Isnin, 15 Februari 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Apakah PAS mahu kami timbulkan semula isu spenda terlondeh pemimpin PAS?

Posted: 15 Feb 2016 06:22 AM PST

 Sekirannya benar dakwaan ini, tentu akan ada perwakilan yg masih berada 
dalam PAS akan tampil membuat akuan terhadap kerja terkutuk tersebut. 
Klik untuk tonton vdonya di sini
  Mat sabu pembekal perempuan pemuas nafsu kepada perwakilan Muktamar PAS? Jahat betul orang yang memfitnah Mat Sabu ini. Nama pemfitnah, ikut catitan pada vdo tersebut ialah Ust Datuk Najmi Shamsuddin.

Bukan sahaja mefitnah Mat Sabu malah juga Mahfuz Omar dan rakan-rakan mereka yang lain. Bayangkanlah hingga melibatkan para perwakilan muktamar PAS.

 Mat Sabu difitnah konononya dia menang Timbalan Presiden melawan Nasharuddin Mat Isa kerana "Mat Sabu menjamu perwakilan-perwakilan yang datang ke Muktamar Agong PAS dalam pemilihan tersebut sehari sebelum pemilihan dengan perempuan-perempuan. Tok Lebai2 yang jadi ketua ranting datang ke Kuala Lumpur dengan ....."

  Nasharuddin Mat Isa tewas kepada Mat Sabu dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden ketika itu sebab perwakilan mendapat habuan perempuan pemuas nafsu dari Mat Sabu??

Pemfitnah tu kata, Mat Sabu ada lebih 200 perempuan untuk memuaskan nafsu orang PAS?? Aduss! Dia ingat Muslimah dalam PAS tu apa? 

 Sebenarnya isu ini telah lama dimainkan oleh musuh PAS oleh Umno bagi tujuan untuk memburuk-burukan Mat Sabu dan PAS.Ternyata pembuat vdo ini amat bersimpati dengan kekalahan Nasharuddin UG di tangan Mat Sabu.

  Tapi oleh sebab sikap kebencian walaun PAS yang bernama 'Komander Abu Suffian' terhadap presiden Amanah, Mat Sabu, dia telah munculkan semula vdo tersebut tanpa menyedari motif sebenar vdo tersebut dicipta oleh Umno untuk memburuk-burukan Parti PAS dan orang-orang PAS sendiri.

  Kesian juga dengan kelaku blogger otai Ibnu Hashim yang terikut sama bersubahat dengan kelaku jahat Komander Abu Suffian itu. Adakah masuk akal Ibnu Hashim akan apa yang didakwa oleh situkang fitnah Umno itu?  Isu ini telah lama di ulas di sini 

   Jelas perangai jahat Umno yang suka memfitnah telah diambil aleh oleh walaun PAS. Walaun silap langkah dalam tujuan nak memalukan Mat Sabu hingga melibatkan para perwakilan Muktamar PAS, para Muslimat PAS, dan Mahfuz Omar yang masih lagi bersama PAS!

 Apakah PAS mahu penyokong Amanah memainkan semula isu spenda terlondeh pemimpin PAS ? Saya tak dapat nak kata apa jika ada fesbuker yang akan melakukannya....

Tan Sri Khalid Abu Bakar jangan tidur, siasat siapa yang menghasilkan video-video “pengakuan Sirul

Posted: 15 Feb 2016 02:08 AM PST


  Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar digesa menyiasat pihak di sebalik rakaman video tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Sirul Azhar Umar yang disiarkan media.

 Mengulas video yang dilaporkan Malaysiakini sejak beberapa minggu lalu, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata pendedahan bekas anggota polis yang berdepan hukuman gantung itu telah meninggalkan soalan yang belum dijawab.

 Walaupun Sirul dilaporkan berkata beliau merancang untuk mendedahkan cubaan mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pembunuhan itu, Lim berkata bekas pegawai polis itu perlu menjawab soalan mengenai identiti pihak yang memberikannya arahan.

 "Saya juga ingin menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan tangkapan ke atas mereka yang berpakat dengan Sirul dalam menghasilkan video-video "pengakuan" itu untuk menyiasat siapa arah bunuh Altantuya.

 "Sebelum Sirul dan rakan subahatnya yang menyimpan rakaman pengakuan Sirul itu mendedahkan video terbabit, seharusnya Sirul terlebih dahulu menjawab lima persoalan yang melibatkan kepentingan awam," katanya pada kenyataan media.

 Persoalan tersebut, katanya adalah:

 1. Siapa yang mengeluarkan arahan pembunuhan Altantuya? 

 2. Apakah imbalan atau upah yang dijanjikan untuknya selepas Altantuya dibunuh? 

 3. Siapa yang memberi kebenaran untuk menggunakan letupan C4? 

 4. Siapa yang mengatur laluan keluar Sirul ke Austalia tanpa memaklumkan pihak berkuasa? 

 5. Berapa banyak arahan bunuh yang telah Sirul laksanakan, dan siapakah mangsa-mangsanya?

 Sirul dan rakannya, Ketua Inspektor Azilah Hadri dihukum gantung sampai mati tahun lalu oleh Mahkamah Persekutuan selepas didapati bersalah membunuh Altantuya dalam satu perbicaraan panjang.

 Kedua-duanya didakwa membunuh Altantuya di sebuah hutan di Shah Alam antara 10 malam dan 1 pagi pada 18 dan 19 Julai 2006. Tertuduh ketiga dalam kes itu merupakan penganalisa politik, Abdul Razak Baginda yang juga rakan baik kepada Najib.

 Abdul Razak dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 dan pendakwa memilih untuk tidak merayu pembebasan beliau.

 Sirul berjaya melepaskan diri ke Australia selepas pembebasan awal oleh Mahkamah Rayuan dan kini ditahan di pusat tahanan imigresen Villawood di Sydney.

 Azilah kini berada di Penjara Kajang menunggu hukuman mati dan telah memfailkan pengampunan.

Komen al-Husseyn :

  Menariknya tentang rakaman vdo Sirul ini ialah siapakah orang yang mendapat hak istimewa untuk menemubual dan merakamkannya dalam kawasan pusat tahanan Imigresen di Villawood, Sydney ?

Sedangkan seorang Pegawai Perhubungan Awam jabatan tersebut yang hanya menamakan diri sebagai David sewaktu menjawab pertanyaan Astro AWANI melalui kiriman e-mel rasmi berkata :

 "Secara amnya, jabatan ini tidak akan mengelolakan sesi temu bual dalam kawasan penahanan atas faktor operasi. Namun, individu yang ditahan bebas untuk menghubungi media mengikut kehendak mereka." 

  Jabatan tersebut telah menafikan pihaknya pernah memberi izin kepada sebuah stesen televisyen Australia untuk menjalankan temu bual pendedahan dengan Sirul Azhar. ~ sumber

Pernyataan dari Sirul Azhar Umar di mahkamah dulu : "Selepas membuang air kecil, dia melihat senjata yang saya pegang saya melihat bahawa dia berada dalam keadaan takut dan dia merayu tidak membunuhnya dan berkata dia mengandung . Pada masa yang sama, Azilah.. bergelut dengan wanita itu jatuh ke tanah dan saya dapat melihat dia telah tidak sedarkan diri. Saya melepaskan tembakan ke arah sebelah kiri kepala wanita itu."

Namun dalam video yang lalu, Sirul berkata Altantuya tidak mengandung. Ini jelas bahawa Sirul telah dibeli....

 Mengapa pembunuh ini telah mengubah cerita asalnya di perbicaraannya bahawa dia telah dijadikan kambing hitam oleh orang yang berkuasa?

 Sarawak Report melaporkan, bagaimanapun, peguam Sirul (yang telah dibuktikan adalah orang UMNO) mengharamkan semua lawatan kecuali daripada mereka. Oleh itu, video ini dirancang oleh peguam UMNO Sirul, yang merupakan satu-satunya pelawat yang dibenarkan.


  Saya nak 15 juta Australia, seumur hidup saya tak
akan ke Malaysia lagi boss. Saya tidak akan
berkata apa-apa ....
 Ia berbeza dengan mesej yang terdapat pada telefon bimbit Sirul sendiri selepas dia ditangkap, yang kemudiannya diperolehi oleh Al Jazeera, sebelum Sirul ditahan di Australia. Beliau telah menuntut berjuta-juta dolar daripada kontrak UMNO untuk "tidak berkata apa-apa".

 "Dengan cara ini saya tidak akan menjatuhkan PM" kata Sirul dalam mesej-mesej peribadi tersebut.

 Najib mengugut untuk menyaman Al Jazeera pendedahan tersebut dan kemudian tidak pernah berlaku.

  Adakah Sirul telah dibayar dan dijanjikan pengampunan sebagai balasan untuk bekerjasama dalam strategi alternatif ini?

   Patutlah Sirul berasa kecewa bila ibunya dibawa jumpa Dr Mahathir .... Hasnal Rezua Merican dan Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin selaku peguam Sirul tentu lebih arif mengenainya. 

  Mereka berdua inilah yang mempunya akses untuk menghubungi Sirul. Apakah mereka ada kaitan dengan rakaman video tersebut?

Mana lebih baik, Israel atau Malaysia?

Posted: 14 Feb 2016 09:00 PM PST


Alhamdulillah, negara kita Malaysia, tidak ada seorang menterinya yang pernah didapati bersalah dan dihukum oleh undang-undang negara.

  Hanya terdapat dua kes sahaja iaitu pada 1982, Mokhtar Hashim, bekas Menteri Belia dan Sukan dan pada Mac 1977,bekas MB Selangor allahyarham Datuk Harun Idris.

 Mokhtar Hashim telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati.  Tetapi kemudian mendapai pengampunan Agong dan dikenakan penjara sumur hidup (biasanya 20 tahun) 

 Manakala Datuk Harun dijatuhi hukuman 8 tahun penjara kerana tuduhan rasuah. Beliau dibebaskan pada 1981 setelah menjalani 3 setengah tahun sahaja di Penjara Pudu apabila Dr Mahathir menjadi PM.

  Selepas dua kejadian diatas itu , kita dapat saksikan ada Ketua Menteri merogol budak perempuan bawah umur, boleh terlepas, tetapi orang lain yang cuba membela budak perempuan itu yg kena penjara!
  
    Kita juga dapat saksikan bagaimana seorang Menteri Kabinet yang didakwa merogol pembantu rumahnya tapi kerana 'Cash is King' telah terlepas. Dilaporkan, pembantu rumahnya itu kini mendiami rumah mewah dianggarkan RM100,00 di negaranya walaupun dia dan suaminya tidak mempunyai apa-apa pekerjaan.

  Tidak seperti mana negara kafir Israel, dimana ramai kalangan pemimpinnya dihukum kerana melakukan kesalahan menerima rasuah, gangguan seksual, rogol dan cuba menghalang keadilan. 

 Kerana di Israel walaupun tidak melaksanakan hukuman hudud, tidak ada manusia yang mengatasi undang-undang di negara tersebut. 

1) Bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dijatuhi hukuman 19 bulan penjara kerana tuduhan berasingan rasuah dan menghalang keadilan.



Beliau pada mulanya diberikan penjara enam tahun pada Mei 2014 kerana mengambil rasuah pada awal tahun 2000 yang berkaitan dengan pembinaan kompleks kediaman besar Holyland Jerusalem, tetapi hukuman tersebut kemudiannya dikurangkan kepada 18 bulan. 

 Mahkamah Israel menambahkan satu bulan kepadanya kerana menghalang keadilan menjadikan hukuman penjara keatasnya  19 bulan. ~ sumber
2. Bekas Presiden Israel, Moshe Katsav sedang merengkok dalam penjara menjalani  hukuman tujuh tahun kerana rogol dan gangguan seksual. 


Pada 22 Mac 2011 dilaporkan, Mahkamah memutuskan bahawa Katsav juga perlu bekerja untuk dua tahun percubaan dan membayar NIS 100,000 (25,748.00 USD)kepada mangsa rogol, seorang bekas kakitangan Kementerian Pelancongan yang dikenali sebagai A, dan perlu membayar NIS 25,000 (6,437.00 USD) kepada L, bekas pekerja Residence Presiden, yang telah diganggu secara seksual dan didera. ~ sumber

3) Pada 2010, Mahkamah Daerah Jerusalem menjatuhkan Shlomo Benizri, Menteri Kesihatan dan Kebajikan Sosial hukuman 18 bulan penjara kerana menerima sogokan mewah daripada seorang kontraktor dalam pertukaran untuk maklumat dalaman kepada pekerja asing dijangka tiba di Israel, pecah amanah dan menghalang keadilan.

 Benizri telah merayu ke Mahkamah Agung, yang melanjutkan hukumannya hingga empat tahun. 

 Kemudian itu, Lembaga parol telah mengurangkan hukuman Benizri dengan satu tahun empat bulan.sumber

4) Pada Januari 2016, Menteri Dalam Negeri dan Naib Perdana Menteri, Silvan Shalom mengundurkan diri atas tuduhan gangguan seksual.

 Polis dilaporkan membuka siasatan terhadap aduan terhadap Shalom dan mengumpul bukti dan mencari saksi-saksi yang berpotensi untuk memberikan keterangan berhubung tuduhan.

 Tiga belas wanita telah tampil membuat tuduhan terhadap Shalom, walaupun tiada seorang pun telah  memfailkan aduan polis rasmi. ~ sumber

5) Kini jawatan Menteri Dalam Negeri Israel di pegang oleh bekas banduan Aryeh Deri yang pernah dihukumi penjara dua tahun kerana didapati bersalah mengambil rasuah.



 Deri pernah menjawat Menteri Dalam Negeri pada 1988-1993 dan menjalani penjara dua tahun pada tahun 2000 diikuti dengan tujuh tahun larangan daripada politik di bawah undang-undang bagi ahli politik yang sabit kesalahan. ~ sumber 

Jadi bagaimana kalian fikir? Mana lebih baik - di Malaysia atau di Israel dalam erti kata perlaksanaan undang-undang yang adil untuk semua tanpa memilih bulu?

Bukti UG : Umno terima dasar Pas, Pas terima dasar Umno

Posted: 14 Feb 2016 05:00 PM PST

KUALA LUMPUR – Pelantikan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din sebagai ketua kluster dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) membuktikan segala usaha parti Islam itu selama ini termasuk Islam sebagai dasarnya telah diterima baik oleh Kerajaan Malaysia. Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, pemilihan tokoh Pas itu ke dalam organisasi berkepentingan kerajaan itu juga merupakan satu pengiktirafan kepada parti Islam itu.

 "Kami ucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana telah memilih Datuk Dr Haron Din. Apabila beliau dipilih, maknanya usaha-usaha Pas itu (selama ini) diterima oleh pihak kerajaan.

 "Kami harap ia merupakan satu langkah yang positif untuk Pas bersama rakyat Malaysia bagi kita memulakan wacana lebih terbuka dan kefahaman Islam," katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

 Beliau mengulas pelantikan Haron sebagai pengerusi kluster dakwah MPI oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang diadakan pada Jumaat lalu.

 Dalam pada itu, Mohamad Abduh berkata, penglibatan pemimpin Pas dalam mana-mana sektor kerajaan menunjukkan Pas tidak hanya terlibat dalam politik semata-mata.

 "Kami sentiasa ulang kepada masyarakat bahawa kami turut terlibat dalam usaha-usaha dakwah memperkenalkan Islam yang sempurna dan komprehensif kepada rakyat Malaysia sebagai satu cara hidup," katanya. ~ sumber

Komen al-Husseyn :

  Tajuk sebenar laporan Sinar itu ialah : Lantik Haron Din: Bukti kerajaan terima dasar Pas.

 Saya ubah untuk menjelaskan erti yang sebenar yang tersirat dari kenyataan Nik Abduh itu.

 Kenyataan Nik Abduh ini sebagai mengulas kenyataan Datok Husam yang menganggap perlantikan tesebut merupakan satu penghinaan kepada parti Islam itu dan perlu ditolak.

"Bagaimana orang yang memegang jawatan paling tinggi dalam PAS tiba-tiba duduk bawah presiden Umno. Ini tak kena dari segi protokolnya." Tulis Husam difesbuknya kelmarin yang turut dikongsi oleh ramai fesbuker.

 Bahrudin Jawadi, salah seorang fesbuker telah memberi komen :
Di awal tahun 80an saya selalu nenghadiri kuliah Tuan Guru Haron Din. Antara kata3 yang Saya masih ingat ialah ' Jangan kamu dekat , Jangan kamu hampiri, Jangan kamu berkawan, Jangan kamu pilih dan Jangan kamu sesekali cenderung dengan pemimpin pemimpin yang Zalim Dan fasiq'.
Ya, memang diakui, dulu-dulu PAS kerap membawakan ayat Surah Hud : 113 - "Wa-la tarkanu ilal-ladzina dzalamu fatamassa kumunnar ...."  - Jangan kamu cenderung terhadap orang-orang yg dzalim, kelak kamu disambar api neraka...

Tapi sekarang apa yang dimainkan ialah taawun :

وتعاونوا علىالبروالتقوى ولاتعاونوا علىالاثم والعدوان 
 Artinya: " Dan tolong-menolonglah kamu dalam hal mengerjakan kebaikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam hal perbuatan dosa dan permusuhan." (QS. Al Maidah: 2)

  Seolah-olahnya ayat tersebut baru sahaja turun dari langit malam kelmarin sejak PAS semakin mesra dengan Umno!

Tiada ulasan: