Selasa, 19 Januari 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Nasruddin Tantawi Berbangga Tidak Minta Maaf, Dosa Fitnah Akan Terus Berjalan...

Posted: 19 Jan 2016 01:00 AM PST

Nasrudin vs LGE: Rumah siap pahat berbunyi

Begitulah ibarat apa yang berlaku dalam kes Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melawan pemimpin PAS Nasrudin Hassan yang selesai di luar mahkamah semalam.

Semuanya bermula selepas Nasrudin menulis artikel enam perenggan selepas kes itu, yang antara lain menegaskan tidak memohon maaf kepada Lim setelah didakwa memfitnahnya.



Tulisan itu bagaimanapun hari ini mengundang rasa tidak puas hati pegawai khas undang-undang ketua menteri Raja Syarafina Raja Shuib.

Dalam kenyataannya, Raja Syarafina berkata sama ada rencana itu ditulis dalam kealpaan atau kecuaian disengajakan, Nasrudin tidak harus memutar-belit fakta atau "memperlekehkan kebenaran dalam usaha beliau untuk menegakkan benang yang basah".

"Sekiranya YB Ustaz Nasrudin yakin bahawa artikel tersebut bukan merupakan fitnah terhadap YAB KM, mengapa pula terdapatnya persetujuan beliau untuk menyuarakan kekesalan dan membayar kos kepada YAB KM?

"Fikirkanlah siapa sebenarnya yang berdusta,"
tulisnya.

Beliau juga berkata Lim tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sewajarnya jika masih ada "putar-belit" berhubung penyelesaian damai tersebut.

Nasrudin, anggota parlimen Temerloh, menarik balik sebahagian daripada kenyataannya pada 6 Ogos 2014 yang menyebabkan Lim tersinggung.

Nasrudin berkata beliau kesal kerana artikel berhubung pembinaan terowong dasar laut itu telah menyebabkan salah faham dengan Lim.

Persetujuan bersama itu direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Lim Chong Fong di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Mahkamah juga memerintahkan Nasrudin membayar RM10,000 sebagai pampasan kepada Lim.

Lim menyaman Nasrudin kerana mendakwanya menggunakan rundingan terus untuk penganugerahan projek RM4.63 bilion kepada Konsortium Zenith BUCG Bhd walaupun Pakatan Rakyat menentang cara itu.

Ketua penerangan PAS itu juga mempersoalkan "perbelanjaan berlebihan" Lim sebagai tidak perlu apabila Pulau Pinang mencatatkan bajet defisit enam tahun berturut-turut.

Tulisan Nasrudin "Catatan Dari Mahkamah Tinggi Georgetown: Kes diselesaikan di luar mahkamah", semalam menyebut beliau pada mulanya memutuskan tidak akan memohon maaf dan mengarahkan peguam meneruskan perbicaraan.

Sepuluh minit selepas itu, beliau berkata dipanggil sekali lagi untuk mediasi luar mahkamah tetapi tetap menegaskan tidak akan memohon maaf.

Beliau menegaskan, dalam rundingan selepas itu barulah penyelesaian dicapai tanpa beliau memohon maaf dan tidak memanjangkan kes, serta menarik balik pada sebahagian isi artikel yang menimbulkan salah faham. -mk


Apa bangganya tidak minta maaf tapi tarik balik tuduhan? – Shahbudin Husin

Seperti ada rasa bangga pada diri Ketua Penerangan PAS Nasaruddin Tantawi apabila beliau memutuskan tidak meminta maaf kepada Lim Guan Eng dalam penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah yang dikemukakan ketua menteri Pulau Pinang itu terhadapnya.

Lebih-lebih lagi, beliau juga menyatakan keputusan tidak meminta maaf itu diputuskan setelah mengadakan sembahyang sunat 2 rakaat untuk memohon petunjuk daripada Tuhan.

Dalam penyelesaian tidak meneruskan kes itu, Nasharuddin setuju menarik balik sebahagian kandungan artikel berkaitan terowong dasar laut di Pulau Pinang yang didakwanya diberikan secara rundingan terus serta membayar kos mahkamah sebanyak RM10,000 kepada ketua menteri itu.

Dalam kenyataan yang dibacanya di mahkamah sebagaimana dilaporkan portal berita Malaysiakini, Nasaruddin menyebut, "Saya membuat keputusan untuk menarik balik sebahagian artikel yang menyinggung Lim kerana ia tidak mempunyai asas."

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz dalam reaksi spontannya berhubung penyelesaian luar mahkamah itu mengucapkan tahniah kepada Nasaruddin kerana tidak memanjangkan kes dan juga sebab tidak meminta maaf kepada Lim.

Kenapa Nasaruddin berbangga tidak meminta maaf dan Nik Abduh pula memberi pujian mengenainya? Bukankah meminta maaf suatu sifat terpuji dalam Islam?

Kalau bangga kerana tidak meminta maaf, tidakkah Nasaruddin rasa terhina apabila terpaksa menarik balik tuduhan khusus yang didapati tiada asas terhadap Lim dan kemudian terpaksa pula membayar pampasan sebanyak RM10,000?

Kenapa hanya bangga tidak meminta maaf, tetapi tidak rasa apa-apa apabila terpaksa akur untuk menarik balik sebahagian tuduhan dan membayar sejumlah pampasan?

Bukankah menarik balik berserta membayar sejumlah wang lebih memalukan daripada meminta maaf? Lagi pula, apa perlunya lagi meminta maaf jika dakwaan sudah ditarik balik dan kena membayar dengan wang ringgit? Jadi, kenapa semacam terus berbangga tidak meminta maaf?

Dengan berbangga tidak meminta maaf juga, Nasaruddin tanpa sedar memberi gambaran yang salah mengenai agama Islam dan konsep ketuhanan apabila seolah-olah memperlihatkan keputusan itu diperoleh setelah diberi petunjuk Tuhan melalui sembahyang sunat 2 rakaat.

Benarkah Tuhan memberi petunjuk kepadanya agar jangan meminta maaf?

Jika benar petunjuk diperoleh agar tidak meminta maaf, bermakna Tuhanlah yang memberi petunjuk kepadanya agar menarik balik sebahagian dakwaan dan setuju membayar pampasan kepada Lim?

Kalau begitu, kenapa Tuhan hanya memintanya menarik balik sebahagian dakwaan dan membayar pampasan, tetapi tidak menyuruhnya meminta maaf? Adakah Tuhan tidak suka umatnya meminta maaf dan menjadi pemaaf?

Kenapa pula Tuhan tidak memintanya melawan habis-habisan di mahkamah?

Sebenarnya, jika Nasaruddin cuba menggambarkan keputusan tidak meminta maaf itu diperoleh selepas mendapat petunjuk Tuhan, beliau tentu sukar mengelak rentetan soalan lain mengenai persoalan yang sama. Orang akan menyoal kenapa Tuhan begitu, tidak begini dan sebagainya.


Mungkin ada yang turut menyoal, kenapa sebelum membuat dakwaan terhadap Lim, beliau tidak mengerjakan solat sunat dan memohon petunjuk Tuhan terlebih dulu sama ada apa yang mahu didakwanya itu betul atau tidak?

Jika benar petunjuk Tuhan mudah diperoleh, bukankah lebih baik diminta di peringkat awal lagi, lalu tidaklah membuang masa, tenaga dan wang sehingga perlu pergi ke mahkamah?

Gambaran Islam apa yang cuba diperlihatkan dengan sikap sebegitu?

Kenapa suka sangat melibatkan Tuhan sedangkan dalam perkara sebegini, yang perlu sebenarnya ialah bukti dan sama ada dakwaan yang kita tujukan kepada orang lain berdasarkan fakta atau sebaliknya?

Lebih-lebih lagi, kes Lim dengan Nasaruddin ini bukanlah pertarungan antara Islam dengan bukan Islam, ia hanya isu berkaitan watak dan kelakuan manusia yang boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira bangsa dan agama.

Jadi, berpada-padalah dalam "menjual" nama Tuhan kerana takut akhirnya gambaran Islam yang terpamer lebih buruk sudahnya.
– shahbudindotcom


ULASAN GB

Teruk betul perangai Ketua Penerangan PAS Pusat ini. Sudah terlepas, mendabik dada pula menyatakan beliau tidak meminta maaf kepada Lim Guan Eng. Disamput pula oleh penyokong-penyokongnya menuduh kononnya media salah lapor terhadap keadaan semalam.

Apa-apa pun hukum kebenaran telah BERJALAN DAN terdedah bahawa kamu Nasuruddin Hasan Tantawi telah MELAKUKAN FITNAH.

Kamu minta maaf atau tidak, itu kamu punya pasal. Allah Yang Maha Adil akan tetap menjalankan hukumNya. Jika kamu berbangga kerana TIDAK MEMINTA MAAF sednagkan sudah jelas kamu sendiri yang menarik balik kenyataan FITNAH yang kamu lakukan kerana kononnya TERSLAH TERMA, maka dosa fitnah akan tetap berlansung dan menunggu balasan terus daripada Allah.

Kita mengalu-alukan langkah LGE untuk mengheret semula Nasruddin ke muka pengadilan kerana terlalu ketara Nasruddin "putar-belit" berhubung penyelesaian damai semalam.

Walaupun LGE bukan seorang Islam bukan erti umat Islam apatah lagi bergelar "ustaz" boleh sewenang-wenangnya memfitnah beliau.

Kita tunggu dan lihat kehinaan dan kehancuran yang bakal menimpa Nasruddin jika beliau masih terus bermain dengan kata-kata untuk menutup kesalahan FITNAH yang telah dilakukan.

PAS Halang PKR Sertai Program AMANAH, Nak Bawa Ke Lembaga Disiplin, Katanya

Posted: 18 Jan 2016 11:02 PM PST

Amanah Kelantan mahu MB hormati hak demokrasi parti lain

Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan yang terkejut dengan surat Menteri Besar Kelantan, DatuK Ahmad Yakob yang melarang kehadiran anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam program parti itu mahu hak demokrasi semua parti politik dihormati.

Jurucakap Amanah Kelantan, Che Ibrahim Muhamad berkata PKR dan Amanah telah secara rasmi menandatangani pakatan politik dalam Pakatan Harapan 9 Januari lalu dan tentulah kedua-dua parti akan saling bantu membantu dalam meraih sokongan rakyat.


"Sebagai pemimpin yang memahami Islam beliau harus menghormati pendirian politik setiap rakyat dan organisasi politik dalam membuat pilihan dalam sistem demokrasi," katanya.

Memberi respon kepada kehadiran tokoh-tokoh PKR dalam majlis anjuran Amanah, Ahmad Yakob seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian menulis surat kepada semua pimpinan PKR Kelantan agar tidak menyertai program anjuran parti Amanah.

Laporan itu turut menyebut sekiranya ada pimpinan PKR yang ingkar perkara tersebut Ahmad menegaskan untuk tidak teragak-agak menyerahkan perkara ini kepada Lembaga Disiplin Pas Pusat.

Che Ibarahim menyifatkan pendirian seperti ini amat bercanggah dengan nilai demokrasi yang memberikan kebabasan memilih pendirian politik bagi setiap parti dan individu.

"Ini amat pelik kerana ia melibatkan campurtangan pemimpin sebuah parti kepada urusan parti lain yang mempunyai struktur organisasi yang sah," ujar beliau. -malaysiadateline


Surat amaran tidak sertai program Amanah

KOTA BHARU - Pas Kelantan mengeluarkan surat amaran secara rasminya kelmarin kepada semua kepimpinan PKR Kelantan agar tidak menyertai program anjuran Parti Amanah Negara (Amanah).

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, keputusan ini diambil setelah memerhatikan beberapa majlis dan program yang berlangsung di negeri ini turut melibatkan anjuran PKR bersama Amanah.

"Setakat ini, ada tiga program anjuran mereka bersama (PKR - Amanah) iaitu di Dataran Kampung Laut, Chetok dan Ketereh.

"Di Kelantan khususnya, tiada kepentingan untuk PKR bersama Amanah dan sepatutnya perkara sebegitu tidak berlaku.

"Jadi kita minta supaya PKR memahami suasana dan situasi politik di Kelantan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Program Penyampaian Watikah dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB -BRI) di Hotel Grand River View, di sini.

Beliau yang juga Adun Wakaf Baharu berkata, keputusan itu juga dibuat Pas Pusat supaya hubungan murni dan baik yang terjalin ini tetap berlaku dengan PKR.

"Setakat ini, kepimpinan PKR memang menghormati kita, tapi bagaimana ini boleh berlaku juga atas nama PKR. Ini yang kita sedang teliti.

"Sedangkan PKR negeri memang memberi perakuan kepada kita bahawa sebaik-baiknya bersama Pas, bukan dengan Amanah.

"Itu kita terpaksa buat kajian sikitlah kerana PKR negeri juga tidak senang dengan apa yang sedang berlaku," katanya lagi.

Ditanya apakah tindakan lanjut sekiranya ada kepimpinan yang ingkar, Ahmad menegaskan untuk tidak teragak-agak menyerahkan perkara ini kepada Lembaga Disiplin Pas Pusat.
-SH


ULASAN GB

GB dah ulas kelmarin. Petikan:

PAS nampaknya begitu terdesak dan sudah melalut sehingga sanggup untuk "memaksa" parti lain untuk tidak bekerjasama dengan AMANAH. Diancamnya untus hubungan dengan PKR sepertimana mereka telah memutuskan hubgan dengan DAP.

Kita mengalu-alukan langkap PAS untuk memutuskan hubungan dan PKR, soalnya apakah mereka berani melakukannya?

Terdapat 5,000 ahli PAS yang memegang pelbagai jawatan lantikan politik di dalam kerajaan negeri Selangor. Apakah mereka itu bersedia untuk meletakkan jawatan?

Ternyata gertakan PAS itu hanyalah omongan kosong.

Menuduh AMANAH kononnya sebagai tongkat UMNO, kita nyatakan, ia hanyalah dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih! Presiden PAS sendiri akui PAS berkawan dengan UMNO dan itu hak PAS, katanya.

Yang kelakar dan yang paling anehnya ialah, kenyataan Ahmad Yaakob itu menyebut:

sekiranya ada pimpinan PKR yang ingkar perkara tersebut Ahmad menegaskan untuk tidak teragak-agak menyerahkan perkara ini kepada Lembaga Disiplin Pas Pusat

Kan dah melalut tu...? Lembaga Disiplin PAS ada kuasakah untuk bertindak ke atas pimpinan parti lain?

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan... PAS kini sedang dihukum lantaran kebodohan dan sikap melampaunya sendiri....

Tiada ulasan: