Sabtu, 13 Februari 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Berapa Kali Husam Kena Mengadap Jawatankuasa Disiplin PAS??

Posted: 13 Feb 2016 05:15 AM PST

Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa menyatakan kesediaannya untuk berjumpa dengan jawatankuasa disiplin PAS.

 "Insya-Allah saya bersedia menemui jawatankuasa disiplin parti," katanya.

 Hari ini, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Husam Musa akan dirujukkan kepada lembaga disiplin parti itu selepas jawatankuasa kerja PAS pusat mengkaji beberapa aduan yang dibuat terhadapnya.

 Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mereka menerima aduan terhadap Husam dari PAS Kelantan dan cawangannya.

 Tindakan terhadap Husam datang selepas beliau dilaporkan menggesa naib presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan setiausaha agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan meletakkan jawatan.

 Ini ekoran Husam berpendapat bahawa Mohd Amar dan Takiyuddin didakwa telah gagal meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di Parlimen untuk membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan.

 Dalam satu kenyataan hari ini Husam berkata beliau menunggu kertas pertuduhan rasmi untuk membolehkan saya menyediakan pembelaan yang sewajarnya.

 "Saya akan bertanggung jawab atas semua ucapan saya dan Insya-Allah akan mempertahankannya semasa menemui jawatankuasa disiplin nanti.

 "Pada masa yang sama saya akan menyampaikan kepada jawatankuasa disiplin nanti perkara-perkara yang bercanggah dengan dasar PAS dan Islam yang telah dilakukan oleh pihak-pihak di dalam PAS yang telah saya bangkitkan selama ini.

 "Pada masa sama, suka saya mengingatkan, janji Dewan Harian PAS pusat untuk memberikan maklum balas terhadap 'nota cinta' saya pada pertemuan 30 November 2015 belum lagi berlaku.

 "Kepada Allah saya serahkan urusan dan kepada Allah saya bertawakkal," tambahnya. ~ sumber

Komen al-Husseyn : 

 Sebelum ini, Husam Musa telah mendedahkan secara terbuka bahawa kerajaan Kelantan telah terlibat dalam pembalakan haram. 

  Beliau juga mengkritik Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, dan mendedahkan plot yang didakwa oleh Hadi untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.

  Pendedahan tersebut dibuat dalam satu majlis ceramah di majlis "Demo Tanya, Ambo Jawab" pada 14 November 2015 di Kota Baru, Kelantan.

  Beliau juga telah mencabar Hj Hadi supaya sanggup bersumpah talak isteri bagi membuktikan siapa yang bercakap benar.

  Haji Hadi tidak berani menyahut cabaran Husam tersebut sebaliknya  Tuan Ibrahim Tuan Man yang tampil hanya untuk mengancam mahu mengambil tindakan disiplin keatas Husam. Samalah seperti apa yang dia cakap di atas itu. Baca di sini

  Husam telah mengadap Dewan Harian PAS  pada 30hb November 2015. Tetapi sampai sekarang tidak tahu apa keputusannya. Ini nak panggil lagi?? Berapa kali Husam kena mengadap??

  Kes 3 Pimpinan Dewan Ulama Perak Yang Kebal

  Tetapi bagaimna pula dengan kes 3 pimpinan Dewan Ulama Pas Perak yang yang pernah disabitkan dengan fitnah yang sengaja direka untuk memburukan individu tertentu yang telah dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin Parti, tetapi sehingga kini berita mengenainya terus menyepi? 

 Mereka bertiga yang dimaksudkan ialah : Ustaz Mat Saleh bin Said. - Ustaz Wan Tarmizi Abd Aziz dan  Ustaz Arman. Sila rujuk di sini 

  Ada beberapa lagi kes aduan yang gagal ditangani dengan telus oleh Badan Disiplin PAS menjadikan badan tersebut kurang dihormati ramai.

‘Menjenayahkan’ fitnah usaha henti kritikan terhadap Putrajaya, kata PKR

Posted: 12 Feb 2016 11:00 PM PST

"Menjenayahkan" fitnah terhadap kerajaan dengan meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah satu penyalahgunaan undang-undang negara dan melanggar Perlembagaan Persekutuan, kata ahli Parlimen PKR hari ini.

 Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran berkata, pindaan kepada akta yang dilaporkan akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi akan datang, hanyalah satu percubaan untuk menghalang rakyat daripada mengkritik kerajaan.

 Bagaimanapun, Perkara 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan bersuara, termasuk hak untuk mengkritik kerajaan, kata Surendran.

 "Tindakan keras ke atas dakwaan fitnah kerajaan dalam ruang siber atau portal berita serta laman web seperti dicadangkan menteri ini sudah tentu akan menyekat kebebasan bersuara di negara ini dan melemahkan demokrasi," katanya dalam satu kenyataan.

 Beliau berkata, tujuan undang-undang dalam sebuah negara demokrasi bukanlah untuk melindungi reputasi kerajaan atau pemimpinnya daripada fitnah, juga bukan peranan kerajaan untuk memastikan "kebenaran" dalam media sosial atau di Internet.

 Beliau berkata, rakyat harus dibenarkan menilai apa yang benar dan palsu untuk diri mereka sendiri, bukannya dengan mempunyai undang-undang untuk mengawal apa yang diperkatakan di Internet.

 Mana-mana pemimpin kerajaan yang terkilan sentiasa boleh mendakwa fitnah di Mahkamah Sivil dan bukannya mengambil jalan menjadikan ia undang-undang jenayah, katanya.

 "Sebarang usaha parti pemerintah menggunakan majoritinya dalam Parlimen bagi 'menjenayahkan' kritikan terhadap kerajaan, sama ada kritikan itu berasas atau tidak, adalah tidak mengikut Perlembagaan dan tidak boleh diterima dalam sistem demokrasi."

 Surendran membandingkan tindakan Malaysia dengan United Kingdom, di mana kerajaan tidak mempunyai hak mendakwa individu di Mahkamah Sivil kerana fitnah.

 "Rasionalnya ialah rakyat mempunyai hak mengkritik kerajaan yang dibayar pembayar cukai, walaupun kritikan itu salah atau fitnah," katanya.

 Pada bulan lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, pindaan kepada akta itu akan membolehkan kerajaan menyekat laman web daripada terus memfitnah kepimpinan negara. – 13 Februari, 2016.~ sumber

Ini kali Najib mesti kena turun!

Posted: 12 Feb 2016 07:00 PM PST


  Suatu ketika dahulu, pernah dilaporkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri telah melancarkan 'Kempen Penurunan Najib' pada 29 Januari 2014 tahun lalu ... Cer tengok gambar atas! 

 Kini satu kempen baru telah dilancarkan bagi tujuan untuk menurunkan Najib melalui tatacara menggesa raja-raja Melayu membuka siasatan dan melantik pendakwa raya bebas mengetuai siasatan ke atas PM Najib.

 Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli telah melancarkan kempen "1Juta Desak Buka Kembali Siasatan Terhadap Najib Razak" Ahad lalu.

Kempen tersebut susulan laporan The New York Times pada 6 Februari, memetik Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir menyatakan wang AS$681 juta yang dimasukkan dalam akaun Najib bukan sumbangan politik tetapi pelaburan seorang warga Saudi. 

 Pengendali meletakkan sasaran pertama mengumpul 100,000 penandatangan dalam tempoh seminggu bagi membina momentum ke arah 1 juta tandatangan.

 Kali ini nampaknya kempen untuk menurunkan Najib agak lebih berjaya dari yang sebelumnya.

 "Setelah 5 hari dilancarkan, 30,000 rakyat Malaysia berani tampil menandatangani petisyen untuk mendakwa Najib," kata pengendali laman itu.. 

Jika kalian belum menandatanganinya, sila klik link yg ada di penjuru kanan blog al-Husseyn ini.Baca lagi di sini

Tiada ulasan: