Rabu, 10 Februari 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kita bersimpati dengan apa yang menimpa DSAI : Betulkah apa yang TITM luahkan itu?

Posted: 10 Feb 2016 05:58 AM PST

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man tampil menjelaskan bahawa partinya tidak dijemput penganjur memyertai Himpunan 365 #BebasAnwar #BebasRakyat.

 "Saya ingin tegaskan PAS tidak pernah menerima sebarang surat jemputan sebagaimana di dakwa dan tiada sesiapa pun yang menghubungi saya atau pejabat Agong bagi memaklumkan program tersebut," katanya dalam satu kenyataan yang diterima FMT.

"PAS dukacita di atas tuduhan yang dibuat dan kita telah tegaskan PAS menentang sebarang bentuk kezaliman dan penyalahgunaan kuasa.

 "Kita bersimpati dengan apa yang menimpa DSAI dan ketidakhadiran bukan bermakna kita tidak bersimpati kepada beliau," tegas Tuan Ibrahim.

 Betulkah apa yang TITM luahkan itu? 

   Tapi wahai Tuan Ibrahim.....  Bukan malam tadi tu sahaja yang pemimpin tertinggi PAS tidak datang...

   Semua orang tahu.... Orang kampung pun tahu... Bahkan Satu Malaysia pun tahu .... Bahawa pemimpin tertinggi PAS tidak pernah turut hadir di mana-mana perbicaraan Anwar berlangsung!

    Bagaimana pula dengan dakwaan The Malaysian Insider yang melaporkan  :
  Jurucakap penganjur yang menggelar diri mereka "Pro98 Reformis Malaysia", Dr Badrulamin Bahron berkata PAS tidak mengendahkan jemputan dua bulan lalu untuk menyertai mesyuarat menganjurkan acara malam semalam itu.
 Jurucakap penganjur daripada kumpulan yang menggelar diri mereka "Pro98 Reformis Malaysia", Dr Badrulamin Bahron berkata, mereka terkilan kerana tiada pimpinan PAS hadir di acara malam semalam.
 Beliau, yang juga ahli PKR turut mendakwa PAS tidak mengendahkan jemputan mesyuarat penganjuran acara itu yang dihantar dua bulan lalu.
Senyumlah anakku....Kah! Kah! Kah!

Mat Sabu sindir mereka yang 'Bersuara jantan tapi betina'!

Posted: 10 Feb 2016 12:30 AM PST


 Beginilah gelagat seorang pejuang perkasa yang berhati singa menyindir mereka yang disifatkannya sebagai "Bersuara jantan tapi hati betina" ketika beliau mengakhiri ucapannya pada program 365 hari Anwar dipenjarakan. Mat Sabu dengan nada marah berkata:
 "Tanya diri kita, apakah kita pejuang atau hanya bermain slogan utk menyedapkan hati saudara kita yang dipenjara sana! Chis! Mari kita lawan! ! 
 Habis sahaja dia ucapkan kata-kata tersebut, Mat Sabu terus melemparkan microfon yg dipegangnya dan terus berlalu!

 Satu sindiran yg tajam kpd mereka yg mengaku sebagai pejuang tapi tidak bersungguh-sungguh merealisasikan perjuangan tersebut, sekadar temberang sahaja! 

 Siapakah yang dia sindir itu? Hingga begitu sekali meluap berangnya. Adakah dia marah kepada Azmin yang tidak hadir malam tadi kerana pergi umrah? 

 Atau adakah dia marahkan Umno kerana memenjarakan Anwar? Tentu kita semua tertanya-tanya.

 Walau bagaimana pun, kemungkinan besar Mohd Sabu marahkan parti lamanya .... yang mengaku sebagai pejuang keadilan tetapi tidak pernah mahu bersama membela orang yang kena zalim seperti Anwar.

  Anwar adalah mangsa kezaliman rejim Umno, tetapi pejuang yang kononnya mahu lawan Umno itu tidak pernah bersama untuk menentang kezaliman tersebut.  Bertambah peliknya, mereka ini terlalu sangat bencikan Anwar melebihi tahap Umno membenci Anwar!

  Malah mereka bertindak lebih jahat dari Umno dengan melabel mereka yang bersimpati dan bersama-sama berjuang melawan Umno, sebagai 'Anwarinas'!

  Pemimpin tertinggi PAS tidak pernah memberi sokongan kepada Anwar, samada sepanjang masa Anwar menghadapi perbicaraan apatah lagi ketika Anwar dipenjarakan.

Seorang kawan di wassap mencoret seperti berikut :
Malam tadi ketika prog 365hari Anwar dipenjara, seorang kwn bertanya, tak nampak pun pemimpin Pas ya mlm ni?...
Jawapanku: haa mlm ni pun pemimpin Umno/bn takda jugak, samala dgn pemimpin Pas tu... Usah risau, AMANAH kan adaaaa...  

Negara tergadai angkara badut, pelawak dan orang gila

Posted: 09 Feb 2016 08:00 PM PST

 Oleh : Arfa Yunus and Aedi Asri 
GOMBAK: Malaysia tidak lagi dihormati masyarakat antarabangsa angkara penempatan "badut, pelawak dan orang gila" mengisi pentadbiran negara, kata penganalisis politik, Dr Maszlee Malik.

 Mempertikaikan kewajaran melantik ahli-ahli politik yang meragukan itu, Dr Maszlee berkata keberadaan mereka menjadikan suasana politik negara ini tidak matang, sehingga menjadi "bahan ketawa di peringkat antarabangsa".

 "Tak perlu nak kata TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik) akan menggadaikan negara, atau masyarakat Cina ingin menjual negara.

 "Keadaan politik negara sekarang yang menggadaikan negara, dan ini terjadi apabila anda meletakkan badut, pelawak dan orang gila dalam pentadbiran negara dan politik," katanya dalam sesi temubual bersama FMT. 

 Felo Kanan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) itu berkata ramai ahli politik diangkat ke jawatan strategik negara melalui percaturan politik, maka rakyat dibebani pemimpin tanpa hikmah untuk menjana idea politik yang bernas.

 "Kekontangan politik idea punca orang seperti Tajuddin Abdul Rahman, Ahmad Maslan dan Ismail Sabri menjadi menteri.

 "Malah pembaca berita New Zealand ketawa ketika membaca berita tentang (bekas Pembantu Staf Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand) Rizalman Ismail. Bagaimana dia boleh jadi diplomat? Inilah masalah kita, semuanya lantikan politik," katanya lagi.

 Untuk mengubah keadaan, beliau berkata pendekatan yang drastik perlu diambil dengan "menebang pokok yang sudah rosak".

 "Pokok yang sudah rosak akarnya perlu ditebang dan digantikan dengan yang baru. "Memang pokok yang baru akan rosak juga, tetapi ia akan mengambil waktu. Dan kita sudah ada pengalaman untuk berhadapan dengannya apabila ia berlaku," katanya lagi. ~ sumber

Amanah ganti PAS bukan ditolak PKR, DAP –

Posted: 09 Feb 2016 04:30 PM PST

Oleh Muammar Qaddafi 
 
Baca laporannya di sini
Kenyataan pesuruhjaya PAS Selangor yang mendakwa Parti Amanah Negara (Amanah) berhasrat bertanding di semua kerusi PAS kerana ditolak PKR dan DAP adalah tidak tepat sebaliknya pesuruhjaya PAS Selangor itu perlu jelas, kewujudan Amanah bukanlah untuk mengambil alih tempat PKR mahupun DAP sebaliknya menggantikan PAS dalam Pakatan 2.0, iaitu Pakatan Harapan.

 Di pihak Amanah Selangor mereka juga menjelaskan walaupun keputusan awal ini dibuat namun keputusan akhir akan diputuskan selepas berbincang sesama parti komponen Pakatan Harapan, menurut saya mungkin ia berkaitan kenyataan DAP tidak lama dulu yang turut menyatakan hasrat mereka bertanding di beberapa kerusi PAS di Selangor.

 Walaupun masih wujud istilah "kerusi PAS" pada hari ini, menurut saya ia sudah tidak releven lagi, istilah "kerusi PAS", "kerusi DAP", dan "kerusi PKR" hanya layak digunakan dalam suatu kerjasama politik dan dalam konteks parti pembangkang adalah Pakatan Harapan, maka apabila PAS sudah bersendirian sekarang maka tidak wujud lagi istilah kerusi PAS apabila Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, dan berita baik buat PAS, mereka boleh bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen di Malaysia.

 Amanah sejak awal penubuhannya adalah dilihat cuba untuk menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan, usaha ke arah penubuhan Amanah juga dilihat selepas PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP yang sekali gus menghancurkan Pakatan Rakyat.

 Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal menyaksikan pertembungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, iaitu 2 gabungan parti sebelah kerajaan hari ini dan parti pembangkang yang bersetuju untuk bekerjasama menentang Barisan Nasional dalam 1 pakatan. 

 PAS pula sedang dilihat cuba mendekati badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik kecil yang mendakwa diri sebagai kuasa ke-3 dalam politik Malaysia sekali gus bakal meletakkan PAS setaraf mereka (kuasa ke-3) dalam arena politik negara.

 Persoalannya, secara realiti adakah "kuasa ke-3" mendapat sambutan dalam konteks pemikiran politik rakyat Malaysia yang lebih cenderung kepada dwi parti iaitu "kerajaan" dan "pembangkang" sahaja.

 Tindakan Amanah yang mengumumkan hasrat mereka bertanding di semua kerusi yang pernah ditandingi PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu di Selangor adalah tepat untuk membangkitkan semangat bekerja ahli partinya, kenyataan ini sekali gus menamatkan tanda tanya ahlinya sama ada Amanah sudah bersedia untuk terus bekerja ke arah memenangi pilihan raya atau masih menunggu reaksi balas PAS untuk berbincang soal pembahagian kerusi bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru. 

 Kini petugas Amanah Selangor boleh bersedia dan lebih berfokus dalam usaha membawa Amanah menyumbang lebih kerusi kepada Pakatan Harapan pada PRU14. –  Februari, 2016. ~ sumber

Tiada ulasan: