Isnin, 1 Februari 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Fitnah Dato Husam bersekedudukan ?

Posted: 01 Feb 2016 06:20 AM PST

 Seorang ahli pis seumur hidup, di kenali dengan nama Zack di percayai staf TNB, telah mempersenda Dato Husam dgn mereka cerita bersekedudukan dgn isteri kpd ketua Amanah Taiping Encik Mohd Saad. 

 Zack yang dipercayai dari Bukit Katil Melaka, melalui grup wasapp 'Debat Pas vs PAN, malam Isnin lalu telah menulis :
Mohd saad.... Semalam aku singgah di taiping.... aku bmlm dihotel yg ada klas jg lah... alu nmpk husam bawa bini kau dlm bilik....aku dgr suara dlm bilik itu...faham2lah kan...Rupanya man kau jual bini ke???
Printscreen wasapp berkenaan
 Memandangkan fitnah tersebut begitu serius dan biadap, melibatkan seorang personaliti yang ada kedudukan iaitu Dato Husam Musa, satu report polis telah dibuat pagi tadi di balai polis Taiping oleh Mohd Saad.

  Macamana seorang penyokong parti yang mengaku memperjuangkan Islam boleh buat kelaku yang begitu mengaibkan.

  Sanggup menuduh Dato Husam bawa bini orang masuk bilik hotel "...faham-fahamlah kan..." yang cuba menggambarkan telah berlaku sesuatu adegan XXX !!

Kemudian dia menghina Mohd Saad dengan menuduhnya menjual bini kepada Husam! Jijik betul kelaku manusia walauta Zack ini! 

Menurut Mohd Saad, beliau telah menghubungi Dato Husam dan berbincang mengenai tindakan yang akan diambil bagi menangani fitnah yang keterlaluan ini. 

Difahamkan, tindakan mahkamah akan menyusul dalam jangka masa yang terdekat.

Hj Hadi : Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan

Posted: 01 Feb 2016 03:14 AM PST



  Jika orang lain yang kata, bahawa Hudud tidak boleh dilaksanakan di negara kita ini kerana pra-syarat perlu dilaksanakan terlebih dahulu, walauta lebai Pas akan tuduh orang itu sengaja mencari alasan untuk tidak mahu melaksanakan hukum Allah.

 Macam-macmlah tuduhan bahawa yang demikian itu menentang hukum Allah! Menentang hukum Allah maknanya tidak beriman! Maknanya korang kafir!!  Korang akan masuk neraka bila mati nanti tau tak??

   "Kita pejuang Islam, tetap mahukan hudud dilaksanakan; sanggup mengorbankan darah sekalipun demi perjuangkan Islam!" Demikian angkuhnya walauta mendabik dada.

Tapi bukankah Hj Hadi juga pernah berkata benda yang sama sebagaimana yang Hj Mohd Sabu , Dr Mohd Asri Zainal dan Lim Kit Siang (sekadar menyatakan nama) katakan bahawa : 

 "Kita dahulukan yang mana dahulu.Dahulukan masalah atasi kemiskinan. Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan. Hukum mencuri tak boleh dijatuh kalau gaji minima tidak dilaksanakan." 

 Mengulas kenyataan bahawa hudud tidak difikirkan perlu diutamakan, Hj Hadi menjelaskan : 

 "Syarat dia mesti , nak jatuh hukum mencuri contohnya, mesti gaji minima kena ada. Kalau dia mencuri kerana tak cukup gaji, tak boleh laksanakan ! Tak cukup syarat laksanakan hukum ini! Itu kena faham. Masalah pengangguran diselesaikan, baru dilaksanakan. Itu dia! Ya!" Klik vdo di sini

   Tidak mungkin Hj Hadi nak bawa walauta semua masuk neraka dengan berkata demikian. Jangan semudah itu nak jatuhkan hukum kepada orang lain semata-mata tidak bersama parti kamu. 

Akibat kegagalan penguatkuasaan undang-undang dan kewangan negara yang tidak telus ....

Posted: 31 Jan 2016 10:00 PM PST

Pada 18 Ogos 2015 lalu, bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, ditemani oleh seorang peguam Matthias Chang telah menyerahkan segala bahan bukti dan kronologi kes skandal 1MDB kepada Peguam Negara Switzerland yang beribu pejabat di Bern. 

 Mereka mahu pihak penguatkuasa undang-undang dan 'Swiss Financial Regulator Finma' membuat siasatan secara komprehensif terhadap semua salahlaku penyelewengan kes skandal 1MDB yang membabitkan Swiss bank serta beberapa bank antarabangsa.

 Tindakan tersebut diambil kerana mereka kecewa dengan pihak penguatkuasaan undang-undang dan kewangan di negara sendiri yang nampak secara ketara tidak menyiasat kes ini secara professional dan telus.

 Mungkin atas tindakan tersebut, Pejabat Peguam Negara Switzerland telah membuka kertas siasatan berhubung 1MDB di Switzerland .

 Ekoran itu, Peguam Negara Switzerland Michael Laubner telah meminta kerjasama Malaysia dalam siasatan berhubung tuduhan rasuah membabitkan pegawai asing, salah laku di pejabat awam, pengubahan wang haram dan salah urus jenayah membabitkan 1MDB. 'Penyelewengan' yang disyaki itu dilaporkan bernilai kira-kira AS$4 bilion (RM16.6 bilion).

 Peguam Negara Malaysia terpaksalah akur dan menyatakannya persetujuannya untuk memberikan kerjasama. Dia nak kata apa lagi? Tentulah dia akan kata Najib tak bersalah!

  Dengan orang Malaysia bolehlah Apandi Ali kelentong apa saja... tapi ini bukan orang sembarangan. Tentu kawan dia tu akan tanya dan nak tahu bukan perkara yang sembarangan....

 Maka secara sini Khairudin nasihatkan Apandi Ali supaya jangan takut untuk memberikan kerjasama penuh kepada rakan sejawatnya dari Switzerland dalam siasatan dana 1MDB!

  Yang hairannya, orang yang tahu malu kerana mengaku telah berjumpa penderma RM2.6 juta yang sudah mati itu pula yang berasa cuak dan risau....

 "Dengan membuat kenyataan terbuka begitu pada hemat saya ia tidak baik kerana bukan sahaja akan menyebabkan kerenggangan hubungan antara dua negara tetapi juga menyebabkan bias (memihak) dalam laporan media," katanya di sini

Tiba-tiba Abu Kassim berubah : Dakwaan Bahri adalah benar ?

Posted: 31 Jan 2016 05:42 PM PST

Bahri Mohamad Zin (kiri) and Rohaizad Yaakob (kanan)
Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Rohaizad Yaakob berasa jengkel bila kandungan memo yang katanya bertujuan hanya untuk edaran dalaman kakitangan SPRM itu terbocor kepada umum.

 Apalah pentingnya sangat atau kerahsiaan tentang isi 'memo' tersebut hingga beliau merasa musykil mengenai integriti orang yang membocorkannya. 

Memo tersebut hanya kenyataan umum Abu Kassim yang menyatakan sanggup letak jawatan kerana tidak akan mengambil tindakan keatas orang bawahnya. Tidak ada apa yang peliknya dengan kenyataan tersebut bukan? 

Tetapi bila kenyataan itu dikaitkan dengan kenyataa Abu Kassim sebelum ini, maka barulah kita akan nampak kepelikannya!Bahawa Abu Kassim sebenarnya takut dengan ancaman atau ugutan Pengarah Operasi Khas, Bahri Mohamad Zin.
Baca beritanya di sini
Sebelum ini, Abu Kassim dilaporkan mahu mengambil tindakan disiplin terhadap Bahri Mohamad Zin, atas sebab pelanggaran etika dan protokol.

  Lalu Bahri telah mengancam untuk mendedahkan Abu Kassim dan pegawai-pegawai lain di SPRM yang beliau dakwa sebagai perbuatan rasuah dan salah laku. 

Bahri memberi amaran, jika mereka mengambil tindakan terhadapnya maka semua orang akan ke penjara.

Di antara senarai jenayah tersebut, menurut Bahri, adalah pembunuhan Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed. Bahri mendakwa bahawa bukan sahaja mereka dibunuh tetapi juga terdapat satu cover-up yang mencapai 'echelons' tertinggi SPRM. 

Tiba-tiba Abu Kassim berubah. Beliau berikrar bahawa beliau lebih rela meletakkan jawatan daripada mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawainya yang hanya menjalankan kewajipan mereka di bawah undang-undang.(sumber)

Ini bermakana beliau tidak jadi nak ambil tindakan disiplin terhadap Bahri Mohamad Zin sebagaimana kenyataannya yang sebelumnya  di sini

Ini bermakna dakwaan Bahri adalah benar. Bahawa semua pegawai dalam SPRM mengambil rasuah ?

Dan adakah ini juga bermakna bahawa Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed telah dibunuh dan ada pegawai tertinggi SPRM menutupnya sepertimana didakwa oleh Bahri?

Kita tidak dapat mengetahui kebenaran ini semua sebab Datuk Bahari kita tidak akan buat bising lagi kerana Abu Kassim tak jadi nak buat apa-apa terhadapnya.

Adun Umno dan Polis Lenggong Ugut dan Nafikan Hak Orang Asli

Posted: 31 Jan 2016 04:02 PM PST

IPOH 1 FEB: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kenering, Datuk Mohd Tarmizi Idris yang dikatakan melepaskan tembakan di Kampung Sungai Papan dekat sini, patut diheret kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

 Adun Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How berkata ia berikutan perbuatan itu dilakukannya atas kapasti seorang wakil rakyat sekaligus mencemar kemuliaan DUN berkenaan, lebih-lebih lagi kes itu mungkin dikategori sebagai kes jenayah.

 "Ketua Siasatan Jenayah Perak, Goh Kong Liang menyatakan Adun itu disiasat mengikut Seksyen 39 Senjata Api 1960," kata Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) itu pada kenyataan media, semalam. 

Balai Polis Grik enggan menerima laporan, mereka ke Balai Polis Lenggong 
dan di balai polis itulah seorang Orang Asli dikenali sebagai Anjang diugut 
dan dilemparkan kata kesat
Sebelum ini, beberapa penduduk kampung membuat laporan di Bahagian Tatatertib di Bukit Aman dibantu Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (JOAS) dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) selepas dinafi hak membuat laporan di Gerik dan Lenggong

 Ia berikutan Adun dari UMNO BN itu dikatakan melepaskan tembakan ke udara di Kampung Sungai Papan ketika meninjau projek tangki yang dibina orang Asli dengan sokongan DAP menerusi Projek Impian Malaysia.

 Dalam membela nasib orang Asli itu, Howard dan Adun Pantai Remis, Wong May Ing turut dipanggil polis bagi memberi keterangan berhubung kejadian berkenaan.

 Howard berkata, perbuatan itu menimbulkan pelbagai persoalan termasuk pengakuan penduduk sama ada Tarmizi melepaskan sedas tembakan yang menakut-nakutkan penduduk tanpa sebab munasabah.

 "Apakah sebabnya Tarmizi melepaskan tembakan dan adakah pemilikan senapang itu mematuhi lunas undang-undang serta sebahagian hak dan kebebasannya selaku Adun?" katanya.

 Tertanya-tanya sama ada Adun itu terlibat dalam menyekat penduduk dari membuat laporan polis di Gerik dan Lenggong, beliau turut mempersoal jika Tarmizi sanggup meminta maaf secara umum kepada mereka, jika dakwaan itu benar.

 "Semua persoalan itu wajib dijawab Tarmizi, bukan sahaja bagi membersihkan namanya tetapi juga demi mempertahankan maruah dan kemuliaan DUN Perak," katanya.  ~ sumber

Chua Boon Heng : Anggota polis di Lenggong yang membuat ugutan terhadap orang asli Anjang perlu di kenakan tindakan Displin seketat-ketatnya, sebagai CONTOH kepada anggota yang lain. Anggota di Balai polis Grik hendaklah dihantar balik ke Pusat Latihan Polis untuk menjalani kursus semula!!!

Tiada ulasan: