Selasa, 9 Februari 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


TITM dan rombongan PAS percaya kelentong Azeez Mamak??

Posted: 09 Feb 2016 05:00 AM PST

 
  
  Pada 2 Februari lalu, PAS Pusat telah mengadakan kunjungan ke Tabung Haji untuk mendapatkan maklumat langsung berhubung dengan pelbagai isu kontroversi tercetus melibatkan Tabung Haji. Baca di sini 

  PAS yang diwakili Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan lain-lain pembesar PAS telah bertemu dengan Pengerusi Tabung Haji Dato Sri Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengarah Urusan Tabung Haji Tan Sri Ismee Haji Ismail, Dato Johan Abdullah Timbalan Pengarah Urusan, Dato Rozaida Omar Ketua Pegawai Kewangan TH dan beberapa orang pegawai kanan Tabung Haji.

 TITM berkata, " Secara keseluruhannya penjelasan pihak Tabung Haji telah kami dengar dengan teliti dan insyaallah kami mengharapkan Tabung Haji dapat memberi penjelasan yang baik dan telus kepada seluruh rakyat selepas ini bagi merungkai polemik dan isu yang sedang menyelubungi Tabung Haji dewasa ini."

 Merujuk kepada kenyataan TITM diatas itu, jelas sekali menampakan beliau telah berpuas hati dengan apa yang beliau 'dengar dengan teliti' dari Tabung Haji, maka sebab itu beliau mengharapkan Tabung Haji dapat memberikan penjelasan yang baik dan telus kepada seluruh rakyat …..

 Tapi sehingga kini kita masih menantikan apakah sikap PAS setelah mendapatkan maklumat langsung dari pihak Tabung Haji.

 Adakah semua mengenai kedudukan kewangan Tabung haji  OK? 

Bahawa pengumuman bonus tahunan 5% dan bonus haji 3% itu bermakna kedudukan kewangan Tabung Haji adalah kukuh?

 Dan apakah penambahbaikan yang rombongan PAS kemukakan kepada pihak Tabung Haji? Boleh cerita sikit tak?? 

 TITM berkata, "Alhamdulillah, pertemuan dan perbincangan dua hala selama lebih dua jam ini sangat bermanafaat dan pihak PAS sungguh menghargai kesediaan Tabung Haji menerima kunjungan kami dan memberi penjelasan kepada rombongan."

 Entah apalah yang dikelentong oleh Mamak Azeez dan orang-orangnya, kita pun tidak dapat nak pastikan.

 TITM tidak pula menghuraikan apa 'penjelasan' Tabung Haji kepada rombongan PAS itu. 

  Yang peliknya TITM mendakwa, "PAS turut bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat sesuatu isu yang berkait rapat dengan kepentingan dan kebajikan umat Islam berdasarkan maklumat yg benar dan tepat…" So, tolonglah jelaskan kepada kami semua!

   Rombongan TITM yang mewakili PAS untuk mendapat maklumat dari Tabung Haji terbukti hanya sia-sia dan membuang masa sahaja. Mereka langsung tidak tahu apa yang nak ditanya jauh sekali untuk meneliti dan menganalisa penyata kewangan Tabung Haji yang diaudit bagi tahun-tahun kewangan 2009 hingga 2014. 

 Saya yakini, rombongan PAS itu telah menelan bulat-bulat pengumuman keuntungan dan bonus yang diumumkan oleh penyangak-penyangak Tabung Haji dalam perjumpaan itu.

 Rombongan yang pergi seperti Nasrudin Hassan, Dr Khairudin at Takiri,  Nurul Islam, Nik Abduh, Kamaruzaman Mohamad,  malah TITM sendiri bukan ada kepakaran dalam soal mengaudit laporan kewangan koprat gergasi macam Tabung Haji ni! Mereka ni semua bak kata orang Negeri Sembilan : Menghabeh bongeh aja!

 Maaf kerana saya tidak pasti mengenai kepakaran yang dua lagi, Prof Zainal Abidin Kidam dan Dr Rosni Adam. 

  Walau apa pun berbeza sekali dengan orang yang ada kepakaran akaunting seperti Rafizi Ramli. Dia telah menulis satu laporan ringkas mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji dan unjuran rizabnya bagi tahun kewangan 2015. Eloklah kalau TITM dan pembesar PAS yang berombongan tu belajar serba sedikit atau meninjau ANALISA KEWANGAN TABUNG HAJI  oleh Rafizi Ramli.

TINDAKAN UNIT PENGUATKUASA KEJAM : BELASAH PARA PENIAGA

Posted: 09 Feb 2016 02:00 AM PST

 OLEH: SHAIMON S JUMADI 
SANDAKAN:- Sejak kebelakangan kakitangan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) bahagian Unit Penguatkuasa semakin hari semakin ganas macam askar rejim Israel terhadap para peniaga guna kekerasan sambil memukul peniaga hingga teruk.

 Perkara ini berlaku petang tadi di kedai Aslam yang terletak di Taman Indah Jaya gara-gara hendak membeli kepala parut disuruh bersabar sebentar kerana ikut gelaran.

 Kerana mereka kurang dapat layanan istimewa dari tuan punya kedai Unit Penguatkuasa MPS Yang diketuai oleh Mohd Al Ruzaini terus bertindak kasar masuk kedai sambil merampas mesin dan barang-barang di kedai itu sambil memukul bertalu-talu penjaga kedai hampir setengah mati mereka cakap mereka tak takut polis sebab MPS ada kuasa mutlak boleh pukul orang kalau mahu dan bila-bila saja.

 Sikap ganas kakitangan MPS Bahagian Unit Penguatkuasa itu tidak boleh dibiarkan akan mencemar nama baik kerajaan barisan National dan UMNO mungkin kereka adalah para penyokong UMNO sebab mereka berani membelasah orang tanpa ada rasa belas kesihan.

Dalam kenyataan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Sabah Hj Hamzah Hj Abdullah yang menerima laporan dengan kejadian kejam itu yang dilakukan terhadap pegawai Unit Penguatkusa akan melaporkan kes ini kepada pihak polis jika mereka gagal mengembalikan semua peralatan kepunyai kedai ini sambil memberi nota untuk protes kepada tindakan ganas MPS terhadap orang ramai.

 Berikut kenyataan rasmi tuan punya kedai, Aslam Kgn : 

Ini hal berlaku d Kedai kami d Taman Indah jaya pukul 4 petang hari ini... Hari Ini hari bercuti...staff Mps datang beberapa org cara bacakap Dan tindakan amat kasar! Dia org ckp Ini arahan dpd En . Mohd alruzaini@ sairin.
 Ini hanya kami suruh tongu giliran utk membeli Kelapa parut! Dia x mau tongu dan marah dgn staff Pekerja kami Dan dia cakap dia blh buat angkat barang kami dlm masa 20 mnt. Dia buat! Sedang pun kami simpan mesin kelapa didepan Kedai tidak lebih daripada dua kaki, sedangkan semua penjual kedai Ada mereka simpan tempat menjual kuih ...pondok.. 
 Dan Gerai gerai... Begitu ambel tempat kaki lima d depan Kedai dia org.d depan happy mart penuh gerai tampa lesan kaki lima, Saya faham Ini hanya dia mau tunjuk dia punya kuasa sebab kami tak mereka duit sebenarnya kakitangan Unit Penguatkusa MPS kuat gertak para peniaga macam-macam cara untuk mendapatkan wang perlindungan sebagai sogokan atau rasuah makan duit haram beri makan anak isteri mereka itulah hakikatnya kerja dengan MPS tiada bersih daripada rasuah. ~ sumber

Kamu nak derma apa-apa, kepada siapa pun boleh....!!

Posted: 08 Feb 2016 11:00 PM PST


Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata motif di sebalik derma RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak tidak penting kerana derma seperti itu sesuatu yang sah di sisi undang-undang Malaysia. 

Salah seorang putera Allahyarham Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud merupakan orang yang menderma RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam satu temu bual eksklusif dengan Sinchew Daily hari ini.

  Apandi bagaimanapun tidak mendedahkan identiti penderma itu.

 Raja Arab itu, yang meninggal dunia pada Januari tahun lepas, mempunyai orang putera dan 10 puteri.

  "Kami tahu nama dia (penderma). Dia bukan arwah Raja Saudi tetapi anak raja itu. Dia masih hidup," pendakwa utama negara itu dipetik berkata akhbar berbahasa Cina itu. Beliau juga dilaporkan berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperolehi satu kenyataan daripada penderma itu sepertimana yang diperincikan dalam laporan badan anti-rasuah itu.

 Terdahulu hari ini, Menteri Luar Arab Adel al-Jubeir berkata beliau tidak fikir RM2.6 bilion yang mengalir ke dalam akaun bank Najib adalah daripada kerajaan Arab atau merupakan derma politik.

 Bercakap kepada The New York Times (NYT), beliau berkata, wang itu disalurkan kepada satu "pelaburan di Malaysia".

 Bulan lalu, Apandi berkata, RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib adalah sumbangan daripada keluarga diraja Saudi yang diberi "tanpa sebarang pertimbangan", dan menutup kes itu.

  Tetapi, pihak berkuasa di Switzerland yang menyiasat cabang pelabur negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendedahkan, kira-kira AS$4 bilion (RM16.8bilion) disalahgunakan daripada syarikat negara.– 6 Februari, 2016. - 

Apa tindakan PAS terhadap Khairuddin yang jelas mencemarkan parti yang katanya memperjuangkan Islam

Posted: 08 Feb 2016 08:00 PM PST

 MOHON KEAMPUNAN DARI ALLAH SHAH ALAM – Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman menjelaskan beliau tidak tahu menahu pakaian yang dikenakannya sewaktu menghadiri sebuah majlis Perayaan Tahun Baru Cina di Wangsa Permai menyerupai Dewa Cao Guo Jiu. Baca lagi di sini

  Cerita Adun Paya Jaras berpakaian menyerupai Dewa itu telah menjadi viral dengan berbagai ragam komen yang mengecamnya.

  Alasan yang diberikan Khairuddin agak melucukan; lainlah kalau dia hanya seorang tukang kebun atau seorang tukang sapu.... 

   Dia ini adalah seorang wakil rakyat dan merupakan Setiausaha PAS Selangor! Bukan calang-calang orang. Kesalahan yang dia lakukan itu sangat serius dan memalukan bukan sahaja dirinya sendiri, malah parti yang didokonginya, PAS !

 
Menjadi viral di media maya...
PAS yang siang malam cakap pasal agama, siang malam menghentam orang Cina, tiba-tiba ada pemimpinnya yang merupakan ahli Dewan Harian PAS Selangor telah menyamar jadi seorang Dewa Keberuntungan dengan membawa limau mandarin untuk orang ramai...?? 


  Untunglah .... PAS bukan sahaja parti yang ada 'Ulama Jadian' tapi sekarang sudah ada 'Dewa Jadian' untuk menarik minat komuniti Cina! Habislah ini kali DAP! 

  Khairuddin perlu berani bertanggung jawab. Dia bukan sekadar perlu memohon maaf kepada Allah sebagaimana yang dia nyatakan di status fesbuknya, tetapi kepada seluruh ummat Islam kerana dia telah mengelirukan dan memalukan kami semua!

   Sehingga kini PAS masih membisu tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan. Kita mahu lihat apakah reaksi PAS dalam isu tersebut. Jangan terus terkancing gigi sudahlah!

Gambar ini saya ambil dari artikel lama
saya di sini
 Masih ingatkah lagi kisah Allahyarham Cikgu Hashim Gera? Dia adalah guru saya waktu di Sekolah Rendah Umum Melayu Jalan Pasir Puteh Ipoh.


 Dia meruakan Ahli Parlimen PAS bagi Parlimen Parit; pada tahun 1969 telah dipecat dari PAS kerana telah melanggar disiplin parti dengan berjoget bersama 'perempuan joget' dalam satu majlis di Parlimen.

 Di dalam percakapan pembelaan dengan Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat yang terdiri daripada ulama' PAS itu Cikgu Hasim memberitahu: 

  "Joget adalah tarian bersih. Bila dia (perempuan joget) datang, saya lari. Bila saya datang, dia (perempuan joget itu) lari. Tidak berlaku sentuhan antara perempuan dan lelaki kerana saya datang dia lari, dia datang saya lari". Kah! Kah! Kah! Sebiji  macam alasan Khairuddin...ker guaner Ding??

  Bagaimanapun Pas telah menolak penjelasan Cikgu Hashim itu. Perbuatannya mencemar nama Parti Islam yang didokonginya. Cikgu Hashim pun dipecat. Ingat ya, hanya berjoget begitu pun dianggap telah mencemar nama parti Islam, apatah lagi dalam kes Khairuddin ini? Tidak mencemar lagikah namanya?

  Ingat ya, bahawa berjoget dikhalayak ramai adalah satu kesalahan kepada PAS dan Hashim Gera telah diambil tidakan tata tertib walaupun ketika itu, joget lambak (Joget berjemaah? Ha! ha!) adalah budaya masyarakat Melayu bila ada majlis kahwin...upah pondan sebagai pasangan menari pun biasa...!!)

  PAS ketika itu diketuai oleh Asri Muda, bukan seorang 'Ulama' seperti mana serkarang ini. Apakah tindakan PAS keatas Hashim Gera itu yang ketika dibawah ketua yang bukan Ulama itu satu tindakan yang 'salah' atau drastik?? 

 PAS sekarang dibawah Ulama bertaraf Donia, maka apakah tindakan PAS terhadap Khairuddin yang jelas mencemarkan parti yang katanya memperjuangkan Islam ... ke guaner mu Ding?

Jangan Cakap Banyaklah Apandi, kata Khairuddin!

Posted: 08 Feb 2016 05:00 PM PST

Membocorkan maklumat kerajaan untuk kepentingan negara dan melawan rasuah tidak akan memudaratkan negara ini, kata bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. 

 Beliau mengulas rancangan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) bagi menghukum mereka yang membocorkan rahsia kerajaan dengan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan.

 Apandi berkata wartawan yang melindungi sumber maklumat juga tidak terlepas daripada hukuman tersebut.

 "Kalau kebocoran maklumat kerajaan didedahkan untuk kepentingan bangsa, agama dan tanahair ke arah memerangi atau membasmi rasuah mahupun penyelewangan; apakah itu memudaratkan negara kita?," soal Khairuddin dalam kenyataan media hari ini.

 Khairuddin berkata peguam negara sepatutnya bekerjasama dengan negara luar dan memberi tumpuan menangani dakwaan rasuah dalam kes 1MDB terlebih dahulu.

 "Jangan cakap banyak sangatlah Tan Sri Apandi. Selesai isu skandal 1MDB, wang derma RM2.6 bilion serta dana SRC (International Sdn Bhd) berjumlah RM42 juta terlebih dulu bagi meyakinkan seluruh rakyat Malaysia," ujarnya.

 Khairuddin sebelum ini membuat laporan polis dan SPRM ke atas Apandi dan meminta kedua-dua agensi itu menyiasat secara telus sama ada terdapat unsur salahguna kuasa dilakukan peguam negara. 

'AG Patut ucap terima kasih'9 Sementara itu Penyelaras Jingga13 Fariz Musa berkata Apandi harus berterima kasih kepada pemberi maklumat.

 "Selaku peguam negara sepatutnya beliau mengucapkan terima kasih dan menyokong segala pendedahan serta memberikan perlindungan kepada pemberi maklumat , wartawan dan editor media agar keselamatan mereka terjamin.

 "Beliau juga perlu menyiasat dan mendakwa mereka yang terlibat ke muka pengadilan," kata Fariz dalam satu kenyataan hari ini. 

 Beliau seterusnya menasihatkan Apandi tidak menjadi 'balaci' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan bertindak sebagai seorang penjawat awam yang mempunyai maruah dan integriti.

 Rancangan Apandi untuk menyekat kebocoran rahsia kerajaan dibuat dua minggu selepas beliau membersihkan Najib daripada sebarang salah laku dalam isu derma RM2.6 bilion dan skandal SRC International Sdn Bhd. ~ SUMBER

Tiada ulasan: