Jumaat, 22 Januari 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Menteri Lakukan U-turn, Nafi Buat Kenyataan Gantung Biasiswa JPA

Posted: 22 Jan 2016 12:50 AM PST

Wee Ka Siong nafi sahkan biasiswa JPA dibekukan

Datuk Dr Wee Ka Siong menafikan beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menggantung biasiswa kerajaan dan perkara itu sedang dikaji jabatan itu.

Mengulas bantahan orang ramai terhadap berita itu, beliau menulis di laman Facebook, kegemparan timbul di kalangan ibu bapa dan pelajar disebabkan laporan tidak tepat sebuah portal yang mengambil berita daripada akhbar berbahasa Cina.


"Isu penggantungan (bantuan kewangan) JPA yang dikatakan itu dilaporkan beberapa hari lalu dalam media, memetik kebimbangan ibu bapa dan pelajar mengenainya.

"Saya tidak mengumumkan penggantungan itu, atau mengesahkannya.

"Bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu itu, saya membawanya ke mesyuarat Kabinet minggu ini (20 Januari, 2016) dan jika perlu, mencari penyelesaian kepada perkara ini, terutamanya daripada JPA.

"Bertindak balas kepada perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak segera mengarahkan ketua setiausaha negara dan JPA mengkaji dan mengemukakan laporan kepada Kabinet minggu depan," kata menteri di Jabatan Perdana Menteri itu. -TMI

ULASAN GB

Setelkah dikecam hebat oleh rakyat, Wee Ka Siong baru menafikan ada membuat kenyataan mengenai penggantungan biasisiwa kerajaan dan menyatakan perkara itu sedang dikaji oleh habatan perkhidmatan Awam.

Anehnya penafian itu hanya bmuncul setelah berita itu tersiar di Sin Chew Jit Poh beberapa hari yang lalu. Malaysiakini memetik laporan itu dari akhbar berkenaan sebe;um ianya menjadi satu isu yang menggegarkan negara.

Ahli Parlimen Pandan, Sdra Rafizi Ramli sebelum ini turut menyelarkan langkah kerajaan yang cuba menghentikan biasiswa berkenaan. Beliau berkata, terdapat banyak projek yang kononnya diswastakan tetapi ditanggung oleh kerajaan melalui pinjaman mudah (soft loan) seperti yang berlaku kepada Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB), lapor malaysiadateline.com.

Menurutnya, beliau dimaklumkan bahawa pinjaman mudah kepada AZRB bagi tujuan pembinaan Lebuhraya EKVE adalah bernilai RM900 juta.

"Saya berminat untuk mengetahui sama ada kerajaan akan meneruskan pemberian pinjaman mudah kepada syarikat-syarikat yang telah dianugerahkan konsesi pembinaan lebuhraya-lebuhraya," katanya dalam blog beliau hari ini.

Mengulas pemberhentian biasiswa pendidikan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi 700 penuntut ijazah pertama, beliau berkata, rakyat hanya mengetahui hal tersebut daripada akhbar berbahasa Cina.

Rafizi yang juga Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR juga berkata, ribuan pelajar yang cuba memohon biasiswa atau pinjaman dari Mara telah ditolak sebelum isu pemotongan biasiswa JPA pada masa ini.

"Sehingga kini, saya difahamkan Mara masih belum membuka sistem permohonan penajaan pendidikannya. Saya juga dimaklumkan kini Mara terpaksa menjadi orang tengah kepada bank-bank yang menawarkan pinjaman kepada pelajar pada kadar komersil," dedahnya.

Beliau juga berkata, Najib dalam Bajet 2016 memotong peruntukan biasiswa dan dermasiswa kira-kira RM800 juta manakala dana Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dipotong dari RM200 juta menjadi RM10 juta sahaja.

Sehubungan itu, Rafizi juga menggesa Najib mengarahkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar kembali geran kerajaan Persekutuan sebanyak RM1.1 bilion.

Ujarnya, jumlah tersebut yang telah diambil oleh 1MDB bagi kerja pemindahan dan naiktaraf pangkalan tentera berkaitan Bandar Malaysia merupakan tanggung jawab 1MDB dan tidak wajar melibatkan dana rakyat.

Sementara itu, Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Nasional menggesa kerajaan mengekalkan peruntukan bagi tajaan biasiswa Jabatan perkhidmatan Awam (JPA) dan juga tajaan program bursari kepada pelajar yang layak.

Pengarah Komunikasi Awan Nasional Fareedah Samad berkata, tidak munasabah kerajaan yang dikatakan mendahulukan rakyat memotong peruntukan pendidikan yang merupakan sektor penting dalam plan pembangunan negara.

Tajaan JPA digantung bagi menampung masalah kekurangan dana, dalam masa yang sama peruntukan untuk program di bawah kategori sekunder boleh diteruskan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kerajaan bersikap zalim jika menarik tajaan biasiswa ini kepada para pelajar yang sekarang dalam tempoh tajaan JPA terutamanya yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Gantung Biasiswa: Kerajaan Najib Dikecam Hebat...

Posted: 21 Jan 2016 06:15 PM PST

'Duit beli jet ada tapi tiada biasiswa untuk pelajar?'

Berita bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menggantung biasiswa memandangkan hasil kerajaan merudum akibat kejatuhan harga minyak mentah dunia menyaksikan ramai rakyat negara ini menjadi berang.

Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka di laman media sosial Malaysiakini mengenai perkara itu dengan mendakwa ini adalah bukti tadbir urus yang lemah sehingga rakyat menjadi korban.

Paling mendukacitakan, kata mereka adalah hakikat bahawa pentadbiran Najib sanggup membeli jet peribadi mewah untuk kegunaan VVIP, tetapi memotong dana untuk aset negara yang paling berharga - pelajar pintar.


Berikut antara komen mereka.

Yeop Apis Kamil Najib kena jual jet2 kerajaan yg ada... kena mansuh jawatan penasihat2 bertaraf Menteri tu... kena masuh jk pemandu kat jpm tu dulu...potong sekurang kurang 30 % peruntukan untuk jpm, mansuhkan plkn, mansuhkan permata... ini yg patut di potong dulu peruntukannya.

Saudagar Unta sanggup dia sepak masa depan student kita semata-mata untuk bermewah-mewah...

Mohamad Rohim Silap yg lain di potong tapi yg di tambah peruntukkan melawat dan melancong ke luar negara..... main golf.

Nazeli Zahid Program utk pkerja kjaan, wakil rkyt patut dkurangkn. Jgn la amik peruntukn utk rkyt...

Peter Yuen Kalau mcm ini habislah negara pendidikan pun tak mampu tanggung padahal ini adalah yg paling penting utk sesebuah negara, bagi saya sepatutnya dibubarkan ialah jpm sebabnya kalau tak jpm sekalipun sudah ada menterinya , jadi bagi saya jpm cuma kementerian yg menbazir

Insan Dhoif Jaq INI BARU BETUL.BUBAR SEMUA JAWATAN PENASIHAT TU, TAK BERGUNA LANGSUNG

Dewa Perang Mansuhkan tol free utk peg kerajaan,kereta sendiri minyak sendiri....org lain pn keje gak,tapi semua byar sendiri...lg satu hapuskan terus elaun keraian utk peg kerajaan.. Tiket pegi melancong pn harap dihapuskan.

Prasath Ramakrishnan Cuba gantung buat majlis secara besar besaran kerajaaan dan potong gaji semua menteri kabinet..ni lagi boleh menjimatkan banyak duit.

Pa Rok Kesian ank2 yg belajar. Ada kerajaan pun x boleh pakai. Pentingkan hal peribadi dri rakyat.

Khalid Shariff Bila bagi bantuan pengajian berlagak murah hati.Yg. kaya pun dapat.Dah susah yg. miskin pun terjerat.

Azahar Mohd Isu spt ini yang patut di bela oleh Umno...

Abdul Syakur Elaun menteri bila mau gantung????

Imran Hasanan Iimm Biasiswa boleh gantung,keborosan pmimpin tak berani tegor??? -mk

UMNO Kedah Berantakan: Kumpulan Najib Mahu Gulingkan Anak Mahathir Sebagai MB

Posted: 20 Jan 2016 08:05 PM PST

Umno Kedah memberontak, Mukhriz di hujung tanduk?

Satu langkah bersepadu untuk menggulingkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilapor sedang digerakkan, kurang daripada setahun selepas menteri besar Kedah itu berjaya mengelakkan pemberontakan.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini memulakan perang terbuka terhadap Mukhriz dengan mengisytiharkan bahawa pemimpin Umno di negeri itu telah 'hilang keyakinan' dengan kepimpinan menteri besar Kedah.


Menurut Berita Harian, beliau juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk campur tangan dan menggantikan Mukhriz sebagai menteri besar.

"Pemimpin Umno Kedah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah dan pengerusi Umno negeri," kata Ahmad Bashah yang membaca kenyataan yang disediakan.

Menurutnya, seramai 14 ketua bahagian hadir kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baharu yang diwakili timbalan ketua bahagian masing-masing.

Beliau menyenaraikan empat sebab yang dikatakan sebagai punca kehilangan keyakinan itu, iaitu kegagalan Mukhriz untuk menyatukan parti, kekurangan perancangan strategik bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, kegagalannya memimpin dan menggerakkan jentera parti serta ketidak-upayaannya menguruskan pentadbiran negeri dengan berkesan.

"Dengan ini kami merayu keprihatinan perdana menteri untuk membuat perubahan segera ke atas kepimpinan tertinggi parti negeri serta jawatan Menteri Besar Kedah," katanya dalam sidang akhbar di di Grand Alora Hotel, Alor Setar hari ini.

Desakan Ahmad Bashah itu dibuat selepas mesyuarat pemimpin tertinggi Umno Kedah diadakan tanpa kehadiran Mukhriz.

Antara mereka yang hadir pada mesyuarat itu ialah Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri) dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Seri Mohd Johari Baharum.

Mereka juga hadir ketika Ahmad Bashah membuat pengumuman hilang kepercayaan terhadap Mukhriz pada sidang akhbar hari ini.

Ahli Parlimen Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid yang berada di London telah diwakili oleh bekas wakil rakyat kawasan itu Ghazali Ibrahim.

Turut hadir ialah Ketua Pemuda Umno Kedah, Shaiful Azizy Zainal Abidin; Ketua Wanita Umno Kedah, Maznah Abd Hamid dan Ketua Puteri Umno Kedah, Norashimah Md nowar.

Ahmad Bashah kini adalah timbalan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan melalui kedudukannya sebagai senator.

Beliau juga adalah ADUN Bakar Bata dan menjadi calon utama menteri besar Kedah jika Mukhriz digulingkan.

Mukhriz menjadi sasaran berikutan percubaan terbuka bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menumbangkan Najib sebagai perdana menteri.

Pada April tahun lalu, Mukhriz telah didesak oleh penyokong setia Najib supaya menyatakan sokongan secara terbuka kepada Najib yang dilanda pelbagai masalah.


Dosa bapa anak tanggung: Zaid selar Umno

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyelar Umno kerana cuba menghapuskan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah kerana tindakan bapanya.

"Umno bukan sahaja primitif, malah ia berkelas rendah," tulisnya dalam tweet.

"Tak perlu buang anak hanya kerana tidak suka bapa," katanya.

Zaid percaya kempen untuk menyingkirkan Mukhriz tidak mendapatkan sokongan dan pemimpin Umno terpaksa menggunakan media.

Timbalan Pengerusi Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini memulakan perang terbuka terhadap Mukhriz dengan mengisytiharkan bahawa pemimpin Umno di negeri itu telah 'hilang keyakinan' dengan kepimpinan menteri besar Kedah.

Beliau juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk campur tangan dan menggantikan Mukhriz sebagai menteri besar.

Sebelum pengumuman itu, Bashah mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin Pemuda, Puteri dan Wanita di negeri itu.
-mk


Tiada ulasan: