Khamis, 21 Januari 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


GAMBAR-GAMBAR DSAI SEMALAM DI HKL

Posted: 21 Jan 2016 03:21 AM PST

Mengiringi DSAI ke Pusat Rawatan Harian Hospital Kuala Lumpur petang tadi, alhamdulillah..mohon rakan-rakan doa untuk kesihatan beliau..

KEMBALIKAN PERUNTUKAN BIASISWA JPA, MARA DAN LAIN-LAIN: KUTIP KEMBALI GERAN RM1.1 BILION DARI 1MDB

Posted: 21 Jan 2016 03:17 AM PST




Rakyat Malaysia hanya mendapat tahu mengenai pemberhentian biasiswa pendidikan JPA bagi 700 orang pelajar untuk ijazah pertama dari petikan berita yang hanya disiarkan oleh akhbar berbahasa Cina. Maknanya, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak berani berdepan dengan rakyat untuk menerangkan sendiri keputusan-keputusan beliau yang menekan rakyat seperti ini.

Masalah kerajaan memotong peruntukan biasiswa dan peruntukan pendidikan ini bukan perkara baru. Saya telah mengemukakan soalan-soalan mengenai jumlah biasiswa dan peruntukan pendidikan yang disediakan oleh MARA sejak Jun 2015 lalu tetapi tidak pernah dijawab.

Hakikatnya, sebelum pun isu pemotongan biasiswa JPA ini timbul, beribu-ribu pelajar yang cuba mendapatkan biasiswa atau pinjaman dari MARA telah ditolak. Sehingga kini, saya difahamkan MARA masih belum membuka sistem permohonan penajaan pendidikannya. Saya juga dimaklumkan kini MARA terpaksa menjadi orang tengah kepada bank-bank yang menawarkan pinjaman kepada pelajar pada kadar komersil.

Dalam Bajet 2016, Dato' Seri Najib Tun Razak juga telah memotong peruntukan biasiswa dan dermasiswa sebanyak sekitar RM800 juta, sementara peruntukan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dipotong dari RM200 juta menjadi RM10 juta sahaja.

Kegilaan itu kini diteruskan dengan pemberhentian penajaan pelajar-pelajar JPA seramai 700 yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama.

Pendekatan yang diambil oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dalam semakan Bajet 2016 ini adalah jelas: beliau memotong perbelanjaan rakyat terlebih dahulu sebelum perbelanjaan atau projek-projek yang melibatkan kepentingan kroni. Contohnya, saya berminat untuk mengetahui sama ada kerajaan akan meneruskan pemberian pinjaman mudah ("soft loan") kepada syarikat-syarikat yang telah dianugerahkan konsesi pembinaan lebuhraya-lebuhraya. Saya pernah dimaklumkan bahawa pinjaman mudah ("soft loan") kepada Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) untuk membina Lebuhraya EKVE adalah bernilai RM900 juta. Kita tidak tahu berapa banyak lagi projek-projek yang kononnya diswastakan tetapi dibiayai oleh pinjaman mudah ("soft loan") yang ditanggung oleh kerajaan seperti ini.
Oleh itu, saya ingin menasihati Dato' Seri Najib Tun Razak kaedah terbaik mengembalikan pembiayaan biasiswa dan dermasiswa seperti ini.

Saya gesa Dato' Seri Najib Tun Razak mengarahkan 1MDB membayar kembali geran Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM1.1 bilion yang telah diambil oleh 1MDB bagi kerja pemindahan dan naiktaraf pengkalan tentera bersabit Bandar Malaysia. Projek tersebut adalah tanggungjawab 1MDB dan tidak sewajarnya melibatkan dana rakyat.
Jumlah RM1.1 bilion ini lebih dari cukup untuk membiayai biasiswa-biasiswa yang saya sebut di atas.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
21 Januari 2016

NAJIB TIDAK PATUT...

Posted: 21 Jan 2016 03:15 AM PST

Parti KEADILAN dikejutkan dengan berita bahawa 700 pemegang biasiswa JPA telah dibekukan pada tahun 2016 akibat kegawatan ekonomi dan penurunan pendapatan kerajaan. KEADILAN membantah keputusan kerajaan tersebut. KEADILAN berpendapat bahawa pendidikan anak muda tidak boleh dimangsakan. Sebenarnya ada banyak tempat lagi yang boleh dipotong umpamanya Jemaah Menteri XXL Malaysia dan peruntukan raksasa Jabatan Perdana Menteri setinggi RM20.3 bilion. KEADILAN menuntut Perdana Menteri menunjukkan kepimpinan yang baik dengan mengurangkan menteri kabinet XXL dan peruntukan bajet JPM sebelum memangsakan pelajar-pelajar cemerlang kita.

Mengikut jawapan parlimen yang diterima oleh saya (rujuk attachment), kos penajaan seorang pelajar dalam negeri adalah di antara RM10,350 hingga RM12,690. Manakala anggaran kos penajaan bagi seorang pelajar tajaan luar negara adalah antara RM38,115 hingga RM363,844 setahun.

Kalau diambil purata yang lebih tinggi, purata kos penajaan seorang pelajar adalah RM200,975.50 (dengan mengambil kira kos tajaan luar negara sahaja). Jika dikalikan dengan 700 pelajar, maka ia memakan belanja RM140,685,650 sahaja. Jadi perbelanjaan untuk tajaan 700 pelajar baru untuk tahun 2016 adalah hanya RM141 juta.

Memandangkan pelajar-pelajar yang layak mendapat biasiswa ini adalah pelajar yang mendapat keputusan 9A+ dalam SPM, boleh dikatakan mereka adalah crème de la crème dalam negara kita. Maka melaburkan RM141 juta ke atas pelajar-pelajar ini adalah berbaloi kerana negara memerlukan bakat-bakat mereka untuk melonjakkan negara ke negara maju.

Sebenarnya, ada banyak lagi tempat-tempat yang boleh dipotong dalam bajet 2016. Jemaah Menteri Kabinet raksasa XXL Perdana Menteri Najib boleh dikurangkan lagi. Buat masa sekarang ada seramai 36 Menteri penuh, 33 Timbalan Menteri, 4 Penasihat Khas dan 4 Duta Khas yang mempunyai status menteri. Maka jumlah anggota-anggota ini telah mencecah 77 orang. Perbelanjaan mereka bukan murah dengan gaji, elaun, pejabat mereka, dengan setiausaha dan pegawai khas dan segala lawatan ke dalam dan merata dunia. Padahal Presiden Amerika Syarikat hanya melantik 15 orang menteri kabinet. Kabinet Malaysia ini adalah terlalu besar untuk sebuah negara kecil seperti Malaysia.

Jabatan Perdana Menteri juga terlalu raksasa. Pada masa sekarang, Jabatan Perdana Menteri (JPM) juga mempunyai 92 jabatan atau agensi, 57 jabatan, 10 Badan Berkanun Persekutuan, 13 Syarikat, lima Agensi Pembangunan Koridor, lima Yayasan dan dua Pertubuhan Antarabangsa. Ini terlalu besar dan membazirkan.

Dalam bajet 2016, JPM mendapat perolehan bajet sebanyak RM20,309,880,400. Apabila semua peruntukan kementerian lain dipotong, ia melonjak kira-kira RM1 bilion berbanding bajet 2015. Banyak agensi di bawah JPM adalah bertindih dengan kementerian yang lain. Jika JPM dikonsolidasikan dengan Kementerian yang lain, banyak perbelanjaan boleh dijimatkan lagi.

Pebelanjaan ke atas pendidikan akan memulangkan manfaat yang besar kepada negara. Mengikut laporan OECD, pelaburan RM1 ke dalam pendidikan tinggi akan memulangkan RM6 dalam bentuk cukai. Dari segi sosial pula, ia memastikan negara maju dengan rakyat yang berpendidikan tinggi terutamanya pelajar lulusan universiti luar negara. RM141 juta untuk pelajar JPA adalah hanyalah 0.7% daripada jumlah keseluruhan RM20.3 bilion bajet JPM, tetapi ia mempunyai makna yang besar.

Sim Tze Tzin
Pengarah Strategi Parti KEADILAN
Ahli Parlimen Bayan Baru
21 Januari 2016

‘TANGGUH DULU BAYAR SAMAN AES, TIADA DALAM AKTA’

Posted: 20 Jan 2016 03:10 AM PST

SEMAKAN BAJET 2016: KEUTAMAAN KURANGKAN ANGGOTA KABINET NAJIB – MAHFUZ

Posted: 20 Jan 2016 03:08 AM PST

KU NAN SEBAR KHABAR ANGIN, SILA AMBIL TINDAKAN’ – AMK

Posted: 20 Jan 2016 03:06 AM PST

PERKAHWINAN KEDUA DATO VIDA....2014

Posted: 19 Jan 2016 10:03 PM PST

Tiada ulasan: