahui skandal rasuah pemimpin.

"Setiap negara yang mengaku demokratik perlu melaksanakan Akta Kebebasan Maklumat. Malah, pada hari ini hampir 130 negara mempraktikkannya. Zimbabwe dan Indonesia pun ada," katanya pada Roketkini hari ini.

Mengakui hal berkaitan keselamatan dan ketenteraan seperti strategi pertahanan negara perlu dirahsiakan dari umum tetapi beliau berpendapat skop 'rahsia' mengikut OSA terlalu luas dan boleh ditakrif sewenang-wenangnya.

"Kita tidak nafikan perkara melibatkan keselamatan dan pertahanan negara perlu dijaga. Namun, adakah mendedahkan rasuah dan ketirisan pemimpin mengancam keselamatan negara?

"Adakah menjadi pemberi maklumat kepada skandal kewangan 1MDB, contohnya, menggugat keselamatan negara? Padahal skandal kewangan itulah yang menggugat ekonomi negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi agar hukuman mengikut OSA diperketat kepada penjara seumur hidup dan 10 sebatan kerana ia kononnya melibatkan pembocoran rahsia kerajaan.

Bekas aktivis pelajar itu berkata OSA dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 sedia ada tidak memberi hak secukupnya kepada pemberi maklumat, media dan rakyat berikutan akta itu melarang pendedahan melibatkan rahsia kerajaan kepada umum walaupun wujud salah laku.

Justeru, katanya, Akta Kebebasan Maklumat perlu digubal bagi menjamin ketelusan pentadbiran kerajaan dan hak rakyat terhadap kebebasan maklumat seperti dilakukan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang pada 2011 dan 2012. -Roketkini.com


JPN Johor tentukan nasib guru besar SJKC Pai Chee

Posted: 11 Feb 2016 04:43 AM PST

 
"Sebagai penjawat awam, anda tertakluk kepada perintah am penjawat awam."


jpn-johor_sjk_600


PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor untuk menentukan nasib guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Chee, Mersing yang didakwa mengamalkan perkauman.

"Kita serahkan kepada jawatankuasa tatatertib di bawah JPN. Selepas siasatan, perkara ini akan dibawa kepada mereka untuk diputuskan.

"Kita cakap soal pentadbiran. Sebagai penjawat awam, anda tertakluk kepada perintah am penjawat awam. Sesiapa yang didapati melanggar akan dibawa ke jawatankuasa tatatertib," katanya lagi sambil menegaskan isu tersebut bukan perkauman.

Guru Besar tersebut sebelum ini dipindahkan sementara ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sementara siasatan beliau mendiskriminasi tiga guru Melayu di sana selesai.

Insiden yang tersebar meluas di media sosial bulan lalu bermula selepas seorang guru sekolah itu, Salina Daud membuat laporan polis selepas mendakwa bapa seorang murid menyerangnya.

Dalam laporan polis itu, beliau mendakwa tiada siapa termasuk guru besar yang datang berbincang selepas beliau membawa perkara itu.

Beliau juga mendakwa sudah wujud insiden perkauman di sekolah tersebut, selepas guru besar pernah cuba menghalau guru Melayu sekolah itu.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kedah yang baharu itu juga memaklumkan tiga guru Melayu yang terlibat sudah dipindahkan ke sekolah lain.

PAC teliti pengauditan 1MDB oleh Ketua Audit Negara

Posted: 11 Feb 2016 04:37 AM PST

 
Penelitian itu akan dibuat apabila Laporan Akhir Ketua Audit Negara Terhadap Pengauditan 1MDB dibentangkan pada 24 dan 25 Feb ini


Hasan-Arifin_1mdb_600_1


PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini, selesai mendengar keterangan daripada mantan Pengerusi Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Bakke Mohd Salleh dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin berkata, seterusnya, PAC akan mendengar pembentangan Laporan Akhir Ketua Audit Negara Terhadap Pengauditan 1MDB pada 24 dan 25 Feb ini.

Katanya, selepas daripada pembentangan Laporan Akhir Ketua Audit Negara, jika sangat perlu dan ada kewajaran dalam membantu PAC bagi mendapatkan maklumat untuk membuat Laporan PAC berhubung Pengurusan Kawalan Urus Tadbir 1MDB ke Parlimen, barulah Jawatankuasa ini akan menimbang untuk memanggil saksi.

"Keutamaan PAC ketika ini, adalah untuk mendengar pembentangan Ketua Audit Negara berhubung Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dan menyiapkan Laporan PAC bagi dibentangkan ke Parlimen secara telus dan adil.

"Untuk pengetahuan semua, ahli PAC terdiri daripada parti pembangkang iaitu PKR, DAP dan PAS sementara Barisan Nasional (BN) pula dianggotai oleh UMNO, MCA, GERAKAN, PBB dan UPKO," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Hasan berkata, masyarakat umum tidak harus ada keraguan serta perlu yakin terhadap ketelusan laporan yang akan dibentang ke Parlimen kelak.

Inilah jersi 'pahlawan Qu Puteh Kelantan'

Posted: 11 Feb 2016 04:32 AM PST

MALAYSIAKINI




Pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) petang ini melancarkan lima jersi rasmi yang akan digunakan pada musim 2016.

Jersi yang direka khas dengan ciri-ciri kesihatan - seperti dijelaskan Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman - itu digayakan di depan penyokong mereka dalam majlis di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu sebentar tadi.

Rekaan jersi baru tersebut termasuk edisi penjaga gol yang dikenali sebagai Supra Player, Millenia dan Mantera.

Terdahulu, Hasmiza yang juga penaja utama pasukan Kelantan untuk dua musim mulai tahun ini, turut menggayakan jersi PQPTRW berwarna merah jambu kepada peminat di laman Instagram beliau.

Hasmiza dilaporkan berkata, benang direka khas untuk jersi itu dihasilkan di tiga negara iaitu China, Thailand dan Vietnam menggunakan teknologi terkini.

Malah menurut beliau, jersi dengan jenama DVS itu mempunyai fungsi membakar lemak dan memutihkan kulit pemakainya.

Bagaimanapun Kelantan tetap mengekalkan warna tradisi mereka iaitu merah-putih ditambah dengan warna pilihan Hasmiza iaitu kombinasi merah jambu dan putih yang akan dipakai untuk perlawanan di tempat sendiri.

Selain itu, jersi berwarna merah jambu-hitam dan putih akan dipakai untuk menghadapi perlawanan di gelanggang lawan.

Difahamkan harga jersi tersebut akan dijual pada harga RM168 sehelai (Supra Player), RM98 (Millenia) dan RM68 (Mantera) mengikut edisi dan kualiti berbeza serta dilengkapi teknologi anti bakteria dan pelindung UV.

Menjelang musim 2016, Pasukan bimbingan jurulatih K Devan itu bakal beraksi dalam perlawanan pertama Liga Super menentang Perak di Stadium Ipoh, Sabtu ini.

Ayah laporkan KDN pada polis

Posted: 11 Feb 2016 04:24 AM PST

Anne Muhammad

 



Abdul Rani Kulup Abdullah bakal 'beraksi' lagi. Kali ini beliau akan membuat laporan polis mengenai kementerian yang mentadbir pasukan keselamatan itu sendiri - Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Laporan itu, kata Abdul Rani, berhubung langkah KDN mahu membawa masuk 1.5 juta warga Bangaldesh ke negara ini.

Abdul Rani yang juga terkenal dengan jolokan sebagai Raja Repot mendakwa kemasukan itu boleh mengancam keselamatan negara.

"Kalau dalam kelompok yang ramai, mereka akan sebarkan fahaman mereka, gempur rakyat negara kita ala samseng," katanya kepada pemberita di Kota Damansara hari ini.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,
sebanyak 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa ke Malaysia secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan pelbagai sektor.

Perkembangan tersebut diikuti kelulusan kerajaan Bangladesh terhadap draf perjanjian persefahaman (MoU) berhubung penghantaran rakyatnya untuk bekerja di Malaysia.

Kata Abdul Rani laporan polis itu akan dibuat pada minggu depan.

"Dulu mereka jarang-jarang kita nampak di mana-mana ceruk, taman, termasuk hutan," katanya.

Abdul Rani juga mendakwa kemasukan warga asing itu mungkin "akan digunakan dalam pilihan raya umum akan datang".

"Warga asing ini pandai. Dia berkahwin dengan warga tempatan, gadis-gadis Melayu suka dengan Bangladesh.

"Mereka akan cuba berkahwin dengan orang Malaysia. Dapatlah hak warganegara," katanya yang juga Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM).

Abdul Rani yang lebih mesra dipanggil sebagai "Ayah" berkata kerajaan dilihat seperti memandang rendah terhadap kebolehan rakyat dalam melakukan kerja-kerja seperti apa yang dilakukan oleh warga asing.

"Kerajaan seperti memandang rendah kepada rakyat negara kita. Bukan rakyat kita tak boleh kerja. Tapi kerajaan kita tak encourage (galakkan) rakyat kita bekerja swasta. Bagi semua pada pekerja asing," katanya.


Mat Sabu harap generasi muda lakukan perubahan

Posted: 11 Feb 2016 04:18 AM PST

Zulaikha Zulkifli

 


Bagi Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap merupakan faktor penting Pakatan Harapan dalam mencorak dan membawa perubahan di negara ini.

Namun meskipun tanpa kelibat Ketua Umum PKR itu, Mohamad Sabu percaya perubahan tetap perlu dilakukan oleh generasi muda demi masa depan negara.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata ini kerana golongan muda pada masa kini 'jauh terpisah' berbanding zaman kegemilangan Anwar sebagai pemimpin pelajar pada era 1970-an.

"Anwar itu perlu kerana dia faktor penting Pakatan Harapan tapi kita perlu perubahan minda rakyat. Itu perlu. Kita perlu buat perubahaan.

"Generasi muda tolong lakukan perubahan. (Zaman) Anwar dan generasi anak muda sekarang jauh terpisah.

"Tapi kena mula dari diri mereka sendiri untuk tempatkan diri mereka (sebagai agen perubahan)," katanya kepada Malaysiakini.

"Sebab itu pentingnya kita berkorban untuk generasi akan datang. Kalau tak berani berkorban, kita akan berada di tahap ini sampai bila-bila," kata Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sampai bila Harapan akan terus bergantung kepada 'Anwar' walaupun bekas ketua pembangkang itu telah dipenjarakan.

Anwar yang merupakan pemimpin de facto pembangkang dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada 10 Februari tahun lalu atas tuduhan liwat, yang disifatkan para penyokongnya sebagai konspirasi politik selepas tuduhan sama dikenakan terhadapnya 18 tahun lalu.

Sempena setahun Anwar dipenjarakan, Harapan mengadakan Himpunan 365 #BebasAnwar pada malam kelmarin di hadapan Penjara Sungai Buloh yang dihadiri kira-kira 1,000 penyokong.

Anwar dikenali sebagai pemimpin pelajar pada tahun 1970-an, sebelum menjadi Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan kemudian terjun ke dunia politik bagi menyertai Umno sehinggalah dipecat pada 1998 oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Buang sikap fanatik

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai terdapat segelintir rakyat hilang keyakinan terhadap pimpinan parti pembangkang, Mohamad tidak menafikan perkara itu dan berpendapat masalah utama dihadapi kini ialah suara pembangkang tidak 'bulat'.

Tanpa menamakan mana-mana parti, Mohamad berkata apa yang berlaku kini ialah sikap segelintir pihak yang mengamalkan sikap 'fanatik' terhadap parti berbanding kepentingan rakyat. Perkara itu, jelasnya perlu dibuang demi kebaikan rakyat serta masa depan negara.

"Misalnya, bila buat (perhimpunan) BERSIH, ada pihak kata tak perlu pergi, buat (himpunan) TPPA pula.... belum ada sikap 'bulat' kerana kita mendokong kepentingan parti melebihi kepentingan rakyat. Ini perlu dipecahkan," katanya.

Justeru itu, Mohamad, 62, berkata sifat fanatik terhadap parti ini perlu dibuang memandangkan setiap ahli politik perlu perjuangkan kebenaran.

"Parti politik alat untuk kita bekerja bukan perlu fanatik. Tak boleh (fanatik). Kena perjuangkan kebenaran, hak dan batil, makruf dan mungkar," ujarnya lagi.


Haron Din bincang kepentingan Islam dengan TPM

Posted: 11 Feb 2016 04:08 AM PST

MALAYSIAKINI




Murysidul Am PAS Datuk Haron Din antara yang hadir dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Perundingan Islam (MPI) dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi di Putrajaya hari ini.

Turut hadir Mufti Perlis Datuk Asri Zainul Abidin, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan bekas pemimpin kanan PAS yang kini memimpin Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) Nasharuddin Md Isa.

Pertemuan itu diumumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook beliau hari ini.

Asyraf Wajdi berkata pertemuan pemimpin-pemimpin politik, NGO Islam, ulama dan cendekiawan Islam itu bertujuan membincangkan perkara-perkara melibatkan kepentingan umat Islam.

Beliau tidak mendedahkan perbincangan lanjut pertemuan itu.

Bagaimanapun, Bernama melaporkan Zahid sebagai menyentuh isu "dakwah Internet" dan penularan ajaran sesat serta ideologi barat seperti liberalisme.

Pembunuhan karakter

Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, ledakan media baharu dikenal pasti antara punca berlakunya pelbagai krisis dalam masyarakat.

"Kita dapati sebahagian isu-isu bersifat terpencil sering kali diperbesarkan untuk memburukkan imej Islam dan melakukan 'pembunuhan karakter' terhadap institusi agama, ketua jabatan agama, para mufti dan juga ilmuwan Islam," katanya.

Beliau juga dilapor membangkitkan penularan "ajaran sesat seperti Syiah dan Qadiani" yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Menurut Bernama, MPI dianggotai tokoh pelbagai latar belakang meliputi ahli agama, ahli akademik, tokoh korporat dan pemimpin NGO.

Ia berperanan sebagai kumpulan pemikir bagi membantu kerajaan dalam memberikan idea dan cadangan ke arah melaksanakan agenda pembangunan negara menurut landasan syarak.

PAS sebelum ini menyatakan kesediaannya bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan Islam, termasuk Umno.


DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
MENCARI TITIK PERSAMAAN DAN MENYANTUNI PERBEZAAN
Pagi ni bersama Menteri dan YAB TPM yang mempengerusikan Majlis Perundingan Islam yang melibatkan pemimpin2 parti politik Islam, Mufti2, NGO termasuk IKRAM, WADAH dan ISMA, ulamak, cendekiawan daripada pelbagai latar belakang tanpa mengira fahaman politik bagi membincangkan perkara2 yang melibatkan kepentingan umat Islam. Antara tokoh2 yang hadir Dr Haron Din, Dr Asri Zainul Abidin, Dr Zaharuddin Abdul Rahman, Dr Siddiq Fadhil, Dr Abdul Basit, Prof Kamal Hassan, Dr Abdul Basit, Dr Parif Sheikh Ahmad, Ustaz Abdullah Zaik, Dr Khairuddin al Takiri, Prof Mahmood Zuhdi, Tan Sri Yusof Noor, Dr Zahazan, Habib Ali Zainal Abidin, Dr Daud Bakar, Ust Nasharuddin Md Isa dan ramai lagi.

PAC putus untuk panggil lebih ramai saksi 1MDB lepas audit

Posted: 11 Feb 2016 03:37 AM PST

Alyaa Azhar  




Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memutuskan sama ada perlu memanggil lebih ramai saksi berhubung urustadbir 1MDB selepas ketua audit negara membentangkan laporan audit syarikat itu.

"Selepas ketua audit negara membentangkan laporannya dan jika ada keperluan untuk itu, PAC akan mempertimbangkan untuk memanggil lebih ramai saksi, kata Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat selepas prosidng melibatkan bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Bakke Salleh dan bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Saharol Azral Ibrahim Halmi hari ini.

PAC juga belum memutuskan sama Shahrol dan Bakke akan menjadi saksi terakhir, atau sebaliknya.

Anggota PAC, Tony Pua sebelum ini menggesa bekas CEO 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman dan Gabenor Negara Tan Sri Zeti Akhtar aziz dipangil bagi memberi keterangan terhadap jawatankuasa itu.

Bagaimanapun Hasan pada Selalu berkata tiada keperluan memanggil lebih ramai saksi kerana maklumat yang diperolehinya sudah mencukupi untuk dibentangkan di parlimen.

'Insya-ALLAH nafas Pas panjang lagi'

Posted: 11 Feb 2016 03:34 AM PST

SINAR HARIAN


Idris Ahmad
Idris Ahmad


SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Idris Ahmad menyifatkan hayat parti Islam itu masih panjang selagi berpegang kepada dasar dan matlamat perjuangan Islam.

Menurutnya, sekiranya ALLAH SWT memanjang usia semua orang, kita dapat melihat parti mana yang akan hilang dan parti mana yang akan terbilang.

"Ada orang hendak melihat Pas terpadam daripada peta politik Malaysia. Insya- ALLAH nafas Pas panjang selagi ia tidak buang dasar dan matlamat perjuangan Islamnya," katanya melalui Catatan Dhuha di Facebook, hari ini.

Pas berdepan perpecahan dalam kalangan pemimpin dan ahli selepas Muktamar Pas yang lalu hingga menyebabkan tertubuhnya Parti Amanah Negara (Amanah).

Dalam catatan berasingan, Idris memberitahu bahawa sudah menjadi lumrah perjuangan Pas itu akan diserang daripada pelbagai sudut.

"Sebab serangan mereka hanya satu iaitu kerana Pas hendak menegak Islam yang syumul.

"Mereka suruh Pas ikut telunjuk dan peta yang direka oleh mereka. Pas sudah lalui perkara ini sejak 64 tahun yang lalu," katanya.

Pesta kutip kerang bertukar tragedi maut‎

Posted: 11 Feb 2016 03:32 AM PST

Pesta kutip kerang bertukar tragedi maut‎


DUNGUN - Pesta mengutip kerang yang berlangsung sejak awal pagi tadi di Pantai Sura, di sini, bertukar tragedi apabila salah seorang remaja  didapati lemas dan terkorban di situ.

Mohd Firdaus Sulong, 17, bersama rakan-rakan  ke pantai untuk mencari kerang dan mandi  di  lokasi yang menjadi tumpuan  berikutan fenomena ribuan kerang terdampar itu.

Bagaimanapun, mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sura itu tiba-tiba hilang dan lemas setelah dibawa ombak ke tengah laut.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pantai Sura ‎jadi tumpuan tragedi kerang terdampar]

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Amri Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 1.13 petang dan bergegas ke lokasi.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan  berjaya menemui mayat mangsa terdampar di pesisir pantai iaitu pada jarak 100 meter dari lokasi remaja itu hilang.

"Seramai lima anggota terlibat dalam operasi berkenaan dan pasukan bomba telah menemui mangsa terdampar di pesisir pantai pada jam 3.00 petang.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke unit forensik Hospital Dungun," katanya kepada pemberita.

Rakannya, Mohd Zukhairi Mohd Yusof berkata, dia melihat tangan Firdaus terkapai-kapai dan dibawa ombak tetapi tidak mampu membantu melainkan meminta bantuan orang ramai tetapi ia sudah terlambat kerana rakannya itu sudah tenggelam.

"Kami ke pantai kira-kira jam 10.00 pagi selepas mengetahui tentang kejadian kerang timbul di pantai itu sejak semalam.

"Kami ramai-ramai ke sini cari kerang dan kami mandi tetapi saya hanya mandi di tepi pantai.

"Saya lihat Firdaus seronok mandi-manda sebelum ombak membawanya ke tengah,"katanya.

Ibu mangsa, Latifah Mohd Nor, 50, berkata, dia amat terkejut apabila dimaklumkan anaknya lemas dibawa ombak ke tengah laut ketika sedang mandi bersama rakan-rakan.

"Dia (Firdaus) keluar rumah kira-kira jam 9.30 pagi bersama rakan-rakannya tetapi saya tidak tahu dia ke pantai.

"Memang dia biasa ke pantai tetapi tidak pernah mandi kerana cuaca sekarang agak bahaya. Apabila dimaklumkan oleh rakannya tentang kejadian itu saya terus ke tepi pantai.

"Ketika mayatnya diangkat saya berada di sana dan saya redha dengan musibah ini walaupun ia satu kejutan yang tidak disangka-sangka," katanya.

Suhu panas punca kokpit pesawat retak, bukan disabotaj

Posted: 10 Feb 2016 11:58 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic



KUALA LUMPUR: Penerbangan Rayani Air hari ini mengesahkan cermin kokpit pesawatnya yang retak semalam berpunca daripada suhu panas dan bukannya kerana unsur sabotaj.

Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendrran berkata perkara itu dikenal pasti selepas pihaknya serta Jabatan Penerbangan Awam (DCA) melakukan siasatan.

"Kita sudah siasat, sudah periksa. Tiada unsur sabotaj atau masalah teknikal.

"Keretakan cermin itu perkara biasa kalau berlaku 'overheat'. Pasukan jurutera yang diiktiraf DCA selesaikan siasatan," katanya memetik laporan mStar hari ini.

Katanya, cermin yang retak itu juga diganti dengan cermin baharu yang dihantar ke Langkawi selepas pihaknya menyewa pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) malam tadi.

"Cermin kokpit yang retak sudah diganti dengan yang baharu.

"Kita sudah buat pemeriksaan keselamatan dalam menangani hal ini. Pesawat berkenaan sudah boleh beroperasi semula hari ini," katanya.

"Lebih 50 penumpang dibawa guna pesawat MAB dari Kuala Lumpur pada pukul 9.30 malam tadi dan tiba di Langkawi pukul 10.30 malam.

"Kita kemudiannya kembali ke Kuala Lumpur bagi membawa lebih 150 penumpang dari Langkawi, yang terkandas akibat pembatalan penerbangan di sebelah pagi dan petang," katanya.

Semalam, lebih 200 penumpang Rayani Air terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi selepas penerbangan dibatalkan kerana keretakan cermin kokpit pada pesawat Boeing 737 miliknya.

Penerbangan sama dilaporkan turut menggunakan satu lagi pesawat MAB bagi mengangkut penumpang dari Kota Baru ke Kuala Lumpur pada malam tadi yang terjejas akibat insiden sama.

Rayani Air adalah syarikat penerbangan patuh syariah yang mula beroperasi pada 20 Disember 2015.

Tiada pihak boleh sekat PAN untuk bertanding - Anuar Tahir

Posted: 10 Feb 2016 11:54 PM PST

 Oleh Muhammad Asyraf Azlan

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (PAN) berpendapat mana-mana parti politik di negara ini hendaklah bersikap terbuka dalam menghadapi persaingan daripada musuh mereka yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.
 
Setiausaha Agung PAN, Anuar Tahir berkata tiada pihak yang boleh menyekat mana-mana parti untuk bertanding di mana-mana kawasan, termasuk kawasan kubu kuat PAS.
 
"Saya juga mengalu-alukan mana-mana pihak untuk bertanding menentang Amanah dalam pilihan raya yang akan datang. 
 
"Ini sistem demokrasi bukan namanya demokrasi jika kita hendak mengehadkan perlawanan maknanya kita hendak menang sendiri dan jika begitu tidak perlu adakan pilihan raya.
 
"Jadi kita kena alu-alukan pertandingan dengan baik dan tidak ada siapa boleh sekat sesiapa hendak bertanding di mana-mana. Dia sebagai parti kena fikir jika dia boleh bertanding di situ maka silakan,"katanya kepada Antarapos hari ini.
 
Anuar juga menasihati semua parti di negara ini supaya tidak saling bermusuhan dan berusaha untuk menghancurkan antara satu sama lain.
 
"Saya bagi pihak parti Amanah Negara atau singkatan kami Amanah mengalu-alukan siapa-siapa sahaja mari kita bertanding sebagai parti yang bertamadun dalam masyarakat yang bertamadun.
 
"Kita hidup di kurun yang baru jadi bukan suasana permusuhan, benci membenci dan usaha untuk memusnahkan antara satu sama lain kita kena jadi negara yang betul-betul maju dari segi pengamalan demokrasi,"ujarnya.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang mengalu-alukan PAN untuk bertanding bagi kerusi Parlimen dan DUN yang diwakili Pas, pada pilihan raya umum akan datang.
 
Menurut Takiyuddin, Pas tidak mempunyai kaitan langsung dengan parti itu walaupun ramai pemimpin dan anggota PAN terdiri daripada kalangan bekas anggota PAS.
 
Beliau yang juga anggota Parlimen Kota Bharu berkata, tindakan PAN untuk meletakkan calon mereka diyakini tidak akan menjejaskan undi yang diterima PAS sebelum ini.
 
 

Mukhriz: Najib marah bangkitkan isu 1MDB, RM2.6b

Posted: 10 Feb 2016 11:47 PM PST

MALAYSIAKINI





Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak sendiri telah menegurnya kerana membangkitkan secara terbuka persoalan mengenai 1MDB dan skandal 'derma' RM2.6 bilion.

"Jadi, sebenarnya, dan ini pun telah diakui sendiri oleh perdana menteri kepada saya secara peribadi, dia tak puas hati, sakit hati dengan ucapan saya (mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion... (tidak jelas didengar)," kata Mukhriz dalam rakaman video beliau menceritakan mengenai perkara itu kepada para penyokong

Rakaman selama tujuh minit 52 saat itu kelihatan seperti satu sesi ceramah yang disiarkan di Laman Facebook Mukhriz Mahathir FC (Fan Club) pada hari Selasa.

Menurut Mukhriz, ini adalah juga mengapa beliau terpaksa melepaskan jawatan MB, bukan kerana perkara lain, seperti yang dibangkitkan oleh ADUN Umno yang membawa kepada penyingkirannya sebagai ketua kerajaan negeri Kedah.

Dalam video itu, Mukhriz berkata Najib memberitahunya secara peribadi mengenai perkara itu.

Katanya, Najib memberitahunya bahawa "tak patut seorang menteri besar kata lagu tu pada dia, oleh kerana tu kena lepaskan jawatan.

"Sepanjang satu jam setengah saya duduk dengan dia, tidak sekalipun dia sebut yang dia kecewa dengan saya kerana saya tak reti tadbir Umno atau saya gagal tadbir kerajaan negeri," katanya.

Menurut Mukhriz lagi, yang disebut oleh Najib hanyalah beliau rasa marah kerana beliau (Mukhriz) menyebutnya dalam ucapan berkaitan dengan isu 1MDB dan derma RM 2.6 bilion.

LIHAT VIDEO DI SINI

Catatan malam Chow Kit: Menadah ilmu di kaki lima

Posted: 10 Feb 2016 11:41 PM PST

Yap Jia Hee

 


Malam Ahad pertengahan Januari. Hujan lebat di Kuala Lumpur. Saya membuat janji temu dengan aktivis Benz Ali untuk melawat Tusyen Jalanan di Chow Kit.

Tidak banyak kereta dan pejalan kaki di malam yang basah itu membolehkan Chow Kit agak sunyi seketika berbanding hiruk-piruk pada malam-malam biasa.

"Sekarang masih hujan, saya tak pasti anak-anak akan datang tusyen atau tidak," Benz mengingatkan saya seolah-olah takut kedatangan pada malam itu hanya sia-sia.

Kami berdiri di kaki lima di depan kedai tekstil Alka Ria di tepi Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kedai tiga tingkat itu hampir ditelan gelap malam, manakala kaki limanya itu akan menjadi tempat Tusyen Jalanan Benz.

Namun disebabkan hujan, datang juga beberapa orang gelandangan. Mereka duduk atau berbaring berlapikkan kotak dan akhabar di atas kaki lima.

Menjelang pukul 9 malam, hujan makin renyai. Entah dari arah mana muncul sekumpulan kanak-kanak di tepi jalan dengan payung dan bag kecil di tangan.

Mereka bermain-main di kaki lima yang basah itu.
Kanak-kanak itu dalam lingkungan umur 2 hingga 15 tahun. Mereka kelihatan gembira sambil sesetengahnya mengomel: "Kita nak tuisyen".

Jika dilihat lebih dekat, sesetengah kanak-kanak itu tidak ditemani ibu bapa di atas tikar itu.

Dan ketika malam semakin lewat, kawasan 'lampu merah' di situ masih ada kanak-kanak merayau-rayau di tepi jalan.

Memandangkan ada kanak-kanak datang, tusyen diadakan seperti biasa. Kawasan kaki lima yang kini diisi orang lain dan pejalan kaki, Benz memindahkan 'kelas' Tusyen Jalanannya ke lorong belakang Alka Ria.

Di sana ada kaki lima yang terlindung daripada hujan, dan ada lampu jalan.
Hujan masih renyai

Lorong belakang yang mungkin menjadi tempat berselindung penagih dadah itu kini dipenuhi dengan suara bacaan kanak-kanak sekaligus merancakkan kesuramannya.

Sebenarnya, sebelum Benz membuka Tusyen Jalanan di Chow Kit tahun lepas, terdapat satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Region Of Love juga membuat aktiviti untuk kanak-kanak jalanan di sana.

Aktiviti Region Of Love diadakan setiap Khamis dan Sabtu dengan aktiviti pendidikan seni yang mudah seperti melukis. Golongan wanita pula diajar menjahit.

Benz kemudian berkenalan dengan ahli Region Of Love. Kataya, NGO itu kemudian menumpukan kerja seni manakala kelas Tusyen Jalanan memberi tumpuan untuk meningkatkan pengetahuan kanak-kanak di situ.

Inilah matlamat utama Benz menubuhkan Buku Jalanan Chow Kit termasuk Tuisyen Jalanan.

Hujan masih renyai. Puluhan kanak-kanak kini berkumpul di lorong belakang bersama dua guru sukarela - Siti Rahayu dan Amir Al-Helmy.

Mereka membentang tikar plastik bercorak kartun di atas laluan pejalan kaki tepi lorong lalu meletak satu papan hitam dan papan putih.

Kanak-kanak menanggalkan kasut dan duduk di atas tikar plastik.

"Kita belajar matematik dan pendaraban hari ini," kata Cikgu Siti sambil mengeluarkan buku nota untuk mengambil kedatangan. Kanak-kanak menjawab apabila nama mereka dipanggil.

Disebabkan hujan, kanak-kanak yang hadir ke tuisyen malam itu ketara kurang berbanding malam biasa.

Saya duduk di sebelah seorang kanak perempuan dan bertanya tentang ibu bapanya.

Kanak perempuan itu berkata, ibunya sedang mengambil makanan di depan.

"Apa yang buat kamu datang ke sini?" tanya saya.

"Sebab boleh dapat makanan," katanya tanpa teragak-agak.

Datang setiap malam

Budak perempuan itu bernama Ajin (bukan nama sebenar), belajar darjah tiga di sebuah sekolah kebangsaan berhampiran Chow Kit. Setiap malam, dia akan mengikuti ibu dan kakaknya berjalan kaki selama 10 minit dari rumahnya ke situ.

"Saya suka datang ke sini, dapat main, dapat makan," katanya lagi.

Ketika kami sedang bersembang, seorang budak lelaki di sebelahnya turut menyertai perbualan kami.

"Di sini ada cikgu, ada makanan. Saya pun suka datang sini juga," katanya.

Ridzuan (bukan nama sebenar) dia menunjuk jarinya ke arah belakang lalu berkata rumahnya ada di sana. Setiap malam akan berjalan kaki ke kaki lima itu bersama atuk, ibu dan empat adik-beradiknya.

Katanya, pada waktu malam selalu ada guru mengajar tusyen dan aktiviti lain untuk mereka.

Jika tiada aktiviti, Ridzuan akan bermain dengan kanak-kanak lain di depan deretan kedai di situ.

"Selalunya kamu main apa?" saya bertanya lagi.

"Kami main tolak kereta," jawab Ridzuan sambil memberitahu, Ajin adalah kawan baiknya di situ.

Di bawah sinaran lampu jalan yang malap, kanak-kanak itu duduk di tepi lorong sambil mengira dengan jari belajar matematik. Dalam masa tiga jam, mereka perlu duduk diam-diam dan tidak boleh berlari-lari.

Kanak-kanak ini datang dari keluarga miskin kota yang tinggal di sekitar kawasan Chow Kit. Setiap malam, mereka akan mengikuti ibu masing-masing datang ke situ untuk menunggu pertubuhan amal mengagih makanan.

Sebaik sahaja tiba, ibu mereka mula sibuk meninjau dan mengambil makanan dan barangan agihan pertubuhan amal lalu membiarkan anak-anak mereka bermain di tepi jalanan.

Keluarga miskin kota ini terdiri daripada orang tempatan dan migran. Setiap seorang ibu memiliki antara satu hingga lima anak. Malah sesetengah daripada mereka membawa keluar bersama bayi yang belum sampai umur setahun dalam lewat malam itu.

Harapkan apa di sekolah

Bapa kanak-kanak biasanya bekerja di tempat lain dengan pendapatan antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan. Ia tidak memadai untuk menampung kehidupan di bandar raya sebesar Kuala Lumpur.

Seperti kebanyakan orang, Benz (gambar) terkejut ketika dia nampak ada kanak-kanak merayau-rayau di jalanan pada lewat malam.

"Dulu saya selalu makan dekat restoran mamak sini. Saya tengok budak-budak main malam-malam pukul 8 hingga 9, mereka tak ada aktiviti.

"Dalam 10 tahun kalau terus macam itu juga mereka akan rosak. Perlu ada orang buat program untuk mereka. Jadi saya rasa perlu buat sesuatu.

"Saya fikir dah ramai orang bagi makanan, banyak kumpulan amal begitu. Saya fikir, memanglah ada makanan mereka tak mati, tapi mereka juga tak ada pendidikan.

"Walaupun ada yang pergi sekolah, tapi apa kamu harapkan dengan sekolah kita?" kata Benz.

Benz, 28, merupakan aktivis sepenuh masa sambil menjual buku dalam talian separuh masa. Beliau pernah belajar di sebuah universiti di Bangi tetapi berhenti pada semester keenam kerana keadaan ekonomi keluarga tidak mengizinkan.

Benz tidak lupa bergurau bahawa dirinya adalah salah seorang daripada mereka yang terkeluar daripada sistem pendidikan negara.

Benz mulakan Buku Jalanan Chow Kit bersama beberapa orang kawannya pada Ogos tahun lepas.

Konsepnya mudah. Ia seperti perpustakaan terbuka yang membolehkan kanak-kanak membaca buku atau meminjam buku.

Pasukannya hanya mempunyai empat ahli iaitu Benz sendiri, Cikgu Siti (gambar) dan sepasangan suami isteri Hazri dan Hajar. Selepas itu, barulah ada sukarelawan lain membantu dari semasa ke semasa.

"Kami mula dengan Buku Jalanan. Ini konsep antarabangsa dan tempat lain ada buat juga, iaitu kita dapatkan kawasan kosong untuk buat perpustakaan terbuka," jelas Benz.

Buku Jalanan Benz hanya dibuka setiap malam Ahad dari pukul 9 hingga tengah malam dan tidak pernah berhenti sehingga kini.

"Walaupun saya tak setuju buat masa hujan sebab buku akan basah, tapi anak-anak datang juga. Jadi kami tak sampai hati dan buka kelas juga," kata Benz mengerutkan dahi.

Januari lalu Benz mula membuka Tusyen Jalanan. Pada malam saya melawat mereka itu, ia baru minggu kedua kelas diadakan.

Chow Kit tidak boleh terlepas daripada imej pelacuran, perjudian dan penagihan dadah. Sebab itulah Benz amat bimbang dengan keadaan kanak-kanak miskin kota itu.

"Kamu tidak dapat selesaikan semua masalah mereka. Ada wanita yang meminjam daripada ah long - takkan kamu nak tolong juga?

"Kami tak ada duit dan di luar keupayaan kami.

"Kami hanya nak keluarkan mereka daripada kitaran sekitar, sebab kalau dikelilingi pelbagai masalah sosial dan dadah, rumah pula sempit dan nak sekolah susah, tak mustahil anak-anak ini jadi peragut atau penagih dadah suatu hari nanti," katanya.

Benz berpendapat, aktivis sepertinya mungkin tidak dapat menjaga anak-anak itu sepanjang masa tetapi daripada terbiar langsung, bagus juga jika dapat diajar dalam tempoh dua tiga jam ini.

"Itulah tujuan kita, supaya dia tak rosak atau kita boleh kurangkan kerosakan dia.

"Kita merancang buat begini selama 10 tahun tanpa berhenti, mungkin boleh membantu kanak-kanak itu menjauhi dadah," kata Benz.

Di Tusyen Jalanan Benz mengajar subjek matematik dan bahasa Inggeris. Namun Benz menegas tujuan kelas itu bukan untuk mempersiapkan kanak-kanak terbabit menduduki peperiksaan sebaliknya lebih kepada memupuk minat belajar.

"Kamu kena ingat ramai orang yang keluar dari universiti pun tak boleh bekerja. Kalau kanak-kanak itu tahu bahasa Inggeris, mungkin satu hari nanti dia boleh jadi pemandu pelancong," kata Benz.

Kanak-kanak di situ bukannya tidak bersekolah. Sesetengah daripada mereka pergi ke sekolah siang, dan bagi keluarga tidak berkemampuan pula akan menghantar anak-anak ke Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih - sebuah sekolah percuma untuk kanak-kanak yang tidak dapat memasuki sekolah kerajaan.

Cikgu Siti, 35, seorang guru di sebuah kolej swasta di Bandar Utama pada hari siang. Semasa Benz memutuskan untuk membuat Tusyen Jalanan, dia menawarkan diri menjadi tenaga pengajar sukarela.

"Budak-budak ini memang ada di sini setiap malam, mereka tak ada benda lain nak buat.

"Saya rasa kita tak boleh harapkan pihak-pihak lain atau kerajaan datang bantu. Daripada kita marah atau tunggu saja, lebih baik kita buat sesuatu," katanya kepada Malaysiakini selepas kelas Tusyen Jalanan.

Amir Al-Helmy, 23, (gambar) pula baru tamat pengajian di luar negara. Beliau menjadi cikgu sukarela apabila melihat Benz mempelawa untuk berbakti kepada anak-anak Chow Kit melalui Facebook.

Ia adalah pengalaman pertama Benz mengajar kanak-kanak di tepi jalan. Selain teruja, dia tidak tahu apa lagi perkataan lain boleh menggambarkan perasaannya.

"Kanak-kanak ini memang nakal dan saya perlu belajar bagaimana untuk mengawal mereka. Ini tidak mudah kerana ia bukan kelas formal, kamu tak boleh minta semua orang duduk diam-diam," katanya.

Dengan adanya aktiviti jalanan yang diadakan oleh Benz dan Region Of Love, ibu-ibu miskin kota itu kelihatan lebih selesa untuk membawa anak-anak datang ke kaki lima ini.

Benz kemudian mencadangkan saya melawat Tusyen Jalanan pada minggu berikutnya kerana malam tanpa hujan suasana lebih riuh rendah.

Ada lebih 30 orang kanak-kanak hadir di kelas Tusyen Jalanan minggu seterusnya dan mereka memenuhi beberapa helai tikar yang dibentang di atas kaki lima.

Tenaga pengajar sukarela membahagikan kanak-kanak kepada dua kumpulan - satu belajar matematik dan bahasa Inggeris, manakala sekumpulan lagi kanak-kanak yang lebih muda bermain permainan seperti catur ular dan silang kata.

Lorong belakang menjadi meriah seolah-olah ada taska terbuka, atau lebih kepada majlis perjumpaan keluarga besar-besaran.

Melihat wajah-wajah riang mereka, kanak-kanak itu seperti sedang melaksanakan janji pertemuan dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgu setiap malam, tanpa mengira hujan atau ribut.

Jalanan bukan sekadar taman permainan, malah tempat untuk kanak-kanak itu cuba mengejar ilmu pengetahuan.

Menjelang pukul 11.30 malam, Buku Jalanan dan Tusyen Jalanan pun berakhir.

Namun, sebilangan ibu masih berada di kaki lima di depan Alka Ria dengan harapan masih ada badan amal datang memberi makanan dan barangan. Anak-anak mereka terus bermain di tepi jalan.

Pekerja IKS ancam demo depan kedutaan Bangladesh

Posted: 10 Feb 2016 11:22 PM PST


 


Sebuah NGO pekerja kecil dan sederhana (IKS) mengugut untuk mengadakan protes di depan kedutaan Bangladesh di ibu negara jika kemasukan 1.5 juta pekerja negara itu menjadi kenyataan.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) Mohd Ridzuan Abdullah berkata langkah itu akan diambil jika Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetap meneruskan usaha membawa masuk pekerja asing itu.

"Pihak kita akan mengadakan protes di kedutaan Bangladesh bagi membantah langkah kerajaan yang ingin membawa pekerja-pekerja asing warga Bangladesh ini ke Malaysia.

"Tapi buat masa sekarang kita beri masa sebulan kepada kerajaan untuk mempertimbangkan perkara ini," katanya dalam sidang media di Kota Damansara dekat Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia lebih suka pekerja asing dari Bangladesh kerana mereka lebih setia dan boleh dipercayai.

Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, 1.5 juta pekerja dari negara Asia Tenggara itu akan tiba di sini dalam tempoh 3 tahun akan datang.

Sementara itu,.Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina kelmarin dilapor meluluskan memorandum persefahaman, yang dijangka ditandatangani dengan Malaysia dalam tempoh sebulan.

Setiausaha kabinet negara itu Mohammad Shafiul Alam berkata pekerja-pekerja Bangladesh yang akan dihantar tidak lagi terhadad untuk sektor perladangan, tetapi juga untuk memenuhi permintaan sektor perkhidmatan, pengilangan dan pembinaan.

Malaysia kini menjadi pasaran terbesar tenaga kerja Bangladesh. Kira-kira 600,000 warga negara itu kini sedang berkhidmat di negara ini.

Sementara itu, Mohd Ridzuan mempersoalkan langkah untuk membawa jumlah besar pendatang asing itu ketika kerajaan sebelum ini melaksanakan pemutihan pekerja haram.

"Kita lihat isu ini makin lama makin kronik dan akan merosakkan negara kita," katanya.

"IKHLAS hari ini bagi peringatan jangan satu peringkat rakyat bangkit. Rata-rata rakyat memang tak setuju pengambilan warga asing ini khususnya warga Bangladesh."


Tun M mahu rakyat Malaysia pandu uji Proton

Posted: 10 Feb 2016 11:18 PM PST

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad


SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat di negara ini memandu uji kereta Proton dan memberikan maklum balas mengenai kualiti kenderaan keluaran syarikat itu.

Katanya, ia bertujuan untuk menambah baik kualiti kereta keluaran Proton mengikut kehendak pasaran semasa.

Pengerusi Proton itu berkata, Proton sedar persepsi negatif rakyat terhadap kereta mereka di pasaran Malaysia.

"Hal ini dapat dilihat jika dibandingkan dengan kereta import. Tidak ada yang dapat pujuk mereka beli kereta Proton.

"Walaupun telah menghasilkan kereta lebih baik berbanding sebelum ini dengan lebih banyak ciri-ciri daripada kereta dalam kategori sama, namun ia gagal mencuri hati pembeli kereta di negara ini," katanya dalam blognya.

Mahathir mengingatkan rakyat di negara ini bahawa apabila seseorang itu membeli kereta asing, wang akan mengalir keluar dari negara ini.

"Berbeza jika anda beli kereta tempatan, wang kekal di negara ini dan pekerja, pengedar dan ejen akan menikmati manfaatnya," katanya.

Jika import melebihi eksport, ekonomi  negara tidak akan berkembang. Semua negara-negara mengeksport kereta ke Malaysia dengan harapan Proton tidak boleh masuk ke dalamnya.

Mengenai majlis pelancaran enjin baharu Proton Campro yang digunakan lebih 10 tahun, Mahathir berkata,  enjin itu sudah tidak sesuai digunakan pada kereta hari ini.

"Kami gunakan (enjin itu) untuk eksport banyak kereta Proton ke United Kingdom (UK), tetapi sejak pengenalan standard pelepasan dan kecekapan bahan api, kami sudah tidak dapat menjual mana-mana kereta Proton di UK.

"Pembangunan enjin Proton baharu oleh jurutera kami dengan kerjasama Ricardo di UK akan jadikan kita mampu penuhi syarat-syarat di UK dan Eropah," katanya.

Beliau percaya bukan mudah untuk mereka bentuk, bina, uji dan keluarkan kereta.

"Jika anda biasa dengan teka-teki jigsaw, anda akan memahami masalah yang dihadapi oleh jurutera dan pekerja pemasangan.

"Terdapat 4,000 bahan yang boleh direka, dibuat dan diletakkan bersama-sama. Kita adalah satu-satunya negara membangun di dunia ini yang boleh lakukannya," katanya.

Katanya, Proton bukan punca kepada harga kereta tinggi tetapi berpunca daripada kerajaan sekarang.

"Sejak penubuhan Proton, kami telah membayar lebih daripada RM24 bilion cukai semasa dan hanya menerima RM14 bilion dalam pemotongan duti eksais. Ia bukan dalam bentuk wang tunai.

"Cukai ke atas kenderaan bermotor adalah penyebab harga menjadi tinggi. Kerajaan juga perlukan cukai jalan raya kerana kemudahan ini disediakan oleh kerajaan," katanya.

‘Tak perlu kecoh, itu hanya tuduhan rambang'

Posted: 10 Feb 2016 11:13 PM PST


Noh Omar
Noh Omar
 
 
SHAH ALAM – Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan parti itu yang dikeluarkan Penolong Setiausaha Umno cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Jamalulail menyentuh kepimpinan negeri.

Menurutnya, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada Ketua Bahagian Pandan untuk menjelaskan dakwaan yang dikeluarkan oleh Rosli dalam sebuah portal, semalam.

"Itu masalah cawangan, jadi biarlah ketua bahagian yang memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu.

"Kalau setiausaha atau ketua bahagian yang membuat dakwaan tersebut barulah saya boleh berikan komen," katanya.

Syed Rosli mendakwa Umno Selangor berisiko hilang sokongan jika semua pemimpin di peringkat cawangan sehingga pusat hanya memikirkan projek untuk kepentingan peribadi dan membelakangkan tanggungjawab hakiki memberi khidmat kepada rakyat.

Menurutnya dalam satu portal berita, sifat ego, pentingkan diri sendiri serta mempunyai masalah kepimpinan hanya menjadikan pengundi sesebuah negeri terutama yang dikuasai pembangkang akan terus melupakan parti serta Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Adun Kuang, Datuk Zein Isma Ismail berkata, Umno Selangor masih lagi mendapat sokongan rakyat walaupun parti berkenaan tidak berjaya menubuhkan kerajaan di negeri ini selama dua penggal berturut-turut.

Beliau berkata, masih ada lagi wakil di dalam parti yang mendapat sokongan rakyat sehingga mereka dipilih menjadi pemimpin.

"Memang kita mengaku Umno kalah di Selangor tetapi bukan kalah semua kerana masih ada lagi wakil Umno yang memimpin di peringkat Dun dan Parlimen.

"Menang kalah adalah perkara biasa tetapi ia tak bererti kita kalah selama-lamanya dan lagipun negara kita masih dipimpin oleh Umno," katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas dakwaan yang mengatakan UMNO Selangor berisiko hilang sokongan jika semua pemimpin di peringkat cawangan  sehingga pusat hanya memikirkan projek untuk kepentingan peribadi berbanding tanggungjawab kepada rakyat, Shukor berkata, dakwaan tersebut bersifat tuduhan rambang dan tidak mempunyai asas.

Katanya, Rosli sepatutnya tujukan dakwaan berkenaan kepada individu tertentu supaya apa yang dimaksudkan difahami oleh semua pihak.

"Kalau begini kenyataan yang dikeluarkannya kita pun tak faham apa yang cuba disampaikannya.

"Dia perlu sebut nama individu tertentu untuk menyokong dakwaannya itu kerana ia lebih baik daripada melakukan tuduhan secara rambang seperti ini," katanya.

Beliau yang juga Adun Kuang berkata, Rosli boleh menyertai pembangkang jika dia terus mengkritik parti secara rambang seperti ini.

"Lebih baik dia jadi pembangkang kalau tak boleh nak berbaik dengan pimpinan dan ahli di dalam parti.

"Senang kita nak berdepan dengannya nanti," katanya.


Menunggu Kemunculan 'Hang Tuah' Dari "Sungai Buluh".

Posted: 10 Feb 2016 11:05 PM PST



Oleh Abu Hassan Adam


Dalam keadaan kemelut negara yang sebegini meruncing, kita selalu meletakkan sejuta harapan agar keadaan negara kembali seperti keadaan sedia kala. Kita mengidamkan ekonomi negara tumbuh dengan segar. Kita mimpikan keadaan hubungan antara kaum terus menerus dalam keadaan harmoni seperti mana yang pernah kita kecapi dalam tahun-tahun sebelumnya. Kita mengharapkan agar suatu episod dalam sejarah Kesultanan Melaka akan berulang di negara kita yang tercinta ini.

Hanya pisang yang tidak akan berbuah dua kali. Peristiwa sejarah silam mungkin berulang. Kalaupun tidak sama bentuknya, akan muncul pula dalam bentuk yang mirip-mirip sama. Teringat pula tentang suatu episod sejarah dalam zaman kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang perlu direnungi, tentang kisah Hang Tuah difitnah kerana berkelakuan sumbang dengan gundik raja. Maka Sultan telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang Tuah.

Kitab 'Salalat al-Salatin' menceritakan,

" Maka fikir Seri Nara al-Diraja pada hatinya, 'belum patut dosanya Hang Tuah ini aku bunuh.' Maka disuruh sembunyikan oleh Seri Nara al-Diraja pada satu dusun, dipasungnya. Maka dipersembahkannya kepada raja, dikatakannya sudah dibunuh. Maka Sultan Mansur Syah pun diamlah.

Setelah sudah setahun lamanya, maka Hang Kasturi pun berkendak dengan dayang-dayang dipakai raja. lagi kesayangan dalam istana. Maka Sultan Mansur Syah dan Raja Perempuan turun dari istana itu, pindah ke istana lain. Maka Hang Kasturi dikepung oranglah. Maka Sultan Mansur Syah pun duduk pada sebuah balai kecil. Maka Bendahara dan Penghulu Bendahari dan segala orang besar-besar dan orang kaya-kaya sekalian hadir mengadap. Maka orang mengepung Hang Kasturi itu penuh berlapis-lapis, seorang pun tiada dapat menaiki Hang Kasturi.

Maka oleh Hang Kasturi semuanya pintu istana dikuncinya, suatu di hadapan Hang Kasturi juga dibukanya. Maka batil, talam kerikal, dulang gangsa sekalian dikaparkannya di lantai. Maka di atas talam batil itu ia berjalan. Maka perempuan gundiknya itu pun dibelahnya mukanya lalu ke perutnya, maka ditelanjangnya. Maka Sultan Mansur Syah pun memberi titah menyuruh menaiki Hang Kasturi. Maka seorang pun tiada bercakap.

" Pada zaman itu Hang Kasturi bukan barang-barang orang. Maka Sultan Mansur Shah pun mengenang Hang Tuah. Maka titah baginda,' Sayangnya Si Tuah tiada. Jikalau Si Tuah ada, dapatlah ia menghapuskan kemaluanku." Maka Seri Nara Diraja diam mendengar titah itu. Setelah dua tiga kali raja mengenang Hang Tuah, maka sembah Seri Nara Diraja,

"Tuanku, pada pemandangan patik sangat behena Duli Yang Dipertuan mengenang Hang Tuah. Jikalau sekiranya ada Hang Tuah hidup, adakah ampun Yang Dipertuan akan dia?"

Maka titah Sultan Mansur Syah, 'Adakah Si Tuah ditaruh Seri Nara al-Diraja?"

Maka sembah Seri Nara al-Diraja, ' Gila apakah patik menaruh dia, dengan titah tuanku memnyuruh membuangkan dia? Sudah patik buangnkan."

Maka titah Sultan Mansur Syah, ' Adapun jikalau ada Si Tuah, jikalau seperti bukit sekalipun dosanya nescaya kita ampun juga. Pada bicara hati kita ada juga Si Tuah pada Seri Nara al-Diraja."

Maka sembah Seri Nara al-Diaraja, " Sungguh tuanku seperti titah itu. Tetapi titah Tuanku menyuruh membunuh Hang Tuah itu pada fikir patik tiada patut Hang Tuah dibunuh kerana dosanya. Maka oleh patik-patik pasung, kerana Hang Tuah bukan barang-barang hamba, takut ada perkataannya ke bawah duli kemudian hari.

Maka Sultan Mansur Syah pun terlalu sukacita mendengar sembah Seri Nara al-Diaraja itu. Maka titah baginda,' Bahawasanya Seri Nara al-Dirajalah yang sempurna hamba." Maka Seri Nara al-Diraja dianugerahkan persalin sepertinya. Maka titah Sultan Mansur Syah,'Segera Seri Nara al-Diraja menyuruh membawa Hang Tuah ke mari."

Maka Seri Nara al-Diraja pun menyuruhkan orangnya memanggil (Hang Tuah). Maka Hang Tuah dibawa oranglah ke hadapan Sultan Mansur Syah."

Kisah ini berakhir dengan satu trajedi sedih dimana Hang Tuah terpaksa membunuh sahabatnya sendiri demi untuk menyelamtkan negeri Melaka yang huru hara disebabkan tindakan Hang Kasturi ( Hang Jebat – mengikut setengah hikayat lama).

Aku coretkan kisah sejarah ini memandangkan sudah begitu lama kemelut yang berlaku di negara kita berlarutan dan sudah sampai masa dan ketikanya memerlukan penyelesaian. Dan 'ke barat, ke baruh, ke utara, ke selatan' aku berjumpa dengan rakyat jelata, hampir sepakat mengatakan bahawa hanya 'Hang Tuah' yang kini berada di Sungai Buluh' seorang sahaja yang dapat menyelsaikan keadaan kusut yang melanda negara ini. Tanyalah orang Melayu, tanyalah orang Cina atau India atau Iban, Kadazan maka jawapan yang diberikan oleh mereka adalah sama.

" Menunggu kemunculan 'Hang Tuah' dari Sungai Buluh…'

Ahmad Bashah diumum Pengerusi Umno Kedah baharu

Posted: 10 Feb 2016 11:02 PM PST



DETIK DAILY


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad‎ Bashah Md Hanipah hari ini dilantik sebagai Pengerusi Umno Kedah yang baharu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.Pelantikan itu diumumkan oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kenyataan pagi ini.

Dalam kenyataan itu, Tengku Adnan turut mengumumkan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno Kedah, juga berkuat kuasa hari ini.

Muhkriz pada 3 Feb lepas meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah tetapi menyerahkan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan jawatannya sebagai Pengerusi Umno Kedah. 

Ahmad Bashah yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pengerusi Umno Kedah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada 4 Feb di Istana Anak Bukit.

Dalam kenyataan itu, Tengku Adnan telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mukhriz yang sebelum ini menyandang jawatan Pengerusi Umno Kedah. - Bernama

Mahdzir Khalid ‘tak tahu’ dilantik Timbalan Pengerusi UMNO Kedah

Posted: 10 Feb 2016 10:54 PM PST

 
Bagaimanapun beliau akan menjalankan tanggungjawab membantu Ahmad Bashah mengembalikan keyakinan rakyat Kedah kepada BN.


Mahdzir-Khalid_kedah_umno_600


PUTRAJAYA: Datuk Seri Mahdzir Khalid nampaknya tidak tahu-menahu tentang pelantikannya sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.

"Bila? ? Jadi apa? Saya tak sempat baca (kenyataan)," tanyanya kembali kepada wartawan ketika diminta mengulas tentang pelantikan yang berkuatkuasa hari ini.

Selepas mendapat penjelasan, Menteri Pendidikan itu kemudian menyifatkannya sebagai satu lagi tanggungjawab besar yang harus dipikul terutama selepas krisis yang melanda negeri itu.

"Saya ucap terima kasih kepada presiden parti atas perlantikan ini. Saya akan membantu Pengerusi (Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah) dari semasa ke semasa," katanya dalam sidang media selepas sesi taklimat di PPD Putrajaya pagi tadi.

Katanya lagi, perkara utama yang perlu dilakukan barisan kepimpinan baru adalah untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri.

"Untuk dalam parti, kita kena buat program yang komprehensif. Di luar parti kita juga kena buat program untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan sekarang bersama mereka," katanya lagi.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan pagi tadi mengumumkan Ahmad Bashah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah yang baru menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Mahdzir sebagai timbalannya, berkuatkuasa hari ini.

TH ‘disembelih’ untuk beri imej politik yang baik – AMANAH

Posted: 10 Feb 2016 10:52 PM PST

 
Tabung Haji didakwa menjual aset penting untuk membayar bonus yang tinggi tetapi bagaimana kedudukan kewangan agensi itu pada masa depan?


Salahuddin-Ayub_tabung-haji_600


KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) mengingatkan kerajaan agar tidak memusnahkan Lembaga Tabung Haji (TH) demi kepentingan politik.

Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub berkata, tindakan menjual aset-aset penting TH untuk membayar bonus tinggi dilihat cubaan untuk 'menyembelih' TH.

"Jangan 'sembelih' TH untuk mendapat gambaran politik yang menarik untuk hari ini tetapi memusnahkan TH dalam jangka masa yang panjang," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat AMANAH di sini, hari ini.

Salahuddin turut mengulas tindakan TH menjual asetnya di London yang didakwa tindakan yang tidak berhemah dan merugikan dari sudut perniagaan.

"Tetapi mungkin mampu mencapai kesan yang sangat diingini dari sudut politik. Apabila aset sebegini yang mampu memberikan pulangan tinggi dijual, apa akan dilakukan TH untuk masa akan datang?.

"Pelaburan-pelaburan lain sama ada dalam hartanah atau saham tidak mungkin mampu mendatangkan hasil setinggi ini. Kami sangat khuatir tindakan TH ini seperti menjual 'angsa yang bertelur emas'," katanya.

Jelasnya, melalui pembayaran bonus lima peratus dan bonus haji tambahan tiga peratus, TH cuba memberi gambaran kewangan dan perniagaannya kukuh sekaligus menepis segala sangkaan buruk yang ditimbulkan terhadap agensi tersebut.

"AMANAH yakin bahawa laporan kewangan TH bagi 2015 yang bakal disediakan akan turut memberi gambaran baik mengenai perniagaannya.

"Sedangkan keadaan sebenar mungkin sebaliknya. Keuntungan dan peningkatan nilai aset adalah bukan daripada hasil perniagaan semasa TH. Sebaliknya ia daripada pelaburan lama dan keuntungan hasil darinya," katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata, rakyat seharusnya tidak mudah tertipu dengan pemberian bonus yang diberikan TH.

"Jangan kita tertipu dengan pembayaran bonus yang tinggi dan laporan kewangan yang bakal dikemukakan bulan depan.

"Ini bukan soal sangkaan buruk. Semua ini masih relevan walaupun laporan kewangan TH yang bakal dibentangkan mungkin begitu menarik dan memberangsangkan," katanya.

Sebelum ini, TH mengumumkan bonus pendeposit bagi tahun kewangan 2015 sehingga lapan peratus, merangkumi lima peratus bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak tiga peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji.

Sekolah tidak dipaksa laksanakan DLP – Menteri

Posted: 10 Feb 2016 10:50 PM PST

 
DLP perlu mendapat persetujuan guru dan ibubapa dan sekolah berkenaan juga perlu memiliki pencapaian Bahasa Malaysia yang baik.


Mahdzir-Khalid_guru_600


PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid sekali lagi menyangkal dakwaan bahawa Program Dwi Bahasa (DLP) akan diwajibkan di semua sekolah di seluruh negara.

Beliau berkata, buktinya apabila ada sekolah yang telah menolak tawaran kementerian untuk menjalankan program itu.

"Ada sekolah-sekolah yang kita tawarkan tetapi mereka tolak. Guru-guru dan ibu bapa berbincang dan kata tak mahu (DLP).

"Jadi program itu pun tak dibuat. Maknanya ia bukan arahan berbentuk paksaan kepada sekolah. Tiada siapa kata 'mesti buat'," katanya dalam sidang media, hari ini.

Beliau namun tidak menamakan sekolah-sekolah yang telah menolak program DLP.

Beliau mengulas kenyataan Gabungan Mansuh DLP baru-baru in yang mendakwa program itu akhirnya akan dilaksanakan di seluruh negara.

Menurut laporan sebuah portal pada 8 Februari lalu, gabungan yang antaranya dianggotai Gerakan Mansuhkan PPSMI dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) turut mendakwa DLP akan dilaksanakan di 10,000 sekolah pada tahun hadapan.

Mahdzir berkata, selain persetujuan guru dan ibubapa, sekolah yang ingin melaksanakan DLP perlu memiliki pencapaian Bahasa Malaysia yang baik.

"Saya dah sebut DLP bukan satu dasar, tapi hanya program. Tapi ramai yang salah faham bahawa ia satu dasar dan akan dilaksana di semua sekolah," jelasnya.

UMNO hanya akan berubah bila kalah PRU

Posted: 10 Feb 2016 10:47 PM PST

 
UMNO akan dapat dibaiki, malah dibina semula apabila parti itu kalah dan keseluruhan pemimpin di dalam parti itu dirombak.
 
 
 
kadir-jasin_umno_600


KUALA LUMPUR: Hanya daripada kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang UMNO akan bangkit menjadi parti Melayu yang lebih baik, tegas wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin.

Namun pembinaan semula UMNO sebagai wahana Melayu yang ampuh perlu kepada kejujuran dan keberanian untuk berubah, melibatkan rombakan penuh kepimpinan parti dan peluang kepada kaum muda untuk mengemudi parti itu pasca kekalahan.

"Saya rasa UMNO hanya akan sedar dan boleh dibaiki, boleh dibina semula malah kepimpinan baru diberikan peluang kepada generasi muda apabila UMNO kalah," kata Kadir, umpama peribahasa 'sudah kalah baru berkubu'.

"Kalau tidak, UMNO macam sekaranglah, hanya fikirkan apa yang perlu dilakukan untuk menang pilihan raya," kata Kadir, yang telah mengikuti perkembangan negara selama 31 tahun sebagai seorang wartawan.

"Apabila kita (UMNO) menang dalam pilihan raya, barulah kita (UMNO) fikirkan apa yang hendak dilakukan," sindir tokoh itu, dalam satu wawancara bersama FMT.

Jelas Kadir lagi, terdapat banyak contoh di luar negara apabila sesebuah parti itu tewas dalam pilihan raya, mereka akan bangkit sebagai sebuah parti baharu, sekali gus menjadi parti terbesar.

Mengambil iktibar daripada kejatuhan dan kekalahan Parti Kongres (India), Kuomintang (Taiwan) dan Parti Liberal Demokratik (Jepun), UMNO mengikut Kadir hanya ada pilihan untuk bangkit atau terus tenggelam.

"Orang Melayu sudah adventurous," kata Kadir, mengulas lanskap persaingan yang dihadapi UMNO. "Orang Melayu sudah berani mengatakan kita tidak perlu lagi bernaung di bawah sebuah payung sahaja untuk selamat.

"Malah, lebih baik kita mempunyai lebih banyak payung untuk berteduh. Satu payung dipukul ribut, kita ada lagi satu, dua payung," ujarnya.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: