Khamis, 21 Januari 2016

Komentar Kini

Komentar Kini


Kerajaan yang memerintah tak ada kuasa

Posted: 21 Jan 2016 05:47 PM PST



Bercakap pasal tokoh wartawan Negara Datuk Kadir Jasin mengesa Raja Melayu, ahli politik segera selamatkan Negara teringat saya kata kata seorang JKKK Kampung menteri besar Terengganu yang berbunyi: " kerajaan tak ada kuasa.
Tidak salah  gesaan tokoh wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin, akan tetapi ianya sangat tidak masuk akal.
Mengapa tidak? Kerana raja raja Melayu lagi tak ada kuasa berbanding kuasa gaib yang telah membuat Negara Malaysia yang seolah olah sudah berada ditangan orang lain dek karenah perdana menteri, timbalan menteri dan menteri menteri kabinet melayu yang diberi amanah memerintah negara.
Apatah berharap dengan ahli-ahli politik Umno seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak ada apa apa jawatan dalam kabinet yang di terajui Datuk Seri Mohd Najib Razak .
Yang ada jawatan dalam kebinet pun kebanyakan jadi yes men belaka miskipun status qua Negara jadi tak keruan dek dipengaruhi kuasa gaib yang telah sedia maklum dikenalpasti paling berkuasa oleh perdana menteri dan jemaah menteri.
Mengharapkan raja-raja Melayu bertindak segera untuk memastikan negara dan ekonominya tidak merosot suatu yang omong omong kosong sahaja.
Mengapa, kerana Bab 2, perlembagaan Negara fasal majlis raja raja(2) majlis raja raja hendak menjalankan tugas tugasnya bagi- (b) mempersetujui atau tidak mempersetujui apa apa perbuatan , amalan atau upacara agama meliputi seluruh persekutuan
(c) mempersetujui atau tidak mempersetujui apa apa undang undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa apa pelantikan yang, menurut perlembagaan ini, memerlukan persetujuan majlis raja raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan majlis raja raja.
(d) melantik anggota anggota mahkamah khas dibawah fasal (12) perkara 42. Dan boleh menimbangkan soal soal mengenai dasar Negara(misalnya perubahan perubahan tentang dasar imigesen) dan apa apa jua perkara lain yang difikirkan patut.
(3) Apabila majlis raja raja menimbangkan perkara perkara mengenai dasar Negara Yang Di Pertuan Agung hendaklah disertai oleh perdana menteri dan raja raja yang lain dan gabenor gabenor di sertai oleh menteri menteri besar atau ketua ketua menteri mereka . dan pertimbangan pertimbangan itu adalah antara tugas tugas yang dijalankan oleh Yang Di Pertuan Agung mengikut nasihat jemaah menteri dan oleh raja raja yang lain dan gabenor gabenor mengikut nasihat majlis mesyuarat kerajaan mereka.
Bermakna raja raja melayu memang tidak ada kuasa dan tindakan raja raja melayu kena mengikut nasihat jemaah menteri diperingkat persekutuan dan mengikut nasihat masjlis mesyuarat kerajaan masing masing negeri.
Lihat bab 3, perlembagaan persekutuan fasal 39, kuasa pemerintahan persekutuan yang mana kuasa pemerintahan bagi persekutuan adalah terletak pada Yang Di Pertuan Agung, dan tertaktuk kepada peruntukan mana mana undang undang persekutuan dan peruntukan jadual kedua, kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau oleh jemaah menteri atau oleh mana mana menteri yang diberikuasa oleh jemaah menteri, tetapi parlimen boleh dengan undang undang memberi tugas tugas memerintah kepada orang lain.
Mari kita lihat fasal 40, Yang Di Pertuan Agung hendaklah bertindak mengikut nasihat (1) pada menjalankan tugas tugasnya di bawah perlembagaan ini atau dibawah undang undang persekutuan, Yang di Pertuan Agung hendaklah bertindak mengikut nasihat jumaah menteri atau nasihat seseorang menteri yang bertindak dibawah kuasa Am jumaaah menteri, kecuali sebagaimana di peruntukan selainnya oleh perlembagaan ini: tetapi Yang Di Pertuan Agung adalah berhak atas permintaannya mendapat apa apa maklumat mengenai pemerintahan persekutuan yang boleh didapati oleh jumaah menteri.
Manakala(1A) pada menjalankan fungsi fungsinya dibawah perlembagaan atau undang undang persekutuan, jika yang dipertuan agung dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, yang dipertuan agung hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.
Kesimpulannya sah raja raja melayu dan gabenor gabenor tidak ada sebarang kuasa, kecuali mengikut nasihat menteri menteri besar dan ketua menteri negeri masing masing. Demikian juga yang di pertuan Agung yang mahu tidak kena dengar nasihat perdana menteri.
Macam mana kita boleh mengharapkan mereka menyelamatkan Negara ini sedangkan mereka  tidak ada kuasa dalam pemerintahan negeri dan Negara, kecuali atas nasihat yang diberikan oleh menteri menteri besar , ketua ketua menteri  menteri menteri kebinet dan perdana menteri sahaja.



Tiada ulasan: