Jumaat, 22 Januari 2016

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Tolak MB: Kumpulan anti-Mukhriz tutup mulut

Posted: 22 Jan 2016 03:44 AM PST

NIZAM ZAIN 22 Januari 2016

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim 'tutup mulut' dan enggan mengulas lanjut mengenai perjumpaan pemimpin Umno Kedah dengan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang meninggalkan Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini dalam keadaan tergesa-gesa kira-kira jam 6.40 petang tadi.

Bagaimanapun pergerakan Abdul Azeez dapat 'dihidu' petugas media ketika melalui pintu belakang PWTC yang menghubungkan Hotel Seri Pasific menuju ke kenderaan rasminya.


Biarpun beliau diasak beberapa kali oleh petugas media, namun beliau enggan memberi komen tentang perjumpaan itu.

"Tak ada komen, mesyuarat tadi Alhamdulillah," katanya kepada pemberita sebaik sahaja memasuki kenderaan rasminya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sik, Dr Mansor Abdul Rahman yang muncul di laluan sama selepas Abdul Azeez turut 'menutup mulut' dan terus meninggal petugas media.

"Saya tak boleh bagi komen," tegasnya

Terdahulu, 14 Ketua Umno Bahagian, Adun dan Ahli Parlimen Kedah mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung krisis Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, di PWTC, di sini, hari ini.

Ia susulan tindakan Umno Kedah diketuai Timbalan Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz dalam satu sidang media di Alor Setar, Kedah, pada Rabu lalu.

Sidang media itu mendesak Perdana Menteri melakukan perubahan pucuk pimpinan Kedah yang menurutnya dilihat gagal menggerakkan jentera Umno serta menjana ekonomi negeri

Malaysia, Brunei haram jual produk Qu Puteh

Posted: 22 Jan 2016 03:23 AM PST



Produk kesihatan dan kosmetik Qu Puteh diharamkan penjualannya di Brunei kerana dikatakan mempunyai bahan berbahaya kepada kesihatan.

Ia adalah antara tiga produk berkenaan diharamkan dijual di kedai dan peruncit dalam talian yang diumumkan Kementerian Kesihatan.

Kesemua produk berkenaan ialah kapsul Chantique Beauty Slimming Herbal, Qu Puteh Kosmetik Whitening Pro 9 cream dan Qu Puteh Kosmetik Whitening UV Block.

Tiada ulasan: