Kerabu Bersuara ® |
Isteri Tok Guru Ceritakan Kisah Selepas Kematian Tok Guru Nik Aziz Posted: 10 Jan 2016 06:59 AM PST Selepas Tok Guru meninggal, masa saya tidur, saya dengar macam ada orang kejut saya. Bunyi suara; "Hem...bangun." Saya terkejut. Saya lihat jam pukul 4 pagi. Malam yang seterusnya, (5 April) saya dengar orang ketuk pintu bilik saya. Saya sedar, tengok jam pukul 4 pagi. Esok pagi saya tanya anak menantu: "Farah...ada gerak cek (kejut mak) ke...". Farah kata tak ada. Saya berasa macam ada orang kejut setiap pukul 4 pagi. Masa Tok Guru ada, saya biasa bangun pukul 4 pagi. Tok Guru awal lagi bangun. Dulu masa Tok Guru jadi ahli parlimen, selalu tidak ada di rumah. Saya dengan anak-anak saja di rumah. Bila malam saya tidur, dengar ada orang ketuk pintu. Saya mengadu dengan Tok Guru, takut ada orang ketuk pintu. Tok Guru jawab: "Itu bukan orang...itu malaikat suruh bangun solat..." katanya memandang saya sambil tersenyum... -Tuan Sabariah Tuan Ishak Semoga Tuhan merahmatimu murabbi... |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan