Rabu, 6 Januari 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Akhbar "Harapan Baru" BUKAN Akhbar Rasmi Amanah

Posted: 06 Jan 2016 12:25 AM PST

SUA: AMANAH tiada kaitan dengan akhbar 'Harapan Baru'

Parti Amanah Negara (AMANAH) menafikan sebarang kaitan dengan kewujudan sebuah akhbar dengan nama "Harapan Baru" yang sedang tersebar di laman sosial dan melalui aplikasi Whatsapp yang menggunakan logo parti.

"Ia bukan dikeluarkan oleh AMANAH dan kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan yang timbul dari penerbitan akhbar tersebut," kata setiausaha agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir.


Dalam satu kenyataan, beliau sebaliknya berkata, AMANAH sedang berusaha ke arah menerbitkan akhbarnya sendiri.

Menurutnya, ia kini di fasa akhir menyiapkan segala dokumen diperlukan untuk dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memohon permit penerbitan.

"Bagaimanapun AMANAH tetap menghargai sebarang usaha daripada ahli, penyokong atau mana-mana pihak yang bersemangat untuk mempromosikan parti yang baru berusia hampir lima bulan ini.

"Jika akhbar seperti yang gambarnya sedang tersebar itu benar-benar wujud, AMANAH mempelawa pihak terbabit untuk datang berbincang langkah-langkah yang boleh diambil ke arah mempromosikan AMANAH secara strategik dan mengikut saluran yang betul," tambahnya.

Beliau menegaskan bahawa penerbitan akhbar rasmi parti AMANAH akan dibuat mengikut prosedur dan proses undang-undang yang telah ditetapkan.

"Sehubungan itu, AMANAH menasihatkan semua pihak bersabar dan menunggu akhbar rasmi yang akan dikeluarkan dalam sedikit masa lagi selepas permit penerbitan diluluskan oleh KDN," tegasnya. -mk

ULASAN GB

Dalam keghairahan mendokong dan menyayangi parti AMANAH, ada pihak yang sampai dah terbitkan akhbar. Mungkin rasa tak sabar untuk mempromosikan AMANAH di kalangan orangramai atau untuk melaporkan keadaan sesama kepada semua ahli.

Ia juga satu "signal" jelas kepada pihak parti AMANAH supaya jangan terlalu lambat untuk mengeluarkan akhbar parti. Jika urusan permit jadi alasan, ia kenA diberitahu kepada ahli-ahli. Zaman "terhegeh-hegeh" buat keputusan telah berlalu. Kita perlu bergerak dan laju tetapi dengan cara yang kemas dan teratur.

Ahli AMANAH sudah ramai, sudah tentulah keresahan melanda jika mereka diabaikan. Buatlah sesuatu untuk melibatkan mereka, misalnya pertandingan mencipta logo akhbar AMANAH, pencarian dana, promosi-promosi pra-penerbitan dan sebagainya.

Tiada ulasan: