Isnin, 18 Januari 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Nasruddin Tantawi Tarik Balik Fitnahnya Ke Atas Guan Eng, Diperintah Bayar RM10,000

Posted: 18 Jan 2016 01:01 AM PST

Nasrudin tarik balik artikel singgung KM Pulau Pinang

Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan hari ini menarik balik sebahagian daripada kenyataannya pada 6 Ogos 2014 yang menyebabkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tersinggung.

Nasrudin berkata beliau kesal kerana artikel itu telah menyebabkan salah faham dengan Lim.

"Kami telah memutuskan untuk tidak memanjangkan kes berkenaan.


"Saya telah membuat keputusan untuk menarik balik sebahagian artikel yang menyinggung Lim kerana ia tidak mempunyai asas," kata Nasrudin yang membaca kenyataannya di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Mahkamah juga memerintahkan Nasrudin membayar RM10,000 sebagai pampasan kepada Lim.

Lim menyaman Nasrudin kerana mendakwanya menggunakan rundingan terus untuk penganugerahan projek RM4.63 bilion kepada Konsortium Zenith BUCG Bhd.

Nasrudin mendakwa Lim memberikan projek secara rundingan terus walaupun Pakatan Rakyat menentang cara berkenaan.

Beliau kemudian mempersoalkan mengapa Lim tidak dibidas kerana projek itu sedangkan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim diselar dan didesak meletak jawatan kerana projek Lebuhraya Kinrara-Damansara.

Pemimpin PAS itu juga mempersoalkan "perbelanjaan berlebihan" Lim sebagai sesuatu yang tidak perlu apabila Pulau Pinang mencatatkan bajet defisit selama enam tahun berturut-turut.

"Di mana kepimpinan Pakatan dalam menegur tindakannya?" soal Nasrudin.

Projek Kidex adalah antara sebab utama mengapa PKR yang mahu menggantikan Khalid sebagai menteri besar.

Kos projek itu dianggarkan bernilai RM161 juta dengan tempoh konsesi selama 48 tahun. -mk



ULASAN GB

Sungguh memalukan dan mengaibkan, seorang yang dikatakan "ulamak" di dalam sebuah parti Islam akhirnya mengaku "memfitnah" Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Nasruddin mengakui bahawa "Saya telah membuat keputusan untuk menarik balik sebahagian artikel yang menyinggung Lim kerana ia tidak mempunyai asas".

Jika demikian sifat dan sikap seorang agamawan Islam, maka tidak hairan agama Islam tidak dinpandang tinggi oleh masyarakat kerana "ulamak"nya gemar mengeluarkan kenyataan yang berunsur fitnah.

Bagimana seorang "ulamak" yang menjadi Ketua Penerangan boleh dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berbau fitnah ke atas orang lain sedangkan pada masa yang sama beliau merupakan orang yang beriya-iya memperjuangkan hudud?

Dahulu sewaktu LGE menyuruh Nasruddin menarik balik kenyataannya, ia tidak diindahkan oleh Nasruddin, dengan angkuh beliau berkata sanggup ke mahkamah mempertahankan "fitnah"nya itu. Kini apabila di mahkamah lansung tak boleh pertahankan fitnahnya itu dan baru tarik balik kenyataan.

Saya tertarik ulasan sakmongkol mengenai isu ini dulu, petikan:

Isu kidex dengan pembinaan terowong bawah laut Pulau Pinang berbeza. Pemberian tendernya dilakukan secara terbuka. Fakta Kidex itu pelaburan yang dilakukan kerajaan pusat tidak memusnahkan prinsip tender mesti diberi secara terbuka untuk mengelak sangkaan adanya salah laku. Soalan yang sepatutnya difikirkan ialah sama dalam dua kes ini, terdapat penawaran tender terbuka, dalam pembinaan terowong bawah laut ada, dalam pembianan Kidex tidak ada.

Dengan menambahkan pula sangka buruk, Nasrudin membayangkan Lim melakukan rasuah atau tindakan yang bersifat rasuah. Ini suatu tuduhan berat jika tidak disandarkan kepada bukti yang kukuh.

Bila Lim bertindak menyaman Nasrudin di atas isu ini, itu membayangkan Lim merasa ia melihatkan integritinya sebagai ketua menteri yang diamanahkan. Apa yang Nasrudin lakukan melalui kecuaiannya ialah cuba memusnahkan integrity Lim sebagai seorang pemimpin yang amanah. Jika integriti sudah dicemari dan mahu dimusnahkan ia mengundang respons yang wajar untuk mendedahkan orang yang tidak ada integriti ialah Nasrudin sendiri.

Pembelaan Nasrudin ialah menyatakan sumber maklumatnya ialah sumber umum. Sumber umum ini apa? Adakah ianya sumber yang salurkan media milik Umno dan media mesra Umno? Jika sumber ini yang dianggap sebagai sumber sahih oleh Nasrudin, kita berhak bertanya, dia ini pemimpin cermat pandangannya atau tidak?

Saya tidak perlu menyebut mengenai kelembapan Nasrudin menyebut kerajaan Pulau Pinang melaksanakan bajet defisit. Ianya sudah dijawab dan dimaklumkan kepada pengetahuan umum. Nasrudin tidak baca dokumen?

Tapi ada isu yang lebih merunsingkan jemaah yang bergerak untuk mencapai sebuah masyarakat bersatu padu. Mungkinkah letupan pandangan Nasrudin dirangsang oleh prejudis perkauman yang tidak dapat sembunyikan lagi? Lim itu Cina, maka yang Nasrudin lakukan ialah menzahirkan prejudis perkaumannya?

PKR Akan Terus Sertai Program AMANAH

Posted: 17 Jan 2016 08:05 PM PST

PKR sertai majlis Amanah, tak hirau bantahan PAS, kata Rafizi

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli terus menyertai majlis ceramahnya bersama Parti Amanah Negara (Amanah) di Kelantan malam tadi tanpa menghiraukan bantahan rasmi dibuat PAS negeri itu beberapa hari lepas.

Katanya, PKR akan terus bekerjasama dengan sesiapa sahaja bagi menjatuhkan kerajaan Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana ia terlalu memudaratkan rakyat.


"Jika (Datin Seri) Rosmah (Mansor) ajak saya ceramah bantah Najib pun, saya datang. Kerana Najib dan Umno sekarang adalah parti yang tidak boleh didekati.

"Lebih-lebih lagi, Amanah ini rakan PKR dalam Pakatan Harapan," kata Rafizi pada majlis yang diadakan di Kok Lanas itu. Menurut Rafizi, negara Malaysia yang dipimpin Najib terlalu teruk dan membuat bahana kepada ekonomi negara sehingga dirasai semua rakyat.

"Dulu zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi mahasiswa, mereka pergi membuat demonstrasi di Baling kerana petani lapar.

"Sekarang, tidak lama lagi, petani akan pergi ke kampus universiti untuk berdemo, kerana mahasiswa pula lapar. Ia hanya berlaku di zaman Najib Razak sahaja.

"Oleh itu, bagi saya, Najib ini tidak boleh didekati," kata Rafizi yang dipercayai menyindir PAS yang dilihat sedang dalam proses mendekati Najib dan Umno ketika ini.

PAS Kelantan menghantar surat rasmi kepada PKR membantah tindakan parti itu mengadakan ceramah bersama Amanah di negeri yang terletak di bawah pemerintahan parti Islam itu.

Surat bertarikh 13 Januari itu ditujukan kepada Rafizi sendiri, yang turut merangkap naib presiden PKR.

Berdasarkan salinan surat tersebut yang tersebar di media sosial, Badan Perhubungan PAS Kelantan menerima laporan mengenai pemimpin PKR yang hadir sepentas dalam program anjuran Amanah di Kelantan.

"Ekoran daripada itu, ia mencetuskan hubungan politik tidak selesa dan menjejaskan hubungan baik PAS-PKR di Kelantan," menurut surat yang ditandatangani Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

"Sehubungan itu Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan dengan ini menzahirkan rasa dukacita atas penglibatan tersebut, dan memohon agar ia tidak diteruskan demi kebaikan bersama," kata kandungan surat yang dihantar menjelang ceramah Rafizi di Kok Lanas malam tadi itu.

Bantahan PAS terhadap PKR semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini sehingga ada pemimpin menjangkakan hubungan antara keduanya akan putus sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Antara yang berpendapat demikian ialah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Sebaliknya, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, hubungan kedua-duanya akan kekal sekurang-kurangnya hingga PRU14.

PAS sebelum ini membuat pendirian untuk mengadakan tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan PKR dan taawun (kerjasama untuk kebaikan) dengan Umno.

Dalam masa yang sama, PAS menyifatkan Amanah, iaitu parti yang ditubuhkan hasil perpecahannya, serta DAP, adalah musuh mereka. -TMI

ULASAN GB

Seperti yang GB ulaskan semalam, PAS nampaknya begitu terdesak dan sudah melalut sehingga sanggup untuk "memaksa" parti lain untuk tidak bekerjasama dengan AMANAH. Diancamnya untus hubungan dengan PKR sepertimana mereka telah memutuskan hubgan dengan DAP.

Kita mengalu-alukan langkap PAS untuk memutuskan hubungan dan PKR, soalnya apakah mereka berani melakukannya?

Terdapat 5,000 ahli PAS yang memegang pelbagai jawatan lantikan politik di dalam kerajaan negeri Selangor. Apakah mereka itu bersedia untuk meletakkan jawatan?

Ternyata gertakan PAS itu hanyalah omongan kosong.

Menuduh AMANAH kononnya sebagai tongkat UMNO, kita nyatakan, ia hanyalah dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih! Presiden PAS sendiri akui PAS berkawan dengan UMNO dan itu hak PAS, katanya.

Tiada ulasan: