Rabu, 13 Januari 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Presiden PAS Masuk Hospital... Dr.Asri Puji Najib

Posted: 13 Jan 2016 01:00 AM PST

Mufti Perlis puji Najib lawat Hadi di IJN

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin hari ini memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melawat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN) semalam.

Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza berkata di laman Facebook beliau, amalan yang baik harus dipuji namun tidak kepada perkara yang bertentangan.



"Apa pun masalah yang ada, menziarahi orang sakit dan berhubungan baik sesama Muslim dan insan adalah terpuji.

"Kita memuji perkara yang baik dan kita menyatakan perbezaan kepada sebaliknya. Urusan yang lain itu terserah kepada Allah.

"Dia lebih tahu hakikat hambaNya. Kita memohon hidayah untuk diri kita dan untuk semua,"
tulisnya.

Beliau tidak menyebut sebarang nama pada posting tersebut, tetapi memuat naik gambar Najib yang mengunjungi presiden parti Islam itu di IJN.

Posting itu menerima 1,000 'Likes' dalam masa sejam selepas dimuat naik pagi ini dan pelbagai reaksi di ruangan komen.

Salah seorang komentar Khairulnizam Abd Wahab menulis:"Jangan lupa kesalahan mereka buat dengan gambar macam ini akan lupa segalanya.. salah tetap salah.."

Riswan Farid menulis:"Ayat yang begitu mendalam maksud dari Dr Maza."

Manakala Riki Malek pula menulis: "Yang penting ikhlas kerana Allah. Alhamdulillah."

ULASAN GB

Mujurlah Dr. Asri telah membuat ulasannya, kerana ada beberapa sahabat menghantar email kepada GB memohon GB mengulas hal tersebut.

Tak ada berita Presiden PAS masuk hospital (selepas berita program di Selangor dimana Presiden bersama pimpinan PAS yang lain mengangkat plakad anti-TPPA)) sebelum Najib memenulis di tweetnya. Harakahdaily pun tak laporkan Presiden PAS itu dah dimasukkan ke IJN.

Mungkin tak mahu gemparkan suasana dan mahu Presiden yang kepenatan itu berehat. Sekarang ini Presiden PAS terpaksa bekerja keras menyertai mana-mana aktiviti dan program PAS di seluruh negara. Namun ingin kita nasihatkan beliau supaya menjaga kesihatannya. Dan pimpinan PAS yang lain perlu memahami keadaannya dan tidak melibatkan Presiden PAS lagi di dalam mana-mana aktiviti dan program PAS, itupun jika mereka kasihan, perihatin dan peduli mengenai kesihatan Presiden PAS tersebut.

Berbalik kepada hal Najib menziarahi Hj Hadi, memanglah menziarahi orang sakit satu amalan terpuji namun ianya sepatutnya menjadi iktibar kepada pihak yang menziarah dan juga pihak yang diziarah. Setiap sesuatu yang Allah lakukan itu tidak ada yang sia-sia.

GB sudah peringatkan hal ini lebih awal sebelum Tn Hj Hadi dimasukkan hospital lagi. Petikan ulasan GB pada 4 Disember 2015:

Bukankah pengkhianatan terhadap kewajipan sebagai wakil rakyat itu adalah satu perbuatan paling tidak beradab dan dilaknat Allah dan Rasulnya? Sebab makan gaji buta itulah yang akan menyebabkan seseorang itu keluar masuk hospital untuk dicuci tubuh badannya daripada benda-benda haram yang telah masuk ke dalam tubuhnya, lagi banyak dan lagi lama makan benda haram lagi lama dan lagi kritikal ia berada dalam hospital - itu hukum kebenaran dan keadilan. Tak kiralah dia imam paling besar dalam dunia atau ulamak paling tersohor atas langit. Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan ke atas semua makhluk Allah swt.



TPPA: AMANAH Kerah Ahli Sertai Demo, Apakah PAS Pun Akan Turut Serta?

Posted: 12 Jan 2016 08:25 PM PST

Parti Amanah Negara (AMANAH) akan mengerahkan ahli-ahlinya untuk menyertai demo TPPA pada 23 Januari ini pada jam 2.00 petang di Dataran Meredeka Kuala Lumpur, demikian dinyatakan oleh Timbalan Presiden AMANAH, Tn Hj Salahuddin Ayub.

Beliau hari ini berada di Mahkamah Tinggi untuk bersama-sama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti ABIM, Badan Bertindak Bantah TPPA, Urusetia Menangani Masalah Sosial (UNGGAS) dan TERAS mengenai isu semakan kehakiman mengenai TPPA.


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonan tanpa mendengar merit kes mereka. Ketiga-tiga NGO itu telah memfailkan semakan kehakiman pada November lepas.

"Perjanjian itu belum ditandatangani lagi dan perkara itu tidak boleh diadili (non-justiciable)," kata Hakim Hanipah Farikullah dalam ketetapannya yang dibuat dalam kamar.

"Non-justiciable" bermakna mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan membuat keputusan mengenai perkara itu.

Sementara itu portal malaysiadateline.com melaporkan PAS juga tidak menolak kemungkinan untuk turut sama (dengan) Pakatan Harapan menyertai dua acara bantahan menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang akan diadakan di Dataran Merdeka dan Parlimen pada hujung Januari ini.

Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan berkata parti itu sejak dari awal komited membantah TPPA.

"PAS akan bersama menyertai Himpunan Aman Bantah TPPA pada 23 Januari ini di Dataran Merdeka.

"Kami juga akan turut membantah dalam sesi perbahasan di sidang parlimen khas pada akhir Januari ini," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Bagaimanapun timbul persoalan kerana Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 8 Januari telah membincangkan isu berkaitan keterlibatan ahli PAS dalam program dan kegiatan parti-parti politik lain khususnya Amanah dan DAP.

Ahli PAS tidak dibenarkan menyertai mana-mana aktiviti dan program anjuran Amanah dan DAP sebagaimana di umumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan semalam.


Menjawab persoalan ini, Nasruddin berkata, " biarlah Setiausaha Agung parti yang perjelaskan hal itu," ujarnya.

Nasruddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang memberitahu Pakatan Harapan telah mencapai kata sepakat untuk menolak TPPA yang akan dibahaskan di Parlimen, hujung bulan ini.

Ketika diminta mengulas lanjut, Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan PAS agar mengambil keputusan sama. Pertemuan dengan PAS akan diadakan sebelum tarikh Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berkaitan TPPA pada , 26 Januari ini.

"Sebagai pembangkang, kita mahu melihat penyatuan dalam kalangan pembangkang," kata Tian Chua kepada pemberita ketika ditemui menghadiri Sidang Kemuncak TPPA 2016 semalam.



Tiada ulasan: