Jumaat, 22 Januari 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Guan Eng: Pulau Pinang tidak akan potong biasiswa pendidikan

Posted: 22 Jan 2016 05:23 PM PST


Lim-Guan-Eng

KUALA LUMPUR 23 JAN: Kerajaan Pulau Pinang tidak akan sesekali mengikuti jejak langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memotong biasiswa pendidikan kerana ia memusnahkan aspirasi dan masa depan anak muda.
Berbeza dengan kerajaan Persekutuan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata kerajaan negeri pimpinan DAP itu tidak akan memotong biasiswa sebalilknya meneruskannya demi membantu rakyat dan pelajar pintar.
"Baru tahun lepas, kerajaan Pulau Pinang memulakan program biasiswa Yayasan Masa Depan Pulau Pinang (PFF) bagi membantu masyarakat Pulau Pinang melanjutkan pelajaran di universiti tempatan.
"Pelajar tidak patut sama sekali menjadi mangsa krisis ekonomi akibat pengurusan bermasalah kerajaan kerana mereka merupakan benteng pertama menjamin masa depan negara," kata Setiausaha Agung DAP itu.
Beliau berkata demikian pada kenyataan media mengulas laporan cadangan kerajaan Persekutuan menggantung biasiswa Jabatan Perkhidmatan awam (JPA) untuk program ijazah pertama dan bursari Kementerian Pendidikan untuk program pra-universiti.
Sebaliknya, kata Guan Eng, Kerajaan UMNO BN perlu menghenti segala ketirisan termasuk urus tadbir lemah dan bukannya mengorbankan biasiswa JPA untuk mengatasi masalah kekurangan pendapatan negara.
"DAP terkejut apabila masa depan mahasiswa menjadi sasaran dalam pemotongan bajet, padahal masalah ketirisan seperti rasuah, pembaziran dan ketidakcekapan patut diutamakan.
"Langkah itu memberi kesan kepada hampir 700 penempatan pelajar setahun dan menjejaskan peluang mereka melanjutkan pelajaran, terutama yang dari keluarga miskin dan kurang bernasib baik," katanya.
Katanya, Kerajaan BN patut membaiki kualiti urus tadbir termasuk menghukum pemimpin dan pegawai rasuah, selain menghenti kehilangan peruntukan akibat kebocoran dan menunda projek mega yang hanya menguntungkan sesetengah pihak dan bukan rakyat.
"BN perlu membendung pembaziran dan perbelanjaan mencurigakan seperti ditekankan dalam Laporan Audit Negara setiap tahun termasuk perbelanjaan keterlaluan untuk jet peribadi dan tempahan hotel mahal di London serta menghenti rundingan berkos tinggi dengan konsultan asing," katanya.
Beliau turut menggesa kerajaan Persekutuan mengorbankan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang terpalit skandal RM42 bilion atau menggunakan wang derma RM2.6 bilion untuk menyelamatkan biasiswa JPA.

Fitnah Si Lebai malang; sudah tewas, menipu pula

Posted: 22 Jan 2016 05:15 PM PST

Fitnah Si Lebai malang; sudah tewas, menipu pula



Anak Mami di Perantauan
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang nampaknya tidak akan teragak-agak lagi untuk mengheret Ahli Parlimen PAS Temerloh Nasrudin Hasan Tantawi kembali ke mahkamah sekiranya Tantawi terus memutar belit kesudahan kes saman fitnah yang baru semalam selesai.
Kurang beberapa jam selepas penghakiman persetujuan direkodkan mahkamah, Tantawi mula membebel tentang bagaimana beliaulah hero perjuangan melawan kafir Cina DAP, yang tewas syahid setelah bersetuju dengan rundingan 'di luar mahkamah'.
Jenaka cerita Tantawi ini terlalu banyak lapis. Kalau persetujuan diputuskan di luar mahkamah, maka tidak perlulah beliau mendedahkan ada perbincangan di hadapan pesuruhjaya kehakiman di dalam kamar hakim.
Jenaka kedua muncul apabila Pegawai Khas Undang-undang Ketua Menteri muncul membantah dakwaan putar belit Tantawi dengan mendedahkan kenyataan verbatim MP Temerloh itu yang dibacakan di dalam mahkamah.
"Menghadiri perbicaraan hari ini dan setelah meneliti dokumen yang dikemukakan ke Mahkamah, saya kesal artikel saya mencetuskan salah faham terhadap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. Pihak pihak bersedia untuk tidak memanjangkan kes ini dengan menarik balik artikel saya yang bertarikh 6 Ogos 2014 yang lalu yang didapati tidak mempunyai asas ke atas Ketua Menteri."
Turut didedahkan bahawa penghakiman persetujuan turut merekodkan bahawa mahkamah memerintahkan Tantawi supaya membayar RM10,000 kepada Ketua Menteri sebagai kos tindakan undang-undang.
Tiga hal penting perlu difahami daripada kenyataan Tantawi itu: pertama, beliau kesal dengan tulisannya; kedua, tulisan tersebut diakui tidak berasas dan ditarik balik; dan ketiga, kos RM10 ribu dibayar kepada Ketua Menteri.
Mustahil Tantawi bersetuju menarik balik kenyataannya jika beliau percaya apa yang pernah didakwa mengenai amalan tender terbuka di Pulau Pinang itu benar belaka. Mustahil juga Tantawi mengaku kesal, sekiranya tulisan di Facebooknya itu diyakini benar.
Jika beliau benar-benar percaya dakwaannya benar, seharusnya Tantawi tidak bersetuju dengan penghakiman persetujuan dan mendesak supaya Lim Guan Eng meneruskan sahaja saman fitnah terhadapnya. Penat naik tangga mahkamah tinggi Pulau Pinang demi kebenaran, sekiranya kebenaran yang dipikul Tantawi itu tidak didedahkan.
Lebih menarik lagi jika kita membaca akhbar The Star semalam di muka surat 23 yang melaporkan bahawa terdapat cubaan aneh oleh Tantawi untuk menukar kenyataannya, sehingga ditegur oleh Yang Arif Chong Fong bahawa kenyataan Ketua Penerangan PAS itu berbeza dengan kenyataan yang dirakamkan kedua-dua pihak di kamarnya sebelum itu.
Lebih lucu lagi, kita turut diberitahu bahawa kenyataan pembelaan Nasrudin Tantawi yang berhujah bahawa kerajaan negeri adalah badan awam yang tidak boleh mengambil tindakan saman fitnah terhadapnya. Lah.. tempoh hari bukankah beliau yang beriya mencabar supaya Lim Guan Eng memfailkan saman terhadapnya?
Sesudah difailkan saman, dihujah pula tidak boleh saman, dan kemudian buat keputusan untuk tarik balik kenyataan, kesal dan setuju bayar kos tindakan undang-undang?
Eh lebai ni. Sudah lah kalah tersungkur, mahu cuba berbohong dengan kita pula? -Roketkini.com

Menteri JPM usah dolak dalik isu biasiswa JPA

Posted: 22 Jan 2016 05:12 PM PST



KUALA LUMPUR 22 JAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong perlu berhenti berdolak-dalih berkenaan isu penggantungan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebaliknya membantu nasib pelajar yang kian tidak menentu.
Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata Ka Siong  sepatutnya fokus kepada menyelesaikan isu itu, bukannya memutar belit kenyataannya kerana ia membabitkan masa depan rakyat terutama anak muda.
"Sebelum ini,  kenyataannya begitu jelas mengesahkan penggantungan biasiswa itu. Jika tidak, mana mungkin media berani melapor isu berkenaan.
"Mungkin Ka Siong berada dalam tekanan kerana terlepas kata mengenai perkara itu kepada media tetapi dia tidak harus panik dan mula berdolak-dalih," katanya pada kenyataan media, hari ini.
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan laporan sebuah portal berhubung kenyataan Ka Siong tentang beliau membangkitkan isu penggantungan biasiswa JPA untuk kursus ijazah pertama di Kabinet berikutan aduan beberapa pelajar cemerlang.
Namun, selepas menerima banyak kritikan, beliau kemudian menafi membuat kenyataan itu dan mendakwa laporan yang dimuat naik itu tidak tepat.
Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh, berkata pelajar dan ibu bapa yang terkesan dengan kenyataan Ka Siong itu tidak peduli sama ada pengumuman itu rasmi atau sebaliknya tetapi bimbang soal bantuan biasiswa.
"Beratus-ratus pelajar menghadapi kesulitan jika penggantungan itu berlaku kerana ia melibatkan masa depan mereka.
"Memandangkan Ka Siong membawa isu itu ke kabinet, beliau harus memberi jawapan kepada dua persoalan timbul, pertama, mengapa keputusan penting sebegitu ditentukan oleh JPA dan bukannya Kabinet memandangkan beliau hanya mengetahui perkara itu setelah dilapor media?
"Kedua, terdapat dakwaan mengatakan biasiswa Mara tidak akan terjejas. Benarkah dakwaan itu? Adakah beliau akan membangkitkan isu itu di mesyuarat Kabinet?" katanya.

AMANAH DAPAT SAMBUTAN DI PERAK, YAKIN MENANG KERUSI DUN – NIZAR

Posted: 22 Jan 2016 01:46 AM PST

‘DIAMBANG PENYINGKIRAN MUKHRIZ, SUASANA SEPERTI REFORMASI 1998’

Posted: 22 Jan 2016 01:44 AM PST

Tiada ulasan: