Khamis, 7 Januari 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Bukan Kali Pertama PAS Terdesak!

Posted: 06 Jan 2016 11:45 PM PST

PAS Selangor dinasihati buang pemikiran ala-ISIS

Tuduhan Ketua Penerangan PAS Selangor yang menyifatkan Amanah sebagai "pengkhianat perjuangan Islam" dan "ejen DAP" adalah tuduhan liar, jahat, tidak berasas, dan sangat tidak sedondon dengan akhlak Islam, tegas Pengarah Komunikasi Amanah Selangor, Jamzuri Ardani.

Amanah Selangor, ujar beliau menolak fitnah itu sekeras-kerasnya dan menganggap tuduhan liar dan jahat yang sering dibuat terhadap Amanah oleh para pemimpin PAS menyerlahkan tahap pemikiran ala-ISIS yang sedang bersarang di dalam parti itu.


"PAS hanya boleh menjadi sebuah parti yang bermaruah dan bertanggungjawab sekiranya dia mahu berada dalam kerajaan negeri dan sedia bekerjasama dengan semua parti komponen Pakatan Harapan.

"Mana mungkin sebuah parti mahu berada dalam kerajaan Pakatan Harapan, tetapi pada masa yang sama enggan bekerjasama dengan parti-parti komponen dalam kerajaan.

"Malah, boleh pula sedondon bekerjasama dengan parti pembangkang dan dalam masa yang sama bersama dengan kerajaan yang mentadbir,"
jelas beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Jamzuri, sikap enggan bekerjasama dengan parti-parti komponen dalam kerajaan adalah tidak bermaruah dan tidak bertanggungjawab.

Sikap ini, katanya boleh menjejaskan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan Selangor dan seterusnya memberi kesan langsung kepada rakyat.

"Parti Amanah Selangor mempertegaskan sikap untuk terus mendokong dan membantu kerajaan Pakatan Harapan Selangor, sama ada diberi jawatan atau tidak.

"Kita percaya aktivis Amanah punya potensi dan keupayaan untuk menyumbang kepada pentadbiran kerajaan negeri dan sentiasa menawarkan khidmat kami.

"Tuduhan PAS Selangor yang menyebut kami hanya mahu jawatan sebenarnya berbalik ke atas parti itu semula," ujarnya. -MD


Gesa PAS Selangor tarik balik kenyataan berbau perkauman

Ahli Jawatankuasanya, Ustazah Mariam Abdul Rashid berkata, Prasad juga harus memohon maaf kepada Amanah atas tuduhan keterlaluan mendakwa parti itu sebagai pengkhianat kepada perjuangan Islam dan bertindak sebagai agen DAP untuk masyarakat Islam.

"Kenyataan pemimpin PAS semakin tidak konsisten antara satu sama lain. Mereka menolak DAP tetapi dalam Kerajaan Negeri (Selangor) sanggup kerjasama dan bersama dengan DAP.

"Menuduh Amanah sebagai agen DAP untuk merosakkan Islam adalah suatu tuduhan yang tidak berasas kepada Parti Amanah. Setakat ini tidak ada fakta dan bukti DAP itu anti Islam malah kerajaan negeri Pulau Pinang memberi peruntukan lebih kepada Jabatan Agama Islam," ujar Ustazah Mariam lagi ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Ekoran apa yang didakwanya sebagai "pengkhianat kepada perjuangan Islam," Prasad dalam kenyataannya hari ini turut menegaskan bahawa PAS Selangor tidak akan mengiktiraf atau berkerjasama dengan Amanah.

"PAS Selangor bukan sahaja akan mempertahankan semua kerusi lantikan PAS tetapi ingin menegaskan bahawa Pan (Amanah) tidak ada tempat di dalam kerajaan negeri Selangor.

"Kerajaan Negeri Selangor telah tertubuh dengan mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, DAP dan PKR," ujar Prasad lagi.

Isu kerjasama Umno-PAS yang terus hangat diperkatakan banyak pihak menyaksikan pertembungan tajam antara PAS dan Amanah.

Pada masa sama, tindakan PAS menolak Amanah kerana bersama-sama DAP dalam Pakatan Harapan dilihat bercanggah dengan penerimaan parti itu untuk bersama-sama DAP dalam kerajaan negeri Selangor.

Pada Julai tahun lalu, mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS menetapkan hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik parti itu dengan DAP terbatal apabila mendakwa DAP berterusan melakukan tindakan-tindakan provokasi selain campur tangan dalam soal akidah, dasar dan matlamat PAS
-MD


ULASAN GB

Izinkan kita pulangkan semula perkataan TITM yang menuduh "Bukan Kali Pertama AMANAH Terdesak dengan ungkapan ini: "Bukan Kali Pertama PAS Terdesak."!

PAS bukan saja dilihat oleh rakyat sebagai terdesak membuat tuduhan semborono kepada AMANAH, malah dilihat sudah hilang akal dan mereng apabila di Selangor mereka beriya-iya mempertahankan kedudukannya di dalam kerajaan negeri Selangor sedangkan Pakatan Rakyat sudah hancur berkecai akibat perbuatan mereka dan telah digantikan dengan Pakatan Harapan.

Di negeri-negeri tertentu seperti Pulau Pinang dan Perak, PAS hentam DAP hentam PKR. Tetapi di Selangor, PAS Selangor, sebab nak jaga kedudukan, mengambil pendirian yang berbeza dan berbaik-baik dengan PKR dan DAP demi untuk menjaga kedudukan dan pangkat!

Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata ahli exco PAS akan meneruskan tugas seperti biasa dalam pentadbiran Selangor bersama PKR dan DAP seperti yang diputuskan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sebelum ini.

"Ahli Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor tetap bersama Pakatan (Rakyat) dan tetap dalam kerajaan Selangor. MB Selangor juga sudah putuskan perkara ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. -Bernama (20-11-2015)

Memang PAS sudah mereng selepas ketiadaan golongan progresif di dalamnya.

Rakyat Selangor melihat gelagat PAS yang semakin hilang akal melalui tindakan-tindakan mereka yang melalut dan agresif ala ISIS. Dan insyaAllah PAS Selangor bakal kecundang di dalam PRU14 yang akan datang akibat dari perbuatan dan tindakan mereka sendiri.

Esok GB akan ulas mengenai sikap cemburu dan busuk hati PAS Selangor apabila PAS memperolehi 10 kerusi PBT di Selangor.

Tiada ulasan: