Sabtu, 16 Januari 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Rakyat Sengsara Kerana Pemerintah Yang Rasuah, Pembazir & tidak Amanah

Posted: 15 Jan 2016 11:30 PM PST

Rakyat susah kerana pemerintah, kata Mat Sabu

Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa ketidaktentuan ekonomi negara sebenarnya akibat amalan rasuah, penyelewengan, pembaziran dan ketirisan pentadbiran Umno-BN.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata perkara itu perlu didedahkan kepada masyarakat agar rakyat tidak terus menanggung kesan besarnya dalam kehidupan rakyat.

"Akibat daripada pemerintahan yang bobrok ini, rakyat berada di tahap yang paling susah, risau dan kerunsingan.


"Golongan pertengahan dan bawahan amat merasai tekanan ekonomi yang berlaku sekarang ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau juga berkata, Biro Kebajikan Amanah akan menggerakkan usaha tersebut untuk membantu rakyat yang tertindas akibat salah laku itu.

"Merekalah menjadi mata dan telinga rakyat bersama Pakatan Harapan serta berusaha membantu mereka yang miskin, tertindas dan menderita akibat daripada penyelewengan itu.

"Lebih penting, kita bersama-sama NGO perlu berterusan memerangi rasuah dan penyelewengan sama ada dilakukan oleh BN atau sesiapa sahaja," ujarnya.

Mohamad juga tidak menolak kejatuhan harga minyak dunia turut memberi kesan besar kepada pendapatan negara.

"Kemiskinan melampau, catuan makan yang dibuat oleh sebahagian mahasiswa dan juga penduduk-penduduk pedalaman khususnya di Sik, Baling, Grik dan Larut perlu dibantu segera," katanya lagi. -SH

Nak Atasi Ekstrimism, Tetapi Terus Hidupkan Api Perkauman

Posted: 15 Jan 2016 09:25 PM PST

Menangani ekstremis: Dua wajah pemerintah dibidas

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Bahrin Shah dalam satu kenyataan malam ini menyeru pentadbiran Datuk Seri Najib Razak supaya menangani ekstremisme yang marak di negara ini.

Beliau menegaskan pemerintah perlu bertanggungjawab diatas penularan pemikiran pelampau, yang menurutnya tercetus daripada permainan politik yang merbahaya.


"Saya serta rakan-rakan pimpinan dalam AMANAH telah berkali-kali mengingatkan kerajaan agar tindakan tegas diambil terhadap corak pemikiran dan ideologi sesetengah pihak di Malaysia yang mirip IS.

Menekankan lagi hujahnya, Raja Bahrin melakar dua wajah pemerintah yang berbeza, seperti memperkenalkan undang-undang seperti Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) dan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN), tetapi membenarkan Himpunan Baju Merah berlaku, dan membenarkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bergerak bebas.

Bahkan, beliau mendakwa sesetengah tokoh-tokoh agama terus bebas melancarkan kempen kepada pengikutnya untuk "menghapuskan pengkhianat", malah ada yang sehingga ke tahap "menghalalkan darah pengkhianat".

"Pada hakikatnya, semua ini hanyalah sandiwara pemimpin untuk mengekalkan kuasa mereka.

"Ini kerana mereka sedar bahawa jika masyarakat pelbagai kaum di Malaysia hari ini dapat bersatu-padu, kerajaan rasis berasaskan perkauman seperti UMNO dan Barisan Nasional akan menjadi tidak relevan lagi," tegas Raja Bahrin.

Bagi AMANAH, sudah tiba masanya untuk Malaysia menghentikan ekstremisme agama dan perkauman, tambah beliau. -FMT

ULASAN GB

DUALISME... satu sikap hipokrit, cakap lain buatnya lain.

UMNO nampaknya akan terus meniup dan menggunakan sentimen perkauman untuk mengekalkan kuasa yang sekarang tinggal nyawa-nya ikan. Apatah lagi UMNO kini sedang dilanda dengan gelombang masalah partinya bermula apabila PM Najib Tun Razak menjadi sasaran kritikan dengan isu-isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

Najib mungkin boleh mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu berkenaan untuk sementara waktu. Namun hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru.

Keengganan Najib untuk letak jawatan sepertimana yang dituntut oleh sebahagian ahli-ahli partinya akan menyebabkan Najib - cepaqt atau lambat - bakal tercampak dari kerusi Presiden yang disandangnya. Pecayalah!

Tiada ulasan: