Ahad, 17 Januari 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc

Beranikah PAS Mahu Putuskan Hubungan Dengan PKR?

Posted: 16 Jan 2016 10:40 PM PST

Kerjasama putus jika PKR khianati Pas

PUTRAJAYA - Pas tidak teragak-agak memutuskan kerjasama politik dengan PKR sekiranya parti pelbagai kaum itu mengikut jejak langkah DAP.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Pas tidak akan membiarkan rakan tahaluf siyasinya melakukan sabotaj bersama musuhnya di kawasan Pas.

"Prinsip Pas tidak bekerjasama dengan pengkhianat, walaupun PKR ada perjanjian dengan Amanah dan DAP, namun kita kena tengok dari semasa ke semasa.

"(Tindakan) PKR meraikan program Amanah menyerang kawasan Pas seolah-olah sabotaj kepada Pas. Kita tak boleh berkawan dengan orang yang berkawan dengan musuh kita," katanya pada sidang media selepas Konvensyen Usahawan Haraki, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin semalam bahawa PKR tetap bekerjasama dengan DAP dan Pas bagi menghadapi PRU14 khususnya di Selangor.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin juga berkata, Pas tidak mahu 'diperkuda' oleh PKR seperti mana yang dilakukan DAP bagi memenangi pilihan raya lalu.

"PKR (mahu) guna tenaga kita untuk pilihan raya (PRU14), lepas pilihan raya pula, ia mempergunakan kita ini bukan untuk prinsip Islam," tegasnya.

Rabu lalu, Pas Kelantan telah menghantar surat bantahan rasmi kepada PKR berhubung kehadiran pemimpin PKR negeri itu dalam majlis anjuran Amanah.

Surat bertarikh 13 Januari itu ditujukan kepada Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Sehubungan itu, Mohd Khairuddin menyerahkan kes tersebut kepada kebijaksanaan Pas negeri untuk menanganinya.

"Kita sedia bersendiri walaupun tanpa DAP dan PKR, kita juga boleh bekerjasama dengan parti-parti baharu yang lain

"Kita akan bekerjasama juga dengan NGO untuk buat kerjasama politik ke arah politik baru tanpa mengabaikan keperluan rakyat itu khususnya dalam menghadapi pilihan raya akan datang," katanya lagi. -SH

PAS bantah PKR hadiri majlis Amanah di Kelantan

Perbalahan yang wujud antara PAS dan parti baru Amanah kini mengheret sama parti sekutu dua parti Islam itu iaitu PKR.

Dalam satu perkembangan terbaharu, PAS Kelantan telah menghantar surat bantahan rasmi kepada PKR berhubung kehadiran para pemimpin PKR negeri di majlis-majlis anjuran Amanah.

Surat bertarikh 13 Januari itu ditujukan kepada Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Berdasarkan salinan surat tersebut yang disebarkan di media sosial, Badan Perhubungan PAS Kelantan telah menerima laporan mengenai pemimpin PKR yang hadir sepentas dalam program anjuran PAN (Amanah) di Kelantan.

"Ekoran daripada itu, ia mencetuskan hubungan politik tidak selesa dan menjejaskan hubungan baik PAS-PKR di Kelantan," surat yang ditandatangani Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi itu dipetik.

Penglibatan para pemimpin PKR dalam program Amanah di Kelantan, ujar Che Abdullah bertentangan dengan semangat parti itu yang ingin mengekalkan hubungan baik dengan PAS Kelantan sebagaimana diharapkan Naib Presiden PKR, Dr Shahruddin Badaruddin semasa bertemu Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yakub, baru-baru ini.

"Sehubungan itu Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan dengan ini menzahirkan rasa dukacita atas penglibatan tersebut, dan memohon agar ianya tidak diteruskan demi kebaikan bersama.

"Sensitiviti pihak akar umbi penyokong PAS di Kelantan tidak seharusnya dipandang ringan oleh PKR kiranya kita merasakan hubungan harmoni antara kedua pihak perlu diteruskan di negeri ini," kandungan surat itu dipetik.

PAS Kelantan, ujar Che Abdullah mengharapkan hubungan baik dengan PKR dapat diteruskan demi mempertahankan kerajaan Islam Kelantan dan menjayakan misi menumbangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kami akan sentiasa memaklumkan kepada PAS Pusat mengenai perkembangan semasa politik di Kelantan khususnya mengenai hubungan PAS-PKR untuk pertimbangan dan tindakan badan tertinggi PAS seterusnya," ujar beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, sumber PKR mengesahkan menerima surat PAS Kelantan itu semalam namun enggan mengulas lanjut. Sumber juga memaklumkan tidak tahu menahu mengenai penyebaran surat tersebut di media sosial. - malaysiadateline

ULASAN GB

Betul ker ni nak putuskan hubungan dengan PKR? Ada berani?

Acah ajer tu... takkanlkah nak lepaskan beribu-ribu jawatan dalam negeri Selangor... heheeh

Dan lagi boleh paksa-paksa parti lain pula supaya janhgan berkawan dengan DAP. Tak ada law yang boleh digunakan untuk melakukan demikian...

Entahlah, bunyi macam dah tersengat sangat-sangat...

Tiada ulasan: