Khamis, 11 Februari 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Belasungkawa Tuan Guru Nik Aziz ...setahun telah berlalu ....

Posted: 11 Feb 2016 09:37 AM PST

Di sekitar akhir Oktober 2013 lalu, akhbar Sinar telah menyiarkan satu tajuk besar di muka depannya: TOK GURU TERKEJUT

  Akbar tersebut melaporkan bahawa pertemuan Menteri Besar Kelantan dgn PM Najib kelmarin (ketika itu) sebagai pertemuan yg tidak dijangka. 

 "23 tahun baru boleh jumpa, payahnya menteri besar pembangkang nak jumpa perdana menteri, saya tidak tahu apa yang menyebabkan (perdana menteri) buka pintu," katanya lagi.

  Itu cerita dulu-dulu....sewaktu PAS belum terbabas dan tergelinjir dari landasan perjuangannya seperti hari ini.

 Betapalah andainya almarhum TGNA masih ada dan melihat gambar Hj Hadi dipeluk erat oleh Presiden Perkasa Ibrahim Ali? 

  Betapalah andainya almarhum TGNA masih ada dan melihat anaknya sendiri Nik Abduh begitu mesra bersama Perkasa? 

Betapa pula andainya almarhum TGNA melihat Hj Hadi sedondon bersama PM Najib diatas satu pentas?
Semoga Tuan Guru berbahagia di sisi Allah
 Hari ini 12 Feb 2016. Telah genap setahun TGNA pergi meninggalkan kita semua....

 Kini kita boleh dapat rasa dan nampak lebih jelas tentang perbezaan lanskep politik PAS sewaktu era TGNA dan yang sekarang....

  Kita merindui orang yang sehebat sepertinya untuk menerajui PAS Kelantan. Kita semua tahu tentang keberadaan tokoh tersebut... Insya'Allah, masanya tetap akan menjelang tiba.

Benar sangat sebagaimana apa yang pemimpin AMANAH, sering katakan :
"Kalau Tuan Guru Nik Aziz masih ada, kita tidak akan melihat Ibrahim Ali berpelukan dengan Hj Hadi…
 "Dan tentunya kita tidak akan dapat melihat Hj Hadi sedondon dengan PM Najib dalam satu majlis!" 
Pas sekarang bukan sahaja ada didalamnya Ulama Porno, Ulama Jadi-Jadian pun ada. Terbaru sudah ada pula Dewa Jadi-Jadian.... 

Seluruh PAS jadi bodoh, kata web pro-Najib

Posted: 11 Feb 2016 06:31 AM PST

  Tidak berapa lama dulu, ketika Mr Os menafikan yang dia masuk PAS, saya katakan, PAS jangan berdukacita dengan pengumuman Mr Os tersebut kerana walaupun pelawak terkenal itu tidak masuk Pas, parti itu tetap juga dikenali sebagai parti pelawak! Subhanallah ...Allahu akbar!

 Memang dalam PAS sudah cukup ramai Pak Lawak; ada Nik Abduh, ada Tantawi P/P, ada Mokhtar Senik...ada ramai lagi yang semuanya ini sering mencuit hati orang ramai melalui komen mereka difesbuk.

 Bahawa PAS sememangnya satu parti pelawak! Cer kalian dengor kejap apa Hj Hadi kata nih-->


   Hj Hadi kata, yang tolol semuanya dah keluar PAS.... Tapi ada pula yang kata sebaliknya.Tidak patut betul  kalau puak yang nak dinasihati oleh Hj Hadi buat kenyataan menuduh puak dalam parti Hj Hadi tu  semuanya bodoh!

Rumusan mudah yang boleh dibuat ialah : Bila ada yang bodoh buat lawat, pastinya berlaku 'Lawak Bodoh'! Ker guaner Ding?? Baca yg berikut :
Laman penyokong Datuk Seri Najib Razak mempersoal pendekatan PAS terhadap seorang wakil rakyatnya yang memakai pakaian dewa Cina dalam sambutan tahun baru Cina di Kepong baru-baru ini.
 MYKMU membandingkan langkah keras PAS terhadap Najib pada 2012 yang dibidas teruk selepas memakai kurta dan kalungan bunga dalam perayaan Thaipusam di Batu Caves.

 "Pemuda PAS waktu itu paling hebatnya, siap minta campur tangan majlis fatwa lagi. Niatnya tidak ada lain, nak tuduh Najib hina Islam.

 "Tapi hari ini, bila ada ADUN PAS sendiri yang berpakaian seperti dewa, tiba-tiba seluruh organisasi PAS jadi bodoh.
 "Menganga macam itu sajalah, tak tahu nak cakap apa," menurut laman itu. 
 Dewan Ulama PAS kelmarin menganggap isu pakaian anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras Khairuddin Othman (gambar) sebagai salah faham.
 Timbalan ketuanya Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata dewan itu merasakan ia tidak bertujuan melanggar batasan agama, memperkecil atau mempersenda syariat Islam.
 Terdahulu, Khairuddin dilapor menghadiri majlis perayaan tahun baru Cina di Kepong dengan memakai pakaian menyerupai seorang dewa Taoisme, yang disangkanya 'maharaja China'.
 'DAP pun tak buat'
 MYKMU berkata langkah itu menunjukkan PAS hanya sebuah parti politik dan tiada kaitan dengan agama dan "semata-mata kerana kuasa dan undi, bukan sebab nak bawa sesiapa masuk syurga".
 Laman itu juga mempersoal kenyataan Dewan Ulama PAS yang dilihat melepaskan pemimpin PAS Selangor itu atas alasan tiada niat menghina Islam.
"Wah, wah, wah, dah pakai macam itu pun masih kata tidak berniat lagi? Bodoh punya alasan tu (tak berniat) kalau nak diikutkan, tapi sebab sama sama geng, terima sajalah ya.
 "Jangan kalau Najib yang buat, tak ada kaitan hina agama pun dikatakan hina agama," menurut tulisan itu.
 MYKMU mengaitkan langkah itu dengan tindakan PAS yang masih bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan Selangor.
 "Sebab itu jangan bersekongkol dengan DAP dan bertuhankan undi, macam inilah jadinya. Ironinya, orang DAP pun tak buat macam ini (pakai macam dewa), PAS pula yang berlebih-lebih," menurut MYKMU lagi. ~ sumber

Jelaskan dasar rizab TH seperti diminta Bank Negara, gesa PKR

Posted: 11 Feb 2016 03:31 AM PST

Enam hari lalu, sewaktu Jamil Khir dan Azeez mamak mengisytiharkan pembayaran bonus 8 peratus, mereka mendakwa :

" Pendapatan Tabung Haji pada 2015 berdiri pada RM4.47 bilion, manakala keuntungan selepas zakat pada RM3.53 bilion." 

Jamil berkata kedua-dua pendapatan dan keuntungan bagi tahun kewangan 2015 adalah yang tertinggi sejak penubuhannya lembaga itu 52 tahun yang lalu.

Kah! Kah! Kah! Tabung Haji bayar zakat walaupun rugi! Bagi bonus paling tinggi pula tu!! Ini semua wayang kulit. Jamil dan Azeez ni adalah watak Wak Dogol atau Badut dalam permainan wayang kulit!

Jelaskan dasar rizab TH seperti diminta Bank Negara, gesa PKR

PKR hari ini menggesa Lembaga Tabung Haji (TH) agar menjelaskan dasar rizabnya seperti diminta Bank Negara Malaysia lebih setahun lalu.

 Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa gabenor Bank Negara sebenarnya menulis surat setahun lebih awal kepada Tabung Haji sebelum surat terakhir bertarikh 23 Disember 2015.

 "Sepanjang isu ini timbul sejak sebulan lalu, hampir keseluruhan rakyat Malaysia terlepas pandang Bank Negara menulis surat kepada Tabung Haji mengenai keperluan merumus satu dasar rizab setahun lebih awal (iaitu pada 19 Disember 2014) dari tarikh surat Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang bertarikh 23 Disember 2015 itu," kata Rafizi dalam kenyataannya.

 Katanya, ketiadaan maklum balas daripada Pengerusi Tabung Haji Tan Sri Abdul Azeez Abdul Rahim menyebabkan Bank Negara sekali lagi mengeluarkan surat sama pada Disember lalu.

 "Maknanya, perkara ini ditimbulkan Bank Negara lebih dari setahun yang lepas namun nampaknya tidak ada sebarang tindakan kukuh di pihak Azeez sehinggakan Bank Negara terpaksa mengeluarkan surat seterusnya bertarikh 23 Disember 2015.

 "Saya menuntut supaya Azeez memberikan penjelasan segera mengenai perkara ini dan memberi jaminan Tabung Haji akan mengemukakan cadangan dasar rizab seperti yang diarahkan Bank Negara sebelum 31 Mac 2016," kata Rafizi.

 Dalam kenyataan sama, Rafizi mengalu-alukan maklum balas Tabung Haji semalam terhadap analisa yang dilakukan pihaknya.

 Kata Rafizi, tindakan Tabung Haji mendedahkan hanya angka rizab boleh agih sebanyak RM609 juta dan menyembunyikan angka rizab tak boleh agih membuktikan analisanya benar.

 Rafizi 2 hari lalu berkata pemberian bonus tahunan 5% dan bonus haji 3% kepada pendeposit Tabung Haji bagi 2015 bukan jaminan kedudukan kewangannya kukuh.

 Katanya, berdasarkan analisa yang dilakukannya, kedudukan rizab Tabung Haji diunjurkan terus negatif bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2015 iaitu 2 tahun berturut-turut. – 11 Februari, 2016. ~ sumber

UK turut lancarkan siasatan pada dana 1MDB

Posted: 11 Feb 2016 01:25 AM PST

UK dilaporkan telah menyertai senarai agensi-agensi antarabangsa yang lain dalam menjalankan siasatan mereka ke atas amalan rasuah yang didakwa melibatkan dana kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad.

 Walaupun tidak disahkan, penglibatan UK mungkin disebabkan oleh dakwaan penglibatan Royal Bank of Scotland dalam pemindahan wang dana negera keluar dari Malaysia. Dikatakan bahawa RBS Coutts di Zurich, yang dimiliki oleh RBS, adalah salah satu daripada bank-bank yang telah memindahkan wang dana negera keluar dari Malaysia.

Pejabat Penipuan Serius di UK dikatakan sedang meneliti dakwaan berkenaan tabung negera itu yang telah didedahkan dalam Sarawa Report, sebuah laman web berita yang berpangkalan di London yang memberi tumpuan kepada negeri Sarawak. Laman web oleh Clare Rewcastle-Brown, ipar kepada bekas Perdana Menteri UK, Gordon Brown.

 The Times melaporkan awal minggu ini bahawa ia telah melihat dokumen menghubungkan RBS Coutts di Zurich ke pemindahan wang keluar dari Malaysia daripada dana negera itu. 

"Bank itu menghadapi beberapa persoalan berkaitan pemeriksaan pematuhan dan manfaat yg diperolehi daripada wang itu," kata akhbar itu.

 RBS Coutts telah berkata bahawa ia tidak dapat mengulas kerana ia adalah 'rahsia pelanggan'. Begitu juga Pejabat Penipuan Serius tidak akan mengulas mengenai kes itu, The Times melaporkan.

  Kontroversi Perdana Menteri Malaysia Najib Razak lebih menjerut apabila Arab Saudi mendakwa minggu lalu bahawa hampir kepada $ 700m dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi ahli politik itu BUKAN sumbangan politik seperti yang didakwa sebelum ini tetapi adalah untuk tujuan pelaburan.

 Dana dalam akaun Najib menarik minat yang meluas selepas Wall Street Journal melaporkan bahawa wang yang datang dari syarikat syarat hutang 1MDB. Najib telah menafikan sekeras-kerasnya dan dia telah pun dibersihkan oleh suruhanjaya anti-rasuah tempatan yang berkata bahawa wang itu datang daripada penderma yang tidak dikenali dan bukan dari 1MDB seperti yang didakwa. 

 Menteri Luar  Arab Saudi, Adel al-Jubeir berkata, dana itu adalah sebahagian daripada perjanjian perniagaan. 

"Ia adalah seorang warganegara Arab swasta. Saya percaya, dan dana pergi ke pelaburan di Malaysia," katanya minggu lalu. Dakwaan bahawa Najib telah dikatakan memulangkan $ 620M kepada keluarga diraja itu kerana dana itu tidak digunakan; tidak boleh disahkan.

Beberapa laporan berita mendakwa bahawa seorang ahli keluarga diraja itu bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan, berkata bahawa wang yang datang dari seorang putera Arab dan itu bukan merupakan derma seperti yang didakwa sebelum ini oleh pihak berkuasa Malaysia.

 Pada 4 Februari, Perancis mengumumkan Bahawa Pendakwa akan menyiasat dakwaan bahawa Najib mengambil komisyen sebahagian daripada $ 1.2 bilion (£ 0.8bn) pembelian senjata. Organisasi berita di US telah melaporkan bahawa FBI sedang menyiasat penggubahan wang haram di 1MBD dan Juri Persekutuan AS sedang meneliti Najib.

 Bukan itu sahaja, Switzerland telah berkata bulan lalu bahawa ia telah meminta Malaysia secara rasmi bantuan untuk siasatannya ke atas kemungkinan pelanggaran undang-undang Swiss yang berkaitan dengan sogokan kepada pegawai asing, salah laku di Pejabat Awam, pengubahan wang haram dan solat urus dana Jenayah di negeri ini kepada. Di Singapura, pihak berkuasa telah merampas sebilangan besar akaun bank berhubung dengan 1MDB.- IBT.~ SUMBER

Kenapa PM Najib berulang alek ke Singapura mendadak ?

Posted: 10 Feb 2016 07:44 PM PST

  Apa pula halnya PM Najib membuat kunjungan berulang alek secara mendadak ke Singapura ? 


Tentulah ada sesuatu yang misteri kerana kunjungan tersebut bukan kunjungan rasmi - Tidak ada sambutan karpet merah; tapi mungkin muka Najib yang menjadi semakin merah!!

Pada 6 Feb 2016, dilaporkan bahawa PM Najib telah membuat penerbangan yang mendadak ke Singapura, tiba di Lapangan Terbang Changi pada petang Sabtu pada kira-kira 03:00 petang. 


Dilihat pada 6 Februari 2016
 Airbus 319, catatan log NR1 nampaknya telah mendarat dari suatu tempat di luar pantai timur Semenanjung, dari mana ia merentasi Batam dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Changi. 

Lawatan mendadak ini ketika keadaan kritikal di mana Singapura sedang menjalankan siasatan ke atas saga 1 MDB. 

 Adalah sesuatu yg berkemungkinan bahawa lawatan kilat yang mendadak ini berkaitan dengan perkara 1MDB. 

Rujukan 

Pendakwaan Gerald Fernandez & Fr Joachim Kang berjaya menunjukkan bahawa pendakwaan Singapura terhadap Yak Chee Yew dan kecurian 1MDB tidak boleh dipercayai.

 Kerajaan Singapura tidak lagi boleh berpura-pura bahawa Najib Razak bukan seorang suspek dalam jenayah: Singapura tidak boleh mengatakan ia tidak tahu ke mana US $ 530 milion pergi. ~ sumber 


Pada 8 Feb, dilaporkan, pesawat rasmi PM Najib, November Romeo 1 (NR1), meninggalkan Singapura awal pagi Isnin (waktu Malaysia) setelah mendarat di Changi, dan mungkin Batam, hanya di bawah 24 jam.

Pada Selasa Februari 9, 2016, NR 1 dilihat telah meninggalkan Kuala Lumpur pada kira-kira 01:00 pagi menuju arah selatan lagi. 

Penerbangan tersebut menunjukkan mungkin telah menuju Changi atau Batam.

Lawatan yang berulang dan sekerap ini secara tiba-tiba  dlm masa penyiasatan tahap kritikal sedang dijalankan Singapura ke atas 1 MDB saga. Kemungkinan besar bahawa perjalanan ini ada kaitan dengan perkara 1MDB ~ sumber

Tiada ulasan: